Syukur alhamdulillah, PA Aku Sejuk Beku diterbitkan oleh Karya Seni. Terima kasih pada semua yang membaca dan menyokong saya selama ini sejak 10 tahun yang lalu. Tanpa anda semua, siapa la saya kan. Jutaan terima kasih untuk anda semua dan juga Karya Seni.
Tertanya-tanya mana boleh dapatkan PA Aku Ratu Sejuk Beku? Boleh dapatkan melalui shopee karya seni. Ada diskaun lagi . Boleh juga dapatkan melalui kedai buku berhampiran. Di Popular Bookstore berdekatan anda pun sudah ada. Bagi yang sudah membeli PA Aku Ratu Sejuk Beku, terima kasih banyak-banyak, I love you all! Diharap terhibur membaca karya terbaru saya.
“Aura dinginnya
mampu menggoncang jiwa!”
KERANA impiannya sendiri, Aziz
sanggup memungkiri perjanjian antara ibunya, Datin Ida.
Bertahun-tahun Aziz melancong ke
serata dunia. Suatu hari, Aziz pulang ke Malaysia tanpa
pengetahuan sesiapa. Niatnya kali
ini melancong di segenap pelosok tanah air. Di Pulau
Aman, Aziz diculik oleh kumpulan
yang tak dikenali.
“Berhutang? Hutang apa? Seingat
saya, saya tak pernah berhutang dengan sesiapa pun.” -
AZIZ
Kemunculan Datin Ida mengejutkan
Aziz. Datin Ida datang menuntut janji. Suka atau tidak,
Aziz akan berkerja di AB Group
selepas Datin Ida memenuhi janji pada Aziz.
Tanpa rela hati, Aziz terpaksa
bekerja di syarikat keluarganya. Kehadiran Aziz tidak
disenangi oleh beberapa orang ahli
lembaga pengarah termasuklah sepupu ayahnya, Datin
Annisa. Bagi memastikan Aziz
serius menjalankan tanggungjawab, Datin Ida mengarahkan
Diana menjadi PA Aziz buat
sementara waktu
“Aziz tak suka dia, mummy! Muka
dia pun Aziz meluat nak tengok, inikan pula nak hadap
hari-hari! Lagi stres, tahu tak!” –
AZIZ
Perangai Diana yang dingin, panas
baran dan suka menyendiri sering kali menguji
kesabaran Aziz.
“Kalau bos dapat markah 80 ke
atas, I bagi kamera bos balik.” – DIANA
“Bijak betul awak ni, kan! Masa
saya tengah tension ni la awak nak buat test,
memang bijak cari peluang!” – AZIZ
Dalam masa yang sama, Aziz tetap
mahu busybody akan hal Diana. Kata-kata berapi Diana
kepada Aizat menunjukkan yang
Diana mungkin pernah kecewa gara-gara putus cinta. Si ratu
sejuk beku itu pernah kecewa?
“You tak kenal siapa Diana! Dia tu
perempuan jahat. Dia homewrecker!”
Benarkah bagai dikata?
No comments:
Post a Comment