Bab 1
SAWAH
PADI yang terbentang luas menjadi tempat kegemaran Hail sejak tiga bulan
yang lalu. Sejak diberhentikan kerja di Kuala Lumpur, dia terpaksa pulang ke
kampung halaman dia di Kedah. Sudah banyak interview dia pergi tapi
tiada satu pun yang berjaya. Kerana kehabisan wang, dia balik ke rumah ibu
bapanya. Di sini, dia masih cuba mencari pekerjaan namun nasib tetap sama. Kini
dia sudah putus asa untuk mencari kerja.
Hail
yang duduk di pelantar kayu terus mengeluh setiap kali mengenangkan nasibnya.
Tambahan pula, teman wanitanya meninggalkan dia kerana dia sudah tiada apa-apa
lagi. Dulunya dia marketing manager di sebuah syarikat swasta yang terkenal
di ibu negara. Ada duit dan ada kereta Tetapi tiba-tiba saja syarikat itu
muflis dan pemilik syarikat itu melarikan diri tanpa membayar sesen pun pada
semua pekerjanya. Semasa itu terjadi dunianya terus gelap gelita. Dia sudah
plan untuk melamar Sofea. Plan nak beli rumah la! Tapi tak sangka dirinya diuji
sebegini. Kereta Mazda dia pun dia terpaksa jual sebab tak mampu bayar
termasuklah motorsikal kesayangan dia. Kenapa la dirinya diuji seberat ini?
“Oiii….
Hail! Hang buat apa tengah panas ni? Masuk! Makan! Tengahhari macam ni hang
boleh duduk kat situ?” jerit Mak Doyah dari pintu dapur rumah.
Hail
hanya terdiam. Dia masih duduk di situ.
“Hail!
Hail! Oiii…. Hail Ali B. Yunus! Hang dengaq tak apa mak cakap ni?” Kali ini
suara Mak Doyah boleh dengar satu kampung. Mengalahkan speaker! Nama
penuh anaknya terus keluar!
“Ya
Allah! Doyah, nak satu kampung dengaq hang panggil Hail ka? Agak-agak la
nak panggil macam tu! Malu la!” tegur
Pak Yunus.
“
Abang! Hati saya tengah panas ni! Malu tu tolak tepi. Anak kita tu dah pekak
agaknya. Saya panggil, dia tak sahut pun. Yang dia tahu asyik duduk kat pelengaq
tu. Lama-lama boleh jadi batu.” Marah Mak Doyah dengan wajah merah padam.
Perangai Hail sentiasa menguji kesabaran dia.
“Tak
baik cakap macam tu kat anak sendiri. Dia ada masalah.”
“Masalah!
Siapa yang tak ada masalah kat dunia? Cuba cakap! Dia ingat dia seorang ada
masalah! Kita ni yang tua pun ada masalah. Ingatkan dah besaq panjang,
kita boleh releks tapi lain pulak jadinya.” Mak Doyah mula membebel.
“Sat
abang pi panggil Hail! Nanti dia masuk, jangan Doyah dok pot pet pot pet
pulak!” kata Pak Yunus. Dia terus menyarungkan seliper di pintu dapur. Langkah
menghala ke arah pangkin kayu yang terletak di bawah pokok rambutan gading.
Mulut
Mak Doyah terus muncung. Dia mendengus kuat sebelum masuk ke dapur. Tak
habis-habis suaminya nak sebelahkan anak bongsu mereka. Sudah tiga bulan Hail
balik sini namun masih jugak tak dapat kerja. Dalam masa tiga bulan ini, Hail
lebih banyak menyendiri dan termenung.
Tak buat apa-apa langsung.
*******************
PAK
YUNUS mendekati Hail. Kehadiran dia masih tidak disedari. Punggung
dilabuhkan perlahan-lahan di sebelah Hail. Teringin jugak nak tahu apa yang
menarik kerana Hail asyik memandang ke arah sawah padi itu setiap hari.
Kedengaran
Hail mengeluh perlahan-lahan.
“ Ada
kalanya hidup ini buat kita hilang arah!.” Pak Yunus bersuara.
Hail
menoleh. Pandangan tepat ke arah ayahnya.
“ Ingat,
perjalanan hidup ini luas tapi jangan sesekali putus asa mencari hala tuju
hidup kita. Banyakkan bersolat dan berdoa agar Allah Ta’ala memberi petunjuk
pada kita.” Tambah Pak Yunus sekali lagi.
Hail
tersenyum kelat.
“Jom
masuk! Mak hang panggil makan! Lambat masuk nanti, mak hang bertukaq
jadi raksasa pulak.” Pak Yunus ketawa kecil. Dia bangun dan mula berjalan ke
arah rumah.
Hail
bangun dan mengekori ayahnya masuk ke dalam rumah.
“Amboi,
nak kena jemput baru nak masuk rumah!” perli Mak Doyah sebaik saja anak dan
suaminya melangkah masuk. Dia sudah pun siap menghidang makan tengahhari.
Jelingan maut tepat ke arah Hail.
Tanpa
mempedulikan sindiran ibunya, Hail menarik kerusi dan terus duduk. Sepanjang
tinggal di sini telinga dia sudah imun dengan kata-kata ibunya. Tak habis-habis
nak perli dia. Mentang-mentang la dia penggangur dalam rumah ni.
“
Bagi la Hail makan dulu! Depan rezeki ni takkan nak bergaduh kot.” Tegur Pak
Yunus. Dia menggelengkan kepala dengan telatah isterinya. Bila nampak Hail,
mulut tak pernah duduk diam. Asyik perli kerjanya.
Wajah
Mak Doyah terus masam. Ditarik kerusi dan terus duduk berhadapan suaminya.
Pak
Yunus menadah tangan dan terus membaca doa makan. Kemudian mereka bertiga makan
bersama-sama.
Hail
terus mengambil lauk pauk yang dimasak ibunya dan diletakkan di dalam pinggan
nasinya. Dia makan dengan penuh berselera. Sekejap saja nasi sudah habis, dia
terus bangun dan menambah nasi.
Gerak
geri Hail diperhatikan oleh Mak Doyah. Kerja tak tapi kalau bab menghabiskan
beras kat dalam rumah ni memang nombor satu. Geram betul!
“
Hang ni makan ke telan?” Mak Doyah bersuara sebaik saja Hail duduk di kerusinya
semula.
Tanpa
mempedulikan ibunya, Hail mencedok gulai nangka ke dalam pinggan nasinya.
Dipekakkan saja telinga.
“
Kerja tak, makan nak! Apa la nak jadi dengan hang ni, Hail? Cuba hang cermin
diri hang la ni! Dari kurus handsome tapi la ni dah tukaq jadi
beruang. Makan tiduq! Makan tiduq! Kerja satu apa tak mau buat! Pemalas nak
mampus.” Sudah bermulanya leteran Mak Doyah.
Kata-kata
ibunya tadi menyebabkan Hail hilang sabar. Dia terus berhenti makan. Sebak hati
ini.
“Mak
ni selalu buat Hail stress! Nak makan pun tak senang!” Hail mula membuka mulut
melawan.
“
Hang ingat hang seorang stress! Mak pun stress jugak dengan perangai hang. Dah
berbulan-bulan memerap kat rumah. Kalau anak dara boleh jugak bagi kahwin,
kalau anak teruna sapa mau kahwin! Dah la tak ada kerja, duit dah tentu habuk
pun tak dak! Takkan la bini nak tanggung suami kot!” Semakin meleret leteran
Mak Doyah.
“Tahu
la diri ni menumpang rumah mak, tak payah la nak hina Hail sampai macam tu
sekali! Tak ada selera nak makan!” Hail terus bangun dan berjalan ke singki.
Kecik hati dengan kata-kata ibunya. Laju saja menonong meninggalkan ibu
bapanya.
“Tak
berselera apanya? Satu pinggan hang dah habis bedal. Ni nasi hang yang tambah
ni sapa nak makan? Hish… budak bertuah ni! Tahu bazir saja.” Mak Doyah mengetap
bibir. Perangai anak bongsunya menguji kesabaran betul!
“Bagi
la Hail makan dengan aman damai. Bila Hail tu depan mata, mulut tu tak
henti-henti membebel. Sapa tahan! Biar la Hail tenang, otak tengah berserabut
tu. Dibuatnya Hail putus asa terus nak cari kerja, Doyah jugak yang susah kan!”
kata Pak Yunus sebelum menyambung semula makan. Malas nak layan drama isterinya
itu. Bila Hail depan mata, ada saja tak kena.
Air
muka Mak Doyah berubah selepas mendengar cakap suaminya.
No comments:
Post a Comment