Bab 3
AKIFAH
berjalan keluar dari rumah sewa dan menuju ke arah kereta Perodua Ativa
miliknya. Ada sampul surat berwarna putih di wiper kereta. Diambil sampul itu
dan dibuka. Ada wang RM 5 dengan nota kecil. Kemudian Akifah tersenyum.
“Siapa
bagi?” tanya Elma yang baru saja mengunci pintu rumah. Dia mengorak langkah
menghampiri teman serumahnya . Mereka berdua nak pergi kerja ke klinik desa.
Tertanya-tanya siapa yang letak sampul surat di kereta Akifah pada waktu pagi
begini.
Akifah
mengeluarkan wang RM 5 dan ditunjukkan pada Elma.
“Abang
Hail!” kata Elma.
Akifah
tersenyum dan menganggukkan kepala dengan laju.
“Seronok
la tu!” usik Elma. Dia tahu Akifah sukakan Hail sejak anak bongsu Mak Doyah
menyelamatkan Akifah yang terjatuh dalam parit bulan lepas.
“Ya!”
jawab Akifah tanpa segan silu.
“ Kau
ni macam tak ada lelaki lain, kau nak suka! Abang Hail tu dah la tak ada kerja.
Rupa tu ada la sikit. Badan tu asyik membesar saja. Kau tak sesuai la dengan Abang
Hail tu. Aaa…Macam beauty and the beast! Cari la lelaki yang secocok
dengan kau. Kau tu lawa. Anak doktor pulak tu!” kata Elma. Pada pendapat dia,
Akifah boleh cari lelaki yang jauh lebih baik.
“Ala
…Handsome! Badan sado! Semua tu takkan kekal bila sudah tua. Ni …. Hati ni yang
penting. Abang Hail bintang di hati dan jugak bintang di jiwa aku. Masa aku
jatuh ke parit hari itu, Abang Hail tak teragak-agak nak tolong aku pun
walaupun kami belum kenal. Susah nak dapat lelaki baik hati macam Abang Hail.”
“Orang
kalau dah angau, tak guna cakap apa pun! Jom! Nanti lewat sampai klinik pulak!”
kata Elma. Dia terus masuk ke dalam perut kereta Akifah.
Akifah
memasukkan semula duit itu ke dalam sampul surat. Dia akan simpan duit ini
dengan baik. Jangan harap dia nak guna. Akan disimpan menjadi kenangan.
******************************
SELESAI
saja menyidai pakaian di ampaian, Mak Doyah berjalan semula masuk ke dalam
rumah. Langkah terhenti di depan pintu dapur, dia menoleh. Dia melihat Hail
masih tercegat di hadapan tanah bapa mertua yang berhadapan dengan rumah
mereka.
“Apasal
pulak dengan Hail tu? Terpacak kat tepi jalan.” Kata Mak Doyah. Sebelum dia
menyidai baju tadi, Hail sudah pun berdiri di situ. Tertanya-tanya kenapa Hail
tercegat kat situ.
“ Apa
yang menarik kat luaq tu?” tanya Pak Yunus yang muncul di belakang
isterinya.
“Abang
ni! Terkejut tahu tak?” marah Mak Doyah. Suka sangat muncul tiba-tiba.
“Takkan
nak kena bagi salam dulu kot! Aa…. Pasal pa? Doyah tengok apa?”
“Hail!
Tercegat kat tepi jalan dari tadi lagi. Apa yang menarik sangat kat tanah ayah
tu? Semak samun!”
“Aaa….
Hail tengah survey tu! Dia buat keputusan nak usahakan tanah ayah!”
beritahu Pak Yunus. Malam tadi Hail beritahu keputusannya pasal cadangan Pak
Yunus malah Hail sudah pun mendaftar untuk menyertai kursus dan latihan yang
dianjurkan oleh pihak Jabatan Pertanian Kedah.
Mak
Doyah ketawa dengan kuat. Geli ketiak ni dengar cakap suaminya.
“Abang
ni buat lawak la! Hail tu nak usahakan tanah ayah? Biar betul? Sanggup ke Hail
tu buat kerja kat tengah panas selama ini kan kerja kat tempat air cond saja?
Semua tu hangat tahi ayam!”
“Eh..
Eh! Doyah, awat cakap macam tu! Patutnya sebagai mak, kena sokong pilihan
anak-anak! Akhirnya Hail ada matlamat hidup. Daripada Hail duduk termenung
mengenangkan nasib , baik Hail bangun dan terus berusaha. Lagipun Hail sudah
ada plan! Hail plan nak tanam pokok pisang dengan kelapa pandan. Hail dah
daftar nak ambil kursus dan latihan kat Jabatan Pertanian. Warung ayah tu pun, Hail
nak perbaiki. Dia ingat nak buka balik Mee Kuah Tok Wan Mat.” Cerita Pak Yunus.
“Hail
betul-betul serius ka?”
“Ya
la! Siap dia sediakan kertas kerja untuk abang lagi.” Kata Pak Yunus dengan
wajah serius.
Mak
Doyah terdiam. Kalau betul Hail serius nak buat semua, dia memang tak ada
halangan.
************************
HAIL
terbaring di atas pelantar kayu. Mata terpejam rapat. Penat masih lagi terasa.
Maklum la sebelum ini sudah lama dia tak buat kerja. Pagi tadi dia sudah mula
membersihkan tanah datuknya. Pokok kecil dan semak samun ditebas sehingga
bersih. Sehingga tengahhari dia bekerja. Habis basah lencun baju dia. Peluh
memercik keluar.
Nanti
selepas Asar, dia akan membersihkan pula warung datuknya. Dia perlu tengok apa
yang perlu diperbaiki. Ayahnya pula setuju untuk mengeluarkan modal. Lagipun
dia akan membayar semula selepas mendapat keuntungan nanti.
Kedengaran
azan Asar berkumandang, Hail segera bangun dan mempercepatkan langkahnya masuk
ke dalam rumah.
Usai
solat Asar, Hail keluar dan berjalan ke arah warung milik datuknya. Sudah tiga
tahun warung ini ditinggalkan. Nampak usang! Dia ingat lagi semasa datuknya
masih ada, orang kampung selalu datang melepak di sini .Semestinya meriah!
Orang datang tak henti-henti, ada juga orang datang jauh semata-mata nak rasa
mee kuah datuknya. Tetapi selepas datuknya meninggal dunia, warung ini ditutup
kerana tiada siapa mahu ambil alih. Maklumlah adik-beradik ayahnya semuanya ada
kerjaya sendiri. Masing-masing tidak berminat dengan dunia masakan. Ayahnya
peguam, pak ciknya pula doktor manakala mak ciknya pensyarah.
Hail
mula mencabut rumput-rumput yang ada di sekeliling kedai itu. Plan hari ini dia
akan membersihkan sekeliling warung ini dulu.
“
Laa… Awat tak bagitau ayah kata nak bersih kedai hari ini? Ayah dengan mak hang
boleh tolong!” kata Pak Yunus sebaik saja mendekati Hail. Selesai solat Asar
tadi, dia nampak Hail di warung.
“ Ala
…. Ayah! Setakat nak cabut rumput dengan sapu sampah, seorang saja buat dah
cukup!” kata Hail.
“Lagi
ramai buat, lagi cepat habis kerja.” Kata Pak Yunus. Lagi pun selepas bersara
empat tahun lepas, dia tak ada buat apa-apa kerja pun.
Hail
tersenyum. Dia menyambung semula kerjanya.
Tiba-tiba
kedengaran bunyi hon kereta. Hail menoleh. Dia melihat kereta Ativa berhenti di
hadapan warung.
“Alamak,
dia singgah pulak!” kata Hail dengan nada perlahan. Dia terus menyambung
kerjanya. Dia malas nak layan.
“Assalammualaikum,
Pak cik!” Akifah yang baru saja keluar perut keretanya menghampiri mereka
berdua.
“Waalaikumussalam!
Akifah, baru balik kerja ke?” jawab Pak Yunus.
“Ya.
Tengah buat apa ni? Macam nak buka warung
saja!” teka Akifah.
“Memang
pun! Hail ni, dia nak buka balik warung mee kuah Tok Wan Mat!” jawab Pak Yunus
lagi.
“Abang
Hail pandai masak?”
“Hail
ni memang terror bab memasak. Dulu masa kecik-kecik, dia selalu tolong tok wan
dia kat warung.” Pak Yunus tersengih.
“Kalau
macam tu tak sabar la saya nak makan mee kuah Abang Hail.” Akifah tersenyum
seraya mencuri pandang ke arah Hail. Namun Hail sikit pun tak memandang ke
arahnya. Yang jelas Hail begitu sibuk mencabut rumput
di tepi warung. Kehadiran dia tak dipeduli.
“ Tak tahu la nak buka bila! Sebab
banyak benda nak kena buat! Nak repair lagi! Nak kena cat lagi? Ambil
masa jugak. Tapi kalau dah nak opening nanti, pak cik letak banner besaq-besaq
kat depan warung ni.” Kata Pak Yunus dengan ramah sekali.
“Kalau dah buka nanti, confirm kami
datang beli selalu. Aaa… Pak cik! Ni pisang goreng! Kami beli dekat simpang
tiga tadi. Pak cik sekeluarga makan la! Saya minta diri dulu.
Assalammualaikum…” Akifah memberi bag plastik itu pada Pak Yunus sebelum
berlalu pergi.
“Terima kasih!
Waalaikumussalam!” ucap Pak Yunus. Dia
tersenyum ke arah kereta Ativa yang
bergerak meninggalkan mereka berdua.
“Hang
ni ayah tengok tiap kali kalau Akifah dan Elma ada, hang tak pernah cakap
dengan depa pun. Depa yang selalu tegur hang. Apa salahnya kalau sesekali
bertegur sapa, apa orang cakap beramah mesra! Tak salah kan!” Pak Yunus membuka
mulut. Hakikatnya dia perasaan dengan perangai Hail.
“
Segan la ayah! Tak tahu nak cakap apa dengan depa tu!” jawab Hail. Dia melihat
ayahnya.
“Hmm…
Suka hati hang la! Ayah nak masuk sat pi hantaq pisang goreng ni kat mak
hang. Sat gi ayah mai.” Kata Pak Yunus. Dia berjalan dengan membawa bag plastic
biru itu.
Hail
kembali meneruskan kerjanya. Dia tak mahu ambil peduli langsung pasal orang
lain. Jaga hati sendiri lagi penting.
No comments:
Post a Comment