Bab
1
PEN
di tangan begitu ligat menulis resipi baru pastri di dalam buku nota. Tiba-tiba
saja Umie dapat idea resipi baru untuk Herma Bakery Cafe. Sambil menulis Umie
tersenyum riang. Sekejap lagi dia akan pergi ke baking studio sebelah ofis
untuk mencuba resipi terbaru untuk bakeri miliknya.
Telefon
pintar miliknya berbunyi, sekilas mata Umie melihat skrin telefon. Dia terus
meletakkan pen dan segera menjawab panggilan itu.
“Assalammualaikum,
Rubina!”
“Waalaikumussalam!
Kau busy ke?” tanya Rubina.
“Kalau
aku busy, jangan harap la aku nak jawab call ni.” jawab Umie
diakhiri dengan ketawa kecil.
“Amboi!
Sampai hati cakap macam tu kat BFF sendiri! Tapi aku peduli apa, aku akan call
sampai kau angkat.”
Umie
ketawa lagi. Dia masak dengan perangai Rubina yang tak pernah kenal putus asa
sejak zaman universiti lagi. Apa yang
Rubina nak, Rubina akan dapatkan seboleh-bolehnya.
“Kau
kat Bangkok lagi ke?” tanya Umie sebaik saja berhenti ketawa. Dia tahu Rubina
ada kerja di sana minggu ini.
“Urusan
kat Bangkok dah selesai, aku baru saja sampai Hanoi. Esok kan pembukaan kilang
kami kat sana.”
“Wah!
Makin berkembang business Uncle Raub lepas ni.” kata Umie. Tengku Raub
ayah Rubina merupakan salah seorang orang terkaya di Malaysia. Namun Tengku
Raub seorang yang rendah diri dan baik hati.
“Berkembang
la sangat. Bertambah kerja aku lagi ada la.” Rubina merunggut.
“Kau
ni tak reti bersyukur langsung. Aaa…. Kau ada call Jazlin tak?” tanya
Umie. Tiba-tiba dia teringat seorang lagi sahabat baik mereka berdua.
“Minah
tu! Jangan harap la dapat contact kalau dia pergi bercuti. Bercuti
sungguh!” Rubina mendengus kuat.
“Ya
tak ya jugak, patut la aku call dia dua hari lepas, dia tak angkat.”
Mulut Umie terus senget.
“Mr
Mystery kau tu kau dah tahu nama ke belum? Sampai
bila kau nak jadi stalker ni, hah?” Rubina bertanya.
“
Eee…. Bukan stalker la, secret admirer!
Dah tiga kali, aku jumpa dia kat area bakeri aku ni! Nasib tak baik betul, bila
aku nak approach saja, dia hilang.” Umie masih tidak melupakan lelaki
yang menolong dia di supermarket bulan lepas. Kebetulan masa itu, dia ingin
ambil kotak pancake terletak di rak yang tinggi. Maklum la tinggi dia hanya
158cm, beberapa kali dia cuba ambil tetapi tak sampai. Mujur la ada lelaki yang
menolong dia ambilkan kotak pancake itu kemudian terus berlalu pergi. Kerana
tergamam dengan apa yang berlaku, dia tak sempat mengucapkan terima kasih. Di
segenap pelusuk supermarket itu dicari namun kelibat lelaki tinggi lampai itu
tidak dijumpai. Sampai sekarang dia masih tak dapat lupakan lelaki itu, siang
malam dirinya dibayangi wajah lelaki misteri itu. Ini ke namanya jatuh cinta?
Sekali pandang terus terpahat di dalam hati ini.
“
Sebab dia tolong kau ambil barang ja, kau terus falling
in love! Cuba la fikir logik sikit!” Rubina mengeluh.
“Cinta
tu tak mengenal logik, tahu tak! It only take 3 seconds to fall in love!
” tegas Umie.
“Cakap
dengan orang tengah angau ni, macam cakap dengan batu.”
Umie
tersenyum senget. Dia sudah lali dengan kata-kata Rubina. Mata Umie melihat ke
arah monitor cctv, kelopak mata terus terbuka luas.
“Ya
Allah!” Umie terkejut melihat apa yang berlaku di sebalik monitor cctv tadi.
“What’s
wrong?”
“Rubina!
Aku call kau balik nanti! Bye!” Dengan segera Umie mematikan
talian sebentar tadi. Tangannya mula terketar-ketar. Dia melihat ada dua orang
lelaki berhalmet memasuki bakeri miliknya dengan mengacukan parang ke arah
beberapa orang pekerja dia dan beberapa orang pelanggan yang ada di situ.
Umie
terus bangun.Tak sangka bakeri dia dirompak. Mujur la dia ada di tingkat atas bakeri
itu. Dia melihat salah seorang perompak itu mengambil duit dari cash
register bakeri malah salah seorang lagi perompak mengawal mereka semua
yang ada dalam bakeri.
“Aku..
Aku kena call polis!” kata Umie tergagap-gagap. Dia segera hubungi pihak
polis.
Selesai
saja hubungi pihak polis, Umie segera turun ke tingkat bawah. Dia risau dengan
keselamatan pekerja-pekerja dia dan beberapa orang pelanggan yang ada. Dalam
masa yang sama, dia kena melengahkan masa supaya pihak polis tiba sebelum
perompak itu beredar.
“Mana?
Mana owner bakeri ni? Kalau tak, aku tetak tangan perempuan ni!” jerit
lelaki yang memakai helmet seraya memegang salah seorang pekerja bakeri itu.
Mata meliar mencari pemilik bakeri yang bertudung litup yang sering tersenyum
setiap pelanggan yang datang. Dia pernah datang sekali ke sini sebelum buat
keputusan menjadikan bakeri ini sasaran seterusnya.
“Tolong
jangan apa-apa kan staf saya dan customer saya!” Umie muncul dari belakang
bakeri. Dia mengangkat kedua-dua tangannya. Jantung berdebar-debar apabila
parang dihala padanya.
“
Bagi rantai tangan tu!” kata perompak itu apabila Umie
muncul. Sasaran dia memang rantai tangan itu. Kalau dijual mesti beribu-ribu.
Umie
terkejut. Dia terus tanggal rantai tangan dan berikan pada perompak itu tanpa
banyak soal.
“Cincin-cincin
tu pun nak jugak!” kata perompak itu lagi.
Umie
membuang cincin batu emas yang ada di jari manis dan jari telunjuk. Dia terus
bagi.
“
Cincin tu, tunggu apa lagi, bagi la!” Perompak itu
meninggikan suara apabila cincin belah rotan yang masih ada di jari hantu Umie.
“Cincin
ni, saya tak boleh bagi. Cincin ni arwah mama yang bagi. Ambil…Ambil rantai
ni!” Mustahil Umie akan bagi cincin pemberian arwah mama dia. Dengan segera, di
sebalik tudung yang dipakai, dia menanggalkan rantai leher dan diberikan pada
perompak itu.
“Nilai
rantai ni lagi mahal.” kata Umie.
“Aku
tetap nak cincin tu!” jerkah perompak itu walaupun rantai leher diambil. Dia
masih mahukan cincin itu.
Umie
terus menggengam erat tangannya. Dia takkan sesekali bagi cincin ini. Cincin
ini berharga dari nyawa dia sendiri. Umie menggelengkan kepala tanda enggan.
“Aku
nak cincin tu, faham tak?” jerit perompak itu.
“Bro,
jom la blah! Cincin tu biar la.” perompak seorang lagi bersuara. Dia mula susah
hati. Mata menoleh ke kiri dan kanan. Takut-takut kalau ada polis.
“Aku
nak cincin ni!” Perompak itu bergelut dengan Umie.
Umie
menjerit apabila perompak itu ingin mengambil cincinnya. Sekuat tenaga yang
ada, dia bergelut dengan perompak itu.
Perompak
itu terus menolak Umie ke lantai. Dia terus angkat parang.
Tiba-tiba
perompak itu ditendang dan jatuh tersungkur di lantai. Parang terlepas dari
genggaman tangan.
Umie
terkejut dengan apa yang berlaku dan melihat ke arah salah seorang pelanggan
yang menendang perompak itu.
Seorang
lagi perompak itu cuba menyerang tetapi ada lagi seorang pelanggan turut sama
masuk campur dan menendang perompak itu. Perompak itu terpelanting ke arah
meja.
Beberapa
orang anggota polis meluru masuk dan terus menangkap dua orang perompak tadi.
Semua
orang yang berada di dalam bakeri itu menarik nafas lega dengan kehadiran
polis. Segala-galanya telah berakhir.
Dua
orang pekerja bakeri itu membantu Umie bangun.
Umie
masih dalam keadaan terkejut malah dalam masa yang sama pandangan mata Umie
tepat ke arah lelaki yang menolong dia tadi. Tak sangka Mr Mystery ada
di depan mata dia.
*********************************
SELEPAS saja memberi
keterangan pada pihak polis, Umie masih berdiri di depan pintu masuk Balai
Polis Taman Tun Dr Ismail. Dia sedang menunggu seseorang. Senyuman di bibir
sukar dikawal lagi, semakin meleret senyuman di wajah Umie. Kini dia sudah tahu
nama Mr Mystery yang selama ini tercari-cari. Nama Emiir Carim! Berusia
29 tahun! Peguam pulak tu! Rupanya-rupanya firma guaman Emiir terletak tak jauh
dari bakeri dia. Ada la peluang nak jumpa selalu.
Emiir
dan kawannya, Aariz melangkah keluar.
Umie
segera menghampiri mereka berdua.
“Assalammualaikum…..”
Umie memberi salam.
“Waalaikumussalam!”
jawab mereka berdua serentak.
“Saya
Umie Aira! Pemilik Herma Bakery Cafe! Saya nak ucapkan terima kasih
banyak-banyak. Kalau la tadi tak ada encik-encik berdua tadi, tak tahu la apa
nak jadi. Ini kad saya! Kalau datang bakeri saya, tunjuk saja kad ini. Oder
saja apa saja, semuanya free.” kata Umie. Niatnya nak membalas budi baik
mereka berdua. Apa orang cakap, ada
udang di sebalik batu. Dalam masa yang sama boleh la, dia berjumpa dengan Emiir
lagi. Peluang ini dia akan guna untuk mengenali Emiir dengan lebih mendalam.
“
Apa! You ingat kami berdua tak ada duit nak
bayar ke?” Air muka Emiir berubah.
Umie
terkejut.
“Ha
ha ha! Cik Umie, Emiir ni memang suka bergurau!” Aariz menyampuk dan menepuk
lembut belakang Emiir. Dia terus
mengambil kad dari Umie. Terukir senyuman di bibir Aariz.
“
Kalau benda free, kami berdua memang suka. Cik
Umie ni memang pemurah orangnya. Siap belanja kami berdua makan minum free
lagi.” tambah Aariz lagi. Dia sempat melirik ke arah Emiir yang masih berwajah
serius.
“Saya
terhutang budi dengan encik-encik berdua. Sekali lagi terima kasih
banyak-banyak. Datang la selalu kat bakeri saya. Nak makan minum, oder saja.
Tak payah nak segan-segan.” kata Umie. Sesekali dia mencuri pandang ke arah
Emiir.
“Next
time kami berdua datang. Okey la, Cik Umie.
Kami dah nak kena gerak. Ada hal kat ofis. Bye!” kata Aariz.
“Bye!”
balas Umie. Dia tersenyum. Mata dia masih memerhati kelibat Emiir memasuki perut
kereta Volvo XC90. Dirinya masih berdiri di situ. Sebaik saja kereta Volvo XC90
berlalu pergi, mulut Umie terus muncung. Kan bagus kalau Emiir bercakap dengan
dia tadi! Umie mengeluh hampa.
***************************************************************
BANTAL-BANTAL kecil yang ada
di sofa disusun dengan teratur. Kemudian dia mengelap meja kecil yang ada di
tengah-tengah sofa. Dahi berkerut melihat habuk yang ada di tuala kecil itu.
Baru seminggu tak lap, dah berhabuk macam ini. Kerana terlalu sibuk uruskan bakeri,
dia tak sempat nak mengemas rumahnya. Nasib baik la, dia duduk kondo. Kurang
sikit la kerja rumah. Dia beli kondo ini disebabkan ingin dekat dengan bakeri.
Senang sikit nak ulang alik! Yang penting jimat masa, tak la stress bila
terangkap bila traffic jam. Hari ini, dia tutup bakeri awal. Selepas apa
yang berlaku pasti pekerja-pekerja dia trauma dengan apa yang berlaku.
Telefon
pintarnya berbunyi, Umie sudah dapat meneka siapa pemanggil itu.
“Assalammualaikum
my BFF!” kata Umie dengan suara riang. Dia sudah agak pasti Rubina akan telefon
dia. Bila sampai di rumah, dia baru sedar yang Rubina menelefon dia banyak
kali. Mesej pula sampai berbelas-belas. Mesti Rubina risau sebab dia
tergesa-gesa menamatkan perbualan mereka berdua pagi tadi. Dia hanya balas
mesej Rubina dengan menceritakan apa yang berlaku.
“Waalaikumussalam.
Kau okey tak ni?”
“Aku
okey la!”
“Syukur
alhamdulillah. Bila aku baca mesej kau tadi, macam nak luruh jantung aku ni.”
“Tak
payah risau. Aku selamat. Lagipun Mr Mystery yang selamatkan aku tadi.”
beritahu Umie. Dia masih lagi ingat lagi detik-detik Emiir menendang perompak
tadi.
“Apa!”
“Rubina!
Nama dia Emiir Carim! Sedapnya nama dia. Aku…aku tak sangka selama ini dia dekat
dengan aku. Rupa-rupanya dia customer tetap bakeri aku cuma aku saja tak
pernah terserempak dengan dia. Aku
syukur sangat-sangat sebab Allah Talla terima doa aku. Memang jodoh kami berdua
kuat.” beritahu Umie sambil tersenyum. Dia ingin kongsi berita baik ini dengan
Rubina.
“Hello!
Sharifah Umie Aira! Kau ni kan baru lepas kena rompak! Patutnya orang baru
lepas kena rompak, rasa takut, rasa trauma, tapi kau gembira!”
“Rasa
takut! Rasa trauma! Memang la ada tapi sebab Emirr Carim, aku lupa semua itu. Emiir
penawar segala-galanya dalam hidup aku. Oh… Emiir Carim! My prince charming!
”
“Something
wrong with you, Umie! Kau kena pergi jumpa doktor
buat check up especially otak kau tu!”
“Rubina!
Tak ada seorang doktor pun dapat rawat penyakit aku ni.” balas Umie.
“Umie,
aku ni bukannya tak suka kalau kau bercinta tapi cara kau tu buat aku risau.
Kau mana pernah bercinta sebelum ni! Lelaki kat dunia ni ada macam-macam jenis.
Kau belum jumpa lagi jenis lelaki buaya darat! Jenis lelaki kaki kikis! Jenis
lelaki mulut manis! Aaa…. Macam-macam lagi la. Kau belum kenal lagi Mr
Mystery tu tapi kau dah mula menaruh harapan yang tinggi. Lagi satu,
entah-entah dia dah ada girlfriend ke? Dah tunang ke? Dah ada isteri ke?
Kau tak tahu kan! Aku tak mahu tengok kau sedih kemudian hari.”
Senyuman
Umie terus mati selepas mendengar cakap Rubina. Memang kata-kata Rubina ada
benarnya. Ini pertama kali dirinya jatuh cinta. Sebelum ini ramai lelaki cuba
mengorat dia tetapi tiada seorang pun lelaki yang dapat membuka pintu hatinya.
Kini hatinya terbuka untuk lelaki bernama Emiir Carim.
“Rubina,
kau jangan risau. Kalau la Emiir tu dah ada girlfriend, atau pun dah ada
tunang, atau pun dah ada isteri, aku akan undur diri. Aku ni bukannya jenis
perempuan perampas! Tapi kalau Emir tu single, aku akan buru cinta Emir
sampai ke hujung dunia. Aku akan tawan hati Emiir. Mustahil la hati Emir takkan
cair dengan aku ni! Dah la comel! Manja! Baik hati! Pandai memasak! Pandai cari
duit sendiri! Rugi Emiir kalau tolak aku! Betul tak?” kata Umie. Dia kembali
tersenyum.
“Betul
tu! Aku berdoa supaya urusan kau dipermudahkan. Aku harap kau temui cinta yang
kau cari selama ini. Aku nakkan yang terbaik untuk kau. Aku akan approve
kalau lelaki itu lelaki baik dan hargai kau seadanya, Umie. I wish you all
the best.”
“Thank
you, Rubina! Kau memang kawan aku dunia
akhirat. I love you!” Semakin panjang garisan senyuman Umie.
Berkobar-kobar semangat Umie selepas mendapat sokongan Rubina. Walaupun
kadang-kadang mulut Rubina laser tapi Rubina penyokong kuat di belakangnya.
“I
love you too. Umie, aku ada meeting lepas ni. Aku
call kau esok. Okey, bye!” kata Rubina. Dia terus menamatkan
panggilan.
Umie
terus duduk di sofa. Diambil bantal kecil dan dipeluk dengan erat.
“Emiir
Carim! Mulai esok, saya akan jadi sebahagian dari hidup awak.” kata Umie.
Semakin meleret senyuman Umie. Dia tak sabar nak jumpa Emiir.
No comments:
Post a Comment