Bab
2
AWAL-AWAL
pagi sebegini, sudah tentu lif sentiasa penuh. Semua orang tergesa-gesa nak
pergi kerja. Umie melihat keadaan lif yang padat. Dalam hati, dia mengeluh.
Semasa nak masuk lif tadi pun, dia terpaksa berebut. Maklum la dia tinggal di
tingkat 10 kondominium ini. Kalau tak disebabkan dia kena pergi ke market, dia
takkan keluar rumah seawal begini. Barang-barang rumah dah habis terpaksa la
dia keluar beli. Dia menarik nafas lega apabila lif tiba di tingkat parking.
Pintu
lif terbuka. Umie membiarkan orang-orang yang ada di hadapan dia keluar
terlebih dahulu.
Tiba-tiba
mata Umie terpandang lelaki yang baru melintas di hadapan lif.
“Emiir!”
Tercetus nama itu di bibir Umie. Dia tak percaya dengan apa yang dia lihat sebentar
tadi.
Umie
ingin keluar mengejar tetapi terpaksa mengalah apabila melihat masih ada orang
keluar dari lif itu. Dia terpaksa menunggu giliran dia. Takkan pulak dia nak
tolak orang kat dalam lif itu! Apa pulak orang cakap nanti.
Sebaik
saja dapat keluar dari perut lif, mata Umie meliar mencari kelibat Emiir. Dia
berlari anak-anak mencari di setiap tempat kereta di tingkat itu namun kelibat
Emiir tetap jugak tak kelihatan.
“Aku
salah orang ke? Atau mata aku ni nampak orang yang seakan-akan Emiir?” Umie
bercakap seorang diri dengan dahi berkerut. Wajah jelas hampa.
*************************
UMIE
tersenyum seraya melihat bahan-bahan yang sudah ada di atas meja. Kek yang
sering saja laris terjual di bakeri iaitu brownies kedut. Cara membuatnya
memang mudah. Dia memang pakar dalam buat brownies. Pejam mata saja pun boleh
buat, ewah cakap besar la pulak. Tangannya pantas membuat kerja.
Sekejap
saja adunan sudah siap. Umie segera mengeluarkan acuan bersaiz 10 x 10.
Selepas
letak baking paper, Umie oleskan dengan butter. Dia terus tuang adunan browines
ke dalam acuan tadi.
Acuan
tadi segera dimasukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu.
Umie
menyandarkan diri di meja seraya menunggu keknya masak dalam tempoh 30 minit.
Sambil
itu, Umie berfikir kek apa yang dia buat selepas ini. Tadi Ena dan Iza dah buat
kek kastard pandan, kek red velvet dan kek pisang. Mereka berdua merupakan chef
pastry yang mula-mula bekerja dengan dia sehingga sekarang.
Tiba-tiba
saja Mina masuk ke ruang dapur bakeri.
“Kak
Umie! Kak Umie! Kak Umie! Berita baik!” kata Mina. Dia terus mendekati Umie.
Ena
dan Iza yang ada di dapur terkejut dengan suara Mina.
“Suara
perlahan la sikit! Apa halnya, Mina?” soal Umie dan memandang gadis yang berusia
20 tahun itu. Mina merupakan salah seorang service krew di bakeri.
“Kak
Umie kan pesan kalau abang-abang lawyer yang selamatkan kita hari tu
datang, cepat-cepat roger kat Kak Umie kan!”
“Kenapa?
Dia orang datang ke?” tanya Umie dengan mata terbeliak besar.
Mina
segera menjawab dengan menganggukkan kepala.
Umie
tersenyum. Dia segera menanggalkan apron yang dipakai.
“Macam
mana? Tudung Kak Umie okey tak?” tanya Umie pada Mina mengenai penampilan
dirinya. Sepatutnya dia letak cermin kat dapur ini.
“Cun!”
jawab Mina dengan suara riang.
“Okey!”
Umie terus berjalan laju keluar dari dapur. Manakala Mina mengekori Umie dari
belakang.
Sebaik
saja keluar, pandangan Umie tepat ke arah Emiir dan Aariz yang sedang membuat
pesanan.
“Assalammualaikum.
Encik Emiir! Encik Aariz! ” Umie tersenyun dan mendekati mereka berdua.
Pandangan mata Umie sudah tentu pada Emiir. Hari ini Emiir nampak handsome
dan bergaya.
“Waalaikumussalam!”
jawab Emiir dan Aariz serentak.
“
Dah oder ke?”
“Dah!
Tiba-tiba saja teringin nak makan kek. Sambil-sambil tu oder coffee sekali.”
jawab Aariz yang begitu peramah.
Emiir
hanya mendiamkan diri seperti selalu.
“
Oder la lagi. On the house!” kata Umie. Dia
masih tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua pipinya.
Sesekali Umie mencuri pandang ke arah Emiir.
“Betul
ke? Eh, Emiir! Kau nak apa lagi? Tambah la? Kau suka makan browines kat sini
kan! Bukan selalu Cik Umie nak belanja.” Aariz pandang Emiir.
Emiir
memberi jelingan tajam pada Aariz.
“Encik
Emiir suka browines ke? Kalau macam tu, tunggu sekejap. Saya baru saja buat
browines tadi. Ada dalam oven. Tinggal lagi 20 minit. Baru lepas masak lagi
sedap makan.” Suara Umie begitu riang apabila dapat tahu yang Emiir sukakan
browines yang dia buat.
“No!
No! Tak payah susah-susah. I tak suka makan kek panas-panas. Apa yang ada
sekarang ni dah cukup. Lagipun kami tak boleh lama-lama kat sini, kami kena
balik ofis. Banyak kerja nak buat.” Dengan dinginnya, Emiir menolak.
Umie
terus terdiam.
Aariz
menyedari perubahan air muka Umie malah pekerja-pekerja Umie kat bakeri memandang ke arah Emiir.
“Ha
ha ha! Emiir ni memang macam ni! Mahu tapi malu. Ha ha ha!” Aariz menyampuk.
Dia menepuk perlahan bahu Emiir.
Sekali
lagi Emiir menjeling pada Aariz.
Umie
hanya mampu tersenyum. Dia dapat merasakan lelaki seperti Emiir ini sukar untuk
didekati. Tetapi dia takkan berputus asa, apa yang dia ingin selama ini, pasti
dia dapat. Dalam hatinya, dia bertekad akan memburu cinta Emiir. Dia akan buat
apa saja supaya Emiir jatuh cinta dengan dia.
********************************
SUDAH
dua jam, Umie menunggu di luar bangunan firma guaman Emiir bekerja. Dia
bertekad untuk tahu di mana Emiir tinggal. Ini salah satu cara untuk mendekati
Emiir lebih dekat. Kalau orang cakap dia stalker, dia tak heran.
Umie
mengetap bibir. Mula resah. Pandangan mata tepat ke arah entrance keluar
parking bangunan itu. Dia tak nampak lagi kereta Volvo XC90 milik Emiir
keluar. No plat kereta Emiir pun dia ingat semasa dekat balai polis hari itu.
Suka punya pasal, apa saja yang berkaitan pasal Emiir pasti dia ingat. Umir
menjeling ke arah jam keretanya. Sudah pukul 6.30 petang.
“Takkan
la Emiir balik awal? Hmm…. Tunggu la 10 minit lagi. Kalau tak ada, balik la.
It’s okey! Ada banyak masa lagi. Gagal sekali, bukan bermakna gagal
selama-lamanya.” Umie bercakap seorang diri. Dia tersenyum kelat.
Air
muka Umie berubah apabila kereta yang dinanti-nanti muncul.
“Yes!
Nasib menyebelahi aku!” Kata Umie dengan suara riang. Dia terus mengekori kereta
Volvo XC90.
Kereta
Volvo XC90 itu membelok ke kanan. Kereta Myvi berwarna merah milik Umie turut
sama membelok ke kanan. Umie memastikan jarak keretanya tak begitu rapat dengan
kereta Emiir.
Air
muka Umie mula berubah. Sambil memandu, Umie melihat sana sani. Dia rasa familiar
dengan keadaan sekelilingnya.
“Ini
bukan ke jalan nak balik rumah aku!” Umie bersuara.
Kereta
Volvo XC90 membelok ke jalan kondominium yang berwarna biru muda itu.
Umie
masih mengekori dari belakang.
Apabila
Volvo XC90 memasuki parking basement kondominum blok A, Umie tersenyum
lebar. Ini bermakna apa yang dia nampak pagi memang betul la Emiir.
Umie
menekan brek kereta apabila ada kereta Honda Civic keluar dari parking
secara tiba-tiba.
“Main
keluar saja, bukan nak tengok ada kereta lain ke tak?” Umie berleter. Dalam
masa yang sama Umie melihat kereta volvo XC90 mula hilang dari pandangan dia.
Semakin resah dibuatnya.
Sebaik
saja kereta Honda Civic itu berlalu pergi, Umie menekan pedal minyak dan mula
mencari kereta milik Emiir. Mata bagaikan helang mencari segenap pelusuk tempat
letak kereta.
Umie
terus menekan brek apabila nampak kelibat Emiir berjalan masuk ke dalam lif.
Selepas
kelibat Emiir hilang, kereta Myvi bergerak mendekati kereta Volvo XC90.
Tingkap
kereta diturunkan. Umie menjenguk kepala dan melihat no rumah yang tertulis di
tempat parking.
“Aaa….
Rumah Emiir kat tingkat 15. Blok A.” Senyuman Umie meleret. Tak sangka jodoh
dia dan Emiir begitu kuat. Ini petanda yang Emiir memang jodoh dia. Tingkap
kereta dinaikkan semula.
Kereta
Myvi bergerak meninggalkan tempat itu dan bergerak ke tempat letak kereta
miliknya yang terletak jauh dari kereta Emiir. Sambil memegang stereng kereta
Umie masih tersenyum. Otaknya mula memikirkan cara untuk mendekati Emiir.
******************************
JAM
tepat menunjukkan 11 malam, Umie duduk di kerusi meja solek. Disapu krim malam
pada wajahnya dengan lembut untuk mengelakkan kulit kering. Umur sudah nak
dekat 30 tahun jadi kena la jaga muka awal-awal lagi.
Telefon
pintar Umie berbunyi, Umie segera bangun dan menuju ke katil. Dia tersenyum
lebar apabila pemanggil itu ialah Jazlin.
“Assalammualaikum,
Jazlin! Akhirnya selepas dua minggu, baru dapat dengar suara kau.” jawab Umie.
“Waalaikumussalam!
Kau pun sama dengan Rubina. Call salah, tak call pun salah. Ini
dah kira baik aku call korang balik.”
“Aku
bergurau saja. Kau kat mana sekarang ni? Austria?” Umie masih ingat plan Jazlin
yang ingin bercuti di eropah selama dua minggu. Dalam masa yang sama, Jazlin
ingin melawat adik lelakinya yang belajar di Vienna.
Terdengar
keluhan Jazlin.
“Aku
sekarang ni ada kat New York.” beritahu Jazlin.
“New
York! Kau pergi jumpa Uzir ke?” Suara Umie jelas terkejut. Sudah dua tahun Raja
Uzir menetap di sana kerana menguruskan business keluarga dia.
“Ya.
Masa aku kat Sweden, Uzir call aku. Dia nak tangguh lagi wedding
kami hujung tahun ni. Ini dah kali ke 3, Uzir tangguh. Alasan macam selalu la, busy
dengan kerja dia. Ada projek baru la. Semua tu lebih penting dari aku. Geram
punya pasal, aku terus fly ke New York.” cerita Jazlin.
“Mesti
korang berdua bergaduh kan!” teka Umie.
Beberapa
saat talian sunyi sepi.
“
Aku bengang sangat-sangat, Umie! Cara Uzir macam tak
serius nak kahwin dengan aku. Aku pun
kerja macam dia. Aku macam dia jugak, general manager kat Teguh Holding.
Aku pun busy. Tahun depan umur aku dah 28 tahun, aku ni makin tua
bukannya makin muda. Kalau Uzir tak mahu kahwin dengan aku, berterus-terang
saja la. Tak payah buat aku ni tertunggu-tunggu. Masalah sekarang ini apa aku
nak cakap dengan mama papa aku. Saudara mara aku pun dah mula bising.” Jazlin
meluahkan perasan.
“
Takkan la kau nak cancel wedding kau dengan
Uzir. Korang bercinta masa sekolah menengah lagi. Sekarang kau tengah marah,
apa kata kau bertenang dulu dan lepas tu fikir masak-masak.” nasihat Umie. Dia
tak mahu Jazlin bertindak melulu-lulu.
“Aku
dah tak tahu nak buat apa, Umie! Aku dapat rasa yang Uzir dah tak sayangkan
aku.” Kedengaran suara Jazlin sedih.
“
Jazlin! Jangan ikutkan perasaan tu. Apa kata kau pergi
shopping, rileks dan tenangkan fikiran lepas tu kau jumpa Uzir dan bincang
baik-baik.” tambah Umie lagi.
“Aku
dah ada kat airport, Umie! Pagi ini aku fly balik Malaysia. Buat masa
sekarang ini, kami perlukan masa untuk berfikir. Ok, stop talking about me and Uzir.
Aku call kau sebab nak cakap benda lain. Alih-alih kita cakap masalah
aku. Tahniah, Umie! Akhirnya kau dapat jugak jumpa Mr Mystery kau tu. Sorry
la sebab lambat baca mesej kau.”
“It’s
okey la! Lagipun aku dengan Rubina faham. Kau
tu kalau bercuti, kau tak nak diganggu. Tapi kalau Uzir call dan mesej
kau, laju saja kau balas. Maklum la level kami berdua ni tak sama level dengan Uzir.” usik
Umie. Senyuman meleret.
“Sempat
lagi sindir aku! Okey la. Mulai hari ini level korang berdua lebih
tinggi dari Uzir.” kata Jazlin diakhiri
dengan gelak ketawa.
` Kedengaran boarding announcement
di talian.
“
Umie, aku dah nak boarding ni. Nanti kita jumpa
yer. Okey! Bye!” beritahu Jazlin.
“Bye!”
balas Umie sebelum menamatkan talian mereka berdua. Dia berharap Jazlin tak
buat keputusan terburu-buru dan berharap hubungan Jazlin dan Raja Uzir pulih
seperti sediakala. Ini bukan pertama kali Jazlin dan Raja Uzir bergaduh. Setiap
kali bergaduh, mereka berdua akan berbaik semula. Dah lumrah kehidupan, dalam
sesebuah hubungan itu ada pasang dan surutnya.
Umie
terus bangun dan menutup lampu. Hanya lampu tidur saja dibiarkan bercahaya.
Dirinya tak sabar nak menunggu esok.
Gambar Hiasan |
No comments:
Post a Comment