Bab
3
PAGI
ini, Emiir begitu serius membaca fail-fail yang ada di atas mejanya. Esoknya,
dia ada pembicaraan di mahkamah. Dia mesti bersiap sedia untuk esok.
Pintu
bilik diketuk.
Aariz
tersenyum dan terus membuka pintu.
“Good
morning!” tegur Aariz.
“Morning!”
jawab Emiir. Tumpuan dia kembali pada kerjanya.
“
Kau ni pagi-pagi lagi muka dah masam. Breakfast
tadi makan lemon ke?” kata Aariz diakhiri dengan ketawa.
Emiir
terus merenung kawan baik dan jugak kawan sekerjanya itu.
“Okey!
Okey! Aku bergurau saja la. Aku tahu la kau ada kes penting esok. Tapi itu tak
bermakna kau kena serius memanjang.” Aariz berhenti ketawa apabila direnung
sebegitu.
“Aku
bukan kau! Tersengih macam kerang busuk! Tegur orang sana sini! Benda tak lawak
pun, kau ketawa! Kau kau, aku aku! Faham!” Wajah Emiir serius.
“Okey!
Seratus peratus aku faham! Malang betul siapa kahwin dengan kau nanti!”
Sekali
lagi Emiir merenung Aariz memberi amaran.
“Okey!
Aku diam lima saat!” balas Aariz.
Emiir
hanya mampu menggelengkan kepala dengan perangai Aariz.
“Dah
pukul 10 pagi, mesti Herma Bakery Cafe mesti dah buka. Jom kita pergi sana! Aku
nak beli iced americano dengan apple pie.” ajak Aariz.
“Kau
pergi la. Aku malas! Banyak kerja!” jawab Emiir.
“Laa….
Sekejap ja. Jalan tak sampai lima minit, dah sampai! Jom la!” ajak Aariz lagi.
“Tak
nak la! Lagipun aku malas jumpa owner bakery tu! Tengok aku lain macam
lepas tu asyik tanya aku macam-macam! Rimas la, aku tak suka!” Emiir meluahkan
apa dia rasa setiap kali bersemuka dengan pemilik bakerri itu. Pandangan mata
Umie membuatkan dia rasa tak selesa.
“Kau
ni sensitif sangat la. Cik Umie tu peramah orangnya. Semua orang dia tegur. Kau
ni suka sangat prasangka buruk kat perempuan. Oklah! Kalau kau tak nak pergi,
aku pergi seorang. Betul ni tak nak oder apa-apa!”
“Iced
latte! Dua brownies!” begitu pantas Emiir memesan.
Aariz
menggelengkan kepala sebelum keluar. Makanan nak, tuan punya kedai tak suka!
Apa nak jadi dengan Emiir ni!
Emir
menyambung semula kerjanya.
*******************************************
KEDATANGAN
Aariz disambut baik oleh pekerja-pekerja Herma Bakery Cafe. Aariz membalas
senyuman mereka. Dia melihat keadaan sekeliling. Nampaknya semakin ramai
customer. Dia segera mengambil dulang plastik dan penyepit. Rak roti
dikelilingi mencari mana satu yang berkenanan di hati.
“Encik
Aariz! Seorang saja ke? Mana Encik Emiir?” Tiba-tiba ada suara menegur. Umie
tersenyum seraya membawa dulang yang penuh dengan roti sosej.
“Pagi
ni seorang saja. Emiir banyak kerja kat ofis.” jawab Aariz. Dalam masa yang
sama Aariz nampak perubahan wajah Umie. Takkan la firasat Emiir betul?
Tertanya-tanya sama ada pemilik bakeri ini sukakan Emiir.
“Ooo…Oh
ya, Apple pie tinggal lagi dua minit nak masak. Encik Aariz boleh tunggu kan!
Sekejap ya, saya kena letak roti ni dulu.” kata Umie sebelum menyambung semula
kerjanya. Selepas meletakkan roti di atas rak, Umie segera masuk ke dapur.
Tangan
Aariz mengambil satu persatu roti yang ingin dia makan nanti. Setelah itu, dia
segera beratur untuk membayar.
“Encik
Aariz, apa khabar? Sihat?” tegur Mina sebaik saja Aariz tiba di kaunter
pembayaran.
“
Sihat!” jawab Aariz.
“Encik
Emiir mana? Selalunya asyik datang dua orang. Dah macam kembar siam.” tanya
Mina lagi.
“Kerja!
Esok ada kes kat mahkamah.”
“Ooo…
Kalau macam tu, oder macam biasa ke? One iced americano, one iced latte!” kata
Mina. Dia sudah ingat minuman kegemaran mereka berdua. Asyik oder air yang sama
saja.
“Ya.”
Aariz tersenyum lebar.
Laju
saja tangan Mina menekan oder. Kemudian Mina terus memasukkan roti-roti ke
dalam bag kertas.
“Apple
pie dengan browinies sekejap lagi siap. Air, saya hantar nanti. Encik Aariz
boleh tunggu kat sana yer.” kata Mina. Diberikan bag kertas itu pada Aariz.
“Berapa
semuanya?” tanya Aariz dan menyambut bag kertas itu.
“On
the house!”
“On
the house lagi! Mana boleh macam tu! Rugi nanti.
It’s okey, saya bayar.” Aariz terkejut dan memberikan kad kredit pada Mina.
“
Kak Umie dah pesan! Apa saja Encik Aariz dan Encik
Emiir makan atau minum, semuanya free selama setahun. Lagipun bakeri ni
takkan rugi pun, Kak Umie banyak duit.” jawab Mina dan terus tersengih.
“Ishh…
Budak ni! Suka sangat bergurau!” Umie muncul di belakang Mina dan sempat
menepuk lembut bahu Mina. Bag kertas yang mengandungi apple pie dan brownies
dihulurkan pada Aariz.
“Rani!
Air untuk Encik Aariz dah siap ke?” tanya Umie pada barista yang bernama Rani.
“Dah
siap, Kak Umie!” Gadis berketurunan India itu tersenyum dan meletakkan minuman
di atas kaunter.
“Okey!
Semua dah siap, Encik Aariz!” Umie tersenyum.
“Segan
la macam ni kalau semuanya asyik free!” kata Aariz.
“Tak
payah nak segan-segan Encik Aariz, kami semua terhutang budi kat Encik Aariz
dan Encik Emiir. Ini saja cara kami nak balas balik budi baik encik-encik
berdua.” kata Umie lagi.
“Betul
cakap, Kak Umie tu! Ala … Free hanya untuk setahun saja, bukan
selama-lamanya pun. ” sokong Mina.
“Yalah!
Yalah! Thank you. Saya gerak dulu.” Aariz mengalah. Dalam masa yang
sama, dia melihat ada orang beratur di belakang dia. Dia segera mengambil bag
kertas dan minuman di atas kaunter. Dia bergerak keluar dari Herma Bakery Cafe.
***********************
KEDENGARAN
pintu diketuk, Emiir mendongakkan kepala.
Aariz
terus masuk ke dalam bilik Emiir dengan membawa makanan dan minuman dari Herma
Bakery Cafe.
“Jom
makan! Tengah panas lagi ni!” ajak Aariz. Dia segera hampiri meja kecil yang
terletak di hujung sudut bilik Emiir. Kerusi ditarik dan terus duduk. Dia sudah
tak sabar nak makan apple pie.
Emiir
segera bangun dan hampiri Aariz. Ditinggalkan kerja dia. Tanpa buang masa, dia
terus duduk dan mengambil minuman yang dipesan tadi. Lega tekak ini apabila
dibasahi dengan minuman kegemaran dia.
Aariz
terus buka kotak kecil yang mengandungi apple pie.
“Wah!
Ada empat apple pie.” Mata Aariz bersinar-sinar. Boleh dia simpan sampai malam
ni.
Giliran
Emiir pula membuka kotak kecil mengandungi brownies . Dia tak dapat
menyembunyikan rasa gembiranya apabila melihat 4 slice brownies di dalamnya.
“Cik
Umie ni pemurah hati! Dah la tak bagi bayar lepas tu bagi lebih pulak tu.
Semoga Allah murahkan rezeki Cik Umie berlipat kali ganda.” kata Aariz.
“Apa!
Tak bagi bayar!” Emiir terkejut.
“Ya.
Selama setahun! Sebab kita tolong mereka hari tu. Kau tak payah risau la, Cik
Umie tak ada simpan apa-apa perasaan kat kau pun. Cik Umie tu baik hati dan
peramah oranganya. Rugi kau tak pergi tadi, banyak roti, pastri dengan kek
baru. Lain kali jangan perasaan lebih sangat.” kata Aariz lagi. Tahu la muka
Emiir nak persis pelakon turkish Can Yaman, handsome dan macho. Memang
ramai perempuan di luar sana gila-gilakan Emiir tetapi sikit pun Emiir tak layan.
Emiir
terus terdiam. Agaknya dia tersalah tafsir kot.
“Yang
confirm sukakan kau, tu yang tu….” Aariz bersuara dan menjuih bibir ke
arah wanita yang berdiri di hadapan pintu bilik Emiir.
Air
muka Emiir berubah melihat peguam pelatih yang baru bekerja di firma guaman
mereka beberapa bulan yang lalu.
“
Baru nak breakfast ke?” kata Rose sebaik saja
melangkah masuk. Dia hampiri mereka berdua dengan membawa beberapa fail.
“Ya!”
jawab Aariz.
“Ada
apa, Rose?” tanya Emiir.
“
Puan Zaleha pesan beri fail ni kat Encik Emiir.” jawab
Rose dengan senyuman meleret.
“Letak
saja atas meja tu!” arah Emiir dengan suara dingin. Dia terus makan browines.
Rose
meletakkan fail itu di atas meja kemudian menghamipiri Aariz dan Emiir semula.
“Encik
Emiir suka makan brownies ke? I pun suka brownies. I selalu jugak
buat brownies. Next time , I bawa bagi Encik Emiir rasa.” kata Rose.
Renungan mata tepat pada pujaan hatinya. Di saat diperkenalkan dengan Emiir di
hari pertama bekerja, dia terus jatuh cinta.
“
Kalau tak ada apa-apa, you boleh keluar
sekarang.” tegas Emiir.
Rosa
hanya mampu tersenyum kelat. Dia terus keluar.
“Kau
ni kecil hati Rose tu bila kau layan dia macam tu.” tegur Aariz.
Emiir
tak peduli langsung cakap Aariz dan menyambung semula makan. Dia malas nak
melayan cakap Aariz. Lagipun dia memang tak suka cara Rose memandang dia. Dia benci pandangan sebegitu. Dia benci
dengan perempuan. Semua perempuan sama saja seperti ibu dia.
******************************
EMIIR
mengeluh perlahan seraya menunggu lif tiba di parking basement. Kedengaran azan
maghrib sudah berkumandang. Tak sangka pulak tadi traffic jam sebab ada accident.
Kalau tidak, dia sudah sampai rumah sebelum maghrib.
Pintu
lif terbuka. Emiir segera masuk.
Sebaik
saja pintu lif nak ditutup, kedengaran ada suara menjerit.
“Tunggu!”
Ada tangan menghalang pintu lif itu. Pintu lif kembali terbuka.
“Encik
Emiir!” tegur Umie dengan wajah riang.
Emiir
terdiam. Teguran Umie tak diendah langsung.
“
Encik Emiir tinggal kat sini jugak ke? Saya pun
tinggal kat sini jugak. Rumah saya kat tingkat 10.” Umie tetap bersuara
walaupun kehadirannya tak diendahkan Emiir.
“Hormat
sikit! Kan tengah azan kat luar tu!” Emiir bersuara. Perempuan ni langsung tak
reti hormat azan. Geram betul!
“Sorry!”
Nada suara Umie perlahan. Rasa malu pun ada. Dia terus menekan butang tutup dan
kemudian menekan butang no 10.
Suasana
sunyi sepi antara mereka berdua.
Emiir
berharap sangat lif tiba di tingkat 10 secepat mungkin. Nak sangat Umie keluar.
Dia rimas berdua-duaan dengan Umie. Tak sangka hari ini dia terserempak dengan
Umie. Malang betul nasib dia. Lebih serabut kepala otak ini apabila satu tempat
tinggal dengan Umie. Life is messy!
Baru
saja Umie ingin bersuara, pintu lif terus terbuka apabila tiba di tingkat 10.
Dia teragak-agak nak keluar.
“Tunggu
apa lagi! Dah tingkat sepuluh kan! Keluar la!” Emiir bersuara. Semestinya dia
halau!
Dengan
wajah suram, Umie keluar dengan hati tak rela.
Selepas
Umie keluar, Emiir segera menekan butang tutup. Dia malas nak melayan kerenah
Umie. Dah la kat ofis, dia kena hadap perangai Rose yang tergedik-gedik. Takkan
la kat rumah, dia kena hadap perangai Umie pula. Semua perempuan sama saja,
asyik nak menyusahkan hidup dia. Naluri dia kuat mengatakan Umie sama saja macam
Rosa.
Pintu
lif ditutup, Emiir terus mendengus kuat. Dia berharap sangat selepas ini dia
tak dapat jumpa Umie lagi. Kalau boleh, dia cuba sedaya elakkan diri dari Umie.
No comments:
Post a Comment