Bab
4
MINA
menyusan satu persatu croissant di dalam rak secara teratur. Croissant ini baru
saja keluar dari oven. Bau ini saja dah buat dia terliur. Makan dengan air kopi
mesti sedap. Dikerling ke arah jam dinding, sudah pukul 9.55 pagi. Tinggal lima
minit lagi sebelum bakeri ini dibuka.
Kemudian
mata melihat ke arah Bob yang sedang menyapu sampah. Tak sangka budak baru yang
menggantikan Ahmed, orangnya rajin membuat kerja.
Mina
segera mendekati Bob yang baru saja menjadi service krew macam dia. Ada
perkara yang dia belum beritahu Bob.
“Bob,
kerja kau dah nak siap ke?” Mina bersuara.
“Dah
siap dah.” jawab Bob. Dia selesai menyapu.
“Kau
baru seminggu kerja kan! Pagi ini akan ada dua orang tetamu datang. Mereka
berdua BFF Kak Umie. Dalam sebulan, dua
atau tiga kali mereka datang ke sini. Kalau mereka berdua datang, kau terus
buka pintu bagi mereka berdua masuk ke ofis Kak Umie. Aku nak keluar beli
barang Kak Ena pesan.” beritahu Mina dengan panjang lebar.
“Tapi
macam mana saya nak kenal mereka berdua.”
“Ya
tak ya jugak! Raja Jazlin peramah orangnya. Sentiasa senyum. Dia akan tegur
semua orang dalam bakeri ini lepas tu tiap kali datang dia mesti bawa bakul
bunga rose dan letak atas kaunter. Tengku Rubina pulak, orangnya tak banyak
cakap. Memang susah nak senyum kat orang. Kalau dia masuk saja, dia akan tanya Kak
Umie ada ke tak? Ala.. kalau kau ingat apa aku cakap tadi, kau mesti dapat tahu
mereka berdua. Ok la, aku dah nak keluar ni!” kata Mina. Dia terus bawa bakul
yang dipegangnya tadi ke dapur bakeri.
Beberapa
minit kemudian, Mina keluar dengan membawa halmet.
“Jaga
kaunter. Aku dah nak keluar ini. Papan tanda open, aku bawa keluar
sekali. Aku keluar sekejap saja.” pesan Mina. Dia terus bawa keluar papan tanda
open dan diletakkan di luar bakeri. Dia bergegas ke motor milik dia yang
diparkir berdekatan bakeri.
******************
BOB
menarik nafas lega selepas pelanggan terakhir keluar. Dia tak menang tangan
apabila pelanggan tak henti-henti keluar masuk bakeri sebaik saja dibuka. Tuala
kecil di atas kaunter digunakan untuk lap kaunter.
“Bob,
nak iced latte tak?” Rani bersuara. Dia tersenyum. Baru sekarang mereka berdua
ada masa untuk berehat.
“Boleh
jugak.” jawab Bob.
Ena
keluar membawa dulang yang penuh dengan kaya bun.
Bob
ingin membantu Ena tetapi Ena memberitahu dia supaya mengambil egg tart yang
baru saja siap masak di dapur bakeri. Baru setapak Bob ingin melangkah ke
dapur. Kedengaran pintu bakeri dibuka.
“Good
morning, everyone!”
Bob
melihat tepat ke arah pelanggan yang baru masuk itu. Ada bakul bunga di
tangannya.Mata Bob terbuka luas apabila melihat wanita berbaju kurung moden
berwarna ungu dan digayakan dengan rantai mutiara di leher. Nampak kasual .Ini
mesti Raja Jazlin.
“Good
morning, Rani! Good morning, Ena!” tegur
Jazlin. Meletakkan bakul bunga dekat atas kaunter.
Rani
dan Ena turut sama menyapa Jazlin.
Jazlin
mendekati Bob.
“You
must be Bob, right? Hi, nice meeting you!
Panggil saja saya, Kak Jazlin. Umie ada kat ofis kan!”
Laju
saja Bob menganggukkan kepala. Dia terus pergi ke sliding door dan
membuka pintu untuk Jazlin.
“Thank
you!” ucap Jazlin. Dia terus masuk ke dalam
dan sempat lagi berhenti di sebalik dinding kaca dapur bakeri dan menegur Iza sebelum
mendaki anak tangga ke ofis Umie.
Bob
teringat pesanan Ena. Dia segera masuk ke dalam dapur bakeri dan mengambil dulang
yang penuh dengan egg tart. Sebaik saja keluar, Ena mengambil dulang itu dan
menyuruh Bob menjaga kaunter semula.
Pintu
bakeri dibuka sekali lagi. Ada seorang wanita masuk dan menuju ke arah Bob dan
Ena.
“
Umie ada tak?” tanya Rubina tanpa sedikit senyuman.
Rambut disanggul rapi dan kemas. Lengkap
dengan pakaian sut. Tampil bergaya dan berkarisma untuk wanita korporat.
“Ada!
Kak Umie ada kat ofis, Kak Jazlin pun dah ada.” Jawab Ena dengan segera. Dalam
masa yang sama Ena memberi isyarat mata Bob supaya membuka pintu untuk Rubina.
Bob
segera membuka pintu pada Rubina.
Tanpa
sepatah kata, Rubina teruss masuk ke dalam.
“Bob!
Ambil air ni hantar ke ofis Kak umie! Iced americano untuk Kak Jazlin! Hot
latte ni pulak untuk Cik Rubina.” panggil Rani. Dia memberi dulang yang
mengandungi minuman untuk tetamu yang baru datang tadi.
“Cepatnya
siap!” Bob terkejut.
“
Terus buat masa Kak Jazlin datang, dah tahu kalau Kak
Jazlin datang mesti Cik Rubina datang kemudian. Pergi hantar kat ofis Kak Umie.
Aaa…Iced latte ni untuk Kak Umie tau. Yang iced latte! ” Rani sempat
lagi pesan. Kemudian dia letak satu gelas iced latte di kaunter.
“Air
ni untuk Bob. Lepas hantar, minum ni!” kata Rani.
Bob
tersengih dan terus bergerak dari situ.
*********************
UMIE
tersenyum apabila Bob datang ke ofis seraya menghantar minuman.
“Thank
you, Bob!” ucap Umie.
“Sama-sama,
Kak Umie.” Bob membalas senyuman dan segera keluar.
Umie
minum dulu air kegemaran dia sebelum memandang Jazlin dan Rubina. “Pagi
ini tak ada meeting ke? Awal pulak datang.”
“
Kami clear schedule kami pagi ni semata-mata
nak lepak dengan kau. Lagipun bulan
lepas , kami tak jumpa kau langsung.” jawab Jazlin.
“Oooo….
Ini mesti rindu giler kat aku kan!” Umie tersengih.
Rubina
menggelengkan kepala dan terus minum. Malas dia melayan kerenah Umie.
“Perasaan
lebih. Kami datang sebab kasihkan kau. Kau mana ada kawan selain kami.” Mulut
Jazlin terus senget.
“Umie,
abang-abang kau tahu tak, kau kena rompak baru-baru ni?” Rubina bertanya.
“Dah
tentu la tak tahu. Kalau dia orang tahu, dah tentu bakeri aku ni dah tutup.”
kata Umie. Semestinya dia rahsiakan pasal rompakkan kat bakeri dia hari itu.
Dia kenal sangat perangai dua orang abangnya itu lebih-lebih lagi perangai
abang keduanya yang terlebih protective itu.
“Oh
ya, aku terlupa nak beritahu korang yang Emiir tinggal satu kondominum dengan
aku. Wah, tak sangka jodoh kami begitu dekat sekali. Lepas ni boleh la aku
jumpa dia hari-hari. Tapi Emiir tu lain sikit la, tak peramah langsung. Susah
giler nak dekat.” beritahu Umie malah dalam masa yang sama dia mengadu pasal
perangai Emiir.
“
Itu tandanya dia memang tak suka kau! Signal
dah bagi tapi kau tu yang tak reti bahasa.” Rubina menyampuk.
“
Itu pendapat kau tapi bagi aku mesti Emiir tu
berhati-hati nak dekat dengan perempuan. Mana nak tahu mungkin hati dia pernah
terluka sebab perempuan. Sebab itulah dia takut nak dekat dengan perempuan.”
Jazlin menyangkal kata-kata Rubina.
“ Aku sokong cakap
Jazlin seratus peratus.” sokong Umie.
“Korang
tak kenal dia lagi tapi dah back up macam dah lama kenal. Ya, cinta tu
memang indah. Tetapi kesannya akan ada dua kesimpulan. Gembira atau sedih. Kau,
Jazlin! Dah lupa ke apa Uzir buat kat kau?”
Wajah Rubina begitu serius sekali.
“
Rubina! Cinta ni macam business jugak. Ada untung, ada
rugi. Aku mengaku hubungan aku dengan Uzir selalu ada masalah tapi itu dah
lumrah kehidupan. Ada turun dan naik! Kadang kala gembira, kadang kala sedih.
Pagi tadi Uzir call aku dan minta maaf. Kami dah berbaik semula.
Perkahwinan kami takkan tangguh lagi selepas ini. Kami berdua dah setuju nikah
awal Januari tahun depan. Muktamad! ” Jazlin tersenyum meleret. Dia gembira
sangat-sangat.
“Ya
ke? Gembiranya aku dengar berita ini. Yeay… akhirnya impian kau tercapai
jugak.” jerit Umie dengan gembiranya. Dia terus bangun dan memeluk Jazlin.
“Good
for you.” kata Rubina dengan nada rendah.
Hakikatnya dia tak suka dengan Raja Uzir. Dia dapat merasakan yang Raja Uzir
tak ikhlas pun berkawan dengan Jazlin.
“
Rubina, kau macam tak suka saja dengar berita baik
ni?” Jazlin sedar dengan air muka Rubina. Pandangan mata tepat ke arah Rubina
yang duduk di sofa berhadapan dengannya. Reaksi Rubina berlainan dengan Umie.
“
Aku gembira la. Kau nak aku gembira macam mana? Macam
Umie ni? Terjerit-jerit macam monyet. Sorry, not my style.” jawab
Rubina. Dia menjeling pada Umie.
“Apa!
Monyet!” Kelopak mata Umie terus besar.
“Okey!
Okey! Jangan bergaduh. Oh ya, Umie! Jangan lupa datang ke majlis amal family
aku hujung minggu nanti. Mama aku tak sabar nak jumpa kau. Aaa…. Rubina, kau
kena datang jugak.” Jazlin teringat pesanan ibunya sebelum dia keluar rumah
tadi.
“
Sorry! Hujung minggu aku ada hal. Abang aku suruh aku
ke rumah dia. Dia orang buat kenduri kecil-kecilan.” jawab Rubina. Dia sudah
ada plan.
“Abang
kau yang tinggal kat Perth tu ke? Aaa…. Mesti mama aku frust tak dapat
jumpa kau lagi. Maklum la, kau memang susah nak jumpa.”
“Kirim
saja salam aku kat auntie. Nanti aku suruh PA aku hantar cek kat
auntie.” kata Rubina.
“Cek!
Confirm mama aku seronok bila dengar.” Jazlin tersengih. Ibu dia
pengerusi persatuan amal yang membantu anak-anak yatim dan keluarga susah.
Sudah dua puluh tahun, ibu dia menjadi pengerusi.
“
Kat luar sana, ramai lagi orang susah. Niat auntie
memang baik. Dah tentu aku dengan Rubina ikhlas nak tolong. Semoga bantuan kami
dapat mengurangkan beban orang yang lebih memerlukan.” kata Umie.
Rubina
menganggukkan kepala.
“Tapi
jumlah yang kau bagi tahun lepas, hampir buat mama aku pengsan.” Jazlin masih
lagi ingat apa yang berlaku pada majlis amal yang dianjurkan tahun lepas. Bila
ibunya buka sampul surat yang mengandungi cek dari Umie, ibunya terus kaku. Dia
turut sama terkejut dengan ibunya apabila melihat jumlah yang tertera di cek
itu. Tak sangka Umie begitu murah hati. Sebenarnya antara mereka bertiga, Umie
paling kaya. Sebut saja pasal keluarga Umie, pasti semua orang tahu. Umie
memang jarang muncul di khalayak ramai. Umie lebih suka hidup sederhana.
“Berapa?
Berapa Umie bagi?” Rubina bersuara. Dia ingin tahu jugak.
Jazlin
terus bisik di telinga Rubina.
Mulut
Rubina terus ternganga mendengar jumlah yang dibisik oleh Jazlin. Dia terus
menepuk tangan secara tiba-tiba.
“Wah,
you have my respect!” kata Rubina.
“Yang
kau beritahu Rubina buat apa? Aku ikhlas nak tolong. Habiskan air cepat. Nak shopping
kan lepas kita tu lunch kat hotel Rubina. Aku dah buat tempahan
semalam.” kata Umie. Dia terus habiskan minuman dia.
Jazlin
dan Rubina tersenyum. Mereka berdua turut sama habiskan minuman mereka.
No comments:
Post a Comment