Bab
6
LANGKAH
diatur persatu menuju ke bilik ofisnya. Emiir
hanya menganggukkan kepala setiap kali pekerja di firma guaman menegur
dirinya pada pagi ini.
Tiba-tiba
Rose menghalang perjalanan Emiir. Rose tersenyum manakalan tangannya memegang
tupperware.
“Good
morning, Encik Emiir!”
“Ada
apa, Rose?” tanya Emiir . Dia merenung Rose. Apa la pulak perempuan ni nak,
hah? Ini seorang lagi. Malam tadi dia dah uruskan Umie, ini seorang lagi yang
nak kena sound. Terus-terang dia cakap, dia memang tak berkenanan
langsung dengan perangai Rose. Mengada-ada pun ada.
“Ni
brownies yang I buat khas untuk Encik Emiir. Kan hari itu I ada
cakap yang I suka makan brownies sama macam Encik Emiir. Brownies I
buat ni lagi sedap dari bakeri yang Encik Emiir suka pergi tu.” kata Rose.
Badan mula bergoyang sana sini seraya senyuman semakin meleret. Tupperware
berwarna pink itu dihulurkan pada Emiir. Dia berharap Emiir makan brownies yang
dia buat malam tadi.
“It’s
okey! I dah bosan makan brownies.” jawab Emiir.
“Ala…
I dah buat penat-penat , takkan you tak nak rasa. Rugi tahu tak
kalau tak rasa!” kata Rose. Dia terus bagi kat Emiir dan segera berlalu pergi.
Emiir
terpinga-pinga apabila tupperware itu bertukar tangan. Dia ingin bersuara
memanggil Rose tetapi tersedar apabila menjadi perhatian pekerja-pekerja di
situ.
Dengan
wajah masam Emiir masuk ke dalam biliknya, dilempar saja tupperware itu di atas
sofa. Dia memang tak ingin nak makan pun. Tiada siapa yang mampu menandingi
kesedapan brownies Herma Bakery Cafe.
Emiir
terus duduk dan terus mulakan kerjanya. Helaian demi helaian kertas dibuka dan
dibaca dengan wajah yang serius.
Tiba-tiba
pintu biliknya diketuk.
Emiir
terus memandang ke arah pintu.
Aariz
masuk dengan menunjukkan bag kertas yang tertera Herma Bakery Cafe. Dia terus
duduk di sofa.
“Jom
makan! Aku baru balik dari bakeri Cik Umie. Donut dengan apple pie tengah panas
ni. Iced latte untuk kau pun aku beli
sekali.” kata Aariz. Diletakkan bag kertas itu di atas meja kecil. Dikeluarkan
satu persatu makanan yang ada dalam bag kertas itu. Kemudian dia melihat ke
arah tupperware yang ada di sofa sebelahnya.
Emiir
terus bangun. Perutnya pun tengah lapar. Dia belum makan pagi lagi kerana
tergesa-gesa keluar dari rumah semata-mata nak elak terserempak dengan Umie.
“Tupperware
apa ni?” tanya Aariz. Dia terus buka. Ada brownies di dalamnya. Dahi berkerut
apabila melihat brownies itu.
Emiir
terus duduk di sofa yang bersebelahan dengan Aariz.
“Ini
brownies ke atau kek terbakar hangus? Sapa bagi ini?” tanya Aariz. Dia
menunjukkan brownies itu pada Emiir.
Giliran
dahi Emiir pula berkerut. Memang tak la, dia nak makan. Tengok visual saja, dah
tak berselera. Entah-entah mati selepas makan!
“Rose
bagi!”
“Apa!
Rose bagi kat kau. Patut la hari tu aku nampak Rose google kat internet cari resepi
brownies. Nampak sangat Rose gilakan kau! Nak tawan hati punya pasal, Rose
sanggup masak untuk kau.” kata Aariz. Dia akui sejak universiti lagi Emiir
memang ramai peminat tapi Emiir sikit pun tak layan. Yang dia tahu Emiir memang
bencikan perempuan. Dia pernah tanya tetapi Emiir hanya mendiamkan diri.
“
Eh, aku tak suka la perempuan hipokrit macam Rose tu.
Dah la, jom makan! Eh, brownies tak ada ke hari ini?” tanya Emiir apabila lihat
kek kegemaran dia tiada.
“Hari
ini chef cuti. Esok baru ada brownies. Ala.. kalau teringin sangat, makan saja
brownies yang Rose buat ni. Mesti sedap ni!” kata Aariz kemudian dia tersengih.
Dia sengaja angkat tupperware itu dan diletakkan di hadapan Emiir.
“Argh….
Boleh mati makan brownies ni! Baik aku makan donut lagi baik.” kata Emiir. Dia
terus ambil donut dan makan perlahan-lahan. Donut ni memang lembut. Dapat saja
menjamah makanan, perut dia sudah tak berbunyi lagi.
***********************
PINTU
bilik diketuk , Emiir memandang ke arah pintu.
“Emiir!
Dah pukul 6 petang, kau tak nak balik lagi ke?” kata Aariz. Kepala sedikit
terjenguk di muka pintu.
“Apa!
Dah pukul 6!” kata Emiir dengan wajah terkejut. Sempat lagi dikerling ke arah
jam tangannya untuk kepastian. Dia sikit pun tak sedar. Nampak sangat dia
khusyuk sangat review fail yang ada di atas mejanya. Dia terus bangun.
Dia belum lagi solat Asar.
“
Kau ada apa-apa plan tak malam ni? Jom kita dinner
sama-sama kat Bangsar. Ada kedai satay sedap baru buka kat sana. Boleh jugak
kita lepak sambil release stress.” ajak Aariz. Dia pun bosan duduk
rumah. Dua orang teman serumahnya balik kampung petang ini. Maklum la hari ini
dah hari Jumaat. Ramai orang balik kampung. Kalau kampung dekat boleh la balik
selalu. Tapi kampung dia kat Perlis, memang tak balik la kalau setakat cuti
hari Sabtu Ahad.
“Rain
check, okey! Malam ni aku balik rumah atuk aku.
Baru tadi, atuk aku call suruh balik.”
“Ooo..
Ya ke? Lain kali pun boleh kita keluar. Kirim salam aku kat atuk kau. Aku balik
dulu. Bye!” kata Aariz dan terus berlalu pergi.
Sebaik
saja Aariz pergi, Emiir mengeluh perlahan. Hakikatnya dia malas nak balik rumah
datuknya lebih-lebih lagi dia tak mahu jumpa dengan salah seorang penghuni
rumah itu. Kalau boleh, dia ingin mengelak dari berjumpa. Pertemuan mereka
hanya mengundang tragedi. Dia terus menanggalkan butang di lengan baju
kamejanya dan dilipat supaya senang untuk dia mengambil wuduk.
************************
EMIIR
mematikan enjin kereta dan tangan masih memegang stereng kereta. Dia malas
keluar dari keretanya. Sekali lagi dia pandang rumah banglo mewah dua tingkat
itu. Kemudian dia melihat semula stereng keretanya, dia cuba mengumpul semua
tenaganya.
Pintu
tingkap kereta diketuk, Emiir terkejut.
Senyuman
Emiir meleret apabila melihat Mak Limah ada di luar keretanya.
Emiir
terus keluar. Dia bersalaman dengan Mak Limah. Orang gaji keluarganya yang
sudah bekerja di rumah Tan Sri Taib selama 35 tahun.
“
Rindunya Mak Limah kat kamu! Mak Limah masak ikan
siakap tiga rasa kegemaran kamu. Atuk kamu beritahu kamu nak bermalam kat
sini.” kata Mak Limah dengan wajah ceria. Sudah sebulan dia tak jumpa Emiir.
Ada sebab kenapa Emiir tak datang ke sini.
Emiir
hanya tersenyum.
“Masuk
la. Atuk kamu ada kat bilik dia. Dia memang tengah tunggu kamu datang.” kata
Mak Limah lagi.
Emirr
menganggukkan kepala dan terus berjalan ke pintu utama rumah banglo itu. Dia
berjalan melintas ruang tamu. Dia tahu ada orang duduk di situ namun dia buat
tak endah saja. Matanya tepat ke arah anak tangga yang beberapa tapak tak jauh
darinya.
“
Ada anak pun, jenis tak guna! Sama macam bapak dia.”
Emiir
berhenti dan menoleh melihat wanita yang duduk di sofa dengan gelas wine di
tangan. Ini penyebab utama dia tak mahu
datang ke rumah datuknya. Dia tak suka dengan ibunya, Datin Melati. Hanya
jelingan balas diberikan. Dia terus menyambung semula langkahnya mendaki anak
tangga satu persatu. Tak guna layan orang yang tengah mabuk.
Jeritan
Datin Melati padanya tak dihiraukan. Emiir pekakkan telinga malah malas nak
melayan orang yang tengah mabuk. Ini bukan pertama kali ibunya berperangai
begini. Perangai kaki mabuk ibunya itu semua orang tahu lebih tepat lagi ibunya
ada masalah ketagihan alkohol. Cara hidup ibunya memang sudah menyimpang jauh.
Datuknya sudah mencuba macam-macam rawatan tetapi ibunya tetap jugak tak
berubah.
Tibanya
di tingkat atas, Emiir mengetuk pintu bilik datuknya. Dia terus masuk dan
tersenyum melihat Tan Sri Taib yang duduk di kerusi malas yang ada di dalam
bilik.
Emiir
mendekati Tan Sri Taib dan bersalaman.
Tan
Sri Taib tersenyum melihat kehadiran cucunya. Ditepuk lembut bahu Emiir.
“Kamu
sihat?” tanya Tan Sri Taib. Hampir sebulan dia tak jumpa cucu sulungnya itu.
“Sihat!
Atuk? Atuk macam mana hari ini!”
“Macam
ni la. Dah tua, buat apa-apa pun dah tak larat.” jawab Tan Sri Taib. Beberapa
bulan lepas, dia baru saja menjalani pembedahan jantung. Tahap kesihatan dia
tak macam dulu lagi.
“Tua?
Siapa cakap atuk tua? Atuk muda lagi la. Umur tu hanya number saja. Atuk
masih lagi handsome la. Gagah perkasa!”
“Muka
dah kedut ni, kamu cakap atuk muda lagi. Nak puji pun, fikir logik dulu.” Tan
Sri Taib ketawa. Dia tahu Emiir cuba menyedapkan hatinya. Malah dia dapat
rasakan masanya semakin singkat. Dia
ingin meluangkan lebih masa dengan Emiir.
Tan
Sri Taib pegang tangan Emiir. Ketawanya mati dan renungan mata tepat pada
cucunya.
“Malam
ni tidur sini yer. Atuk ada hal nak cakap.” kata Tan Sri Taib.
“
Atuk ajak dinner saja kan, tak cakap pun nak
tidur. Emiir tak bawa baju salin pun.” Emiir memberi alasan. Nak tidur di sini,
jangan harap la. Kalau dia duduk sini lama-lama, dia akan bergaduh besar dengan
ibunya.
“Please!
Tidur la semalam. Lagipun atuk nak minta tolong sikit.” pujuk Tan Sri Taib.
Emiir
mengeluh perlahan dan menganggukkan kepala sebagai tanda setuju. Demi datuknya,
Emiir setuju.
“Emiir
mesti dah penat kan! Pergi la berehat. Lepas solat Maghrib, kita turun makan.
Atuk dah pesan kat Limah supaya masakkan makanan kegemaran kamu. Nanti kita
makan sama-sama yer, baru berselera!” tambah Tan Sri Taib. Yang jelas terpancar
sinar kegembiraan di wajahnya.
Emiir
meminta diri dan terus keluar menuju ke biliknya yang terletak di bilik
terakhir tingkat itu.
Tombol
pintu dibuka perlahan-lahan, ada sedikit garis senyuman di bibir. Keadaan bilik
itu masih sama, tiada apa-apa pun yang berubah. Susunan perabut masih juga sama
sejak tujuh belas yang lalu. Ini pertama kali dia jejakkan kaki di sini.
Selalunya dia hanya datang melawat datuknya dan terus balik.
Tuala
segera dicapai. Tubuh mula rasa melekit. Maklum la seharian dia memakai kemeja
putih ini. Emiir terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia perlu mandi
dengan segera.
********************************
MALAM
ini Emiir makan malam bersama-sama dengan datuknya. Terkejut jugak melihat
makanan yang terhidang yang hampir memenuhi meja makan. Tak sangka Mak Limah
akan masak makanan kegemaran sampai banyak sebegini.
Emiir
mengangkat tangan membaca doa.
Tan
Sri Taib turut sama mengangkat tangan.
Selesai
saja membaca doa, Emiir terus mengisi mangkuk kecil dengan tom yam. Diambil
ketulan ayam lebih banyak sikit. Dia terus makan dengan lahapnya. Sudah lama
dia tak makan masakkan Mak Limah.
Tan
Sri Taib tersenyum melihat telatah Emiir. Hatinya gembira apabila malam ini dia
tak makan keseorangan lagi. Adanya Emiir, dia rasa berselera nak makan malam
ini.
Emiir
meletakkan isi ikan siakap tiga rasa ke dalam pinggan datuknya. Dia tahu ikan
siakap tiga rasa makanan kegemaran Tan Sri Taib jugak.
Tan
Sri Taib tersenyum dan terus makan.
Mereka
berdua makan sambil memuji masakan Mak Limah.
Selepas
dua puluh minit, Emiir dan Tan Sri Taib selesai makan malam.
“
Wah, mesti Limah gembira bila-bila tengok pinggan
mangkuk licin macam ni. Tak payah basuh pun tak aper!” Tan Sri Taib bergurau.
Emiir
ketawa. Dia pun tak sangka boleh melantak macam ini. Masakan Thai memang
kegemaran dia sejak dulu lagi.
“Seronok
nampak! Maklum la bonding time dengan datuk kesayangan. Dengan ibu
sendiri boleh buat tak tahu saja. I penat-penat mengandung, bertarung
nyawa lahirkan dia, bila dah besar, buat tak tahu saja.” Datin Melati muncul
dengan memegang tin minuman keras.
Ketawa
Emiir terus mati. Dia terus pandang ke arah lain. Telinga sudah lali mendengar
semua itu.
“Melati!
Boleh tak cakap elok-elok sikit dengan Emiir! Tiap kali jumpa Emiir, kamu mesti
sindir Emiir! Ini ke cara ibu cakap dengan anak!” tegur Tan Sri Taib. Ini sebab
utama Emiir jarang melawat dia selepas Datin Melati balik dari UK tiga bulan
lepas. Pandangan Tan Sri Taib tepat ke arah tin hijau yang ada di tangan
anaknya. Darahnya mendidih.
“Kamu
keluar beli lagi ke? Apa nak jadi dengan kamu ni, hah? Tak habis-habis minum
air haram ni! Sampai bila kamu ni hidup macam ni? Rosakkan diri sendiri dengan
air haram ni?” marah Tan Sri Taib. Dia terus bangun.
“Abah
dah lupa ke? Siapa penyebabnya I jadi macam ni? Abah penyebabnya! Kalau
abah tak paksa I kahwin dengan jantan tak guna tu, hidup I takkan
jadi macam ni! Abah yang rosakkan hidup I.” jerkah Datin Melati.
“Melati!
Jaga sikit mulut tu! Tak malu ke buat perangai depan anak sendiri!” Tan Sri
Taib mengetap bibir. Dia sempat melihat
ke arah Emiir.
“
Emiir bukan budak kecil lagi, abah! Apa salahnya kalau
Emiir dengar pun! Lagipun Emiir dah biasa dengan semua ni sejak kecil lagi.
Emiir sendiri tahu kelahiran dia satu kesilapan besar.” tambah Datin Melati
lagi.
“Melati!”
jerit Tan Sri Taib. Dirinya sudah hilang sabar. Apa saja yang keluar dari mulut
anak sulungnya itu hanya akan menyakitkan hati saja.
Emiir
terus bangun. Dia memegang lengan datuknya.
“Atuk!
Jom naik atas! Jangan dilayan sangat orang yang tengah mabuk ni!” kata Emiir.
Dia mengajak datuknya beredar dari situ. Bertekak dengan orang yang tengah
mabuk hanya mengundang kemarahan saja.
Dahi
Datin Melati berkerut. Dia dengar apa yang Emiir cakap dekat ayahnya.
“Nak
pergi mana tu? I tak habis cakap lagi!” kata Datin Melati. Dia lihat
Emiir dan Tan Sri Taib mula meninggalkan dia. Dia cuba menghalang tetapi dia
tersilap langkah dan terus jatuh tersungkur di lantai. Dia menjerit selepas
melihat air tin tertumpuh.
Emiir
mendengus perlahan melihat gelagat ibunya. Bagi ibu dia, minuman haram itu
lebih penting dari segala-galanya. Dia dan Tan Sri Taib menyambung perjalanan
mereka tanpa menghiraukan Datin Melati.
******************************
EMIIR
membantu Tan Sri Taib duduk di sofa sebaik saja mereka berdua masuk ke dalam
bilik tidur Tan Sri Taib.
“Emiir,
kamu jangan terasa sangat dengan apa yang mama kamu cakap tadi! Dia tak sedar
pun apa yang dia cakap!” Tan Sri Taib bersuara. Dia bimbang jika Emiir kecil
hati. Takut selepas ini Emiir sudah tak datang jumpa dia lagi.
“Atuk!
Emiir dah lali dengan apa yang mama cakap tu! Sejak kecil lagi, Emiir dah
dengar macam-macam. Mama nak cakap apa pun, cakap la. Atuk tak payah la nak backing
mama lagi.” jawab Emiir. Dia tahu datuknya sudah cuba beberapa kali untuk
merapatkan hubungan dia dan ibunya namun usaha datuknya hanya sia-sia saja.
“Atuk
minta maaf Emiir. Dalam hal ini atuk yang salah, kalau la atuk tak paksa mama
kamu kahwin dengan papa kamu, semua ini takkan terjadi, kamu takkan jadi mangsa
keadaan.” Anak mata Tan Sri Taib yang redup itu merenung Emiir dengan rasa
bersalah. Sejak kecil lagi, Emiir membesar tanpa kasih sayang seorang ibu dan
ayah.
“Atuk!
Semua tu dah terjadi, dah namanya takdir! Betul tak?” Emiir tersenyum tawar.
Tan
Sri Taib terdiam beberapa saat. Wajahnya suram.
“Atuk!
Atuk cakap nak cakap something, apa dia?” kata Emiir. Dia cuba mengubah
topik perbualan mereka berdua.
“Aaa…
Esok teman atuk pergi majlis amal Puan Sri Jane.”
“Atuk!
Atuk tahu kan, Emiir memang tak suka nak pergi tempat-tempat yang ada ramai
orang.” Tanpa berfikir sesaat pun, Emiir menolak.
“Jom
la teman atuk! Atuk tiada siapa nak ajak teman.” pujuk Tan Sri Taib lagi.
“Mama
kan ada!” jawab Emiir.
“Kalau
bawa mama kamu tu, boleh rosak majlis Jane nanti.” Mulut Tan Sri Taib terus
herot. Dia tahu apa akibatnya kalau anaknya itu ikut sama. Lain pulak jadi
nanti.
“Aaa…
Pak su! Mak Su! Dia orang kan ada.” Otak Emiir mula memikirkan alasan untuk
mengelakkan diri.
“Laaa…
Kamu dah lupa ke pak su mak su kamu tu pergi Perth. Mereka pergi melawat Dya
kat sana.” jawab Tan Sri Taib.
Emiir
terdiam. Macam mana pulak dia boleh terlupa, pak ciknya ada telefon minggu
lepas beritahu pasal hal ini. Dia teringat sepupunya, Dya yang belajar di Perth
sejak dua tahun yang lalu.
“Jom
la! Ala… bukan selalu pun atuk minta tolong. Kita pergi sekejap saja. Syarat
tunjuk muka saja, dah cukup.” pujuk Tan Sri Taib.
Dipandang
wajah datuknya yang menaruh seribu harapan, akhirnya Emiir mengalah. Kepala
diangguk perlahan tanda setuju. Dia lihat wajah datuknya kembali ceria. Dalam hati Emiir mengeluh.
No comments:
Post a Comment