Bab
7
PAGI
INI, Umie membuat keputusan untuk memasak bihun goreng. Dia memastikan
semua bahan-bahan ada di atas meja supaya senang memasak nanti. Baginya, dia
lebih suka semuanya tersedia apabila dia nak masak. Tak mahu la terkejar sana
sini mencari bahan semasa tengah memasak. Boleh hangus jadinya.
Sebaik
saja minyak panas, Umie memasukkan bawang merah dan bawang putih. Dikacau
perlahan-lahan sehingga bawang nampak kekuningan. Dia terus masukkan cili
kering yang diblender sebentar tadi. Dikacau dengan teliti. Dia perlu tunggu
sehingga pecah minyak.
“Kau
masak apa pagi ini?”
Umie
menoleh apabila mendengar suara Jazlin. Malam tadi, Jazlin datang ke rumah
secara tiba-tiba. Kata Jazlin, dia ada kerja di area rumahnya. Selepas
itu Jazlin terus masuk ke bilik tetamu dan terus tidur. Dia dapat agak yang
Jazlin ada tujuan lain.
“Bihun
goreng. Kenapa tiba-tiba saja kau nak bermalam kat rumah aku? Tak ada ribut,
tak ada angin, tiba-tiba saja kau terpacak malam-malam buta depan pintu! Rumah
kau kan ada.” Umie merenung Jazlin.
“
Aku dah tak boleh bermalam kat rumah kau ke? Selama
ini kau tak kisah pun. Kenapa tiba-tiba kau sensitif sangat aku bermalam kat
sini hari ini? Ini mesti kau dah plan nak mengelak nak pergi ke majlis amal
mama aku, betul tak?”
Umie
terus terdiam. Jazlin seperti dapat baca plan dia. Awal-awal lagi dia memang
sudah plan nak mengelak dari menghadiri majlis amal. Lagipun dia memang tak
selesa ke tempat macam itu.
“Aku
dah agak dah. Sebab itu aku tidur kat rumah kau. Naluri aku kuat cakap yang kau
takkan hadir pagi ini.” Jazlin mengetap bibir.
Dia terus menarik kerusi dan duduk.
“
Kau tahu kan aku memang tak suka pergi tempat macam
itu. Unsuitable for me , okey! Dia orang semua tu, kalau tengok orang,
macam orang buat salah besar. Aku lebih rela duduk rumah. Hari ini saja bakeri
aku tutup. Rumah aku ni bersepah-sepah, banyak benda aku nak kena kemas.” Mulut
Umie mula keluar macam-macam alasan. Sesekali matanya melihat ke arah kuali.
“Bersepah
apernya! Rumah kau ni rumah paling bersih aku pernah jumpa. Kau tu clean
freak! Dah! Dah aku tak nak dengar alasan kau lagi. Suka atau tak, kau kena
ikut.” Wajah Jazlin begitu serius.
“Aku
tak ada baju nak pakai. Aku mana ada baju berjenama mahal-mahal macam kau
pakai.”
“Itu
kau jangan bimbang, aku dah uruskan semua itu. Aku dah suruh PA aku hantar baju
kau dengan baju aku pagi ini. Personal make up artist aku pun akan
datang rumah kau. Kau dengan aku akan attend majlis amal mama aku pukul
11 pagi ini.” Jazlin tersengih. Semakin meleret senyuman dia.
Umie
mengetap bibir. Tumpuan dia kembali pada kuali yang ada di hadapannya. Dia
terus memegang sudip dan sengaja memasak dengan kuat. Biar dengar jiran
sebelah! Geram punya pasal! Tiada alasan
untuk dia meloloskan diri dari Jazlin lagi. Kalau la dia tahu, jangan harap la
dia buka pintu bagi Jazlin masuk malam tadi. Menyesal giler!
*******************************************
KERETA
Bentley Bentayga berwarna merah berhenti di hadapan pintu utama Dewan Sri
Teratai milik Menara Teguh Holding. Lebih tepat lagi dewan ini milik keluarga
Jazlin. Pintu kereta dibuka. Umie dan Jazlin sama-sama keluar.
Sebaik
saja menjejakkan kaki di dalam dewan itu, banyak mata memerhati ke arah mereka
berdua. Umie mula rasa tak selesa. Dia sedar dirinya diperhati atas bawah. Bag
clutch berjenama digenggam erat. Jantungnya berdegup kencang. Dia berjalan
dengan penuh berhati-hati apabila memakai kasut bertumit tinggi berwarna putih
milik Jazlin yang dipinjamnya.
“Jom!
Mama kat situ!” kata Jazlin. Dipegang erat tangan Umie.
Umie
hanya menuruti saja.
“Mama!
Tengok sapa datang!” tegur Jazlin apabila menghampiri wanita yang berumur awal
60 an itu.
Puan
Sri Jane tersenyum lebar. Dia terus dapatkan Umie dan memeluk tubuh Umie dengan
erat beberapa saat.
“Akhirnya
Umie datang jugak selepas beratus-ratus jemputan auntie bagi.” kata Puan
Sri Jane. Dia merenung lembut wajah wanita yang bertudung litup itu.
“Sorry
la, auntie! Bukannya tak nak datang, saya rasa kekok kalau datang
majlis-majlis macam ini. Saya rasa macam alien pun ada. Mesti ada something
wrong, aaa…. kenapa semua orang tengok sini?” kata Umie. Dia melihat
keadaan sekeliling di situ. Dirinya masih menjadi tumpuan tetamu-tetamu yang
ada.
Puan
Sri Jane sedar apa yang sedang bermain di fikiran Umie. Dipegang tangan Umie.
“Just
ignore them, honey! Mereka tu cemburu. Umie
nampak cantik hari ini.” kata Puan Sri Jane. Seketika kemudian, bibirnya mengulas
senyuman.
“
Betul cakap mama tu! Pilihan aku tepat bila beli gaun
maxi berwarna biru ni kat kau. Sesuai dengan kulit kau. Kau nampak lebih ayu.
Kalau kau tak jadi datang tadi , kasihan kat gaun ni! Tiada sesiapa sesuai nak
pakai selain kau.” Jazlin menyampuk. Dia gembira kerana membuat pilihan tepat
memilih gaun maxi ini di butik pereka fesyen kegemaran dia.
Umie
hanya mampu tersenyum. Dia melihat ada dua orang wanita mendekati Puan Sri
Jane.
“Auntie,
saya minta diri dulu.” kata Umie. Dia menarik tangan Jazlin supaya beredar dari
situ. Dia tahu pasti Puan Sri Jane pasti sibuk menyambut tetamu-tetamu kenamaan
yang datang hari ini.
“Jom,
kita pergi sana! Ada makanan! Desert! Kau mesti suka kan!” ajak Jazlin.
“Desert!
Mana?” Mata Umie terus terbuka luas. Mata meliar mencari.
“Kau!
Kalau bab desert memang laju kan! Sana la!” tunjuk Jazlin.
Tiba-tiba
ada orang menegur Jazlin, dia memberi isyarat pada Umie agar pergi dulu.
Umie
berjalan ke arah barisan meja yang terletak di koridor dewan itu. Piring terus
dicapai. Mulut melopong apabila melihat makanan yang tersusun malah dihiasi
dengan bunga-bunga hidup.
Dalam
sekelip mata saja, piring dia dipenuhi dengan makanan.
“
Yang mana satu anak sulung Puan Sri Jane?”
“Tu
aaa… Yang pakai dress warna kuning tu! Raja Jazlin!”
Umie
menoleh. Niatnya nak mengambil egg tart terbantut. Dia melihat ke arah dua
orang wanita yang ada tak jauh darinya yang turut sama mengambil makanan.
“
I dengar Raja Jazlin tu
sudah bertahun-tahun bertunang dengan Raja Uzir tapi sampai sekarang tak
kahwin-kahwin lagi. Betul ke?”
“
I dengar dia orang tangguh
lagi wedding dia orang. Kononnya Raja Uzir busy kat US. Maklum la ada
business kat sana.”
“Iya
ke busy! Entah-entah dah ada orang lain kat sana.”
Mulut
Umie terus senget. Dia tak jadi mengambil egg tart dan terus bergerak
meninggalkan tempat itu.
“Datang
sini bukannya nak buat amal, boleh pulak bergossip!” Umie bercakap seorang
diri. Muncung terus bibir Umie. Tak suka apabila Jazlin menjadi topik gossip. Dia
terus mencari meja kosong. Senyuman terukir bila nampak meja kosong yang
terletak di sudut belakang dewan itu. Boleh la dia makan dengan aman damai.
Kerusi
ditarik dan Umie terus duduk. Dia membaca doa makan. Sandwich tuna diambil dan
dimasukkan ke dalam mulut. Mata meliar melihat ke arah sana sini. Sudah ramai
orang memenuhi dewan itu.
Pandangan
mata Umie tepat ke arah dua orang lelaki yang baru saja melangkah masuk ke
dalam dewan itu. Dia terus berhenti mengunyah. Masih tertanya-tanya sama ada
dia tengah bermimpi.
“Emiir!
Apa dia buat kat sini?” Umie bersuara dengan nada perlahan. Dia masih terkejut.
Pandangan Umie beralih pula pada lelaki yang berusia awal 80an yang bertongkat
yang berjalan di sebelah Emiir.
“Bukan
ke itu Tan Sri Taib?”
“Ya
lah! Nampak macam dah sihat lepas operation. Eh.. Eh… Siapa lelaki
sebelah dia?”
Umie
menoleh ke sebelah. Dua orang wanita yang duduk di meja bersebelahan dia turut
sama memandang ke arah Emiir. Eh, ni orang yang sama bergossip pasal Jazlin
tadi! Bila masa mereka ni duduk sebelah meja ni! Mereka berdua ni kenal Emiir
ke?
“Eh,
bukan ke itu cucu Tan Sri Taib? Yang lawyer tu, hmmm….. apa nama dia!
Sekejap I nak ingat. Oh ya Emiir Carim!”
“
Aaa…. Anak Dato’ Emran dengan Datin Melati! Patut la handsome!
Dato’ Emran kan handsome! ”
Umie
terus menarik kerusi supaya lebih dekat dengan meja dua orang wanita. Dia
berminat nak tahu lebih-lebih lagi kalau berkaitan dengan Emiir.
“
Muka handsome pun tak guna, Dato’ Emran tu
sampai ke tua kaki perempuan. I dengar Dato’ Emran couple dengan pelakon
mana entah! Muda giler pelakon! I tak ingat pulak nama pelakon tu!”
“Datin
Melati takkan tak mengamuk!”
“Laa…
You tak tahu ke, mereka berdua dah lima belas tahun tak duduk sebumbung. Datin
Melati stay dengan Tan Sri Taib. Dah banyak kali Datin Melati minta
cerai tapi Dato Emran tak mahu. Ala… Kalau dia ceraikan Datin Melati, dia juga
rugi. Company Dato Emran sekarang ni kan datangnya dari Tan Sri Taib. Duit
pelaburan seratus peratus dari Tan Sri Taib.”
“Patut
la!”
“
Lagipun Datin Melati bermasalah jugak!”
Dahi
Umie berkerut. Dia melihat mereka berdua berbisik. Ala…
kenapa bisik pulak? Dia nak dengar jugak. Apa maksud mereka yang ibu Emiir
bermasalah? Wajah Umie jelas nampak hampa.
“
Eh! I dengar anak bongsu Syed Hafiz dan Ungku
Herma akan attend majlis hari ini!”
“Really!
Mana dia?”
Wajah
Umie berubah. Dengan serta merta dia menarik kerusinya agar lebih jauh dari
meja mereka berdua. Tiba-tiba saja datin-datin ni tukar topik pula, yang buat
rasa tak senang duduk apabila dirinya sendiri menjadi topik gossip mereka
berdua. Kan lagi bagus kalau mereka berdua bergossip pasal Emiir lagi. Boleh la
dia tahu serba sedikit pasal Emiir.
Menyampahnya!
Umie
menelan air liur. Rasa kelat pulak! Hilang terus selera nak makan. Lebih-lebih
lagi apabila datin-datin sebelu dia begitu rancak bercakap pasal family
dia pula. Dia melihat ke arah Emiir. Wajah berubah apabila Emiir dan Tan Sri
Taib berbual dengan Puan Sri Jane dan Jazlin. Bila pulak Jazlin ada kat situ?
No comments:
Post a Comment