Bab
8
EMIIR
mengekori Tan Sri Taib dari belakang. Dia sedar dirinya menjadi tumpuan
tetamu-tetamu yang hadir majlis amal itu. Dia buat tak tahu saja.
“Uncle
Taib! Apa khabar?” Puan Sri Jane tersenyum lebar melihat kehadiran Tan Sri
Taib.
“Sihat!
Alhamdulillah. Kenalkan ini cucu uncle, Emiir!” Tan Sri Taib tersenyum.
Dalam masa yang sama, dia memperkenalkan Emiir.
“Emiir!
Anak Melati ke?” Puan Sri Jane melihat Emiir. Kali terakhir dia nampak Emiir
semasa Emiir berumur 12 tahun.
Emiir
hanya tersenyum.
“
Handsome macam Uncle
dulu-dulu.” puji Puan Sri Jane.
“Dah
nama cucu, dah tentu ikut Uncle.” Tan Sri Taib ketawa.
“Melati
mana?” tanya Puan Sri Jane secara tiba-tiba.
Ketawa
Tan Sri Taib terus mati.
“Kalau
dia datang pun, dia akan rosakkan majlis ini. Lebih baik tak payah datang!”
jawab Tan Sri Taib.
Puan
Sri Jane terdiam beberapa saat. Dia tahu pasal masalah kawannya itu. Dia tahu
Tan Sri Taib sudah berhabis beratus ribu ringgit menghantar Datin Melati
menerima rawatan ke merata dunia tetapi hasilnya tetap sama. Kawannya itu tetap
tidak berubah. Siang malam ditemani dengan arak. Berbuih-buih mulut ini nasihat
tetapi tidak diendahkan.
Emiir
memandang Puan Sri Jane. Yang dia tahu, Puan Sri Jane salah seorang kawan baik
ibunya. Seingat dia lagi, ibunya ada seorang kawan baik lagi tetapi sudah lama
dia tak nampak wanita itu. Yang dia ingat wanita itu selalu membawa brownies
dan beri pada dia setiap kali datang melawat ibunya. Dia cuba mengingati nama
wanita itu.
“Atuk
Taib!” Tiba-tiba ada orang menegur.
Emiir
melihat wanita yang memakai dress kuning melepasi lutut yang baru saja muncul
itu. Wanita itu terus berdiri di
sebelah Puan Sri Jane.
“Jazlin
pun ada. Oh ya, kenalkan ini cucu sulung atuk! Emiir Carim!” Tan Sri Taib
memperkenalkan Emiir pada Jazlin.
Wajah
Jazlin berubah. Mata terus membulat. Dia melihat lelaki tinggi lampai dan
bertubuh sasa itu. Nama sebijik macam Mr Mystery Umie. Kebetulan nama sama
kot.
“Ini
Jazlin. Anak sulung auntie!” Giliran Puan Sri Jane memperkenalkan
anaknya pula.
“Nice
meeting you! Just call me Jazlin!” Jazlin
tersenyum.
“Nice
meeting you too! Please, call me Emiir!” Emiir
bersuara. Wajah masih selamba.
“Emiir
ni lawyer! Kalau satu hari Jazlin perlukan bantuan, call Emiir
saja. Atuk suruh Emiir bagi diskaun kat Jazlin.” kata Tan Sri Taib diakhiri
dengan ketawa.
“Mana
boleh macam tu Uncle!” Puan Sri Jane menyampuk dan turut sama ketawa.
Air
muka Jazlin berubah sekali lagi. Lawyer! Jadi betul la lelaki depan dia
sekarang ini Mr Mystery Umie. Pandangan Jazlin sepantas kilat ke arah
meja Umie yang terletak di jauh ke belakang. Kosong! Mana Umie pergi ? Mata
Jazlin seperti CCTV mencari kelibat Umie.
Dahi
Emiir berkerut dengan kelakuan wanita yang berdiri di hadapannya. Jazlin
seolah-olah sedang mencari sesuatu di belakang dia. Emiir cuba menoleh.
“Emiir!
Firma guaman you kat mana?” tanya Jazlin secara tiba-tiba. Dia cuba
menghalang Emiir dari menoleh.
Emiir
tak sempat menoleh ke belakang dan melihat Jazlin semula.
“Kat
TTDI!” jawab Emiir.
“Oooo…
TTDI!” kata Jazlin sambil matanya tepat melihat ke arah Umie yang sudah berada
di pintu keluar dewan seraya Umie melambai ke arahnya. Umie terus melangkah
keluar. Panas terus hati Jazlin.
“Kat
situ banyak cafe dan bakery sedap-sedap! I selalu jugak pergi sana.” tambah
Jazlin lagi. Air muka dimaniskan manakala hatinya tengah membara. Dia cuba
mengawal kemarahan dia pada Umie. Apa dia nak jawab bila ibunya tanya nanti.
Tahu la nasib Umie selepas ini.
Emiir
hanya menganggukkan kepala.
“Lagi
lima minit, majlis nak mula. Jazlin bawa Uncle Taib denga Emiir ke meja
VVIP.” kata Puan Sri Jane.
“Jom!”
kata Jazlin.
Tan
Sri Taib dan Emiir mengekori Jazlin ke meja yang terletak di barisan hadapan.
Emiir
menarik kerusi dan membantu Tan Sri Taib duduk.
“Atuk
Taib nak minum apa? Nanti I ambil.” kata Jazlin.
“Tak
payah susah-susah! Emiir ni ada, nanti Emiir ambilkan. Don’t worry about me!
Kamu mesti busy kan! Pergi la tolong mama kamu.” kata Tan Sri Taib. Dia
tersenyum.
Jazlin
tersenyum sebelum minta diri berlalu pergi.
“Kalau
la Jazlin tu tak bertunang lagi, atuk dah lama pinangkan Jazlin tu kat kamu.”
Tan Sri Taib bersuara. Dia memang berkenanan dengan Jazlin. Budaknya baik dan
bersopan santun. Rugi rasanya sebab tak kenalkan Jazlin dengan Emiir.
“Fuh!
Nasib baik dah bertunang! Alhamdulillah!” kata Emiir. Dia sempat lagi menadah tangan menunjukkan
rasa bersyukur apabila mendengar berita itu.
Tan
Sri Taib hanya mampu menggelengkan kepala. Dia banyak kali aturkan blind
date cucu-cucu kawan-kawan dia dengan Emiir tapi seorang pun Emiir tak
suka.
Emiir
terus membuka botol air mineral dan dituang ke dalam gelas. Diberikan pada
datuknya. Dia agak apa yang bermain di fikiran Tan Sri Taib. Semestinya tengah
fikirkan blind date dia seterusnya.
*************************
SELEPAS
pulang dari majlis amal Puan Sri Jane, Emiir melihat ke arah datuknya yang
sedang tidur di dalam kereta. Mesti datuknya penat. Tapi yang penting sekali,
dia nampak datuknya gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama di
majlis itu. Begitu rancak datuknya berborak.
Lagi 30 minit, mereka akan tiba di rumah. Emiir melihat di skrin telefon pintarnya.
“Dah
nak sampai ke?” tiba-tiba Tan Sri Taib bersuara. Dia melihat ke kiri kanan.
Cuba mengetahui dia ada di mana.
“Around
30 minutes, kita sampai rumah. Atuk tidur la, nanti
dah sampai, Emiir gerak atuk.” kata Emiir.
“
Atuk dah puas tidur tadi. Lega lepas tidur sekejap
tadi.” kata Tan Sri Taib.
“Atuk,
Emiir nak tanya sikit. Selain Puan Sri Jane, mama ada kawan seorang lagi kan?
Emiir ingat lagi tiap kali dia datang, dia mesti bawa brownies. Rasanya dah
lama dia tak datang rumah, dia bergaduh dengan mama ke?” tanya Emiir. Dia masih
wajah lemah lembut wanita itu. Selalu berborak dengan dia.
“Maksud
kamu, Herma ke? Mereka berdua tak bergaduh pun. Herma dengan suami dia
meninggal dunia lima belas tahun yang lalu di Dubai. Accident!” beritahu
Tan Sri Taib. Dia masih tak dapat lupakan Ungku Herma. Matanya terus redup.
“Mama
kamu paling rapat dengan Herma. Masa Herma ada, keadaan mama kamu tak la teruk
macam ni. Lepas Herma tak ada, semakin teruk keadaan mama kamu.” tambah Tan Sri
Taib. Tiap kali Ungku Herma datang, Datin Melati mesti gembira. Berita kematian
Ungku Herma memberi tamparan hebat dalam hidup Datin Melati.
“Itu
pilihan mama, atuk! Dia pilih jalan itu.” kata Emiir.
Tan
Sri Taib menoleh melihat Emiir. Dia dapat merasakan kedinginan Emiir . Dia tak
menyalahkan Emiir dalam hal ini. Emiir membesar tanpa tahu nilai kasih sayang
ibu bapa.
“Dah
sampai!” beritahu Emiir apabila kereta BMW memasuki perkarangan rumah Tan Sri
Taib.
Tan
Sri Taib dan Emiir keluar dari perut kereta mewah itu.
“Mail,
nanti kamu bawa kereta ni pergi carwash!” pesan Tan Sri Taib pada pemandu
keretanya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah bersama Emiir.
Baru
beberapa tapak melangkah, kedengaran suara Datin Melati menjerit.
Apabila
Datin Melati nampak Tan Sri Taib dan Emiir sudah pulang, dia mendekati mereka
berdua.
“Abah!
Mana botol whiskey I, hah? Botol wine I pun tak ada? Ini
mesti abah suruh Kak Limah buang lagi.” tanya Datin Melati dengan suara tinggi.
Dia bangun saja dan terkejut tengok tempat dia sorokkan minuman keras dia
tiba-tiba saja kosong. Dia mencari Mak Limah satu rumah tapi Mak Limah tiada.
Wajah Datin Melati merah padam dengan rambut berserabut.
“Ya
Allah, Melati! Berhenti la minum! Bertaubat la. Ingat Allah Taala. Sampai bila
nak hidup bergantung dengan minum bendam haram tu? Tengok la diri kamu sekarang
ni, Melati! Dah tak macam orang. Siang malam tak henti-henti minum! Sampai bila
kamu nak rosakkan diri kamu ni,hah!” nasihat Tan Sri Taib lagi. Mulut ini dah
berbuih-buih nasihat tapi sikit pun anaknya tak dengar.
“
Apa! I rosakkan diri I! Excuse me! Abah
dah lupa ke, abah yang rosakkan hidup I!
Abah pisahkan I dengan Zack lepas tu paksa I kahwin dengan
Emran! Abah tahu I tak sukakan Emran tapi abah tetap paksa I
kahwin dengan Emran. Hakikatnya Emran tu kahwin dengan I sebab nakkan
harta kita saja. Tengok sekarang apa jadi dengan rumahtangga I! Bahagia?
Semua tu bullshit. Hidup I dalam neraka selama ini. Kalau abah
tak paksa I kahwin dengan Emran, I takkan hidup macam ini.” marah
Datin Melati.
Wajah
Tan Sri Taib berubah. Dia akui kesilapan dia. Dia ingatkan Emran baik orangnya
tetapi semua itu hanya lakonan Emran saja. Rupa-rupanya Emran kaki perempuan
orangnya. Perempuan keliling pinggang.
“Tak
habis-habis nak salahkan atuk! Tak habis-habis nak ungkit benda yang dah lama
berlaku!” Akhirnya Emiir bersuara. Dia mula hilang sabar.
“You!
You apa tahu! You sama macam papa you!
Penat-penat i lahirkan you, ini balasan I dapat.” Datin
Melati merenung ke arah Emiir. Semakin membara marahnya.
Emiir
mendengus kuat.
“
I tak minta pun you
lahirkan I. I pun tak ingin ada
ayah kaki perempuan macam Dato Emran! I pun tak ingin ada ibu kaki mabuk
macam you. Kalau boleh I tak ingin pun lahir kat dunia ni. ” kata Emiir dengan wajah yang serius. Dia
terus keluar dari rumah banglo itu walaupun kedengaran datuknya berulang kali
memanggil dia.
Langkah
dipercepatkan ke keretanya. Pintu kereta Volvo XC90 ditutup dengan kasar
selepas saja Emiir masuk. Dia cuba mengawal rasa sebak di dadanya. Enjin kereta
segera dihidupkan. Dia tak mahu lagi
berada di sini. Setiap kali berdepan dengan ibunya, hanya hati ini sering
disakiti. Pedal minyak ditekan, kereta Volvo XC90 bergerak keluar dari rumah
Tan Sri Taib.
No comments:
Post a Comment