Monday, April 16, 2018

Foto Cinta Bab 4



Bab 4

            Jasmin tersenyum melihat hasil lukisan dia yang dah siap dilukis. Hampir tiga jam dia melukis. Dia berpuas hati dengan hasil lukisan dia. Konsep lukisan dia kali ini adalah kanak-kanak. Di sini dia cuba ceritakan mengenai kehidupan kanan-kanak yang tinggal di kawasan pendalaman.  Dia cuba sampaikan message disebalik lukisan ini. Berus masih ada di tangannya.  Jasmin menoleh apabila pintu studio dibuka.

            “Akhirnya aku sampai jugak. Kau tahu tak ? Aku ni dah macam orang gila. Nak sampai sini saja, aku keluar ikut pintu belakang. Lepas tu pulak aku naik bas.Empat kali aku pusing taman nak pastikan dia tak ikut aku.  Jalan sikit, tengok belakang! Takut jugak kalau dia ikut. “ Nana terus melabuhkan  punggung di sofa. Beg pakaian Jasmin diletakkan di sebelahnya. Mulai hari ini, Jasmin akan tinggal di studio, takut pulak terjumpa dengan Bazli nanti. Dia datang membawa pakaian dan barang keperluan Jasmin untuk beberapa hari ini.

            “Kau tu terlebih over sangat, Itulah suka sangat tengok citer CSI! Bones! Criminal Minds!. Selalu fikir yang bukan-bukan. Tak ada maknanya dia nak ikut kau.“ Jasmin gelak besar. Dia tahu kedatangan Bazli di sini.

            “Eh… Eh… Kau jangan pandang ringan hal ini! Dia lain sikit dari ayah dia.”

            “Lain macam mana! Bazli tu okey jer! Masa aku kecik-kecik dulu, dialah yang selalu teman aku bermain.” Jasmin masih ingat lagi, setiap kali dia menangis … Bazli pasti bagi ice cream kat dia.

            Tiba-tiba Nana terus bangun. Dia mendekati Jasmin. “Dia tu licik! Kau tahu tak? Tadi Jess call aku, dia cakap ada orang nak jumpa kau. Nak address la! Contact no la.  Kononnya nak jumpa kau lepas tu nak beli lukisan kau. Nasib baiklah, aku ni lebih cerdik. Awal-awal lagi aku dah inform kat Jess. Jangan bagitahu apa-apa pun info pasal kau kat sesiapa pun. Kalau ada orang nak jumpa, call aku dulu.” Terang Nana. Mujurlah selepas jumpa dengan Bazli hari tu, tiba-tiba saja teringat kat Jess, manager gallery milik Jasmin.  Kalau Jess bagi contact no Jasmin kat Bazli, tak ke naya nanti.

            “Bagus! Bagus! Mujurlah aku ada bestfriend macam kau.”  Puji Jasmin.

            “Memang bagus sangatlah. Bestfriend merangkap rakan subahat kau. Sama-sama aku tanggung dosa tipu orang.” Sindir Nana.

            Jasmin gelak besar.

            “Kali ni kau guna watercolor ke? Selalunya kau suka pastel.” Nana mengamati lukisan Jasmin. Sejak berkawan dengan pelukis ni, semua benda pasal lukisan aku tahu. Tanya jer apa pun, memang aku terror.

            “Yup! Macam mana?” tanya Jasmin. Dia ingin juga tahu pendapat Nana.

            “Nice! Aku faham message yang kau cuba sampaikan dalam lukisan ni. Not bad!” Pandangan Nana beralih pula melihat kepingan gambar yang tergantung di studio. Nana mengamati setiap gambar yang tergantung di situ. “Ini gambar masa trip kau kat Vietnam ke?”

            “Ya.”

            “Mamat cop Vietnam handsome tak? Kot kot la taste kau orang Vietnam pulak.” Usik Nana sambil tersengih. Sejak aku kenal Jasmin, hobi dia memang suka ambil foto. Tak kisahlah siapa atau apa! Kata Jasmin, melalui foto kita akan belajar untuk melihat dan memahami segala-galanya. Setiap foto ada ceritanya sendiri. Like old saying, a picture is worth a thousand words. Mula-mula tu memanglah aku tak faham langsung tapi lama-lama aku faham apa yang Jasmin cuba nak orang lain lihat di sebalik foto yang diambilnya. Setiap kegembiraan, kesusahan dan kesedihan .. itu semua kita boleh lihat dalam foto ini. Foto-foto ini jugak akan dipamerkan di gallery Jasmin. Nana bangga kerana mempunyai kawan seperti Jasmin.  Seorang yang berhati mulia dan  sanggup menolong orang lain walaupun berlainan bangsa dan agama. Sanggup menerjah masuk hutan atau tempat pendalaman demi membantu mereka yang susah.  “ Lepas ni kau nak ke mana pulak?” tanya Nana. Dia tahu Jasmin takkan tinggal lama di sini. Pasti dah ada destinasi yang seterusnya.

            “Simbu!”

            “Simbu! Apa tu? Tak pernah dengar pun.” Dahi sedikit berkerut. Pertama kali dia dengar perkataan Simbu.

            “Itulah kau ni apa-apa pun tak tahu. Simbu tu terletak di negara Papua New Guinea! Dekat jer dari sini. Aku pergi seminggu jer. Lagipun aku dah janji dengan kau kan. Awal bulan depan, kita nak pergi holiday kat Bali kan.”

            “Bagus! Bagus! Aku ingatkan kau dah lupa. Aku ni dah ambil cuti seminggu. Aku nak kita releks kat sana. Lagipun dah lama kita tak cuti sama-sama.”  Nana tersengih bila Jasmin masih ingat janji mereka berdua. “Oklah! Aku blah dulu. Nanti aku lama-lama kat sini, mamat tu tahu pulak.”Nana nak peluk Jasmin tapi ditegah oleh Jasmin. Sempat lagi Jasmin menunjukkan bajunya yang kotor dengan watercolor. “ Nasib baik! Apa-apa call. Bye Sweetie.” Nana sempat membuat flying kiss kat Jasmin sebelum melangkah keluar meninggalkan Jasmin seorang diri.


                                    *******************************

            Nana ketawa terbahak-bahak bila ingatkan kereta Bazli masih dipakir di hadapan rumahnya. Padan muka kau! Kau ingat rumah aku ni ada satu pintu saja. Jangan haraplah aku nak bawa kau jumpa JJ. Nana memasuki kawasan belakang rumahnya.

            “Akhirnya balik jugak.”

            Nana terkejut bila disapa dari belakang. Hampir bulat biji mata melihat Bazli yang sedang duduk di buaian belakang rumah.

            “Balik dari mana? Oooo… I know! Balik dari jumpa Jasmin kan!” Bazli cuba tersenyum. Pada hakikatnya dia cuba sembunyikan rasa geramnya. Aku dah agak mesti minah ni keluar. Aku tak terfikir pulak dia keluar ikut pintu belakang. Eee.. bodohnya aku. Kalau tak, aku dah jumpa Jasmin.

            “Mana ada! I jumpa kawan I.”

            “No ….  You jumpa Jasmin kan! You takut I ikut sebab tu you keluar ikut pintu belakang kan!” Bazli datang mendekati Nana.

            “Eh… You ni tak faham bahasa ke? I dah cakap jumpa kawan I tadi. I tak jumpa JJ pun.” Nana mula naik angin.

            “You ingat I percaya ke? Cuba tengok cara you masuk rumah tadi, dah macam pencuri. Terhendap-hendap! Dah jelas you tahu mana Jasmin sekarang ni! “ tegas Bazli.

            Nana mengetap bibir menahan geram. “Eee… Susah betul cakap dengan orang tak reti bahasa ni! Suka hatilah nak percaya atau tak. Bukan I rugi apa-apa pun.”

            “Okey! Fine! Still tak nak mengaku. I akan tunggu di sini sehingga you cakap di mana Jasmin sekarang ni. I tak kisah pun kalau stay kat sini lama-lama. Lagipun halaman belakang rumah you besar! Boleh I pasang khemah di sini.” Bazli memerhati keadaan sekeliling belakang rumah itu. Bersih. Landskap pun simple jer. Ada buaian kecil di sini.  Mungkin tempat mereka berehat!.

            Nana menjerit secara tiba-tiba. Dia lepaskan geram yang sedang membuak-buak membakar hatinya.  Semakin dilayan, semakin sakit hati aku ni!

            Bazli tersentak terkejut. Dah kenapa? Kena histeria ke? Jerit tak tentu pasal.

            Penyapu yang ada di situ terus dicapai oleh Nana.  Penyapu diangkat tinggi dan dihayun  tepat  hampir terkena badan Bazli. Matanya tepat ke arah Bazli.

            “Stop! Stop! You dah gila ke? You nak pukul I ke?” Langkah diundur beberapa tapak. Muka Bazli pucat lesi. Bimbang jika dipukul dengan penyapu. Panas baran jugak minah ni. Nasib baik sempat elak tadi.

            “I belum gila lagi. Tapi kalau I pukul you pun, I tak salah. You dah ceroboh rumah I, I hanya nak pertahankan diri saja. So …get out! Kalau you tak nak penyapu ni hinggap kat muka you, baik you blah. Shooo! Shooo!” Nana sengaja mengangkat penyapu untuk takutkan Bazli sehinggalah Bazli keluar dari halaman belakang. “Kalau I dapat tahu you ceroboh masuk kawasaan rumah I, I takkan teragak-agak report kat polis. So… jangan datang sini lagi.” Nana sempat memberi amaran.

            “I tak takut la. Ini Bazli! Takkan pernah putus asa. I akan cari Jasmin sampai dapat. Lepas tu I akan bawa Jasmin balik ke Malaysia.” Jerit Bazli melihat Nana berjalan masuk ke rumah.

            Nana menoleh. “Whatever!”

            Bazli mencekak pingggang! Terasa bahang di wajahnya sekarang ni. Dia sempat melirik ke arah Nana yang sudah masuk ke dalam rumah. “That women really really  …. Argh! Macam mana boleh jadi nurse! Garang nak mampus” Bazli tak tahu perkataan apa yang sesuai untuk luahkan perasaan geramnya sekarang ni.

                                    ***********************************

            Sebaik saja kaki melangkah keluar dari lobby hospital, Nana membetulkan jaket jeans yang dipakai. Sejuk! Meremang bulu roma! Dia membetulkan beg tangan yang disangkut dibahu. Dia baru saja habis shift pagi.

            “Nana! Bye! Bye!”

            “Bye! Bye! See you tomorrow, Lana!” Nana melambai ke arah rakan sekerjanya. Nana tersenyum. Nana menggosok tangan beberapa kali agar rasa haba. Dah lama tinggal sini tapi aku tetap tak tahan sejuk. Fuh… berapa suhu hari ini? Sejuknya. “Hmm… Malas aku nak balik rumah, nanti bergaduh dengan mamat tu. Ehhh.. dah lima hari! Takkan tak nak balik Malaysia lagi. Eee.. menyampah aku.” Nana bercakap seorang diri. Badan memang dah letih. Kalau tak ada mamat tu, dah selamat aku tidur. Entah-entah dah bermimpi pergi Bali. Nana ketawa seorang diri-diri. Excited sangat nak pergi!

            “Rasanya otak you dah mereng, lebih elok kalau buat check up sekarang.”

            Nana menoleh bila ada suara menyampuk. Wajah Nana berubah serius. “Apa you buat kat sini? You follow I ke?” marah Nana.

            “Hello! Ini hospital. Siapa pun boleh keluar masuk sini?” kata Bazli. Dia sudah tak sanggup tunggu lagi. Setiap kali nak dekat, minah ni mesti keluarkan paper spray. Takut aku! Lagipun kalau kat sini, minah ni tak berani buat apa-apa. Maklumlah ini tempat kerja dia. Takkan nak buat kecoh. Apa-apa pun aku kena settle hari ni, esok aku dah nak balik Malaysia.

            “Really! Pergilah masuk! Banyak katil kosong lagi.” Perli Nana dan terus melangkah meninggalkan Bazli. Sebelum dia tanya soalan cepu emas, baik aku lari dulu.

            “Wait!” Bazli terus mengejar Nana dan menghalang perjalanan Nana.

            “What do you want again?”

            “Jasmin! Miss Nana, I merayu! Please tell me where is she right now!”

            “Kenapa? Kenapa mesti dia balik Malaysia?” tanya Nana.

            “Ini arahan datuk Jasmin, Tan Sri Isa!” jawab Bazli.

            “Kenapa? Selepas lapan belas tahun, kenapa tiba-tiba saja nak JJ balik? Untuk dihina! Untuk dicaci! Untuk pengetahuan you, JJ tak nak ada kena mengena dengan Tan Sri Isa. Seperti mana Tan Sri Isa buang JJ dari keluarga , seperti itu jugaklah JJ buang Tan Sri Isa dari hidup dia. She’s happy right now.  Jangan nak rosakkan kebahagiaan dan kegembiraan JJ di sini.  Okey! I mengaku I tahu di mana JJ sekarang ni. As her bestfriend, I won’t betray her. I takkan beritahu you apa-apa pun. Baliklah … Dan ini pesanan JJ untuk Tan Sri Isa.” Nana mengeluarkan telefon bimbitnya. Semalam JJ hantar voice massage. Guna jika Bazli masih berkeras ganggu aku.

            “Bazli! Just tell him, forget about me. Leave me alone!” Kedengaran suara Jasmin bercakap. Walaupun pandek tapi tegas.

            “Dah dengar kan! So … Have a nice trip back to Malaysia.” Nana tersenyum dan terus melangkah meninggalkan Bazli yang masih kaku berdiri di situ.

            Bazli melepaslah keluhan dengan kuat. Dia benar-benar dah mati akal. Dia tak tahu nak jawab apa dekat ayahnya nanti. Ternyata dia gagal nak bawa Jasmin pulang.

Monday, February 19, 2018

Dia Helena Isabella BAB 1

Bab 1

            Baki wang yang diberikan juruwang tadi dimasukkan ke dalam dompet. Kemudian dompet disimpan dalam bag tangan. Botol air mineral yang baru dibeli tadi terlepas dari tangan sebaik saja dirinya dilanggar.

            Helena tergamam dan memandang lelaki itu.

            Lelaki itu hanya menoleh dan terus bergerak pergi tanpa ucapkan perkataan maaf.

            Helena mengetap bbir. “Dah langgar orang, blah macam tu saja. Itulah orang zaman sekarang ini . Tak ada budi bahasa langsung.” Bebel Halena. Pandangan tajam masih ke arah lelaki tadi beberapa saat.

            Helena ingin kutip semula tapi terlebih dahulu ada tangan yang menolong.



          Buat seketika Helena kaku melihat lelaki yang menghulurkan botol air mineral.  Mulut sedikit ternganga. Fuyoo… handsome giler mamat ni. Belum pernah aku jumpa mamat handsome macam ni. Kalah Chris Pine. Semua perfect. Mata bulat. Hidung macung. Bibir merah. Ini mesti tak merokok. Dahi pulak luas. Ini mesti pandai. Entah-entah kerja besor. Kulit pulak putih merah. Ini mesti darah campuran. Cina plus mat salleh kot. Tinggi lampai pulak tu. Badan tough lagi. Walaupun pertama kali jumpa, Helena sudah buat analisa.

            “Hai. Here you go.”

     “Aaa… “ Helena baru sedar dari lamunannya. Helena mengambil botol air mineral itu dan mengucap terima kasih.

            Lelaki itu tersenyum sebelum berlalu pergi tinggalkan Helena.

            “Bila senyum lagi handsome. Wah memang rezeki aku cuci mata tengok mamat  handsome macam dia ni.” Helena ketawa sendirian. Lucu dengan perangai sendiri. Gatal jugak aku ni! Iyalah, kat tempat kerja memang aku serius sampaikan pekerja tak berani nak bertentang mata dengan aku.  Penutup air mineral dibuka dan diteguk supaya hilangkan rasa tekak yang kering. Flight dari Singapore sampai awal hari ini. Ada hal kerja di sana selama seminggu. Masa ada dua jam lagi sebelum flight yang seterusnya.

            Helena menoleh ke kiri kanan sebaik saja keluar dari tandas. Lengan baju ditolak sedikit agar jam tangan berjenama Bonia dapat dilihat. Hmmm…. Awal lagi. Aku nak buat apa ni? Bosan la. Baik aku duduk lepas tu boleh pejam mata sekejap. Lambat betul masa jalan.

            Sebaik saja tiba di ruang menunggu, leher Helena ditinggikan sedikit. Fuh… ramai orang sampai penuh tempat duduk. Tak ada satu pun tempat kosong. Nak kata hujung minggu, bukan. Tapi ramainya orang naik flight hari ini. Pandangan Helena tepat ke arah lelaki yang bangun dan memberikan tempat duduknya pada seorang wanita tua.



            “Mamat handsome ni lagi. So sweet, memang baik hati betul. Zaman sekarang ni mana nak jumpa lelaki berhati mulia macam dia. Satu dalam sejuta. Setengah orang tu kalau dah main phone, memang dah tak tengok kiri kanan. Leka terus. Mesti sejuk perut ibu dia masa mengandung.” Helena tersenyum dan tak henti-henti memuji. Mata masih tak berganjak melihat lelaki itu.

            Helena terkejut dan memandang ke tempat lain apabila matanya bertembung mata lelaki itu. Pucat terus muka Helena. Malu kalau lelaki itu perasaan. Dengan cepat Helena bergerak ke tempat lain.

            Setiap persatu lot kedai yang ada di situ dimasuki dengan harapan dapat habiskan masa yang ada. Destinasi seterusnya mestilah tempat yang dapat hilangkan rasa dahaga di tekak, maklumlah puas berjalan. Green tea ice memang kegemaran aku. Sebelum boarding, baik aku basah tekak aku dulu.

            Sebaik saja namanya dipanggil, Helena mengambil green tea ice yang sudah siap dan berjalan menuju kerusi kosong. Helena memandang keadaan sekeliling. Tak ramai pulak kat dalam ni.  Kalau tak ramai orang, boleh aku lepak lama-lama kat sini. Setiap orang yang masuk menjadi perhatian Helena. Dia suka melihat telatah orang. Dah jadi hobi. Kadang-kadang tu masa dihabiskan  dengan memerhati perangai orang.

            Sekali lagi pandangannya kaku melihat kehadiran lelaki yang baru saja melangkah masuk ke dalam café.

            Helena tertawa kecil.  Rasa lucu pulak.“Jumpa lagi. Agaknya kuat jugak jodoh aku dengan mamat handsome ni. Tak apalah. Sesekali tu cuci mata.” Setiap gerak geri diperhatikan dari mula dia order minuman hinggalah duduk. Mujurlah duduk jauh dari Helena. Dapat jugak sekodeng. Nak selamat dengan cepat-cepat cermin mata hitam dikeluarkan dan dipakai.

            Dari cara dia minum, Helena tahu lelaki ini cermat orangnya. Mana tidaknya, tisu dibalut di cawan sebelum minum.  Mungkin takut tumpah. Kalau orang lain sibuk main phone tapi dia sibuk baca buku. Dia langsung tak pedulikan keadaan sekeliling. Memang ulut buku dia ni. Hmmm… interesting.

            Pandangan Helena beralih melihat dua orang wanita yang duduk tak jauh dari lelaki itu. Nampaknya ada orang lain berminat jugak. Iyalah…. Handsome macam ni sapa tak pandang. Sekali pandang tak puas, kena pandang banyak kali baru tak rugi. Lelaki ini ada aura buat hati wanita rasa terpikat. Entah-entah kasanova. Kalau kasanova memang aku tak hairanlah. Duduk diam-diam saja, confirm perempuan yang akan cari dia. Petik jari saja, seratus perempuan datang. Pilih saja macam pilih baju. Dah nama lelaki. Rezeki jangan ditolak.

            Helena membetulkan posisi duduk. Tak sabar menanti apa yang berlaku seterusnya. Dah macam tengok drama Akasia. Cermin mata hitam dibetulkan. Persoalannya sekarang ini, lelaki ni dalam ketegori Casanova atau tak? Helena begitu serius memerhati.

            Dua orang wanita tadi bangun dan dekati meja lelaki itu. Mereka seolah-olah bercakap sesuatu sebelum lelaki itu menjemput mereka berdua duduk sekali dengan dia. Malah mereka saling bertukar no telefon. Entah apa lelai itu cakap sehinggakan mereka berdua ketawa dan tersipu-sipu malu.

            Helena tersenyum. “Memang sah casanova. Teori aku selalu tepat. ” Kata Helena seorang diri sebelum minum baki green tea sampai habis. Lagipun dia dah patut gerak sekarang ni. Takut terlepas flight pulak, nanti menangis tak berlagu. Baru Helena nak bangun, matanya bulat besar melihat pasangan yang baru masuk dalam café itu. Cermin mata hitam ditanggal kasar. Nak pastikan apa yang dia nampak memang betul. Mesra sungguh sampai peluk pinggang. Helena mengetap bibir. Gelagat mesra terlebih itu membuatkan darah Helena mendidih.

            Mata Helena langsung tak berkelip. Tumpuannya masih pada pasangan tadi sehinggalah mereka duduk. Lebih panas hati bila wanita itu melentokkan kepala di bahu lelaki itu. Perasaan malu memang tak ada seolah-olah tak kisah dengan pandangan orang lain.

            Helena terus bangun dan dekati mereka berdua. Penutup minuman dibuka dan sisa-sisa air disimbah ke arah pasangan tadi.

            “Hey!” Wanita itu terus bangun. Dia mengesat air di wajahnya.

            Pada mulanya lelaki itu ingin marah tapi tergamam melihat kehadiran Helena. Wajah pucat lesi. Dia langsung tak bersuara.

            “Hey, what’s wrong with you? Dah gila ke?” tengking wanita tadi. Rasa melekit di wajahnya.

            “You shut up! Sebelum bekas minuman ni melayang kat muka kau, baik kau diam.” Jerkah Helena. Dia menjegil matanya sebesar mungkin. Dia sudah tak peduli dengan mata-mata yang sedang memerhati sekarang ini.

            Wanita itu cuba melawan tapi tangannya tiba-tiba dipegang lelaki itu.

            “You never change, Damien. I’m very disappointed.” Kata Helena dengan wajah serius. Wajah kelat masam.  Tanpa membuang masa, langkah diatur keluar dari situ dengan wajah bengang. Dia kecewa. Tak sangka pula dia dapat saksikan apa yang berlaku di depan mata. Mungkin Allah Taala nak tunjuk kat aku. Aku sangka dia dah berubah rupa-rupanya tak. Kalau dah dasar playboy, sampai ke tua la perangai tu takkan berubah. Seboleh-bolehnya Helena cuba kawal perasaan marahnya.

                                                                                *************************************

            Helena menyandarkan diri di tempat duduk. Mujurlah dia dapat seat dekat tingkap kapal terbang. Boleh tengok pemandangan luar. Mungkin boleh reda rasa marahnya.

            Masih ada penumpang yang sedang mencari seat. Nasib baik masuk awal. Beberapa orang pramugara dan pramugari membantu penumpang menunjukkan seat mereka supaya penerbangan akan berjalan dengan lancar.

            Tanpa diduga pandangan mata Helena bertembung dengan lelaki tadi. Senyuman terukir di bibir lelaki itu. Senyuman lelaki itu dibalas dengan jelingan sebelum menoleh ke luar tingkap. Eee….. semua lelaki spesis playboy sama saja. Nampak perempuan, sengih macam kerang busuk. Menyampah aku! Eeee.. kenapa aku boleh sampai flight dengan dia ni? Tak ada flight lain ke nak naik. Lepas tu seat dia pulak di depan aku. Argh… biarlah. Bukan masalah aku pun. Pandangan Helena masih di luar. Tali pinggang keselamatan dipakaikan. Sebaik saja semua penumpang masuk dan duduk di tempat masing-masing. Pramugara dan pramugari yang bertugas menunjukkan apa yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan sebelum kapal terbang berlepas.

            Helena tersedar dari tidur. Dia tak tahu bila terlelap. Yang pasti gelak ketawa dari seat hadapan mengganggu masa tidurnya. Helena mencebik mulut. Seronok betul ketawa. Tiba-tiba Helena rasa ingin tahu apa yang dibualkan mereka berdua. Dengan perlahan-lahan Helena gerakkan tubuhnya agar dekat dengan seat hadapan.

            Tak semena-mena dahi Helena berkerut, rasa tak percaya pulak. Dia menggaru kepala yang tak gatal. Tersalah dengar ke? Atau gegendang telinga aku ada masalah. Mamat handsome ni cakap bahasa melayu. Fasih pulak tu. Biar betul! Lancar saja. Sembang sakan betul. Tempat apa menarik kat Alor Setar? Apa makanan sedap di Alor Setar? Tempat beli belah famous kat Alor Setar? Macam-macamlah soalan mamat handsome tu tanya kat perempuan yang duduk di sebelahnya. Saling tukar no telefon lagi. Hmmm…. Senang betul minta no telefon orang. Biasalah orang dah pakar. Minta no telefon perempuan senang saja dah macam makan kacang.

            “Kita borak-borak sampai lupa nak tanya nama. Nama awak apa?” Kata perempuan itu dengan senyuman meleret.

            “Nama saya Ahmad Faliq Bin Ahmad Yusoff. Just call me, Faliq.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

            Dengan serta merta, air muka Helena berubah.Macam aku pernah dengar saja nama ni. Otak ligat berfikir. Apabila dapat jawapannya, terus berkerut dahi Helena. Mustahil! Memang mustahil. Takkanlah dia ……. No! No! Impossible. Tapi nama bapak sama. Kalau diperhatikan betul-betul, wajah mereka berdua memang ada iras-iras. Takkanlah mereka orang yang sama. Mata langsung tak berkelip melihat lelaki itu. Teka teki mula bermain di mindanya. Teringat semula peristiwa tujuh belas tahun. Mustahil dia dapat lupa sampai mati pun dia takkan lupa. Perstiwa hitam yang mencatat sejarah dalam hidupnya.

           

Friday, February 16, 2018

Foto Cinta Bab 3


BAB 3

            Bazli menoleh bila bahunya disentuh. Dia tersenyum. “Kau ada operasi ke?”

            “Ya. Biasalah. Sorry, Bro! Kerja aku ni tak kira masa. Berkhidmat untuk negara. Macamlah kau tak tahu skop kerja aku macam mana.” Ikwan terus duduk di sebelah Bazli tanpa dipelawa. Selepas habis operasi dia terus bergegas datang berjumpa sahabat baiknya. Rasa bersalah pulak bila Bazli terpaksa tunggu sejam kat sini.

                                                         Tempat Lepak Bazli & Ikwan

            “Of course, aku faham. Kalau tak faham, dah lama aku blah.” Bazli bergurau.

            Pelayan  datang mengambil order Ikwan dan kemudian berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

            “Kau dengan Wilma macam mana?”

            “Macam mana? Aku tak faham. Tiba-tiba kau sebut pasal Wilma dah kenapa?” Ikwan membuat mimik muka kurang senang bila nama bekas kekasihnya disebut.

            “Aku dengar Wilma nak baik semula dengan kau!” kata Bazli “Aku tak faham dengan Wilma. Sekejap baik, sekejap breakup!” Kepala digeleng beberapa kali memikirkan hubungan Ikwan dan Wilma. Asyik on off saja.

            “Kalau kau tak faham, aku sendiri tak faham. Sekarang ni tergedik-gedik nak baik dengan aku. Dia yang minta breakup dengan aku dulu. Kononnya aku lebih pentingkan kerja aku dari dia. Hello …. Dia sepatutnya faham dengan kerja aku macam mana. Kalau dulu boleh terima, kenapa sekarang tak boleh? Tak habis-habis suruh aku berhenti kerja lepas tu suruh aku kerja kat DB Group. Aku tak suka orang atur hidup aku, kau tahu kan. Dah tiga tahun hidup aku aman damai selepas break up dengan Wilma, sekarang ni Wilma datang baik. Eee…. Serabut kepala aku.”

            Bazli ketawa secara tiba-tiba.

            “Kau dah kenapa?” Berkerut dahi Ikwan bila Bazli ketawa. Aku serius ni. Ingat benda lawak ke?

            “Tapi lepas ni, kau baik semula dengan Wilma kan! Sekarang ni memanglah kau marah, lepas Wilma pujuk terus kau cair. Macamlah aku kenal kau sehari dua.”

            “Aku serius, Bazli! Aku takkan berbaik semula dengan Wilma. Aku dah tawar hati.”

            “Harap-harap begitulah! Dari masa sekolah menengah lagi, aku dah cakap jangan layan Wilma tu. Tapi kau degil jugak. Sepuluh tahun kau bercinta dengan Wilma, apa kau dapat? Cuba kau bagitau kat aku.” Kata Bazli. Awal-awal lagi aku dah warning, perangai Wilma tu tak ada siapa boleh tahan. Dah la manja, tergedik-gedik pulak tu. Kalau tak dapat apa dia nak, merengek macam budak kecil. Menyampah aku dibuatnya. Walaupun kami besar bersama-sama, kami memang tak rapat sangat. Aku lebih rapat dengan Jasmin walaupun kami baru saja kenal dua bulan.

            “Dapat apa lagi! Sakit hati jawabnya.”

            Ikwan dan Bazli sama-sama ketawa.

            “Oh ya! Esok aku pergi Auckland, ada hal kat sana.”

                                                    (Auckland, New Zealand - Mencari Jasmin)

            “Berapa lama?”

            “Empat hari saja.”

            “Buat apa kat sana?” tanya Ikwan.

            “Secret!” jawab Bazli sambil tersengih. Kalaulah aku bawa balik Jasmin, mesti Ikwan terkejut. Iyalah, Ikwan memang tak tahu langsung pasal kewujudan Jasmin. Nama Jasmin pun tak pernah disebut langsung, Itu arahan Tok ayah. Tak ada sesiapa pun berani sebut nama Jasmin selepas hari itu. Kalaulah Jasmin tengok layanan Tok ayah kat Ikwan pasti Jasmin kecik hati. Walaupun Ikwan hanya cucu angkat Tok ayah sejak 15 tahun yang lalu, Ikwan diberi penuh perhatian dan kasih sayang. Memang jauh berbeza dari Jasmin. Bagai langit dan bumi.

            “Beritahulah ….” Pujuk Ikwan.

            “One day, aku akan beritahu kau jugak.”

            “Okey! Aku tunggu. Mana makanan aku ni. Laparlah.” Matanya mula melilau mencari kelibat pelayan restaurant. Perut digosok perlahan-lahan menahan lapar.

            Bazli tersenyum melihat gelagat Ikwan. Kalau kau tahu pasal Jasmin, kau pasti tak kisah. Kita bertiga pasti akan jadi kawan baik. Semangat Bazli mula berkobar-kobar mencari Jasmin.

                                    ********************************

            Bazli membaca setiap helaian demi helaian laporan dari Private Investigator yang diupah ayahnya.  Sebaik tiba saja di lapangan terbang Auckland, dia sewa kereta dan terus datang ke rumah sewa Nana. Sambil menunggu kepulangan Nana, Bazli membaca laporan sambil mencatat sesuatu di atas kertas. Wajahnya serius.

                                                                          (Rumah Nana)

            “Something fishing about her. Enam tahun mereka tinggal bersama, mustahil dia tak tahu mana Jasmin sekarang ni. Kau mesti tahu sesuatu… Aku yakin. Dengan ayah aku kau boleh tipu but not me, Miss Nana” Cakap Bazli sambil memegang gambar Nana.

                                                                             (Nana)

            Hampir 30 minit Bazli tunggu, akhirnya orang yang ditunggu-tunggu muncul juga. Dengan pantas, Bazli keluar dari kereta dan hampiri Nana yang sedang mencari sesuatu di dalam beg tangan.

            “Assalammualaikum…”

            “Waalaikumussalam” jawab Nana. Dia menoleh ke belakang. Dahi berkerut. Siapa lelaki ni? Tak pernah nampak pun. Dia baru saja habis shift malam.

            “Cik Nana kan!”

            “Yup! So who are you?”

            “I’m Bazli. You know my father, Zakaria!”

            Air muka Nana terus berubah.  Pandangannya kaku melihat lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Alamak! Tak sangka dia hantar anak dia pulak. Ingatkan dah settle sebab dah sebulan tak call aku. Nana, calm down. Kau boleh handle mamat ni. “Oooo… Uncle Zakaria. Yeah, of course I know him. Kenapa yer? Pasal JJ ke? Sorry, I betul-betul dah lost contact dengan JJ. Honestly, I tak tahu JJ kat mana. Kalau I tahu, dah lama I beritahu Uncle Zakaria.” Nana menjawab dengan penuh panjang lebar. Dah bermula sesi berlakon aku dengan mamat ni.

            “Betul ke you tak tahu? Come on, enam you all tinggal sama-sama. Mustahil hubungan you all sekadar teman serumah saja. You all mesti rapat kan! Bestfriend!”

            “Memang betul enam tahun kami tinggal bersama tapi we just housemate .. Not more than that. Kerja I tak kira masa. Shift I selalu bertukar-tukar. I tak ada masa nak tahu hal JJ. Lagipun JJ pula humanitarian photographer, dia banyak travel overseas.  Dia pergi mana pun I tak tahu.”

            “I tak percaya.”

            Nana mengetap bibir. Eeee… mamat ni tak faham bahasa betul. Menyampah aku! Orang kata tak tahu, tak tahu la. “Betul! I tak bohong! Dah dua tahun I lost contact dengan JJ selepas dia pindah rumah.” Bersungguh-sunggu Nana cuba yakinkan Bazli.

            “Dengan ayah I, you boleh tipu. I percaya you tahu di mana Jasmin sekarang ni. “

            Air muka Nana berubah pucat. “Suka hatilah, you nak percaya atau tak. Bukan masalah I pun. Malas nak layan orang yang tak faham bahasa macam you.” Nana terus memulakan langkah meninggalkan  Bazli. Di bibir Nana tak henti terkumit-kumit menyumpah.

            Bazli tersengih. Tengok! Dah kantoi. Orang kalau ada rahsia, macam inilah. Lari nak lepaskan diri. Memang aku tahu kau tahu mana  Jasmin sembunyi. Kau tu sebenarnya bestfriend Jasmin. Nak berlakon dengan aku, jangan haraplah aku nak percaya.  “Miss Nana! I akan cari Jasmin sampai jumpa. Ini janji I. Selagi I tak jumpa Jasmin, I takkan balik Malaysia.” laung Bazli dengan nada kuat .

            Sebaik saja pintu dibuka, Nana terus masuk dan menutup pintu. Badan disandar di muka pintu. Keluhan dilepaskan dengan kuat. Nafasnya turun naik seolah-olah seperti baru lepas berlari. “Matilah kau kali ni, JJ!” Nana bergerak ke tingkap dan langsir tingkap diselak. Nana terkejut bila Bazli melambai ke arahnya dan terus langsir ditutup semula. “Eee…. Tak balik lagi! Balik sajalah. Eee… geramnya aku! Aku kena call JJ bagitahu hal ini.” Telefon bimbit terus keluar dari poket baju cardigan yang dipakainya.
           

Thursday, February 15, 2018

Novelku Yang Ke 4 - Biar Betul Nama Dia Bougainvillea



Assalammualaikum ....

Rasanya nak dekat dua tahun tak jenguk blog ni. Rindu rasanya ... Mulai tahun 2018 ni, saya akan post sambungan Foto Cinta dan karya terbaru saya ..... Dia Helena Isabella. Nantikan yer .... He he he ...

Sebelum itu, saya nak beritahu yang novel ke-4 saya  - Biar Betul Nama Dia Bougainvillea telah diterbitkan pada bulan Julai 2017 keluaran Anaasa Publication dengan harga RM26. Boleh beli di kedai buku yang berhampiran dan boleh beli terus dari Anaasa Publication ( www.anaasapublication.com.my) . Sekarang ini anaasa ada buat sale, boleh layari laman web anaasa seperti yang tertera di atas. Selain novel saya, ada banyak lagi novel-novel dari penulis yang berbakat. Semua novel best-best. Beli yer ... He he he .... Tengah sale ni, nanti rugi. Kalau ada apa-apa masalah , boleh contact saya di FB. Sesiapa yang dah beli tu, terima kasih banyak-banyak dan saya harap anda semua terhibur membacanya. 


“Nama penuh dia… Bougainvillea.” – Raja Khalida
“What?! Seriously! Biar betul? Nama dia Bougainvillea!” – Raja Awwadi
“Bunga kertas! Nama dia bunga kertas. Kelakarnya. Bapak dia tak reti nak letak nama lain ke? Mesti bapak dia mat bunga. Bougainvillea!” – Raja Awwadi
Nama dia Bougainvillea. Biarpun  digelar bunga kertas oleh Raja Awwadi, namun dia langsung tak kisah. Pertemuan pertama tidak seindah mana bila Villa memperlekehkan dia dengan beberapa keping wang RM50. Dia bukan taraf murahan! Dia CEO GB Group yang tersohor. Dia punya duit berjuta!
Bagi Villa, siapa pun Raja Awwadi, dia anggap sama sahaja dengan orang biasa. Dia tak takut atau gentar dengan lelaki itu. Setiap kata lelaki itu hanya menjadi angin lalu bagi Villa. Akhirnya bermulalah amarah Raja Awwadi.
“Aaa… Apa yang encik nak dari saya?” – Bougainvillea
“Okey! Kalau you dah lupa, biar I ingatkan sekali lagi. Listen, I nak you dengar baik-baik. Buka telinga you luas-luas. I takkan ulang banyak kali. I tak suka you kerja di sini. Sejak awal I dah warning you. Tapi you degil. You tetap kerja di sini juga.” – Raja Awwadi
Saat hilangnya Villa dari mata, raja Awwadi gembira. Hidupnya kembali kepada rutin biasa. Begitu juga Villa. Hidupnya kembali berbunga. Sehinggalah satu peristiwa yang mematikan segala keindahan hidup mereka.
Berkahwin!

“I peduli apa you nak percaya atau tak? Hakikatnya I akan kahwin dengan Villa. I love her. Dia seorang wanita yang baik. Dia wanita yang sesuai untuk menjadi permaisuri hidup I. Don’t worry! I akan hantar kad jemputan kat you. You boleh jumpa Villa di sana,” – Raja Awwadi
Betul ke dia akan kahwin dengan Villa? Mati segala saraf dia bila itu yang diungkapkan.
Dan Villa, boleh pula bersetuju dengan lamaran dia hanya kerana satu perkara. Segalanya huru hara tetapi ia menjadi nyata.
Dia mampu menutup segala hinaan orang hanya dengan rahsianya namun dia memilih untuk kekal berahsia. Dia mampu menawan hati lelaki tetapi dia memilih untuk menjadi dirinya sendiri. Dan dia adalah Bougainvillea.

“She’s not an ordinary woman,” – Raja Awwadi

Salam Sayang 
Azimah Lily 


CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...