BAB 22
Aleya memberi segelas susu yang dibancuhnya di dapur pada
ibunya yang sedang duduk beristirehat di luar. Langit yang kelihatan mendung
menyebabkan Aleya membetulkan baju sejuk yang dipakainya apabila merasakan
angin dingin bertiup mengenai dirinya. Suasana malam di London
tak sama seperti suasana di Malaysia .
“Terima kasih!” Munirah terus minum
sambil matanya melihat langit yang mendung itu. Malam ini tiada bintang yang
menghiasinya. Hanya kedinginan malam yang dirasainya. Munirah meletakkan gelas
itu di tepi
“Sejuknya! Nak hujan ke?”
Munirah tersenyum. “Along masih
berasa kekok lagi ke berada di sini?”
“Tak la! Home sweet home, right.”
“Along suka tinggal di sini?”
“Suka! Ini kampung halaman, Along!
Tanah air kita. I love my country.” Aleya tersengih.
“Is it okey if I decide to stay in
Malaysia?” tanya Munirah.
“I’ve no objection about that as
long as you not reconcile with him.” Nada suara berubah tegas pada akhir
percakapannya.
“No! Keputusan ibu takkan berubah.
Ini untuk kebaikkan semua pihak. Selepas urusan Along selesai, kita pulang ke London . Urusakan
segala-galanya sebelum kita pulang ke sini.”
Aleya hanya menganggukkan kepalanya.
Aleya tahu sebenarnya ibunya rindu akan kampung halamannya. Dia tidak kisah
tinggal di Malaysia walaupun
sudah 25 tahun dia membesar di London .
“Angah dah tiba di London ke?” MUnirah tiba-tiba teringatkan
anak keduanya.
“Sudah.” Ringkas jawapan Aleya. Dia
melihat ke arah ibunya. “Are you still thinking about him?” Aleya tiba-tiba
bersuara. Ruat wajah ibunya dapat dibaca.
Munirah terkejut dengan pertanyaan
Aleya.
“Semua ini bukan salah ibu. He has
heart attack. That’s all.” Aleya berterus-terang. Dia sebenarnya memahami
situasi ibunya sekarang.
“If you want to see him, I will take
you to hospital tomorrow.” Kata Aleya secara tiba-tiba. Walaupun dia tak suka
pada lelaki itu tetapi demi ibu, dia sanggup bertolak ansur.
Munirah merenung anaknya seolah-olah
tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Aku bermimpi ke?
“Ibu, tak bermimpi la! Along serius.”
“Along tak kisah ke? Along tak marah
ke?” Munirah inginkan kepastian. Pelik pulak dengan perangai anak aku hari ini.
“Tak! Asalkan tujuan ibu hanya untuk
melawat orang sakit dan bukannya menpunyai agenda tertentu.” Ujarnya lagi. Apa
salahnya jika aku bertolak ansur dengan ibu …
“Agenda tertentu!” Dahi Munirah
berkerut.
“Mana nak tahu kalau cinta nak
bertaut kembali.” Aleya membuat mimic muka.
“Bertuah budak ni! Ke situ pulak!
Ibu hanya nak melawat saja. Melawat.” Tegas Munirah menggelengkan kepalanya Dia
tahu walaupun Aleya kelihatan tegas, degil dan kasar namun kadang-kadang Aleya
juga seorang bertimbangrasa.
Aleya hanya tersengih. Tiba-tiba
telefon bimbit Aleya berbunyi, pantas menyeluk poket seluarnya dan menjawab
panggilan tersebut.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam! Ooo…Tengku dah
tengok draf yang saya email pada Tengku petang tadi?” jawab Aleya. Dia tahu
siapa pemanggilnya. Dia melirik matanya pada arah ibunya yang sedang memerhati.
“Sudah! Ada beberapa yang perlu diubah. Saya nak
jumpa awak esok di Indah Café di Ampang!” beritahu Iskandar sambil berjalan
menuju ke balkoni biliknya.
“Tengku beritahu saya apa yang perlu
diubah. Selepas diubah saya akan email pada Tengku “
“Saya nak jumpa awak. Saya tak
selesa bercakap di telefon. Ada
banyak perkara yang ingin saya cakapkan dengan awak.”
“Cakap di telefon boleh.”
“Saya client awak, jadi awak perlu
ikut kehendak saya. Jumpa esok di Indah Café pukul 10.00 pagi.” Iskandar terus
meletakkan telefon. Iskandar tersengih. Mesti dia tengah bengang kat aku.
“Hello….Helloo.” Aleya meninggikan
suaranya. Dia mengetap bibir menahan geram bila sedar panggilan itu dimatikan
Suka hati dia saja! Aleya menoleh ke arah ibunya. “Ibu, boleh tak Along ajar anak Auntie Maria?” kata Aleya secara
tiba-tiba.
Terkebil-kebil mata Munirah melihak
anaknya. Apa pulak masalah mereka berdua ni? Macam anjing dan kucing.
*******************************
“Ibu!”
Munirah berpaling. Dia terkejut
apabila dipanggil. “Along tak tidur lagi ke?” soal Munirah hairan. Selepas
menerima panggilan dari Iskandar, Aleya masuk ke dalam rumah. Katanya ada kerja
yang masih belum siap lagi.
“Belum! Ibu, ada video call dari
Auntie Khaty …” Aleya menghulurkan telefon bimbit pada ibunya.
‘Khaty!” Dahinya sedikit berkerut. Dia
mengambil telefon bimbit itu dan diletakkan berhadapan dengannya.
“Assalammualikum…..”
“Waalaikumusssalam…..” jawab
Khatijah.
Aleya terus masuk ke dalam rumah. Ada banyak kerja yang
perlu disiapkan.
“Aku tahu kenapa kau call aku …”
“Kalau begitu, baguslah. Aku dah tak
payah nak tanya lagi. Aku nak dengar.” Khatijah memandang tepat pada skrin telefon
bimbitnya. Dia sedang menanti.
“Khaty! Kau kenal aku kan ? Aku tak tergamak
nak pergi begitu saja selepas apa yang terjadi.”
“Itulah kau, Munirah. Terlalu lembut
hati. Sekarang ni, suami kau macam mana?”
“Dia dah selamat.”
“So …apa lagi, kau baliklah esok. Kau
balik dulu.Munirah, kau dengar cakap aku ni! Kalau kau tinggal di sana pun, kau tak boleh
buat apa-apa. Hati kau saja yang sakit. Kau kena ingat dia dah ada isteri. Isteri
yang bersamanya sejak 26 tahun.”
“Aku tahu semua itu, Khaty. Jika nak
dibandingkan antara aku dan Kartika, aku ni tiada apa-apa peranan. Aku hanya
isteri atas kertas saja.”
“Aku mahu kau balik ke sini segera.
Selepas apa yang terjadi pada kau dan Lisa, aku asyik risau sahaja. Makan pun
tak lalu. Tidur pun tak lena, Mandi pun tak basah. Dah kira penyakit aku ni
mengalahkan orang bercinta. Setiap masa aku risaukan kau dan anak-anak kau di sana . Baliklah, Munirah.”
Pujuk Khatijah. Aku tak mahu Munirah disakit lagi. Cukuplah dengan apa yang
ditanggung oleh Munirah selama ini.
Senyuman terukir di bibir Munirah.
Dia tahu Khatijah sentiasa mengambil berat tentang dirinya. “Aku minta maaf,
Khaty. Aku janji aku tak akan buat kau
risau. Aku akan balik bersama Aleya. Kerja Aleya di sini dah nak siap. Lagipun
aku pun tak mahu tinggal di sini dengan lebih lama.”
Khatijah mengeluh. Dia kenal dengan
sikap Munirah. Jika dah buat keputusan, jangan haraplah boleh berubah. “Baguslah.
Jaga diri baik-baik. Kalau isteri suami kau datang cari pasal dengan kau, kau
beritahu aku. Serta merta aku akan datang ke Malaysia , biar aku ajar dia
cukup-cukup.”
“Kau ni dah macam gangster.” Munirah
ketawa.
“Kau tiada rahsiakan apa-apa dari
aku kan ?”
tanya Khatijah secara tiba-tiba.
Munirah berhenti ketawa secara
tiba-tiba. “Tiadalah. Kau ni suka sangat serkap jarang kat aku. Think positive,
okey! Esok aku call kau pula. Selamat malam.”
“Selamat malam. Assalammualaikum ….”
“Waalaikumussalam.” Jawab Munirah
sebelum menamatkan perbualan mereka berdua. Munirah menarik nafas lega.
Kalaulah Khaty tahu apa yang terjadi di hospital, pasti esok pagi, Khaty dah
ada di sini. Betul ke dengan tindakkan aku untuk melawat Dato’ Kadir esok.
Munirah resah.
******************************
Suziela mendekati ibunya yang
kelihatan pelik. Sejak balik tadi ibu asyik kurung dalam bilik sahaja. Makan
malam pun belum lagi. Kakak pulak hilang entah ke mana. “Mama!” panggil Suziela.
“Ada apa? Kan mama beritahu yang mama tak mahu
diganggu.” Suara Kartika kasar. Sekarang ni dia mahu tenangkan fikiran.
“Mama, ada masalah ke?” Soal Suziela
lagi. Amaran ibunya tidak diendahkan. Risau melihat kelakuan ibunya seperti
itu.
“Su tak faham ke? Mama tak mahu
diganggu. Keluar! Keluar!” jerit Kartika. Sekarang ni fikirannya tengah kusut
memikirkan tentang rakaman yang dikatakan oleh Alina. Runsing.
“Mama! Kenapa mama marah Su pulak?
Su tak buat apa-apa pun kat mama. Kenapa mama nak lepaskan kemarahan mama pada
Su? Su susah hati melihat mama macam ni.” Nada suara Suziela bergetar menahan
sebak di dadanya akibat dimarahi oleh ibunya.
Kartika berpaling ke arah anak
bongsunya. Terbit perasaan bersalah di hatinya. “Maaf, fikiran mama tengah
kusut ni! Mama tak tahu nak buat apa. Pengorbanan mama selama ini adalah
sia-sia.” Kartika mengeluh. Apa yang dirancangnya selama ini tiada hasilnya.
“Maksud ibu?” Suziela hairan.
“Munirah dan anaknya masih ada di
sini.”
“Apa! Bukan ke mereka sudah balik ke
negara asal mereka.” Suziela meninggikan suaranya.
“Itu yang buat mama sakit hati ini.
Ini semua sebab papa kamu. Sayang sangat dengan isteri dia sehingga lupa mama
sebagai isteri dia yang hidup bersama dia selama 26 tahun.”
“Kita tak boleh biarkan ini terjadi,
mama! Kita perlu halang papa berbaik semula dengan perempuan tu.” Suziela
mengetap bibir menahan geram. Kehadiran Alina pasti akan mengganggu hubungannya
bersama Abang Nazri.
“Nak buat apa lagi, Su! Mereka ada
bukti untuk heret kita ke balai polis kalau kita ganggu mereka lagi. Mama kena
duduk dalam lokap. Mama tak nak!” Wajah Kartika berubah apabila memikirkan
perkara itu.
“Mama nampak ke bukti tu?” tanya Suziela
secara tiba-tiba.
Kartika terdiam seketika. Dia
berfikir dan menggelengkan kepalanya beberapa minit kemudian.
“Mama tak nampak kan ! Kenapa mama nak takut? Entah-entah
mereka nak gertak mama saja supaya jangan ganggu mereka.”
“Tapi…tapi Tengku Ismail mengiyakan
cakap Alina pagi tadi. Dia kata salinan rakaman itu ada di tangan dia.”
“Mama, mereka tu boleh bersubahat.
Tengku Ismail kan
suami Auntie Maria, ala tak mustahil la kalau mereka bersubahat. Selagi mama tak nampak bukti tu, mama tak
boleh takut.” Ujar Suziela. Nampaknya mereka sengaja nak kenakan mama. Siap la
kau, Alina! Tahu la aku macam mana nak ajar kau!
Wajah Kartika kembali ceria, senyuman
terpancar di bibir Kartika. Kata Su memang betul, mereka sengaja nak gertak
aku. Baiklah, aku dah beri amaran banyak kali pada kau tapi kau berdegil jugak,
Munirah. Di sini tiada ruang untuk kau, hanya aku! Aku!
******************************
“You’re late!” Iskandar bersuara
apabila sedar akan kehadiran Aleya di sisinya. Hampir sejam dia menunggu Aleya
di situ
“Of course I’m late! Do you know how
long that I need to find this place?” Aleya menarik dengan kasar. Selepas
menghantar ibunya ke hospital, dia terus memandu ke sini. Yang malangnya
beberapa kali dia sesat kerana dia tak biasa dengan keadaan di sini. Banyak
sangat kereta. Jalan pun banyak. Simpang sana sini. GPS ada tapi aku malas nak
guna. So ini akibatnya.
Iskandar terus minum air Orange yang dipesannya apabila mendengar kata-kata Aleya.
Dia terlupa yang Aleya baru saja pulang ke sini jadi pasti dia tidak familiar
dengan keadaan di sini.
Aleya mengeluarkan lukisan bangunan
yang telah dilukisnya. “So, apa yang Tengku tidak puas hati?”
“Awak pesan dulu minuman?” kata Iskadanr.
“No need! Let’s begin.” Aleya terus
mengeluarkan pensil dan bersedia untuk mendengar.
“You need to drink. Nanti ada pulak
orang kata saya dera pekerja.”
Aleya merenung lelaki ini. Aku nak
cepat la. Kalau habis cepat boleh la, aku pergi ambil ibu awal. Ee…mendidih
darah aku bila dengan lelaki ini. “No! Let’s us proceed, can we?” Aleta
mengetap bibirnya.
“Is!” tegur seseorang. Serentak
mereka berdua menoleh. Iskandar bangun apabila melihat ayahnya yang menghampiri
mereka berdua.
Wajah Aleya berubah melihat
kehadiran Tengku Ismail. Aleya serba salah.
Habis la aku kali
ini. Rahsia aku pasti terbongkar.Aleya menundukkan kepalanya. Macam mana ni?
“Abah, apa buat kat sini? Breakfast
ke?” Iskandar tersenyum melihat ayahnya.
“Aaa…ya! Sekejap lagi kawan abah
datang.” Pandangannya dialihkan pada wanita yang bersama anaknya. Tengku Ismail
mengamati wajah wanita yang rambutnya diikat satu. Alina! Iskandar dah
berkenalan dengan Alina ke?
Iskandar sedar ayahnya sedang
melihat Aleya. “Abah, Is kenalkan! Aleya, arkitek yang Is import khas dari London untuk projek hotel
5 bintang kita di Langkawi.”
“Aleya!” Tengku Ismail terkejut. Dia
melihat wanita itu. Matanya tidak berkelip. Aleya! Bukan ke ini Alina. Eh, tapi
Alina tu doctor. Ini…Arketik. Tengku Ismail kebingungan. Dia ingin bersuara
tetapi terasa seolah-olah ada benda melekat di kerongkongnya.
Tiba-tiba telefon bimbit itu
Iskandar berbunyi, Iskandar terus menjawab. “Excuse me!” Iskandar memberi
isyarat pada ayahnya yang dia ingin menjawab panggilan itu di luar. Tengku
Ismail hanya mengganggukkan kepalanya. Dia melihat ke arah Aleya.
“Uncle!.” Aleya tersenyum. Suka atau
tak? Aku kena berterus-terang. Rahsia aku dah terbongkar.
“Aleya…Eh tidak, Alina! Aduh, Uncle
tak faham la apa yang berlaku. Bukan ke Alina seorang doctor ? Macam mana pulak
boleh jadi Arkitek pulak ni?” Tengku Ismail terus duduk tanpa dipelawa. Dia
perlukan penjelasan.
“Memang betul Alina seorang doctor.
Saya Aleya, seorang Arkitek.”
“Kamu jangan buat Uncle pening.
Uncle tak faham.”
“Alina adik saya. Saya Aleya. Kembar
Alina.” Aleya masih tersenyum.
“Kembar!” Tengku Ismail tergamam.
“Semalam! Semalam, Alina ke?”Tengku Ismail teringat peristiwa semalam.
“Bukan! Semalam adalah Leya. Alina
terpaksa pulang ke London kerana pesakitnya
sedang tenat di sana .
Sebelum ni Alisa yang ganti tempat Alina.”
“Alisa?”
“Adik Leya! Kami triplet! Kembar
tiga seiras.”
“Ti…Tiga!” Bibirnya terketar Tengku
Ismail terkejut bila mendengar penjelasan Aleya. Biar betul kembar tiga! Seiras
pulak tu. “Jadi tiada siapa tahu yang Alina ada kembar! Maksudnya Kadir juga
tak tahu.”
Aleya hanya mengganggukan kepalanya.
‘Kenapa?”
“Kami ada sebab kami sendiri, uncle!
Leya harap Uncle faham. Hmm…Leya ada sedikit permintaan….boleh tak Uncle jangan
beritahu sesiapa tentang kami? Kami tak mahu keadaan lebih kusut.” Aleya
melihat ke arah Tengku Ismail. Aleya yakin Tengku Ismail orang yang boleh
dipercayai.
“Jika itu permintaan Leya, Uncle turuti saja.” Tengku Ismail tersengih.
Matanya masih tidak lepas merenung Aleya. Tiga orang! Biar betul. Kalau Kartika
tahu pasal hal ini, pasti dia pengsan. Senyuman Ismail makin lebar.
“Kenapa Uncle?” Aleya hairan.
“Alisa…Alisa kerja apa?”
“Lawyer!”
“Lawyer!...” Tengku Ismail
menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Sikap Alisa seperti Aleya ke?”
“Sikap kami sama kecuali Alina. Dia
terlalu baik hati macam ibu.” Aleya tersenyum. Dia faham di sebalik soalan
Tengku Ismail tadi.
“Uncle sebenarnya…sebenarnya masih
tidak percaya, macam bermimpi pulak.” Tengku Ismail membetulkan kedudukan
cermin mata yang dipakainya.
“Abah tak percaya apa?” Iskandar
tiba-tiba berada di situ. Dia hairan melihat ayahnya dan Aleya rancak berbual
secara tiba-tiba. Baru kenal terus dah mesra.
“Ooo….Abah tak percaya yang Aleya ni
25 tahun membesar di luar negara.” Tengku Ismail berbohong. Tengku Ismail
membuat mimic muka pada Aleya. Dia mesti berlagak seperti biasa agar Iskandar
tidak mensyaki sesuatu.
Aleya hanya tersenyum. Sikap Tengku
Ismail berlainan dari anaknya. Aleya menjeling ke arah Iskandar bila Iskandar
menarik kerusi di sebelah Aleya dan terus duduk. “Jadi abah dah berkenalan
dengan Arkitek import dari London
ni!”
“Aleya namanya. Kamu ni tak elok
panggil orang macam tu.” Tengku Ismail menegur anaknya bila sedar tiada
senyuman di bibir Aleya.
Iskandar ketawa. “Itu kenyatannya,
abah!” Ketawanya semakin kuat. Arkitek import! Akhirnya ada nickname pada Aleya
ni. Boleh la aku usik dia nanti.
Tiba-tiba Aleya memegang fail yang
berada di atas meja, Iskandar tiba-tiba diam. Iskandar melihat kea rah Aleya
yang sedang merenung tajam ke arahnya. Iskadanr takut diketuk kepala sekali
lagi.
Tengku Ismail hairan bila anak tunggalnya itu tiba-tiba terdiam.
Tadi bukan main lagi rancak ketawa. Tengku Ismail mengalih pandangannya pada
Aleya. Tengku Ismail tersenyum. Aleya bukan sebarangan orang. Akhirnya Kartika
sudah bertemu dengan lawannya.
6 comments:
Ohooo npknya rhsia dh bcor..nsb baik tengku ismail klo org lain msti jd rumit kn.. Taw tkut yek Is..haha pdan muka..
P/s :
Lily..ayooo lmbat nya n3 nk msk..ari2 sy jeguk cni..huhu slalu 1mgu skli n3 ad..kli nie lewat plk..huhu selamat bpose.. :)
adekah novel nie akn dijadikan kuarkan di pasaran gak mcm novel laen???
eija: maaf sbb upadate lambat. Insya Allah akak akan update 2 bab dalam seminggu. Terima Kasih kerana membaca dan Selamat Berpuasa
Nurul Diela: Insya Allah, akak akan cuba agar novel ini akan dibukukan.
kalau boleh cepatkan novel nie keluar..x sabar nak bace ending dia....huhuhu
wah!xsabar nk bli kalu novel nie di buku kan.. sye da ade 2 novel kak lily...
klo blh keluar kan pada tahun nie jgk la..
Post a Comment