BAB 24
Munirah melihat ke
arah jam dinding di biliknya. Baru pukul 2.00 petang! Siapa pulak yang masak
pada waktu ni. Seingat aku, Along berpuasa hari ini. Perlahan-lahan Munirah
bangun. Kain telekung yang dipakainya sebentar tadi dilipat dan diletakkan di
atas katil. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Zohor. Pintu bilik dibuka
dan langkahnya diatur satu persatu menuju ke dapur.
“Along, ?” tegur Munirah. Dia
terkejut melihat wanita yang sedang memasak di dapur. “Acu!”
Alina tersenyum. “Ibu!” jerit Alina
terus memeluk ibunya. Hampir dua minggu dia tidak berjumpa dengan ibunya,
setiapa hari dia sangat merindui ibunya.
Munirah tersenyum sambil menepuk
perlahan-lahan bahu anak bongsunya. Sejak kecil lagi Alina manja dengannya. Ke
mana saja dia pergi, Alina pasti akan menemaninya. “Kenapa tak beritahu ibu
yang Acu balik hari ini?”
Pelukannya terlerai bila mendengar
kata-kata ibunya. Alina merenung ibunya. Pelik! “Takkan Along tak beritahu ibu
yang kami balik hari ini?”
“Kami!” Munirah terkejut. Apa maksud
Acu dengan perkataan kami?
“Siapa tak kenal dengan perangai
Along tu, Along kan
workaholic. Bila dapat je satu projek, dia akan menghadap benda tu siang malam.
Kalau tidak makan minum seharian pun, Along tak kisah.” Alisa mencelah. Alisa
yakin pasti kakaknya terlupa untuk beritahu ibu tentang kedatangan mereka. Dia
baru saja keluar dari bilik. Alisa mendekati ibunya dan terus menghulurkan
tangannya untuk bersalam. “We’re back.” Alisa tersengih.
Munirah tersenyum lebar melihat
kedua-dua anak perempuannya. Hatinya lega bila melihat mereka di depan matanya,
sepanjang dia berada di Malaysia ,
dia selalu risau bila memikirkan anak-anaknya yang tinggal di London . Setiapa hari dia sering
tertanya-tanaya sama ada anaknya itu ,sudah makan ke belum? Sihat ke tidak?
“Ibu, abah macam mana? Along
beritahu semalam, ibu melawat abah di hospital.” Soal Alina secara tiba-tiba.
Alisa mengerutkan dahinya. Berdesing
telinganya apabila mendengar pertanyaan adiknya. Dia malas nak dengar/Alisa
terus berlalu keluar dari dapur tanpa mempedulikan ibu dan adiknya.
Munirah menghembuskan nafasnya
perlahan-lahan. Matanya melirik ke arah Alisa yang terus meninggalkan mereka
berdua sebaik saja nama ayah mereka disebut. Perangai Along dan Angah sama
saja.
“Ibu, biarlah! Satu hari nanti Acu
yakin mereka akan memaafkan abah Cuma masa saja yang akan menentukan.” Alina
memegang erat tangan ibunya. Dia faham apa yang difikirkan oleh ibunya.
Munirah hanya tersenyum. Tangan
anaknya digenggam erat.
***************************
Maria menghentikan keretanya di tepi
sebaik saja melihat wanita yang keluar dari kereta Proton Wira berwarna hitam
itu. Kartika! Setiap gerak geri Kartika
diperhatikannya. Apa dia buat di sini? Kenapa dia berada di hadapan
rumah Kak Munirah? Maria melihat Kartika masuk ke dalam kereta BMW silver
miliknya dan berlalu pergi bersama kereta Proton Wira yang mengekorinya dari
belakang. Maria mula berasa tidak sedap hati, kehadiran Kartika di sini pasti
ada sesuatu yang akan berlaku. Maria mempakirkan keretanya di luar rumah
Munirah. Sebaik saja keluar dari keretanya, Munirah bergegas ke rumah Munirah.
Dia meluru masuk ke rumah itu tanpa mengetuk pintu rumah itu terlebih dahulu.
Apa yang bermain di fikirannya sekarang adalah memberitahu Kak Munirah apa yang
telah dilihatnya sebentar tadi. “Kak Munirah! Kita ada masalah besar!”
Langkah Maria terhenti dan badannya
menjadi kaku. Dia tergamam melihat 3 orang wanita yang berada di ruang tamu.
Mereka juga turut sama terkejut dengan kehadiran Maria. Mata Maria tidak berkelip
malah pandangannya tepat ke arah mereka bertiga. “Satu. Dua, Tiga!” Maria mula
mengira.
“Auntie Maria!” tegur Alina. Aleya
dan Alisa berpandangan antara satu sama lain.
“Maria!” Munirah juga terkejut
dengan kehadiran Maria.
Bibir Maria terketar-ketar untuk
menyatakan sesuatu tetapi tidak kedengaran. Aku mimpi ke? Betul-betul kembar
seiras! Tiba-tiba saja pandangannya menjadi gelap.
“Auntie Maria!” jerit Alina. Maria
sudah terbaring di lantai. Pengsan!Alina mendekati Auntie Maria.
Munirah tergamam bila melihat Maria
tiba-tiba saja pengsan. Dia berjalan menghampiri Maria.
Aleya hanya mengeluh dan kepalanya
digeleng beberapa kali.
“Along , kenapa setiap kali orang
nampak kita bertiga ada yang pengsan, ada yang kaku dan ada jugak ternganga
mulut? Muka kita ni ada masalah ke?” Alisa menoleh ke arah Aleya yang masih
berdiri di sisinya.
“Muka kita tak ada masalah! Hanya
pandangan mereka terhadap kita saja yang ada masalah.” Aleya terus mengikat
rambutnya.
“Pelik sangat ke kita ni? Dah
namanya kembar seiras memang confirm la muka kita ni seiras. Datang dari acuan yang sama jadinya
hasil pun sama la.” Alisa mula berleter.
“Ini semua anugerah Allah
S.W.T. Dah memang suratan takdir, ibu
mengandung kita bertiga. Biarlah mereka dengan pandangan mereka sendiri. Janji
jangan ganggu kita sudahlah.” Aleya
melihat ke arah Alina yang sedang membantu Auntie Maria. Aleya ingin menolong.
“Itu Angah tahu, tetapi Angah tak
suka cara mereka memandang kita. Macam kita ni dari planet lain? Ada tanduk ke atas kepala
kita?” Alisa masih membebel lagi.
Aleya mengetap bibir menahan geram.
“Angah, zip it!” Aleya menunjukkan isyarat supaya adiknya itu tidak bercakap
lagi. Angah kalau bercakap macam keretapi, tak berhenti-henti. Aleya menunding
jari pada Auntie Maria yang sedang terbaring. Mereka sepatutnya menolong Auntie
Maria bukannya bercakap kosong.
Alisa hanya tersengih.
“Along! Angah! Kenapa tercegat kat
situ lagi? Tolong la angkat Auntie Maria! Takkan la nak biarkan Auntie Maria
terbaring di sini!”
“Along! Angah! Tolong Acu!” ujar
Munirah. Dia berasa resah.
“Ibu, auntie Maria cuma pengsan!
Mungkin dia terkejut sebab nampak Along, Angah dan Acu.” Alina tahu pasti
ibunya bimbang melihat Auntie Maria tiba-tiba pengsan.
Aleya dan Alisa segera menghampiri
dan perlahan-lahan mengangkat Auntie Maria menuju ke sofa.
***********************************
“Ibu, lamanya Auntie Maria pengsan!
Hampir 30 minit, Angah rasa lebih baik jika kita bawa Auntie Maria ke
hospital.” Alisa bersuara.
“Sekejap lagi, ibu rasa Maria akan
sedar. Kita tunggu 5 minit lagi. Kalau selepas 5 minit Maria masih belum sedar,
kita bawa dia ke hospital.”
Aleya dan Alina hanya menganggukkan
kepalanya sebagai tanda setuju. Tangan Alina pula ligat mengipas Auntie Maria.
“Ibu!” Alina tiba-tiba bersuara
apabila melihat kelopak mata Auntie Maria mula bergerak. “Auntie Maria!
Auntie.” Panggil Alina cuba
menyedarkan Auntie Maria.
Perlahan-lahan Maria membuka
matanya. Pandangannya dialihkan pada suara yang sedang memanggilnya. Dia
terkejut melihat mereka bertiga. Pantas Maria bangun dan duduk memandang
mereka.
“Maria!” panggil Munirah.
Maria menoleh ke arah Munirah. Lidahnya
kelu untuk berkata. Dia masih lagi terkejut. Pandangannya dialihkan pada mereka
bertiga yang sedang memandangnya. Matanya tidak berkelip merenung mereka.
“Bukan ke dua daripada kamu sepatutnya berada di London ?” Akhirnya Maria bersuara.
“Kami baru saja sampai tengahhari
tadi,Auntie.” Alina tersenyum. Agaknya Auntie Maria baru tahu tentang kami
bertiga.
Alisa merenung Maria. Pandangannya
pelik. “Macam mana Auntie tahu pasal kami berdua?”
Belum sempat Maria menjawab
pertanyaan Alisa, Aleya mencelah.
“Pasti Uncle Ismail beritahu Auntie kan ?”
“Aleya!” Maria menyebut nama itu.
Dia yakin pasti wanita yang mengikat rambut ini adalah Aleya. Tentang perkara
ini hanya Aleya yang tahu.
“Ya!”
“Aleya, jangan salahkah Uncle Ismail
ye! Hanya Auntie dan Uncle saja yang tahu. Iskandar tak tahu apa-apa pun.”
Kartika takut Aleya akan salah faham terhadap suaminya.
“Don’t worry! I understand, Auntie.”
“Alisa!” Maria memandang ke arah
Alina. Dia cuba
untuk mengenali mereka.
“Saya Alina!” Alina tersenyum
simpul. Alisa hanya mengangkat tangannya.
“Oooo….Sorry! Auntie pun tak sangka
macam mana Auntie boleh pengsan!Pada hakikatnya ibu Auntie dan nenek kamu pun
kembar seiras juga” Maria ketawa kecil dan menunduk malu.
“Kami dah biasa, Auntie! Lebih teruk
dari auntie pun ada.” Alisa bergurau.
“Maria, kakak minta maaf sebab tidak
beritahu Maria tentang 2 orang lagi anak
kakak selain Alina.”
“Kenapa kakak rahsiakan perkara ini?
Abang Kadir tahu tak yang dia ada lagi 2 orang anak?’ Soal Maria bertubi-tubi.
Munirah mati kata-kata. Perlahan-lahan
mata Munirah dialihkan pada Aleya dan Alisa yang sedang memandang ke arahnya.
Sebaik saja sedar ibu mereka sedang memandang mereka, serentak pandangan mereka
berdua dialihkan ke arah lain.
Maria berpaling. Maria sedar akan
perubahan wajah Munirah apabila soalan itu ditanyakan. Kenapa Kak Munirah
melihat ke arah mereka berdua? Dia tiba-tiba teringat kata-kata Abang Kadir
semasa dia melawat Abang Kadir di hospital semalam. Abang Kadir mengadu padanya
yang Alina tidak menjenguk dirinya malah layanan Alina juga dingin. Mungkinkah
mereka berdua ni….?
“Maria, kakak ada sebab kakak
sendiri kenapa kakak tidak beritahu kamu semua tentang Aleya dan Alina. Kakak
harap Maria faham.”
Maria hanya menganggukkan kepalanya.
Matanya masih tidak berganjak dari memandang Aleya dan Alisa.
“Auntie! Selalunya kalau auntie nak
datang sini, auntie akan call dulu tetapi hari ini tiba-tiba saja auntie terjah
rumah kami, ada apa-apa ke?” Alisa bertanya.
“Aduh, macam mana pulak aku boleh
lupa!” Maria tiba-tiba teringat apa yang dilihatnya sebentar tadi. “Kak
Munirah, semasa Maria datang sini, Maria nampak Kartika di luar rumah Kak Munirah.
Kelakuan dia pelik. Dia bercakap dengan seorang lelaki yang berada di dalam
kereta di hadapan rumah kakak. Selepas beberapa minit, mereka berdua berlalu
pergi dengan kereta yang berasingan. Maria risau! Maria pasti dia sedang
merancang sesuatu pada kakak sekeluarga. Rumah ini tidak selamat lagi. Maria
rasa hari ini kakak dan anak-anak kakak mesti berpindah. Kakak tinggal sahaja
di rumah Maria di Puchong.” Beritahu
Maria dengan panjang lebar.
Alisa mengetap bibir. Geram! Mereka
ni tak habis-habis nak cari pasal dengan keluarga aku.
“Along, kenapa Along tak tampar saja
perempuan tua tu sepertimana Along pernah tampar Sofea hari itu? Sekarang ni
perempuan tua tu, sudah melampau! Apa lagi yang dia nak lagi dari kita, hah!”
Alisa berang selepas mendengar kata-kata Maria.
“Angah! Be careful with your words.”
Munirah menegur Alisa. Percakapannya sering melampaui batas.
Maria terkejut apabila Alisa
bersuara. Karekternya benar-benar berbeza dari Alina. Pandangannya beralih pada
Aleya yang masih berdiam diri tetapi wajahnya serius seolah-olah dia sedang
memikirkan sesuatu. Aleya pernah tampar Sofea! Ini berita sensasi.
“Kenapa ibu? Kenapa kita mesti baik
dengan mereka ? Tujuan ibu balik bukannya bertujuan untuk mengganggu
rumahtangga dia tetapi ibu hanya ingin meminta cerai dengan cara baik. Kenapa
pulak dia mesti rasa dirinya tergugat selepas 26 tahun? Selama ini suami dia kan sayangkan dia. Kalau dia ingat kita nak berebut harta suami ,
dia silap sama sekali.” Tegas Alisa.
“Angah!” tegur Alina. Dia sedar akan
perubahan wajah Auntie Maria.
“Angah, zip it!” tegur Aleya pula.
Dia merenung adiknya.
“Along say something!” Alisa geram.
Dia merenung kakak kembarnya. Kenapa Along masih lagi tenang? Sakit hatinya
bila Aleya menyuruhnya diam.
“Angah! Hidup ini tidak selalunya
indah, kadang kala mimpi buruk sering menjadi kenyataan. Angah nak tahu tak,
apa mimpi buruk Datin Kartika selepas ini?”
Aleya tersenyum.
Alisa kaku. Apa yang cuba
dikatakan oleh Aleya?
“Kita!” Senyuman Aleya semakin
lebar.
Wajah Alisa yang masam tadi
tiba-tiba menjadi ceria. Pasti Along sudah mendapat idea bagaimana untuk ajar
Datin Kartika.
“Along! Angah!” Alina mula susah
hati.
Maria masih berdiam diri. Seram
betul bila dengar kata-kata Aleya tadi. Apa yang sedang dirancangkannya?
“Kamu berdua nak buat apa lagi.
Cukuplah! Ibu tak suka kamu berdua berperangai sebegini. Ibu faham kenapa Datin
Kartika buat semua ini. Dia hanya cemburu. Itu saja. Selepas kerja Along
selesai, kita akan segera pulang ke London .
Faham! Ibu beri amaran pada kamu berdua jangan buat sesuatu tanpa pengetahuan
ibu, faham tak?” Munirah meninggikan suaranya. Kali ini dia mesti bertegas
dengan anak-anaknya.
“Ini….” Alisa tidak puas hati.
Kenapa setiap kali, ibu yang perlu bertolak ansur?
“Zip it!” Kini giliran Munirah pula menunjukkan isyarat
supaya Alisa tidak bersuara lagi.
Alisa membuat mimic muka dan matanya
dilirikan kepada Aleya. Kembarnya juga membuat isyarat seperti ibunya.
Alina hanya tersenyum. Geli hati
bila ibu juga bercakap seperti itu. Angah bila bercakap jangan harap la dia nak
mengaku kalah. Kalau dibiarkan, esok pagi pun Angah tidak berhenti bercakap.
Setelah melihat Alisa tidak bercakap
lagi, Munirah menoleh ke arah Maria. “Maaf, Maria! Anak-anak sekarang ni!”
Munirah berasa malu dengan kelakuan anak-anaknya.
“Maria faham!” Maria cuba
tersenyum.
“Kakak nak minta tolong sikit dengan
Maria! Sementara waktu ini, boleh tak kalau kakak tinggal di rumah Maria di
Puchong dahulu sebelum kami dapat rumah sewa yang baru? Itu pun kalau tidak
menyusahkan maria.” Kata Munirah dengan lembut. Sebenarnya dia bimbang dengan
keselamatan anak-anaknya. Pilihan terbaik adalah dia dan anak-anak tinggal di
tempat lain.Dia perlu elakkan diri dan anak-anaknya dari Kartika.
“Tidak menyusahkan Maria pun. Kakak
tidak payah la cari rumah sewa lain. Duduk saja rumah Maria tu. Kami jarang
balik ke situ. Kakak tinggal saja di situ sehingga urusan kakak di sini
selesai. Membazir saja sewa rumah.” Maria tersenyum.
“Terim kasih, Maria!” Munirah
memegang erat tangan sepupu suaminya itu.
Renungannya masih
tepat ke arah Aleya. Hatinya tiba-tiba resah melihat Aleya yang hanya tenang
dan berdiam diri. Ini bukan sikap Aleya. Pasti Aleya sedang merancang
sesuatu.Dia kenal sangat dengan sikap sebenar anak sulungnya itu. Aleya sedar ibunya
sedang memerhati dirinya. Aleya berlagak seperti biasa seolah tiada apa-apa
yang akan berlaku.
2 comments:
Rasanya antara 3bradik nie..aleya lah plg dtakuti..diam2 brisi.. Agak2nya apa yg aleya sdh rcag yek.. Malang lah nsb ko kartika..bjupe buku dgn ruas..huhu
kalu aleya n alisa bergabung teruk datin kartika,suziela n sofea kenakan ... Nt tau gak cmne la si aleya nalisa nk kena kan zahari n iskandar msti lucu kan....
Post a Comment