BAB 27
Iskandar tersenyum sebaik saja melangkah masuk ke dapur. Jam baru
menunjukkan pukul 6.45 pagi. Awal betul bangun! Pasti Alina. She look nice .
“Good morning, Lina!” tegur Iskandar terus menarik kerusi di dapur dan duduk.
Minuman pagi sudah tersedia.
Wanita yang sedang asyik memasak
bihun goreng menoleh ke arah Iskandar yang tersenyum. Tiada apa-apa reaksi
darinya. Wajahnya serius
Dahi Iskandar berkerut. Aku salah
cakap ke atau aku salah orang?
“Along! Tak tidur ke semalam?” soal
Alina apabila kakinya mencecah ke dapur. Selepas selesai sembahyang subuh, dia
terus datang ke dapur untuk menolong kakaknya menyediakan sarapan pagi.“Awal
Abang Is bangun.” Tegur Alina.
“Lina!” Iskandar menggaru kepalanya
yang tidak gatal. Kalau yang ini Alina, abis tu siapa yang sedang memasak
sekarang ni? Pening aku macam ni.
“Ya, Abang Is! Kenapa?” soal Alina
hairan. Iskandar seolah-olah kelihatan kebingungan.
“Lina, yang tengah memasak tu
siapa?” suara Iskandar separuh berbisik.
“Oooo….Along! Maksud Lina, Aleya!”
Iskandar tersengih. “Kamu bertiga
seiras, jadi Abang Is tak dapat bezakan. Hmm…seorang lagi?”
“Angah ke? Nama Angah ialah Alisa.
Abang Is jangan ambil hati dengan sikap Angah. Hatinya baik cuma mulut dia saja
yang berbisa sedikit.” Alina menuangkan teko yang berisi air teh ke dalam cawan
yang berada di hadapan Iskandar.
Iskandar tersenyum
“Awalnya alien ni bangun.” Alisa
melangkah menuju ke almari dapur. Pinggan kosong dikeluarkan.
“Angah! Tak baik panggil Abang Is
macam tu.” Alina menegur kakaknya.
“Acu, Angah hairan kenapa Acu baik
sangat dengan alien ni ? Hakikatnya, kita baru saja kenal alien ni. Acu ni
terlalu lurus sangat. Am I right, sis?” Alisa menoleh kea rah Aleya yang sedang
memasak. Aleya hanya tersenyum hambar. Tangannya masih ligat memasukkan
bahan-bahan untuk menggoreng bihun goreng.
“Along! Angah! Abang Is bukannya
orang lain. Dia saudara kita. Sepupu kita juga. Abang Iskandar anak auntie
Maria.”
Iskandar terkejut. Sepupu? Bila masa
mereka bertiga ni sepupu aku? Aku tak tahu apa-apa pun. Selama ini, aku tak ada
sepupu pun. Iskandar berasa pelik.
Alisa meletakkan beberapa pinggan
kosong yang diambilnya tadi di atas meja makan dengan kasar. Matanya tepat
merenung adiknya. “Alien ni hanya anak tiri Auntie Maria. Dia tiada apa-apa pertalian
darah dengan kita. Dia hanya orang luar.”
“Walaupun Abang Is tiada pertalian
darah dengan kita namun Auntie Maria sayangkan Abang Is seperti anaknya
sendiri. Auntie Maria sepupu abah. Abang
Is tetap sepupu kita.” Tegas Alina.
Iskandar tergamam seketika mendengar
kata-kata Alina. Ayah mereka sepupu Umi? Setahu aku sepupu Umi hanya Uncle
Kadir dan Uncle Kadir tiada anak kecuali ….Mata Iskandar tiba-tiba menjadi
bulat. Dia melihat ke arah Alina dan Alisa.
“Dia tetap tiada kaitan dengan
kita.” Alisa meninggikan suaranyaa. Alisa sakit hati bila Alina menyebelahi
orang luar.
“Ada !” Alina masih bertegas.
Mereka bertiga terkejut bila
terdengar bunyi sudip dihentak kuat pada kuali. Aleya sedang merenung tajam ke
arah mereka bertiga. Awal-awal pagi dah mula bertekak! “Jangan bertengkar di
hadapan rezeki.” Aleya mengetap bibirnya. Sakit telinganya mendengar kedua-dua
orang adiknya bergaduh disebabkan Iskandar.
“Mana ada kami bergaduh.” Jawab
Alisa dan Alina serentak. Mereka berdua terus menarik kerusi dan duduk. Pandangan
mereka dialihkan ke arah lain. Aleya hanya mengeluh.
Iskandar hanya memerhati. Mereka
bertiga ni, buat aku pening kepala. Personaliti mereka benar-benar berbeza.
Iskandar melihat ke arah Aleya yang sedang meletakkan bihun goreng yang telah
dimasaknya ke dalam pinggan besar. Pandangannya dialihkan pula ke arah Alisa
dan Alina. Memang sah, mereka bertiga anak Uncle Kadir. Mata mereka yang
berwarna coklat itu telah menunjukkan bahawa mereka adalah anak kandung Uncle
Kadir tetapi kenapa Uncle Kadir hanya menyebut tentang Dr. Alina? Zahari pernah beritahu aku bahawa
hanya Dr. Alina anak Uncle Kadir namun
hakikatnya Alina mempunyai kakak kembar.
“Sekarang ini Lina berkerja di
mana?” soal Iskandar secara tiba-tiba.
“Lina bekerja sebagai doctor di
London. Sekarang ni Lina tengah bercuti.” Jawab Alina.
“Ooo…Dr. Alina ye!” kata Iskandar.
Inilah wanita pujaan Nazri. Dia sudah banyak kali mendengar cerita tentang Dr.
Alina dari Nazri. Sekarang ini aku masih tidak faham kenapa hanya Lina saja
yang diperkenalkan kepada Uncle Kadir.
“Makan!” kata Aleya dengan kasar.
Lamunan Iskandar terganggu bila
mendengar suara Aleya.
“Along cakap elok-elok! Iskandar
tetamu kita. Tak elok layan tetamu seperti itu.” Tegur Munirah.
Aleya hanya mendiamkan diri apabila
dirinya ditegur oleh ibunya. Kerusi ditarik dan Aleya terus duduk.
Iskandar terus bangun. “Mak Cik
Munirah, jemput duduk. Kita breakfast sama-sama.” Kata Iskandar menarik kerusi
di sebelahnya.
Munirah tersenyum. “Terima kasih,
Is.” Ada budi
pekerti anak Maria ni. Tak sama seperti Along cerita pada aku selama ini.
Aleya memerhati gelagat Iskandar.
Nampaknya Iskandar dah tahu tentang aku sekeluarga. Semalam aku tak beritahu
pun nama ibu pada Iskandar. Semua ini gara-gara Angah dan Acu. Aleya mengalihkan
pandangannya pada kedua-dua orang adiknya. Dia merenung mereka berdua. Geram.Dia
memijak kaki kedua-dua orang adiknya yang duduk di sisinya.
Mereka berdua serentak menjerit.
Mereka menggosok kaki mereka yang dipijak oleh Aleya. Mata mereka tepat melihat
Aleya yang masih berlagak tiada apa-apa.
“Kenapa? Apa yang berlaku?” Munirah
terkejut bila mereka berdua menjerit.
“Tiada apa-apa, ibu.” Jawab Alisa. Dia
segera meletakkan bihun goreng ke dalam pinggannya. Dia tahu tindakan Aleya
sebentar tadi memberi amaran kepada mereka berdua. Alina terus diam membisa.
Iskandar melihat telatah Aleya.
Personaliti Aleya berbeza dari Alisa dan Alina. Aleya seorang yang pendiam dan
serius berbeza dari Alisa dan Alina yang peramah. Aleya lebih gemar mendiamkan
diri. Nalurinya begitu kuat untuk mengenali keluarga ini.
*******************************
“Umi! Umi! Umi, di mana?” jerit
Iskandar sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke rumah. Matanya meliar mencari
kelibat ibunya.
“Apa halnya, Is? Bergegar rumah ini
disebabkan suara Is.” Maria berjalan keluar dari dapur. Dia membuang apron yang
dipakainya sewaktu memasak tadi.
“Umi, kenapa Umi tidak beritahu Is
yang arkitek import tu anak Uncle Kadir? Maksud Is ialah Aleya. Umi tahu
tentang Aleya kan
selama ini.”
Maria tergamam mendengar kata-kata
Iskandar. “Apa yang Is cakapkan ni, umi tak faham.” Suara Maria bergetar. Dia
sudah berjanji pada Aleya. Tiada siapa akan tahu mengenai mereka tetapi
bagaimana Iskandar tahu mengenai Aleya.
“Umi, jangan berpura-pura lagi. Is tahu
Umi faham . Is dari rumah kita di Puchong. Is jumpa Auntie Munirah sekeluarga bersama
3 orang anak kembarnya.”
“Is! Kenapa Is pergi sana ? Bukan ke Umi sudah
pesan jangan pergi sana ?”
Maria terkejut mendengarnya.
“Kenapa Umi? Is tak faham. Lagi satu
kenapa Umi rahsiakan dari Uncle Kadir tentang kewujudan Aleya dan Alisa. Uncle
Kadir berhak tahu tentang anak-anaknya.” Iskandar geram.
“Is ingat Umi suka ke buat semua
ini! Ini adalah permintaan Auntie Munirah.”
“Kenapa?”
“Sebab dia risaukan keselamatan
anak-anaknya.”
“Apa!”
“Kartika pernah cuba untuk membunuh Alina tetapi
pada waktu itu Alisa menyamar sebagai Alina. Mujurlah Alisa dapat mengelak dari
dilanggar kereta. Jika Kartika tahu
mengenai Aleya dan Alisa, pasti dia akan merasakan kedudukannya terancam malah
dia akan melakukan sesuatu yang lebih drastic dari ini. Umi hanya menolong
mereka dan seperkara lagi yang Is perlu tahu, Aleya dan Alisa tidak seperti
Alina.”
“Apa maksud Umi?”
“They hate him.”
“Tapi kenapa?” Iskandar masih tidak
faham.
“Segala apa yang telah Abang Kadir
pernah lakukan pada ibu mereka, mereka takkan lupa semua itu. Mereka takkan
sesekali akan memaafkan perbuatan Abang Kadir terhadap Kak Munirah.”
“Sebab itu Aleya dan Alisa enggan
menunjukkan diri mereka.”
“Ya. Jika Is telah berjumpa mereka
bertiga, pasti Is tahu bagaimana personality mereka bertiga kan .” Maria tersenyum.
“Ya. Aleya dan Alisa jauh berbeza
dari Alina tetapi Umi lambat laun juga perkara ini akan diketahui oleh Uncle
Kadir. Walau setebal manapun benci mereka terhadap Uncle Kadir, hubungan mereka
tetap tidak akan berubah kerana darah yang mengalir dalam tubuh badan mereka
adalah sebahagian dari tubuh Uncle Kadir.”
“Kata-kata Is ada benarnya.Umi faham
perasaan Aleya dan Alisa dan jika Umi di tempat mereka pasti tindakan Umi sama
seperti mereka. Mungkin mereka tidak dapat melupakan perbuatan Abang Kadir
terhadap Kak Munirah? Tiada anak yang dapat menerima bahawa ibu mereka
diperlakukan sebegitu.” Kata Maria dengan lemah.
“Umi, teruk sangat ke perbuatan
Uncle Kadir pada Auntie Munirah?” soal Iskandar.
Perlahan-lahan Maria menganggukkan
kepalanya. Setiap kali mengingati apa yang pernah dialami oleh Kak Munirah,
hatinya menjadi sebak. Kak Munirah tidak
sepatutnya menerima layanan sebegitu. Air mata Maria mengalir tanpa dia sedari.
“ Kak Munirah pernah dikurung selama 2 minggu tanpa diberi makanan dan minuman
hanya disebabkan dia pergi melawat kubur arwah ayah dan ibunya tanpa kebenaran
Abang Kadir. Kenapa ? Besar sangat ke kesalahan Kak Munirah ? Salahkah seorang
anak melawat kubur ibu bapanya? Apa salah Kak Munirah dilayan seperti itu? Dia
manusia juga. Ada
hati dan perasaan. Jika Umi tidak datang pada hari itu , entah apa yang terjadi
pada Kak Munirah. Abang Kadir memang sudah melampau.” Peristiwa itu masih segar
di ingatanya walaupun sudah 27 tahun berlalu. Dia terkejut apabila Mak Jah
beritahu yang Kak Munirah telah dikurung oleh Abang Kadir. Mak Jah cuba
membuka pintu itu tetapi kunci bilik itu dipegang oleh Abang Kadir. Nasib
baiklah, ada Pak Man ketika itu. Sebaik saja pintu dibuka, Kak Munirah
terbaring di lantai dalam keadaan lemah. Sanggup Abang Kadir membiarkan Kak
Munirah kelaparan? Tak ada hati perut langsung.
“Jika Umi ceritakan semuanya pada
Is, pasti Is akan lebih terkejut tetapi Umi tak mahu mengungkit peristiwa itu
lagi. Semua ini dah berlalu. Tentang Aleya dan Alisa, itu hak mereka. Mungkin
ini balasan Abang Kadir terhadap Kak Munirah selama ini. Umi harap Is rahsiakan
perkara ini demi keselamatan mereka. Umi yakin Kartika sedang mencari mereka sekarang
ini.” Maria memegang lembut bahu anak tirinya. Maria cuba tersenyum.
“Jadi Umi mahu biarkan saja ke?”
“Ini hal keluarga mereka, Is. Kita
tak berhak masuk campur. Umi hormat keputusan Kak Munirah. Umi harap Is pun
begitu.” Kata Maria sebelum mengatur langkah meninggalkan Iskandar.
***************************************************
Alisa menoleh ke kiri dan kanan. Air
fresh oren yang dipesannya sebentar tadi sudah habis diminum. Mana pulak Tina?
Janji nak jumpa aku pukul 2.30 petang tapi sekarang ni sudah pukul 3.00 petang.
Batang hidung pun tak nampak lagi. Alisa melihat pada telefon bimbit yang
berada di tangannya. Pagi tadi Tina ada menghantar sms padanya dan ingin
beritahunya sesuatu. Penting lagi katanya.
“Dr. Alina!” Tiba-tiba ada seseorang
menegur Alisa. Dia berpaling. Dia terkejut melihat Zahari yang sedang
mendekatinya.
“Zahari! What’re you doing here?”
soal Alisa. Aduh, apa pulak lelaki ni buat di sini? Kalau Tina datang, pasti
bocor rahsia aku.
“Jumpa kawan di sini. Lina tengah tunggu
siapa?” soal Zahari terus duduk tanpa dipelawa oleh Alisa.
Alisa mengetap bibirnya. “Jumpa
kawan.”
“Siapa? Mungkin saya kenal dengan
kawan Lina ke?” Zahari tersenyum.Dia sengaja ingin menduga Alisa.
Alisa merenung Zahari. Penyibuk!
“Mungkin awak tak kenal dengan dia.”
“Kalau kawan Lina tu seorang lawyer,
mungkin saya kenal. Semua lawyer di Kuala
Lumpur ni saya kenal.” Beritahu Zahari.
Air muka Alisa berubah. Macam mana
dia tahu Tina seorang peguam? Alisa mula tidak sedap hati. “How do you know that
my friend is a lawyer?” Alisa mula berlagak seperti biasa.
“Because she is my sister, Alisa.”
Alisa tergamam. Dia melihat Zahari
masih tersenyum padanya. “Jadi awak yang ingin berjumpa dengan saya dan
bukannya Tina. Maksudnya Tina telah memperdayakan saya untuk berjumpa dengan awak.”
Kata Alisa. Dia tak sangka Tina sanggup bertindak seperti itu. Dia tak tahu
pulak yang Zahari adalah abang Tina. Selama ini aku tahu Tina mempunyai seorang
abang tetapi aku tak pernah nak ambil tahu nama abang Tina.
“Sebenarnya Tina tak tahu apa-apa.
Saya ambil telefon bimbit Tina tanpa pengetahuan Tina. Saya minta no telefon
awak pada Tina tetapi Tina enggan memberikannya sebab itu saya terpaksa gunakan
cara ini.” Zahari mengeluarkan telefon bimbit Tina dari poket seluarnya dan
diletakkan di atas meja.
Alisa menggelengkan kepalanya
beberapa kali. “Tak sangka awak begitu licik.”
“Tapi saya tak selicik awak, Alisa.
Awak dan Aleya menyamar sebagai Alina semata-semata kerana tidak mahu Uncle
Kadir tahu tentang diri kamu berdua. Why?”
“Dia tak berhak tahu tentang kami.
Dia sudah buang kami dan ibu dari hidupnya jadi dia tiada kaitan dengan kami
lagi.”
“Uncle Kadir adalah ayah kandung
kamu semua dan suami yang sah pada Auntie Munirah. Lagipun pada waktu itu Uncle
Kadir tidak tahu yang Auntie Munirah sedang mengandung. Jika Uncle Kadir tahu
pasti Uncle Kadir tidak akan bertindak seperti itu.” Zahari masih
mempertahankan Uncle Kadir.
“Awak pasti ke? Entah-entah dia
suruh ibu gugurkan kandungannya bila dia mendapat tahu ibu tengah mengandung.
Awak masih tidak kenal siapa lelaki itu pada 26 tahun yang lalu? Dia layan ibu macam sampah.” Tegas Alisa. Sakit hatinya bila
Zahari membela lelaki itu.
“Alisa.” Zahari terkejut dengan
kata-kata Alisa.
“Awak tak tahu bagaimana lelaki itu
layan ibu sepanjang 2 tahun ibu hidup bersama dia. Betapa seksanya kehidupan
ibu pada waktu itu. Seorang anak yatim
piatu tetapi maruahnya diperlekehkan oleh seorang lelaki yang merupakan suami
dia sendiri. Awak ingat saya boleh lupa semua itu. Tidak! Walaupun ibu dan
Alina boleh memaafkan lelaki itu tetapi saya dan Aleya takkan maafkan lelaki
itu selama-lamanya, awak faham tak? Jika awak nak beritahu lelaki itu tentang
kami, silakan. Saya tak menghalang tetapi kalau awak nak penyakit lelaki itu
bertambah teruk, awak beritahulah dia.” Alisa terus bangun. Zahari masih
tergamam dengan kata-kata wanita itu.
“Awak hanya berjumpa dengan saya
bukannya dengan kakak saya lagi. Lagi
satu, jangan masuk campur hal orang lain. Nampaknya awak masih belum serik lagi
ke dengan peristiwa di KLIA hari tu” Alisa tersenyum. Dia melambai tangannya
pada Zahari sebelum mengatur langkahnya satu persatu meninggalkan Zahari. Senyuman
Alisa mati apabila dia mengatur beberapa langkah meninggalkan Zahari. Teruklah
kalau macam ni! Alisa mula resah.
“Jadi Alisa orangnya yang kenakan
aku di KLIA hari itu.” Zahari menggelengkan kepalanya. Nampaknya Alisa dan
Aleya sangat bencikan Uncle Kadir. Apa yang sepatutnya aku lakukan? Perlukan
aku beritahu Uncle Kadir perkara yang sebenarnya atau aku perlu rahsiakan
perkara ini. Hmm…hakikatnya mereka tetap anak Uncle Kadir. Aku perlu pastikan
tahap kesihatan Uncle Kadir beransur pulih sebelum aku beritahu Uncle Kadir
tentang Aleya dan Alisa.
*************************************
“Along! Along! Along!” jerit Alisa.
Langkahnya diatur pantas menaiki anak tangga menuju ke bilik kakaknya. Pintu
bilik Aleya dibuka dengan kasar. “Along kita ada masalah besar.”
Aleya terkejut apabila Alisa meluru
masuk ke biliknya. “Angah, lain kali ketuk pintu dulu sebelum masuk. Dah banyak
kali Along pesan.”
“Sorry tetapi perkara ini urgent.”
“Urgent!” Dahi Alisa berkerut. Apa
pulak masalah yang adik aku buat kali ini?
“Zahari! Peguam tu rupanya abang
Tina.” Beritahu Alisa terus duduk di sofa yang ada di bilik Aleya.
“Abang Tina! Guest what? Now, he
knows about us.”
“Apa!”
“Dia beritahu Angah yang dia nak
beritahu lelaki itu tentang kita. Zahari itu memang penyibuk.” Alisa geram
apabila mengingatkan kembali kata-kata lelaki itu.
Aleya mengeluh. Inilah perkara yang
amat dia takutkan. Semakin ramai orang sudah mengetahui tentang mereka,
keselamatan ibu dan adik-adiknya semakin terancam.
“Along, apa kita nak buat sekarang
ini?”
“Angah pulang dulu bersama ibu dan
Acu. Setelah urusan Along selesai, Along akan menyusuri dari belakang.”
“No! Leave you alone here, itu bukan
idea yang baik Along. Ibu pasti takkan setuju. Begitu juga dengan Angah dan
Acu. Kita akan pulang bersama-sana.” Alisa tidak setuju dengan cadangan
kakaknya.
“Itu saja jalan yang kita ada,
Angah.”
“No! Tentang Zahari, tahulah Angah
uruskan dia. Perkara yang penting sekarang ni, selesaikan dulu urusan Along
dengan alien tu. Along tak rasa ke alien tu seperti cuba melengah-lengahkan Along.”
“Along tahu. Tahap kesabaran Along
ada batasnya.”
“Aaa….tentang Datin Kartika, apa
rancangan Along?” Alisa tersenyum. Dia tahu kakaknya telah merancang sesuatu.
Aleya turut sama tersenyum. “Angah
ni gelojoh sangat.”
“Iye la, hari itu Angah cuba
nak kenakan Datin Kartika tapi Along
halang. Sekarang ini Angah nak tahu bagaimana Along nak balas balik apa yang
dia pernah buat pada ibu.”
“Kita bocorkan rahsia yang telah
lama dia simpan tanpa pengetahuan sesiapa. Rahsia yang akan menjatuhkan maruah
dan nama dia”
“Maksud Along tentang anak-anak ikan
yang di simpan selama ini ke? Bagus tu. Biar dia putih mata.” Alisa ketawa. Dia
tak dapat bayangkan reaksi Datin Kartika nanti.
“Bukan itu, Angah.”
“Habis tu, apa Along?” Alisa hairan.
“Tentang Datin Kartika yang
merupakan isteri kedua. Semua orang ingat Datin Kartika adalah isteri pertama
pada lelaki itu tetapi sebenarnya dia pemusnah rumahtangga orang. Dengan cara
ini kita dapat menjatuhkan popularitinya sebagai selebreti. Along dapat tahu
yang Kelab Wanita VVIP akan melantiknya sebagai presiden kelab itu. Mungkin
selepas artikel ini disiarkan, Datin Kartika hanya mampu gigit jari saja. Apa
agaknya pandangan orang ramai dan peminatnya bila mengetahui hal ini?”
“Bagus idea, Along tetapi ibu juga
akan turut sama terlibat jika perkara ini didedahkan.”
“Itu memang benar. Mereka hanya akan
tahu yang ibu melarikan diri ke luar negara. Itu saja maklumat yang Along akan
beri dan selebihnya tentang diri kita adalah rahsia, Along ada kawan yang akan
uruskan tentang hal ini.” Aleya sudah merancang segala-galanya hanya menunggu
masa yang sesuai untuk menjalankannya.
“Baiklah. I agree.”
“Agree for what?” Alina tiba-tiba
menyampuk. Matanya merenung kedua-dua kembarnya yang terkejut dengan
kehadirannya. Macam ada sesuatu yang tak kena saja?
“Acu, lain kali masuk ketuk pintu
dulu. Ini tidak main redah saja.” Tegur Alisa.
Aleya menoleh kea rah Alisa. Eh, Eh!
Dia pun sama saja.
“Pintu bilik ini dah terbuka luas,
kenapa pulak Acu nak kena ketuk? Along dan Angah tengah plan sesuatu ke?” Alina
mula syak sesuatu.
“Mana ada? Acu ni suka sangat tuduh
orang tanpa bukti. Berdosa tahu tak?” pantas Alisa menjawab.
“Betul ke?” Alina membuat mimic
muka. Alina melihat pada Aleya yang selamba. Mereka berdua ni bukannya boleh
dipercaya sangat. Alina melihat mereka berdua dengan pandangan yang curiga.
***************************************
1 comment:
Bhaya sguh bila rhsia dh rmai yg taw..skog ngn prcgan 2..biar pdan muka datin kartika.. Isteri ke dua tp ad hati nk dpt gelatan datin..ceh..
Thx kak lily..sy mmg slalu ntikan n3 dr kak lily
Post a Comment