Bab
29
Munirah melihat di segenap sudut bilik itu. Bilik itu dihiasi dengan
cantik malah ditambah pula dengan perabot yang berjenama mewah. Keindahan bilik
tersebut tidak menarik perhatiannya. Baju kurung putih yang dihiasi labuci
berwarna pink dilihat sekali imbas. Setiap wanita mengimpikan perkahwinan yang
indah disamping seorang lelaki yang akan mencintai dirinya tulus dan ikhlas
namun di sebaliknya lain pula yang berlaku pada dirinya. Dirinya baru sahaja
digelar isteri sebentar tadi. Isteri kepada seorang hartawan. Seorang lelaki
yang begitu membenci dirinya malah dianggap sebagai pemusnah masa depan lelaki
yang telah bergelar suaminya sejam yang lalu.
Pintu bilik dibuka. Badan Munirah
kaku melihat lelaki yang masuk ke dalam biliknya. Tiada secalit senyuman di
bibir lelaki tersebut. Munirah mengundurkan kakinya beberapa langkah. Renungan
lelaki itu menakutkan dirinya. Lelaki itu terus mendekatinya. Tiba-tiba tangan
Munirah digenggam dengan kasar. “Welcome to the hell!”
“Sakit!” Munirah merayu dilepaskan.
Cengkaman Dato Syed Mohd Kadir begitu menyakitkan.
“Sakit!” Dato Syed Mohd Kadir
ketawa. Dengan kasar dia menarik Munirah hampir dengannya. “Ini baru sikit. Kan aku dah beri amaran
pada kau tetapi kau degil. Kau tetap jugak nak kahwin dengan aku. Kau sudah tak
sabar untuk menikmati kehidupan yang dilimpahi dengan kemewahan ke? Kau memang
perempuan yang tak tahu malu.” Dato Syed Mohd Kadir terus menolak Munirah
dengan kasar sehingga badan Munirah terkena di almari baju.
Munirah cuba menahan kesakitan akibat
terlanggar almari baju itu. Dia cuba
menahan dirinya dari menangis namun air matanya tiba-tiba mengalir.
“Kau ingat selepas kau berkahwin
dengan aku, kau akan dapat memiliki apa yang aku ada sekarang ni ke? Jangan
bermimpi! Jangan harap aku nak beri kau satu sen pun duit aku. Aku pelik kenapa
keluarga aku begitu sukakan kau? Hey, ubat guna-guna apa yang kau beri pada
keluarga aku sehingga mereka beriya-iya ingin menjodohkan kau dengan aku.” Dato
Syed Mohd Kadir merenung Munirah seolah-olah ingin menelan wanita itu
hidup-hidup. Perasaan bencinya pada wanita itu sudah tidak dapat dibendung
lain. Wanita ini telah memusnahkan masa depannya.
“Mu…Munirah sebenarnya….” Nada suara
Munirah bergetar. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Dato Syed Mohd Kadir.
“Diam! Perempuan kampung macam kau
tak layak bercakap dengan aku! Aku tahu aku terhutang nyawa dengan ayah kau
tetapi aku tak sangka diri aku dijadikan pertaruhan untuk membalas budi ayah
kau. Kau ingat aku ni benda ke? Mak ayah aku paksa aku untuk berkahwin dengan
semata-mata kerana untuk membalas jasa baik ayah kau selamatkan aku dahulu.
Duit! Rumah Banglo! Kereta mewah! Semua itu aku boleh beri tetapi bukan diri
aku. Kau ni pengemis!” marah Dato Syed Mohd Kadir. Dia akui pertama kali
berjumpa dengan Munirah, hatinya tertarik pada kecantikan wanita itu namun
disebabkan kegoannya dia menyingkirkan perasaan itu. Munirah tidak setaraf kedudukannya dengan
aku. Anak orang gaji. Jika kawan-kawan aku tahu yang aku berkahwin dengan anak
orang gaji, pasti aku menjadi bahan ketawa mereka. Tekanan dan ugutan dari ibu
dan ayahnya menyebabkan dia setuju menerima rancangan mereka namun dia telah
menetapkan syarat bahawa majlis perkahwinannya diadakan secara kecil-kecilan.
Akhirnya keluarganya bersetuju dengan syaratnya walaupun pada mulanya mereka
tidak bersetuju dengan syarat Dato Syed Mohd Kadir.
Butiran
air mata Munirah membasahi pipinya yang gebu itu. Kata-kata Kadir tadi
mencalarkan maruah dirinya dan juga ayahnya. Hina sangat ke aku ini?
“Kau ingat dengan mengalirkan air
mata, aku akan berlembut dengan kau! Kau sudah silap. Walau kau menangis air
mata darah sekali pun, hati aku takkan berubah. Seumur hidup aku takkan mengaku
kau isteri aku. Kau tu kotor. Aku takkan biarkan badan kau yang kotor itu
mengotori diri aku. Faham tak!” jerit Dato Syed Mohd Kadir. Matanya masih tepat
merenung Munirah yang berada tidak jauh darinya. “Satu lagi, semasa bersama
keluarga aku dan keluarga kau, aku mahu kau berlakon dengan sebaik-baiknya
sebagai seorang isteri yang baik. Kau perlu mainkan peranan kau dengan bijak.
Kau pasti tak mahu ayah kau berasa susah hati kan! Aku beri amaran pada kau,
jika aku terdengar atau dapat tahu kau mengadu pada sesiapa tentang hubungan
kita yang sebenar, tahulah bagaimana aku nak ajar kau! Kau faham tak?” jerit Dato
Syed Mohd Kadir.
Munirah hanya menganggukkan
kepalanya.
“Mulai sekarang, kau tidur di
lantai. Perempuan kampung macam kau mesti sudah biasa tidur di lantai kan !” perli Dato Syed
Mohd Kadir dan terus melabuhkan dirinya pada katil yang empuk dihiasi dengan
rekaan mewah yang dikhaskan untuk pasangan yang bergelar pengantin baru.
Munirah menekup mulut agar dapat
menahan tangisannya. Air mata masih deras mengalir. Hatinya sebak apabila
mengingatkan nasibnya selepas ini. Apa yang lelaki itu akan lakukan padanya
selepas ini? Dia tahu inilah takdir dirinya sebaik sahaja mengahwini lelaki
ini. Aku perlu tabah demi ayah! Ini adalah dugaan Allah S.W.T pada hambaNya.
Aku yakin apa yang berlaku ada sebabnya. Perlahan-lahan Munirah mengesat air matanya.
“Ibu!” tegur Aleya menghampiri
ibunya yang sedang mengambil angin di luar rumah.
Munirah segera mengesat air matanya.
Dia tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja dia teringat kembali titik-titik hitam
dalam kehidupannya yang lalu.
Aleya terus duduk di sebelah ibunya.
Munirah menoleh dan tersenyum lebar. “Along tak tidur lagi ke?”
“Hmm..belum mengantuk lagi ibu!
Masih awal lagi.”
“Angah dan Acu?”
“Tengok TV. Hmm…Ibu setuju ke dengan
keputusan Along? Kita akan pulang ke London
hari Rabu minggu depan.”
“ibu tak kisah! Apa sahaja keputusan
Along, ibu ikut!” Tangan kanan Aleya digenggam lembut.
“jadi ibu tak marah dengan keputusan
Along?” soal Aleya lagi inginkan kepastian.
“Tak! Ibu pun rasa inilah masanya
kita pulang. Ibu akan call lawyer ibu untuk uruskan proses penceraian ibu di
sini. Hmm…projek Along pula macam mana? Takkan Along nak hentikan sekerat jalan
sahaja. Setahu ibu, Along bukannya jenis orang yang membuat kerja separuh
jalan.”
“Along tak kisah ibu! Client macam
tu tak layak berurusan dengan Along. Asyik buat Along marah sahaja.” Nada suara
Aleya berubah apabila mengingati perangai Iskandar.
‘Sebab itulah, Along tumbuk Iskandar
kan !”
Aleya tiba-tiba tersenyum. “Siapa
suruh dia sengaja cari pasal dengan Along? Tiba-tiba saja tangan ni berasa
ringan.” Aleya menunjukkan tangan kanannya telah yang digunakan untuk menumbuk
Iskandar. “Ibu tahu kan apa yang akan terjadi bila Along naik angin kan!
Kesabaran Along ada batasannya”
Munirah hanya menggelengkan kepala.
“Dah berapa kali ibu cakap, kekasaran tidak dapat menyelesaikan masalah.”
“Baiklah!” jawab Aleya dengan lembut.
Munirah tersenyum simpul. Perkataan
itu sudah banyak kali dengar tapi nasihat itu tak ubah seperti mencurahkan air
di daun keladi. Selepas ini buat lagi! “Hmmm…sebelum
kita balik London ,
ibu mahu Along jumpa Iskandar dan minta maaf pada Iskandar. Understand?”
‘Baiklah!” Aleya mengalah. Demi
ibunya dia sanggup buat apa sahaja. “Jom kita masuk ibu! Sejuk!” Aleya terus
bangun dan membantu ibunya bangun.
“Cantik kan bintang pada malam ni!” Munirah
mendongak ke langit. Dia kagum dengan pemandangan malam itu. Indah.
Pemandangannya takkan sama seperti di London. Di sini, benar-benar indah.
“Cantik memang cantik, ibu! Orang
sakit macam ibu tak elok kena angin malam terlalu lama. Jom kita masuk! Nanti
bising pulak si Angah tu” Aleya membantu ibunya berjalan menuju ke rumah.
Munirah hanya mampu tersenyum. Dia bertuah kerana mempunyai anak seperti Aleya,
Alisa dan Alina.
************************************
Awal-awal pagi lagi Aleya sudah
bangun, penyapu yang berada di tangan digunakan untuk menyapu halaman rumah.
Deruan kereta BMW 5 Series berwarna hitam yang memasuki perkarangan rumah mewah
itu menarik perhatian Aleya. Dia tahu siapa pemandu kereta mewah itu. Aleya
mengetap giginya. Hmm…mentang-mentanglah rumah ini rumah dia, suka hati dia
datang ke sini.
Iskandar keluar sambil tersenyum.
Dia melihat wanita yang sedang menyapu sampah di halaman rumahnya. Hmm…rasanya
itu pasti Alina. Aleya dan Alisa tak mungkin rajin seperti itu. Dia begitu
yakin wanita itu adalah Alina.
“Good morning, Lina!” tegur
Iskandar. Langkahnya diatur mendekati wanita itu. Iskandar tersenyum. Sebelum
pergi kerja, dia sengaja singgah di sini kerana ada perkara yang ingin dibincangkan
dengan Aleya. Semalaman dia cuba
menghubungi Aleya namun Aleya tidak menjawab panggilannya. Dia tahu Aleya
enggan bercakap dengannya.
“Good morning!” Aleya tersenyum.
Rupanya dia ingat aku Alina.
“Aleya ada tak?” soal Iskandar.
“Along! Dia ada di atas. Jemput la
masuk.”
“Hmmm….masih tidur lagi ke?
Hish….Tak elok anak dara bangun lewat. Lambat jodoh.” Kata Iskandar lagi.
Aleya memegang erat penyapu yang
berada di tangannya. Suka hati dia mengutuk aku awal-awal pagi ni. Lambat
jodoh! Huh, ada aku kisah. Nanti tak pasal-pasal penyapu ni hinggap di mulut
lelaki ni! “Masuklah!” Aleya cuba
tersenyum.
“Terima kasih, Lina! Abang Is masuk
dulu! Oh ya, Dr. Nazri kirim salam pada Lina.” Beritahu Iskandar.
Aleya hanya mampu tersenyum. Sebaik
sahaja kaki Iskandar melangkah masuk ke rumah itu, senyuman Aleya terus hilang.
“Vous Otes batise!(Kamu betul-betul bodoh).” Aleya terus membaling penyapu itu
dengan kasar. Sepatutnya kelmarin aku tumbuk mulut bukannya mata. Biar bertabur
gigi tu. Nak jumpa dengan aku, jangan harap la! Aleya terus masuk ke rumah
melalui pintu dapur.
Alisa merenung lelaki yang terkejut
melihat dirinya yang sedang menuruni tangga. Datang lagi! Aduh, rimas aku
dibuatnya. Tak ada rumah lain ke dia nak pergi? Rosak mood aku awal pagi ni!
“Aleya!”
“No! Alisa!” jawab Alisa dengan
kasar.
Alamak! Mulut murai ni ke? “Aaa …Maaf tumpang tanya….Aleya mana?” tanya Iskandar.
“Kau tak payah nak berbudi bahasa
dengan aku? Like I care!” Tiba-tiba dahi Alisa berkerut. Bukan ke tadi Along
sedang menyapu sampah di luar? Kenapa pulak alien ni tanya aku di mana Along?
Dia tak jumpa Along di luar ke tadi? Alisa hairan.
“Bukan ke budi bahasa itu budaya
kita? Walaupun awak membesar di luar negara tapi awak tetap orang melayu.”
Balas Iskandar sambil tersengih lebar.
Bulat anak mata Alisa mendengar
kata-kata dari Iskandar. Ada
hati nak perli aku! “Ya, itu memang benar. Saya ni belum lupa diri lagi.
Hmmm…rasanya kau yang sudah lupa diri. bukan ke tak manis di pandang orang jika
seorang lelaki datang ke rumah yang didiami oleh wanita yang bukan muhrimnya.
Boleh menimbulkan fitnah kan !”
giliran Alisa pula berkata. Senyuman lebar di bibirnya
Iskandar terkejut mendengar
kata-kata Alisa. Aku pulak yang diperlinya. Iskander berdehem beberapa kali.
“Hm….saya ada hal nak jumpa Aleya.” Terang Iskandar. Dia sudah malas bertikam
lidah dengan Alisa. Kesudahannya aku jugak yang kena.
“Tak tahu. Carilah sendiri. I’m
busy.” Jawab Alisa dan berlalu
meninggalkan Iskandar.
Iskandar tercengang. Panas! Panas!
“Asyik perli aku saja. Macam mana Uncle Kadir nak berdepan dengan Alisa nanti?
Buka mulut saja, sudah menyakitkan hati. Fuh, sabar! Sabar.” Iskandar mengurut
dadanya yang bidang beberapa kali. Berhadapan dengan Alisa perlukan kekuatan.
“Abang Is!” tegur Alina yang sedang
menuruni tangga. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya. Pasti nak berjumpa
dengan Along.
Mata Iskandar terkebil-kebil melihat
Alina yang menegurnya.
“Kenapa ni Abang Is? Macam nampak
hantu saja?” Alina ketawa.
“Aaa…Betul ke ini Alina?” soal
Iskandar lagi.
“Ya. Ini Alina!” Alina hairan.
“Kalau yang sedang berdiri di
hadapan Abang Is ni ialah Alina, habis tu siapa yang sedang sapu-sampah di luar
tadi?” Iskandar menoleh ke luar. Pening aku dibuatnya.
“Oooo…itu Along!”
“Apa!” Wajah Iskandar berubah. Alamak!
“Pasti Along dah kenakan Abang Is?”
teka Alina. Hmmm….nak mengelak dari Abang Is, Along sanggup buat apa saja.
“Teruk la macam ni!” Segera Iskandar
berlari keluar. Teruk aku macam ni! Aku
mengutuk Aleya tadi. Pasti dia tengah bengang dengan aku sekarang ni! Dia
tergamam melihat sebuah kereta Mazda 2 berwarna merah meluncur laju keluar dari
perkarangan rumah itu.
“Dah terlambat!” Alisa ketawa
melihat gelagat Iskandar.
Iskandar berpaling ke belakang. “Aleya
pergi mana?” ISkandar menunding jari ke luar rumah.
“I don’t care!” Alisa membuat mimic
muka dan terus berjalan ke ruang tamu. Dia terus melabuhkan punggungnya di
sofa.
“Mungkin Along pergi uruskan
kepulangan kami ke London .
Kami akan pulang ke London
pada minggu depan.” Beritahu Alina.
“Apa!” Iskandar terkejut besar.
Habis rancangan aku macam ni! Kalau mereka dah pulang macam mana aku nak tolong
Uncle Kadir. Aku tak boleh biarkan. Iskandar mula gelisah.
************************************
Dr. Nazri menarik kerusi dan duduk
di sebelah Iskandar. Panggilan telefon dari Iskandar mengganggu tidurnya. Dia
baru sahaja lepas menjalankan pembedahan selama 5 jam. Ingatakan selepas
pembedahan boleh aku melelapkan mata sekejap. “Is, apa halnya? Tak boleh ke
tunggu esok ke?”
“Kita masalah besar sekarang ni!”
“Kalau masalah besar pun, malam ni
kita boleh jumpa lagi. Pukul 9.00 pagi aku ada perbicaraan di court.” Zahari
mencelah dan terus duduk di kerusi .
“Kau ingat perkara ini boleh tangguh
ke? Hmmm….mereka akan balik ke London
minggu depan!”
“Apa!” kata Dr. Nazri dan Zahari
serentak.
“Kenapa cepat sangat?” soal Zahari.
“Bukan hari ini kau nak berbincang
dengan Aleya tentang projek kau?” soal Dr. Nazri pula.
“Kau ingat senang berurusan dengan
Aleya! Mentang-mentanglah mereka bertiga kembar seiras, dengan mudah saja Aleya
kenakan aku tadi.”
“Habis tu macam mana dengan
rancangan kita! Kita tak boleh beritahu Uncle Kadir tentang hal ini.Pasti Uncle
akan susah hati mendengarnya.
“Itu aku setuju, Nazri! Apa kata kau
cuba
pujuk Alina?” cadang Zahari.
“Masalahnya yang buat keputusan ini
adalah Aleya. She’s so stubborn. Kata-kata aku tidak endahkannya.”
“Kalau macam tu biar aku, jumpa
mereka!” cadang Dr. Nazri.
“Jangan! Kalau kau pergi jumpa
mereka, pasti mereka tahu yang Uncle Kadir
sudah tahu tentang diri mereka!”
“Betul tu, cakap Zahari tu!”
“Apa kata kalau kita cepatkan
rancangan kita tu?” cadang Dr. Nazri lagi.
“Tapi bagaimana dengan kesihatan
Uncle Kadir hari ini? Aku bimbang bila memikirkan
keadaan Uncle berhadapan dengan Aleya dan Alisa.”
“Keadaan Uncle Kadir semakin baik.
Mungkin dua hari lagi Uncle boleh keluar hospital.” Dr. Nazri tersenyum.
“Jika begitu, aku akan cuba lengahkan
mereka.” Jawab Iskandar. Macam mana aku nak melengahkan mereka? Iskandar
berfikir.
Dr. Nazri dan Zahari menganggukkan
kepala sebagai tanda setuju.
***********************************
Aleya menutup pintu keretanya dengan
kasar. Kehadiran kereta BMW 5 series berwarna hitam di perkarangan rumah menyebabkan mood Aleya
berubah.
“Along, alien tu sudah melampau! Apa
lagi yang dia mahu?” Alisa bengang. Dia mengekori Aleya yang melangkah
laju menuju ke rumah. Pintu rumah dibuka
dengan kasar.
Aleya terpaku seketika. Matanya masih tidak berganjak dari merenung
beberapa buah beg yang berada di ruang tamu. Darahnya mendidih secara
tiba-tiba. Pandangannya dialihkan pada seorang lelaki yang sedang duduk di
sofa. Iskandar bersiul riang.
“Apa ni?” Alisa meninggikan suaranya.
“Beg! Takkan sudah tak kenal!”
“Itu aku tahu! Persoalannya kenapa
beg ini ada di sini?” tanya Alisa lagi.
“Hmm….saya sudah buat keputusan!
Saya nak tinggal di sini beberapa hari.”
“Apa!” jerit Alisa. Dia menoleh ke
arah Aleya yang berdiri di sisinya.
Aleya mengetap bibirnya. Setiap hari
perangai lelaki ini membuat darah aku mendidih. Apa yang sebenarnya dia mahu
dari aku? “Di sini, tiada bilik kosong!”
Iskandar ketawa. “Awak sudah lupa ,
ini rumah saya. Ada
2 bilik kosong di tingkat atas. Awak tidak dapat menghalang saya dari tinggal
di sini.”
“Muka tembok!” Alisa merenung lelaki
itu.
“Apa sebenarnya niat Tengku? Inilah
masa Tengku berterus-terang.” Kata Aleya. Dia dapat rasakan Tengku ISkandar
mempunyai niat lain.
“Urusan kita masih belum lagi
selesai.”
“Bagi saya, urusan kita sudah
selesai. Tiada lagi rundingan.”
“Awak sudah lupa ke awak sudah tandantangani
perjanjian dengan syarikat saya?”
“Itu saya masih ingat.”
“So!”
“Awak mahu saya saman awak ke?”
Aleya tersenyum. “Untuk pengetahuan
Tengku, saya telah tunjukkan design hotel pada Tengku Ismail dan dia setuju
malah Tengku Ismail berpuas hati dengan kerja saya. So kerja saya di sini sudah
selesai. Urusan antara Tengku dan saya sudah selesai. The end!”
“Apa!”
“Ini bermakna saya tidak berhutang
apa-apa dengan Tengku. Saya berharap kita tak perlu berjumpa lagi selepas ini.
Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan Tengku walaupun dalam masa yang
singkat .”
“Aleya, saya yang in-charge projek
ini! Awak sepatutnya berurusan dengan saya bukannya ayah saya. Awak telah
melanggari perjanjian.” Marah Iskandar. Dia tidak sangka Aleya akan bertindak
seperti itu. Berani Aleya membelakangkan aku!
“Perjanjian apa? Tugas saya untuk
design projek hotel 5 bintang di Langkawi telah saya sempurnakan. Tengku Ismail
telah bersetuju malah saya sudah mendapat bayaran. Jadi Tengku jangan
menyusahkan diri datang ke sini lagi.” Aleya melakar senyuman di bibirnya.
“Awak jangan cuba mereka-rekakan cerita, ayah
saya tak beritahu saya mengenai hal ini pun.”
“Hmm…apa kata Tengku cuba
telefon Tengku Ismail untuk kepastian.” Aleya mendekati meja kecil yang berada
di ruang tamu. Ada gunting.
Iskandar segera mengeluarkan telefon
bimbit. Dia terkejut melihat skrin telefon bimbitnya kosong. Aduh, dah habis
bateri! Patutlah seharian telefon aku tak berbunyi. Mesti abah cuba
menghubungi aku tadi. Iskandar melihat ke arah Aleya.
“Kenapa? Bateri habis ke?” perli
Aleya. Gunting yang berada di tangannya disorok di belakang.
Iskandar terdiam seketika. Telefon
rumah yang berada di meja kecil menarik perhatiannya. Aku perlu telefon abah.
Sebaik sahaja kaki Iskandar mula melangkah, tanpa membuang masa Aleya
menggunting wayar telefon yang berada di sebelahnya. Iskandar tercengang dengan
tindakan Aleya. Alisa cuba
menahan ketawa melihat perubahan air muka Iskandar.
“Ops….tak sengaja. Maaf, Tengku!
Nampaknya Tengku terpaksa balik ke rumah Tengku.” Aleya menunjukkan gunting
yang berada di tangannya.
Kedua-dua tangan Iskandar
terketar-ketar menahan geram. “Awak sudah melampau, Aleya! Awak suka bertindak
sesuka hati, Awak ingat diri awak hebat sangat ke?” marah Iskandar.
“ Tengku baru tahu ke? Orang macam
saya sanggup buat apa sahaja untuk melindungi keluarga saya. Tengku ingat
selama ini saya tak tahu ke niat sebenar Tengku? Tengku cuba untuk melengah-lengahkan
masa saya kan!” tegas Aleya mendekati Iskandar.
Iskandar terkejut seketika. Tak
mungkin Aleya tahu aku telah beritahu Uncle Kadir tentang mereka berdua.
Mustahil. “Aaaaa…Apa awak cakapkan ni?” nada suara Iskandar bergetar.
“Jadi memang betul la, Tengku sudah
beritahu lelaki itu tentang saya dan Alisa.” Kata Aleya. Nada suara Iskandar
yang bergetar telah menyatakan kebenarannya. Nampaknya telahan aku memang
tepat. Iskandar ni bukannya jenis yang dapat menyimpan rahsia.
‘Apa!” jerit Alisa.
“Awak jangan menuduh saya tanpa
bukti.” Iskandar mengundurkan langkahnya. Renungan Aleya dan Alisa menyebabkan
bulu romanya meremang.
Alisa mengambil pasu bunga yang
berdekatannya. Aku sudah lama geram dengan Iskandar ni.
Jantung
Iskandar berdengup kencang melihat Alisa mengambil pasu bunga manakala Aleya
pula sedang memegang gunting. “Relaks! Betul, saya tak beritahu sesiapa pun
termasuklah Uncle Kadir, Nazri dan Zahari.” Iskandar cuba menenangkan keadaan.
“Bermakna Dr. Nazri dan Zahari juga
dah tahu tentang kami.” Aleya meninggikan suaranya. Gunting yang berada di
tangannya digenggam erat.
Iskandar terus menutup mulutnya. Aku
ni memang sengaja cari maut. Langkahnya diundur beberapa langkah.
“Along, kita kena ajar dia ni! Suka
masuk campur hal orang lain.” Tegas Alisa.
“Abang Is!”
Alisa dan Aleya berpaling ke
belakang. Alina dan ibu mereka sudah balik dari hospital. Alina menemani ibu
melakukan pemeriksaan di hospital di mana teman karibnya bertugas. Alina
membantu ibunya masuk ke rumah.
Iskandar menarik nafas lega melihat
kehadiran Alina dan Auntie Munirah. Fuh, selamat! Iskandar dengan segera
mengatur langkah menghampiri Auntie Munirah dan terus bersalaman.
“Auntie, dari mana?” soal Iskandar.
Sekilas pandang Iskandar menoleh kea rah Aleya dan Alisa yang sedang memerhati
setiap gerak-gerinya. Mereka berdua tidak ubah seperti haiwan karnivor yang
menunggu masa yang sesuai untuk menerkam mangsanya.
“Hospital!” jawab Munirah dengan
lembut. Dia sedar kebelakangan ini, Iskandar sering datang berkunjung ke rumah
mereka.
“Abang Is, tak sihat ke? Muka pucat
lesi!” soal Alina.
“Abang sihat! Aaa….Lina! Auntie! Is
minta diri dulu. Ada
hal di rumah.”
Iskandar meminta
diri. Ini masanya dia melarikan diri.
“Hmm…baiklah. Nanti kirim salam pada
mak ayah ye” pesan Munirah.
“Baiklah. Assalamualaikum.” Iskandar
terus melangkah laju keluar dari rumah itu. Kunci kereta dikeluarkan dari poket
seluar. “Macam mana Aleya boleh tahu? Dia ada kuasa macam Jean Grey je? Boleh
baca fikiran aku! Aduh, rosak plan aku! Hmmm…aku kena tanya abah pasal projek
tu. Mereka berdua tu memang menakutkan”
Iskandar melihat ke arah rumahnya sebelum masuk ke dalam perut kereta
mewah miliknya.
Alina dan Munirah hairan dengan
sikap Iskandar yang tergesa-gesa meninggalkan mereka. Alina berpaling pada
kakak kembarnya. Pasti sesuatu telah berlaku sewaktu aku dan ibu tiada di sini.
“Apa Along dan Angah sudah buat pada Abang Is?”
“Buat apa?” soal Alisa dan terus
meletakkan pasu bunga yang pegangnya tadi di tempat asal.
Aleya meletakkan gunting di atas
meja kecil dengan kasar. Acu dan ibu balik pada masa yang tak sesuai! Aleya
mengetap bibirnya.
Anak mata Alina membesar melihat
gunting yang diletakkan di atas meja. Biar betul Along ni! Kalau aku dan ibu
balik lambat tadi, entah apa yang akan terjadi pada Abang Is.
“Along dan Angah buli Is ke? Berapa
kali ibu pesan jangan berkasar dengan Iskandar. Iskandar cousin Along dan
Angah! Saudara mara kita.” Nasihat Munirah. Kebelakangan dia susah hati dengan
sikap Aleya dan Alisa. Kasar! Agresif! Dia mula bimbang.
Aleya dan Alisa hanya mendiamkan
diri.
“Ni beg siapa?” soal Alina secara
tiba-tiba. Dahinya berkerut. Ada
orang nak berpindah ke? Alina melihat Aleya dan Alisa yang masih kaku
mendiamkan diri. Tiada jawapan.
1 comment:
gila lah dorg nie..ohhh mak blh kecut perut bila bhdpan ngn aleya n alisa..pehh..
kak lily sbg lg ok.. ari2 sy jeguk cni kak..xcited nk bca n3 br..hehe
Post a Comment