Syukur alhamdulillah, Dia Helena Isabella dah diterbitkan. Saya suka cover novel ni. Comei ....Heheheh...Terima kasih saya ucapkan Dato' Muzri, editor-editor, team-team KS & P2U dan to all my gojess-gojess reader. Thank you so much from me. Tanpa anda semua, siapalah saya sekarang ini. Lots of love from me ... AZIMAH LILY
DIA HELENA ISABELLA ...
HELENA
ISABELLA gadis kacukan Melayu Sepanyol yang membesar di luar negara. Selepas
tamat pelajaran, Helena mengambil keputusan bekerja di Malaysia. Atas faktor
kerja, Helena menyewa di rumah sewa Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah sehingga
projek syarikatnya di utara semenanjung tamat. Mulanya Helena kekok tetapi
Helena belajar sesuaikan diri dengan suasana kampung yang begitu asing baginya.
Kehadiran tetamu di rumah Tok Wan
Daud dan Mak Tok Aishah tidak disenangi oleh Helena. Lebih-lebih lagi tetamu
itu buatkan Helena mengimbau kembali peristiwa hitam 17 tahun yang lalu yang
menimpa dirinya.
“You again! I remember you.
Airport? KLIA Airport, remember?” – AHMAD FALIQ
“Salah orang kut.” – HELENA
ISABELLA
Helena berpura-pura tak mengenali
Faliq. Dalam diam, gelagat Faliq sepanjang tinggal di situ diperhatikan. Helena
mula syak yang Faliq ada niat tak baik pada Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah
malah Helena bimbang jika Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah menerima nasib yang
sama seperti dirinya.
“Kau dengar sini baik-baik, aku
akan sentiasa perhatikan kau.” – HELENA ISABELLA
“Kalau macam ni selalu, macam
mana aku nak laksanakan plan aku?” – AHMAD FALIQ
Sikap dingin Helena terhadapnya
menyebabkan Faliq sendiri tertanya-tanya. Hanya Helena seorang saja yang tidak
mengalu-alukan kedatangannya. Di mata Helena, apa saja yang Faliq buat ada saja
benda yang tak kena.
Apakah sebenarnya tujuan Faliq
datang ke rumah Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah? Mampukah Helena bongkar rahsia
Faliq? Dan apa sebenarnya terjadi antara Faliq dan Helena tujuh belas tahun
yang lalu?
DAPATKAN DENGAN SEGERA .......
4 comments:
Congratulations sist 👏👏👏
Nur_apriya .... Thank you my dear ....
dear author, i dah berjaya beli novel Dia Helena Isabella, i love the story so much, i never miss out any of your nover, you are my favorite author. all your stories is the best. thumbs up.
Post a Comment