Sunday, April 14, 2013

Satu Dua Tiga 2013


Bab 10


            “Awalnya kau balik, Zahari?” soal Iskandar. Dia terus duduk di sebelah kerusi yang bersebelahan dengan Zahari. Sudah lama dia tak berjumpa dengan sahabatnya itu.
            “Bosan la aku tinggal di negera orang lama-lama. Aku tak sabar nak balik ke sini. Negaraku yang tercinta.” Zahari tersengih.
            “Macam mana dengan life kau kat sana?” soal Dr. Nazri. Mereka bertiga berjanji untuk berjumpa di Secret Recipe petang ini.
            “So far, ok la! Sana sejuk! Fuh, nasib baik la kulit aku tebal.” Zahari ketawa.
            “Special ones?” Iskandar cuba untuk mengorek rahsia.
            “None! Semua minah salleh la, bukan taste aku. Jiwa aku masih pada perempuan melayu!”
            “Boleh percaya ke?” Dr. Nazri tersengih bila mendengar kata-kata Zahari.
            “Tentu la! Aku balik cepat-cepat ni sebab aku kasihan kat Linda yang terpaksa uruskan syarikat guaman arwah papa aku seorang diri. Lagipun tahun depan, dia nak kahwin. Mesti dia sibuk nak buat persiapan perkahwinan lagi. ”
            “Tengok! Adik kau pun dah nak kahwin! Kau bila lagi? Takkan la kau tak jumpa lagi wanita idaman kau?” ujar Dr. Nazri.
            “Aku belum ada jodoh lagi lagi. Sebab pasal wanita ni, masa aku kat KLIA pagi tadi. Ada wanita tu duduk kat sebelah aku. Aku tegur la dia sebab waktu tu aku tengok dia macam bengang. Telefon bimbitnya diketuk-ketuk di kerusi. Aku tegur la dia. Lepas tu dia tiba-tiba naik angin. Dia speaking. Dia suruh aku jangan cakap dengan dia tapi aku cakap jugak.” Zahari mula bercerita. Dia teringat akan peristiwa tadi.
            “Kau memang suka cari pasal.” Sampuk Iskandar. Dia berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut.
            “Aku bukannya buat apa-apa pun. Just tegur je. Aku kan peramah!”
            “Sambung-sambung la, aku nak dengar!” kata Dr. Nazri.
            “Dia beri amaran kat aku supaya jangan bercakap dengan dia lagi tapi aku cakap dengan dia jugak,. Tiba-tiba dia bangun dan terus menjerit.....” Zahari menoleh ke kiri dan kanan. Dia perlu pastikan tak ada orang mendengar perbualan mereka bertiga. “Dia jerit kata aku raba punggung dia.” Nada suara Zahari separuh berbisik.



            “Apa!” Dr. Nazri terkejut.
            Iskandar ketawa kuat bila mendengar kata-kata Zahari.
            “Bagi kau memang la lucu, bagi aku pulak ini perkara yang memalukan. Time tu memang aku geram, marah dan malu! Mana tidaknya, semua orang kat sini pandang aku lain macam ja seolah-olah aku orang gila seks. Perempuan tu pulak terus pergi macam tu saja. Kalau la....kalau la, aku jumpa perempuan tu lagi! Siap la! Aku akan balas dendam balik.” Zahari mengetap bibirnya menahan geram.
            “Lain kali, kau tu jangan la jadi peramah sangat. Kan dah kena! Aaaa....betul ke Uncle Kadir dah lantik kau jadi peguam dia?”
            “Ya! Baru tadi, dia call aku! Dia cakap nak jumpa aku esok.”
            “Mesti Uncle Kadir nak tukar wasiat.” Kata Iskandar.
            “Kenapa?” Zahari tak faham.
            “Auntie Munirah dah balik. Rupa-rupanya Uncle Kadir ada anak dengan Auntie Munirah. Selama ni Uncle Kadir tak tahu yang dia mempunyai pewaris.” Terang Dr. Nazri.
            “So maksud kau, tujuan Uncle Kadir nak jumpa aku esok disebabkan wasiat .”
            “Mungkin ya!”
            “Habis  tu macam mana dengan Auntie Kartika, Sofea dan Suziela. Aku rasa mereka takkan bersetuju pasal hal ni, macam la kau tak kenal dengan perangai Auntie Kartika dan anaknya.”
            Serentak mereka bertiga mengeluh kuat. Mereka tahu apa yang akan berlaku.
            “Aaa....girlfriend kau berdua macam mana? Sihat?”tanya Zahari sambil tersengih.
            “Siapa?” soal Iskandar dan Dr. Nazri serentak.
            “Sofea dan Suziela”
            “Eh, Zahari! Kau jangan sebut nama mereka berdua, nanti tak pasal-pasal muncul kat sini.” Kata Iskandar. Nama Sofea memang sensitif pada dirinya.
            “Ya lah. Kau ni memang sengaja nak hilangkan mood kami.” Dr. Nazri mencelah. Wajahnya berubah pucat bila nama Suziela disebut.
            “Penakut! Takkan la kalau aku sebut nama Sofea dan Suziela, mereka akan muncul kat sini.” Zahari ketawa. Lucu.
            “Hai!” tegur seseorang. Serentak mereka bertiga berpaling.bila mendengar suara wanita menegur mereka. Ketawa Zahari mati secara tiba-tiba bila melihat dua orang wanita yang berada di belakang mereka. Perlahan-lahan matanya dialihkan pada kedua orang sahabatnya yang sedang memerhatinya seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.

            “Happy nampak!Tengah borak pasal apa?” Suziela bersuara. Matanya tepat merenung ke arah kekasih hatinya.
            “Aaa...Nothing.” jawab Zahari. Dr. Nazri dan Iskandar hanya mendiamkan diri. Maaf, sahabatku! Tak sangka mulut aku ni masin pulak!

                                                **********************************
            Khatijah terkejut apabila Aleya tiba-tiba berada di belakangnya. “Leya rupanya! Auntie ingat siapa tadi!” Khatijah mengusap dadanya akibat terkejut. Dia baru saja mengunci pintu restoran. Kenapa Aleya tiba-tiba datang pada waktu ni? Dah tengah malam. Wajahnya serius.
            “So selama ini auntie tahulah sebabnya ...sebab kenapa ibu mahu pulang ke London. Kerana ibu nak minta cerai pada lelaki tu!”
            “Leya dah tahu.”
            Aleya menganggukkan kepalanya.
            “Munirah beritahu ke?”
            “Tak! Angah yang beritahu.”
            Dahi Khatijah sedikit berkerut. Macam mana Alisa boleh tahu pulak?
            “Sekarang ni Angah ada di Malaysia bersama ibu dan Acu.”
            “What!” Bulat anak mata Khatijah. Kehadiran Alisa pasti akan menghuru-harakan keadaan. Siapa tak kenal dengan sikap Alisa? Bercakap! Ikut suka hati dia sahaja. Tak ada brek langsung. Stright to the point.
            “Ya. One more thing, auntie! Ibu accident.” Beritahu Aleya. Dia membetulkan mafela yang berada dilehernya.. Sejuk!
            “Munirah accident.” Mulut Khatijah melopong. Khatijah resah. “Bila? Auntie baru saja cakap dengan Munirah beberapa jam yang lalu. Macam mana boleh accident pula? Bagaimana dengan keadaan Munirah sekarang ni?”
            “Baik Cuma tangan kanan ibu patah. Ambil masa untuk pulih.”
            “Syukur alhamdulilah.” Khatijah mengusap dadanya perlahan-lahan. Rasa lega.Tiada yang serius.
            “Auntie, Leya ada perkara nak tanya! Leya tahu antara auntie dan ibu tiada rahsia selama ini.”
            “Tentang apa?” Jantungnya berdegup kencang.
            “Kenapa ibu mahu bercerai dengan lelaki tu? Mereka sudah tiada apa-apa hubungan. Maksud Leya, mereka bukan suami isteri lagi kan. Talak jatuh ke atas isteri sekiranya ......”
            Sebelum sempat Aleya menghabiskan kata-katanya, Khatijah mencelah. “Jadi, selama ini Aleya ingat mereka berdua bukan suami isteri lagi ?”
            “Ya. Dia tak pernah beri apa-apa nafkah pada ibu malah dia tak pernah ambil tahu tentang ibu. Dia tak pernah cari ibu so ...kenapa pula ibu mesti minta cerai dari lelaki itu.? Ataupun ada perkara yang Leya tak tahu.....”  Aleya merenung Khatijah dengan tajam. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang dirahsiakan oleh ibu. Yang pasti, hanya auntie Khaty yang tahu.
            “Apa maksud, Leya?” nada suara Khatijah bergetar. Dia mula panik. Dia tidak berani bertentang mata dengan Aleya.
            Aleya tersenyum sinis. Dari reaksi Auntie Khaty, aku sudah tahu jawapannya. “So ...Auntie tak mahu beritahu Leya ye! Tak apa,  Leya tak memaksa. Malam ni juga, Leya booking ticket ke Malaysia. Leya akan bersemuka dengan ibu. Leya nak dengar penjelasaan dari ibu.”
            “Leya! “ Khatijah terkejut dan memegang lengan Aleya. Khatijah serba salah. Jika Aleya juga pergi ke Malaysia, pasti keadaan akan huru-hara. Kasihan Munirah. “Ok! Auntie beritahu.Tetapi janji dengan auntie, rahsiakan perkara ini dari Lisa dan Lina.” Khatijah mengalah.
            “Sebenarnya, selama ini Dato’ Kadir memberi nafkah pada Munirah tanpa pengetahuan Munirah.” Jelas Khatijah.
            “Maksud auntie .....” Dahi Aleya sedikit berkerut.
            “Munirah tak menyangka selama ini duit yang diguna selama ini adalah pemberian dari Dato’ Kadir. Munirah ingat duit yang terdapat di dalam akaun  tu adalah duit dari hasil tanaman kelapa sawit di Johor Bharu ....Patutlah setiap bulan terdapat RM20 ribu dalam akaun tu. Rupa-rupanya, duit itu sebahagian dari wang pembelajanaan yang diberi oleh Dato’ Kadir.”
            “So ...ibu guna duit tu .....” Aleya mengetap bibir. Kenyataan yang didengari benar-benar menyentap jantungnya.
            “Ya. Munirah tak tahu. Semasa Munirah tiba di sini, kehidupannya susah. Maklumlah merantau di negera orang. Dia bergantung sepenuhnya pada duit tu ....Tiada sesiapa mahu mengambil Munirah bekerja kerana Munirah pregnant . Auntie hanya dapat membantu apa yang mampu kerana waktu tu kehidupan auntie dan uncle belum stabil lagi.”
            “Wait a minute.” Aleya tiba-tiba menundukkan kepalanya. Berfikir. “Maksud auntie .....dalam masa 26 tahun ni , ibu masih guna lagi duit tu lagi ke? Wang untuk pembelajaran kami .....wang untuk rumah yang kami tinggal sekarang ni ......Wang untuk modal restaurant ....Semuanya dari wang lelaki itu ke?” Aleya merenung tepat anak mata Khatijah. Nada suaranya bergetar.
            “Ya....” jawab Khatijah dengan lemah. “Termasuklah wang yang diberi Munirah untuk modal company Leya dan Lisa.”
            “What!” Tiba-tiba kaki Aleya berasa lemah. Perlahan-lahan Aleya berjalan menuju ke bangku panjang yang terdapat di luar restaurant.
            “Jangan salahkan Munirah dalam hal ini. Dia tak tahu. Dia tahu yang duit itu dari Dato’ Kadir sehinggalah Munirah mendapat panggilan dari Maria, cousin Dato’ Kadir. Seperti Leya, Munirah juga beranggapan seperti tu. Mereka dah tiada apa-apa hubungan lagi. Maria memujuk Munirah pulang untuk berjumpa Dato’ Kadir buat kali terakhir. Munirah enggan. Dia tak mahu peristiwa lama menghantui jiwanya lagi. Dia tak mahu terluka lagi. Apabila Maria memberitahu tentang nafkah yang diberi oleh Dato’ Kadir sepanjang 26 tahun ni, Munirah benar-benar terkejut.”
            “Leya tak faham, auntie! Dia dah halau ibu dari hidupnya tetapi kenapa pula dia memberi nafkah pada ibu setiap bulan ....Apa yang sebenarnya rancangan dia pada ibu? Kenapa dia masih enggan melepaskan ibu? Apa dia mahu lagi dari ibu? Nak tengok ibu terseksa ....itu niat dia ke?” Aleya mengeluh. Dia kelihatan kembali tenang.
            “Itu auntie tak tahu. Peluang yang ada ni, Munirah mengambil keputusan meminta cerai pada Dato’ Kadir. Munirah tak mahu perkara ini berlanjutan. Munirah mahu selesaikan hal ini dengan segera. Munirah tak mahu tangguhkan lagi.” Kata Khatijah. Dia tahu Aleya akan memahami. Antara mereka bertiga, Aleyalah yang paling matang. Dia akan berfikir sebelum bertindak tetapi jika dia marah .....tak tahulah apa yang akan terjadi. Dia degil. Khatijah cuba tersenyum. Dia memegang bahu Aleya.
            “Tetapi kenyataan tetap kenyataan auntie ......Ibu masih sayangkan lelaki tu. Leya tahu .....di sudut hati ibu, masih ada lagi rasa cinta ibu pada lelaki itu.”
            “Auntie pun tahu.” Khatijah menganggukan kepala. “Leya dah tahu hal ini. Apa yang akan Leya nak lakukan sekarang ni.”
            “Leya tak akan buat apa-apa auntie. Leya percaya ibu. Leya tak mahu tambah masalah ibu lagi. Cukuplah ......Cuma  Leya risau bila memikirkan Angah di sana.”
            “Ya ...auntie pun sama.”
            “Selain itu, Leya juga risau dengan keselamatan ibu, Angah dan Acu di sana. Kemalangan yang menimpa ibu sebenarnya dirancang oleh isteri lelaki tu. Perempuan tu marah bila lelaki nak ceraikan dia bukannya ibu.”
            “Apa! Dia memang sudah melampau. Dia ingat nyawa orang, main-main ke?” Khatijah terkejut. Dia marah. “Dah report polis?”
            “Auntie kenal sikap ibu kan!”
            Khatijah mengeluh. Dia kenal dengan perangai sahabat karibnya tu. “So ...Leya hanya akan wait and see saja ke ?” soal Khatijah. Dia risau. Munirah sudah tiada sesiapa di Malaysia. Siapa yang akan bantu Munirah jika dia dalam kesusahan nanti.
            “Tak. Leya dah minta tolong kawan Leya yang ada di Malaysia untuk siasat latar belakang perempuan tu......Tengoklah, jika ada apa-apa maklumat tentang wanita tu  yang boleh Leya gunakan against her .” Aleya tersenyum sinis.
            Khatijah turut sama tersenyum.         
           
                                                *********************************
            Perlahan-lahan Alisa membuka kelopak matanya. Terasa berat. Dia terdengar suara. Alisa mengangkat kepalanya.Matanya dikesat beberapa kali. Dia melihat ke arah ibunya yang masih tidur.
            “Lina, bangun! Kenapa tidur macam ni? Nanti sakit badan!”
            Alisa berpaling. Dahinya berkerut melihat lelaki yang berdiri di sisinya. Siapa dia ni?
            “Lina! Bangun! Lina balik dulu! Pasti Lina penat sebab semalaman menjaga ibu. Biar abah pula yang jaga ibu.” Dato’ Syed Mohd Kadir tersenyum.
            Abah! Mata Alisa bulat sebaik saja mendengar lelaki itu membahasakan dirinya abah. Lelaki ni....lelaki ni! Inilah pertama kali aku bersemuka dengan lelaki ni. Serentak Alisa bangun dan terlanggar botol air yang berada di atas almari. Botol itu terjatuh dan menyebabkan Munirah terjaga.
            “Lina, kenapa ni?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir hairan bila melihat reaksi Alina seolah-olah seperti nampak hantu. “Ni abah ni!”
            Munirah terjaga dan melihat ke arah Alisa. Munirah terkejut bila melihat Dato’ Syed Mohd Kadir juga berada di situ. Munirah sedar akan perubahan wajah Alisa. Pasti Kadir ingat Alisa adalah Alina. “Lina! Lina!” panggil Munirah beberapa kali.
            Alisa berpaling apabila mendengar suara ibunya. Dia terus mendekati ibunya. “Lina, balik dulu!” Munirah memegang erat tangan anaknya. Dia bimbang Alisa akan tiba-tiba naik angin. Dia tahu anaknya masih marah.
            “Tapi ibu....”
            “Balik!” tegas Munirah.
            Alisa mengeluh. “Baiklah!” Alisa mengeluh. Dia tak nak bergaduh dengan ibunya lagipun ibunya pun bukannya sudah sembuh sepenuhnya. Semalam adalah gilirannya untuk menjaga ibu. Malam ni giliran Alina pula. Mereka bergilir-gilir menjaga ibu. Alisa tak nak orang lain tahu akan kewujudan dirinya.
            Alisa terus mencapai beg tangannya dan berlalu keluar dari situ tanpa melihat ke arah Dato’ Syed Mohd Kadir yang sedang memerhati.
            “Lina, marah kat abang ke?” soal Kadir. Dia sedar akan layanan dingin Alina pada dirinya.
            “Tak mungkin la! Mungkin dia masih mengantuk lagi. Semalaman dia jaga Munirah. Aa....macam mana Dato’ Kadir tahu ....”
            “Munirah, kenapa panggil abang Dato’ Kadir? Abang kan masih suami Munirah.” Dato’ Syed Mohd Kadir sedar sejak kali pertama mereka berjumpa Munirah asyik memanggil dirinya Dato’ Kadir.
            “Munirah sedar siapa Munirah yang sebenarnya! Kita tak setaraf. Kita berkahwin pun disebabkan oleh keluarga. Munirah tak layak menjadi isteri awak sebab itu Munirah nak kita bercerai. Munirah tak nak buat dosa lagi. Awak dah ada isteri. Tak elok jika Munirah jadi orang kedua.”
            “Munirah isteri abang! Isteri abang yang sah. Isteri pertama abang!” tegas Dato’ Syed Mohd Kadir         
“Selama ni kita hidup tak seperti suami isteri. Kita tak bahagia. Kenapa kita perlu hidup seperti suami isteri lagi? Penceraian adalah jalan terbaik untuk kita.”
            “Munirah, tak boleh ke kita mulakan hidup baru bersama-sama? Adakah sukar untuk menerima abang kembali dalam hidup Munirah?” nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir terketar-ketar. Dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama Munirah.
            “Dah terlambat!”
            “Masih belum terlambat lagi.Berilah peluang pada abang untuk tebus segala-galanya. Abang janji! Abang akan membahagiakan Munirah.” Rayu Dato’ Syed Mohd Kadir sambil tangannya tiba-tiba memegang lembut tangan Munirah.
            Dengan pantas Munirah menarik tangannya. Munirah menoleh ke arah lain. Dia tak sanggup memandang wajah suaminya lagi. Dia takut jika hatinya akan menjadi lembut. Dia perlu tetap dengan pendiriannya. “Sudahlah, Dato Kadir! Awak balik la ke pangkuan Kartika. Munirah tak nak timbulnya masalah baru lagi.”
            “Munirah!” suara Dato’ Syed Mohd Kadir sayu. Hatinya sakit bila Munirah tidak menerima dirinya. Mungkin ini balasan atas apa yang aku telah lakukan pada Munirah dahulu.  

4 comments:

lee jee joong said...

lily... maaf nak bagi tahu... sy ni silent reader... tapi ni kene ckp gak huhuhu lama lg ke nak sambung? cite lily best :)

Lily said...

Esok saya akan upload bab seterusnya. Sekarang ini saya masih dalam proses menulis novel. Insya Allah, saya akan cuba habiskannya pada tahun ini. Terima kasih kerana menjadi pembaca novel saya.....

eija said...

btul2...lama sgt tgu sbugan..hihi... complicted btul hbgn dorg nie kn.. lps nie msti 3org shbt akn bpkir dorg mcintai pom yg sma...hahaha...mkin xsbr mnti n3

My Beadz World said...

As salam utk pesta buku ni ada tak novel terbaru selepad siapa org gaji ku?

Post a Comment