Monday, February 7, 2022

PA Aku Medusa Bab 3

 

Bab 3

            Aziz  melihat ke luar rumah. Dia tersengih melihat Azhar yang sedang sapu sampah di halaman rumah. Tanpa buang masa seliper terus disarungkan, langkah diatur hampiri Azhar.

            Morning!ucap Aziz.

            Morning, Abang Aziz! Dah breakfast ka?tanya Azhar. Dia tersengih.

            Dah.

            Ooo.... Mak cik Ida dah pi keja baru Abang Aziz keluar bilik. Pandai betul Abang Aziz mengelak.

            Bukan mengelak tapi nak selamatkan telinga ni dari dengaq mummy berleteq. Semakin tua ni, semakin menjadi-jadi. Asyik pot pet pot pet ja, mengalahkan mesin gun. Malam tadi masa dinner, asyik cakap benda yang sama saja sampai nak telan nasi pun rasa terlekat.Aziz mengadu.

            Azhar tersengih.

            Kedengaran bunyi pintu pagar utama terbuka, kereta Honda HRV bergerak masuk dan parkir di anjung kereta.

            Aziz panjangkan lehernya melihat siapa yang datang. Dahi berkerut.

            Awat PA mummy mai rumah, mummy dah pi keja kan?tanya Aziz.

            Laaa.... Abang Aziz tak tau ka?

            Tak tau apa?

            Kak Diana memang tinggal sini. Bilik Kak Diana sebelah ja bilik Abang Aziz.

            Apa!

            Malam tadi Kak Diana tak balik, mesti kerja banyak kat ofis tu. Ini mesti Kak Diana balik sebab nak salin baju.

            Semakin berkerut dahi Aziz perhatikan gerak geri Diana sehinggalah Diana masuk ke dalam rumah.

                                    *******************************************

            Sesekali Aziz mendongak ke tingkat atas. Sudah hampir 20 minit, dia menunggu Diana turun. Dia terus duduk di anak tangga.

            Apa la lama sangat, dia buat kat atas tu? Bersiap lama giler.Aziz mengeluh. Ada hal dia nak cakap dengan Diana.

            Bunyi tapak kaki menuruni anak tangga buatkan Aziz terus bangun. Matanya tepat ke arah Diana. Dia guna tangannya menghalang Diana.

            Anak mata Diana bergerak merenung Aziz. Wajah begitu serius.

            Saya nak barang saya balik. Phone saya! Laptop saya! Wallet saya! Yang penting sekali kamera saya. Saya nak awak pulangkan balik.Aziz bersuara.

            Larikan diri takkan dapat selesaikan masalah. You should know that? Nak buat sesuatu pun fikir dengan otak bukan dengan emosi.Akhirnya Diana bersuara. Diari yang ada di tangannya digunakan untuk pukul tangan Aziz yang menghalang perjalanan dia turun. 

            Aziz mengerang kesakitan. Sakitnya seperti tulang patah pun ada. Ganas betul minah ni!

            Diana ambil kesempatan yang ada untuk loloskan diri.

            Namun Aziz segera pintas, dia masih tak putus asa asalkan dia dapatkan semula barang-barang miliknya.

            Diana pandang Aziz dengan wajah kelat.

            Barang-barang saya! Saya nak balik. Pulangkan!tegas Aziz dengan wajah serius.

            You tahu apa Datin nak kan? Rasanya you sendiri tahu kan! Tepilah…” Diana terus

tolak tubuh Aziz dengan kuat.

            Begitu kuat tenaga Diana sehingga tubuh Aziz hampir saja jatuh terlenting ke belakang. Mujurlah Azhar ada di belakang dan sempat tahan Aziz.

            Manakala Diana sudah keluar tinggalkan Aziz.

            Wah! Dia tu lembu ke kerbau, hah!marah Aziz dengan mata terbuka luas. Kuat betul Diana tolak dia tadi.

            Sabaq, Abang Aziz! Jangan lupa barang-barang Abang Aziz ada kat Kak Diana! Kalau gaduh macam ni, jangan harap la Abang Aziz nak dapat balik barang-barang Abang Aziz tu.Azhar bersuara.

            Aziz terdiam. Betul jugak cakap Azhar! Tipislah harapan dia nak dapatkan balik. Dahi berkerut fikirkan sesuatu.

 

                                    ************************************

            Keluar saja dari bilik tidurnya, Aziz menoleh ke kiri dan kanan. Dia perlu pastikan line clear. Tanpa buang masa, tombol pintu bilik tidur Diana dipulas perlahan-lahan.

            Aziz segera masuk. Gaya tak ubah seperti pencuri.

            Yang jelas, bilik tetamu yang kini dijadikan bilik tidur Diana masih tak berubah. Interior design masih sama. Dahi Aziz sedikit berkerut. Keadaan bilik itu jelas kemas dan bersih seolah-olah tiada penghuni yang tinggal di dalamnya. Memang pelik.

            Mata Aziz meliar dan mulakan misi mencari bagnya. Semua barang-barang ada di dalam bag itu. Segenap pelusuk bilik dicarinya namun bag itu tetap tak jumpa.

            Mana dia sorok bag tu, hah?Aziz garu kepalanya. Takkan la bag itu memang tak ada dalam bilik ini. Aziz mula resah.

            Abang Aziz!

            Hampir saja Aziz nak terlompat apabila ada suara menegur.

            Azhar tersengih seraya kepala terjengul di muka pintu. Kebetulan dia nampak Aziz

masuk ke dalam bilik tidur Diana tadi. Di sebalik pintu bilik tidur Diana yang tak ditutup sepenuhnya, Azhar skodeng gelagat Aziz.

            Buat apa tu?tanya Aziz. Saja buat-buat tak tahu.

            Dah tahu tapi dok tanya lagi. Barang-barang aku la!jawab Aziz. Dia lihat pula di bawah katil. Kot-kot tersorok kat situ. Namun wajah Aziz hampa. Tiada apa-apa pun.

            Abang Aziz, mustahil la Kak Diana simpan bag tu dalam bilik dia.  Awal-awal lagi mesti Kak Diana dah budget Abang Aziz akan cari dalam bilik ini. Bazir tenaga ja cari pun. Dalam nak pi sembahyang Jumaat, sempat lagi ceroboh masuk bilik Kak Diana. Kalau Kak Diana tahu, masak Abang Aziz nanti.kata Azhar. Dia melihat penampilan Aziz yang berbaju melayu berwarna biru lembut. Dalam masa yang sama dia nak panggil Aziz sama-sama ke masjid.

            Aku tak takut dengan Diana tu. Masalah sekarang ni, IC aku pun tak ada. Dibuatnya pi masjid tiba-tiba saja polis tahan, lepas tu pulak IC tak dak, mesti polis suspect aku ni pendatang tanpa izin, jawabnya tidur dalam lokap la.

            IshhhKe situ pula pikiq, tak ada maknanya polis nak buat roadblock kat masjid. Masjid tu pulak kat depan rumah ja pun. Jalan lima minit ja dah sampai. Jom, Abang Aziz! Ayah dah tunggu kat bawah itu. Lambat nanti kita dok kat suf belakang.tambah Aziz lagi sebelum melangkah keluar. Sempat lagi mata kerling kat jam dinding.

            Aziz mengeluh hampa. Ternyata plan dia gagal. Habuk pun tak ada. Dengan langkah

berat, kaki menapak keluar dari bilik tidur Diana.

                                                ******************************

            Kepala Aziz menoleh ke kiri dan kanan. Wajah nampak sedikit ceria.

            Lama jugak aku tak datang ke sini. Gurney Paragon tetap sama, tak berubah sikit pun.Aziz tersengih. Selepas solat Jumaat, Azhar ajak dia jalan-jalan kat Gurney Paragon. Lagipun dia memang dah bosan terperuk dalam rumah. Kini mereka berdua lepak di Starbucks sambil minum.

            Azhar turut sama tersenyum. Sedikit sebanyak mood Aziz berubah selepas keluar dari rumah. Sebelum keluar tadi, dia dah report kat Diana. Bila Diana cakap okey, dia terus ajak Aziz keluar.

            Tiba-tiba Aziz selongkar hobo bag miliknya. Dikeluarkan dua batang stainless steel straw dan satu batang straw dihulurkan pada Azhar.

            Kita kena eco friendly. Kasihan kat bumi. Guna straw ni!kata Aziz.

            Azhar angguk kepala dan ambil straw itu. Dia terus masukkan ke dalam bekas minuman green tea ice yang dia pesan tadi. Disedut perlahan-lahan. Lega tekak ni bila dapat minum air ais.

            Si Diana tu? Bila start kerja dengan mummy?Aziz mulakan misi nak korek rahsia perempuan muka ketat itu.

            Dah tiga tahun. Tiba-tiba saja mak cik Ida bawa Kak Diana balik rumah masa tu. Dua minggu jugak Kak Diana terperuk dalam bilik. Tak keluar pun. Makan minum, mak yang bawa ke bilik tapi sikit saja Kak Diana jamah. Bila Azhar tanya, mak ayah cakap jangan sibuk nak tahu. Memang misteri giler. Mak cik Ida, mak ayah memang berahsia. Mulut ni kunci betui, sikit pun tak mau citer kat Azhar.cerita Aziz apabila ingatkan semula kehadiran Diana di rumah banglo dua tingkat itu.

            Aziz dengar penuh minat.

            Lepas dua minggu, Kak Diana keluar dari bilik. Dia asyik termenung saja. Muka dia masa tu memang sedih giler macam something bad happend to her. Tak cakap dengan sesiapa pun, Kak Diana buat hal sendiri. Azhar pernah tegur tapi Kak Diana buat tak tahu saja. Mak warning Azhar, jangan cakap dengan Kak Diana. Lepas sebulan, Kak Diana nampak okey sikit. Bila tanya, sepatah jawab. Itu pun kira okey. Mak cik Ida ajak Kak Diana kerja sama-sama kat AB Group, sejak itu Kak Diana nampak okey la sikit. Kak Diana memang jarang berbual dengan orang. Ada hal penting, baru Kak Diana cakap. Walaupun Kak Diana tu nampak dingin, muka macam tak ada perasaan tapi hati Kak Diana baik. Percayalah.

            Ya ke baik? Azhar jangan lupa, mulut Diana tu celupar jugak bila bercakap.Mulut Aziz terus herot.

            Ya tak ya jugak!Azhar ketawa jugak.

            Yang penting sekali, jangan cari pasal dengan Kak Diana. Itu saja nasihat Azhar kat Abang Aziz. Sekian!tambah Azhar lagi.

            Dia cari pasal dengan aku boleh la pulak!kata Aziz dengan suara tak puas hati.

            Oh my godddddd…….

            Aziz dan Azhar terkejut apabila ada wanita menjerit ke arah mereka berdua.

            Wanita yang berbaju gaun ketat separas atas lutut terus tanggalkan spek hitamnya.

Dengan langkah catwalk ala-ala supermodel, wanita itu dekati Aziz.

            Wajah Aziz berubah pecat lesi. Adui! Macam mana boleh terserempak dengan minah ni! Aziz mula tak tentu arah. Ini salah satu sebab kenapa dia malas nak balik.

            Abang Aziz! Is this really you!Adriana rasa tak percaya. Dia terus pegang wajah Aziz. Ditenung segenap wajah lelaki pujaan hati dia.

            Aziz turut sama terkejut dengan tindakkan berani Adriana tadi. Dia terus tolak tangan Adriana supaya tak sentuh wajahnya.

            Apa pegang-pegang ni, hah? Haram tahu tak?marah Aziz. Dia kurang senang. Mata Aziz terus jegil ke arah Adriana.

            Cengeiii macam ni memang confirm my Abang Aziz!Adriana tersenyum lebar hingga ke telinga. Tanpa dipelawa, dia terus tarik kerusi dan duduk di sebelah Aziz. Bag-bag kertas yang dijinjing tadi terus letak di tepi.

            Azhar hanya diam perhatikan gelagat mereka berdua. Siapa yang tak kenal dengan anak bongsu Datin Annisa, Adriana. Dari kecil lagi memang tergila-gilakan Aziz.

            Abang Aziz, kenapa balik tak beritahu I? Kalau tak, I boleh jemput kat airport!tanya Adriana. Mata masih tak lepas merenung Aziz. Bertahun-tahun dia tak jumpa pujaan hatinya! Rindu tu memang bergunung-gunung.

            Hmmyou datang shopping ke?Cepat-cepat Aziz ubah topik. Malas nak jawab soalan Adriana tadi.

            Of course la. Ini kan syurga shopping I. Lepas ini jom teman I shopping, ada banyak barang I nak beli lagi. Dalam masa yang sama, I boleh belikan something untuk you.kata

Adriana. Dia terus kenyit mata.

            Eh! Eh! Cik Adriana tak kerja ke hari ini? Baru pukul 3 petang, takkan dah balik kerja?Azhar yang diam tadi terus bersuara.

            Air muka Adriana yang jernih tadi terus bertukar keruh. Dipaling ke arah Azhar.

            Hey anak driver! Better you diam! I tengah cakap dengan My Abang Aziz bukan dengan you. Orang tak sedar diri macam nilah! Ada hati ingat diri tu setaraf dengan kita.marah Adriana.

            Air muka Azhar berubah. Sedikit sebanyak hatinya memang terguris. Dia sedar siapa dia di mata Adriana.

            Selepas dengar Adriana cakap begitu pada Azhar,  Aziz terus bangun dengan wajah

bengang. Adriana memang dah melampau.

            Hey Adriana! Azhar ni dah macam adik I! Cakap tu elok-elok sikit. You hina dia, bermakna you hina I jugak, faham!Aziz naik angin.

            Terjegil terus mata Adriana apabila dimarahi Aziz.

            Jom Azhar! Kita balik! Tak payah dengaq sangat cakap perempuan ni.ajak Aziz. Dia ambil bekas minuman dia dan Azhar. Langkah diatur tinggalkan Adriana.

            Azhar cepat-cepat bangun dan ekori Aziz.

            Terdengar suara Adriana menjerit panggil nama Aziz namun Aziz tak peduli langsung.


DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...