Tuesday, August 27, 2019

Siapa Orang Gajiku (2012)


Novel Pertama - Siapa Orang Gajiku

Terbitan Karyaseni (2012)


Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.

Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.

“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah

"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar

"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” –Sharifah Aina Aishah

Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.

Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?


Novel pertama saya yang diterbitkan oleh Penerbitan Karyaseni pada tahun 2012. Masa tu terkejut jugak bila dapat email dari Karyaseni, diorang cakap nak terbit jadi buku. Mula-mula tu memang tak percaya, iyalah saya sekadar suka-suka jer post kat blog. Saya menulis sekadar hobi. Seronok-seronok jer. Tapi syukur alhamdulillah, saya dapat peluang ini. First time jadi novelist... Hehehehe. 

Terima kasih banyak-banyak buat Penerbitan Karyaseni dan pembaca-pembaca yang selalu singgah di blog saya.

Sesiapa yang masih belum miliki novel Siapa Orang Gajiku lagi, boleh dapatkan segera di Penerbitan Karyaseni dengan harga RM 21. 

Salam Sayang 
Azimah Lily 




Sunday, August 25, 2019

MY NOVELS – AZIMAH LILY

                                    

MY NOVELS – AZIMAH LILY


Siapa Orang gajiku ( Karya Seni)   


         


Rahsia Hati (Karya Seni)   






Bukan Dua Tapi Tiga (P2U)




Biar Betul Nama Dia Bougainvillea  (Anaasa) 





Dia Ketuk Pintu Hatiku  (Karya Seni) 





Foto Cinta  (Anaasa)  




Dia Helena Isabella (P2U)





                          

                                                                                                                            

Sunday, August 4, 2019

Jujur Hatiku Hanya Untukmu Bab 8


Bab 8

            Cawan air teh diletak dengan perlahan-lahan. Pandangan Fatini beralih pada Intan. Mereka berdua masih duduk di meja makan selepas sarapan pagi. Zahid dan anak-anaknya sudah ke ruang tamu bersama Baiduri. Kedengaran suara riuh rendah datangnya dari ruang tamu. “ Intan, thanks tau sebab tumpangkan kami tidur di rumah kau. Seganlah sebab asyik susahkan kau dan Zahid.” Fatini tersenyum.

            “Alah nak segan apa! Kita ni dah berkawan bertahun-tahun. Susah senang bersama-sama, itulah kawan sejati namanya. Lagipun bila kau dah ada depan mata aku, aku taklah risau sangat.” Jawab Intan. Dia terkejut mendapat panggilan dari Fadlan. Dia dan Zahid terus ke hotel untuk ambil Fatini dan Baiduri bermalam di rumah mereka. Sebenarnya, Fadlan takut tinggalkan kakaknya seorang diri sebab Fatihah dan Fawz tak dapat datang sebab ibu mereka asyik ikut mereka ke mana-mana saja. Fadlan pula fly ke luar negara. Fadlan tak mahu Alif datang ganggu Fatini lagi.

            Senyuman Fatini lebih lebar.

            “Kau tak nak buat report polis ke?”

            “Kalau buat report , tak berguna pun. Kau tahu siapa family Alif kan.”

            “Habis tu sampai bila kau nak hidup dalam ketakutan  macam ni?” Wajah Intan penuh risau.

            Fatini mengeluh. “Mungkin ini dugaan Allah Taala kat aku. Aku hanya mampu berdoa supaya Allah Taala tabahkan hati aku ni dan permudahkan perjalanan hidup aku.” Kata Fatini. Dia akan bertahan selagi mampu.

            “Sabarlah! Aku dan Zahid selalu doa supaya kau jumpa Encik Penyelamat kau.”

            “Encik Penyelamat?” Dahi sedikit berkerut.

            “Maksud aku, lelaki yang akan selamatkan kau dari Alif.  A.k.a boyfriend kau! A.k.a tunang kau! A.k.a suami kau.” Intan tersengih. Dia harap sangat akan ada lelaki muncul dan bawa Fatini keluar dari cengkaman Alif.

            Fatini ketawa. “ Jangan nak buat lawak, Intan. Encik Penyelamat apa bendanya! Kau dah lupa ke? Plan tak jadi kau tu. Kononnya kalau ada lelaki jadi boyfriend aku, Alif tu takkan kacau aku lagi. Kau suruh sepupu Zahid … hmmm…apa nama dia? Aaaaa…. Yussof. Kau suruh Yussof menyamar jadi boyfriend aku. Kenalkan kat Alif. Last-last kesudahannya, kau tahu kan. Tak pasal-pasal Yussof kena belasah dengan orang yang diupah Alif sampai lembik. Nasib baik, tak patah kaki tangan. Lama jugak Yussof tu masuk hospital. Kita buat report polis tapi Alif terlepas macam tu saja.  Kononnya tak ada bukti yang Alif terbabit sama dalam kes tu.  Aku ni dah serik, Intan. Aku tak nak la anaiya orang lagi. Sebab aku, orang lain merana. “

            “Kau ni janganlah putus asa. Maksud aku, lelaki yang pangkatnya lebih tinggi dari Alif.  Lebih kaya dari Alif. Lebih berpengaruh dari Alif. Ada banyak connection! Lelaki yang akan buat Alif takut. Mesti ada lelaki macam tu.” Intan memberi cadangan.

            Fatini mengetap bibir. “ Memang la ada ciri-ciri lelaki yang kau nak tu. Tapi agak-agaklah kau nak suruh aku kahwin dengan orang tua. Pangkat tinggi! Berpengaruh! Lebih kaya! Banyak connection. Takkanlah aku nak kahwin dengan lelaki tua  berpangkat Tan Sri kut.”

            “Eee… ke situ pulak kau ni! Yang kau nak cari orang tua buat apa! Banyak lagi lelaki yang sebaya kita yang berpangkat Dato. Yang kaya dan berpengaruh!”

            Fatini geleng kepala beberapa kali. “Aiii…. Stress aku setiap kali dengar plan kau ni. Dah, aku tak nak dengar lagi. Masalah Anas pun tak settle lagi.”

            “Okey! Okey! Aku tak cakap pasal hal ni.  Aaa… Kau tak pernah pergi ke cawangan baru café kita kan. Apa kata nanti kau ikut kami ke sana?”

            “Boleh jugak. Aku nak jugak tengok café yang baru buka tahun lepas tu.  Sambutan macam mana? Ramai orang?” tanya Fatini.

            “Tentulah ramai lagi.  Lagipun chicken grill café kita memang meletup. Dah viral satu Malaysia.”

            “Alhamdulillah …. Bertambah-tambah rezeki kita.”

            “Semua makanan kat café tu datangnya dari resipi kau. Semua sedap-sedap. Kau patut jadi chef bukannya pensyarah.”

            “Memasak tu hobi aku. Pensyarah tu kerjaya aku. Kau kena faham tu. Kat area café tu ada hotel tak?”

            “ Ada. Kenapa?”

            “Aku ingat nak stay kat situ.”

            “Laaa… Kenapa pulak nak stay hotel? Duduklah kat rumah aku ni.” Pujuk Intan.

            “ Better aku duduk kat hotel jer. Aku tak nak nanti Alif tu buat kacau kat rumah kau. Dia tu kalau naik hantu, macam—macam boleh jadi. Better aku stay kat hotel sebab kat sana mesti ada security. Ada CCTV. Alif tak la berani sangat.” Jawab Fatini. Hakikatnya, dia tak mahu susahkan Intan dan Zahid sekeluarga.

            “Dah kau cakap macam tu, aku ikut saja.” Kata Intan. Dia hormat keputusan Fatini.

                                    *********************************
            Fatini menoleh ke kiri dan kanan untuk pastikan tiada kereta sebelum melintas. Sebelah tangan dukung Baiduri sementara sebelah lagi sedang pegang telefon pintar. Dia sedang berbual dengan Intan. Dia baru saja keluar hotel selepas check in. 

            “Ya! Ya! Aku dah keluar hotel. Tengah lintas jalan. Kau ni berleter macam mak nenek la. Hotel ni depan café jer kut. Kalau tak percaya, kau keluar tengok. Kau ni risau tak bertempat. Dah la aku dah nak lintas ni” Talian terus dimatikan. Fatini mengeluh, Pandangan mata bertemu dengan Baiduri. Dicium pipi Baiduri berulang kali.

            “No! No!”  Baiduri geli apabila dicium.

            Fatini ketawa. Dia melihat semula kiri dan kanan . Tiada kereta. Dia terus melintas jalan.  Hipster Café betul-betul terletak di hadapan hotel yang dia menginap.

            Tiba-tiba terdengar bunyi brek kereta di belakangnya. Fatini menoleh.

            Dua orang lelaki keluar dari perut kereta proton saga dan terus terkam ke arah Fatini. Baiduri terus menangis dengan kuat apabila dirinya cuba ditarik. Fatini terkejut dengan tindakkan dua orang lelaki itu. Sekuat mungkin Fatini peluk Baiduri.

            “Tolong! Tolong!” jerit Fatini berulang kali meminta tolong. Tangannya masih erat pada Baiduri. Salah seorang itu cuba menutup mulut Fatini supaya tidak menjerit meminta tolong.

            “Cepat la ambil budak tu. Bos nak budak tu.” Jerit pemandu kereta itu dari dalam. Dia resah apabila pekerja-pekerja dalam café itu keluar dan berlari ke arah mereka selepas dengar jeritan.

            Fatini meronta-ronta apabila tangan lelaki itu menutup mulutnya. Tangisan Baiduri semakin kuat  kerana seorang lagi lelaki masih cuba menarik Baiduri dari pelukan Fatini. Tanpa membuang masa, Fatin gigit tangan lelaki itu.

            “Aaaa…. Sakit!” jerit lelaki itu. Dia pegang tangan yang masih sakit.

            “Tolong! Tolong! Tolong!” jerit Fatini sekuat hati selepas mulutnya tak ditutup lagi. Dia takkan benarkan Baiduri diambil mereka.

            Dua orang lelaki itu panik apabila beberapa orang pekerja café dan orang ramai yang ada di situ mula hampiri mereka.

            “Masuk cepat! Masuk!” jerit pemandu kereta itu. Ternyata cubaan mereka untuk menculik budak perempuan itu gagal.

            Salah seorang lelaki itu mendengus kuat. Ditolak Fatini ke tepi dengan kuat sebelum masuk ke dalam kereta.

            Fatini dan Baiduri rebah di tepi jalan raya. Pelukan pada Baiduri masih kuat. Baiduri masih menangis ketakutan.

            Kereta Proton Saga bergerak laju tinggalkan tempat itu.

            “Fatini! Fatini!” Intan turut sama berlari mendekati Fatini. Dia sendiri terkejut melihat apa yang berlaku di depan matanya.  “Kau okey ke?’ tanya Intan. Dia bantu Fatini untuk bangun.

            Air mata Fatini mengalir membasahi pipi.  “Aku okey!” jawab Fatini. Dikesat air matanya. Dia takut tadi jika benar-benar dua orang lelaki itu ambil Baiduri darinya.

            “Jangan menangis sayang! Umi ada.” Pujuk Fatini apabila Baiduri masih menangis lagi. Baiduri mungkin turut sama terkejut dengan apa yang terjadi tadi.  Baiduri begitu erat memeluk leher Fatini seraya menangis teresak-esak. Fatini masih cuba tenangkan Baiduri.

            “Hish…. Berani betul mereka tu!” Intan mengetap bibir. Dia takkan lepaskan orang yang cuba buat pada Fatini dan Intan begitu saja.  Dipandang ke arah kamera yang ada di luar café.

                                    ****************************

            Intan mencekak pinggang seraya mengetap bibir. “Kau ni serius ke,  tak nak report polis?”  soalan yang sama ditanya sekali lagi. Nampak sangat wajah tak puas hati di wajah Intan.

            “Ya.”

            “Kau tak takut ke kalau mereka datang lagi culik Baiduri?”

            “ Intan, aku rasa ini kerja Alif. Kalau aku report pun, tak guna pun.”

            Intan duduk semula di kerusi berhadapan dengan Fatini. “ So kau nak biarkan begitu saja?”

            “Hish… Sayang, jangan memaksa boleh tak?” nasihat Zahid.

            Intan mengeluh kuat. Pandangan tepat ke arah Baiduri yang masih tidur di pangkuan Fatini. Kasihan pulak tengok wajah Baiduri yang keletihan.

            “Along! Along!”

            Fatini menoleh. Dia terkejut melihat Fatihah dan Fawz yang melangkah masuk ke café. “Kau beritahu adik-adik aku ke?”

            “Iyalah! Kau tak nak report polis kan … so aku report kat adik-adik kau.” Intan hantar mesej pada Fatihah dan ceritakan apa yang dialami Fatini dan Baiduri.

            “Eeee… Kau ni kan!” Fatini mengetap bibir. Dia tak mahu Fatihah dan Fawz bimbang dengan apa yang terjadi.

            “Along okey ke?” tanya Fatihah dengan wajah risau.

            “Nak pergi hospital tak?’ Giliran Fawz pula bertanya.

            “Jangan risau, Along okey. Intan ni, hah! Yang lebih-lebih.”

            “Along, kes culik ni bukan kes kecik.”

            “Itulah… Kak Intan dah cakap tapi kakak kamu ni tak nak dengar langsung cakap Kak Intan. Degil … Tak nak buat polis report.” Intan menyampuk.

            “Apa!” Fatihah dan Fawz terkejut.

            “Intan!” tegur Fatini.

            “Fatini!” Tiba-tiba mereka semua terkejut dengan suara yang menjerit memanggil nama Fatini. Suara itu turut sama mengejutkan pekerja café dan pelanggan yang ada di situ.

            Wajah Fatini berubah pucat. Rasa takut mula menguasai tubuhnya. Suara Alif saja mampu buat tubuh badan dia mengigil.

            “Di sini you menyorok sebenarnya….” Langkah diatur laju dekati meja yang menjadi tempat Fatini dan yang lain-lain berkumpul. Selepas dua minggu barulah dia dapat bertentang mata dengan Fatini. Mata Alif terbuka luas melihat budak perempuan yang sedang dipangku oleh Fatini. Jadilah betullah apa yang informer dia cakap yang Fatini balik dari Switzerland bersama dengan seorang budak perempuan.

            “Siapa budak perempuan tu?” Ditunding jari pada Baiduri masih nyenyak tidur di pangkuan Fatini. Wajah Alif merah kerana marah. “Anak luar nikah you ke? You berzina dengan lelaki mana, hah?”

            Fatini mengetap bibir. Fatini bangun dan beri Baiduri pada Fatihah. “Bawa Baiduri masuk dalam ofis. Fawz ikut Fatihah sekali.”

            Fatihah dan Fawz akur dan berjalan masuk ke dalam ofis.

            “I tanya ….. Budak perempuan tu anak luar nikah you ke?” Semakin tinggi suara Alif.

            Rasa takut itu terus hilang apabila dengar Alif menghina Baiduri. Telinga rasa panas.  “Mulut kau tu, jaga sikit. Jangan nak hina orang sesuka hati.”

            “I tak sangka kan , dalam diam you curang  dengan I. Beritahu I cepat, siapa bapak budak tu, hah!” tengking Alif. Dia ingin tahu siapa yang berani sentuh Fatini terlebih dahulu darinya.

            “Curang? Bila pulak aku curang dengan kau ? Aku dengan kau memang tak ada apa-apa hubungan. Dari dulu lagi aku cakap, aku tak sukakan kau.  Tak suka kau, faham tak?”

            “Tapi I cintakan you, Fatini. I ikhlas cintakan you. Bertahun-tahun I sabar tunggu you, you tak kasihan kat I ke?  I love you so much.”

            “Cinta? Cinta tengkorak kau! Pergi mampus la cinta kau tu.” Nada suara Fatini terus tinggi.

            Intan dan Zahid terkejut. Pertama kali dengar Fatini cakap seperti itu. Selalunya suara Fatini bersahaja dan jarang tinggikan suara seperti tadi.

            Alif turut sama terkejut.

            “Telinga aku rasa geli dengar perkataan cinta kau tu. Cinta konon tapi setiap malam tidur dengan pelbagai jenis perempuan.  Semua perempuan kau sambar termasuk housemate aku, Tamara. Kau ingat aku tak tahu yang kau dah tidur dengan Tamara.”

            Alif terdiam. Dia tak sangka Fatini tahu pasal Tamara. “ Look … actually ….” Otaknya ligat mencari alasan.

            “Tak payah nak actually la …. Better you berambus dari sini.  Kalau boleh aku tak nak tengok muka kau lagi. Yang penting sekali, jangan ganggu mama aku lagi. Oh ya …. Kalau aku tahu, kau upah orang cuba culik anak aku lagi. Aku takkan lepaskan kau, Alif. ”

            “Culik anak you? Apa you merepek ni?” Alif tercengang.

            “Tak payah nak berlakon kat sini. Aku kenal kau dah lama Alif. Ini amaran terakhir dari aku.” Tegas Fatini. Dia terus berjalan masuk ke dalam ofis.

            Alif cuba mengejar Fatini tetapi terkejut apabila Intan halakan penyapu ke arahnya.

            “Kau dah dengar cakap Fatini kan! Berambus sebelum penyapu ni hinggap kat muka kau.”

            “ Intan, you beritahu BFF you tu …. I takkan mudah mengalah. Fatini tetapi jadi milik I.” kata Alif sebelum tinggalkan café. Semasa keluar, Alif sempat lagi tendang kerusi yang ada di situ.

            Intan menghela nafas lega. Dipandang ke arah suaminya.

            Zahid menggeleng kepala beberapa kali. Dia sendiri mati akal menghadap perangai Alif.

           

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...