Friday, May 28, 2010

Rahsia Hati 38

Bab 38

Halina mempercepatkan langkahnya apabila mendengar Daniel sedang memanggil namanya. Dia perlu keluar dari rumah mewah ni. Sekarang ni dia benar-benar marah.
“Lina, stop!” jerit Daniel namun jeritannya tidak dipedulikan oleh Halina. Dengan pantas Daniel mencapai tangan Halina. Halina terkejut dengan tindakan Daniel. Badannya melayang ke arah Daniel. Mata Halina bulat apabila sedar dirinya berada dalam dakapan Daniel. Halina terus menolak Daniel dengan kasar. Wajahnya bertukar merah menahan malu. Dia tidak berani memandang tepat anak mata Daniel.
”Are you blushing?” Senyuman terukir di bibir Daniel. Dia tahu Halina malu.
“No”
“Can we talk, Lina?” kata Daniel dengan lembut. Wajah Halina direnungnya. Dia gembira kerana atuk dapat menerima Halina. Hari ini merupakan hari yang paling gembira dalam hidupnya. Sekarang ni dia tak perlu takut lagi takut atau bimbang jika atuk ingin mengapa-apakan Halina.
”Apa lagi, Tuan Muda! Kita dah tak ada-apa. Orang kaya memang macam ni kan! Suka buat keputusan sendiri.” Marah Halina.
”I’m going to ask you, ok!”
“Ask what?”
“Marry me!”
“Apa!” Mata Halina bulat merenung Daniel. Kahwin!
“Yes, marry me! Atuk dah bagi green light. Kakak tak ada masalah sebab dia memang suka awak dari dulu lagi. Sekarang ni saya hanya perlu berjumpa dengan parents awak saja.”
”Bila pulak saya cakap yang saya setuju nak kahwin dengan awak, hah!” Halina meninggikan suaranya. Suka hati saja nak atur hidup aku.Ingat aku ni boneka ke?
”Suara hati awak la yang beritahu saya yang awak juga cintakan saya.” Daniel masih tersenyum walaupun dia tahu Halina sedang marah padanya. Cute jugak bila Halina marah!
”Suara hati! Awak ni dah gila ke? Kalau kemaruk sangat nak kahwin, awak kahwin saja dengan Melissa. Dia kan sukakan awak!”
”Melissa! Bagus jugak cadangan awak tu, Lina! Hmmm...Melissa!”
”Daniel!” jerit Halina.
Jeritan Halina tadi membuatkan Daniel terkejut. ”Ya Allah! Kuatnya suara!” Daniel mengusap dadanya beberapa kali.
”Jadi awak mengaku la awak sukakan Melissa? Walaupun awak tahu dia ada boyfriend, awak masih nak menggatal dengan dia. Dasar buaya darat.” marah Halina. Sakit hatinya bila Daniel menyebut nama Melissa. Panas! Panas!
Daniel ketawa bila melihat Halina cemburu. Sayang jugak dia kat aku! ”Awak cemburu ke?” usik Daniel.
”Cemburu!” Halina terkejut dengan kata-kata Daniel! Aku cemburu ke? Adakah aku dah jatuh cinta pada Daniel? Halina melirik matanya ke arah lain. Dia tak berani untuk bertentang mata dengan Daniel. ”Aaa...mana ada!” Halina cuba mengelak.
”Ye ke? Awak ingat saya tak tahu awak intip saya di lobby dan cafeteria hari tu!”
”Apa! Awak jangan nak tuduh saya yang bukan-bukan! Tak kuasa saya nak intip awak dan Melissa. Buang masa saja.” bohong Melissa. Alamak, macam mana Daniel tahu aku intip dia? Eeee...malunya aku!
”Oooo...ye ke! Awak cakap tak intip saya tapi yang peliknya macam mana awak tahu saya bersama Melissa waktu tu sedangkan tadi, saya tak beritahu saya bersama Melissa di lobby dan cafeteria.” Daniel mengangkat sebelah keningnya. Nak berdalih lagi la tu! Tak nak mengaku!
Halina terus menundukkan kepalanya! Habis aku kali ni! Eeee...malunya.Aku pun satu main cakap saja, lain kali fikir dulu.
”Oklah....Jom, saya hantar balik.” Daniel terus memegang tangan Halina.
Halina terkejut. Dia terus menarik tangannya. ”Aaa...saya boleh balik sendiri, thanks!”
”No! I send you back!” tegas Daniel.
“Saya dah besar. Saya boleh balik sendiri.” Halina masih berdegil.
“Kat kawasaan ni, taxi tak ada. Lagipun kereta awak kan ada di GBTVS. Biar saya hantar awak.”
”Tak apa! Saya boleh balik sendiri.” tegas Halina.Eee...dia ni memang tak faham bahasa la.
“Kalau awak masih berdegil, esok saya umumkan di GBTVS yang awak adalah tunang saya!”
“Apa!” Wajah Halina berubah bila mendengar kata-kata dari Daniel.
”Nak saya hantar tak?” soal Daniel tersenyum.
”Awak ni memang suka paksa orang.” Halina mengetap bibirnya.
”Memang pun!” jawab Daniel terus memegang tangan Halina dan berjalan menuju ke kereta Audi merah miliknya.
Dari jauh Tan Sri Daud hanya menggelengkan kepalanya. ”Daniel tu suka sangat paksa orang.Kasihan kat Lina. Hmm...entah perangai siapa dia ikut?”
Perlahan-lahan Dania menoleh ke arah atuknya yang berdiri di sisinya dengan pandangan pelik. Atuk ni betul-betul tak tahu atau pura-pura tak tahu. Perangai siapa lagi Daniel ikut kalau bukan perangai atuk. Datuk dan cucu sama saja.
”Hmmm...atuk lapar la! Munah!OOOOOOO….Munah ! Makan malam dah siap ke belum, aku dah lapar ni.” jerit Tan Sri Daud sambil berjalan menuju ke ruang makan.
Kini giliran Dania pula menggelengkan kepalanya. Kuat makan ! sebijik macam Daniel.

**************************************

Dania melangkah keluar dari bilik mesyuarat sebaik saja mesyuaratnya bersama kakitangan syarikat Melati Jaya yang merupakan salah satu anak syarikat GBTVS. Dania menoleh ke belakang.
”Suria, saya nak kamu buat 3 salinan untuk proposal ni. ”
”Baik, Cik Muda !” Suria terus beredar dari situ.
Ali terus mendekati Dania. Wajahnya serius.
”Cik Muda ! Kita sudah dapat mengesan di mana Suffian berada sekarang ni.” beritahu Ali.
”Bagus!” Dania tersenyum.Inilah berita yang dia nantikan selama ni.
‘Tapi kita ada masalah besar, Cik Muda!”
“Masalah!” Dania terkejut. Dia merenung Ali.
“Sekarang ni Suffian berada di dalam genggaman Tan Sri Daud.”
“Apa!” Dania tercengang. Atuk! Macam mana atuk boleh tahu tentang Suffian? Tapi ....kalau atuk tahu mengenai Suffian, ini bermakna atuk tahu tentang kemalangan yang dialami oleh papa dan mama. Aku mesti berjumpa dengan atuk.
“Ali, di mana atuk saya sekarang ni?”
”GB Golf Club.”
”Baiklah, kita ke sana sekarang!” kata Dania terus bergegas menuju ke lif. Ali hanya mengekori belakang Dania.

**********************************

”Atuk, we need to talk now!” tegas Dania yang berdiri di hadapan Tan Sri Daud yang sedang bermain golf.
Tan Sri Daud terkejut dengan kehadiran Dania secara tiba-tiba yang berdiri menghalang dirinya dari memukul bola golf yang ada di hadapannya. ”Lepas ni, ok! Aku nak main sekejap.”
”Now!” tegas Dania. Wajahnya serius.
Tan Sri Daud merenung cucunya. Lain macam saja Dania hari ni. Mungkinkah dia dah tahu mengenai Suffian?
”Seriously, we need to talk atuk!”
“Suffian, right!” Tan Sri Daud tersenyum.
“Correct!”
“Cepat betul berita tersebar.”
“Jadi, selama ni atuk tahu la tentang Suffian dan kemalangan yang melibatkan papa dan mama ? ”
Tan Sri Daud hanya menganggukkan kepalanya.
“Tapi kenapa atuk tak beritahu Dania? Kenapa atuk diamkan saja selama ini?” marah Dania.
”Sebab atuk tak nak cucu-cucu atuk membesar dengan perasaan dendam seperti kamu sekarang, Dania! Apa yang bermain di fikiran kamu sekarang hanyalah dendam.”
”Mereka bunuh mama dan papa! Atuk ingat Dania akan biarkan begitu saja. Tidak! Sebab mereka la, Dania dan Daniel menjadi anak yatim piatu. Atuk ingat Dania boleh lupa semua itu.”
”Dania!” Tan Sri Daud terkejut dengan kata-kata Dania
”Dania akan pastikan Uncle Johari dan Mansur menerima balasan yang setimplanya. Dania nak mereka terseksa 10 kali ganda dari apa yang Dania rasa selama ini. I’ll make sure that happens.”
“Dania! Hidup dengan dendam takkan mengundang kegembiraan dan kebahagiaan. Atuk tak nak Dania hidup begini. Pasal Johari biar atuk uruskan. Let it go” Tan Sri Daud mula risau. Kini Dania dibutai oleh dendam. Dia tak nak Dania seperti itu.
“No! Dah terlambat. Perkara yang Dania mulakan, Dania sendiri akan tamatkan sendiri. Dania takkan biar sesiapa masuk campur. So, atuk tak nak benarkan Dania berjumpa dengan Suffian! Fine! Dania akan jumpa jumpa Suffian sendiri tanpa kebenaran atuk. No body can stop me!” tegas Dania terus meninggalkan Tan Sri Daud yang terkejut dengan kata-kata Dania
“Tan Sri nak saya halang Cik Muda ke?” soal Razif yang juga berada di situ.
“Tak payah. Dengan keadaan Dania sekarang, kamu takkan dapat menghalang Dania.” Tan Sri Daud mengeluh. Inilah rupa Dania yang sebenar. Dania yang selama ini sentiasa tenang dan tersenyum sudah tiada. Dania yang berdiri di hadapannya sebentar tadi amat menakutkan.

********************************

“Abang Rizal!” tegur Halina sebaik saja menghampiri lelaki yang duduk di buaian di taman rumahnya. Dia terkejut bila pulang tadi, ayahnya beritahu Abang Rizal ingin berjumpa dengannya.
“Banyak kerja ke?” soal Rizal.
“Boleh la.” Halina terus duduk berhadapan dengan Rizal di buaian. Sejak menjadi pengacara ni, kerjanya semakin bertambah. Halina melihat Rizal yang kelihatan muram. “Abang Rizal ada masalah ke?” soal Halina
“Kami sudah berpisah. Lina. Melissa kata kami tak boleh bersama lagi.” beritahu Rizal dengan nada yang sedih. Matanya merah..
“Berpisah!” Nada suara Halina tinggi.
“Ya. Melissa kata kami sudah tak sehaluan lagi but I love her, Lina. Deep in my heart, only Melissa which I love in my whole heart. I can’t lose her.”
Halina menggengam erat tangannya. Dia ingat mereka berdua akan berbaik semula. Nampaknya dia sudah silap. Perempuan seperti Melissa hanya mementing perasaan sendiri saja tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Ini tak boleh jadi. Melissa nampaknya benar-benar bertekad untuk memiliki Daniel. Aku takkan biarkan Melissa memiliki Daniel.
“Lina, apa yang perlu abang lakukan sekarang supaya Melissa kembali ke sisi abang! Abang nak hubungan kami kembali seperti dulu! I can’t live without her.”rayu Rizal. Dia perlu bantuan dari Halina walaupun dia tahu hubungan Melisa dan Halina tidak berapa baik tapi dia tak tahu lagi dengan siapa lagi untuk dia mengadu.
“Hmm…beginilah! Sekarang ni jika Abang Rizal nak Melissa kembali, Abang Rizal jangan putus asa.Apa kata Abang Rizal pikat Melissa balik macam dulu-dulu. Bagi bunga ke, chocolate ke, apa-apa saja yang Melissa suka! Yang akan buat Melissa terima abang. Selagi Melissa tidak mempunyai hubungan dengan orang lain, abang masih ada harapan. Don’t give up ok, Lina akan sokong Abang Rizal dari belakang.” Halina tersenyum.
”Betul ke, Lina!” Mata Rizal kembali bercahaya apabila mendengar kata-kata Halina. Betul juga kata Halina! Aku tak boleh mengalah.
”Ya. Percayalah cakap Lina. Berusaha, ok!” Halina mengenyit sebelah matanya. Di sebaliknya, hati Halina resah. Dia takut jika Daniel akan jatuh ke dalam perangkap Melissa. Siapa tak kenal dengan Melissa yang terkenal dengan watak penggoda. Aku takkan biarkan Melissa mendekati Daniel. Kau tunggu dan lihat, Melissa. Aku akan lakukan apa saja agar Daniel tidak jatuh ke tangan Melissa.

************************************
Daniel melihat keretanya dihalang oleh sebuah kereta Waja merah. Daniel menoleh ke arah Irfan. ”Saya nak cepat ni! Kereta siapa pulak yang halang ni?” Daniel menoleh ke kiri kanan untuk mencari kelibat pemandu kereta terbabit. Sebentar tadi, kakaknya telefon dan suruh segera pulang kerana katanya ada perkara penting yang perlu dia beritahu pada aku. Perkara apa?
”Tuan Muda!” tegur seorang wanita. Serentak mereka menoleh. Murni merenung wanita itu seolah-olah ingin ditelannya. Perempuan ni lagi.
”Melissa!”
”Itu kereta Tuan Muda kan! Sorry la, tiba-tiba saja tayar kereta I pancit tadi. I cuba cari orang tolong I tapi tiada siapa.” Melissa membuat muka simpati.
Dahi Daniel berkerut. Aduh, aku nak cepat ni. Daniel menoleh ke arah pengawal peribadinya yang lain. “Zahid! Tahir! Kamu tolong tolak dan tukar tayar kereta Cik Melissa.” Arah Daniel.
“Baiklah, Tuan Muda.!” Kata mereka berdua serentak segera berjalan menuju ke kereta Melissa.
“aaa...Tuan Muda nak pulang ke?” soal Melissa.
“Ya.” Ringkas jawapan Daniel. Sekarang ni fikirannya masih memikirkan apa yang ingin dikatakan oleh kakaknya. Nada suara kakaknya tadi benar-benar serius.
“Aaaa...sebenarnya selepas ni saya ada hal, aaaa..kalau tak menyusahkan Tuan Muda. Boleh tak kalau Tuan Muda tolong hantarkan saya balik?” tanya Melissa tanpa segan silu.
“Maaf, Tuan Muda sibuk. Dia ada temujanji dengan Cik Muda. Kalau Cik Melissa ada hal, Cik Melissa boleh naik teksi. Kat luar sana banyak teksi.” Murni terus mencelah. Dia geram bila mendengar kata-kata Melissa.
Wajah Melissa berubah apabila mendengar kata-kata Murni.
”Murni!” tegur Daniel menjeling ke arah Murni.
”Tak apa! Saya boleh tolong hantar Melissa balik.” kata Halina yang tiba-tiba muncul di situ.
Daniel tersenyum bila melihat Halina mendekati mereka. Wajah Melissa berubah pucat bila melihat kehadiran Halina. Aaahhh...rosak rancangan aku!
”Kebetulan saya juga nak balik, Melissa boleh balik dengan saya. Tuan Muda mesti ada hal selepas ni.” Halina tersenyum.
”Good! Solve the problem, ok! Maaf Melissa, saya tak dapat nak hantar awak balik. Saya ada hal penting selepas ni.”
”Tuan Muda, spare tayar Cik Melissa pun bocor juga.Kami tak dapat nak tukarkannya.” beritahu Tahir.
”Tak apa, Tahir. Cik Halina akan tolong hantar Cik Melissa balik. Kamu hidupkan kereta sekarang.” arah Daniel. Matanya melirik ke arah Halina. Dia tersenyum. Cemburu jugak Halina ni bila Melissa nak dekati aku! Bagus! Cemburu tandannya sayang. ”Maaf ye, Cik Melissa!” Daniel terus berlalu pergi dan masuk ke dalam perut kereta Mercedes miliknya.
”Terima kasih, Cik Halina!” kata Murni menunduk hormat dan segera beredar dari situ.
Melissa geram bila melihat Murni tidak bersikap dingin dengan Halina. Siap tunduk hormat lagi. Melissa menjeling ke arah Halina dan memulakan langkah untuk pergi dari situ.
Dengan pantas Halina mencapai tangan Melissa dengan kasar. ”Wait! We need to talk, Melissa.”
Melissa terkejut bila Halina memegang tangannya. Dia terus menarik tangannya dengan kasar agar Halina melepaskan tangannya. ”About what?” marah Melissa. Dah la plan aku hancur disebabkan kau! Apa pulak kau nak lagi dengan aku, hah!
”Abang Rizal!”
Melissa ketawa. ”Lina, kalau kau nak Abang Rizal kau ambil saja dia. Aku dah tak nak dia lagi. ”
”Kau ni memang tak ada perasaan. Kau ingat Abang Rizal tu barang ke? Bila kau dah tak nak pakai, kau terus buang. Kau ni memang kejam. Perasaan Abang Rizal, kau langsung tak ambil peduli.” marah Halina. Kenapa la Abang Rizal terlalu sukakan Melissa? Perempuan ni hanya akan membuat hidup Abang Rizal merana saja.
”Ada aku kisah! Eh, penyibuk! Aku beri amaran kalau kau masuk campur seperti tadi , siap la aku kerjakan kau tadi.”
”Aku tak takut la, Melissa. Aku rasa kau tu yang bodoh, kau tak ada maruah diri ke ,Melissa? Kau tengok tak tadi pandangan Tuan Muda terhadap kau bila kau tawarkan diri untuk menumpang kereta Tuan Muda? Menyampah, kau tahu tak? Kau ingat Tuan Muda tak tahu apa sebenarnya niat kau? Hey, perempuan macam kau dah banyak Tuan Muda jumpa.”
”Halina! Baik kau.....jaga mulut kau tu!” marah Melissa bila Halina memperlekehkan dirinya.
”Kenapa? Kau terasa ke? Aku nak kau jaga kelakuan diri kau baik-baik, Melissa. Jika tak aku akan beritahu Tuan Muda tentang siapa diri kau yang sebenarnya. Perempuan mata duitan.” Halina tersenyum dan terus meninggalkan Melissa yang masih tercengang dengan kata-kata Halina.

`

Thursday, May 20, 2010

Rahsia Hati 37

BAB 37

Halina melihat ke arah lelaki tua yang berada di sebelah mejanya. Matanya tepat merenung pinggan yang berada di hadapan lelaki tua itu. Nasi kosong! Tak ada lauk. Berkerut dahi Halina melihat lelaki tua itu. Hatinya sayu melihat lelaki tua itu hanya makan nasi kosong saja. Jika arwah atuk masih hidup, pasti mereka sebaya.
‘Kau tengok apa, Lina?” soal Salwa. Dari tadi dia perasaan, Halina belum lagi menyentuh makanan yang diambilnya. Hari ini dia sengaja mengajak Halina makan di luar. Tiap-tiap hari makan makanan di cafeteria. Bosan jugak. “Lina!” panggil Salwa lagi.
”Ya.” jawab Halina. Matanya masih lagi memerhati gelagat lelaki tua itu.
”Apa yang kau tengok tu?’ Salwa menoleh ke belakang.
”Kasihan la, atuk tu! Makan nasi kosong saja. Air tak ada pulak tu. Kenapa la tuan kedai ni kedekut sangat? Apa salahnya kalau bersedekah! Beri la lauk sikit ke? Air sikit ke? Tak rugi pun!” bebel Halina.
”Orang pemalas macam tu la. Kau nak kasihan buat apa?”
”Kau ni tak baik la, kau cakap macam tu? Macam mana kau tahu atuk tu pemalas ? Kau kenal dia ke?”
“Memang la aku tak kenal dia. Kau tengok pakaian dia! Kotor! Busuk pulak tu. Entah berapa hari tak mandi. Orang pemalas macam ni la.”
”Hish....kau ni! Main sedap mulut saja kritik orang lain.Kau ni judge orang melalui luaran je. Kita tak tahu apa masalah dan kesusahan yang atuk tu alami. Kehidupan ni tak seindah yang kita sangka.” Halina tiba-tiba bangun.
”Eh, Lina ! Kau nak ke mana?’ tanya Salwa. Apa kena dengan Lina hari ni? Kebelakangan ni mood dia asyik tak baik saja. Datang bulan ke? Salwa hanya memerhati gelagat Halina.
Halina terus berlalu pergi tanpa menjawab pertanyaan Salwa. Pinggan kosong yang berada di atas meja di ambilnya. Sesekali dia menoleh ke arah lelaki tua itu.

***********************************

”Ali, pasal Suffian masih tak ada perkembangan lagi ke?” tanya Dania. Wajahnya serius.
”Belum, Cik Muda!”
Dania mengeluh sambil langkahnya di atur menuju ke kereta Mazda milik. Hatinya resah. Selagi dia tak jumpa Suffian, hatinya takkan tenang. Suffian adalah kunci untuk menjatuhkan Uncle Johari. Langkah Dania terhenti. Matanya bulat melihat ke arah keretanya. ”Apa bendanya tu?” Dania menoleh ke arah Ali
Ali tersenyum.
”Kalau tak silap saya....itu Tom, kan! Karekter kartun dalam walt disney. Tom & Jerry!“ kata Zamri melihat orang yang memakai custome kucing sambil memegang sejambak bunga
”Saya tahu la, itu Tom! Tapi kenapa kucing itu buat kat kereta saya?” Dania menunding jari ke arah kucing itu. Dania pantas melangkah dan mendekati.
”Awak...” belum sempat Dania bercakap. Tiba-tiba orang yang memakai costume Tom itu melutut dan memberi sejambak bunga ros pada Dania.
Dania terkejut.Tangan kanannya digenggam erat. ”Hairi, awak tak faham bahasa ke? Kan saya dah kata jangan ganggu saya lagi.“
”Macam mana awak tahu saya sedangkan saya ....”Belum sempat Hairi menghabiskan katanya, Dania terus mencelah.
”Perfume yang awak pakai ni!kalau awak duduk 1km pun, saya boleh hidu. Busuk!” Dania membuat mimik muka. Mamat ni, apa lagi dia nak dari aku? Dania terus menarik kepala Tom yang dipakai oleh Hairi. Rimas. ”Awak tak panas ke?” tanya Dania secara tiba-tiba. Dania memegang kepala Tom. Jambangan bunga Hairi tidak dipedulikannya. Dania merenung Hairi yang sedang membetulkan rambutnya.
”Tentu la panas.” Hairi mengesat peluh di dahinya. Rambutnya basah. Hampir sejam dia memakai custome Tom tu semata-mata ingin mengambil hati Dania. Semalam Daniel beritahu kakaknya sukakan karakter kartun Tom. Sebab itu dia sanggup berpakaian seperti ini.
”Kalau dah tahu panas, yang awak pakai custome ni buat apa! Tak ada kerja lain ke?” marah Dania. Ali hanya tersenyum.
”Daniel beritahu saya, awak suka Tom! Jadi saya pakai la custome ni.”
Dania mengetap bibirnya. Daniel.....Memang dah nak kena ni! Bila masa dia mula berpihak pada Hairi ni. Balik nanti siap la.
Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Hairi. Dia merenung Dania.
Dania sedar Hairi sedang merenung wajahnya. “Apa!” Dania meninggikan suaranya.
“Saya tak sangka awak ambil berat tentang saya!” kata Hairi. Hatinya berbunga riang.
“Bila pulak saya ambil berat kat awak?” Dahi Dania berkerut. Apa la mamat ni merepek?
”Ehhh….buat-buat tak ingat pulak ! Tadi, nak saya ulang balik ke kata-kata awak tadi! Emm...Awak tak panas ke? Kalau dah tahu panas, yang awak pakai custome ni buat ape!” Hairi tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang teratur.
Dania mengecilkan anak matanya. Dia ni.......Malas nak layan. ”Stop behaves like this, Hairi!”
“Suka hati saya la! Yang pasti, saya tahu awak juga sukakan saya.” Hairi mengambil kepala Tom dari tangan Dania. Jambangan bunga yang dipegangnya diberi pada Dania dengan kasar. “Love you!” Hairi terus berlalu pergi meninggalkan Dania yang tercengang. Senyuman terukir di bibir Hairi.
Jambangan bunga dipegangnya erat. Aduh….serabut otak aku! Tak abis-abis, masalah datang menimpa. Kenapa Hairi? Kenapa aku? Aku tak layak untuk kau. Mata Dania tepat merenung jambangan bunga ros merah yang diberikan oleh Hairi.

***********************

Halina memerhati dari jauh gelagat Daniel yang sedang berbual dengan Melissa di lobi GBTVS. Eee….mesranya mereka berdua tu. Amboi…manjanya si Melissa tu! Kertas yang berada di tangannya digengam erat. Sekarang ni hatinya benar-benar panas melihat mereka berdua. Dasar lelaki! Hari tu cakap cintakan aku, sekarang ni bila dah jumpa perempuan cantik mula la naik miang.
”Lina!” Tiba-tiba ada orang menegur Halina berpaling. Halina terkejut akan kehadiran Salwa di belakangnya. Bila masa dia ada dekat sini?
”Kau ni, terkejut aku!”
”Kau tu yang khusyuk sangat sampai aku ada kat belakang kau pun kau tak sedar. Jealous ke?” Salwa tersengih. Dia tahu Halina tengah mengintip seseorang.
”Mana ada! Kau ingat aku tak ada kerja lain ke!” Wajah Halina berubah.
”Ala...kau ni dengan aku pun nak berahsia. Mengaku je la yang kau suka kat Tuan Muda. Tak rugi pun kalau berterus-terang.“ Salwa mengenyitkan mata kanannya.
”Kau jangan pandai-pandai buat cerita pulak! Aku dengan Daniel tak ada apa-apa hubungan,ok!“ Halina masih cuba berdalih.
”Ye la tu! Aku pelik la, apa masalah Melissa dengan kau? Kenapa la dia berdendam sangat dengan kau? Tu....mesra betul dengan Tuan Muda. Mentang-mentang la dah break dengan Abang Rizal.“
“Lantak la kat dia. Aku malas nak fikir. Dia nak buat apa-apa pun suka hati dia la. Hmm...apa halnya kau cari aku, Salwa.”
“Tadi Kak Munirah beritahu aku, ada orang nak jumpa kau. Kat luar.” Tujuan dia mencari Halina adalah untuk menyampaikan pesanan Kak Munirah.
“Siapa?”
“Tak tahu. Kau pergi la tengok siapa dia! Aku ada hal jap.” Salwa terus berlalu pergi.
Siapa ye? Halina melihat ke luar.

************************************

”Atuk!” Halina tersenyum dan segera menghampiri lelaki tua itu. ”Atuk sihat?” soal Halina.
”Sihat!”
”Maaf la kalau atuk ganggu Lina. Atuk datang ni sebab nak berikan buah rambutan ni kat Lina.” Lelaki tua itu menghulurkan beg plastik yang berisi buah rambutan. ”Manis ni!”
”Terima kasih.” Halina mengambil beg plastik itu dari tangan lelaki tua itu. ”Atuk, kita duduk kat sini ye.” Halina berjalan menuju ke kerusi kayu yang berada hampir di belakang mereka. Lelaki tua itu hanya mengikut saja. ”Atuk dah makan tengah hari ke belum?” tanya Halina dengan lembut. Senyuman masih kekal di bibirnya. Dia melihat pakaian atuk hari ni kemas. Cuma rambutnya saja yang tak tersusun masih berserabut dan berjambang.
”Dah makan tadi. Atuk nak ucapkan terima kasih sebab belanja atuk hari tu”
”Hal kecil saja atuk. Kita sesama manusia harus saling membantu, hari ni hari atuk mana tahu lain kali hari Lina pula. Atuk dah dapat kerja ke?”
”Dah. Kat kedai makan. Kerja atuk cuci pinggan mangkuk je.” sayu saja suaranya
”Tak apa atuk. Asalkan kerja tu halal,itu sudah memadai. Kalau atuk ada apa-apa masalah, atuk cari saja Lina kat sini. Insya Allah, Lina akan tolong atuk.”
Lelaki tua itu hanya tersenyum.
”Tak sangka sekarang ni taste kau sudah berubah, Lina. Pengemis macam ni pun kau suka. Kau dah hilang akal ke?” Melissa tiba-tiba berada di situ. Dia melemparkan senyuman sinis pada Halina.
Halina berpaling sebaik saja mendengar suara Melissa. Halina menarik nafas panjang. Eee....tak boleh nampak aku senang sikit. Halina terus bangun. ”Melissa, kau ni tak tahu hormat orang tua ke? Percakapan kau tu, ingat sikit batasnya. Sedar la diri sikit.”
”Salah ke dengan apa yang aku cakapkan ni! Duduk berdua-duaan kat sini pulak tu. Lain macam je aku tengok.”
”Mulut kau tu tolong jaga sikit. Atuk ni aku anggap macam datuk aku sendiri.” Halina meninggikan suaranya. Geram dan marah.
”Aku pelik la dengan kau ni, suka sangat bergaul dengan orang kelas bawah atau lebih tepat lagi pengemis.” Melissa melihat ke arah lelaki tua yang sedang memerhati ke arah mereka berdua.
”Melissa! Kau ni sudah melampau, aku nak kau minta maaf kat atuk ni sekarang.” marah Halina. Melissa sudah melampau. Dia ingat dia siapa nak perkecilkan maruah orang.
”Kenapa pulak aku nak minta maaf? Cakap aku ni ada betulnya.” Melissa suka bila melihat Halina marah. Nampaknya dia sudah menang.
”Melissa!”
”Lina, sudah la. Jangan gaduh lagi.” Lelaki tua itu bersuara. Dia tak nak disebabkan dirinya mereka berdua ni bergaduh.
”Tak, atuk! Lina takkan biarkan dia ni memperkecilkan maruah atuk. Lina nak dia minta maaf kat atuk jugak.” Halina berpaling. Wajah lelaki tua itu direnungnya. ”Hey, Melissa! Kau ingat disebabkan kau ada segulung ijazah, kau boleh memandang rendah pada orang lain. Kau ingat darjat kau sudah tinggi la. Tolong sikit! Cermin diri dulu sebelum mengata orang. Kelakuan kau sekarang ni lebih rendah dari orang kelas bawahan. Untuk pengetahuan kau, kita hidup di muka bumi ni sama saja. Tak ada bezanya. Kita bernyawa pun melalui udara yang sama. Kita berpijak sekarang pun di muka bumi yang sama. Mati nanti pun dikebumikan di muka bumi yang sama. Tak ada bezanya, kelas atasan dan kelas bawahan tak pernah wujud. Hanya orang yang berfikiran sempit saja fikir macam tu.” perli Halina.
”Lina!” Wajah Melissa berubah.
”Kenapa? Cakap aku betul kan! Aku tak faham la kenapa kau suka sangat perkecilkan maruah orang? Aku nak tanya kau sesuatu! Kau tu anak orang kaya ke? Anak Dato’? Anak Tan Sri? Anak diraja ke? Tak kan! Kau tu sebelum mengata orang, lebih baik cermin diri kau dulu, Melissa.” Puas hati Halina apabila meluahkan apa yang dirasanya selama ini.
”Kau!”
”Aku belum habis bercakap lagi. Kau ingat aku tak tahu sebab kenapa kau berpisah dengan Abang Rizal! Sebab kau dah jumpa mangsa baru kau kan, Melissa. Hey, Melissa, Tuan Muda tak sebodoh yang kau sangka. Kau ingat mudah kau nak perdayakan Tuan Muda!”
”Suka hati la aku nak berkawan dengan siapa pun! Yang kau sibuk buat apa! Kalau kau nak sangat Abang Rizal tu, kau ambil la dia balik. Aku dah bosan dengan dia.”
”Melissa! Kau ni memang tak ada perasaan langsung! Dengan senang saja kau ketepikan Abang Rizal. Abang Rizal sangat cintakan kau!” Marah Halina. Sekarang ni dia sudah menyampah dengan perangai Melissa.
”Aku peduli apa! Kau dengar sini baik-baik, Halina. Tuan Muda akan jatuh ke tangan aku! Aku akan jadi isteri Tuan Muda dan orang pertama yang aku pecat dari GBTVS adalah kau, Halina.” kata Melissa penuh yakin. Senyuman terukir di bibirnya.
”Kau suka sangat berangan! Belum apa-apa lagi kau dah yakin sangat. Kau ingat Cik Muda dan Tan Sri Daud benarkan perempuan pisau cukur macam kau dekati Tuan Muda. Jangah harap la.” Halina ketawa kecil. Kau ni Melissa memang perasaan.
”Halina!” Melissa menundingkan jari ke arah Halina. Dia sudah melampau. Apa hak dia untuk memperkecilkan maruah aku?
”Apa! Kau yang cari pasal dengan aku dulu, kan! Kau dengar sini baik-baik, Melissa! Aku tak takut la kalau kau nak jadi madam besar kat sini. Ada aku kisah.” Halina merenung wanita yang berambut perang itu. Ingat aku takut dengan dia ke! Tolong sikit.
Melissa mengetap bibirnya menahan geram.
Halina tiba-tiba teringat sesuatu.Halina berpaling ke belakang. Kasihan atuk ni tiba-tiba menjadi mangsa keadaan. Halina mendekati atuk itu. ”Atuk, apa kata kita pergi ke tempat lain! Kat sini ada lalat besar. Busuk pulak tu.” kata Halina membantu atuk itu bangun.
Lelaki tua itu hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.
”Halina!” jerit Melissa apabila Halina berkata sebegitu padanya. Halina buat tak peduli saja, dia terus meninggalkan Melissa yang masih tercegat di situ.
Sejak dari tadi Murni memerhati mereka dari jauh. Matanya tepat memandang lelaki tua yang bersama dengan Halina. Dahi Murni berkerut. Hatinya gelisah. Pantas no telefon Cik Muda di dail.
”Hello, Cik Muda! We got big problem here.” Kata Murni. Matanya masih lagi belum berganjak dari memerhati lelaki tua itu.

*********************************************

Halina memerhati sekelilingnya. Besarnya rumah ni….Jantungnya berdengup kencang. Semasa dia balik dari kerja tadi, dia terkejut bila tiba-tiba saja sebuah kereta menghalang perjalanannya. Seorang lelaki keluar dan memberitahu Tan Sri Daud ingin berjumpa dengan dirinya. Sewaktu dalam perjalanan, dirinya tertanya kenapa Tan Sri Daud ingin berjumpanya. Bila ditanya pada lelaki tadi, leaki tu hanya diam membisu. Takkan lah kerana Daniel. Tak mungkin. Aku dengan Daniel sudah tidak berhubung lagi. Lagipun aku sedar siapa aku jika ingin dibandingkan dengan Daniel. Hati Halina berdebar-debar.
Setiap sudut di ruang tamu rumah itu diperhatikannya. Semua perabot jati. Biar betul. Mesti mahal. Ruang tamu rumah ni sebesar rumahnya. Aduh...memang rumah orang kaya ni. Halina mula gelabah.
“Cik Halina kan!” Tiba-tiba ada suatu suara menegur Halina. Halina berpaling. Ada seorang wanita sedang menghampirinya. Wanita itu tersenyum ke arah Halina.
”Ya.” Halina membalas senyuman wanita itu.
”Duduk la. Jangan malu-malu. Sekejap lagi Tan Sri turun. Ni, minum dulu!” Mak Munah meletakkan secawan air teh dan sepinggan donat.
”Terima kasih.” Pelahan-lahan Halina melabuhkan punggungnya di sofa. ”Aaa...Mak cik.”
”Panggil saja Mak Munah.” Mak Munah merenung wanita itu. Cantik dan berbudi bahasa. Patut la Tuan Muda suka sangat kat Cik Halina ni. Berbeza dengan Cik Shiela.
”Aaaa...Mak Munah, tahu tak kenapa Tan Sri nak jumpa Lina?” soal Halina teragak-agak.
”Tak tahu! Tapi pasti tentang Tuan Muda.”
”Kenapa?” Halina ingin tahu.
”Tuan Muda tak ceritakan pada Cik Halina ke?”
Pantas Halina menggelengkan kepalanya. Apa yang berlaku? ”Tuan Muda dan Cik Muda bergaduh dengan Tan Sri. Lepas tu mereka terus keluar dari rumah ni. Sehingga sekarang mereka masih belum berbaik lagi dengan Tan Sri.” terang Mak Munah panjang lebar.
”Kenapa mereka bergaduh Mak Munah?”
Mak Munah mengeluh. Perlu ke aku beritahu Halina perkara ni? Mak Munah serba salah.
”Mak Munah!” Halina hairan kenapa Mak Munah masih enggan menjawab pertanyaannya.
”Aaaa.....”
”Sebab kamu, Halina! Dania dan Daniel bergaduh dengan saya disebabkan kamu” Tiba-tiba ada suatu suara mencelah.
Serentak Mak Munah dan Halina berpaling. Halina terkejut melihat lelaki tua itu. Halina macam tak percaya saja melihat lelaki yang berdiri tidak jauh darinya. ”Atuk!” nama itu muncul dari bibirnya. Halina melihat lelaki tua itu dari atas dan bawah.
”Tan Sri!” kata Mak Munah. Wajahnya berubah. Mak Munah terus berlalu meninggalkan.
”Tan Sri!” Mata Halina bulat apabila mendengar nama itu dari mulut Mak Munah. Penampilan atuk memang berbeza dari sebelumnya. Takkanlah atuk ni Tan Sri Daud. Inikah lelaki tua yang dikenalinya di kedai makan minggu lepas. Mustahil atuk Tan Sri Daud. Bermacam-macam persoalan timbul di fikirannya.
”Atuk!” jerit Daniel sebaik saja tiba di ruang tamu mahligai itu. Dengan pantas Daniel menghampiri Halina. Tangan Halina terus dipegangnya. Sewaktu dia mesyuarat tadi, dia terkejut bila mendapat panggilan dari kakaknya yang Halina telah diculik oleh atuknya. Kerana terlalu bimbangkan Halina, Daniel terus meninggalkan mesyuarat itu begitu saja. Fikirannya hanyalah bimbangkan keselamatan Halina. Dia takut atuknya akan mencederakan Halina. ”Apa niat atuk culik Halina?” marah Daniel.
”Culik!” Berkerut dahi Tan Sri Daud. Culik? Bila pulak aku culik Halina ni?
”Atuk! Walau apa yang terjadi Daniel takkan berpisah dengan Halina. Daniel sanggup lepaskan segalanya demi Halina. Daniel tak kisah kalau atuk buang Daniel dari keluarga ni asalkan Daniel dapat bersama Halina. I love her, atuk!“
Halina melihat ke arah Daniel. Halina terkejut dengan kata-kata Daniel sebentar tadi. Pengakuan Daniel secara terang-terangan mengejutkan Halina
”Daniel!” Tan Sri Daud meninggikan suaranya.
”Maafkan Daniel, atuk. Daniel tak boleh hidup tanpa Halina.” Daniel memegang erat tangan Halina.
Wajah Tan Sri Daud berubah.
”Lina, jom ikut saya!” Daniel terus menarik tangan Halina agar mengikutnya keluar dari mahligai mewah ini. Halina hanya mengikut sahaja
”Daniel, atuk tak abis cakap lagi!Stop right now!” marah Tan Sri Daud bila lihat Daniel dan Halina beredar dari situ.
”Daniel, let’s hear what’s atuk want to say!” Dania menghalang perjalanan adiknya. Halina terkejut dengan kehadiran Dania. Lidahnya tiba-tiba menjadi kelu. Dia tak faham apa yang berlaku tapi yang pasti dia tahu, segalanya
“Kakak….! Atuk!” Daniel tidak setuju dengan kata-kata Dania. Mendengar kata-kata atuk akan lebih menyakitkan hati.
”I said listen, ok!” tegas Dania. Dia menjegilkan matanya agar Daniel akur dengan katanya.
Tan Sri Daud melihat ke arah Dania. Pelik betul si Dania ni, sekejap berpihak pada Daniel, sekejap berpihak pada aku. Aku tak faham betul dengan perangai Dania ni. Takkan la Dania dah tahu rancangan aku!
Daniel mengeluh dan memandang ke arah atuknya.
”Daniel, disebabkan cinta kamu sanggup ketepikan atuk kamu sendiri. Baiklah, jika begitu keputusan kamu. Atuk juga dah buat keputusan. Kamu takkan dapat satu sen pun dari atuk jika kamu kawin dengan perempuan lain selain Halina.” tegas Tan Sri Daud dengan wajah yang serius.
”Duit dan harta atuk tak penting....apa!” Belum sempat Daniel menghabiskan katanya, dia terkejut. Dia tidak percaya dengan apa yang di dengarnya. Biar betul atau telinga aku ni ada masalah.
Senyuman terukir di bibir Dania. Dia percaya satu hari nanti atuk akan menerima Halina tetapi yang menjadi masalah sekarang adalah Halina. Dania menoleh ke arah Halina yang juga tercengang dengan kata-kata atuk sebentar tadi.
“Atuk....betul ke dengan apa yang Daniel dengar ni! Atuk terima....Halina!” Mata Daniel terkebil-kebil memandang atuknya. Dia ingin mendengar kepastian.
“Kamu hanya boleh kahwin dengan Halina saja. Kalau dengan orang lain, jangan harap atuk terima. Hanya Halina saja boleh jadi cucu menantu atuk.” Tiba-tiba Tan Sri Daud tersenyum. Kini dia faham kenapa Daniel benar-benar mencintai Halina. Sepanjang seminggu mereka berkenalan, Halina seorang yang baik hati. Dia silap kerana menilai Halina seorang perempuan pisau cukur.
”Betul ke, atuk!”
”Ya.” Tan Sri Daud menganggukkan kepalanya.
Daniel terus memeluk atuknya. Senyuman lebar terukir di bibir Daniel. Dia gembira kerana atuknya setuju dengan pilihannya.Kalau boleh hari ni juga, dia suruh atuknya pergi meminag Halina.
Tan Sri Daud ketawa bila melihat gelagat Daniel. Bahu Daniel ditepuk perlahan-lahan.
”Wait!“ Akhirnya Halina bersuara. Wajah merah menahan gerama. Kahwin? Ini kerja gila namanya.
Serentak mereka bertiga menoleh ke arah Halina.
”Atuk....aaa...Tan Sri! Apa semua ni? Kenapa hari tu Tan Sri....?”
Dania tiba-tiba mencelah. ”Ya, atuk! Dania nak tahu kenapa hari itu atuk menyamar sebagai pengemis?”
Daniel melihat ke arah Tan Sri Daud dengan penuh tanda tanya. Apa maksud cakap kakak tadi?
“aaa….” Tan Sri Daud mula gelabah. Apa aku nak jawab ni? Kalau aku beritahu hal sebenarnya pasti Daniel dan Halina akan marah aku. ”Aaa...sebenarnya, atuk nak kenali Halina dengan lebih dekat sebab itu atuk menyamar. Atuk minta maaf ye!”
Dania tersengih. Ye la tu....
”Dan atuk sudah buat keputusan, Halina akan berkahwin dengan Daniel tak lama lagi. Minggu depan atuk....”
”Tan Sri, Lina rasa Tan Sri sudah salah faham. Lina dan Daniel hanya berkawan tak lebih dari itu.” tegas Halina.
”Lina!” Daniel terkejut dengan kata-kata Halina.
”Maaf, Lina minta diri dulu.” Halina terus berlalu pergi. Wajah Daniel tidak pandangnya. Kalau diikutkan hati, ingin saja dia menampar Daniel tetapi disebabkan kehadiran Cik Muda dan Tan Sri hasratnya terbantut. Aaaa....geramnya. Suka-suka saja anggap aku ni girlfriend dia. Berani betul. Langkah Halina diatur pantas. Kini apa yang penting ialah dia perlu keluar dari sini dengan segera.
Dania hanya memerhati Halina keluar dari situ. Dah agak dah.
”Halina!” jerit Danie. Segera dia mengejar Halina.
”What;s going on?” Tan Sri Daud terpinga-pinga. Dia tak faham apa yang berlaku.
”Ala atuk, bergaduh sikit je. Biasa la. Lepas ni ok la.” Dania tersengih. Dia gembira kerana akhirnya atuk dapat menerima pilihan Daniel.

Tuesday, May 4, 2010

Rahsia Hati 36

BAB 36

Halina mengenggam erat pen yang sedang dipegangnya.Matanya tepat melihat kertas yang berada dihadapannya. Suasana sunyi sepi. Sudah hampir 5 minit dia berada di dalam bilik ni .Macam nak sesak nafas saja! Kenapa la mereka biarkan aku berdua dengan Daniel ni. Hati Halina tidak tenang apabila dibiarkan berdua dengan Daniel. Dia takut untuk bertentangan mata dengan Daniel. Perasaan marah dan geram masih lagi belum hilang. Ikutkan hati memang la, tak nak lagi berjumpa dengan Daniel tapi disebabkan kerja dia perlu juga berjumpa Daniel. Dia perlu bezakan hal peribadi dan kerja. Halina berdehem beberapa kali.
“ Lina, you must strong ok! Lepas settle tugas ni, kerja kau dah selesai. Kau takkan jumpa mamat ni lagi.” Bisik Halina dalam hati. Dia memberi semangat pada dirinya sendiri. Halina tepat memandang lelaki yang sedang duduk di hadapannya. Lelaki itu sedang merenung ke arahnya. Tiba-tiba secalit senyuman terukir di bibir Daniel.
Hampir luruh jantung Halina apabila melihat senyuman Daniel lebih-lebih lagi bila mata mereka bertemu. Halina kaku. Lidahnya kelu untuk berkata.
“So when we can start?” Daniel tiba-tiba bersuara.
Lamunan Halina terhenti apabila mendengar suara Daniel. Cepat-cepat Halina mengalihkan matanya ke arah lain. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Apa kena dengan aku ni?
“Lina!” panggil Daniel dengan lembut.
“Di sini pejabat saya rasa lebih baik Tuan Muda panggil saya Halina saja. Saya tak nak orang lain salah faham nanti.”
“Baiklah!” Daniel akur dengan kata Halina. Dia tak nak keruhkan keadaan. Baik je aku ikut rentak dia saja.
”Baiklah. Saya mulakan sekarang.” tegas Halina. Wajahnya seriusnya. Daniel hanya menganggukkan kepalanya.
Selepas 10 minit, temu ramah selesai. Dengan pantas Halina, memasukkan kertas-kertas dan alat perakamnya di dalam begnya. Halina terus bangun.
”Wait, Halina! Can we talk?” kata Daniel secara tiba-tiba bila Halina terus bangun.
”i’m busy!” Dingin saja suara Halina.
”Please, takkan ambil masa lama pun! Please, i begging you!”
”Tuan Muda nak apa lagi dengan saya, tak puas ke Tuan Muda perbodohkan saya selama ni. Sudah la, persahabatan kita setakat ni saja. Saya benci dengan orang yang suka berbohong. ”
”Lina! Saya tak ada niat pun nak perbodohkan. Tak terlintas pun di hati saya. Selama ni saya berkawan dengan awak dengan ikhlas. Pasal kenapa saya tak berterus-terang tentang siapa diri saya pada awak, saya ada sebabnya tersendiri.”
Halina ketawa kecil. Lucu hatinya apabila mendengar kata-kata Daniel. ”Alasan! Awak ingat awak kaya, awak boleh permainkan orang sesuka hati. Awak hancurkan kepercayaan saya pada awak. I hate liar. Sudah la.Kita sudah tak ada apa-apa hubungan lagi ” marah Halina. Langkahnya mula diatur, dia perlu segera tinggalkan tempat ni.
”I love you!” kata Daniel secara tiba-tiba.
Langkah Halina tiba-tiba terhenti. Badannya tiba-tiba kaku. Betul ke apa yang aku dengar tadi? Halina tak percaya.
”I love you, Halina! That’s the reason why i don’t want to tell you who i am. Saya tak nak kehilangan awak sebab jika saya berterus-terang pada awak tentang siapa diri saya yang sebenarnya pasti awak akan benci saya seperti mana awak membenci saya sekarang ni, Halina.Saya jatuh cinta pada awak sejak pertama kali kita bertemu lagi. Saya ikhlas mencintai awak.Jika saya beritahu awak siapa saya yang sebenarnya ketika itu pasti awak tak nak berkawan dengan saya. ”nada suara Daniel sayu. Dia tak nak berpisah dengan Halina. Hanya Halina yang bertakhta di hatinya saja. Tiada yang lain.
Kata-kata Daniel benar-benar mengejutkan dirinya. Daniel cintakan aku? Tak mungkin. Siapa aku? Aku bukannya anak orang kaya yang setaraf dengannya. Kenapa aku?Halina memejamkan matanya beberapa saat.
”Lina, please forgive me! Hati saya takkan tenang jika awak belum maafkan saya!” Daniel merayu lagi bila melihat Halina masih lagi berdiri membelakangkan dirinya. Halina tidak bersuara hanya mendiamkan diri saja.
”Saya....” Belum sempat Daniel bercakap, Halina sudah memotong percakapannya.
”Cukup la! Saya tak nak dengar lagi.” Halina terus berlalu keluar. Pintu bilik Daniel ditutup dengan kuat.
Daniel masih tercegat di situ. Badannya kaku. Dia terkejut dengan reaksi Halina sebentar tadi. Nampaknya Halina benar marahkan dirinya. Daniel sedih dengan langkah yang lemah Daniel berjalan ke arah sofa di dalam biliknya. Daniel terus menghempaskan dirinya. ”Halina, saya benar-benar cintakan awak!” kata Daniel terus memejamkan matanya. Hatinya sakit bila Halina langsung tidak mempedulikan dirinya. Cintanya pada Halina tidak dihargai. Mungkinkah Halina masih mencintai Rizal?

*********************************************************\

Gelas yang berisi air fresh orange di atas meja, tidak disentuhnya langsung. Fikirannya masih lagi memikirkan peristiwa tadi. Kata-kata Daniel sebentar tadi benar-benar di luar jangkaan. Daniel cintakan aku! Tak mungkin! Aku tersalah dengar kot atau....aku sedang bermimpi lantas Halina mencuit tangannya.
”Aaa...sakit!” Suara Halina separuh menjerit. Sakit!
”Aku tak bermimpi la!” Halina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Orang yang berada di cafeteria langsung tidak dipedulikannya. Apa yang bermain di fikirannya tadi adalah luahan perasaan Daniel kepadanya. Kenapa jantungnya berdengup kencang bila Daniel berkata sebegitu? Takkan la aku juga.....
”Seorang nampak!”
Halina terkejut bila ada seseorang menegurnya. Pantas dia berpaling. ”Abang Rizal!” Senyuman terukir di bibir Halina.
“Dari tadi abang tengok, Lina asyik termenung je. Kenape ada masalah ke?” soal Rizal. Sejak dari tadi, dia perhatikan gelagat Halina yang kebetulan duduk di sebelahnya. Halina langsung tidak sedar akan kehadirannya.
“Aaaa....tak ada la.” Halina berdalih.
“Abang lunch dengan Melissa ke?” soal Halina.
”Tak la dengan member abang. Abang dan Melissa…..kami berpisah buat sementara waktu ni.” sayu saja suara Rizal.
”Apa!” Halina terkejut.
”Melissa perlukan masa untuk berfikir tentang hubungan kami.” Rizal tersenyum kelat. Sedih di hatinya tiada siapa tahu. Dia menyintai Melissa sepenuh hati.
”Ya ke!” Halina mengetap bibirnya menahan geram. Dia dah agak perkara ni akan berlaku satu hari. Orang macam Melissa dia takkan bersyukar dengan apa yang dia ada sekarang ni. Pasti dia sudah ada sasaran sebab itu la dia layan Abang Rizal macam. Perempuan ni memang nak kena dengan aku!
”But I hope that our relationship will not end just like that. I love Melissa. I really love her.”
”Lina tahu! Abang Rizal jangan la fikir yang bukan-bukan mungkin selepas ni hubungan Abang Rizal dan Melissa kembali seperti biasa. Think positive!” Halina cuba menyedapkan hati Rizal. Halina menepuk belakang Rizal dengan lembut. Tetapi sebaliknya, Halina tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Melissa seorang playgirl. Kalau dia dah tak suka kat lelaki itu, dia akan tinggalkan begitu saja. Halina risau jika nasib Abang Rizal akan sama dengan lelaki yang pernah berdampingan dengan Melissa.
Semasa Halina dan Rizal rancak berbual, mereka tidak sedari diri mereka sedang diperhatikan oleh sepasang mata dari jauh. Daniel menggengam erat tangannya. Daniel cemburu melihat kemesraan antara Halina dan Rizal. Hatinya sakit.
”Tuan Muda!” kata Irfan. Dia sedar akan perubahan wajah Daniel bila melihat Halina dan Rizal.
”Jom! Saya drive hari ni” Daniel terus melangkah pergi .Hari ni dia perlu lunch bersama kakaknya.Irfan mengeluh. Pasti mood Daniel tak berapa baik.

*************************************************

Daniel membrek secara tiba-tiba bila ada seseorang melintas di hadapan kereta BMW Z4 merah miliknya. Irfan yang berada di sisinya terkejut dengan apa yang berlaku. Pantas Daniel membuka pintu dan berlalu keluar.Dia melihat seorang wanita mengerang kesakitan. Tangan kanannya berdarah.
”Miss, you ok tak?” soal Daniel risau.
“Aaa….Saya ok!” kata wanita sambil melihat luka di tangannya.Dahinya berkerut menahan sakit.
“Maaf, i tak sengaja.” Kata Daniel lagi. Murni yang berada di kereta satu lagi bergegas keluar melihat apa yang berlaku.
”Tak apa, salah saya!”
Daniel terkejut bila wanita itu melihat ke arahnya. ”Cik Melissa.”
”Tuan Muda!”
Mata Murni bulat melihat wanita itu. Murni mengetap bibirnya menahan geram. Perempuan memang bukan calang-calang orang.
Daniel membantu Melissa bangun. ”You tak apa-apa ke? I bawa you pergi hospital. Luka ni perlu dicuci.” kata Daniel risau.
”Aaa...Tuan Muda, jangan risau! Tentang Cik Melissa biar saya yang bawa dia ke hospital. Dah lewat ni, Tuan Muda. Tuan Muda tahu kan Cik Muda tak suka orang datang lembat. ” Murni mencelah.
Melissa melirik matanya ke arah Murni. Aaa...bodyguard bodoh ni, menyibuk saja. Rancangan aku hampir berjaya tapi perempuan ni....Melissa menahan geram.

”Aaa....I hampir terlupa.Hmm...baiklah, Murni. Awak bawa Cik Melissa ke hospital. Tentang kos perubatan I akan bayar. I minta maaf sekali lagi.” kata Daniel tersenyum dan terus masuk ke dalam keretanya diikuti oleh Irfan.
Melissa terkejut dengan reaksi Daniel. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Murni hanya tersenyum. Selepas kereta Daniel berlalu pergi, Murni menghampiri Melissa. Melissa tak sedar kerana matanya masih lagi melihat kereta Daniel yang sudah meninggalkan dirinya.
”Awak ingat awak layak ke berdampingan dengan Tuan Muda?” Murni bersuara.
Melissa berpaling dan terkejut bila Murni berada di belakangnya. ”Apa yang awak cakap saya tak faham?” Melissa berpura-pura tak tahu dengan kata-kata Murni.
”Come on! Sekarang ni kita berdua, saya awak tak payah la nak berpura-pura.lagi. Saya tahu niat awak yang sebenarnya.” Murni tersenyum.
”apa maksud awak?” Wajah Melissa berubah.
”Stop pretending!” tegas Murni. ”Untuk pengetahuan awak, Tuan Muda sudah berpunya. Dalam hidup, dia hanya mencintai Cik Halina seorang saja. Hanya Cik Halina sesuai berdampingan dengan Tuan Muda kerana dia berasal dari keluarga yang baik malah dia juga perempuan yang baik. Mereka sepadan. Dan satu lagi, jangan ingat senang awak nak rosakkan hubungan mereka. Selagi saya dan Cik Muda ada, kami takkan biarkan perempuan ......macam awak menjadi pemusnah kebahagian Tuan Muda. Awak ingat tu.” Murni memberi amaran. Wajahnya serius.
Melissa merenung Murni seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup. Perempuan jahanam!
”Kenapa? Tengah bengang ke sekarang? Saya peduli apa! Perempuan pisau cukur macam awak tak layak.” Murni telah menyiasat latar belakang Murni sebelum ni. Sejarah hidup perempuan ni memang di luar jangkaan.
”Awak siasat latarbelakang saya?” Melissa meninggikan suaranya.
”Terkejut ke? So, lagi sekali saya nak ingatkan awak! Jangan cuba dekati Tuan Muda lagi, jika tidak awak tahu la akibatnya nanti.” Murni terus berlalu pergi menuju ke keretanya.
Melissa menggengam erat tangannya. Kau ingat kau siapa nak halang aku, hah! Ini Melissa. Aku tak takut la dengan amaran kau. Perempuan tak sedar diri. Melissa sudah bertekad. Walau apa yang terjadi, Tuan Muda kau akan jadi milik aku. Biar kau putih mata. Cik Halina? Siapa Cik Halina? Tiba-tiba dahi Melissa berkerut. Takkan la Lina! Tak mungkin! Mustahil. Aaa....aku peduli apa! yang penting, Tengku Daniel Darius akan jadi milik aku. Melissa tersenyum bila melihat kereta Murni berlalu meninggalkan dirinya.
Sejak dari tadi, Halina melihat apa yang sedang berlaku di tempat kereta basement. Selepas berbual dengan Abang Rizal, tiba-tiba dia teringat akan beg telekungnya yang berada di dalam kereta. Selalunya dia bawa keluar tetapi hari ini dia sendiri tak tahu macam mana dia boleh terlupa. Dia lihat segalanya. Bibir Halina terketar-ketar menahan geram.
”Takkan la....sasaran Melissa yang terbaru adalah Daniel.” Halina mula susah hati. Resah. Melissa memang sudah melampau. Dia berpisah dengan abang Rizal kerana Daniel. Ini tak boleh dimaafkan. Tak ada lelaki lain ke kat dunia dia nak? Kenapa mesti Daniel. Halina bengang.

********************************************

Dania membaca fail yang diberikan oleh Suria sebentar tadi. Dahinya berkerut membaca laporan kewangan hotel GB di Langkawi. Dania mengeluh. Tiba-tiba pintu bilik pejabatnya diketuk.
Wardina tersenyum sebaik saja masuk. Dia tersenyum melihat sahabatnya.
”Mimpi apa kau semalam? Tiba-tiba datang jumpa aku.”
”Kenapa kalau nak datang jumpa kau, aku kena mimpi dulu ke?” balas Wardina balik. Dia terus duduk tanpa dipelawa.
Dania hanya menggelengkan kepalanya. Pasti ada sebab kenapa Wardina datang sini? Macam la aku tak kenal dia?
”Dania, kau busy ke?” tanya Wardina.
”Kalau aku cakap busy, kau nak balik ke?”
”Eee....kau ni, teruk la. Tetamu datang bukannya kau nak layan. Dingin je. ” kata Wardina dengan nada suara merajuk.
”Aaa..apa halnya?”
”Botol ubat kau? Aku nak tengok. Keluarkan.”
”Kenapa?” tanya Dania hairan
”Ala...ikut je cakap aku! Kenapa? Kau ada sesuatu kau sorakkan dari aku atau pun ubat yang ada kat kau selama ni, kau tak makan langsung. Bukannya sehari dua aku kenal kau. Semua benda kau tak taku kecuali ubat. Bila time makan ubat je, liat je. Ada saja-saja alasan. Aaa...apa lagi, botol ubat kau tu aku nak tengok.” Wardina mula membebel.
”Kau ni membebel macam mak nenek la.” Dania meletakkan beg tangannya dia atas meja. Dia mengeluarkan dua botol ubatnya
Pantas Wardina mengambil botol ubat itu dari tangan Dania lantas dia menggoncang botol ubat itu. ”Banyak lagi ni! Betul ke kau makan ubat ni ikut time?” kata Wardina.
”Aaa........aku baru je ambil ubat ni minggu lepas !”
”Ya ke? Aku tengok rekod perubatan kau, kau ambil ubat ni 2 minggu lepas takkan sampai sekarang masih banyak lagi. Kau nak kelentong aku ke, Dania?”
”Dina, kau ni!”
”Betul la tekaan aku, kau tu sakit. Ingat sikit. Eee...nak makan ubat pun susah! Meh, aku ajar kau. Buka botol ni, lepas tu ambil 2 pil ni.” Wardina membuka salah satu botol ubat Dania. Wardina terkejut bila lihat pil yang berada di tangannya. Wardina melihat botol ubat itu lagi. Air muka Wardina berubah.
”Kenapa ni. Dina?” Dania sedar akan perubahan wajah sahabatnya itu.
”Selama ni kau makan ubat ni ke?” Wardina menunjukkan pil yang berada di tangannya.
”Ya la. Tahun lepas lagi aku makan ubat ni. Kenapa?” soal Dania lagi.
Pantas Wardina mengeluarkan botol ubat yang berada di dalam begnya. Tujuannya datang berjumpa dengan Dania adalah untuk memberikan ubat ini pada Dania.Dahi Wardina berkerut. Kenapa warna pil ni lain? Pil Dania warna kuning tapi pil yang aku ambil kat Lucy pagi tadi warna merah. Lucy beritahu aku semua pesakit barah otak akan makan pil ni saja tapi kenapa ada warna lain pulak.Wardina tidak sedap hati. Tiba-tiba Wardina bangun. ”Botol ubat kau ni aku ambil dulu dan jangan makan apa-apa ubat, kalau kau sakit kau call aku, faham!”
”Kenapa ni Wardina?”
”Aku...kau ikut cakap aku, dengar tak?” kata Wardina terus memasukkan botol ubat Dania ke dalam begnya. Dia segera bangun.
”Dengar. Kau ni kenapa? Macam nak hantu saja.” Dania rasa pelik dengan perangai Wardina.
“Aku nak pastikan sesuatu. Aku balik dulu.” Wardina terus bergegas keluar.
Dahi Dania berkeru. Dia tak faham langsung apa yang berlaku.

***********************************

“Kau dah dapat ke rekod perubatan Dania?” soal Johari sebaik saja Mansur melangkah masuk rumahnya.
Mansur mengeluh dan menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Orang kau tahu buat kerja tak?” marah Johari. Kalau tak ada rekod perubatan tu, rancangannya untuk singkirkan Dania dari jawatan pengarah urusan GB pasti gagal.
“Eh, Masnur kau ingat senang ke nak dapatkan rekod tu. Pasti Dania sembunyikannya di tempat yang tiada siapa tahu. Rumah Dr. Hazwan tu tak ada apa-apa pun. Hampir seluruhan rumah dia, orang aku geladah. Tak ada apa-apa pun.” Mansur geram.
“Alasan.”
“Apa! Hey, apa kata kau suruh orang kau pulak yang cari? Banyak cakap pulak.”
“Kau....”Johari menudingkan jarinya pada Mansur yang sedang berdiri dihadapannya.
“Apa yang berlaku ni? Dari luar lagi Shiela dengar suara papa dan Uncle. Bergaduh ke?” kata Shiela sebaik saja melangkah masuk ke rumahnya.
“Kau jangan banyak cakap, Shiela. Masuk balik sekarang.”
”Ni pasti tentang rekod perubatan Kak Dania. Kenapa ? Sampai sekarang tak dapat lagi ke?” perli Shiela.
”Shiela, papa nak Shiela masuk ke dalam bilik sekarang!” arah Johari. Anaknya ni memang sengaja nak sakitkan hatinya. Mansur hanya menjeling ke arah Shiela.
”Ni!” Shiela menghulurkan sampul surat pada Johari.
”Apa ni?”
”Buka la. Tengok kandungannya.”
Johari mengambil sampul itu dan membukanya. Matanya bulat melihat kandungan sampul surat itu. Pantas dia melihat ke arah anaknya.
’Macam mana Shiela boleh dapatkan rekod perubatan Dania dengan senang sedang kan .....” tanya Johari.
Pantas Mansur menghampiri Johari. Sampul surat yang dipegang oleh Johari diambil. Matanya bulat melihat rekod perubatan Dania yang berada di dalam sampul surat itu.
”Rahsia. Shiela dah penat. Shiela nak tidur.” Shiela terus meninggalkan mereka berdua yang masih tercengang. Senyuman terukir di bibir Shiela.
Johari melihat ke arah Mansur. Dia masih tertanya-tanya macam mana anak boleh dapatkan rekod perubatan Dania.
”Apa! Dia anak kau! Kau tanya la dia.” Mansur faham apa yang sedang bermain di fikiran Johari.
*******************************

Langkah Halina terhenti bila melihat Daniel dan Melissa berada di dalam lif yang sama. Wajah Halina berubah melihat mereka berdua.
”Cik Halina! Masuk la.” kata Irfan tersenyum. Daniel melihat Halina dengan pandangan hening. Tiada secalit senyuman di bibir Daniel.
”Aa...Baiklah.” Halina terus masuk.
”Good morning Lina!” tegur Melissa. Senyuman terukir di bibirnya. Pada hakikatnya ....eeee...ingatkan bila tak ada bodyguard Murni penyibuk tu, boleh la aku mengorat Tuan Muda tapi macam mana Halina boleh naik lif yang sama. Tak ada lif lain ke nak naik?
”Morning.” jawab Halina endah tak endah. Geram rasanya bila lihat Melissa berdiri dekat dengan Daniel. Dasar perempuan gatal.
”Aaa...luka semalam macam mana? Sakit lagi tak!” soal Daniel.
”Sikit je. Tak ada apa-apa.“ Melissa tersenyum manja.
Irfan melihat ke arah Halina yang berdiri jauh dari mereka. Irfan perasaan Halina sedang membuat mimik muka. Irfan hanya tersenyum.
”Bila you nak berangkat ke Australia?“ soal Daniel lagi.
”Dua hari lagi.“
”Ok! I hope you buat yang terbaik.”
“Terima kasih.” Melissa gembira. Dua hari lagi dia akan berangkat ke Australia untuk membuat liputan tentang lawatan Perdana Menteri ke Australia.
Pintu lif terbuka sebaik saja tiba di tingkat 3. ”Saya pergi dulu, Tuan Muda.” kata Melissa sebelum berlalu keluar. Hari ni dia meeting dengan producernya.
Halina menjeling ke arah Melissa. Itu pun nak beritahu ke! Keluar je la.
Sebaik saja pintu lif tertutup, Halina bersuara. ”Cik Melissa sudah ada boyfriend. Beringat la sikit. Lelaki bila nampak perempuan cantik mula la jual minyak.” perli Halina. Dasar buaya darat.
Daniel terkejut dengan kata-kata Halina. Pintu lif terbuka bila tiba di tingkat 4. Halina terus keluar tanpa memandang ke arah Daniel. Dia tercengang. Apa maksud Halina tadi? Perlahan-lahan Daniel menoleh ke arah Irfan.
”Macam cemburu saja, Tuan Muda.” Irfan tersengih.
Cemburu! Halina cemburu macam tak percaya saja. Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Daniel. Kalau Halina cemburu ini bermakna, Halina juga sukakan aku. Aku tak bertepuk sebelah tangan.