Friday, June 16, 2023

Cintamu Kuburu - Bab 10

 

Bab 10

 

            SATU persatu kaya bun yang sudah sejuk selepas keluar dari oven dibungkus satu persatu dengan plastik. Setelah selesai membungkus, Umie letak ke dalam dulang. Dia terus membawa keluar dari dapur bakeri.

            “ Kak Umie, biar saya letak!” kata Bob.

            It’s okey, Bob! Kamu jaga saja kaunter. Tu ada customer nak bayar.” kata Umie pada Bob.

            Bob kembali semula ke kaunter dengan segera.

            Umie tersenyum. Bob rajin budaknya. Ringan tulang!

            Langkah diteruskan berjalan ke rak-rak kayu. Umie menyapa pelanggan yang ada di situ dengan ramah mesra. Tibanya di bahagian kaya bun, Umie berhenti. Disusun satu persatu kaya bun dengan teratur.

            Tiba-tiba Umie terdengar suara yang amat dikenali, dia menoleh ke belakang. Senyuman lebar melihat kedatangan Aariz dan Emiir. Umie mempercepatkan kerjanya. Selesai saja, dia terus mendekati kaunter.

            “Encik Emiir! Encik Aariz! Lama tak nampak! Busy ke? Baru saja saya nak suruh Bob pergi hantar tadi!” kata Umie. Setiap hari, dia suruh Bob hantarkan minuman dan makanan untuk mereka berdua.

            “Biasa la bila ada kes, dah tentu sibuk. Cik Umie, terima kasih la sebab hari-hari hantar makanan minuman kat kami. Free pulak tu. Segan la pulak.” jawab Aariz.

            Emiir hanya mendiamkan diri di sebelah Aariz. Sikit pun dia tak pandang Umie.

            “Apa pulak nak segan! Tak payah nak rasa segan-segan. Anggap saja bakeri ini sponsor makan minum setahun. Sekejap yer, saya masuk dalam ambil brownies dengan apple pie.” kata Umie. Beberapa kali dia mencuri pandang ke arah Emiir namun hampa apabila Emiir sikit pun tak lihat ke arahnya. Memang susah betul nak bertentang mata dengan Emiir ni! Tanpa membuang masa, Umie bergegas ke dapur bakeri.

            Beberapa minit kemudian Umie keluar membawa kotak berisi brownies dengan apple pie. Diletakkan ke atas kaunter.

            “ Din! Minuman untuk Encik Emiir dan Encik Aariz dah siap ke?” tanya Umie pada barista bernama Din.

            Almost siap!” jawab Din. Sepantas kilat, dia menyiapkan oder dari Emiir dan Aariz.

            Good!” jawab Umie.

            Langkah Umie diteruskan mendekati Emiir yang berada di rak pastri.

            “Chicken puff ni sedap. Rasa la.” Umie bersuara sebaik saja berdiri di sebelah Emiir.

            Emiir menoleh dan merenung Umie beberapa saat sebelum berjalan meninggalkan Umie. Dia kurang senang dengan kehadiran Umie.

            “Mushroom pizza ni pun sedap jugak!” kata Umie seraya mengekori Emiir.

            Emiir berhenti dan menoleh.

            Stop following me, please! I nak pilih apa pun, itu hak I.” Akhirnya Emiir bersuara. Dia cuba mengawal intonasi suaranya supaya tidak didengari oleh orang lain. Matanya sempat bergerak ke arah Aariz yang sedang berbual dengan Mina di kaunter.

            “Saya nak tolong rekomen saja. Tak salah kan! Chicken pie! Egg tart! Cukup ke nak makan itu saja! Bertahan ke sampai ke petang. Saya tahu Encik Emiir mesti jarang lunch kan! Ambil la banyak sikit.” kata Umie. Dia terus ambil mushroom pizza, kaya bun dan hot dog bread. Diletakkan terus di atas dulang yang dipegang Emiir.

            Emiir mengetap bibir dan terus ke kaunter dengan wajah merah padam. Yang jelas wajah nampak bengang. Diletakkan dulang dengan kasar atas kaunter.

            Mina, Din dan Aariz terkejut.

            What’s wrong ?” tanya Aariz.

            Belum sempat Emiir ingin menjawab, Umie bersuara terlebih dahulu.

            “Tak sangka Encik Emiir ni sensitif! Saya rekomen jer pun, terus dah sentap. Banyak pastry, bread dan donut sedap-sedap. Rugi la ambil sikit saja.” kata Umie.

            Emiir merenung Umie dengan wajah tajam.

            Umie tersenyum apabila direnung sebegitu. Dapat jugak dia bertentang mata dengan Emiir akhirnya. Sekurang-kurangnya, dia mendapat perhatian Emiir.

            “Emiir! Tak salah kan kalau Cik Umie rekomen, lagipun makanan kat sini sedap-sedap. Kau sendiri cakap kan semuanya kat sini sedap terutama sekali brownines.” Aariz bersuara.

            Emiir terdiam. Dia mengetap bibir seraya merenung Aariz pulak.

            Umie tersenyum lebar. Kalau boleh nak senyum sampai telinga. Tak sangka Emiir ada cakap macam itu. Siap puji lagi.

            “Okey! Dah siap!” kata Mina. Dihulurkan dua bag kertas pada Aariz.

            Free lagi ke?’ tanya Aariz pada Mina dengan suara mengusik.

            “Dah bos cakap free kan! Setahun!” balas Mina.

            “Cik Umie, terima kasih! Semoga bakeri ini melimpah-limpah rezeki.” ucap Aariz.

            “Sama-sama! Datang la lagi. Aaa… Encik Emiir, jangan malu pulak nak datang sini selepas ini. Pintu bakeri ini sentiasa terbuka.” kata Umie. Pandangan mata tepat ke arah Emiir.

            Wajah Emiir terus masam. Diambil bag kertas dari tangan Aariz dan berlalu keluar dari situ.

            Aariz cuba menahan ketawa dengan senyuman. Dia tak sangka Umie kuat mengusik orangnya.

            Bye!” kata Aariz pada mereka semua. Dia terus mengekori Emiir.

            Umie tersengih.

            Mina berdehem beberapa kali.

            Umie menoleh.

            “Aaaa…. Ada apa? Sakit tekak pulak ke?” kata Umie pada Mina.

            “Yang mana satu pilihan hati Kak Umie sebenarnya?” tanya Mina dengan senyuman penuh seribu makna.

            “Rasa-rasa yang mana satu?” giliran Umie bertanya pula.

            “ Tak payah nak rasa, yang kena usik tadi kan pilihan hati Kak Umie!” jawab Mina.

            Umie tersenyum dan terus berjalan masuk ke dapur bakeri. Dia tak kisah pun kalau semua orang tahu. Hati Umie gembira kerana dapat berjumpa dengan Emiir pagi ini.

 

                                                ********************************************************

 

            SUASANA sunyi sepi antara Aariz dan Emiir. Sepanjang mereka berdua berjalan balik ke firma guaman, Emiir tidak bersuara. Nampak jelas wajah bengang Emiir. Aariz teragak-agak untuk bersuara.

            Baru saja melangkah masuk ke dalam firma guaman, mereka ditegur oleh Rose.

            Good morning!” Suara Rose ceria. Pandangan mata hanya pada Emiir.

            Morning!” balas Aariz.

            Emiir hanya mendiamkan diri.

            Mereka bertiga berdiri di hadapan lif.

            Rose melihat bag kertas yang menpunyai cop dan tulisan Herma Bakery Cafe di tangan Emiir. Bibir bawah digigit. Dia sudah tahu Aariz dan Emiir mesti baru balik dari situ. Yang menambahkan lagi sakit hati dia apabila hari-hari Herma Bakery Cafe hantar makanan kat Emiir dan Aariz. Dirinya rasa tercabar. Dia ingin bersuara tapi tiba-tiba pintu lif terbuka.

            Emiir masuk terlebih dahulu dan diekori oleh Aariz.

            Rose turut sama masuk.

            Pintu lif ditutup dan Emiir menekan butang no 8.

            You dari mana, Rose?” Aariz bersuara. Dipandang wajah bujur sirih milik Rose yang rambutnya ikal mayang.

            I tertinggal ni kat kereta tadi.” jawab Rose seraya menunjukkan bag kertas yang ada di tangannya. Malam tadi dia buat brownines untuk Emiir. Dia terus hulurkan bag kertas itu pada Emiir.

            “Encik Emiir! I buat brownies especially untuk Encik Emiir!” Rose tersenyum manis. Mata bersinar-sinar melihat pujan hatinya.

            Sorry! Next time, you tak payah buat brownies kat I lagi. Brownies you tak sedap langsung.” kata Emiir dengan sejujurnya. Dia memang tak teringin langsung nak makan. Tak sedap!

            Wajah Rose berubah.

            Aariz terus sama terkejut. Dia tak sangka Emiir cakap sebegitu. Nampak sangat air muka Rose yang masam itu. Diri dia pulak yang rasa bersalah.

            Pintu lif terbuka sebaik saja tiba di tingkat 8. Emiir terus keluar tanpa mempedulikan reaksi Rose.

            “Bukannya tak sedap cuma lain kali sebelum you bagi kat orang, you kena rasa dulu.” kata Aariz. Dia cuba tersenyum. Kononnya tak mahu buat Rose lebih terasa. Dia terus mengekori jejak langkah Emiir keluar dari lif. Ditinggalkan Rose seorang diri yang masih di dalam lif.

            Aariz berjalan laju menuju ke ofis Emiir.

            Pintu dibuka dan ditutup dengan segera. Aariz menggelengkan kepala sebaik saja bertentang mata dengan Emiir.

            “Agak-agak la kau nak cakap macam tu, Emiir! Kecik hati Rose tu!” Aariz bersuara. Direct betul Emiir sound Rose tadi! Mesti makan dalam hati Rose! Dia terus duduk di sofa.

            “ Aku cakap benda yang betul! Dah tak sedap, cakap saja tak sedap! Kau pun rasa brownies Rose hari tu kan! Entah berapa kilo serbuk koko dia letak sampai rasa pahit. Texture kering pulak tu. Belajar dulu sebelum bagi kat orang. Buat aniaya orang saja.” Emiir terus duduk di sofa dan mengeluarkan bekas minuman dari bag kertas tadi. Diletakkan minuman Aariz dekat dengan sofa Aariz duduk. Dirinya langsung tak rasa bersalah. Bagaikan mimpi ngeri bila makan brownies yang dibuat Rose hari itu. Dia terus saja buang brownies Rose ke dalam tong sampah.

            “Tapi cakap kau tu kena berlapik la sikit! Jangan terus kritik macam tu. Mesti Rose terasa.” tegur Aariz. Kadang kala itu cakap Emiir, boleh buat orang kecil hati.

            “Aku ni tak pandai jaga hati orang macam kau. Apa aku rasa nak cakap, aku cakap saja.” balas Emiir. Diambil kotak kecil berisi brownies dari bag kertas yang dipegang Aariz tadi.

            “Dekat Cik Umie, kau tak berani sound pulak! Kenapa? Kau takut Cik Umie tak buat brownies kat kau lagi ke?” kata Aariz. Ada garisan senyuman di wajah Aariz. Dia perhatikan gerak geri Emiir.

            “Apa! Brownies ni dia yang buat?” Kelopak mata Emiir terbuka luas. Dia terkejut dengan kenyataan yang dia baru tahu.

            “Ya la! Aku tanya Mina tadi. Mina cakap Cik Umie yang buat brownies ni selama ini. Kata Mina, Cik Umie graduted dari Le Cardon Bleu, Paris. Wow, patut la semua jenis makanan kat situ sedap-sedap.”

            Emiir terdiam.

            Aariz perhatikan gelagat Emiir. Dalam masa yang sama, dia ingin tahu apa yang bermain di fikira Emiir ketika ini.

                                                **********************************************

            TENGAHHARI ini, Rubina mengajak Umie makan tengahhari bersama-sama dia di hotel yang terletak di tengah-tengah ibu kota. Umie mempercepatkan langkahnya memasuki hotel itu dan berjalan menusuri ke arah terletaknya cafe hotel itu.

            Dari jauh Umie sudah nampak Rubina duduk di salah meja makan yang terletak di hujung  cafe itu.

            Sorry lambat! Tak ada parking kosong tadi terpaksa la aku round banyak kali.” Umie terus duduk.

            Valet parking kan ada!” Dahi Rubina berkerut.

            “Mahal!” jawab Umie separuh berbisik agar tiada orang dengar.

            “ Tak sangka kawan aku seorang ini kedekut giler!” Rubina menggelengkan kepala. Duit berkepuk-kepuk dalam bank.

            Umie tersengih.

            So lunch hari ini kita berdua saja la.” Umie bersuara.

            Last minute Jazlin ada meeting kat JB. Kau ingat minggu depan kau kena hadir board meeting TZ Group.”

            “Wajib ke? Aku malas nak pergi. Bosan!” jawab Umie. Air muka terus berubah. Ikutkan hati dia malas nak hadiri. Asyik cakap pasal hal yang sama saja. Mengantuk betul.

            “Malas? Semua benda kau malas? Kau jangan nak buat hal dengan aku! ” Rubina menjegil matanya. Ini bukan pertama kali Umie buat hal. Tahun lepas, Umie sanggup berpura-pura sakit semata-mata nak mengelak dari hadiri mesyuarat ahli lembaga pengarah tapi kantoi. Dia tetap paksa Umie hadir.

            “Tahun lepas kan aku dah pergi, apa kata kau kecualikan aku tahun ini! Please!” Umie merayu. Dia cuba membuat muka kasihan meraih simpati agar dapat mengubah fikiran Rubina.

            Rubina mendengus kuat.

            “ Tahun lepas nyaris-nyaris aku tertipu dengan helah kau. Dah, tahun ini aku tak nak dengar apa-apa alasan. Last warning, jangan nak buat kerja gila. Kau ingat kau seorang boleh buat kerja gila, aku pun boleh buat jugak la. Aku sanggup cuti semata-mata nak ikut kau 24 jam sampai tibanya hari mesyuarat lembaga pengarah. Kau nak ke?” ugut Rubina. Dia tahu pasti otak Umie sedang berfikir idea untuk lepaskan diri.

            Mulut Umie terus senget. Macam tahu-tahu saja dia tengah berfikir! Hakikatnya dia hanya mewakili abang saja. Menyesal sebab setuju gantikan tempat Syed Hadwan.

            Like or not! Kau kena hadir.”

            “Kau perangai tak ubah macam diktator.” Umie menjawab.

            Rubina tersenyum melihat Umie bermasam muka.

            “Aaa…. Satu lagi, dua hari lepas Raid balik! Soalan dia pelik betul!” kata Rubina secara tiba-tiba. Soalan adiknya itu masih segar.

            “Raid tanya pasal apa?” Pada mulanya Umie ingin merajuk terus ubah fikiran. Teringat adik lelaki Rubina yang belajar kat New York.

            “ Raid tanya aku macam ini! Kak Jazlin dah tahu hal sebenar ke? Aku terkejut lepas tu aku tanya hal sebenar tu apa? Raid terus tergagap-gagap lepas tu sehingga sekarang Raid elakkan diri dari aku. Kau tak rasa curiga ke bila adik kau tanya macam tu? Macam ada sesuatu yang Raid tahu tapi kita tak tahu!” jelas Rubina. Hidung mula berbau macam ada sesuatu tak kena.

            “Kau rasa ?” Dahi Umie berkerut.

            “ Rasanya dah tentu aku tak tahu. Raid MIA sekarang ni! Aku call, tak angkat! Aku mesej, tak jawab. Hati aku tengah panas, berani Raid buat aku macam ni. Tak semudah itu dapat larikan diri dari aku, lubang cacing aku akan cari. Aku nak tahu apa yang Raid tahu.” Rubina mengetap bibir.

            “Wah, malang betul nasib Raid dapat kakak yang menggerunkan macam kau. Mujur la abang-abang aku baik sikit dari kau.” Umie menggelengkan kepala.

            Rubina menjeling pada Umie.  Masih sempat lagi Umie menyindir dia.


Sunday, June 4, 2023

Cintamu Kuburu - Bab 9

 

Bab 9

 

            LOCENG pintu dipetik berulang kali seraya mengetap bibir berulang kali. Jazlin sudah tak sabar nak jumpa dengan Umie. Selepas saja tamat majlis amal tadi, dia terus datang ke rumah Umie. Dia tak sangka Umie akan beredar macam itu saja. Terpaksa la  dia tipu ibunya tadi semata-mata nak cover Umie.

            Pintu dibuka.

            Umie tersengih melihat kedatangan Jazlin. Dia sudah dapat agak pasti Jazlin datang ke rumahnya.

            Cepatnya sampai! Naik jet ke?” kata Umie.

            Not funny! Buka pintu gril cepat!” arah Jazlin.

            Garangnya!” Umie terus membuka pintu grill untuk Jazlin.

            Jazlin meluru masuk ke dalam rumah. Bag tangan jenama Prada terus dibaling ke arah sofa sebaik saja tiba di ruang tamu. Dengan wajah merah padam, Jazlin mencekak pinggang.

            Jangan la marah! Apa kata kau makan dulu! Aku masak gambas al ajillo kegemaran kau.” Umie cuba mengambil hati Jazlin.

            Kau tak payah nak sogok aku dengan makanan. Kau dah janji kan! Kau dah janji nak attend majlis amal sampai majlis tamat. Ini belum mula lagi, kau dah blah. Kau tahu tak, aku terpaksa tipu mama, kata yang kau ada emergency kat bakery, pada halnya bakery kau tutup hari ini. Eee…. Kau ni kan…..” marah Jazlin. Kelopak mata terbuka luas.

            Sorry la Jazlin! Aku … aku….tak niat pun nak mungkir janji cuma aku nampak orang aku kenal sebab itu aku blah.” Umie meletakkan kedua-dua tangannya di dada dan digosok perlahan-lahan. Seikhlas hati memohon maaf.

            Maksud kau , Mr Mystery kau tu! Emiir Carim!”

            Kau tahu?” Umie terkejut.

            Of course la aku tahu! Nama dia lain dari yang lain. Tambah-tambah lagi dia kerja lawyer lepas tu firma guaman dia kat TTDI. Does it ring a bell to you? Of course la!”

            He he he he….. Aku panik! Sebab itu aku blah. Mesti Emiir pelik kalau nampak aku kat majlis tadi.”

            Kenapa pulak kau cakap macam tu? Sepatutnya kau ambil peluang ini dekat dengan Emiir. Berborak ke? Berkenalan dengan Tan Sri Taib, datuk Emiir! Rugi kau lepaskan peluang tadi.” kata Jazlin. Tiba-tiba saja hilang rasa marah dia.

            Aku ingatkan Emiir tu orang biasa saja, tak sangka pulak dia datang dari affluent family.” kata Umie dengan keluhan.

            Kan bagus kalau macam tu! Sama-sama datang dari keluarga berada. Kau dah lupa ke? Siapa family kau? Tapi …. family Emiir tu, rumit sikit. Tan Sri Taib okey cuma ibu bapa Emiir tu yang ada problem sikit.” Jazlin yang mulanya menyokong kemudian air muka berubah apabila mengingatkan gossip pasal Dato’ Emran dan Datin Melati.

            Aku tahu! Ayah Emiir tu kaki perempuan.” kata Umie.

            Macam mana kau tahu?” Jazlin terkejut.

            Meja sebelah aku tadi, dua orang datin asyik bergossip pasal Tan Sri Taib. Lepas tu datin-datin tu mula bercakap pasal aku dan family aku! Itu salah satu sebab aku blah. Tapi kan pasal Datin Melati, aku tak berapa dengar apa datin-datin tu gossip. Siap bisik-bisik lagi la. Datin Melati ada masalah apa sebenarnya?” tanya Umie. Dia ingin tahu sangat-sangat.

            Jazlin terus duduk di sofa selepas mengeluh kuat. Soalan Umie membuatkan dia serba salah sama ada nak cerita atau tidak.

            Kenapa? Datin Melati sakit ke? Sakit teruk ke? Kanser?” tanya Umie bertuba-tubi. Dia terus duduk di sebelah Jazlin.

            Bukan la! Sebenarnya Datin Melati tu drinker!”

            Drinker? Maksud kau, alcoholic!” Wajah Umie berubah.

            Dengan lemah, Jazlin menganggukkan kepala. Satu KL tahu pasal masalah Datin Melati.

            Macam…macam mana boleh jadi macam tu?” tanya Umie.

            Kisahnya panjang!”

            Cerita la!” pujuk Umie. Dia nak tahu sangat pasal keluarga Emiir.

            Datin Melati kahwin dengan Dato’ Emran sebab dipaksa Tan Sri Taib. Masa tu Datin Melati dah ada boyfriend tetapi Tan Sri Taib buat macam-macam sampai Datin Melati berpisah. Selepas kahwin, rumahtangga mereka memang tak bahagia lebih-lebih lagi selepas dapat tahu Dato’ Emran sebenarnya ada perempuan simpanan. Bukan seorang tapi tiga orang.”

            What!”

            Dato’ Emran tu kahwin pun sebab perlukan pelaburan untuk syarikat dia. Dia berlakon saja sukakan Datin Melati. Tan Sri Taib tertipu dengan lakonan Dato’ Emran. Lepas dah tahu perangai Dato’ Emran, semuanya dah terlambat. Tan Sri Taib menyesal tak sudah. Datin Melati pulak memang tak dapat lupakan ex-boyfriend dia. Hari-hari Datin Melati bergaduh dengan Dato’ Emran tiap kali jumpa. Walaupun Emiir lahir, hubungan mereka tetap sama. Emiir membesar tanpa kasih sayang mereka berdua.”

            Kasihan kat Emiir!” Mendengar pasal kisah keluarga Emiir membuatkan Umie rasa simpati.

            Lepas tu kan! Aku baru teringat, Datin Melati lari dari rumah sebab dapat tahu exboyfriend dia menetap di Hawaii. Masa tu umur Emiir sepuluh tahun, Datin Melati tinggalkan Emiir macam tu saja semata-mata nak bersama dengan exboyfriend dia semula. Tan Sri Taib terus bawa Emiir tinggal dengan dia.”

            Masa tu Datin Melati dah bercerai ke?”

            Tak la! Dia masih lagi isteri Dato’ Emran. Dia tinggal kat Hawaii setahun saja. Exboyfriend dia masa tu dah berkahwin pun. Dah ada dua orang anak. Datin Melati memang nak balik semula kat exboyfriend dia. Sanggup nak jadi isteri no dua! Macam-macam la Datin Melati buat supaya exboyfriend dia tu terima dia semula. Sebab tak tahan dengan perangai Datin Melati, exboyfriend dia hubungi Tan Sri Taib, dia suruh Tan Sri Taib bawa Datin Melati balik Malaysia. Lepas Tan Sri Taib bawa Datin Melati balik, sejak itu Datin Melati mula minum. Hidup Datin Melati hanya dengan minum minuman keras. Tan Sri Taib hantar Datin Melati buat treatment. Asyik keluar masuk tapi hasilnya tetap saja Datin Melati tetap minum. Kalau tak silap aku, Datin Melati baru saja lepas treatment kat luar negara. Mama ada cakap kat aku nak pergi melawat Datin Melati minggu depan.” cerita Jazlin dengan panjang lebar.

            Family kau memang rapat dengan family Emiir ke?”

            Lebih kurang macam tu la. Mama aku kawan dengan Datin Melati sejak bangku sekolah lagi. Eh…. Mama kau mesti kenal Datin Melati! Mama kau kan satu sekolah dengan mama aku.”

            Ya tak ya jugak.” jawab Umie.

            Eh, sekejap! Rasanya tujuan sebenar aku ke sini nak marah kau tapi kenapa pulak kita bincang pasal Emiir!” kata Jazlin. Dia baru sedar yang dirinya sudah tersimpang jauh. Direnung tepat ke arah Umie yang duduk di sebelah dia.

            Umie terus memaut lengan Jazlin.

            Cik Raja Jazlin yang cantik menawan! Jangan la marah! Aku minta maaf kat kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Nanti aku akan jumpa Auntie Jane, minta maaf jugak. Sekarang ni jom makan! Gambas kalau dah sejuk, tak sedap dah. Jom!” Umie membuat wajah comel seraya memujuk hati Jazlin.

            Aku makan sebab tak nak bazir. Aku masih marah kat kau lagi, tahu tak!” kata Jazlin.

            Aku tahu! Aku tahu!” kata Umie. Dalam masa dia tersenyum. Marah Jazlin selalunya sekejap saja.

            Jazlin terus bangun dan berjalan ke arah ruang dapur Umie. Dia menelan air liur selepas lihat makanan kegemaran dia siap terhidang di atas meja empat segi itu.

 

                                                        ********************

            UMIE yang duduk di hadapan Jazlin tersengih apabila melihat Umie makan sehingga licin. Hakikatnya dia cemburu dengan Jazlin. Makan banyak macam mana pun, Jazlin tetapi maintain slim. Kalau dia makan macam tu, kenalah lari sejam kat treadmmill.

            Alhamdulillah! Perut aku ni mesti gembira selepas makan masakkan kau. Tiada siapa dapat tandingi hasil tangan kau. Mama aku pun kalah dengan kau. Apa kata kau jadi main chef family aku?” kata Jazlin dengan menggosok perutnya yang sedikit buncit.

            Banyak cantik muka kau! Aku dah banyak kali nak ajar kau masak kan! Bila orang nak turun ilmu kat dia, macam -macam alasan bagi. Sibuk la! Ada appointment la! Meeting la! Dating la! Kau kena ingat, kau dah nak kahwin tahun depan! Takkan la kau nak bagi Uzir tu makan bread toast hari-hari. Aku boleh ajar kau! Free lagi! Satu sen kau tak payah bayar!” kata Umie dengan panjang lebar.

            Bukannya aku tak belajar, aku tak ada bakat memasak macam kau. Aku masak apa pun, tak pernah sedap. Aku ni ikut mama aku! Bab memasak memang fail.” Jazlin menjawab. Hakikatnya dia malas nak memasak.

            Jangan nak salahkan Auntie Jane pulak! Malas memasak cakap ja, tak payah nak bagi alasan panjang menjela.” Mulut Umie terus senget.

            Jazlin ketawa kecil.

            Selepas ini apa plan kau? Kau kan pernah cakap, kau nak kahwin dengan orang biasa-biasa saja. Tapi Emiir tu bukan dari keluarga yang biasa-biasa. Keluarga Tan Sri Taib berpengaruh jugak. Ada nama dan ada pangkat. Saudara mara Tan Sri Taib banyak terlibat dengan dunia politik. So apa keputusan kau? Nak tarik diri lepas tu cari orang lain?” kata Jazlin selepas ketawanya habis.

            Tarik diri? Cari orang lain? Hello! Aku ni serius dengan Emiir tu! Kau tahu kan Emiir cinta pertama aku! Aku mana pernah jatuh cinta sebelum ini. Mustahil la aku nak lepaskan Emiir.” Umie terkejut apabila Jazlin cakap macam itu.

            Habis tu kenapa kau lari tadi? Kau patut bersemuka dengan Emiir dan Tan Sri Taib.” tanya Jazlin. Dalam masa yang sama, dia tertanya-tanya sama ada Umie serius pasal Emiir.

            Aku terkejut, Jazlin! Aku tak dapat nak fikir masa itu. Tapi itu tak bermakna cinta aku main-main. Ya, memang aku ada cakap aku nak kahwin dengan orang biasa tapi kalau boleh! Kalau dah jodoh aku dengan Emiir, aku terima saja. Dah nama cinta, buruk baik aku terima. Dalam dunia ni mana ada orang perfect, Jazlin!”  jawab Umie.

            Tapi abang-abang kau macam mana? Mereka setuju ke? Emiir tu memang okey sebab aku tak pernah dengar apa-apa gossip pun pasal Emiir sebelum ini. Masalah sekarang ni, Dato Emran dengan Datin Melati.  Seorang kaki perempuan, seorang pulak kaki mabuk! Dapat ke abang-abang kau terima? Kau tahu kan perangai mereka berdua macam mana!” Jazlin cuba mengingatkan Umie tentang abang-abang Umie yang terlalu protective itu. Dia tak pernah jumpa mereka berdua tetapi dari apa yang dia dengar dari Umie, mereka berdua bukan sebarangan orang.

            Pasal abang-abang aku, tahu la aku handle nanti. Kau tak payah la bimbang. Belum apa lagi, kau dah fikir sampai ke situ! Aku ni belum couple lagi dengan Emiir.” Umie tersenyum. Dia tahu apa yang Jazlin bimbangkan!

            Aku hanya nak kau happy, Umie! Aku akan sokong kau seratus peratus!” Jazlin turut sama tersenyum.

            Thank you! Kau memang BFF aku dunia akhirat!” Umie mengenyitkan matanya pada Jazlin.

            So next!” kata Jazlin secara tiba-tiba.

            Next apa?” Umie terkejut.

            Desert la! Aku nak churros with chocolate sauce.” jawab Jazlin.

            Banyak la kau punya desert! Ada hati nak churros pulak. Dah! Dah! Bangun cepat. Dah pukul 6.30 petang. Nanti kau sampai rumah, dah nak dekat maghrib.” Umie terus bangun.

            Laaa… Takkan tak ada desert kot!” Jazlin merengek dengan muka masam.

            No desert! Balik cepat! Kau ni bab melantak, tak ingat dunia langsung!”  Umie menggelengkan kepala melihat perangai Jazlin. Dikutip satu persatu pinggan kosong atas meja tadi. Kalau ikutkan permintaan Jazlin, sampai tengahmalam Jazlin tak balik. Dalam masa yang sama, Umie mengingatkan semula apa yang Jazlin cakapkan tadi. Dia teringatkan dua orang abangnya, Syed Hadwan dan Syed Hulmdi.

           

                                                ***************************

            JAZLIN berdiri di hadapan pintu lif seraya menyanyi. Diangkat bag kertas yang ada di tangannya. Dia gembira selepas mendapat kek pandan dari Umie. Tak sabar nak makan dengan ibunya nanti.

            Pintu lif terbuka sebaik saja tiba di tingkat 10.

            Air muka Jazlin berubah dan terus berhenti menyanyi. Suasana sunyi sepi beberapa saat. Dia mula maniskan wajahnya.

            Encik Emiir! Tak sangka kita jumpa lagi hari ini. Dua kali kita jumpa kan!” Jazlin cuba beramah mesra. Dia tak pernah terfikir pun nak jumpa Emiir.

            Emiir hanya memandang Jazlin tanpa senyuman.

            Jazlin masih tersenyum.

            Nak naik ke tak?” Akhirnya Emiir bersuara.

            Aaa… Tak per! I nak turun! Better I tunggu lif satu lagi. Nice meeting you again.” kata Jazlin.

            Emiir hanya menganggukkan kepala.

            Pintu lif ditutup.

            Jazlin menarik nafas lega. Baru rasa boleh bernafas.

            Wah! Sikit pun tak senyum kat aku. Dingin habis! Macam tak sepadan saja dengan Umie.” Dahi Jazlin berkerut. Mereka berdua bagaikan langit dan bumi.

            Pintu lif satu lagi terbuka. Jazlin terus masuk.

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...