Sunday, June 4, 2023

Cintamu Kuburu - Bab 9

 

Bab 9

 

            LOCENG pintu dipetik berulang kali seraya mengetap bibir berulang kali. Jazlin sudah tak sabar nak jumpa dengan Umie. Selepas saja tamat majlis amal tadi, dia terus datang ke rumah Umie. Dia tak sangka Umie akan beredar macam itu saja. Terpaksa la  dia tipu ibunya tadi semata-mata nak cover Umie.

            Pintu dibuka.

            Umie tersengih melihat kedatangan Jazlin. Dia sudah dapat agak pasti Jazlin datang ke rumahnya.

            Cepatnya sampai! Naik jet ke?” kata Umie.

            Not funny! Buka pintu gril cepat!” arah Jazlin.

            Garangnya!” Umie terus membuka pintu grill untuk Jazlin.

            Jazlin meluru masuk ke dalam rumah. Bag tangan jenama Prada terus dibaling ke arah sofa sebaik saja tiba di ruang tamu. Dengan wajah merah padam, Jazlin mencekak pinggang.

            Jangan la marah! Apa kata kau makan dulu! Aku masak gambas al ajillo kegemaran kau.” Umie cuba mengambil hati Jazlin.

            Kau tak payah nak sogok aku dengan makanan. Kau dah janji kan! Kau dah janji nak attend majlis amal sampai majlis tamat. Ini belum mula lagi, kau dah blah. Kau tahu tak, aku terpaksa tipu mama, kata yang kau ada emergency kat bakery, pada halnya bakery kau tutup hari ini. Eee…. Kau ni kan…..” marah Jazlin. Kelopak mata terbuka luas.

            Sorry la Jazlin! Aku … aku….tak niat pun nak mungkir janji cuma aku nampak orang aku kenal sebab itu aku blah.” Umie meletakkan kedua-dua tangannya di dada dan digosok perlahan-lahan. Seikhlas hati memohon maaf.

            Maksud kau , Mr Mystery kau tu! Emiir Carim!”

            Kau tahu?” Umie terkejut.

            Of course la aku tahu! Nama dia lain dari yang lain. Tambah-tambah lagi dia kerja lawyer lepas tu firma guaman dia kat TTDI. Does it ring a bell to you? Of course la!”

            He he he he….. Aku panik! Sebab itu aku blah. Mesti Emiir pelik kalau nampak aku kat majlis tadi.”

            Kenapa pulak kau cakap macam tu? Sepatutnya kau ambil peluang ini dekat dengan Emiir. Berborak ke? Berkenalan dengan Tan Sri Taib, datuk Emiir! Rugi kau lepaskan peluang tadi.” kata Jazlin. Tiba-tiba saja hilang rasa marah dia.

            Aku ingatkan Emiir tu orang biasa saja, tak sangka pulak dia datang dari affluent family.” kata Umie dengan keluhan.

            Kan bagus kalau macam tu! Sama-sama datang dari keluarga berada. Kau dah lupa ke? Siapa family kau? Tapi …. family Emiir tu, rumit sikit. Tan Sri Taib okey cuma ibu bapa Emiir tu yang ada problem sikit.” Jazlin yang mulanya menyokong kemudian air muka berubah apabila mengingatkan gossip pasal Dato’ Emran dan Datin Melati.

            Aku tahu! Ayah Emiir tu kaki perempuan.” kata Umie.

            Macam mana kau tahu?” Jazlin terkejut.

            Meja sebelah aku tadi, dua orang datin asyik bergossip pasal Tan Sri Taib. Lepas tu datin-datin tu mula bercakap pasal aku dan family aku! Itu salah satu sebab aku blah. Tapi kan pasal Datin Melati, aku tak berapa dengar apa datin-datin tu gossip. Siap bisik-bisik lagi la. Datin Melati ada masalah apa sebenarnya?” tanya Umie. Dia ingin tahu sangat-sangat.

            Jazlin terus duduk di sofa selepas mengeluh kuat. Soalan Umie membuatkan dia serba salah sama ada nak cerita atau tidak.

            Kenapa? Datin Melati sakit ke? Sakit teruk ke? Kanser?” tanya Umie bertuba-tubi. Dia terus duduk di sebelah Jazlin.

            Bukan la! Sebenarnya Datin Melati tu drinker!”

            Drinker? Maksud kau, alcoholic!” Wajah Umie berubah.

            Dengan lemah, Jazlin menganggukkan kepala. Satu KL tahu pasal masalah Datin Melati.

            Macam…macam mana boleh jadi macam tu?” tanya Umie.

            Kisahnya panjang!”

            Cerita la!” pujuk Umie. Dia nak tahu sangat pasal keluarga Emiir.

            Datin Melati kahwin dengan Dato’ Emran sebab dipaksa Tan Sri Taib. Masa tu Datin Melati dah ada boyfriend tetapi Tan Sri Taib buat macam-macam sampai Datin Melati berpisah. Selepas kahwin, rumahtangga mereka memang tak bahagia lebih-lebih lagi selepas dapat tahu Dato’ Emran sebenarnya ada perempuan simpanan. Bukan seorang tapi tiga orang.”

            What!”

            Dato’ Emran tu kahwin pun sebab perlukan pelaburan untuk syarikat dia. Dia berlakon saja sukakan Datin Melati. Tan Sri Taib tertipu dengan lakonan Dato’ Emran. Lepas dah tahu perangai Dato’ Emran, semuanya dah terlambat. Tan Sri Taib menyesal tak sudah. Datin Melati pulak memang tak dapat lupakan ex-boyfriend dia. Hari-hari Datin Melati bergaduh dengan Dato’ Emran tiap kali jumpa. Walaupun Emiir lahir, hubungan mereka tetap sama. Emiir membesar tanpa kasih sayang mereka berdua.”

            Kasihan kat Emiir!” Mendengar pasal kisah keluarga Emiir membuatkan Umie rasa simpati.

            Lepas tu kan! Aku baru teringat, Datin Melati lari dari rumah sebab dapat tahu exboyfriend dia menetap di Hawaii. Masa tu umur Emiir sepuluh tahun, Datin Melati tinggalkan Emiir macam tu saja semata-mata nak bersama dengan exboyfriend dia semula. Tan Sri Taib terus bawa Emiir tinggal dengan dia.”

            Masa tu Datin Melati dah bercerai ke?”

            Tak la! Dia masih lagi isteri Dato’ Emran. Dia tinggal kat Hawaii setahun saja. Exboyfriend dia masa tu dah berkahwin pun. Dah ada dua orang anak. Datin Melati memang nak balik semula kat exboyfriend dia. Sanggup nak jadi isteri no dua! Macam-macam la Datin Melati buat supaya exboyfriend dia tu terima dia semula. Sebab tak tahan dengan perangai Datin Melati, exboyfriend dia hubungi Tan Sri Taib, dia suruh Tan Sri Taib bawa Datin Melati balik Malaysia. Lepas Tan Sri Taib bawa Datin Melati balik, sejak itu Datin Melati mula minum. Hidup Datin Melati hanya dengan minum minuman keras. Tan Sri Taib hantar Datin Melati buat treatment. Asyik keluar masuk tapi hasilnya tetap saja Datin Melati tetap minum. Kalau tak silap aku, Datin Melati baru saja lepas treatment kat luar negara. Mama ada cakap kat aku nak pergi melawat Datin Melati minggu depan.” cerita Jazlin dengan panjang lebar.

            Family kau memang rapat dengan family Emiir ke?”

            Lebih kurang macam tu la. Mama aku kawan dengan Datin Melati sejak bangku sekolah lagi. Eh…. Mama kau mesti kenal Datin Melati! Mama kau kan satu sekolah dengan mama aku.”

            Ya tak ya jugak.” jawab Umie.

            Eh, sekejap! Rasanya tujuan sebenar aku ke sini nak marah kau tapi kenapa pulak kita bincang pasal Emiir!” kata Jazlin. Dia baru sedar yang dirinya sudah tersimpang jauh. Direnung tepat ke arah Umie yang duduk di sebelah dia.

            Umie terus memaut lengan Jazlin.

            Cik Raja Jazlin yang cantik menawan! Jangan la marah! Aku minta maaf kat kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Nanti aku akan jumpa Auntie Jane, minta maaf jugak. Sekarang ni jom makan! Gambas kalau dah sejuk, tak sedap dah. Jom!” Umie membuat wajah comel seraya memujuk hati Jazlin.

            Aku makan sebab tak nak bazir. Aku masih marah kat kau lagi, tahu tak!” kata Jazlin.

            Aku tahu! Aku tahu!” kata Umie. Dalam masa dia tersenyum. Marah Jazlin selalunya sekejap saja.

            Jazlin terus bangun dan berjalan ke arah ruang dapur Umie. Dia menelan air liur selepas lihat makanan kegemaran dia siap terhidang di atas meja empat segi itu.

 

                                                        ********************

            UMIE yang duduk di hadapan Jazlin tersengih apabila melihat Umie makan sehingga licin. Hakikatnya dia cemburu dengan Jazlin. Makan banyak macam mana pun, Jazlin tetapi maintain slim. Kalau dia makan macam tu, kenalah lari sejam kat treadmmill.

            Alhamdulillah! Perut aku ni mesti gembira selepas makan masakkan kau. Tiada siapa dapat tandingi hasil tangan kau. Mama aku pun kalah dengan kau. Apa kata kau jadi main chef family aku?” kata Jazlin dengan menggosok perutnya yang sedikit buncit.

            Banyak cantik muka kau! Aku dah banyak kali nak ajar kau masak kan! Bila orang nak turun ilmu kat dia, macam -macam alasan bagi. Sibuk la! Ada appointment la! Meeting la! Dating la! Kau kena ingat, kau dah nak kahwin tahun depan! Takkan la kau nak bagi Uzir tu makan bread toast hari-hari. Aku boleh ajar kau! Free lagi! Satu sen kau tak payah bayar!” kata Umie dengan panjang lebar.

            Bukannya aku tak belajar, aku tak ada bakat memasak macam kau. Aku masak apa pun, tak pernah sedap. Aku ni ikut mama aku! Bab memasak memang fail.” Jazlin menjawab. Hakikatnya dia malas nak memasak.

            Jangan nak salahkan Auntie Jane pulak! Malas memasak cakap ja, tak payah nak bagi alasan panjang menjela.” Mulut Umie terus senget.

            Jazlin ketawa kecil.

            Selepas ini apa plan kau? Kau kan pernah cakap, kau nak kahwin dengan orang biasa-biasa saja. Tapi Emiir tu bukan dari keluarga yang biasa-biasa. Keluarga Tan Sri Taib berpengaruh jugak. Ada nama dan ada pangkat. Saudara mara Tan Sri Taib banyak terlibat dengan dunia politik. So apa keputusan kau? Nak tarik diri lepas tu cari orang lain?” kata Jazlin selepas ketawanya habis.

            Tarik diri? Cari orang lain? Hello! Aku ni serius dengan Emiir tu! Kau tahu kan Emiir cinta pertama aku! Aku mana pernah jatuh cinta sebelum ini. Mustahil la aku nak lepaskan Emiir.” Umie terkejut apabila Jazlin cakap macam itu.

            Habis tu kenapa kau lari tadi? Kau patut bersemuka dengan Emiir dan Tan Sri Taib.” tanya Jazlin. Dalam masa yang sama, dia tertanya-tanya sama ada Umie serius pasal Emiir.

            Aku terkejut, Jazlin! Aku tak dapat nak fikir masa itu. Tapi itu tak bermakna cinta aku main-main. Ya, memang aku ada cakap aku nak kahwin dengan orang biasa tapi kalau boleh! Kalau dah jodoh aku dengan Emiir, aku terima saja. Dah nama cinta, buruk baik aku terima. Dalam dunia ni mana ada orang perfect, Jazlin!”  jawab Umie.

            Tapi abang-abang kau macam mana? Mereka setuju ke? Emiir tu memang okey sebab aku tak pernah dengar apa-apa gossip pun pasal Emiir sebelum ini. Masalah sekarang ni, Dato Emran dengan Datin Melati.  Seorang kaki perempuan, seorang pulak kaki mabuk! Dapat ke abang-abang kau terima? Kau tahu kan perangai mereka berdua macam mana!” Jazlin cuba mengingatkan Umie tentang abang-abang Umie yang terlalu protective itu. Dia tak pernah jumpa mereka berdua tetapi dari apa yang dia dengar dari Umie, mereka berdua bukan sebarangan orang.

            Pasal abang-abang aku, tahu la aku handle nanti. Kau tak payah la bimbang. Belum apa lagi, kau dah fikir sampai ke situ! Aku ni belum couple lagi dengan Emiir.” Umie tersenyum. Dia tahu apa yang Jazlin bimbangkan!

            Aku hanya nak kau happy, Umie! Aku akan sokong kau seratus peratus!” Jazlin turut sama tersenyum.

            Thank you! Kau memang BFF aku dunia akhirat!” Umie mengenyitkan matanya pada Jazlin.

            So next!” kata Jazlin secara tiba-tiba.

            Next apa?” Umie terkejut.

            Desert la! Aku nak churros with chocolate sauce.” jawab Jazlin.

            Banyak la kau punya desert! Ada hati nak churros pulak. Dah! Dah! Bangun cepat. Dah pukul 6.30 petang. Nanti kau sampai rumah, dah nak dekat maghrib.” Umie terus bangun.

            Laaa… Takkan tak ada desert kot!” Jazlin merengek dengan muka masam.

            No desert! Balik cepat! Kau ni bab melantak, tak ingat dunia langsung!”  Umie menggelengkan kepala melihat perangai Jazlin. Dikutip satu persatu pinggan kosong atas meja tadi. Kalau ikutkan permintaan Jazlin, sampai tengahmalam Jazlin tak balik. Dalam masa yang sama, Umie mengingatkan semula apa yang Jazlin cakapkan tadi. Dia teringatkan dua orang abangnya, Syed Hadwan dan Syed Hulmdi.

           

                                                ***************************

            JAZLIN berdiri di hadapan pintu lif seraya menyanyi. Diangkat bag kertas yang ada di tangannya. Dia gembira selepas mendapat kek pandan dari Umie. Tak sabar nak makan dengan ibunya nanti.

            Pintu lif terbuka sebaik saja tiba di tingkat 10.

            Air muka Jazlin berubah dan terus berhenti menyanyi. Suasana sunyi sepi beberapa saat. Dia mula maniskan wajahnya.

            Encik Emiir! Tak sangka kita jumpa lagi hari ini. Dua kali kita jumpa kan!” Jazlin cuba beramah mesra. Dia tak pernah terfikir pun nak jumpa Emiir.

            Emiir hanya memandang Jazlin tanpa senyuman.

            Jazlin masih tersenyum.

            Nak naik ke tak?” Akhirnya Emiir bersuara.

            Aaa… Tak per! I nak turun! Better I tunggu lif satu lagi. Nice meeting you again.” kata Jazlin.

            Emiir hanya menganggukkan kepala.

            Pintu lif ditutup.

            Jazlin menarik nafas lega. Baru rasa boleh bernafas.

            Wah! Sikit pun tak senyum kat aku. Dingin habis! Macam tak sepadan saja dengan Umie.” Dahi Jazlin berkerut. Mereka berdua bagaikan langit dan bumi.

            Pintu lif satu lagi terbuka. Jazlin terus masuk.

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...