Friday, April 3, 2020

Calon Menantu Cikgu Hawa - Bab 3


Bab 3

            Mangkuk besar yang berisi bihun goreng diletakkan di atas meja makan. Mata Talia meliar melihat apa yang terhidang, dia perlu pastikan semuanya sudah siap tersedia sebelum panggil semua orang turun makan.

            “Semua dah complete ke? Tak ada yang termiss ke? Nanti tak pasal-pasal pulak dengar leteran Tok Ma Talia tu….” Puan Eton muncul .Dia sudah selesaikan semua kerjanya di dapur. “ aaaa… Tak Ma Talia mana? Dah turun ke?” Puan Eton terus panjangkan lehernya mencari kelibat ibu mentuanya.

            “Dah. Ada kat luar.  Kata nak ambil angin.”

            “Ambil angin ke buat inspection?” kata Puan Eton. Ini mesti ibu mentuanya sedang cari kesalahan dia kat luar rumah. Kalau ada benda yang tak puas hati, dengarlah leteran ibu mentuanya nanti. Sebab itulah semua adik iparnya tak suka kedatangan ibu mentuanya itu.

            Talia hanya mampu tersenyum.

            “Mak mana?” Encik Wahid muncul di ruang makan bersama Mukriz.

            “Kat luar.” Jawab Puan Eton.

            “Mukriz, panggil Tok Ma makan!” arah Encik Wahid.

            Mendengar arahan ayahnya, Mukriz terus keluar mencari neneknya.

            Beberapa minit kemudian, Mukriz masuk bersama Tok Ma Midah.

            “Eton! Pokok bunga kertas hang kat garaj kereta tu, awat tak berbunga lagi. Dah beberapa kali aku mai, asyik tak berbunga saja. Hang tak letak baja ka?” Tok Ma Midah bersuara apabila jejakkan kaki di ruang makan. Mata tepat merenung Puan Eton.

            “Oooo…. Yang tu?  Dah berbunga , baru saja beberapa hari lepas, Eton potong batang pokok bunga kertas tu. Nak bagi berbunga balik….” Jawab Puan Eton. Dah agak dah, mesti buat spot check kat luar rumah. Kali ini bab bunga kertas pulak.

            “ Mak ni sudah-sudah la tu, mai makan cepat. Nanti bihun goreng ni dah sejuk, tak sedap makan pulak.” Encik Wahid mencelah dengan cepat. Dia dekati ibunya dan menarik ibunya ke kerusi.

            Puan Eton menarik nafas lega apabila suaminya menyelamatkan dirinya dari bebelan ibu mentuanya.

            “Tok Ma, duduklah! Cuba rasa bihun goreng ni, sedap tau! Talia yang masak.”  Talia terus letakkan pinggan berisi bihun goreng di hadapan neneknya

            Tok Ma Midah tersenyum. Dia terus duduk di kerusi. “ Terima kasih…. Kalau hang masak confirm sedap!”

            Talia ketawa kecil.

            Selepas dua puluh minit, mereka selesai makan sarapan pagi.

            “Nanti lepas dah kemas semua, aku nak jumpa semua orang kat ruang tamu. Ada benda aku nak cakap.” Kata Tok Ma Midah apabila bangun. Dia terus berlalu pergi.

            “Mak nak cakap apa, abang?” Puan Eton terus pandang suaminya.

            “Manalah abang tahu. Cepat kemas!” kata Encik Wahid. Dia sendiri tertanya-tanya. Dia terus bangun dan tinggalkan ruang makan.

            “Mak! Suspens betul bila Tok Mak cakap macam tu? Entah-entah Tok Ma nak kahwin lain.” kata Mukriz diakhiri dengan ketawa.

            “Hish… Jangan nak merepek bukan-bukan!” Puan Eton geleng kepala beberapa kali. Dia melihat ke arah Talia yang sedang mengemas meja makan. Ternyata anak perempuannya itu tak ambil peduli langsung.

                                    ***********************************

            Talia berlari anak-anak ke ruang tamu. Semua orang sudah berkumpul di ruang tamu. Hanya dia seorang saja sibuk basuh pinggang di dapur basah tadi. Selepas selesaikan tugasnya, dia segera ke situ. Dia bimbang jika buat semua orang tertunggu-tunggu.

            “Maaf lambat!” kata Talia. Dia duduk di sebelah Mukriz.

            “Hmm… Okey! Semua orang dah ada. Aku sebenarnya ada benda nak cakap kat hampa semua.” Tok Ma Midah memulakan bicaranya.

            “Aku ada kawan, nama dia Datin Maimun. Kami dah 50 tahun berkawan. Hang kenal kan dengan Datin Maimun, Wahid?” Tok Ma Midah pandang ke arah Encik Wahid.

            “Auntie Maimun yang tinggal kat Sg. Petani tu ke? Mak Hawa?” Encik Wahid nampak terkejut.

            “Yaaa….” Jawab Tok Ma Midah. “ Dia tengah cari calon menantu untuk anak sulung Hawa, Amir! Jadi mak cadangkan Talia jadi calon menantu Amir!”

            “Apa!” Talia terkejut. Mata terbuka luas dan mulut sedikit ternganga. Nak luruh jantung dibuatnya.

            Encik Wahid, Puan Eton dan Mukriz turut sama terkejut dengan kata-kata Tok Ma Midah. Dipandang tepat ke arah Talia.

            “Masa kita pi umrah nanti, Talia pi Sg. Petani dan tinggal di rumah Hawa seminggu. Hawa nak kenal-kenal dulu Talia.”

            “Mak! Patutnya mak bincang dulu dengan kami.  Ini tak, mak sesuka hati saja setuju bagi pihak Talia.” Encik Wahid bersuara. Nampak tak puas hati dengan sikap ibunya.

            “Nak bincang apa? Aku kenal keluarga mereka. Mereka dari keluarga baik-baik. Hang pun kenal Hawa kan! Hampa ka satu sekolah dulu!”

            “Mak, soal kahwin ni perkara serius. Talia muda lagi. Baru jer habis belajar…. Kerja pun belum lagi. Takkanlah nak terus kahwin kut!” Puan Eton turut sama bersuara.

            “ Talia cucu aku. Dah tentu aku nak yang terbaik untuk Talia.  Takkanlah aku nak cari lelaki yang tak senonoh untuk dijadikan suami Talia. Amir tu kerja arkitek kat KL ni. Mak pernah jumpa Amir dua tahun lepas. Budaknya sopan santun. Sesuai sangat dengan Talia. Lagipun bukan Talia seorang saja calon isteri untuk Amir. Ada dua orang lagi calon isteri untuk Amir.”

            “Apa!” kata Encik Wahid dan Puan Eton dengan wajah terkejut.

            Talia turut sama tercengang.

            “Maksud Tok Ma ada tiga orang calon isteri untuk Amir tu. Amir tu nak kahwin tiga-tiga orang sekali gus ke?” Mukriz bersuara.

            “Hish…. Kahwin seorang saja la.  Di saat akhir nanti Amir akan buat pilihan yang mana terbaik untuk jadi isteri dia. Hawa akan jadi juri dan pemerhati dalam masa tempoh seminggu tu. Akan ada test nanti. Kiranya tiga-tiga calon akan berlawan antara satu sama lain. Talia adalah calon menantu bagi pihak Datin Maimun.”

            “Mak! Semua ni merepek! Tak pernah dibuat orang.” Bangkang Encik Wahid.

            “Wah….. Nak cari isteri pun seolah-olah compete macam dalam pertandingan ratu cantik pulak.” Kata Mukriz.

            Tok Ma Midah terus jeling pada Mukriz.

            Mukriz terus terdiam. Dia faham jelingan amaran dari neneknya.

            Dahi Talia berkerut. Masalah apa pulak yang jatuh menimpa dirinya kali ini! Dari satu masalah ke masalah lain pula. “ Tok Ma! Talia tak bersedia nak kahwin lagi.  Talia nak ada karier sendiri.” Talia bersuara.

            “ Try ja dulu, Talia. Tak semestinya hang terpilih pun. Pi ja, tak rugi pun. Hang fikir dulu. Hmm…. Aku nak masuk bilik sat, nak rehat sat.” Tok Ma Midah terus bangun dan melangkah keluar ruang tamu.

            Puan Eton menoleh ke arah suaminya. “  Abang, you have to do something! Bincang sekali lagi dengan mak.” Kata Puan Eton. Dia sama sekali tak setuju dengan rancangan ibu mentuanya.

            “Ya! Ya! Nanti abang cakap sekali lagi dengan mak.” Encik Wahid mengetap bibir. Dia terus bangun. “ Mak pun satu, kalau datang sini mesti nak bagi masalah kat orang.” Encik Wahid membebel dan turut sama meninggalkan ruang tamu.

            “Wah, tak lama lagi Talia akan jadi isteri orang la….” Usik Mukriz.

            Talia terus tampar lengan abangnya. “ It’s not funny, abang!”  Wajah Talia serius.

            “ Mukriz, kalau nak bergurau pun…. Agak-agaklah.” Tegur Puan Eton. Fikirannya buntu. Dia tahu kalau ibu mentuanya sudah buat keputusan, tiada sesiapa pun dapat ubahnya.

            Mukriz terdiam. Dia melihat ibu dan adiknya jelas nampak resah. Suasana begitu sunyi.

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...