Saturday, October 13, 2018

Foto Cinta Bab 8


BAB 8

Bazli menarik selimut menutupi kepala apabila dengar pintu bilik diketuk bertubi-tubi. Dia malas nak bangun. Baru saja nak lelap mata. Badannya masih terasa sakit setiap kali bergerak. Ini disebabkan Jasmin semalam. Dihumbannya aku macam aku ni teddy bear. Nasib baik tak patah pinggang aku.

Kali ini dia terdengar namanya dia panggil. “ Aduh … apa pulak kali ni?”  Dengan perlahan-lahan Bazli bangun dan berjalan menuju ke pintu. Sempat lagi melihat jam dinding di bilik. Baru pukul 7.30 pagi. Pintu bilik dibuka.

“Bazli. Ada orang cari Tan Sri. Kak Suri dah bagitau yang Tan Sri tak ada tapi dia bertegas nak tunggu Tan Sri” Beritahu Suri.

“Ikwan mana?” tanya Bazli. Semalam dia tak balik rumah dan bermalam di sini. Dah pukul 2 pagi, memang dah tak larat nak drivel. Lagipun badan ni masih sakit, gara-gara disebabkan Jasmin! Nasib baik Ikwan ada, kalau tak mesti teruk aku kena belasah.

“Lepas subuh dah keluar. Dia kata ada hal kat balai.” Beritahu Suri.

“Hmm… Tak apalah. Lima minit lagi, saya turun. Kak Suri buat air dulu kat dia. Saya nak kena mandi dulu.” Kata Bazli.

“Baiklah!” Suri terus berlalu pergi.

Sepuluh minit kemudian Bazli turun anak tangga dan berjalan menuju ke ruang tamu. Bazli memegang sebelah mata yang lebam dengan berhati-hati. Sakit!  Apalah nasib aku? Bazli sempat lagi mengeluh. Mujurlah dia minta cuti dua hari.

Langkah Bazli terhenti sebaik saja melihat tetamu yang sedang duduk di sofa. Bazli tak percaya dengan kehadiran wanita itu. OMG! Apa dia buat kat sini? Bazli mula gelabah.

“Where is she?” Nana terus bangun dan berjalan pantas dekat dengan Bazli. Wajah Nana serius.  Sebaik saja tiba di KLIA, dia cuba hubungi Jasmin tapi tak diangkat. Selalunya Jasmin jawab call dia. Dia mula risau. Entah-entah Bazli dah tangkap Jasmin.  Apa-apa pun dia mesti cari Jasmin sampai dapat! Tiba-tiba dia teringat Tan Sri Isa. Nasib baik dia ada kawan wartawan, akhirnya dia dapat alamat rumah Tan Sri Isa.

“Aaa… Tak faham. Siapa?” Bazli cuba berlakon. Alamak datang seorang lagi! Memang nasib aku tak baik kebelakangan ni. Dia ni pun spesis macam Jasmin jugak.

“Tak payah nak berlakon dengan I. You tahu siapa I cari kan!” Nada suara ditinggikan. Renungan tajam tepat ke arah Bazli. Sempat lagi nak berlakon, ikutkan hati aku dah lama aku lipat mamat ni masuk dalam almari. “Mana JJ? I tahu JJ dah tiba di Malaysia plus waktu I cakap phone dengan JJ …. Dia dah ada depan rumah dia di Gombak. Dan….. dia cakap ini perangkap you  sebelum dia letak phone. Baik you cakap di mana JJ sekarang ni, kalau tak I call polis. You mesti tak nak hal ni semua orang tahu kan.” Ugut Nana.

Bazli tersenyum sinis secara tiba-tiba. “ Nak report polis! Silakan! I tak kisah. Lagipun polis nak percaya you ke? You hanya kawan baik dia  kalau nak bandingkan dengan Tan Sri Isa. You tak ada bukti yang Jasmin ada sini. So better you balik, maybe dua tiga hari nanti Jasmin call you.”

Kata-kata Bazli buat darahnya mendidih. Dia ingat apa aku ni budak-budak tadika! Nak percaya  cakap dia. “Nope! I takkan berganjak dari sini selagi I tak jumpa JJ. Oh ya …cakap pasal bukti, tu mata you yang lembam tu buktinya. For your info, setiap kali tumbuk orang  … JJ akan tumbuk dekat dengan mata. Macam mata you sekarang ni. So mana JJ sekarang ni?” Giliran Nana tersengih.

“Miss Nana! You ni tak faham bahasa ke? I cakap tak tahu so tak tahu la. Baik you balik sebelum I call polis.”

“Reportlah! I tak takut.” Nana  memulakan langkah untuk mencari Jasmin. Aku yakin Jasmin mesti ada dalam rumah ni. Aku akan cari Jasmin sampai dapat walaupun aku terpaksa geledah  rumah yang sebesar istana ni.  Selagi tak jumpa Jasmin, aku takkan balik. “JJ! JJ! JJ!” jerit Nana sekuat hati.

Bazli cuba menghalang tapi dia jatuh terduduk bila Nana tendang kaki kirinya. “ Aduh! Aduh! Sakitnya.” Bazli mengerang kesakitan. Wajah berubah merah menahan sakit.

Nana membuka bilik satu persatu mencari Jasmin sambil menjerit nama Jasmin. Tapi tiada sesiapa. Dia dah tak kisah kalau ditangkap kerana menceroboh. Naluri kuat mengatakan yang Jasmin ada di sini. Sebaik saja tiba di bilik terakhir, pintu itu berkunci. “ JJ! JJ!” Nana menjerit. Telinga didekati di muka pintu. Dia terdengar suara Jasmin dari dalam dalam.  Simbol pintu dipulas dengan kasar. Digoncang beberapa kali. Nana melihat keadaan sekeliling mencari sesuatu. Dia perlu pecahkan tombol pintu tu.

“You nak buat apa, hah?” jerkah Bazli. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati Nana. Masih rasa sakit dikakinya.  Mereka berdua ni memang patut pun jadi bestfriend… kasar lepas tu suka belasah orang.

“I dengar suara JJ kat dalam tu. Baik you buka pintu ni sebelum I pecahkan pintu ni.”

“Pecahlah kalau you berani. I report polis dan biar you rasa bermalam di lokap.”

“You …. “ Jari telunjuk tepat ke arah Bazli. Nafas Nana turun naik menahan rasa marahnya.

“Apa halnya, Bazli?” Tiba-tiba Ikwan berada di belakang Bazli. Dari jauh lagi dah dengar suara Bazli dan perempuan ni. Tapi siapa perempuan ni? Kebetulan dia tertinggal handphone di dalam bilik sebab itu dia terpaksa balik ambil takut-takut ada call dari informer dia.

“Aaa… Eloklah kau dah balik. Kau tangkap perempuan ni terus bawa balik balai. Dia dah menceroboh.” Bazli menghela nafas lega lihat Ikwan.

“Hey! I tak takut la. I jugak boleh report yang you culik JJ.”

Ikwan menoleh dan melihat wanita yang rambutnya separas bahu.  “Bazli, tu siapa?” tanya Ikwan ingin tahu.

“Miss Nana. Bestfriend Jasmin.” Jawab Bazli acuh tak acuh.

“So … kau bagilah dia masuk. Memang dah terang-terang Jasmin ada dalam bilik tu. Tu aaaa… Kau dengar suara Jasmin tengah menjerit tu. Kau bukalah  bagi Missa Nana masuk. “ kata Ikwan. Dari luar mereka dapat dengar suara JJ menjerit.

“Tapi ….”

“Tak ada tapi-tapi lagi, Bazli. Tok ayah dah naik flight pagi tadi. Sekejap lagi Tok ayah sampai.” Ujur Ikwan. Pagi tadi dia ada terima call dari Tok ayah. Katanya flight dia pukul tujuh pagi dari Jakarta.

Bazli serba salah jadinya. Dia dekati Ikwan. “Lepas aku buka pintu, confirm Jasmin belasah aku.” Bisik Bazli di telinga Ikwan. Tak pasal-pasal nanti sebelah biji mata aku lebam pulak.

“Aaa… baguslah. Kau sendiri yang mulakan semua ni kan. Kau yang culik dia memang patut kau kena. Bukalah pintu tu. Tak payah kau tambah masalah yang dah ada ni. Lagipun Jasmin tak boleh lari mana-mana pun, passort Jasmin ada kat kau kan! Aku nak kena balik semula ke balai. Bazli, make sure kau buka pintu tu.” Tegas Ikwan sebelum berlalu pergi.

Keluhan berat dilepaskan. Bazli memandang Nana yang tersengih mengejek dirinya. Kunci dikeluarkan dari poket seluar. Pintu bilik dibuka.

Nana terus meluru masuk ke dalam bilik. Tanpa membuang masa Bazli tutup semula pintu dan dikunci semula. Badan disandar di muka pintu dan menarik nafas lega. “Nak jumpa sangat kan! Jumpa la.”

                                    ***********************
Langkah Nana terhenti bila pintu ditutup semula. Dia dengar pintu dikunci semula dari luar.  Eee… tak guna betul mamat ni. Patutnya aku heret dia masuk sekali. Biar Jasmin belasah dia. Menyesal pulak tak heret tadi.

“Nana!” Jasmin tersenyum melihat Nana. Dia cuba bangun tapi duduk semula disebabkan kedua-dua tangannya diikat.

“JJ!” Bergegas Nana dekati Jasmin. Dia terkejut bila Jasmin diikat di birai katil. “Siapa ikat you ni? Tak ada hati perut langsung.” Nana terus mengeluarkan pisau swiss army dalam begnya. Ikatan kain itu terputus.

“I’m glad you here!” Jasmin terus memeluk sahabat baiknya. Selepas beberapa saat pelukan terlerai. “Tapi macam mana kau tahu aku kat sini?” tanya Jasmin hairan.

“Well you know me! Aku ada kawan kat Utusan Malaysia. So siapa tak kenal datuk kau kan! Tapi macam mana kau boleh kena ikat macam ni. Selalunya bab belasah orang, kau memang champion.”

“Perli aku nampak! Fuh….. kalau tak disebabkan mamat yang datang entah dari mana tu, dah lama aku blah dari sini. Sakitnya hati aku.” Setiap kali memikirkan kejadian semalam, mesti mendidih hatinya sekarang ni. Siapa lelaki tu? Eee.. seumur hidup aku tak pernah aku dimalukan seperti ini. Kalau aku jumpa kau, siaplah kau nanti.

“Siapa mamat tu? Aku nak sangat tahu siapa dia lelaki yang mampu kalahkan kau!” soal Nana sambil tersengih.

“Jangan nak kenal sangat. Kau datang sini, kau mesti ada plan macam mana nak keluar dari sini kan?”

            Nana menggaru kepala beberapa kali sebelum menjawab soalan Jasmin “Tak ada.” Jawab Nana selamba.

            “Apa!”

            “Aku seorang nak lawan datuk kau! Memang kerja gila. Tak pasal-pasal aku masuk dalam lokap. Lagipun datuk kau dah on the way balik sini. Sekejap lagi sampai. Dah terlambat kau nak lari.” Nana membetulkan posisi duduknya agar lebih selesa.

            “Aaaa… Shhh…”

            “Be careful with your word, young lady!” Nana memberi amaran agar Jasmin tidak mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya.

            “So macam mana ni? Aku tak nak jumpa dia. I hate him. Dia bukan datuk aku.”

            “Suka atau tak kau tetap akan jumpa dia. Kau dengar dulu apa datuk kau nak cakap. Maybe datuk kau nak minta maaf?”

            Jasmin terus bangun dan ketawa kuat. “ Tan Sri Isa nak minta maaf? Kau tak kenal dia macam mana! Dia takkan mengaku kesalahan dia walaupun memang jelas terbukti memang kesalahan dia. Ego dia lebih tinggi dari Gunung Everest, kau tahu tak!” Wajah Jasmin serius.

            “Eee… Kau ni! Belum apa-apa dah prasangka buruk.”

            Tiba-tiba Jasmin menghulurkan tangan kepada Nana.

            Berkerut dahi Nana melihat Jasmin. “Apa!”

            “Aku lapar. Dari semalam aku tak makan! Dalam beg, kau mesti ada snacks kan.” Jasmin memegang perutnya yang tiba-tiba berbunyi. Dia tahu ke mana-mana Nana pergi, Nana pasti akan bawa snacks di dalam begnya.

            “Kau tak makan lagi!” Separuh tinggi nada suara Nana.

            “Iyalah! Orang rumah ni semuanya kejam! Macam tuan dia jugak. Culik aku lepas tu tak bagi aku makan. Nana, cepatlah.” Gesa Jasmin

            “Yelah! Mujurlah aku ada beli roti di airport tadi.” Zip beg dibuka. Botol air mineral dikeluarkan dan kemudian beberapa bungkus roti dan biskut diletakkan di atas katil.

            Jasmin terus duduk. Bungkusan roti dibuka dengar kasar. Dengan pantas, roti dimasukkan ke dalam mulut dan dikunyah dengan gelojohnya. Kalau dengan Nana, aku tak payah risau pasal makanan. Confirm Nana akan sediakan semua tu.

            “Makan tu perlahan-lahan. Nanti tercekik baru tahu.” Nasihat Nana seraya kepala digeleng beberapa kali melihat cara Jasmin makan.

                                    *************************************

            Sebaik saja dengar pintu bilik dibuka, Nana dan Jasmin menoleh serentak.  Jasmin terus bangun tapi sempat ditahan oleh Nana. Nana tak mahu Jasmin bertindak terburu-buru.

            Zakaria dan Bazli masuk bersama-sama. Dibiarkan Zakaria berjalan dahulu darinya.

            “Jasmin! Nana! Uncle minta maaf bagi pihak anak Uncle. Uncle tak sangka ini plan Bazli.” Zakaria menjeling ke arah Bazli yang berdiri di sebelahnya. Dia terkejut dapat tahu yang Bazli culik Jasmin ke sini. Kalau dia tahu, awal-awal lagi dia dah halang Bazli.

            “Ayah! Kalau Bazli tak buat macam tu, mustahil dia setuju nak datang sini.” Bazli cuba bela dirinya sendiri. Disebabkan hal ini, hampir nak menanah telinga aku dengar leteran ayah.

            “Dah salah tu mengaku sajalah. Hey, kalau nak kurung orang pun. Janganlah sampai tak bagi orang makan. You nak JJ mati kelaparan ke? Dari semalam JJ tak makan, tahu tak?” Nana bersuara.

            Sekali lagi Zakaria menoleh. “Bazli! Kamu tak bagi Jasmin makan ke?” Bulat anak mata Zakaria. Dia mengetap bibir. Zakaria melirik anak mata di jam dinding. Dah pukul 11.30 pagi. “Pagi tadi, kamu bagi tak Jasmin breakfast?” tanya Zakaria.

            Bazli terdiam. Alamak! Terlupa la! Dia tak berani pandang wajah ayahnya.

            “Budak ni! Aaa… Tunggu apa lagi? Suruh Suri masakkan breakfast kat Jasmin. Nana sekali! Benda macam tu pun nak kena orang suruh.”

            “It’s okey! Dah tak terasa nak makan. Rasa loya kalau makan makanan rumah ni.” Jasmin sengaja membuat mimic muka nak termuntah.

“Tu … Tu… Ayah dengar kan! Kalau Bazli bawa pun, bukan dia nak makan.”  Bazli mencelah.

“Hish …  Budak ni!” Zakaria memberi amaran supaya Bazli jangan masuk campur.

“Uncle! Tan Sri Isa dah sampai ke?”tanya Nana.

“Dah! Dia nak jumpa Jasmin di bilik bacaan sekarang ni.” Beritahu Zakaria. Kedatangan dia ke sini untuk menjemput Jasmin berjumpa dengan Tan Sri Isa.

Tiba-tiba Jasmin mendengus kuat. “ Kenapa pulak nak jumpa dia kat sana? Sepatutnya dia datang sini, dia yang nak sangat jumpa kan! So suruh dia datang sini. ” tegas Jasmin.

“ Kenapa you biadap sangat, Jasmin? Dia tu yang you maksudkan datuk you! Darah daging you!” Bazli mencelah. Berasap telinga aku dengar!

“What! Datuk I? Siapa? Kalau betul dia datuk I, dia takkan buang I macam tu. Hampir dua puluh tahun, I hidup seorang diri but now …. You cakap dia tu datuk I, dia layak ke?”  Wajah Jasmin bertukar merah.

Bazli terkedu.

Zakaria menoleh dan menghembus nafas perlahan-lahan. Bazli ni memang nak cari masalah. Yang pergi cuit orang tengah marah tu buat apa, kan dah bertambah membara api dia. “Kalau macam tu, Uncle akan beritahu Tan Sri Isa.” Zakaria terus menarik tangan Bazli agar keluar bersamanya. Kalau duduk lama lagi, lain jadinya nanti. Boleh gaduh besar.

            **************************************************

Jasmin menggenggam erat kedua-dua tangannya. Dia cuba tenangkan perasaannya yang sedang bergelora sekarang. Perasaan marah dan takut kuat bergelora dalam hati sekarang ni. Jantungnya berdegup kencang. Dah bertahun- tahun, aku tak bersemuka dengan dia! Aku tak pernah berharap akan bersemuka dengan dia lagi. Dah lama aku padam dia dalam hidup aku. Dia bukan sesiapa pun so … kau kena tunjukkan yang kau bukan seperti dulu lagi. Budak kecil yang selalu menangis setiap kali dihina dan dicaci. Sekarang ni kau dah besar, kau jangan biarkan dirikau dihina lagi. Jasmin cuba memberi kata-kata semangat untuk dirinya sendiri.

“ Are you okey, JJ? Dari tadi kau asyik diam saja.” Soal Nana melihat Jasmin yang hanya mendiamkan diri sejak dari tadi.

“Okey!”  jawab Jasmin dengan nada tegas.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Nana terus bangun. Dia lihat Jasmin masih duduk selamba di atas katil.

Tan Sri Isa berjalan masuk bersama-sama dengan Zakaria dan Bazli. Bazli terus ambil kerusi yang ada di dalam bilik itu untuk Tan Sri Isa duduk.

Nana melihat Tan Sri Isa dari atas hingga ke bawah. Dia tergamam. Nasib baik tak ternganga mulut ni. Memang aura billionaire. Penampilan dia pun dah menunjukkan dia bukan orang sebarangan. Dari atas hingga ke bawah, tubuh dihiasi barangan berjenama. Pandangan Nana beralih kepada Jasmin. Tanpa disedari kepala digeleng beberapa kali. Dipandangnya Jasmin dari atas ke bawah. Memang ketara sangat! T-shirt putih! Kemeja petak! Seluar jeans terkoyak! Memang itu pakaian harian dia hari-hari. Tak ada style langsung. Kalau macam ni, memang tak ada siapa pun percaya Jasmin ni cucu orang kaya. Dah selekeh, comot pulak tu. Dahi sedikit berlipat melihat gelagat Jasmin dan Tan Sri Isa. Masing-masing diamkan diri dan memandang satu sama lain.  Dah macam masuk pertandingan pandang memandang pulak. Masing-masing tak nak mengaku kalah.

Zakaria berdehem beberapa kali. Dia turut sama rasa kekok dengan suasana tegang sekarang ni.

“So I’m here! Cepatlah cakap. Jangan buang masa I yang dah terbuang sekarang ni.”  Jasmin memulakan bicara. Wajah serius tanpa senyuman. Dia cuba kawal rasa gemuruhnya lebih-lebih lagi bila mereka berdua bertentang mata.

Tan Sri Isa masih mendiamkan diri dan memerhati.

“ Kalau setakat nak diam macam ni, baik tak payah jumpa. Bazir masa orang lain saja. Oh ya, Tan Sri tak takut ke nanti I bawa sial dalam rumah ni! Iyalah .. I ni kan pembawa sial. Takut pulak kalau ada orang dalam rumah ni meninggal. Lengkup pulak business Tan Sri nanti.” Jasmin sengaja mengungkit kisah lama hidupnya. Peluang yang ada aku akan guna untuk sakitkan hati dia. Sepertimana dia sakitkan hati aku selama ini, aku sakitkan hati dia lima kali ganda. Biar dia rasa. Tapi reaksi Tan Sri Isa yang bersahaja membuatkan Jasmin pula yang rasa sakit hati.

Jasmin terus bangun. Dia tak nak buang masa lagi. “So kalau tak ada apa-apa nak cakap, I nak balik.  Jom, Nana!” Tangan Nana terus dipegang.

Tan Sri Isa bangun jugak. “Rasanya hari ini bukan masa sesuai nak bincang. Kita bincang lain kali. “ kata Tan Sri Isa sebelum menoleh ke arah Bazli. “Bazli, pastikan dia tak pergi mana-mana. Kamu pegang passport dia baik-baik.” Pesan Tan Sri Isa sebelum berlalu pergi. Bazli tersenyum sinis kepada Jasmin sebelum ekori Tan Sri Isa.

Jasmin tergamam. Lidah kelu untuk berkata-kata. Passport aku? Tiba-tiba dia teringat beg galas yang dibawanya semalam. Semua benda-benda penting ada kat situ. Tanpa passport, macam mana aku nak balik Auckland. Dia memandang Nana beberapa saat sebelum mula melangkah untuk mengejar Tan Sri Isa.

Zakaria menghalang. “Jasmin! Jangan terburu-buru. Bersabar!”

“Bersabar apa lagi, Uncle! Dah jelas! Dah terang dia hanya nak kenakan saya saja. Apa dia nak lagi, Uncle? Kenapa tiba-tiba dia nak jumpa saya? Kalau setakat nak sakitkan hati, baik tak payah.” 

“Sebenarnya Uncle pun tak tahu, Jasmin. Bila ditanya, tak dijawab. Uncle sendiri tak tahu. Beginilah, Jasmin dan Nana berehat dulu. Uncle akan suruh Suri masakkan sesuatu. Pasal datuk Jasmin, biar uncle uruskan.” Pujuk Zakaria. Dia cuba tenangkan keadaan. Dua-dua orang ada angin. Jasmin pun dah banyak berubah. Orangnya dulu yang lemah lembut kini bertukar jadi kasar. Dia sendiri tak faham apa yang Uncle Isa mahukan sebenarnya. Dah ada depan mata tapi buat-buat tak nampak pulak. Boleh jadi ribut rumah ni.

Jasmin hanya diamkan diri. Dia tendang kerusi yang diduduk Tan Sri Isa  sebentar tadi untuk lepaskan kemarahannya. “Arghhhhh…..”

“Uncle! Baik Uncle keluar sekarang. Angin JJ tak berapa baik tu. “ Nana dekati Zakaria dan memberi amaran.

Zakaria mengangguk kepala sebelum keluar dengan wajah gelisah. Perangai mereka berdua ni sama saja. Degil! Ego! Kerasa hati! Langkah dipercepatkan kerana hari ini dia dan Tan Sri Isa ada mesyuarat di Putrajaya.

Monday, October 8, 2018

Foto Cinta Bab 7


BAB 7

            Langkah Jasmin terhenti seketika sebaik saja keluar dari KLIA. Dia memandang keadaan sekeliling. Suasana dah malam. Jam menunjukkan tepat pukul 9 malam.  Buat pertama kalinya aku jejakkan kaki di sini selepas lapan belas tahun. Bumi Malaysia yang banyak menyimpan kisah dukanya. Dia pernah bersumpah takkan kembali ke sini lagi tapi disebabkan panggilan yang diterima pagi tadi menyebabkan dia bergegas datang ke Malaysia walaupun dia baru saja tiba di lapangan terbang Auckland selepas semingga berada di Papua New Guniea. Hampir tersentap jantung billa mendapat tahu yang rumah keluarganya di Gombak hangus terbakar semalam. Asalnya rumah itu milik Tok Ma tapi Tok Ma beri kat ayah untuk kami sekeluarga tinggal. Seribu kenangan kami sekeluarga ada di situ sepanjang 10 tahun tinggal di situ malah barang dan gambar ada di rumah itu. Dia tak sempat datang untuk ambil semuanya. Lagipun rumah tu dah jadi milik Tan Sri Isa. Mujurlah Nenek Jah, pembantu rumah di situ simpan semua barang-barang tu dan dia janji akan serahkan semuanya kat aku bila aku balik sini.  Lima tahun lepas, Nenek Jah telah meninggal dunia dan kini anaknya, Mak Cik Limah yang ambil alih tugas di rumah itu. Sebelum meninggal Nenek Jah ada tinggalkan no telefon aku kat anaknya jika sesuatu terjadi. 

            Jasmin terus menaiki teksi dan memberitahu destinasinya kepada pemandu teksi itu. Telefon bimbit dikeluarkan. “Nana! Aku dah sampai Malaysia. Flight kau pukul berapa?”

            “Flight aku lagi dua jam lagi. Dah sampai KLIA nanti, aku call kau. Kau pun kalau ada apa-apa update kat aku.” Pesan Nana. Nasib baiklah kelmarin dia dah start cuti. Mungkin percutian mereka berdua ke Bali terpaksa ditunda.

            “Okey! See you later.” Kata Jasmin sebelum menamatkan perbualan mereka berdua. Jasmin memandang ke luar tingkap teksi. Dunia di luar begitu asing baginya. Hujan renyai-renyai mula turun.

            Beberapa jam kemudian, teksi itu berhenti di hadapan rumah banglo. Jasmin bergegas turun seraya membetulkan beg galasnya. Mujurlah hujan dah berhenti. “Thank you.” Ucap Jasmin sebelum pemandu teksi itu berlalu pergi. Pintu pagar di dekatinya. Dahinya sedikit berkerut sebaik saja melihat rumah banglo itu.

            Telefon bimbit berbunyi dan terus Jasmin menjawab tanpa melihat siapa pemanggilnya. Jasmin masih terpinga-pinga dengan apa yang dilihatnya sekarang ni.

            “Kau dah sampai ke?” tanya Nana. Penerbangannya ke Malaysia terpaksa ditunda sejam lagi.

            “Dah … Tapi rumah aku okey saja. Elok jer aku tengok. Nak kat aku tersalah rumah tapi memang betul alamatnya. Kenapa Mak Cik Limah call aku bagitau yang rumah aku terbakar?” Semakin serius wajah Jasmin berfikir. Air muka berubah secara tiba-tiba. “Melainkan ….. ini perangkap.  Aku rasa ini trick Bazli nak aku balik sini. I got to go now, Nana! Aku call kau nanti.” Terus Jasmin menamatkan perbualan mereka berdua.

            Baru setapak saja melangkah, dua buah kereta menghalang perjalanan Jasmin.  Bibir digigit geram. Memang betul tekaan aku. Ini perangkap. Eee.. geramnya aku. Senang betul aku masuk perangkap Bazli.

            “Cik Jasmin Junaidah.” Bazli tersenyum sebaik saja keluar dari perut kerata. Tak sangka plan aku menjadi. Akhirnya dia termakan umpan aku jugak. Dia mendekati Jasmin. Inilah pertama kali dia bersemuka dengan Jasmin selepas lapan belas tahun. Wajah Jasmin benar-benar mirip Auntie Halimaton.

            “So ini mesti plan you kan, Bazli.” Kata Jasmin. Dia lihat ada empat orang lelaki bersama Bazli.

            “Yup! Itulah susah sangat nak jumpa you  face to face. So I terpaksa guna cara ini. Lagipun I tahu rumah ini banyak simpan kenangan bagi you kan.”

            “So I’m here! Nak cakap apa cakaplah cepat.”

            “Tok ayah nak jumpa you, Jasmin!”

            “Siapa?” Jasmin sengaja berpura-pura tak faham.
           
            Bazli menarik nafas dan dihembus perlahan-lahan. “Datuk you, Tan Sri Isa.”

            “Datuk?” Jasmin berpura-pura terkejut. “I ada datuk? First time I dengar. Betul ke I ada datuk? Seingat I, I anak yatim piatu.”

            “Jasmin!” suara Bazli tegas. Dia faham perasaan Jasmin. Siapa yang tak marah jika satu-satunya darah daging sendiri biarkan dia membesar seorang diri di luar negara. Tak pernah ambil berat pun! Sekali pun tak melawat.  Tak hairanlah kalau Jasmin tak mengaku tok ayah datuknya.

            “Cakap kat dia, I tak nak jumpa dia langsung. Tengok bayang dia pun, I tak nak! Lagipun I tak nak ada kena mengena dengan dia langsung. Faham!” Jasmin mula melangkah tapi dihalang oleh Bazli.

            “ Please, Jasmin! Jumpa Tok ayah! Sekali saja. Lepas you jumpa dia, you boleh balik semula ke Auckland.” Pujuk Bazli.

            “No! You tak faham bahasa ke? I tak nak jumpa dia. You siapa nak halang I pergi dari sini, hah. Kalau you cuba nak tahan I, cubalah!” Wajah Bazli direnungnya. 

            “Kalau dah terpaksa, nampaknya I terpaksa guna kekerasan.” Bazli memberi isyarat pada empat orang security guard yang dipinjamnya sebentar. Dia tahu Jasmin bukan sebarangan orang. Nampak saja kecik kurus tapi dia belajar Judo, Taekwondo dan Karate.  Kalau datang seorang memang cari nahas la.

            Jasmin membuka langkah Taekwondo. Dia memerhati gerak geri empat orang lelaki yang datang mendekatinya. Jasmin mematahkan setiap serangan mereka sehingga mereka berempat tersungkur di tanah.

            Bazli melihat apa yang berlaku sekarang ini. Sekejap saja Jasmin belasah  security guard yang dibawanya. “Tak boleh jadi ni, apa-apa pun aku tak boleh balik dengan tangan kosong.” Sapu tangan dari poket kot dikeluarkan. Terpaksa juga aku guna plan aku yang terakhir ni. “Bangun cepat! Pegang tangan dan kaki dia serentak.” Bazli memberi arahan.

             Jasmin terkejut dengan kata-kata Bazli. Dia cuba mempertahankan dirinya yang diserang serentak. Setiap serangan ditepis. Bazli yang tadi hanya memerhati mula masuk campur. Sebaik saja Bazli cuba hampiri, Jasmin ambil kesempatan menumbuk muka Bazli sehingga Bazli terduduk di tanah.

            Bazli memegang mata kanan yang terasa sakit. “Pegang dia cepat!” jerit Bazli.

            Jasmin terkejut bila kedua-dua tangannya dipegang dan kemudian kakinya pula dipegang. Dia cuba meronta sekuat hati tapi gagal untuk lepaskan diri. Tapi tak terdaya untuk melawan tenaga berempat. “ Lepas! Lepas! I cakap lepaslah.” Jerit Jasmin sekuat hati. Dia terkejut bila hidungnya ditekup dengan sapu tangan. Baunya buat Jasmin sukar untuk bernafas .Sedikit demi sedikit penglihatannya mula gelap.

                                                *************************

            Cermin kecil diangkat. Bazli membelek mata kanan yang lebam akibat ditumbuk Jasmin tadi. “Aduh! Sakit! Eee.. memang berbisa betul! Nasib baik mata aku tak jadi apa-apa. “ Bazli cuba letakkan ubat. Mujurlah aku ni cerdik, ada backup plan kalau tak, apa yang dirancang tak jadi.

            “Kau ni dah kenapa? Siapa tumbuk kau sampai mata kau lebam macam ni”” tegur Ikwan yang baru saja balik dari operasi. Dia terus dekati Bazli yang sedang duduk di ruang tamu utama.

            “Siapa lagi kalau bukan Jasmin!”

            “Jasmin! Dia dah balik sini! Tapi kenapa pulak Jasmin nak tumbuk kau?” Bazli merenung wajah sahabat baiknya.

            Bazli melirik mata ke arah lain. Kalaulah Ikwan tahu apa aku dah buat, confirm aku kena marah.

            “Kau culik dia ke?” teka Ikwan. Suara Ikwan tinggi seraya anak mata dia bulat membesar. 

            “Taklah! Aku … Aku bawa dia ke sini tanpa kerelaan hati dia jer.” Bazli masih cuba menidakkan apa yang berlaku.

            “Kau ni kan suka buat kerja gila, tak pernah fikir apa akan berlaku nanti. Kalau dia report kat polis macam mana?” Ikwan mencekak pinggang.

            “Kau kan ada!” Bazli tersengih.

            “Ewah! Ewah! Kau nak babitkan aku sekali pulak. Banyak cantik muka kau!”

            “Alah, Bro! Sekejap saja. Lepas Jasmin jumpa Tok ayah, aku lepaslah dia. Lagipun aku jemput  dia datang sini dengan penuh sopan santun , siap merayu lagi. Tapi Jasmin tu degil! Terpaksalah aku guna plan aku yang terakhir. Kau ingat senang aku nak jumpa dia selepas ini. Kalau aku biar, entah negara mana dia sembunyi. Entah-entah tak jumpa langsung. Lagipun aku dah call Tok Ayah, awal-awal pagi esok tok ayah balik sini.”

            Ikwan melepaskan keluhan. Dia memang tak setuju dengan cara ini.  Ini dah menyalahi undang-undang.

            “Please! Demi Tok Ayah!” pujuk Bazli. Dia tahu weak point Ikwan. Tok Ayah! Ikwan sanggup buat apa saja demi Tok Ayah.

            “Mana Jasmin? Aku nak jumpa dia.”

            “Ada kat bilik tetamu tingkat atas. Kau nak jumpa dia buat apa?”


            “Aku nak check kalau-kalau Jasmin cedera atau tak? Kalau ada luka sikit, siap kau!” Ikwan terus berjalan menuju ke tingkat atas.

            Bazli terus bangun dan ekori Ikwan dari belakang. “Luka! Kau tengok muka aku ni! Dia yang buat ,kau tahu tak?” Bazli mendaki anak tangga satu persatu.

            “Padan muka kau! Kau sendiri yang cari penyakit kan.” Sindir Ikwan.

            “Ada kawan macam tak ada kawan langsung!” Bazli merajuk.Bibir mula muncung ke depan.

            Sebaik saja tiba di pintu bilik, Bazli terus mengeluarkan kunci dan pintu diketuk dulu sebelum masuk. Mereka berdua melangkah masuk.

            “Jasmin!” panggil Bazli. Panggilannya tak disahut. Suasana sunyi sepi dalam bilik itu. Kosong! Air muka Bazli berubah. “Mana dia pergi? Tadi dia ada.” Bazli melihat ke arah Ikwan. Baru lima minit saja aku turun.

            Ikwan melihat ke arah sliding door. Beberapa langsir tingkap hilang. Ikwan terus buka sliding door. “Kau kunci tak sliding door tadi?”

            “Aku tak check la pulak tadi.” Bazli ekori Ikwan keluar ke balkoni. Ada ikatan kain di pagar besi balkoni. Bazli melihat ke bawah dan terkejut melihat Jasmin turun dengan memaut kain langsir yang dijadikan tali untuk turun ke bawah. “Jasmin!” jerit Bazli.  Mendidih darahnya sekarang ini. Panggilan dia langsung tak endahkan. Jasmin  terus berlari ke belakang rumah sebaik saja tiba di bawah.

            “Seriously, Bro!” Ikwan melihat ke arah Bazli.

            “Aku lupa yang dia suka rock climbing! Kau tunggu apa lagi, tolonglah aku tangkap dia cepat.” Bazli terus berlari tinggalkan Ikwan.

            “Argh!... Masalah betul!”  Wajah diraup beberapa kali. Ingatkan boleh tidur awal malam ni. Dah la siang tadi aku lari kejar suspek di Kampung Baru, malam ni pulak aku nak kena kejar Jasmin pulak. Malang betul nasib aku. Eee.. ini semua Bazli punya pasal. Sempat lagi anak mata melirik  melihat jam yang menunjukkan pukul satu pagi.
                                    **************************************
            Jasmin berlari sekuat hati menuju ke kawasaan belakang rumah. Dia dah bertekad akan lari tinggalkan tempat ini walauapa yang terjadi.. Dia terkejut apabila bangun di satu tempat yang begitu asing darinya. Bila diamati lama-lama, dia tahu dia di mana sekarang ini. Jasmin pantas bangun dari atas katil dan memegang kepala yang masih sakit. “Tak guna punya Bazli!”  Tangan kanan digenggam erat mengenangkan peristiwa tadi. Jasmin melihat keadaan di sekelilingnya dan tiba-tiba mata terpandang sliding door di dalam bilik itu. Bila ditolak rupa-rupanya tak berkunci, Jasmin tersenyum lebar. Langsir tingkap ditarik dan diikat satu persatu untuk dijadikan tali. Kain diikat di pagar besi balkoni. Benda macam ni dah biasa bagi aku. Aku selalu rock climbing kalau ada masa lapang. Jasmin turun dengan berhati-hati. Apabila kaki mencecah tanah, dia terdengar Bazli memanggil namanya namun tak dipedulikan langsung. Di fikirannya hanya satu, keluar dari tempat ini. Tempat yang menyimpan kisah duka dalam hidupnya.

            Jasmin berhenti secara tiba-tiba. Mata meliar melihat kiri dan kanan. Dia tak percaya dengan apa yang berada di hadapannya sekarang ini. “What! What!” Jasmin tergamam. Dulu ada pintu pagar di kawasan belakang  tapi sekarang ada tembok batu besar menggelilinginya. “Macam mana aku nak blah dari sini?” Dahinya berkerut. Jasmin menoleh mendengar gelak tawa Bazli.

            “So nak pergi mana sekarang ni? You nak roboh pagar batu ke? Atau you nak panjat pagar tu? But for your info, dawai atas pagar tu ada elektrik. Keras kejong you nanti. So mana you nak lari lagi?” Bazli tersenyum. Enam belas tahun lalu memang ada pintu di belakang ni .Selepas rumah ni pernah masuk pencuri, terus Tok ayah buat pagar batu.

            Tiba-tiba giliran Jasmin ketawa dan melangkah dekati Bazli yang berdiri hampir di tiang lampu. “You ingat you seorang boleh tangkap I ke?”

            Wajah Bazli terus berubah. Bazli menoleh. Hanya dia seorang. Ikwan tak ada.

Jasmin datang dekat Bazli dan jaket baju Bazli ditarik.  Jasmin terus humban Bazli ke tanah menggunakkan teknik judo yang dibelajarinya.

“adui! Adui!” Bazli memegang belakang badan yang terasa sakit. Dia cuba bangun tapi gagal.

“Padan muka!” Lidah dijelir ke arah Bazli. Ini peluang aku! Sebaik saja ingin memulakan langkah, Jasmin terkejut melihat seorang lelaki berdiri tidak jauh darinya. Siapa lelaki ni? Orangnya tinggi dan berbadan tegap. Kelihatan lelaki itu seolah-olah terkejut melihat dirinya.

“Bro! Tangkap Jasmin cepat!” jerit Bazli yang masih terbaring di tanah.

Jasmin mengetap bibir. Aku tak boleh biarkan diri aku ditangkap sekali lagi. Aku mesti keluar dari rumah ni. Terlebih dahulu Jasmin menyerang  Ikwan, satu tumbukkan hinggap di muka Ikwan. Sekali lagi tumbukkan kena mulut Ikwan.

Ikwan memegang rahang yang terasa sakit. Tiba-tiba Ikwan tersenyum dan mengesat darah di bibirnya “You know what! You’re my type. I suka perempuan ganas dan kasar macam you. So let’s date!”  Mata kanan dikenyit.

“Weirdo!” marah Jasmin. Dah gila ke lelaki ni? Tiba-tiba ajak date dengan dia waktu macam ni. Kenal pun tak! Biar aku belasah dia cukup-cukup, baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah! Jasmin terus menyerang beberapa kali tetapi setiap serangannya dapat dipatahkan. Langkah diundur beberapa tapak. Dia cuba cari weak spot lelaki ni tapi gagal.  Jasmin membuka langkah karate pula. Dia perlu tukar corak serangannya.

“So macam mana? Setuju tak date dengan I?” Ikwan masih tersenyum. Bukan ke Bazli kata Jasmin ni lemah lembut orangnya? Tapi yang berdiri di hadapan aku sekarang ni bukan sebarangan orang. Gerakkan dia jugak pantas, kalau aku tak halang tadi memang dah kena. Tadi Taekwondo sekarang ni Karate pulak. Berapa banyak seni pertahankan diri dia belajar ni?

Jasmin hanya mendiamkan diri dan terus menyerang.Sekali lagi Jasmin cuba tumbuk Ikwan tapi tangan kanan dipegang Ikwan malah dikilas ke belakang. Dahi berkerut kerana sakit.

“So macam mana? You tak boleh lepaskan diri sekarang.” Bisik Ikwan. Dirinya begitu dekat dengan Jasmin sehingga nafas Jasmin dapat didengari dengan jelas.

“Don’t be sure about that.”  Jasmin tersenyum. Badan ditunduk sedikit dan tangan sebelah lagi digunakan menarik kolar baju Ikwan. Dengan guna teknik Judo, Ikwan dihumban ke tanah seperti Bazli tadi. Padan muka kau! Air muka Jasmin berubah bila Ikwan bangun semula dengan pantas.

“Not bad! I makin suka kat you. Tak payah date la, kita kahwin terus. Setuju tak?” Masih ada sisa-sisa senyuman di bibir Ikwan.

Wajah Jasmin bertukar merah. Memang dah mereng mamat ni. Tadi ajak date sekarang ni ajak kahwin pulak!Gatal! Dia ingat aku ni apa? Patung! Memang nak kena ni! Jasmin  terus serang Ikwan bertubi-tubi. Jasmin cuba tendang perut Ikwan tapi sempat dielak oleh Ikwan. Sekali lagi Jasmin cuba tumbuk perut Ikwan tapi kecuaian dia menyebabkan kedua-dua tangannya ditangkap Ikwan dan dikilas ke belakang sekali lagi. Tiba-tiba Jasmin terasa tangannya diikat! Tangan tak boleh bergerak langsung.  Dia lihat tangannya diikat dengan tali pinggan Ikwan.

“Lepaskan! It’s not fair!” jerit Jasmin meronta agar dapat lepaskan diri. Dia cuba tendang kaki Ikwan tapi gagal sehingga menyebabkan Jasmin hilang timbangan dan jatuh ke tanah. Jasmin cuba bangun tapi gagal. Jasmin menggengam tangannya. Lebih menyakitkan hati bila Ikwan ketawa mengejek padanya. Selepas ni mamat ni mesti kena dengan aku! Tengoklah nanti. Aku ajar kau cukup-cukup. Jasmin masih cuba untuk bangun namun masih gagal. Selepas beberapa minit, Jasmin putus asa . Dia sudah penat. Rambutnya basah akibat peluh. Dia dah hilang tenaga untuk melawan lagi. Dia cuba menahan kemarahannya lebih-lebih lagi melihat Ikwan masih tersenyum melihat keadaan dia sekarang ni.

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...