Tuesday, October 26, 2010

Satu Dua Tiga 19

Bab 19

            Alisa membuka pintu rumahnya bila mendengar loceng rumah berbunyi. Dia terkejut melihat lelaki yang berpakaian kot serba hitam yang berdiri di luar pintu pagar rumahnya. Macam mana lelaki ni boleh tahu rumah aku? Alisa terus keluar dan mendekati Zahari yang tersenyum melihat dirinya. “Kau nak apa?”
            “Berbincang!”
            “Tentang apa?”
            “Dato’ Kadir!” jawab Zahari.
            “I don’t want to talk about him anymore. Do you understand? Now, go away!” marah Alisa. Jika Zahari dapat mencari rumahnya pasti Datin Kartika juga boleh. Perasaan bimbang mula menular di hati Alisa.
            “Lina, dia ayah kamu! Selaku anak, tak boleh ke kamu bertolak-ansur dengan dia. Lagipun dia sekarang sedang sakit. Kamu tak kasihan ke kat ayah kamu, Alina?” nasihat Zahari.
            “Isteri dan anak-anak dia ada. Mereka boleh jaga.”
            “Tapi kamu tahu kan perangai Datin Kartika dan anak-anaknya.Layanan mereka terhadap ayah kamu macam mana?”
            “Itu hal dia. Pilihan dia. Dulu kan dia tergila-gila sangat kat pelakon tu tetapi kenapa kini bila dah susah, nak cari ibu! Dulu masa dia halau ibu keluar, ada dia fikir tentang ibu pada waktu tu. Anak yatim piatu! Dihalau sehelai sepinggang. Tak ada belas kasihan secubit pun pada ibu. Sekarang, kenapa pulak kami perlu fikirkan tentang dia?”
            Zahari terkejut dengan kata-kata Alina. Nampaknya wanita ini benar-benar membenci ayah kandungnya sendiri. Kebenciannya jelas boleh dilihat di matanya.
            “Ibu hampir terbunuh disebabkan oleh sikap Dato’ Kadir yang begitu mementingkan diri. Fikir perut sendiri saja. Kalau kau nak tahu, kemalangan ibu hari itu adalah kemalangan yang telah dirancang. Ada orang sengaja merosakkan brek kereta ibu. Pasti awak tahu siapa kan?”
            “Mungkin itu adalah telahan awak saja.” Kata Zahari. Apa yang diberitahu Alina sebentar tadi di luar jangkaan. Takkanlah Auntie Kartika sanggup buat begitu? Membunuh ni bukan perkara main-main.
            “Telahan apa,hah! Masa ibu terlantar di hospital, dia dan anak-anak dia datang. Dia mengaku yang dia upah orang rosakkan brek kereta ibu. Tujuan dia untuk membunuh ibu. Nasib baiklah, nyawa ibu masih panjang. Allah S.W.T masih sayangkan ibu. Lina nak buat laporan polis tetapi ibu halang. Dia kata tak nak panjangkan cerita.”
            Zahari mengetap bibirnya menahan geram. Auntie Kartika sudah melampau kali ini.
            “Selepas kejadian semalam, Lina dah tekad. Lina akan bawa ibu pulang. Di sini bukan tempat yang selamat untuk ibu. Jika Datin Kartika berniat nak bunuh Lina kelmarin pasti dia akan mencuba lagi. Orang macam tu tak pernah kenal erti putus asa. Kelmarin, kalau Lina tak sempat mengelak pasti Lina dah jadi arwah sekarang ni. Lina takkan benarkan Datin Kartika mencederakan ibu lagi.”
            “Lina!”
            Alisa terkejut bila mendengar suaranya. Perlahan-lahan Alisa menoleh ke belakang. Dia terkejut melihat ibunya yang berdiri di belakangnya. Alisa kaku. Bila ibu berdiri di belakang aku? Adakah ibu mendengar perbualan kami tadi? “Ibu”
            “Alina! Luka di tangan dan badan Lina semalam bukannya disebabkan Lina terjatuh kan?  Kartika….Kartika…cuba bunuh kamu kan?” Bibir Munirah terketar-ketar. Dia pelik bila Alina pulang dari pasar dengan baju yang kotor dan luka di tangan dan di badanya. Katanya terjatuh dalam longkang.  Apa yang didengarnya sebentar tadi amat membimbangkan? Dia bimbang akan keselamatan anaknya. Kartika sudah melampau kali ni. Dia tak kisah jika sesuatu terjadi padanya tetapi jika melibatkan anaknya, dia takkan biarkan.
            Alisa hanya mendiamkan diri. Dia tidak berniat untuk berbohong pada ibunya. Alisa tak mahu ibunya bimbang.
            “Lina, booking tiket untuk esok! Kita akan balik ke London. Zahari ,kamu beritahu Dato’ Kadir yang penceraikan tetap akan diteruskan. Selepas apa yang terjadi, auntie rasa untuk kebaikkan semua orang, biarlah auntie dan Alina pergi.” Kata Munirah sebelum melangkah perlahan-lahan menggunakan tongkatnya menuju masuk ke dalam rumah.
            Alisa tercengang bila mendengar kata-kata ibunya. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dengan sekelip mata saja, ibu bersetuju untuk pulang. Bagus! Senang macam ni. Aku tak perlu pujuk ibu lagi. Alisa menoleh ke arah Zahari. “Sorry, I have to go. Hope we don’t see each other again. Bye! Bye” Alisa mengenyitkan matanya sambil tersenyum. Alisa terus melangkah masuk ke rumahnya dan membiarkan Zahari berdiri di luar pagar rumahnya.
            Zahari melepaskan keluhannya dengan kuat. Macam mana ni? Jika Uncle Kadir tahu pasal perkara ini, pasti kesihatannya akan lebih terjejas. Dahi Zahari berkerut.

                        ************************************************

            “Baiklah, Tengku! Saya akan siapkan rekabentuk bangunan hotel ini dalam 2 hari. Saya akan reka bangunan berdasarkan dengan criteria-criteria yang Tengku inginkan. Selepas dua hari, saya akan menghubungi Tengku.” Kata Aleya sambil tangannya ligat menyusun kertas yang berselerak di atas meja.
            Iskandar memerhati gelagat wanita itu. Ada sesuatu tentang wanita ini yang dia ingin tahu. Dia seolah-olah takut akan sesuatu. “Dua hari! Cepatnya awak boleh siap ke? Saya tak nak hotel 5 bintang ini tak berkualiti kerana rekaannya siap dalam masa yang singkat. Saya tak kisah kalau awak memerlukan masa untuk menyiapkannya. Sebulan ke? Setahun ke? Saya tak kisah.”
            Aleya merenung lelaki yang sedang duduk di hadapannya. Lelaki ini memang menguji kesabaran aku. Otak dia ada masalah ke? Kalau aku siapkan awal, proses pembinanan akan dimulakan dengan segera. Projek ini takkan tertangguh lagi. Masalah selesai. “Kalau saya hasilkan rekaan yang tidak berkualiti, kenapa Tengku beriya-iya ingin mengupah saya?” soal Aleya.
            “Sebab saya peminat awak. Bangunan yang awak reka sangat unik. I’ll like it.”
            “Thank you!” jawab Aleya endah tak endah. Dia malas melayan lelaki ini. Selepas ini dia akan check out hotel. Penerbangan ke KL pukul 12.00 tengah hari.
            “Selepas ini, apa kata saya bawa awak jalan-jalan di Langkawi! Saya yakin awak belum lagi melawat tempat bersejarah di sini.”
            “Terima kasih sajalah, hari ini saya akan pergi KL.”
            “Saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan awak ni, Cik Aleya! Awak seperti tergesa-gesa seolah-olah awak hendak melarikan diri dari sesuatu. Awak ada masalah ke?” soal Iskandar ingin tahu.
            Belum sempat Aleya menjawab, telefon bimbitnya berbunyi. “Excuse me!” Aleya terus bangun bila melihat nama adiknya tertera di skrin telefon bimbitnya. Dia berjalan keluar dari Coffee House itu. Dia tak mahu perbualan mereka didengar oleh Iskandar.
            Setelah melihat Aleya pergi, mata Iskandar tepat melihat k arah sebuah buku yang berada di dalam beg Aleya. Tanpa berfikir panjang, Iskandar terus mengambilnya. Helaian demi helaian dibukanya. Lukisan bangunan di dalam buku itu menarik perhatinya. “Impressive! Creative! Aku tak pernah silap pilih dia.” Tangannya terhenti apabila melihat lukisan potret 4 orang wanita. Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an dan 3 orang wanita lagi adalah Aleya. Wajah mereka sama! Terkebil-kebil mata Iskandar merenung potret itu. “Wanita ni mesti ibunya sebab wajahnya ada iras Aleya tapi dua orang wanita ni siapa? Tak mungkin adik dia. Seiras pulak tu. Hmm…mungkin….” Iskandar tiba-tiba tersenyum.”daya imaginasi Aleya ni memang tinggi. Mungkin dia inginkan kembar sebab itu dia lukis wanita yang berwajah seiras dengannya. Pelik betul la akitek ni.” Iskandar terus meletakkan kembali buku Aleya di tempat asalnya. Pandangan Iskandar kaku bila melihat wanita yang sedang berdiri di luar Coffee House.  Sepantas kilat, Iskandar terus menyorak di bawah meja.
            “Aduh! Macam mana dia tahu aku ada di sini? Menyusahkan hidup aku kalau macam ni selalu. Aku mesti pergi dari sini.” Iskandar gelabah. Kenapa saja aku pergi Sofea mesti ikut? Fikirannya ligat berfikir. Dia tersenyum bila melihat seorang pelayan wanita yang sedang mengambil order di meja yang berada di sebelahnya.
            “Piss…Piss….” Panggil Iskandar.
            Pelayan itu terkejut bila melihat Iskandar yang berada di bawah meja. Dia terus mendekati Iskandar. “Encik, ada apa-apa yang boleh saya tolong?”
            “Aaa…Pintu belakang kat mana ye!” Iskandar tersenyum. Malu pun ada. Dia sedar pelanggan yang berada di situ melihat ke arahnya tetapi disebabkan oleh Sofea, dia sudah tak kisah. Iskandar sempat meninggalkan nota pada Aleya sebelum keluar melalui pintu belakang.

                                    *****************************************

            “Assalamualaikum!” kata Aleya sebaik saja menjawab panggilan adiknya.
            “Waalaikumussalam!” jawab Alisa. Dia meletakkan beg yang berisi pakaiannya di atas katil. Semua pakaian sudah siap dikemas.
            “Ibu dan Angah, apa kabar?”
            “Kami sihat, Along! Hmm…sebenarnya tujuan Angah telefon Along sebab nak beritahu esok kami akan bertolak balik ke London. Ibu suruh Along balik sekali.”
            “What! Why? I mean, why suddenly ibu decide to go back to London? What’s about the divorce?” Aleya terkejut besar. Pelik! Selama ini, sudah bermacam-macam cara mereka buat untuk pujuk ibu pulang ke London. Keputusan yang tiba-tiba drastic ini mengejutkan dirinya.
            “It’s a long story, sis! I’ll tell you later. So how’s your work?”
            “I’m glad you call! Tadi sikit saja lagi, Along nak penumbuk mamat tu. Aduh, banyak sangat soalannya, mendidih darah Along mendengar soalannya. Nasib baik la, dia anak Auntie Maria jika tidak dah lama rasa penumbuk Along ni. Penyibuk!” Aleya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Bersama Tengku Iskandar benar-benar menguji kesabaraannya.
            Alisa ketawa kecil dengan kata-kata kakaknya. Siapa tak kenal dengan sikap panas baran Aleya? Marah saja terus penumbuk jadi penyelesaiannya.
            “Hari ini Along akan balik. Flight Along pukul 12 tengahhari ini.”
            “Baiklah nanti Angah beritahu ibu!”
            “Kirim salam kat ibu ye! Take care, sis!” Aleya tersenyum sebelum menamatkan panggilan Alisa. Hubungan dia dengan adik-adiknya memang rapat. Dah lama dia rindu untuk berjumpa dengan keluarganya. Aleya terkejut bila ada orang menolaknya dari belakang.
            “Apa kau buat di sini, hah?” soal Sofea dengan kasar. Dia merenung Aleya. Panas hatinya bila Aleya turut sama berada di Langkawi.
            “Excuse me!” Air muka Aleya berubah. Main tolak-tolak pulak. Siapa perempuan celup ni? Aleya merenung wanita itu dari atas ke bawah. Skirt jeans pandek sendet dipakainya atas dari lutut dan baju bertali halus berwarna pink.
            “Hey! Alina, kau tak dengar ke soalan aku tadi? Jawab! Apa kau buat di sini?” marah Sofea.
            Alina! Dahi Aleya berubah! Melihat dari gaya wanita ni seperti …. Aleya tiba-tiba tersenyum. Pasti anak-anak Datin Kartika! Lihat dari gaya pun sudah tahu. “Suka hati aku la. Yang kau sibuk sangat, kenapa? Ada aku jaga tepi kain kau?”
            Sofea terkejut bila mendengar kata-kata Alina. Kasar dan biadap.
            “Hey, kau ni tak ada adab sopan ke? Kau sedar tak dengan siapa kau sedang bercakap ni?”
            Aleya tersengih. Ada hati pulak cakap pasal adab sopan dengan orang, diri sendiri pun 2 x 5 saja. “Kau tu kakak tiri aku saja! Kau tak pernah cakap elok-elok dengan aku, kenapa mesti aku bercakap sopan dengan kau?”balas Aleya.
            “Eee….geramnya. Kau ni memang perempuan hipokrit! Iskandar mana?” jerit Sofea.
            Mata Aleya terkebil-kebil melihat Sofea menjerit. Patut la Angah beritahu mereka ni spesis burung gagak! Suara nyaring betul. Iskandar! Aleya terus menoleh ke arah meja yang berdekatan dengan cermin. Dah hilang! Tadi ada kat situ. Dahi Aleya berkerut.
            “Mana Iskandar?” soal Sofea lagi.
            “Mana aku tahu!”
            “Baik kau berterus-terang dengan aku, kau datang sini sebab Abang Is ada kat sini kan? Kau nak rampas Abang Is dari aku kan.Kau tak dapat nak rampas Dr. Nazri dari adik aku jadi kau nak rampas Abang Is pulak dari aku.” Tuduh Sofea. Dia yakin tujuan Alina berada situ kerana Abang Iskandar.
            Aleya menggelengkan kepalanya. Perempuan ni memang dah gila. Obsses! “Kau ni normal ke tak?”
            Tiba-tiba satu penampar hinggap di pipi Aleya, Sofea tersenyum puas. Aleya memegang pipinya yang sakit akibat ditampar oleh Sofea. Aleya mengetap bibirnya menahan geram.
            “Perempuan macam kau patut ditampar. Perampas!”
            Pang! Pang! Dua tamparan hinggap di pipi kanan Sofea terkejut. Sakit! Pedih. Air matanya mengalir selepas ditampar. Dia merenung Aleya yang sedang berdiri di hadapannya. Sofea mengangkat tangannya untuk menampar Aleya lagi. Dia takkan biarkan tetapi sempat dipegang oleh Aleya. Dua lagi tamparan hinggap di pipi kiri Sofea. Sofea jatuh terduduk. Dia tergamam.
            “Sekali lagi kau berani tampar aku, aku akan tampar kau 5 kali ganda. Faham tak?” Aleya memberi amaran dan terus masuk ke dalam Coffee House itu. Dia langsung tidak mempedulikan Sofea yang masih terduduk di kaki lima itu. Tangisan Sofea semakin kuat. Dia memegang kedua-dua belah pipinya yang masih sakit. Alina, nanti aku beritahu mama! Siap la kau nanti!

Monday, October 25, 2010

Satu Dua Tiga 18

Bab 18

            Alisa menutup pintu kereta Mazda miliknya dengan kasar. Matanya tepat merenung banglo mewah yang tersergam indah di hadapannya. Kalau diikuti hati, mahu saja aku bom rumah tu! Alisa menggengam erat tangannya menahan marah. Darah yang di tangan kirinya tidak dipedulikan langsung. Walaupun terasa sakit tapi Alisa membiarkannya, apa yang penting sekarang ni adalah bersemuka dengan perempuan tua. Perasaan marah sudah tidak dapat ditahan lagi. Sewaktu dia ingin melintas jalan pergi ke pasar untuk membeli barang dapur tiba-tiba saja ada kereta Iswara Merah bergerak laju ke arahnya. Nasib baiklah dia sempat mengelak tetapi tangan kirinya luka. Bajunya kotor dengan tanah merah. Orang ramai yang berada di situ menolongnya malah mereka ingin menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan tetapi dia menolak. Alisa tahu kereta Iswara itu memang ingin melanggar dirinya. Alisa tahu siapa dalangnya.
            Langkah laju masuk ke dalam banglo mewah menuja ke ruang makan. Alisa tahu waktu begini penghuni di banglo mewah ini sedang bersarapan. Tekaannya tetap sekali. Datin Kartika sedang bersarapan bersama suaminya. Zahari turut sama berada di situ.
            “Lina!” Kadir terkejut melihat Alina yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Pakaiannya kotor. Rambutnya juga berserabut. Mata Kadir melihat lengan Alina yang berdarah. Segera Kadir bangun dan menghampiri anak tunggalnya. Zahari juga terkejut.
            Kartika terkejut bila melihat kehadiran Alina malam Alina sedang merenung tajam ke arahnya. “Kau! Apa kau buat di sini, hah!”
            “Kenapa? Datin ingat Lina dah mati ke?” soal Alina dengan kasar. Sekarang ni dia sudah lupa peranannya untuk menjadi adiknya.
            Langkah Kadir terhenti bila mendengar kata-kata Alina. Dia menoleh ke arah Kartika yang tergamam. Wajahnya berubah pucat.
            “Lain kali kalau nak upah orang pilih orang yang boleh harap buat kerja. Suruh dia bawa lebih laju kalau nak langgar orang.”
            “Apa semua ni, Kartika?” jerit Kadir. Dia merenung Kartika seperti ingin ditelannya hidup-hidup. Adakah Kartika telah mengupah orang untuk mebunuh anak tunggalnya?
            “Abang, jangan dengar cakap dia! Dia sengaja nak fitnah Tika!”
            Alisa tiba-tiba ketawa. “Apa motif Lina nak fitnah Datin?” soal Alisa dengan kasar. Sekarang ni sudah tiada lagi perasaan hormatnya pada wanita ini. “Sebab Lina nak rampas harta Datin ke? Hey, Lina dan ibu tak ingin la semua ni! Harta! Duit! Kami tak nak walau sesen pun! Kami tak tamak macam Datin.Apa yang kami ada sekarang ni sudah cukup. Kami bersyukur tetapi disebaliknya bagi Datin, harta dan duit yang Datin ada sekarang ni masih belum cukup lagi. Datin ingat semua itu boleh dibawa bila Datin mati ke? ”
            Kadir dan Zahari terkejut mendengar kata-kata Alina. Sikap Alina berubah serta merta. Katanya-katanya kasar. Ini bukan Alina yang mereka kenal. Garang!
            Mulut Kartika melopong bila mendengar kata-kata Alina. Budak ni memang kurang ajar. “Macam ni cara kau bercakap dengan orang tua ke? Mak kau tak ajar ke supaya hormat pada orang kau!”
            “Sebelum Datin nak membabitkan ibu Lina dalam hal ini, Datin cermin diri Datin dulu. Lihat anak-anak Datin macam mana! Lebih teruk dari Lina! Hidup macam orang putih. Pakaian terdedah sana sini. Berpakaian dan tidak berpakaian sama saja. Bila tibanya malam, berparti  sehingga tak ingat waktu. Sekarang ni tidur membuta sehingga tak sedar matahari dah terpacak atas kepala. So jangan samakan Lina dengan anak-anak kau! One more thing, anak-anak Datin tak pernah hormat ibu Lina so kenapa pulak Lina nak hormat Datin?”
            “Kau!” jerit Kartika. Panas telinganya mendengar kata-kata keramat dari Alina.
            “Lina belum habis cakap lagi, Datin!” Alisa meninggikan suaranya. Matanya bulat merenung wanita itu. “Lina nak beri amaran terakhir pada Datin. Sekali lagi Datin ganggu Lina dan ibu Lina, Lina takkan teragak-agak untuk sumbat Datin ke dalam penjara.”
            “Kau jangan nak ugut aku, Alina!”
            “Datin, Lina berdiri di sini bukannya hanya bercakap kosong. Sebab bukti ada di tangan Lina, segala rahsia Datin Lina. So, Lina nak ingatkan sekali lagi. Jika ada terlintas sedikit pun di kepala otak Datin untuk merancang membunuh kami berdua. Baik, Datin matikan saja hasrat tu. Datin nak tahu sebab apa? Sebabnya Lina dah laporkan hal ini kepada pihak polis dan jika terjadi sesuatu pada kami, orang pertama yang polis akan tangkap ialah Datin.” Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Alina. Wajah Kartika berubah sebaik saja mendengar perkataan polis. Kartika mula gelabah.
            “Kau…tak ada bukti! Kau cuba nak buat semua orang di sini salah faham dengan aku kan!”  Kartika melihat ke arah suaminya yang sedang merenungnya.
            “Datin, orang yang ada di sini semuanya dah besar! Boleh berfikir dengan sendiri siapa nak fitnah siapa. Lagipun mereka semua dah lama mengenali Datin dari saya. Malah mereka lebih arif tentang perangai semulajadi Datin.”
            “Alina!”jerkah Kartika. Jika begitu pasti mereka semua akan menyebelahi Alina sebab selama ini suaminya dan Zahari berpihak pada Alina.
            “Jerit! Jerit! Itu saja Datin tahu. Datin ni memang muka tak tahu malu. Sekali lagi, Datin ganggu ibu dan Lina. Lina tahu macam mana nak ajar Datin. Pasti Datin tak mahu nama Datin terpampang di muka hadapan suratkhabar kan! Sebelum Lina pergi, Lina nak nasihatkan  Datin! Bertaubatlah. Belajarlah tentang ilmu agama! Belajar tentang dosa dan pahala.! Belajarlah menutup aurat! Belajarlah menjadi isteri yang baik. Kita hidup di muka bumi ni hanyalah sementara, satu hari juga kita akan kembali kepada-Nya. Rumah kata pergi, kubur kata mari! Renung-renungkan!” nasihat Alisa. Dia sengaja membuat mimic muka agar Datin Kartika bengang dengan dirinya. Zahari yang berada di situ cuba menahan diri dari ketawa. Kata-kata Alina betul-betul tepat kena di muka Datin Kartika. Siapa yang tak terasa?
            “Kau!” Kartika terus bangun dan mengatur langkah ingin mendekati Alina. Budak ni memang nak kena penampar dengan aku! Ada hati nak ajar aku semua ni?
            “Kartika!” jerkah Kadir. Dia sudah tak tahan lagi dengan perangai Kartika.
            Langkah Kartika terhenti kerana terkejut ditengking oleh Kadir.
            “Berapa kali aku mesti cakap pada kau supaya jangan ganggu Munirah dan Alina” Kata-kata aku, kau langsung tidak diendahkan. Aku nak kau dan anak-anak kau kemas barang-barang dan berambus dari sini.” Marah Kadir.
            “Abang!” Kartika tergamam. Bibirnya terketar-ketar.
            “No! Nobody leaves this house. Datin Kartika is still your wife. How could you chase her out from your house like what you did to my mother and you want to repeat it again?” Alisa merenung Kadir. Bibirnya terketar-ketar menahan geram. Agaknya begini juga cara ibu dihalau keluar dari rumah ini.
            “Lina! Abah tak bermaksud begitu!” Kadir terkejut dengan reaksi anaknya. Dia cuba memegang tangan Alina tetapi Alina sempat mengelak.
            “Don’t touch me!” marah Alisa. Matanya mula berair. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak. “We will go back to London soon. No matter what’s happens we’re leaving this place.”tegas Alisa terus melangkah meninggalkan rumah. Dia perlu tinggalkan rumah ini dengan segera. Panas! Benci!
            “Lina!” jerit Kadir. Dia cuba mengejar anaknya namun dadanya tiba-tiba berasa sakit. Zahari terus bangun dan mendekati Kadir. “Uncle, Zahari rasa lebih baik kita pergi ke hospital.” Zahari risau.
            “Uncle, okey! Don’t worry! Alina.” Sayu hatinya bila memikirkan Alina. Nampaknya Alina sudah membenci dirinya.
            “Uncle, jangan risau. Zahari akan jumpa Alina.”pujuk Zahari. Dia takut penyakit jantung Uncle Kadir akan bertambah teruk.
            Kartika masih tercegat di situ. Dia tidak faham dengan apa yang dicakapkan oleh Alina tadi tetapi dia tahu Alina marah pada suaminya berdasarkan kepada reaksi dan cara Alina bercakap dengan suaminya. Pasti ini berita baik! Jika Alina membenci Abang Kadir ini bermaksudnya harapan untuk mereka bersama sudah hancur. Kartika tersenyum.

           
                                    ****************************

            Aleya melihat lukisan bangunan yang dilukisnya. Ke mana-mana sahaja, dia pasti akan membawa buku lukisan sebesar kertas A4. Jika dia mendapat idea atau ilham, dengan serta merta dia akan melukis. Aleya melihat ke arah lautan yang terbentang luas itu. Aleya tersenyum. Cermin mata hitamnya tidak ditanggalkan. Dia bimbang jika terserempak dengan orang yang mengenali dirinya terutamanya sesiapa yang mengenali Dato’ Kadir.
Inilah pertama kali dirinya menjejakkan kaki di negara yang bernama Malaysia. Dirinya berasa asing dengan semua ini. Namun sebaik saja melihat keindahan pantai itu, dirinya begitu kagum dengan ciptaan Allah S.W.T. Senyuman terukir di bibir Aleya. Keresahan yang bersarang di hatinya sejak pagi tadi sudah hilang. Dia berasa tidak sedap hati seolah-olah ada perkara yang akan atau telah terjadi. Aleya bimbang akan keselamatan ibu dan adiknya.
“Termenung jauh nampak? Teringat kekasih hati ke atau membawa hati yang telah luka?” tegur satu suara yang tidak dikenalinya.
Aleya berpaling ke belakang.. Ada seorang lelaki sedang tersenyum ke arahnya. Mamat mana pulak ni? Kacau daun saja! Pertanyaan lelaki itu tidak diendahkan oleh Aleya. Buku lukisannya itu ditutup dengan kasar. Aleya terus bangun.
“Cik! Cik nak pergi mana?” lelaki itu terus menghalang perjalanan Aleya. Langkah Aleya terhenti. Lelaki itu direnungnya. Lelaki itu menanggalkan cermin matanya. Dia tersenyum melihat Aleya. Sudah lama dia memerhatikan gadis ini.
“Excuse me! Do I know you?” Aleya merenung lelaki itu. Hmm…macam pernah nampak mamat ni. Berkerut dahi Aleya bila berfikir. Ya, dialah Tengku Iskandar. Wakil Jaya Bersatu yang akan aku jumpa esok!
“ Persahabatan takkan bermula tanpa perkenalan kan!” Iskandar tersenyum sehingga menampakkan giginya yang tersusun kemas. Dia menghulurkan tangannya.
Nalurinya begitu kuat untuk mengenali wanita yang bercermin mata hitam ini.
            “Kata-kata awak memang benar.  But I don’t talk with strangers.” Tegas Aleya. Gatal juga mamat ni. Nampak perempuan saja terus naik miang. Tangan yang dihulurkan oleh Iskandar tidak disambut oleh Aleya.
            “Come on! Awak bukan kanak-kanak lagi. Tidak memerlukan kebenaran sesiapapun untuk berkawan.”
            “Awak silap! Di dunia ni ada banyak jenis lelaki, spesis yang awak tak pernah jumpa pun, pasti awak akan jumpa seperti sekarang. Saya tak sama seperti mana-mana wanita yang awak pernah kenal. You’re not my type. Sebab lelaki seperti awaklah, dah banyak wanita telah dikecewakan. Awak ingat saya ni bodoh sangat ke sehingga nak masuk ke dalam jerat yang awak telah sediakan, Tengku Iskandar.”
            Iskandar terkejut apabila namanya disebut oleh wanita itu. Aku ni terkenal sangat ke? Semua orang tahu nama aku.
            “Jangan perasaan ye!  I know you because you also know me!” Aleya menanggalkan cermin mata hitamnya. “See you tomorrow!” Aleya terus berlalu pergi meninggalkan Iskandar yang masih tercengang.
            Dahi Iskandar berkerut. Siapa dia? Salah seorang bekas kekasih aku ke? Tak! Aku tak pernah jumpa dia lagi. Siapa dia? Suara dia macam pernah dengar saja.

                                                ******************

            “Assalamualaikum!” Iskandar terkejut bila ada orang memberi salam kepadanya. Dia seolah-olah tidak percaya melihat wanita yang sedang berdiri di hadapannya. “Waalaikumussalam.”
            “Can I?” Aleya menunjukkan ke arah kerusi yang dekat dengannya.
            “Sure!” Iskandar tersenyum. Akhirnya dia datang juga pada aku, hari tu jual mahal sangat.
            Aleya terus duduk. Dia sedar Iskandar sedang merenung dirinya. Dasar lelaki miang! Ikut hati mahu saja aku penumbuk lelaki ini. Biar dia sedar diri sikit. “You’re not my type and I’m not you’re type. Understand.”
            “No!”
Aleya melirik matanya ke arah lain bila mendengar kata-kata Iskandar yang masih tersenyum simpul. “Let’s me ask you one question, Tengku Iskandar! Why you come here? I mean why you come to Langkawi?”
“Busniess!” ringkas jawapan Iskandar. Matanya tertawan dengan pasangan mata berwarna coklat milik wanita itu. Sejuk hati bila memandang.
“Who?”
“You, my lovely lady!” Iskandar mengenyitkan matanya padanya Aleya.
Aleya mengenggam erat tangannya. Macam mana la aku ni berurusan dengan lelaki ini selepas ini. Sekarang ini pun perangai dia cukup menyampah. Aleya terus mengambil fail yang berada di sebelahnya dan terus mengetuk  kepala Iskandar. Aleya langsung tidak peduli tentang orang ramai yang berada di Coffee House itu. “Sekarang ni awak dah kembali normal kan!”
Iskandar terkejut dengan tindakan wanita itu yang tiba-tiba mengetuk kepalanya. Bibirnya terketar-ketar menahan geram. Berani dia ketuk aku di hadapan orang ramai. “Kau!”
“Apa! Tujuan saya pulang ke Malaysia kerana di atas permintaan awak. Saya tak ada masa nak dengar kata-kata manis dari awak.”
“Saya!” Dahi Iskandar berkerut. Apa la yang perempuan ni cakap? Dah gila ke perempuan ni? Harap muka saja cantik rupa-rupanya ada masalah mental. Baik aku pergi dari sini! Iskandar terus bangun.
“Where are you going?”
“Saya rasa awak dah silap orang. Saya tak kenal awak pun. Saya….”
Aleya terus mencelah. “Tengku Iskandar! Saya tak ada masa nak bermain dengan awak. Selepas urusan di sini selesai, saya ingin pulang ke London dengan segera. Banyak lagi kerja saya di sana yang saya tangguhkan kerana awak. So stop playing around.” Aleya meninggikan suaranya.
London! Awak Aleya! Nur Aleya Kadir.” Soal Iskandar. Dia terus duduk. Matanya tepat merenung wanita yang berpakaian kemeja biru. DIa baru sedar siapa wanita ini.
“Yes! I’m Aleya! Sekarang awak dah tahu siapa saya kan!”
Iskandar ketawa. Lucu betul. Rupa-rupanya inilah arkitek yang terkenal itu. Cantik tetapi garang.
Aleya mengetap bibirnya menahan geram. Apa yang lucunya ni? Sah, lelaki ni ada masalah mental. Gila! “Awak ni ada masalah mental ke?”
Ketawa Iskandar semakin kuat bila mendengar soalan Aleya. Tiba-tiba Aleya bangun, fail yang berada di tangannya dihempas dengan kuat. “Awak ni betul ke nak berurusan dengan saya atau awak nak saya ketuk kepala awak dengan fail ni lagi.” Tegas Aleya. Wajahnya sudah berubah merah.
Ketawa Iskandar mati sebaik saja mendengar amaran Aleya. Mak oii, garangnya! Iskandar membetulkan kedudukkannya. Tali lehernya dibetulkan. Dia bimbang jika diketuk sekali lagi. Wajahnya serius.“Baiklah! Kita mulakan.”

Monday, October 18, 2010

Satu Dua Tiga 17

Bab 17

            “Assalamualaikum, Angah!” Alina tersenyum sebaik saja menjawab panggilan Alisa. Dia melihat ke arah Aleya yang sedang memandu.
            “Walaikumussalam.” Jawab Alisa sambil berjalan keluar dari kedai Buku MPH. Beberapa buah novel telah dibelinya.
            “Ibu dan Angah, sihat ke?’ tanya Alina dengan lembut.
            “Kami sihat saja. Cuma kaki dan tangan ibu belum sembuh lagi. Hmmm…Bila Acu nak balik ke sini?”
            “Pesakit Acu masih lagi dalam ICU. Acu perlu pantau perkembangannya. Rasanya minggu ni Acu tak dapat balik ke Malaysia.”
            “Apa!” jerit Alisa dengan kuat. Orang ramai yang berada di situ terkejut dengan jeritan Alisa. Alisa menunduk kepalanya bila sedar dirinya menjadi perhatian orang ramai yang berada hampir dengannya.
            Alina menjarakkan telefon bimbitnya sebaik saja mendengar jeritan kakaknya.
            “What!” nada suara Alisa separuh bisik.
            “Tapi Angah jangan bimbang, minggu ini Along akan pergi ke sana! Sebaik saja urusan Along di sini selesai. Along akan pulang ke Malaysia tapi sebaik saja tiba di sana Along terpaksa pergi ke Langkawi untuk berjumpa dengan client dia kat sana.”jelas Alina.
            “I’ll know that tapi siapa yang akan date Dr. Zahari minggu ni…” nada suara Alisa masih lagi separuh bisik. Matanya melirik ke kiri dan kanan. Bimbang jika suaranya kuat seperti.
            “Apa! Angah, cakap apa? Tak dengar la.”
            Alisa melepaskan keluhannya. Mampus aku kali ini. Takkan la aku yang kena date dengan doctor skema tu. Eee….bukan taste aku la. “Hmmm…nothing.”
            “Abah, macam mana? Sihat?” tanya Alina. Aleya yang sedang memandu tiba-tiba menoleh ke arah adiknya. Perkataan itu begitu sensitive  pada diri mereka.
            “Why should I know about him?” balas Alisa dengan kasar.
            “Angah!”  Alina terkejut dengan kata-kata kakaknya
            Langkah Alisa terhenti bila melihat ada seseorang sedang menghalang perjalanannya. Dahi Alisa berkerut. KL ni memang kecil betul la. Mereka ni ada ilmu ke? Ke mana saja mesti jumpa? “I have to go, sis! Terserempak dengan ular pulak!” Alisa terus menamatkan perbualan mereka. Matanya merenung wanita yang bergaun pandek separah lutut tanpa lengan berwarna putih.
            “Ular!” Berkerut dahi Alina. Panggilannya telah dimatikan. Matanya melirik ke arah Aleya yang sedang memandu. “Ular!” ulang Alina lagi dengan penuh tanda tanya. Aleya hanya tersenyum. Dia tahu maksud perkataan tersebut.
            “Kakak!” Alisa tersenyum. Aku Alina , jadi aku mesti berlagak macam Alina.
            “Aku bukan kakak kau!” jawab Suhaila dengan kasar. Tak sangka pula pulak, aku boleh terserempak dengan perempuan ni. Kedua-dua belah tangannya penuh dengan beberapa beg yang mengandungi baju yang dibelinya. Pasti semuanya berjenama.
            “Maaf!” balas Alisa dengan lembut. Dia membuat muka kasihan.
            “Kau jangan nak hipokrit dengan aku, Alina! Depan orang lain, kau boleh la berdrama tetap dengan aku, tak payahlah!”
            “Lina tak sangka Kak Su sanggup tuduh Lina yang bukan-bukan!” Alisa menundukkan kepalanya. Alisa ketawa kecil di dalam hati. Menjadi jugak aku tiru perangai Alina.
            “Hey, aku nak beri amaran kat kau! Dr Nazri milik aku! Aku yang sukakan dia dulu sebelum kau. Hanya aku yang layak memilik Dr. Nazri. Perempuan macam kau tak layak berdampingan dengan Dr. Nazri. Kalau aku nampak lagi kau bersama Dr. Nazri! Nahas kau, aku kerjakan. Penampar hari tu, kau masih lagi tak serik-serik lagi ke!”
            Penampar! Pantas Alisa mengangkat kepalanya, matanya tepat merenung Suhaila. Apa maksud dia?
            “Ooo….pasti kau masih ingat lagi kan!” suhaila tersenyum.
            “Penampar!” nada suara Alisa berubah tegas. Dia mengetap bibirnya menahan geram. Alina tak pernah cerita apa-apa pun pasal hal ini. Oooo…jadi kau pernah tampar adik aku ye, siap la kau nanti! Mentang-mentang la adik aku tu tak pandai melawan, suka-suka kau  buli adik aku. Siap la kau kali ni, sekarang ni buku bertemu ruas. Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Alisa. Dah dapat idea! Tiba-tiba saja mata Alisa berair, Suhaila terkejut melihat Alina yang tiba-tiba menangis.
            “Sanggup kakak layan Lina begini! Walaupun kita adik-beradik tiri tapi Lina anggap kakak seperti kakak kandung sendiri. Apa salah Lina? Apa dosa Lina pada kakak?” tangisan Alisa semakin kuat. Tangisan Alisa menarik perhatian orang yang lalu-lalang di situ.
            Suhaila gelabah melihat orang ramai yang sedang merenung kea rah mereka. Dia malu. “Hey, Lina! Aku tak pernah anggap kau sebagai adik aku pun. Jadi kau tak payah la nak berlakon baik dengan aku!” marah Suhaila. Bengang!
            “Kakak, salah ke kalau Lina baik dengan kakak! Walaupun ibu kakak isteri kedua tapi ibu sebagai isteri pertama, kami tetap terima kakak dan ibu kakak sebahagian dari keluarga kami!” ucap Alisa. Dia sengaja ingin memalukan perempuan ini. Baru dia tahu langit ni tinggi ke rendah.
            “Hey! Lina, kau sengaja nak malukan aku kan!” jerit Suhaila. Dia sudah tak tahan bila sedar akan pandangan orang di situ terhadapnya. Pasti mereka kutuk aku!
            Alisa mengesat air matanya. Wajahnya merah akibat menangis. “Lina tak ambil hati pun kalau kakak tuduh Lina yang bukan-bukan. Lina reda! Tetapi percayalah kakak, tujuan Lina dan ibu balik hanya untuk melawat ayah. Tak pernah terlintas di hati kami pun untuk berebut harta ayah dengan kakak dan ibu kakak. Kalau kakak dan ibu kakak nak harta ayah, ambilah! Kam tak kisah. Dalam beberapa hari lagi, kami akan pergi dari sini. Kakak tak payah risau lagi.” Alisa terus mengatur langkahnya meninggalkan Suhaila yang masih tercengang dengan kata-katanya.
            Suhaila menoleh ke kiri dan kanan. Sakit telinganya bila mendengar kata-kata orang ramai yang berada di situ. “ Anak bini kedua tapi berlagak!” “Tamak! Nak belot semua harta!” Suhaila menggenggam erat tangannya.
            “Hey! Tak ada kerja lain ke? Busybody!” jerit Suhaila. Mereka semua terkejut bila Suhaila menjerit kea rah mereka, pantas mereka berlalu dari situ. Ada yang tersenyum sinis padanya sebelum berlalu pergi. Suhaila mengalihkan pandangannya pada Alina yang  sudah jauh berjalan meninggalkannya. “Alina!” jerit Suhaila. Kakinya dihentak beberapa kali melepaskan geram yang bersarang di hatinya.
            Senyuman terukir di bibir Alisa bila mendengar jeritan Suhaila. “Rasakan!” Alia membetulkan beg tangan LV miliknya. Aku ni ratu lakonan, siapa kau nak lawan dengan aku?
                                    ****************************************
           
            “Apa ni, Maria! Apa yang Maria bebelkan sejak dari tadi sampai ke sini abang boleh dengar?” soal Tengku Ismail sebaik saja isterinya duduk di sebelahnya.
            “Maria tengah geram ni, abang! Tersangat-sangat geram! Kak Munirah dan Alina hilang tanpa dikesan. Pasti semua ni gara-gara Kartika. Pasti dia yang sembunyikan mereka berdua.” Maria meluahkan perasaan marah dan geramnya pada isteri sepupunya itu. Tangannya pantas mencapai roti bakar dan menyapu jem strawberry di atasnya.
            “Hish…tak baik Maria tuduh orang tanpa bukti. Berdosa!”
            “Tak payah tunggu ada bukti, abang! Siapa lagi yang suka kalau Kak Munirah dan Alina hilang begitu saja kalau bukan si Kartika tu. Memang hati busuk! Tak pernah elok. Entah-entah Kak Munirah accident hari tu disebabkan Kartika.”
            Tengku Ismail hanya menggelengkan kepala. Sejak dulu lagi Maria begitu membenci Kartika kerana baginya Kartika adalah punca penderitaan Kak Munirah selama ini.
            “Aduh, Umi! Pagi-pagi lagi dah dengar suara Umi. Apa halnya ni, Umi!” tegur Iskandar sebaik saja kakinya melangkah ke ruang makan. Dia terus duduk berhadapan dengan Tengku Ismail sambil tersengih.
            “Biasa la, Is! Orang perempuan, suka sangat jaga tepi kain rumahtangga orang!” perli Tengku Ismail.
            Iskandar ketawa besar apabila mendengar kata-kata ayahnya.
            “Amboi….sedap betul abang mengata Maria! Abang, Abang Kadir tu satu-satunya sepupu Maria yang tinggal. Maria nak Abang Kadir hidup bahagia. Bukannya seperti sekarang, huru-hara dibuatnya. Ini semua gara-gara Kartika!”
            “Ooo…sekarang ni Umi dah jadi anggota PRB ye!”
            “PRB?” Berkerut dahi Maria.
            “Pengaman rumahtangga Bersatu!” usik ISkandar
            Kini giliran Tengku Ismail ketawa besar. Air muka Maria berubah sebaik saja mendengar usikan Iskandar. Dia mencemikkan mukanya. “Eloklah! Ayah dan anak sama saja.” Maria memberi roti bakar yang disapunya dengan jem strawberry kepada anak tirinya. Tanpa segan silu, Iskandar terus mengambilnya dari tangan ibu tirinya. “Pagi ni flight Is ke Langkawi pukul berapa?”
            “Pukul 10, Umi!” balas Iskandar. Roti bakar tersebut terus disuapkan ke dalam mulutnya.
            “Betul ke arkitek tu setuju?” soal Tengku Ismail tidak percaya.
            “See the legs la, abah! Ini Tengku Iskandar, nak pujuk perempuan no. 1”puji Iskandar. Dia tersengih.
            “Ya ke? Si Sofea macam mana?” Tiba-tiba nama Sofea disebut oleh Tengku Ismail.
            Raut wajah Iskandar terus berubah apabila nama Sofea disebut. “Waktu-waktu begini pulak, abah sebut nama Sofea tu. Nanti tak pasal-pasal dia datang sini, mampus Is!”
            “Maria tak berkenaan la dengan Sofea tu.  Perangai dia macam Kartika. Eee….Tak sesuai jadi menantu Maria.” Maria membuat mimic muka. Jangan harap la anak Kartika jadi menantu aku! Simpang malaikat 44!
            “Itu Is setuju!” Iskandar tersengih ke arah Maria. Dia gembira kerana Maria menyebelahi dirinya.
            “Is! Is!” jerit Pak Man.
            Mereka bertiga menoleh bila nama Iskandar dipanggil. Pak Man mendekati majikannya yang sedang bersarapan. Nafasnya turun naik kerana berlari.
            “Pak Man! Tarik nafas dulu! Pak Man ni baru lepas join larian marathon ke?” usik Iskandar pada tukang kebun rumahnya. Sejak kecil lagi, dia memang rapat dengan Pak Man. Pak Man seumpama ayah keduanya.
            “Cik Sofea datang! Baik Is lari!” beritahu Pak Man yang masih tercungap-cungap.
            “Apa!” Wajah Iskandar berubah pucat lantas dia bangun. Iskandar bersalam dengan ibu dan ayahnya dengan tergesa-gesa Iskandar mencapai begnya dan mengekori Pak Man.
            Maria terus mencubit lengan suaminya.
            “Aduh, sakit! Kenapa Maria cubit lengan abang ni?” Tengku Ismail menggosak tempat yang dicubit oleh isterinya. Sakit!
            “Ini semua salah abang! Disebabkan oleh mulut abang yang capoi tu, Is tak sempat nak bersarapan.” marah Maria. Dia merenung suaminya seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup.
            “Abang!” Belum sempat Tengku Ismail membela dirinya, satu suara manja menegur mereka berdua.
            “Hello! Good morning, auntie! Uncle!” Sofea tersenyum melihat bakal keluarga mertuanya. Dia sudah agak waktu begini mesti mereka semua sedang bersarapan begitu juga dengan Abang Is. Selalunya waktu begini, dia belum bangun lagi tetapi disebabkan oleh Abang Is, dia sanggup bangun awal semata-mata ingin berjumpa buah hatinya.
            “Waalaikumussalam!” perli Maria. Dah la masuk rumah orang tanpa dijemput, beri salam pun tidak! Apa nak jadi dengan budak ni? Dahi Maria berkerut melihat cara pemakaian Sofea. Seluar pandek hitam atas dari lutut, t-shirt tanpa lengan dan rambut diwarnakan dengan warna merah, macam ni nak jadi menantu aku! Sorry, jangan harap la.
            Sofea hanya tersenyum. Dia sudah lali dengan sindiran Auntie Maria. Aku peduli apa! Abang Is bukannya anak kandung dia. Dia tak layak campur tangan dalam urusan Abang Is. “Uncle, Abang Is ada tak?” tanya Sofea tanpa segan-silu. Matanya meliar ke kiri dan kanan mencari kelibat Iskandar.
            “Dia tak ada.” Ringkas jawapan Maria. Dia menjawab bagi pihak suaminya. Dia malas nak melayan anak sulung Kartika.
            “Tak ada!” Sofea terkejut. Dia melihat jam dinding di ruang makan itu menunjukkan pukul 7.30 pagi. “Abang Is pergi mana, Uncle?” Sofea masih tidak berpuas hati.
            “Kerja la, ke mana lagi! Kamu ingat Is macam kamu ke? Tahu menghabiskan duit saja!” sindir  Maria.
            Sofea mengetap bibirnya menahan geram. Aku tanya Uncle, tapi Auntie Maria ni pulak yang sibuk sangat menjawab! Menyampah betul. Matanya tepat melihat ke arah cawan yang terhidang di atas meja. Ada 3 cawan. Dahi Sofea berkerut. Dia melihat roti yang telah dimakan separuh di atas pinggan. Sofea terkejut bila mendengar enjin kereta di luar. “Abang Is!” kata Sofea secara tiba-tiba. Dia terus berlari keluar tanpa mempedulikan Maria dan Tengku Ismail yang berada di situ.
            “Tengok tu! Dia ingat kita ni patung ke? Tak ada adab sopan langsung. Hish…pakaian mengalahkan orang putih! Semuanya terdedah.” Maria mengeluh.
            “Orang muda biasa la. Dah tua nanti dia tutup la semua.” Kata Tengku Ismail. Meletakkan cermin mata yang dipakainya di tepi.
            “Ya ke? Si Kartika tu, dah tua pun tak tutup aurat. Pakai ketat sana sani. Ingat badan dia tu cantik sangat ke? Lemak sana sini.” Maria mula berleter.
            “Hish, mulut tu tak ada insurans langsung. Sudahlah, Maria! Jom kita makan!” kata Tengku Ismail. Jika dilayan perangai Maria ni, sampai esok harilah dia tak berhenti cakap. Tengku Ismail mula menjamah mihun goreng yang dimasak oleh isterinya.
            Maria mencemikkan mukanya apabila ditegur oleh suaminya. Di dalam hatinya, dia bimbang jika sesuatu terjadi kepada Kak Munirah.
           
                                    ************************************

            Aleya memeluk erat adik bongsunya. Hatinya berasa berat untuk meninggalkan Alina keseorangan di bumi asing ini. Aleya meleraikan pelukannya apabila mendengar pengumuman tentang penerbangannya ke Malaysia.
            “Ingat! Kalau ada apa-apa, cari Auntie Khaty! Along dah pesan pada Auntie Khaty untuk tengokkan Acu di sini.” Aleya tersenyum. Dia merenung adiknya. Melihat Alina seolah-olah seperti melihat dirinya di cermin.
            “Along, Acu bukannya budak kecil lagi. Tahu la Acu jaga diri Acu sendiri.”
            “Macam mana Along tak susah hati, Acu tu terlampau baik hati sangat.”
            Alina ketawa bila mendengar kata-kata kakaknya.  “Along, nanti kirim salam kat Ibu dan Angah ye! Dan satu lagi, jangan buat ribut kat sana pulak. Along dengan Angah bukannya boleh diharap sangat.” Alina menjeling ke Aleya yang tersengih.
            “Ya lah! Along takkan buat ribut kat sana tapi Along tak boleh janji ye! Kalau anak beranak tu berani cari pasal dengan Along, Angah dan Ibu, siap la! Along takkan lepaskan mereka begitu saja.”
            “Tengok tu, belum apa-apa lagi dah rancang dah. Mesti pening kepala ibu dibuatnya.” Alina mencemikkan muka. Macam la dia tak tahu perangai kakaknya. 2 x 5 saja.
            Ala….Acu jangan risau, nanti bila kakak jumpa ular-ular tu, Along ikat tangan ni.” Aleya menunjukkan pergelengan tangannya.
            “Elok sangat la! Angah zip mulut, Along pulak ikat tangan! Memang sesuai sangat la.”
            “Ok, I have to go! Take care of yourself.”
            “I will, sis!” Alina tersenyum simpul.
            Aleya terus memakai cermin mata hitam Christian Dior miliknya. Dia sedar banyak mata sedang memandang ke arahnya. Kehadiran mereka di Lapangan Terbang Heathrow, London menjadi tumpuan orang yang berada di situ. Setiap orang yang lalu-lalang di situ pasti akan menoleh dua kali setiap kali melihat dia bersama adiknya. Pelik sangat ke bila kembar seiras? Langkahnya dia atur kemas menuju ke balai berlepas.
            Alina tersenyum. Tiba-tiba saja dia berasa sunyi. Dia melihat Aleya sehingga kakaknya itu hilang dari pandangannya.

Wednesday, October 13, 2010

Satu Dua Tiga 16

Bab 16

            Kartika terkejut bila ada tangan yang menghalangnya dari membuka pintu kereta BMW X6 hitam miliknya. Kartika merenung wanita muda yang berkemeja biru muda dan berseluar jeans itu.
            “Kita perlu berbincang, Datin Kartika.” Alisa merenung wanita yang berbaju gaun ketat separas lutut itu. Dah tua-tua pun tak sedar diri lagi, perasaan diri muda la tu.
            Kartika tersenyum sinis. “Kau nak apa?”
            Alisa ketawa kecil bila mendengar pertanyaan wanita itu. “Tujuan Lina jumpa Datin Kartika hari ini sebab nak beri amaran pada Datin supaya jangan ganggu ibu lagi.”
            “Kau siapa nak beri arahan pada aku, hah!”
            “Datin! Datin ingat Lina tak tahu apa rancangan Datin pada ibu dan Lina?” Alisa tersenyum.
            Kartika tergamam. Apa maksud budak ni? Dia tahu ke plan aku? Mustahil.
            “Untuk pengetahuan Datin, segala gerak-geri Datin Lina tahu. Datin pergi mana? Datin jumpa siapa? Pukul berapa? Semua Lina tahu.”
            Bulat mata Kartika sebaik saja mendengar pengakuan Alisa. “Kau!”
Jerit Kartika menahan marah.
            “Apa! Datin ingat Datin seorang saja yang boleh upah orang ekori ibu? Ini Alina. Sesiapa yang telah cederakan keluarga Lina lebih-lebih ibu Lina, Lina takkan biarkan begitu saja.”
            “Hey, kau siapa nak lawan aku, hah! Kau tu masih mentah. Oooo…depan mak ayah kau, kau pandai berpura-pura baik tetapi sebenarnya kau ni jahat.” Kartika bengang. Berani dia nak ugut aku.
            “Suka hati la, Datin nak cakap! Kalau nak banding Datin dengan Lina, Datin lebih jahat lagi.” Perli Alisa.
            “Kau!” Kartika terus mengangkat tangannya dan ingin menampar Alina. Tangannya terhenti bila melihat Alina juga telah mengangkat tangan dan ingin menamparnya juga.
            ‘Apa lagi! Tampar la. Ingat Lina tak berani nak tampar Datin ke?” Bulat mata Alina merenung Kartika.
            Kartika mengetap bibir menahan geram. Ingatkan perangai budak perempuan sebiji seperti ibunya tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Rupa-rupanya anak Munirah ni bukan sebarangan. Kartika terus menurunkan tangannya.
            “Ibu tetap akan bercerai dengan Dato’ Kadir. Datin Kartika kena bersabar. Lina akan pastikan ibu menceraikan Dato’ Kadir. Lelaki itu tidak layak menjadi suami ibu. Oleh itu, Datin sepatutnya tahu apa yang perlu Datin lakukan. Mulakanlah peranan sebagai isteri yang baik. Jangan pulak habiskan masa dengan anak-anak ikan peliharaan Datin. Mereka tu sekadar hiburan saja, betul tak!” Alina tersenyum sinis.
            “Kau jangan cuba nak ajar aku!” marah Kartika. Jarinya ditunjukkan tepat ke Alina.
            “Lina tak ada niat nak ajar Datin lagipun siapalah Lina untuk mengajar Datin tentang kesetiaan pada suami. Datin lebih berpengalaman dari Lina. So, don’t mess up with me because I’m not Alina. Oh ya, sebelum terlupa! Jangan ganggu hidup kami lagi, jika tidak gambar-gambar yang tak sepatutnya orang lain tahu akan sampai ke tangan pihak media. Datin pasti kena jaga resputasi Datin, kan” Alisa tersenyum. Dia terus memakai cermin mata hitam D&G. Senyuman masih terukir di bibirnya. Alisa berjalan meninggalkan Kartika dan terus masuk ke dalam kereta Mazda 3 putih miliknya.
            Kartika mengenggam erat beg tangan Bonia miliknya. Kau ingat kau layak nak berlawan dengan orang yang makan garam dulu dari kau, hah! Tunggu la nasib kau selepas ini. Kartika merenung kereta milik Alina yang meluncur laju meninggalkannya.

                                                ****************************
           
            “Awak, tolong la faham! Antara kita sudah tak ada harapan lagi! Hubungan kita satu putus sejak awak halau Munirah keluar dari rumah awak 25 tahun yang lalu. Tolong la, Munirah tak mahu disebabkan Munirah, rumahtangga yang dibina oleh awak dan Kartika musnah. Munirah tak nak menjadi orang ketiga. Tolonglah faham keadaan Munirah. Munirah nak selesaikan semua ini dengan cara baik.” Jelas Munirah. Dia sudah tak tahu perkataan apa lagi yang perlu digunakan agar Kadir faham akan situasinya sekarang ini.
            “Perkahwinan abang dan Kartika dah lama bergoyang. Hanya tunggu masa untuk runtuh saja. Selama ini abang tak pernah berasa bahagia walau seminit pun sepanjang kami bergelar suami isteri. Mungkin ini balasannya selepas apa yang abang pernah lakukan pada Munirah dahulu.” Nada suara Kadir perlahan. Sayu hatinya bila mengenangkan sikapnya pada Munirah dahulu.
            “Semua itu dah berlalu. Munirah terima dan reda. Mungkin itu suratan takdir Munirah yang perlu Munirah hadapi. Awak tak perlu memikirkan semua ini lagi. Munirah takkan minta satu sen pun duit dari awak. Munirah nak kita berpisah secara baik.” Jelas Munirah dengan lembut. Selepas keluar dari hospital, telefon bimbit Samsung  SGH-130 miliknya tidak henti berbunyi. Munirah tahu siapa pemanggilnya. Alisa tidak membenarkan dia menjawab panggilan itu tetapi hari ini dia menjawab panggilan tersebut kerana menyangka panggilan tersebut dari Maria. Nama Maria tertera di skrin telefon bimbitnya. Tanpa berfikir panjang, Munirah terus menjawab panggilan tersebut namun sangkaanya meleset sama sekali sebaik saja mendengar suara pemanggil itu. Tidak lain dan tidak bukan adalah Kadir.
            “Tidak! Abang takkan berpisah dengan Munirah sampai mati pun Munirah tetap isteri abang.” Tegas Kadir. Perkataan cerai begitu sensitive baginya. “Munirah, cuba Munirah fikir tentang Alina! Anak kita.”
            “Mereka sudah besar. Mereka tidak membantah bila Munirah membuat keputusan ini.”
            “Mereka?” Kadir terkejut. Mereka? Siapa lagi yang Munirah maksudkan?
            Munirah tergamam. Aku sudah terlepas cakap. “Aaa…Alina! Mereka tu Munirah maksudkan Alina.” Munirah cuba menutup kesalahannya.
            “Ooo…Abang ingatkan abang ada anak lain selain Alina!” Kadir mengeluh.
            Munirah menelan air liurnya. Pahit! Kalaulah dia tahu selain Alina ada lagi Aleya dan Alisa pasti  Kadir berkeras enggan menceraikannya.
            “Munirah!” panggil Kadir. Senyap.
            Munirah tersentak bila namanya dipanggil. “Ya”
            “Munirah walau apa yang terjadi, abang tetap takkan cerai Munirah. Talak terletak di tangan suami. Selagi abang masih bernyawa abang takkan ceraikan Munirah. Abang takkan lakukan perkara yang sama lagi. Di mana Munirah dan Alina bersembunyi sekarang ini, abang tetap akan cari sehingga dapat.” Tegas Kadir sebelum mematikan perbualan mereka.
            Munirah tercengang. Kata-kata terakhir Kadir membuat hati Munirah resah. Tiba-tiba pintu rumah terbuka. Munirah terkejut.
            “Kenapa ni ibu macam nampak hantu saja?” kata Alisa menutup pintu rumah. Dia memandang kea rah ibunya yang terkejut melihat dirinya.
            “Angah! Lain kali kalau masuk rumah, berilah la salam! Ini main masuk saja. Mana ibu tak terkejut.”
            “Mulut Angah ni dah kebas beri salam tapi tiada siapa jawab pun. Ibu cakap dengan siapa tadi.” Alisa melihat telefon bimbit yang dipegang oleh ibunya.
            “Khaty!” bohong Munirah. Kalaulah Alisa tahu siapa sebenarnya yang menelefon sebentar tadi pasti Alisa akan mengamuk.
            “Oooo…Auntie Khaty rupanya. Mesti dia rindu kat ibu.”
            Munirah hanya menganggukkan kepalanya. “Angah pergi mana tadi?” soal Munirah.
            “Jumpa kawan sekejap.” Pantas Alisa menjawab. Dia tak mahu ibu tahu yang dia sebenarnya berjumpa dengan Datin Kartika. “Ibu, Angah nak pergi sembahyang Asar dulu. Selepas tu Angah masak dan kita makan sama-sama ye!” Alisa tersenyum. Langkahnya diatur kemas berjalan menuju ke biliknya.
            Munirah merenung Alisa dengan pandangan yang pelik. Dia dapat rasakan Alisa cuba menyembunyikan sesuatu darinya. Perlahan-lahan Munirah duduk di sofa. Dahinya berkerut. Kakinya yang patah masih terasa sakit. Tongkat yang dipakainya diletakkan di tepi. Munirah mengeluh kuat. Sekarang ni fikirannya berserabut memikirkan Dato’ Kadir dan juga anaknya.

                                                ****************************

            Kadir meletakkan telefon bimbit Nokia 8500 milik di dalam poket bajunya. Langkahnya diatur kemas menuju ke balkoni di biliknya. Kadir melihat awan hitam sedang berarak menuju ke destinasinya. Pasti petang ni akan hujan. Namun fikirannya masih memikirkan tentang Munirah. Wanita yang menjadi pilihan keluarganya.
            “Apa! Kahwin dengan anak Pak Rahman!” Kadir terkejut bila ayahnya, Tan Sri Harun menyampaikan hasratnya untuk menjodohkan dia dengan anak tukang kebun rumah mereka. Matanya tepat merenung ayahnya. “Abah sedar tak, apa abah cakapkan tadi. Pak Rahman tu tukang kebun rumah kita! Tukang kebun. Mereka tak layak menjadi sebahagian dari keluarga kita.”
            “Kadir! Jaga sikit bahasa kamu tu! Pak Rahman dan keluarganya bukan orang lain. Mereka sebahagian dari keluarga kita. Sudah lama Pak Rahman berkhidmat dengan keluarga kita sejak kamu kecil lagi, Pak Rahman sudah bekerja dengan kita.Keluarga kita terhutang budi pada Pak Rahman. Kamu jangan lupa tentang siapa yang selamatkan kamu sewaktu kamu hampir lemas semasa kamu kecil.”marah Tan Sri Harun. Kata-kata anak tunggalnya itu benar-benar mengguris hatinya. Peristiwa itu masih segar dalam ingatannya. Ketika itu mereka sekeluarga sedang bercuti di rumah persinggahan mereka di Johor. Pak Rahman adalah pekerja yang bekerja di rumah persinggahannya di Mersing,Johor.
            “Itu Kadir tahu. Abah tak payah la nak mengingatkan Kadir tentang semua itu. Kalau iya pun, abah nak balas budi Pak Rahman kenapa mesti abah suruh Kadir kahwin dengan anak Pak Rahman. Banyak lagi cara abah boleh lakukan untuk membalas budi Pak Rahman. Bagi tanah ke? Duit ke? Rumah ke? Syarikat ke? Semua itu abah boleh beri kan! Kenapa mesti paksa Kadir kahwin dengan perempuan itu?”
            “Kadir!” Tan Sri Harun terus bangun dari sofa.
            “Kadir, ibu tak sangka Kadir sanggup cakap begitu. Ibu tak pernah ajar Kadir merendah-rendahkan maruah orang lain. Hutang budi kita pada Pak Rahman tak boleh diukur dengan wang ringgit.” Puan Sri Farhana bersuara. Sejak pulang dari belajar luar negara, perangai anak tunggalnya itu berubah sama sekali. Kaki mabuk! Kaki perempuan!
            “Dengan mengahwinkan Kadir dengan perempuan itu, bukan tindakan yang bijak. Mereka tu hanya nakkan nama dan harta kita saja. Dasar mata duitan. Sanggup jualkan anak sendiri demi wang ringgit. Entah-entah anak perempuan Pak Rahman tu perangainya seperti perempuan pisau cukar di luar sana. Low class.” Hina Kadir. Dia berkeras takkan setuju dengan hasrat ayahnya itu. Nak jadi apa pun jadilah.
            Tiba-tiba satu tamparan hinggap di pipi Kadir. Kadir tergamam. Matanya tepat merenung ibunya yang sedang merenungnya seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup.
            “Kadir! Kamu jangan samakan Munirah dengan perempuan-perempuan yang mendampingkan kamu. Munirah budak baik. Kadir tak kenal Munirah lagi, jadi jangan buat andaian yang bukan-bukan! Ibu percaya Munirah adalah wanita yang sesuai menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak kamu, Kadir.” Marah Puan Sri Farhana. Baginya Munirah adalah wanita yang baik.
            “Ibu! Orang yang nak kahwin adalah Kadir bukannya ibu. Kadir tetap tak setuju. Ini keputusan muktamad Kadir. Kadir takkan sesekali berkahwin dengan perempuan tu. Apa ni jadi, jadilah!” jerit Kadir. Dia terus melangkah keluar dari rumah banglo yang tersergam indah itu Tan Sri Harun dan Puan Sri Farhana kecewa dengan sikap anak mereka.
            Lamunan Kadir terganggu bila mendengar ketukan pintu. Dia menoleh. Pintu bilik terbuka. Kadir tersenyum bila melihat kedatangan Zahari. Wasiatnya perlu diubah.