Monday, April 16, 2018

Foto Cinta Bab 4



Bab 4

            Jasmin tersenyum melihat hasil lukisan dia yang dah siap dilukis. Hampir tiga jam dia melukis. Dia berpuas hati dengan hasil lukisan dia. Konsep lukisan dia kali ini adalah kanak-kanak. Di sini dia cuba ceritakan mengenai kehidupan kanan-kanak yang tinggal di kawasan pendalaman.  Dia cuba sampaikan message disebalik lukisan ini. Berus masih ada di tangannya.  Jasmin menoleh apabila pintu studio dibuka.

            “Akhirnya aku sampai jugak. Kau tahu tak ? Aku ni dah macam orang gila. Nak sampai sini saja, aku keluar ikut pintu belakang. Lepas tu pulak aku naik bas.Empat kali aku pusing taman nak pastikan dia tak ikut aku.  Jalan sikit, tengok belakang! Takut jugak kalau dia ikut. “ Nana terus melabuhkan  punggung di sofa. Beg pakaian Jasmin diletakkan di sebelahnya. Mulai hari ini, Jasmin akan tinggal di studio, takut pulak terjumpa dengan Bazli nanti. Dia datang membawa pakaian dan barang keperluan Jasmin untuk beberapa hari ini.

            “Kau tu terlebih over sangat, Itulah suka sangat tengok citer CSI! Bones! Criminal Minds!. Selalu fikir yang bukan-bukan. Tak ada maknanya dia nak ikut kau.“ Jasmin gelak besar. Dia tahu kedatangan Bazli di sini.

            “Eh… Eh… Kau jangan pandang ringan hal ini! Dia lain sikit dari ayah dia.”

            “Lain macam mana! Bazli tu okey jer! Masa aku kecik-kecik dulu, dialah yang selalu teman aku bermain.” Jasmin masih ingat lagi, setiap kali dia menangis … Bazli pasti bagi ice cream kat dia.

            Tiba-tiba Nana terus bangun. Dia mendekati Jasmin. “Dia tu licik! Kau tahu tak? Tadi Jess call aku, dia cakap ada orang nak jumpa kau. Nak address la! Contact no la.  Kononnya nak jumpa kau lepas tu nak beli lukisan kau. Nasib baiklah, aku ni lebih cerdik. Awal-awal lagi aku dah inform kat Jess. Jangan bagitahu apa-apa pun info pasal kau kat sesiapa pun. Kalau ada orang nak jumpa, call aku dulu.” Terang Nana. Mujurlah selepas jumpa dengan Bazli hari tu, tiba-tiba saja teringat kat Jess, manager gallery milik Jasmin.  Kalau Jess bagi contact no Jasmin kat Bazli, tak ke naya nanti.

            “Bagus! Bagus! Mujurlah aku ada bestfriend macam kau.”  Puji Jasmin.

            “Memang bagus sangatlah. Bestfriend merangkap rakan subahat kau. Sama-sama aku tanggung dosa tipu orang.” Sindir Nana.

            Jasmin gelak besar.

            “Kali ni kau guna watercolor ke? Selalunya kau suka pastel.” Nana mengamati lukisan Jasmin. Sejak berkawan dengan pelukis ni, semua benda pasal lukisan aku tahu. Tanya jer apa pun, memang aku terror.

            “Yup! Macam mana?” tanya Jasmin. Dia ingin juga tahu pendapat Nana.

            “Nice! Aku faham message yang kau cuba sampaikan dalam lukisan ni. Not bad!” Pandangan Nana beralih pula melihat kepingan gambar yang tergantung di studio. Nana mengamati setiap gambar yang tergantung di situ. “Ini gambar masa trip kau kat Vietnam ke?”

            “Ya.”

            “Mamat cop Vietnam handsome tak? Kot kot la taste kau orang Vietnam pulak.” Usik Nana sambil tersengih. Sejak aku kenal Jasmin, hobi dia memang suka ambil foto. Tak kisahlah siapa atau apa! Kata Jasmin, melalui foto kita akan belajar untuk melihat dan memahami segala-galanya. Setiap foto ada ceritanya sendiri. Like old saying, a picture is worth a thousand words. Mula-mula tu memanglah aku tak faham langsung tapi lama-lama aku faham apa yang Jasmin cuba nak orang lain lihat di sebalik foto yang diambilnya. Setiap kegembiraan, kesusahan dan kesedihan .. itu semua kita boleh lihat dalam foto ini. Foto-foto ini jugak akan dipamerkan di gallery Jasmin. Nana bangga kerana mempunyai kawan seperti Jasmin.  Seorang yang berhati mulia dan  sanggup menolong orang lain walaupun berlainan bangsa dan agama. Sanggup menerjah masuk hutan atau tempat pendalaman demi membantu mereka yang susah.  “ Lepas ni kau nak ke mana pulak?” tanya Nana. Dia tahu Jasmin takkan tinggal lama di sini. Pasti dah ada destinasi yang seterusnya.

            “Simbu!”

            “Simbu! Apa tu? Tak pernah dengar pun.” Dahi sedikit berkerut. Pertama kali dia dengar perkataan Simbu.

            “Itulah kau ni apa-apa pun tak tahu. Simbu tu terletak di negara Papua New Guinea! Dekat jer dari sini. Aku pergi seminggu jer. Lagipun aku dah janji dengan kau kan. Awal bulan depan, kita nak pergi holiday kat Bali kan.”

            “Bagus! Bagus! Aku ingatkan kau dah lupa. Aku ni dah ambil cuti seminggu. Aku nak kita releks kat sana. Lagipun dah lama kita tak cuti sama-sama.”  Nana tersengih bila Jasmin masih ingat janji mereka berdua. “Oklah! Aku blah dulu. Nanti aku lama-lama kat sini, mamat tu tahu pulak.”Nana nak peluk Jasmin tapi ditegah oleh Jasmin. Sempat lagi Jasmin menunjukkan bajunya yang kotor dengan watercolor. “ Nasib baik! Apa-apa call. Bye Sweetie.” Nana sempat membuat flying kiss kat Jasmin sebelum melangkah keluar meninggalkan Jasmin seorang diri.


                                    *******************************

            Nana ketawa terbahak-bahak bila ingatkan kereta Bazli masih dipakir di hadapan rumahnya. Padan muka kau! Kau ingat rumah aku ni ada satu pintu saja. Jangan haraplah aku nak bawa kau jumpa JJ. Nana memasuki kawasan belakang rumahnya.

            “Akhirnya balik jugak.”

            Nana terkejut bila disapa dari belakang. Hampir bulat biji mata melihat Bazli yang sedang duduk di buaian belakang rumah.

            “Balik dari mana? Oooo… I know! Balik dari jumpa Jasmin kan!” Bazli cuba tersenyum. Pada hakikatnya dia cuba sembunyikan rasa geramnya. Aku dah agak mesti minah ni keluar. Aku tak terfikir pulak dia keluar ikut pintu belakang. Eee.. bodohnya aku. Kalau tak, aku dah jumpa Jasmin.

            “Mana ada! I jumpa kawan I.”

            “No ….  You jumpa Jasmin kan! You takut I ikut sebab tu you keluar ikut pintu belakang kan!” Bazli datang mendekati Nana.

            “Eh… You ni tak faham bahasa ke? I dah cakap jumpa kawan I tadi. I tak jumpa JJ pun.” Nana mula naik angin.

            “You ingat I percaya ke? Cuba tengok cara you masuk rumah tadi, dah macam pencuri. Terhendap-hendap! Dah jelas you tahu mana Jasmin sekarang ni! “ tegas Bazli.

            Nana mengetap bibir menahan geram. “Eee… Susah betul cakap dengan orang tak reti bahasa ni! Suka hatilah nak percaya atau tak. Bukan I rugi apa-apa pun.”

            “Okey! Fine! Still tak nak mengaku. I akan tunggu di sini sehingga you cakap di mana Jasmin sekarang ni. I tak kisah pun kalau stay kat sini lama-lama. Lagipun halaman belakang rumah you besar! Boleh I pasang khemah di sini.” Bazli memerhati keadaan sekeliling belakang rumah itu. Bersih. Landskap pun simple jer. Ada buaian kecil di sini.  Mungkin tempat mereka berehat!.

            Nana menjerit secara tiba-tiba. Dia lepaskan geram yang sedang membuak-buak membakar hatinya.  Semakin dilayan, semakin sakit hati aku ni!

            Bazli tersentak terkejut. Dah kenapa? Kena histeria ke? Jerit tak tentu pasal.

            Penyapu yang ada di situ terus dicapai oleh Nana.  Penyapu diangkat tinggi dan dihayun  tepat  hampir terkena badan Bazli. Matanya tepat ke arah Bazli.

            “Stop! Stop! You dah gila ke? You nak pukul I ke?” Langkah diundur beberapa tapak. Muka Bazli pucat lesi. Bimbang jika dipukul dengan penyapu. Panas baran jugak minah ni. Nasib baik sempat elak tadi.

            “I belum gila lagi. Tapi kalau I pukul you pun, I tak salah. You dah ceroboh rumah I, I hanya nak pertahankan diri saja. So …get out! Kalau you tak nak penyapu ni hinggap kat muka you, baik you blah. Shooo! Shooo!” Nana sengaja mengangkat penyapu untuk takutkan Bazli sehinggalah Bazli keluar dari halaman belakang. “Kalau I dapat tahu you ceroboh masuk kawasaan rumah I, I takkan teragak-agak report kat polis. So… jangan datang sini lagi.” Nana sempat memberi amaran.

            “I tak takut la. Ini Bazli! Takkan pernah putus asa. I akan cari Jasmin sampai dapat. Lepas tu I akan bawa Jasmin balik ke Malaysia.” Jerit Bazli melihat Nana berjalan masuk ke rumah.

            Nana menoleh. “Whatever!”

            Bazli mencekak pingggang! Terasa bahang di wajahnya sekarang ni. Dia sempat melirik ke arah Nana yang sudah masuk ke dalam rumah. “That women really really  …. Argh! Macam mana boleh jadi nurse! Garang nak mampus” Bazli tak tahu perkataan apa yang sesuai untuk luahkan perasaan geramnya sekarang ni.

                                    ***********************************

            Sebaik saja kaki melangkah keluar dari lobby hospital, Nana membetulkan jaket jeans yang dipakai. Sejuk! Meremang bulu roma! Dia membetulkan beg tangan yang disangkut dibahu. Dia baru saja habis shift pagi.

            “Nana! Bye! Bye!”

            “Bye! Bye! See you tomorrow, Lana!” Nana melambai ke arah rakan sekerjanya. Nana tersenyum. Nana menggosok tangan beberapa kali agar rasa haba. Dah lama tinggal sini tapi aku tetap tak tahan sejuk. Fuh… berapa suhu hari ini? Sejuknya. “Hmm… Malas aku nak balik rumah, nanti bergaduh dengan mamat tu. Ehhh.. dah lima hari! Takkan tak nak balik Malaysia lagi. Eee.. menyampah aku.” Nana bercakap seorang diri. Badan memang dah letih. Kalau tak ada mamat tu, dah selamat aku tidur. Entah-entah dah bermimpi pergi Bali. Nana ketawa seorang diri-diri. Excited sangat nak pergi!

            “Rasanya otak you dah mereng, lebih elok kalau buat check up sekarang.”

            Nana menoleh bila ada suara menyampuk. Wajah Nana berubah serius. “Apa you buat kat sini? You follow I ke?” marah Nana.

            “Hello! Ini hospital. Siapa pun boleh keluar masuk sini?” kata Bazli. Dia sudah tak sanggup tunggu lagi. Setiap kali nak dekat, minah ni mesti keluarkan paper spray. Takut aku! Lagipun kalau kat sini, minah ni tak berani buat apa-apa. Maklumlah ini tempat kerja dia. Takkan nak buat kecoh. Apa-apa pun aku kena settle hari ni, esok aku dah nak balik Malaysia.

            “Really! Pergilah masuk! Banyak katil kosong lagi.” Perli Nana dan terus melangkah meninggalkan Bazli. Sebelum dia tanya soalan cepu emas, baik aku lari dulu.

            “Wait!” Bazli terus mengejar Nana dan menghalang perjalanan Nana.

            “What do you want again?”

            “Jasmin! Miss Nana, I merayu! Please tell me where is she right now!”

            “Kenapa? Kenapa mesti dia balik Malaysia?” tanya Nana.

            “Ini arahan datuk Jasmin, Tan Sri Isa!” jawab Bazli.

            “Kenapa? Selepas lapan belas tahun, kenapa tiba-tiba saja nak JJ balik? Untuk dihina! Untuk dicaci! Untuk pengetahuan you, JJ tak nak ada kena mengena dengan Tan Sri Isa. Seperti mana Tan Sri Isa buang JJ dari keluarga , seperti itu jugaklah JJ buang Tan Sri Isa dari hidup dia. She’s happy right now.  Jangan nak rosakkan kebahagiaan dan kegembiraan JJ di sini.  Okey! I mengaku I tahu di mana JJ sekarang ni. As her bestfriend, I won’t betray her. I takkan beritahu you apa-apa pun. Baliklah … Dan ini pesanan JJ untuk Tan Sri Isa.” Nana mengeluarkan telefon bimbitnya. Semalam JJ hantar voice massage. Guna jika Bazli masih berkeras ganggu aku.

            “Bazli! Just tell him, forget about me. Leave me alone!” Kedengaran suara Jasmin bercakap. Walaupun pandek tapi tegas.

            “Dah dengar kan! So … Have a nice trip back to Malaysia.” Nana tersenyum dan terus melangkah meninggalkan Bazli yang masih kaku berdiri di situ.

            Bazli melepaslah keluhan dengan kuat. Dia benar-benar dah mati akal. Dia tak tahu nak jawab apa dekat ayahnya nanti. Ternyata dia gagal nak bawa Jasmin pulang.

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...