Sunday, May 8, 2016

Tuk Tuk Dia Ketuk Pintu Hatiku BAB 11

BAB 11


           Liya menggaru kepala yang tak gatal beberapa kali. Sekali lagi Liya bangun dan duduk semula di birai katil. Dia tak dapat lupa apa yang berlaku siang tadi. Suara Adi masih tak henti-henti bermain di telinga. Jarum pandek tepat menunjukkan pukul 2.00 pagi. Mata masih belum mengantuk lagi. “ Esok aku mesti tanya abang! Tapi aku kena hati-hati, aku kena plan soalan apa aku nak tanya esok. Kalau tersalah tanya, mesti abang syak sesuatu. Macamlah aku tak kenal perangai abang tu!” Liya bercakap seorang diri.


Liya bangun dan terus mendekati meja solek. Dia merenung wajahnya di cermin. Perlahan-lahan Liya membelek wajahnya. Mata! Hidung! Mulut! Semua ini bukan wajah asal aku. Aku nakkan wajah asal aku semula. Aku tak nak wajah ni. Hati mula sebak mengenangkan apa yang telah dialami tujuh tahun yang lalu.


Tujuh tahun yang lalu…..

Liya memandang ke luar tingkap menghayati pemandangan dari tempat duduk belakang.

“Liya! Nanti next stop kau drive pulak, aku nak rest jap.” Beritahu Yana yang sedang memandu kereta.

“Ok!” jawab Liya.

“Baru 30 minit drive dah letih!” Zetty yang duduk di sebelah pemandu menyampuk.

“Eh…. Cuba kau bawa, banyak cakap pulak. Dah la tak ada lesen!”

“Korang berdua ni tak abis-abis nak bertekak. Sakit telinga aku ni. Kita datang sini nak enjoy. Yang penting, kita akan graduate selepas ini.  Dah tak ada kelas! No more assignment and project! Finally kita merdeka! Wah…. Tak sabar rasanya nak kerja lepas tu pegang duit sendiri. Boleh pergi travel seluruh dunia lepas tu shopping.”

“Kau ni Karen tak abis-abis dengan penyakit shopping kau tu. Buang duit, kau tahu tak. Baik kau simpan, dapat jugak faedah.” Liya mengeleng kepala memandang gadis keturunan baba nyonya di sebelah tempat duduk belakang. Apa lagi Si Karen nak beli lagi? Tak puas lagi? Dah berlambak baju, kasut dan handbag dalam almari tu. Kalau dah kerja, aku tak dapat bayangkan apa si Karen nak beli nanti.

“Eh… duit aku! That’s my problem.”

“Banyak la kau punya masalah. Masalah kami jugak kau tahu tak! Mama kau asyik call kami , apa kau buat dengan duit yang mereka kirim kat you. Asyik abis saja. Kami tak tahu nak jawab apa. Kalau kami ni jahat, dah lama kami report kat mama kau. ” Zetty mencelah.

“Thank you! Sebab tu aku sayang kat korang. You’re my best friends forever.” Karen tersengih.

“Iyelah tu…. Lepas ni beli lagi! Liya, sampai kat Perth nanti kau pantau Karen. Jangan bagi dia beli macam-macam, senang citer kau pegang wallet dia.” Ujur Yana.

Karen terus memegang sling bag miliknya. “Mana aci? Tak boleh. Kalau korang berani ambil, aku tak nak kawan dengan korang lagi.” Karen membuat mimic muka budak kecil yang sedang merajuk.

Serentak Yana, Zetty dan Liya ketawa bersama.

“Penyakit shopping kau ni memang tak boleh nak rawat lagi. Kalau Soraya ikut sama, dah teruk kau kena berleter.” Zetty mengeluh dengan kuat.

“Kan best kalau Soraya ikut sama!” Tiba-tiba Yana teringat kawan mereka yang seorang lagi. Selalunya mereka sering berlima tapi kali ini hanya berempat saja.

“Nak buat macam mana? Abang dia yang study kat New Zealand tu accident. Nasib baik tak teruk.” Kata Liya.

“Abang Soraya, Jalil tu handsome la. Pandang tepi saja dah buat jantung aku ni asyik dup dap dup dap….. Kalau tengok face to face, boleh stop jantung aku ni.” Karen mencelah dan tersengih memikirkan abang Soraya, Jalil.

“Gatal! Miang! Si William tu kau nak letak mana? Dalam poket kau?”

“Ala…. Yana! William tu baru title boyfriend. Nak cari soulmate ni kena ada banyak pilihan. Tak boleh nak pilih sebarangan! Cari yang ada quality!” cerita Karen dengan penuh perasaan.

“Tengok tu! Penyakit shopping dia tak habis –habis lagi. Kau ingat pilih suami macam kau pilih handbag. Hish… teruk betul perangai kau ni, Karen. Agaknya kalau kau dok kat hutan  mesti kau dah ting tong!” usik Liya.

“Iyelah! Kat hutan mana ada tempat shopping sebab itu dia tak suka camping.” Giliran Zetty pula mengusik.

“Gelaklah kat aku! Gelaklah…” Karen terus merajuk dan memandang ke luar tingkap. Wajah masam cuka kerana dirinya menjadi bahan usikan.

“Tengok tu dah merajuk! Eeee…. Korang berdua ni kan….” Marah Yana pada Zetty dan Liya. “Aku dengar kat E Shed Market ada banyak barang. Macam-macam ada.”  Yana cuba menarik minat Karen semula.
“Betul ke? Ada jual topi tak! Aku ingat kan aku nak beli topi panama. Aku tengok Miranda Kerr pakai memang cantik la.”  Terus sekelip mata Karen bersuara.

Zetty dan Liya terus ketawa dengan kuat. Rasa lucu dengan perangai Karen. Cakap pasal shopping saja terus lupa merajuk.

Yana tersenyum. Dia memandang semula di hadapan. “Zetty!” jerit Yana secara tiba-tiba apabila sebuah truck memasuki jalan mereka. Mereka berempat  menjerit ketakutan. Hentaman kuat menyebabkan kereta yang dipandu Zetty berpusing-pusing beberapa kali sebelum terbalik. Jeritan suara mereka tadi terus hilang.

Akibat hentaman tadi, Liya tercampar keluar dari kereta. Bunyi bising menyebabkan Liya tersedar, dia cuba bergerak namun gagal. Badan rasa sakit! Teramat sakit. Hanya Dia saja yang tahu. Dia cuba membuka mata tapi dia dapat rasai darah yang membasahi wajahnya.

“It’s okey!” Tiba-tiba ada satu suara.

Liya cuba bersuara tapi tekak terasa sakit namun digagahi juga. Dia ingin tahu keadaan Karen, Zetty dan Yana. “Mmmmm…. My…. My…. Friendssss……. Kawan-kawan I?” Tanya Liya.

“Relax. Mereka okey! Ambulans dah sampai. Hang on!” Jawab lelaki itu seraya memandang kereta terbalik yang sedang terbakar. Dia tak tergamak nak beritahu apa sebenarnya yang berlaku.

Liya masih lagi memandang wajahnya di cermin. Air mata deras mengalir. Badan Liya mula mengigil dan tangannya terketar-ketar setiap kali memikirkan peristiwa berdarah itu. Laci meja solek ditarik perlahan-lahan, frame gambar dibawa keluar. “Karen! Yana! Zetty! I’m so sorry! So sorry!” Tangisan Liya mula teresak-esak. Liya terduduk dan memeluk frame gambar dengan erat. Sebak! Sedih! Tiada lagi gurau senda dan gelak ketawa dari mereka bertiga lagi. Memori persahabatan antara mereka berlima tidak pernah pudar. Dia rindu semua itu. Liya menekup mulut agar tangisannya tidak didengari. Air mata membanjiri wajah Liya.


                        ******************************************

“Awat mata hang bengkak. Hang teriak lagi ka?” tanya Hazri.  Kepala dijengol sedikit melihat Liya yang sedang memasak mee goreng untuk sarapan pagi. Tiba-tiba pakai cermin mata? Pelik ni! Macam ada benda tak kena.

Bibir Liya diketap rapat. Eee….cepat betul kantoi! Cermin mata berbingkai hitam dibetulkan. “Nampak sangat ka? Semalam Liya tengok film orang putih, sedih film tu! A walk to remember! Sedih giler. Bila heroin tu mati, kasihan kat hero tu.” Liya sengaja mengada-adakan cerita dengan harapan Hazri percaya.

“Really?” Hazri tak percaya.

“Ya. Pi ambil mangkuk besar tu! Mee dah masak.” Arah Liya.

Hazri membuka almari dan terus mencapai mangkuk besar lalu diberi pada Liya. “Nah!” Mata masih tak lepas memandang wajah Liya. Dia tahu Liya bohong.

“Thank you!” Mangkuk besar dipegang dan mee goreng dimasukkan dengan berhati-hati. Kemudian Liya letak mangkuk besar itu di atas meja. Pinggan kosong dan garfu sudah tersedia. “Mak ayah mana? Tak turun lagi ke?”

“Sekejap lagi turun la.” Hazri terus melabuhkan punggung di kerusi. Bau mee goreng Liya ni buat perut aku tergugat. Macam mana aku nak diet ni? Mee goreng terus diceduk masuk dalam pinggan tanpa dipelawa.

“Abang! Nak tanya sikit?” Liya masih teragak-agak. Argh… tanya sajalah! Dia ingin tahu pasal Adi.

“Tanya ja!”

“Sebelum ni Adi study kat mana? UK? US? Australia?”

Hazri menoleh dan memandang Liya. “Kenapa tiba-tiba nak tahu?” Mata dikecilkan sedikit.

“saja” jawab Liya tanpa berfikir. Dah ku agak, jangan harap abang aku nak bagitau. Lebih baik aku siasat sendiri.

“Betul ke saja?”

“Hish… malas nak cakap dengan abang.”  Liya terus keluar membawa bekal makanan untuk dibawa bersama ke ladang.

“Something fishy about her!” Hazri memandang ke arah pintu.Tiba-tiba saja nak tahu pasal Adli, eee… pelik tu!

“Hazri! Mana Liya? Tak breakfast sekali?” tanya Haji Razali sebaik saja melangkah masuk di dapur.

“Dah pi pun, bawa bekal sekali. Makan kat sana.”

“La…..”

“Tu mesti nak elak dari kita.” Hajah Salmiah menyampuk.

“Kenapa pulak?” tanya Haji Razali hairan. Selepas sembahyang subuh tadi, isterinya asyik duduk termenung. Bila ditanya, tak ada apa-apa. Memang pelik

“Malam tadi, Liya menangis.” Punggung terus dilabuh di kerusi sebelah Hazri. “Mesti Liya takut kita tahu.”

“Patutlah! Mata bengkak tadi. Bila tanya kononnya tengok filem sedih.”

“Sampai bila Liya nak hidup macam ni, abang! Hati saya sakit setiap kali tengok Liya menangis.  Mana ada ibu yang sanggup tengok anak dia macam ni. Saya tahu apa yang dilalui Liya beri tamparan hebat dalam hidupnya. Iyelah pergi bercuti berempat tapi yang balik hanya seorang saja” Hajah Salmiah menangis.Dia tak dapat lagi menahan rasa sebak di dada.

Hazri menggengam erat tangan ibunya. Dia faham. Dia turut sama sedih.

“Suka tau tak! Semua ini takdir. Walaupun 10 tahun atau 20 tahun berlalu, Liya takkan lupa semua itu, itu qada dan qadar Allah Taala tetapkan untuk Liya. Dia kena terima dengan redha. Kita pun kena terima dengan redha. Doa tu pun penting. Miah, jangan sedih. Kalau Liya tengok Miah macam ni, mesti Liya sedih.Dah jangan teriak lagi.” Pujuk Haji Razali.

“Betul cakap ayah tu, mak! Kita doa supaya hati Liya tenang dan kuat tempuhi semua ni. Meh, makan mee goreng Liya masak ni. Atau mak nak Hazri suapkan.” Hazri cuba berseloroh.

Tiba-tiba Hajah Salmiah tersenyum sedikit. Air mata dilap dengan lembut. “Mak boleh makan sendiri. Mak bukan budak kecil. Makanlah. Jap, mak buatkan kopi kat ayah kamu.” Hajah Salmiah terus bangun.

Hazri dan Haji Razali hanya mampu memandang antara satu sama lain. Suasana sunyi sepi.


                                    **********************************

Petang itu sebelum balik ke rumah, Liya singgah membeli kuih di warung Pak Rahim. Ada jugak kuih untuk minum petang nanti. Boleh aku ajak Adi sekali. Time tu boleh aku tanya. Liya senyum sendirian memikirkan rancangannya.

Motor diperlahankan bila melihat Adi yang sedang duduk di pangkin kayu di halaman rumah. Ini peluang aku! Abang tak ada. Liya sempat melihat melihat kereta Honda Civic milik Hazri tak ada di garaj.

“Assalammualaikum….”

“Waalaikumussalam.” Jawab Adli seraya tersenyum melihat Liya . “Baru balik ke?”

“Ya. Tunggu Hazri ke? Selalunya time ni dia tak balik lagi.”

“it’s okey! Saja jer duduk kat luar ni, jiwa rasa tenang bila tengok sawah padi yang hijau ni.”

“Bila start kerja?” tanya Liya. Sebelum aku nak tanya soalan aku  , baik aku warm up dulu. Taktiklah kata kan…

“Lusa!”

“Ooooo…… Sebelum ni study kat mana?”

“US!” Jawab Adli.

Dahi sedikit berkerut. “US!” Nada suara Liya berbunyi hampa. Tapi suara dia sama dengan lelaki malam tu. Tak mungkin aku tersalah dengar. “Sa….Saya study kat Austrialia. Melbourne University! Pernah tak pergi Australia?”

“Ooooo… Ya ke? Melbourne! Aaa… Saya ada saudara tinggal di sana. Kat Perth! Selalu jugak pergi sana.”

Suara Liya kembali ceria. “Bila? Maksud saya, tahun bila pergi? Kot-kot kita pernah terserempak tapi tak kenal.”

Belum sempat Adli jawab, mereka berdua dikejutkan dengan bunyi hon kereta. Liya menoleh. Eeee…. Dah balik dah, kacau daun betul! Liya membuat mimic muka tak suka.

Kereta Honda Civic milik Hazri berhenti. Tingkap diturunkan. “Kenapa duduk berdua macam ni? Tak elok tahu tak? Apa kata orang kampung nanti?”

“Hish … abang ni! Kami borak kosong ja. Tak boleh ka?”

“Tak boleh! Masuk sekarang! Abang kata masuk!” Hazri memberi arahan dengan nada suara tegas.

Adli menggeleng kepala beberapa kali melihat perangai Hazri. Over protective sangat! Macamlah aku ni nak buat sesuatu tak baik kat adik dia. Patutlah dia tak pernah citer kat aku pasal adik dia. Kuat cemburu rupanya.

“Hish… abang ni tak open minded langsung. Study jer kat US!” bentak Liya sebelum hidupkan semula enjin motor. Wajah masam mencuka! Rosak plan aku! Eee….. Abis peluang aku!

“Kau ni dah kenapa, Hazri? Kami tak buat apa-apa pun. Cakap ja.” Adli bersuara sebaik saja kelibat Liya jauh meninggalkan mereka.

“Cakap kosong pun bahaya, Adli. Sini bukan KL, kat kampung ni reporter ramai! Sekejap saja heboh satu kampung. Bahaya tau dak. Lagipun adik aku tu bahaya sikit, lebih lebih lagi kalau ada lelaki baik macam kau. Kalau adik aku tangkap cinta dengan kau, susah kau nanti.”

“Baguslah kalau macam tu, boleh aku jadi adik ipar kau. Aku kan single sekarang ni.” Jawab Adli diakhir dengan ketawa.

“Tolonglah…. Minta simpang semua tu! Lagipun kau berani ke nak jadi adik ipar ?” Hazri tersengih. Tiba-tiba Hazri teringat sesuatu.“  Sat gi mai minum petang kat rumah aku. Mak aku dah pesan, jemput kau sekali.” Ajak Hazri.

“Aik…. Boleh ke? Kau tak takut ke, kalau aku selalu datang rumah kau nanti … tup tup …..adik kau falling in love abis kat aku. Aku kan macho.”

Hazri ketawa. “Macho? Perasaan! Balik nanti kau tengok muka kau kat cermin tu, macho sangat ke? Jangan lupa tau, mai rumah aku! Aku gerak dulu. Jangan lupa” Pesan Hazri sekali lagi.

“Ya.. Ya! Jap gi aku datang.” Adli tersenyum. Keluarga Hazri memang baik. Selalu jemput aku makan tapi kalau dah selalu sangat , segan jugak! Makanan sedap pulak tu. Boleh gemuk aku macam ni.  Alamak… aku tak solat asar lagi. Kelam kabut Adli bangun dan berjalan menuju ke rumah sewanya.

                        *************************************

Beberapa biji cucur jagung diatur dengan kemas di dalam pinggan. Liya tersengih. Kalau Adli makan, mesti dia suka.  Langkah diatur menuju ke cermin di dapur. Liya membetulkan tudung dan memerhati penampilannya yang berbaju kurung hari ini. “Perfect! Cantik! Aku mesti hantar sekarang. Time ni abang tengah tidur lagi. Biasalah hujung minggu macam ni, kerja abang tahu buat taik mata ja. Inilah masanya, Boleh la aku selidik lagi.”  Liya berjalan menuju ke pintu dapur. Dah beberapa malam aku tak boleh tidur, selagi aku tak dapat kepastian selagi itulah hati aku takkan puas. Misi harus dijalankan

Selipar jepun dipakai tergesa-gesa. Langkah begitu pantas menuju ke rumah sewa Adli. Sunyi sepi.  “Assalammualaikum …..”

Masih tiada jawapan. “Tak ada orang jawab pun. Mungkin tak dengar kot.” Liya bercakap seorang diri. Liya berjalan mendekati pintu rumah Adli. “Assalammualaikum …..” Suara dikuatkan.

“Waalaikumussalam.”

Liya tersenyum bila salamnya dijawab. Tapi kenapa suara tu macam aku kenal ja, takkanlah….. Liya terus berpaling. Dia terkejut sehingga langkah diundur beberapa tapak. “Abang!” Mulut sedikit ternganga. Alamak! Kantoi! Macam mana abang tahu aku kat situ? Tadi kan tengah tidur! Hish ….Hazri berdiri sambil mencekak pinggang merenung Liya.

“Oooo… Liya! Hazri!” tegur Adli sebaik saja buka pintu. Dia tersenyum lebar melihat kehadiran Liya dan Hazri.

“Aaaaaa…….  Liya datang nak bagi cucur jagung. Makanlah.” Tanpa membuang masa Liya memberi pinggan pada Adli. Langkah diatur laju meninggalkan mereka berdua. Dia faham di sebalik renungan abang kembarnya. Sebelum abang buka mulut, baik aku blah dulu. Eee… kenapa banyak sangat halangan? Abang pun satu, kalau aku dekat sikit dengan Adli. Mesti dia ada! Tahu-tahu ja! Liya berpaling ke belakang. Air muka Liya berubah. Hazri masih tak lepas merenung tingkah lakunya. Liya terus masuk ke rumah.

“Kau dah kenapa, Hazri? Tengok adik kau macam nak terkeluar biji mata kau.”
“Pelik! Adik aku memang pelik kebelakangan ni!”  Otaknya ligat berfikir.

“Pelik! Tak pelik pun. Masalahnya kau tu yang pelik.” 

“Hello….. aku kenal adik aku macam mana? Tiba-tiba ja buat cucur jagung kat kau pagi-pagi buta ni. Lepas tu pulak, kau tengok kan dia pakai baju kurung. Sebelum tak pernah pun pakai baju kurung, kalau pakai pun time raya. Selalunya pakai seluar dengan t-shirt ja tapi …….hari ni……. Something fishly here! I can smell! Lepas tu pulak, masa first time kau datang sini ….. Liya langsung tak peduli pasal kau tapi sekarang ni kenapa pulak dia asyik nak dekat dengan kau.” Itulah teka-teki yang sedang bermain di fikiran Hazri sekarang ini.

“Apa yang kau nak hairankan, Hazri! Aku kan handsome. Mesti adik kau terpaku lihat wajah aku yang handsome ini. Kalau adik kau jatuh cinta dengan apa salahnya, kita boleh jadi saudara.”  Usik Adli. Sebiji cucur jagung diambil dan dikunyah perlahan-lahan. Sedap! Memang sedap! Siapa dapat jadi suami Liya memang bertuah. Hari-hari makan sedap.

“ Excuse me! Aku tak nak Liya pengganti Rita sebab aku tahu di hati kau hanya ada Rita seorang saja. Kau tu kalau dah cinta seseorang tu, kau cinta sampai mati. “

Adli hanya mampun tersenyum. Kata-kata Hazri memang betul. Cinta aku hanya untuk Rita saja. Tiada mana-mana wanita yang dapat gantikan Rita dalam hidup aku. Walaupun Rita akan jadi kakak ipar aku, aku tetap sayang dan cinta Rita. Cinta itu tak semestinya untuk kita miliki.