Thursday, December 15, 2022

PA Aku Ratu Sejuk Beku - Karya seni


    Syukur alhamdulillah, PA Aku Sejuk Beku diterbitkan oleh Karya Seni. Terima kasih pada semua yang membaca dan menyokong saya selama ini sejak 10 tahun yang lalu. Tanpa anda semua, siapa la saya kan. Jutaan terima kasih untuk anda semua dan juga Karya Seni.






                        Tertanya-tanya mana boleh dapatkan PA Aku Ratu Sejuk Beku? Boleh dapatkan melalui shopee karya seni. Ada diskaun lagi . Boleh juga dapatkan melalui kedai buku berhampiran. Di Popular Bookstore berdekatan anda pun sudah ada. Bagi yang sudah membeli PA Aku Ratu Sejuk Beku, terima kasih banyak-banyak, I love you all! Diharap terhibur membaca karya terbaru saya. 



“Aura dinginnya mampu menggoncang jiwa!”


KERANA impiannya sendiri, Aziz sanggup memungkiri perjanjian antara ibunya, Datin Ida.

Bertahun-tahun Aziz melancong ke serata dunia. Suatu hari, Aziz pulang ke Malaysia tanpa

pengetahuan sesiapa. Niatnya kali ini melancong di segenap pelosok tanah air. Di Pulau

Aman, Aziz diculik oleh kumpulan yang tak dikenali.

 

“Berhutang? Hutang apa? Seingat saya, saya tak pernah berhutang dengan sesiapa pun.” -

AZIZ

 

Kemunculan Datin Ida mengejutkan Aziz. Datin Ida datang menuntut janji. Suka atau tidak,

Aziz akan berkerja di AB Group selepas Datin Ida memenuhi janji pada Aziz.

Tanpa rela hati, Aziz terpaksa bekerja di syarikat keluarganya. Kehadiran Aziz tidak

disenangi oleh beberapa orang ahli lembaga pengarah termasuklah sepupu ayahnya, Datin

Annisa. Bagi memastikan Aziz serius menjalankan tanggungjawab, Datin Ida mengarahkan

Diana menjadi PA Aziz buat sementara waktu

 

“Aziz tak suka dia, mummy! Muka dia pun Aziz meluat nak tengok, inikan pula nak hadap

hari-hari! Lagi stres, tahu tak!” – AZIZ

 

Perangai Diana yang dingin, panas baran dan suka menyendiri sering kali menguji

kesabaran Aziz.

 

“Kalau bos dapat markah 80 ke atas, I bagi kamera bos balik.” – DIANA

 

“Bijak betul awak ni, kan! Masa saya tengah tension ni la awak nak buat test,

memang bijak cari peluang!” – AZIZ

 

Dalam masa yang sama, Aziz tetap mahu busybody akan hal Diana. Kata-kata berapi Diana

kepada Aizat menunjukkan yang Diana mungkin pernah kecewa gara-gara putus cinta. Si ratu

sejuk beku itu pernah kecewa?

 

“You tak kenal siapa Diana! Dia tu perempuan jahat. Dia homewrecker!”

 

Benarkah bagai dikata?

 


DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...