Monday, November 28, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 18

Bab 18

Aril keluar dari perut kereta Mazda RX8. Dia baru saja pulang dari supermarket.  Dia keluar membeli barang keperluan dapur. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Tangannya segera menyeluk poket seluar jeans Lewis yang dipakainya.
            “Assalamualaikum, atuk.” Aril tersenyum. Dia berjalan menuju ke lif.
            “Waalaikumussalam. Aril, kita ada masalah besar ni.” Suara Tan Sri Syed Abu Bakar gelabah.
            “Masalah apa atuk?”
            “Mama Aril. Dia tak habis-habis wujudkan masalah.”
            “Kali ni, apa mama buat pada atuk?”
            “Bukan atuk tetapi Aril.”
            “Aril!” Aril terkejut.
            “Ya. Dia nak jumpa Luna.”
            “Apa!” nada suara Aril separuh menjerit.
            “Dia kata Mimi ada jumpa Luna. Aril, cuba Aril berterus-terang pada atuk. Bukan ke Aril beritahu atuk yang orang yang bernama Luna tak wujud? Habis tu, siapa yang Mimi jumpa?”
            “Pada mulanya memanglah Luna tidak wujud tetapi kebetulan wanita yang Aril baru kenal , namanya adalah Luna. Semua itu kebetulan atuk. Kebetulan juga terjumpa dengan Mimi.”
            “Hmm..yang menjadi masalahnya sekarang ni, mama Aril nak berjumpa dengan Luna. Jika Aril tak bawa Luna, dia sendiri akan mencari Luna sehingga dapat. Aril sendiri tahu akibatnya jika mama Aril tahu yang Aril telah berbohong padanya.”
            “Aril tahu atuk tetapi  ……..”
            “Aril kena selesaikan masalah ini dengan segera. Kata-kata mama Aril muktamad.”
            “Tetapi atuk, Aril nak bawa siapa?”
            “Bawa Luna! Kawan Aril tu.” Jawab Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Dia bukan kawan Aril, atuk! Hubungan kami bukannya baik. Lagipun awal-awal lagi dia dah warning jangan libatkan dia dalam hal ini.”
            “atuk nak tanya sesuatu….jika Aril diberi pilihan, Aril nak kahwin dengan Mimi atau Luna?”
            “Kahwin!” Aril terkejut dengan soalan Tan Sri Syed Abu Bakar. Langkah terhenti sebaik sahaja berada di hadapan pintu lif.  “Nak kahwin dengan Mimi? Minta simpang, atuk. Cara hidup Mimi tak sama dengan Aril. Kami berdua berbeza.” Jawab aril tanpa berfikir panjang. Kehidupan social Mimi terlalu bebas. Tiada keserasian langsung.
            “Luna?”
            “Luna….Hmmm…Dia cikgu.”
            “Ooo…cikgu rupanya.” Tan Sri Syed Abu Bakar mencelah.
            “Tetapi atuk, dia garang. Takut Aril.”
            “Tetapi dia tak sama seperti Mimi kan?”
            “Tak. Jauh berbeza.”
            “Jadi, antara dua. Siapa Aril akan pilih? Luna atau Mimi?”
            Aril terdiam seketika. Otaknya ligat berfikir. “Luna.” Dahi Aril kerut. Betul ke pilihan aku ni?
            “So, keputusan sudah dibuat. Tunggu apa lagi. Minta bantuan dari Luna. Berbincang secara professional. Minta jasa baik Luna supaya menyamar sebagai girlfriend Aril. Hanya sehari saja. Selepas berjumpa dengan mama Aril, lakonan kamu berdua tamat.”
            “Tetapi atuk, Luna ni susah sikit. Atuk tak kenal dia lagi. Mustahil dia akan menolong Aril.”
            “Belum cuba belum tahu kan. Kalau Aril boleh uruskan projek yang bernilai puluhan juta, kenapa Aril tak boleh uruskan seorang wanita?” ujarnya lagi. Dari aku dapat cucu menantu seperti Mimi, lebih baik aku terima wanita yang tak dikenali sebagai isteri Aril. Kerja sebagai cikgu pula. Sesuai jugak.
            “I’ll try, atuk.” Aril mengeluh hampa. Ada ke patut atuk samakan Cikgu Rina dan projek syarikat?
            “Oklah. Itu saja. Ada apa-apa perkembangan beritahu atuk.” Tan Sri Syed Abu Bakar pantas menamatkan perbualan mereka. Dia terdengar anaknya sedang memanggil namanya. Mawar dah balik. Tan Sri Syed Abu Bakar segera keluar dari bilik air.
            “Hello! Hello! Atuk.” Panggil Aril. Dia masih belum habis cakap lagi. “Atuk dah letak telefon. Tetapi aku tak tahu di mana rumah cikgu Rina? No berapa rumahnya? Tingkat berapa?” aril bingung. Sejak hari itu, dia dah tidak terserempak dengan Cikgu Rina
            “Kenapa, Tuan! Ada masalah ke?” tegur Salim secara tiba-tiba. Dia berdiri di sebelah Aril.
            Aril berpaling. Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Aril.

                                    *************************************

            Haikal duduk menyandarkan badan di bangku panjang berpenyandar. Selepas mendengar tentang kepulangan sofea, hidupnya tidak tentu arah. Dia sendiri tidak faham akan perasaannya sendiri. Adakah dia marah atau rindu pada Sofea? Setiap kali memikirkan apa yang telah Sofea lakukan, perasaan marahnya muncul tetapi di sebalik perasaan marah terselit perasaan rindu pada wanita itu?Dia masih menaruh harapan. Dia bingung. Dia tidak pasti akan perasaannya sendiri. Entah apa yang akan berlaku apabila dia berhadapan dengan Sofea pada suatu hari nanti. Tetapi macam mana Aishah boleh tahu tentang kepulangan Sofea? Haikal semakin curiga.
            “Are you all right?”
            Haikal menoleh ke belakang, Terkejut dengan kehadiran Tengku Fazira. Dia tidak sedar kehadiran ibunya.
            “Fine!”
            “Bunyi macam ada masalah saja.” Tengku Fazira terus duduk. Dari nada suara Haikal, dia sudah tahu ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran anak tunggalnya.
            “Haikal ada sesuatu nak tanya ibu?”
            “Mengenai apa?”
            “Aishah!”
            “Aishah!” Tengku Fazira meninggikan suaranya.
            “Ya. Tentang Aishah. Apa yang ibu tahu tentang Aishah? Betul ke Aishah berasal dari Johor?’
            “Tentang Aishah, ibu tak tahu apa-apa. Yang tahu hanya nenek. Dia yang bawa Aishah pulang hari itu. Tanpa berbincang dengan ibu, nenek terus mengupah Aishah menjadi orang gaji untuk menjaga kamu. Tentang asal usul Aishah, memang ibu tak tahu.” Jawab Tengku Fazira.
            Dahi Haikal berkerut. Misteri.
            “Haikal! Kenapa tiba-tiba tanya mengenai asal usul Aishah? Haikal suka pada Aishah ke? Haikal nak ibu dan nenek pergi merisik Aishah ke?” kata Tengku Fazira secara tiba-tiba. Dia panic.
            Haikal menggelengkan kepala. Kenapa ibu fikir sehingga tahap itu? Aku dan Aishah tak ada apa-apa . Mustahil. “Ibu, jangan nak fikir yang bukan-bukan. Kami tiada hubungan hingga tahap itu.”
            “Tetapi kenapa tiba-tiba sahaja Haikal ingin tahu mengenai Aishah. Selama ini Haikal tak pernah nak ambil tahu tentang Aishah. Kenapa mesti sekarang?” soal Tengku Fazira tidak puas hati. Tak mungkin orang gaji menjadi menantu aku. Pasti kawan-kawan aku akan ketawakan aku jika mereka tahu mengenai hal ini. Aishah tidak layak menjadi isteri Haikal. Tengku Fazira gelisah. Kebelakangan ini dia sedar  hubungan Haikal dan Aishah semakin rapat. Tengku Fazira takut.
            “sebab perangainya pelik kebelakangan ini.”
            “Pelik! Sejak mula dia datang ke sini, memang pun perangai dia pelik. Ibu tak berkenanan dengan Aishah itu. Seperti dia agenda tersendiri. Ibu tahu mesti dia ingin memerangkap Haikal menjadi suaminya. Ibu yakin.” Tegas Tengku Fazira. Nalurinya tidak pernah silap. Dia yakin.
            “Ibu jangan nak buat andaian sendiri. Dia tak ada apa-apa perasaan pada Haikal.”
            “Macam mana Haikal tahu? Haikal dapat baca isi hati Aishah ke?” Tengku Fazira geram apabila Haikal membela Aina.
            “Ibu!”
            “Oklah. Ibu tak mahu bergaduh dengan Haikal. Ibu tak mahu disebabkan Aishah, kita berdua bergaduh.” Tengku Fazira mengalah. Mukanya masam mencuka.
            Haikal mengeluh. Dia hairan kenapa ibu begitu prejudis pada Aina.
            “Ibu, wajah Aishah begitu familiar. Seperti Haikal pernah berjumpa dengan Aishah sebelum ini tetapi Haikal tak ingat.” Haikal meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Ya, aku yakin aku pernah jumpa Aishah sebelum ini. Di mana?
            “Ya. Wajah Aishah seperti seseorang yang ibu kenal. Ibu pun rasa seperti pernah berjumpa dengan Aishah sebelum ini.” Tengku Fazira turut sama mengakuinya. Siapa? Siapa Aishah sebenarnya? Kenapa umi begitu sayangkan Aishah? Siapa?
            Haikal menoleh ke arah ibunya. Nampaknya ibu turut sama sependapat dengan aku. Hanya nenek! Ya, hanya nenek yang tahu siapa Aishah yang sebenarnya..

                                    ****************************************

            Julia berjalan ke kiri dan kanan. Dia gelisah. Tangannya digenggam erat. Kata-kata Tan Sri Syed Abu Bakar masih bermain di fikirannya. Adakah Tan Sri Syed Abu Bakar tahu yang aku yang mengganggu Kamalia selama ini? Berdasarkan cara dia bercakap dengan aku tadi, dia seperti tahu segala-galanya.Mungkinkah Aril telah beritahu datuknya? Wajah Julia pucat.
            Dia bimbang jika rahsianya terbongkar. Pasti keluarganya akan terancam. Dia tidak dapat membayangkan apa yang terjadi pada keluarganya. Julia teringat kembali pertemuannya dengan Kamalia buat pertama kalinya.
            “Can I help you?” Julia hairan apabila ada 2 orang wanita berdiri di luar pintu apartment miliknya.
            “Julia, right?” Wanita yang berambut pandek itu bersuara.
            “Yes!”
            “Jadi kaulah perempuan tak tahu malu yang merampas kekasih orang.” Sergah wanita yang berambut pandek itu. Matanya merah menyala merenung wanita yang tinggi lampai itu.
            ‘Aina,stop! Kita datang sini nak berbincang secara baik-baik bukannya untuk bergaduh.” Wanita yang berambut panjang itu menahan kawannya dari mendekati Julia.
            “Berbincang secara baik-baik. Perempuan macam ni tak boleh diberi muka. Jika tidak, dia takkan sedar akan kesalahannya. Dia dah rampas Abang Tahir dari kau, kau masih nak bertolak ansur dengan dia ke?” Aina menunding jarinya ke arah Julia.
             Mata Julia membesar apabila mendengar Tahir. Julia merenung wanita yang berambut panjang itu. Inilah Kamalia. Bekas kekasih Tahir. Dia tahu mengenai Kamalia kerana Tahir telah menceritakan segala-galanya mengenai Kamalia. Jika hendak dibandingkan antara dia dan kamalia, Kamalia lebih cantik lagi. Terbit perasaan cemburu di hati Julia. “Jadi kaulah Kamalia.” Julia mengangkat sebelah keningnya.
            “Ya.”
            “Aku dah tahu tujuan kau ingin berjumpa dengan aku. Pasti mengenai Tahir kan.”
            “Ya.”
            “So kau nak aku berpisah dengan Tahir?” kata Julia secara tiba-tiba.
            Wajah Kamalia tenang apabila mendengar kata-kata Julia. Ya, memang aku ingin Abang Tahir kembali pada aku. Aku tak boleh hidup tanpa Abang Tahir. Perlahan-lahan Kamalia menganggukan kepalanya.
            Julia ketawa secara tiba-tiba.
            “Apa yang lucu, hah?” marah Aina. Dia geram dengan sikap Julia.
            Julia berhenti ketawa secara tiba-tiba. “Kau ingat aku akan berpisah dengan Tahir kerana kau. Jangan bermimpi. Kau sudah lupa sesuatu ke? Tahir sudah membuat pilihannya sendiri. Dia telah memilih aku. Akulah orang yang dicintainya. Bukannya kau.” Kata Julia dengan angkuh.
            “Kau memang perempuan tak tahu malu.”  Marah Aina. Sakit hatinya mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Julia.
            “Saya tahu permintaan saya ini melampaui batas tetapi saya tidak dapat melupakan Abang Tahir. Hidup saya kosong tanpa Abang Tahir. Saya tak boleh hidup tanpa Abang Tahir. Awak ada segala-galanya. Awak cantik, berpelajaran dan berasal dari keluarga berada. Awak akan dapat lelaki yang lebih baik dari Abang Tahir. Tolonglah. Kembalikan Abang Tahir pada saya. Please.” Kamalia merayu.
            Dahi Aina berkerut. Kerana lelaki, Kamalia sanggup merendahkan maruah dirinya. Betulkah manusia tidak boleh hidup tanpa cinta?
            Julia memejamkan matanya.Mustahil aku akan melepaskan Tahir. Aku telah mula mencintai Tahir walaupun pada mulanya aku hanya ingin mempermainkan Tahir kerana ingin membalas dendam pada Aril kerana menolak cinta aku. Tetapi aku kalah, aku telah jatuh cinta pada Tahir. Kehadiran Tahir dalam kehidupan aku sudah mula sebati. Aku tak akan lepaskan Tahir. Pilihan Tahir adalah aku. Kenapa aku mesti bertolak ansur kerana perempuan ini? Tidak. Tahir milik aku. Hanya milik aku seorang.
            “Tolonglah. Kembalikan Abang Tahir.” Secara tiba-tiba Kamalia memegang tangan Julia.
            Julia terkejut dan terus menepis tangan Kamalia. “Jangan kau nak sentuh aku. Aku takkan biarkan Tahir pulang ke pangkuan kau kerana Tahir mencintai aku. Kami berdua saling mencintai satu sama lain. Kau perlu sedar siapa diri kau di dalam hati Tahir. Bagi Tahir, kau sudah tidak wujud lagi di dalam hatinya. Hanya aku. Hanya aku yang bertakhta di dalam hatinya.”
            Kamalia tergamam.
            “Ewah….main ikut sedap mulut nampak! Hey, kau perlu ingat sesuatu! Kamalia adalah cinta pertama Abang Tahir. Mustahil Abang Tahir akan melupakan cinta pertamanya begitu saja. Kenangan mereka berdua pasti masih segar di hatinya. Tak mungkin terhapus dalam sekelip mata. Cinta kau hanya di tempat yang kedua. Kau tu yang patut sedar diri dulu.” Aina bersuara. Dia geram melihat Kamalia dibuli seperti itu.
            “Kau!” Julia meninggikan suaranya. Siapa perempun ni? Kenapa dia mesti turut sama masuk campur dalam hal kami berdua.
            “Aku belum habis cakap lagi.” Aina mencelah. “Abang Tahir hanya inginkan kemewahan yang kau miliki saja. Jika kau tiada semua itu, jangan haraplah Abang Tahir akan memilih kau.”
            Julia mengetap bibir. Lancang betul mulut perempuan ini. Mata Julia merah menyala menahan geram. “Aku tak kisah semua itu. Yang pasti, Tahir telah memilih aku. Itu semua sudah cukup bagi aku. Anak yatim seperti kau, tidak ada apa-apa kepentingan bagi Tahir. Hanya bergantung dan menyusahkan hidup Tahir sahaja.”
            Air mata Kamalia mengalir deras membasahi pipinya.
            “Kau jangan cuba nak menghina, Kamalia.” Marah Aina. Dia ingin mendekati Julia tetapi tangannya dipegang erat oleh Kamalia.
            “Jika kau tidak boleh hidup tanpa Tahir, itu masalah kau. Bukannya aku. Yang penting sekarang ini, Tahir mencintai aku. Bukan kau.Aku akan pastikan Tahir tak akan kembali ke pangkuan kau. Kau dengar tu” jerkah Julia. Dia terus masuk ke dalam apartment. Pintu apartment dihempas dengan kuat.
            “Kurang ajar.”Tangan Aina menggeletar.
            Air mata Kamalia deras mengalir. Adakah aku benar-benar tidak wujud di hati Abang Tahir? Adakah kerana aku anak yatim piatu, Abang Tahir meninggalkan aku? Kamalia terduduk di atas lantai. Tangisannya semakin kuat.
            “Kamalia!” Aina segera menghampiri Kamalia.
            “Abang Tahir sudah tidak mencintai aku lagi.”
            “Kan aku dah cakap. Kedatangan kita ke sini hanya sia-sia saja. Kau harus terima kenyataannya.” Aina memeluk Kamalia. Rambut Kamalia diusap perlahan-lahan. Dia sedih melihat keadaan Kamalia seperti ini.
            “Sayang ada masalah ke? Beberapa hari ini abang tengok, sayang asyik termenung saja.” Tegur Tahir secara tiba-tiba. Dia pelik dengan perangai Julia kebelakangan ini. Muram dan suka termenung.
            Julia terkejut apabila ditegur oleh suaminya. “Tak ada apa-apa.”
            “Cuba beritahu abang, sayang ada masalah ke?” Tahir memegang lembut tangan Julia. Dia dapat merasakan Julia merahsiakan sesuatu darinya. Dia ingin tahu apa yang dibisikan oleh Tan Sri Syed Abu Bakar pada Julia.
            “Abang! Julia rasa lebih baik kita jangan buka cawangan di sini. Kita balik ke New York. Julia tak mahu tinggal di sini. Kita balik ke New York ye.” Julia memegang erat tangan suaminya. “Kita balik ye, abang.” Pujuk Julia lagi. Dia takut rahsianya akan terbongkar. Sekarang dah ramai orang tahu rahsianya.
            Dahi Tahir berkerut.

                                                **************************

            Rina mengeluh dengan kuat apabila melihat ada seorang lelaki menyandarkan diri di kereta MyVi miliknya. Macam mana dia tahu aku berada di sini. Stalker ke? Rina mengatur langkah menghampiri keretanya.
            “Assalammualaikum.”
            “Waalaikumussalam.” Jawab Rina dengan wajah yang masam. Dia baru saja selesai mengadakan kelas tambahan di Rumah Anak Yatim Sri Harapan. Rina merenung Aril yang masih tidak berganjak dari keretanya.
            “Kenapa tiba-tiba you pindah rumah?” soal Aril. Dia terkejut apabila Salim beritahu yang Rina sudah tidak tinggal di situ lagi.
            “It’s not your business.”
            “Ok! I hanya bertanya saja.” Aril mengangkat kedua-dua belah tangannya. Aril tersenyum. Mood tak baik saja hari ni. Datang bulan ke?
            “Macam mana you tahu I ada di sini?”
            “Salim yang beritahu I. Setiap hujung minggu you selalu datang ke sini.”
            “Huh….” Rina membuat mimic muka. “Apa you nak dari I lagi? Tak cukup lagi ke girlfriend you ganggu I.”
            “Siapa? Mimi?” Aril  terkejut.
            “Ya. Siapa lagi. Kenapa you nak jumpa I?” soal Rina. Dia tahu pasti lelaki ini ada tujuan untuk berjumpa dengannya.
            “Actually, I nak minta pertolongan dari you.”
            ‘Apa!” Rina merenung Aril. “Kenapa pula I mesti tolong you? Dah tak ada orang lain ke? Kita baru saja kenal. Lagipun I tak ada hutang apa-apa dengan you.”
            “I tahu tetapi I terdesak sekarang ni. I memerlukan pertolongan you, Cikgu Rina. Hanya you saja boleh tolong I kerana perkara ini berkaitan dengan you.”
            “Ada kaitan dengan I?”
            “Ya. I pernah cerita pada you tentang I pernah berbohong pada mama I tentang Luna.” Aril teragak-agak untuk berkata-kata.
            “So…” Bulat mata Rina memandang lelaki yang berkemeja biru itu. Rina berasa tidak sedap hati.
            “Mama I ingin berjumpa dengan Luna. Mimi beritahu mama I yang dia pernah terserempak dengan Luna. Jadi mama I nak sangat berjumpa dengan Luna. So I nak minta you menyamar menjadi Luna semasa berjumpa dengan mama I.”
            “Apa! You dah gila ke?”  Rina meninggikan suaranya.
            “Dengar cakap I dulu.”
            “Ya, memang nama aku ialah Rina Luna tetapi realitinya ialah saya bukan girlfriend you. I tak mahu bersubahat dengan you untuk menipu ibu you. Berdosa tahu tak.”
            “I tahu akan kesalahan I. I tak sepatutnya menipu. Waktu tu I terlepas cakap. You ingat I suka ke dengan semua ini. I tak mahu berkahwin dengan Mimi tetapi mama I paksa I . You sendiri lihat Mimi kan. Wanita macam tu nak jadi isteri I, minta simpang.”
            “You fikir dengan cara berbohong pada mama you, masalah akan selesai. Sekarang ini, you sendiri lihat kan kesudahannya. Diri you terjerat dalam perangkap you sendiri.”
            “I sedar semua itu tetapi I sudah tidak boleh berpatah balik lagi. I memerlukan pertolongan dari you. Hanya sekali saja you menyamar sebagai girlfriend I selepas itu I takkan ganggu you lagi. I akan beritahu mama I yang kita sudah berpisah. You takkan jumpa I selepas itu lagi. Jika you menolong I, I akan derma RM50 ribu untuk Rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan.”
            Rina tergamam dengan tawaran Aril. RM50 ribu banyak itu. Dengan duit sebanyak itu, banyak barang boleh dibeli untuk kegunaan Rumah Anak-Anak Yatim. Rina tertarik dengan tawaran Aril.
            Aril tersenyum. Aku sudah berjaya menarik perhatian Rina. “Hanya sekali saja you menyamar dan berjumpa dengan mama I.Dengan mudah saja you boleh dapat duit sebanyak itu. Dalam masa yang sama you boleh menolong anak-anak yatim ini kan. Untuk deposit, I akan beri sebanyak RM25 ribu. Selebihnya, I akan beri selepas tugas you selesai. Awak berminat atau tidak?”
            Rina mengetap bibirnya. Dia serba salah. Rina melihat Aril yang masih tersenyum. Licik betul lelaki ini. Guna kesempatan ini untuk berurusniaga dengan aku. Nak tolong ke tidak?
           
           
            

Saturday, November 19, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 17

BAB 17

            Aina meletakkan segelas air susu di atas meja. “Nenek, ini susu yang nenek pesan.” Aina tersenyum lembut melihat Tengku Fauziah yang begitu leka membaca fail yang tersusun di atas meja.
            “Terima kasih, Aina.”
            Aina hanya menganggukkan kepalanya. Aina mula mengatur langkah keluar dari bilik bacaan itu.
            “Aina, nenek ada hal nak cakap.” Tengku Fauziah bersuara. Tiba-tiba dia bangun.
            Aina berpaling. “Ada apa nenek?”
            Tengku Fauziah mengeluh. Berat untuk mengatakannya tetapi dia harus berterus-terang pada Aina. Tengku Fauziah merenung lembut cucu perempuan Tan Sri Syed Abu Bakar.
            Dahi Aina berkerut selepas mendengar keluhan Tengku Fauziah. Nenek ada masalah ke? Teka Aina. Tingkah laku Tengku Fauziah membuat Aina ingin tahu.
            “Nenek tahu nenek telah berjanji dengan Aina tetapi nenek benar-benar memerlukan bantuan Aina.”
            “Ada apa yang sebenarnya ni, nenek? Nenek ada masalah. Jika ada. Beritahu saja Aina.”
            “Tentang Haikal.”
            “Kenapa dengan Haikal?”
            “Nenek akui selepas kehadiran Aina, Haikal sudah banyak berubah. Nenek gembira dengan perubahan Haikal. Nenek telah tunaikan janji Aina. Keluarga nenek terhutang budi pada Aina.”
            “Nenek, Aina buat semua ini bukannya free. Nenek bayar Aina. Jadi dah tugas Aina untuk menyempurnakan tugas yang diberi.” Aina mendekati Tengku Fauziah. Dia ingin tahu apa yang sedang bermain di fikiran Tengku Fauziah. “Cuba nenek beritahu Aina apa yang sebenarnya berlaku?”
            “Nenek mahu Aina berada di sisi Haikal lebih lama lagi. Nenek tahu nenek telah berjanji yang Aina akan bekerja di sini pada hujung bulan ini tetapi nenek perlukan Aina untuk menemani Haikal.”
            “Apa maksud nenek?” Aina tercengang. Apa yang ditakutkan oleh nenek? Haikal sudah sembuh.  Wajahnya pucat lesi.
            “Berapa yang Aina minta, nenek tak kisah. Sebut saja, nenek akan bayar tetapi Aina tidak boleh tinggalkan Haikal sendirian.” Tengku Fauziah memegang kedua-dua belah tangan Aina secara tiba-tiba. Genggamannya erat.
            “Nenek tahu kan Aina tidak mementingkan wang. Apa yang Aina lakukan hanyalah untuk kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan. Please, tell me! What’s going on here, nenek? Be honest to me.”
            “Nenek tak mahu keadaan kembali seperti dulu. Nenek takut setiap kali memikirkan Haikal kembali dengan tabiat lamanya. Nenek tak mahu semua itu berlaku lagi. Nenek tak mahu Haikal terluka lagi. Kehadiran Aina penting dalam hi dup Haikal.” Tengku Fauziah bersungguh menyakinkan Aina.
            Aina menarik nafas panjang. Kini dia sudah tahu apa yang sebenarnya berlaku. Terluka! Hanya seorang saja yang telah melukai hati Haikal. “Maksud nenek, Sofea dah balik!”
            “Ya. Dia dah balik. Dia akan tiba di KLIA pada malam ini.” Tengku Fauziah mendengus.
            “Nenek, tugas Aina hanya untuk memulihkan Haikal. Tentang urusan peribadi Haikal dan Sofea, itu adalah di luar tugas Aina. Hal ini tiada kena mengena dengan Aina.Aina orang luar, nenek.”  Ujarnya lagi.
            “Tetapi Sofea pasti akan kembali ke sisi Haikal dan melukai hati Haikal lagi.” Tengku Fauziah meluahkan kebimbangannya. Aku tak mungkin akan membiarkan wanita itu hadir dalam hidup Haikal lagi. Wanita itu pasti akan memusnahkan masa depan Haikal sekali lagi.
            “Nenek, Aina faham dengan perasaan nenek sebagai seorang nenek tetapi Haikal dah besar. Dah cukup matang untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Apa yang telah berlaku, sedikit sebanyak memberi pengajaran pada Haikal. Aina yakin Haikal sedar semua itu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, nenek. Jika Sofea adalah jodohnya, walau pebagai cara kita lakukan mereka akan tetap bersama juga. Aina minta maaf, nenek. Tugas Aina hanya setakat ini saja. Maaf kerana menghampakan harapan nenek.” Jelas Aina. Dia merenung wajah Tengku Fauziah. Wajah Tengku Fauziah berubah lesu.
            “Haikal dah besar, biarlah Haikal membuat pilihannya sendiri. Itu saja yang Aina minta .” Giliran Aina menggenggam erat tangan Tengku Fauziah. Aina harap Tengku fauziah faham dan menghormati keputusannya.
            Perlahan-lahan Tengku Fauziah menganggukkan kepala sebagai tanya faham dengan genggaman Aina sebentar tadi.  Kata-kata Aina ada juga benarnya. Ini adalah urusan keluarganya.  Aina tiada kena-mengena dalam hal ini.

                                                ****************************

            Haikal membaca kertas cadangan yang diberikan oleh Umirah. Helaian demi helaian dibacanya. Tiada satu perkataan yang tertinggal.
            “Betul ke you buat apa yang I suruh?”
            “Ya, bos.”
            Dahi Haikal berkerut selepas membaca kertas cadangan itu. Setiapa kesalahan ayat di dalam kertas cadangan itu telah dibetulkan. Haikal sengaja menyuruh Umirah menaip ayat di dalam kertas cadangan menggunakan bahasa Inggeris dengan ayat yang salah dan kemudian Umirah akan menyuruh Aina menaip kertas cadangan itu. Jika Aina tahu ayat di dalam kertas cadangan itu salah, pasti dia akan ubah. Dengan cara itu dia akan tahu, tahap pengajian Aina yang sebenar.  Sangkaannya memang tepat.
            “She’s brilliant, bos. Betul ke Kak Aishah belajar setakat PMR saja?”
            “Hmm…I pun tak pasti tetapi Aishah ada menyimpan rahsia dari kita. I nak tahu rahsianya dan I nak tahu siapa dirinya yang sebenarnya.”
            “Yang pelik tu, kenapa Kak Aishah nak berpura-pura? Adakah dia ada agenda terhadap hotel boss.”
            “Tak. Yang pasti ini ada kaitan dengan nenek I.” Haikal yakin hanya nenek saja yang tahu siapa Aina yang sebenarnya.
            “Oh ya, tadi semasa I nak jumpa boss, ada ada terdengar Kak Aishah ada menyebut nama Cik Sofea.” Beritahu Umirah secara tiba-tiba.
            “Sofea.” Haikal tergamam. Sudah lama nama itu tidak meniti di bibirnya. Apa kaitan Sofea dalam hal ini.
            “You tahu dia cakap dengan siapa?”
            “Cik Rina agaknya.” Jawab Umirah. Dia terdengar Aina ada menyebut nama Rina. Pasti Cik Rina, adik sepupu boss.
            “Apa!” Haikal semakin yakin Luna ada kaitan dengan hal ini juga.
            “Dan…….” Umirah seperti teragak-agak untuk beritahu apa yang dia sebenarnya tahu. Dia takut berita yang didengarnya tadi akan melukai hati boss.
            “What do you know, Umirah?” Haikal meninggikan suaranya.
            “Cik Sofea dah balik ke Malaysia.”
            Haikal tergamam. Dia tidak pernah terfikir akan yang Sofea akan balik ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Dia baru saja ingin memulakan hidup baru. Kini Sofea sudah pulang. Dia tidak tahu bagaimana dia akan berhadapan dengan Sofea. Adakah Sofea masih mencintai dirinya? Apa penjelasan Sofea tentang pemergiannya pada hari pernikahan mereka? Kini pelbagai soalan mula bermain di fikirannya.

                                    ************************************

            Tahir terkejut dengan kehadiran Tan Sri Syed Abu Bakar di syarikat yang baru ditubuhnya. Kehadiran Tan Sri Syed Abu Bakar pasti ada tujuannya. Wajahnya serius.
            “Atuk…Aaa…Tan Sri.” Tahir tersasul. Tahir segera bangun dan menyambut kedatangan Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Suzana, buatkan air kopi kurang manis untuk Tan Sri Syed Abu Bakar.”
            “Tak payah. Aku datang sekejap saja.” Tan Sri Syed Abu Bakar mencelah.
            Tahir kaku dengan sikap dingin Tan Sri Syed Abu Bakar. “aaa…Suzanna, awak keluar dulu.” Tahir memberi arahan pada setiausahanya.
            Selepas Suzana keluar, Tahir mendekati Tan Sri Syed Abu Bakar. “Jemput duduk, Tan Sri.”
            Tan Sri Syed Abu Bakar duduk di sofa berwarna merah itu. Tiada senyuman di bibirnya.
            Tahir duduk berhadapan dengan Tan Sri Syed Abu Bakar. Jantungnya berdegup kenyang dengan kedatangan datuk Aril.
            “Aku rasa lebih baik aku berterus –terang tentang kedatangan aku ke sini.” Matanya tepat memandang Tahir.
            Tahir terdiam.
            ‘Aku dapat tahu yang kau selalu mengganggu Aril. Apa yang kau nak sebenarnya dari keluarga aku?”
            Tahir menelan air liur. Dia menundukkan kepala. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Apa yang berlaku antara kau dan arwah Kamalia, aku tak pernah masuk campur sebab aku tahu cinta tidak boleh dipaksa. Kau berdua tidak ada apa-apa ikatan yang sah, jadi kau berhak memilih.” Ujarnya.
            “Saya tahu Tan Sri. Dalam hal ini, saya yang bersalah. Saya tidak setia pada Kamalia.” Nada suara Tahir sebak.
            “Tujuan aku datang ke sini bukan untuk membincang tentang hal antara kau dan arwah Kamalia tetapi Aril. Aku tak mahu kau mengganggu dan berjumpa dengan Aril lagi.”
            “Kenapa ? Kenapa tak boleh, Tan Sri? Apa yang saya mahu dari Aril adalah penjelasan. Tentang apa yang berlaku? Kenapa auntie Mawar menyalahkan saya di atas kematian arwah Kamalia? Saya perlu tahu apa yang berlaku.”
            “Seperti aku kata tadi, hal yang lepas jangan diungkit lagi. Arwah Kamalia dah lama tiada. Jangan disebut lagi. Biar roh arwah bersemadi dengan aman.”
            “Tetapi …..” Tahir tidak dapat menerima kata-kata dari Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Cukup! Aku hanya cakap sekali saja. Aku beri amaran pada kau jangan ganggu keluarga aku, Kau pernah memusnahkan kebahagian keluarga aku dan aku takkan biar ia terjadi lagi.” Tan Sri Syed Abu Bakar meninggikan suara.
            Tahir terkejut.
            “Apa yang aku buat sekarang ni adalah untuk kebaikkan kedua-dua belah pihak. Aku tak tahu apa yang akan berlaku pada keluarga kau jika Mawar tahu kau mengganggu hidup Aril. Kau tidak dapat membayangkan apa yang Mawar mampu buat pada keluarga kau. Lebih baik kau dengar nasihat aku. Aku tak tipu. Demi anak-anaknya, Mawar sanggup melakukan apa saja untuk melindungi mereka. Aku harap kau terima nasihat aku ni.” Jelas Tan Sri Syed Abu Bakar. Dia bangun.
            Pintu bilik pejabat tiba-tiba dibuka. Julia meluru masuk dan terkejut dengan kehadiran Tan Sri Syed Abu Bakar. Badannya kaku dan wajahnya pucat lesi.
            “Nampaknya kau ada tetamu, lebih aku keluar dulu.” Tan Sri Syed Abu Bakar berpaling dan mula mengatur langkah. Langkahnya terhenti sebaik sahaja mendekati Julia. “Kau pernah memusnahkan keluarga aku sekali dan kali ini aku takkan biarkan suami kau memusnahkan keluarga aku lagi. Jadi lebih baik kau nasihatkan suami kau, jangan ganggu Aril lagi. Kau mungkin tak mahu sesuatu terjadi pada keluarga kau kan.” Kata Tan Sri Syed Abu Bakar dengan nada perlahan.  Dia berjalan keluar .
            Anak mata Julia membesar. Tiba-tiba badannya terasa sejuk. Amaran Tan Sri Syed Abu Bakar sebentar tadi mengundang ketakutan padanya.
            Tahir sedar akan perubahan wajah Julia. Dia tidak dengar apa yang dikatakan oleh Tan Sri Syed Abu Bakar kepada Julia. Apa sebenarnya yang dibisikkan oleh atuk Aril? Tahir hairan.

                        **********************************************

            Tan Sri Syed Abu Bakar menggosok dadanya beberapa kali akibat terkejut disergah oleh Datin Sharifah Mawar.
            “Abah pergi ke mana? Abah pergi jumpa Aril ke?” soal Datin Sharifah Mawar.
            Tan Sri Syed Abu Bakar menggaru kepalanya beberapa kali. Belum sempat aku melangkah masuk, dah kena soal siasat. Aduh, parah aku macam ni jika setiap hari dikawal oleh Mawar.
            “Abah dengar tak? Abah kena jawab soalan Mawar. Abah pergi jumpa Aril kan?” Datin Sharifah Mawar mengekori Tan Sri Syed Abu Bakar. Sejak dari tadi dia menelefon ayahnya tetapi panggilannya tidak dijawab.
            “Tak. Abah tak jumpa Aril.”
            “Jadi siapa yang abah jumpa?”
            Tan Sri Syed Abu Bakar mengeluh. Dia malas nak bertekak dengan anaknya.
            “Jadi abah pergi jumpa Tahir kan?” teka Datin Sharifah Mawar secara tiba-tiba. Air muka Tan Sri Syed Abu Bakar telah menjelaskan segala-galanya. Dia tahu tentang kedatangan Tahir di syarikatnya untuk berjumpa dengan Aril. Dia tahu semua itu.
            Tan Sri Syed Abu Bakar berpaling. Dia terkejut dengan kata-kata Datin Sharifah Mawar. Macam mana Mawar boleh tahu?
            “Abah ingat Mawar tak tahu apa yang berlaku di syarikat ke? Mawar tahu segala-galanya.”
            “Don’t do anything stupid, Mawar.”
            “Why?”
            “Membalas dendam bukanlah jalan penyelesaiannya. Kenapa Mawar degil?” tegas Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Dialah yang menyebabkan kematian arwah Kamalia.”
            “Bawa mengucap, Mawar! Arwah Kamalia telah membuat pilihannya sendiri. Ada banyak pilihan lagi tetapi jalan itu yang dipilihnya.”
            “Begitu senang abah melupakan segala-galanya. Dialah punca segala-galanya.”
            “Mawar, dengar sini! Hal ini tiada mengena dengan Tahir. Dia tak tahu apa-apa.”
            “What do you mean?” Datin Sharifah Mawar terkejut dengan kata-kata Tan Sri Syed Abu Bakar sebentar tadi.
            Tan Sri Syed Abu Bakar tergamam. Dia sudah terlepas kata. Mawar tak boleh tahu hal sebenar. Jika tidak, teruk akibatnya nanti.
            “Are you hiding something from me?” Datin Sharifah Mawar dapat merasakan sesuatu.
            “Nothing. Aaa….Aril ada jumpa dengan abah hari tu. Kenapa? Mawar ada apa-apa pesanan pada Aril ke?” Tan Sri Syed Abu Bakar sengaja mengubah topic perbualan mereka.
            “Oh ya, beritahu Aril yang Mawar nak jumpa dengan Luna!”
            “Apa!” Bulat mata Tan Sri Syed Abu Bakar mendengarnya. Nak jumpa Luna?
            “Ya. Mawar nak jumpa dengan Luna. “
            “Kenapa?”
            “Kenapa? Salahkah Mawar nak melihat wanita pilihan Aril? Mimi telah ceritakan segala-galanya pada Mawar. Dia dah pun berjumpa dengan kekasih hati Aril. Jadi giliran Mawar pula bersemuka dengan Luna.”
            Tan Sri Syed Abu Bakar menggaru kepalanya beberapa kali. Aduh,parah jika macam ni! Eh, macam mana Mimi boleh berjumpa dengan Luna sedangkan Aril pernah beritahu nama itu hanya rekaannya sahaja.
            “Abah, dengar tak?”
            “Dengar! Mawar, kenapa Mawar suka sangat merumitkan keadaan? Dah tak ada hobi lain ke?”
            “Abah! Aril anak Mawar. Sesiapa sahaja pilihan Aril atau Aina, mereka mesti bawa pilihan mereka berjumpa dengan Mawar. Jika Aril enggan, Mawar akan cari Luna sehingga ke lubang cacing. Abah beritahu pada Aril.” Tegas Datin Sharifah Mawar. Dia berjalan meninggalkan Tan Sri Syed Abu Bakar yang masih berdiri di tengah-tengah ruang tamu.
            Tan Sri Syed Abu Bakar menggeleng kepala. 

Saturday, November 12, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 16

BAB 16

            Haikal merenung beberapa ekor ikan emas yang sedang berenang di dalam aquariam yang terletak di lobby hotel. Apa yang berlaku tadi begitu segar di dalam mindanya. Apa yang aku lihat dan dengar tadi benar-benar di luar jangkaan. Semasa dia sedang mencari Aina, dia terserempak dengan Aina yang sedang berbual dengan pelancong dari Korea yang tinggal di hotel miliknya. Matanya masih belum rabun. Telinganya masih belum pekak. Jelas. Segala-galanya jelas.
            “Aina bertutur dalam bahasa Korea. Biar betul.” Kata Haikal. Dahinya berkerut. Pelbagai soalan mula berlegar di minda. Haikal mula curiga dengan identity Aina.
            “Tuan! Tuan tak mahu makan lagi ke? “ tegur Aina.
            Haikal terkejut apabila ditegur oleh Aina. Bila masa dia ada di sini? Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi. Haikal gelabah.
            “Tuan, kenapa? Macam nampak hantu saja?”
            “Tak ada apa-apa.”
            “Tuan, jom makan! Saya dah lapar ni.” Aina merengek lapar. Sejak dari tadi dah bermacam jenis irama perutnya berbunyi. Rock! Irama Malaysia! Hip-hop! Balada! Pagi tadi hanya sempat minum secawan kopi sahaja.
            “Tadi kau pergi mana?” soal Haikal secara tiba-tiba.
            “Toilet.” Bohong Aina. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir. Dia cuba cover line.
            “Betul ke?” Suara Haikal naik tinggi.
            “Betul, tuan! Tak percaya ke? Eee…pelik betul perangai tuan hari ini! Kalau tuan tak mahu makan, biar saya makan dulu.” Aina berjalan meninggalkan Haikal. Dia tiada masa melayan kerenah Haikal. Perutnya yang lapar perlu diisi.
“uh di suh oh syutt ssuh yo? yo gi eh ul ma dong ahn gye shil guh eh yo?”
Soal Haikal secara tiba-tiba dalam bahasa Korea. Sebenarnya dia juga tahu bertutur dalam bahasa Korea.
            Langkah Aina terhenti. Dia terkejut dengan pertanyaan Haikal. Dia faham. Wajah Aina pucat lesi. Nasib baiklah, aku membelakangkan Haikal. Jika tidak, dia pasti syak sesuatu. Dari mana awak datang? Berapa lama awak akan berada di sini? Itulah soalan yang ditanya oleh Haikal. Aina berpaling.
            “Tuan panggil saya ke?” Aina tersengih seperti tiada apa-apa yang berlaku.
            “Nothing!” jawab Haikal dengan kasar. Dia melangkah meninggalkan Aina menuju ke cafeteria yang disediakan untuk pekerja hotel di situ.
            “Tuan, jangan jalan laju sangat. Tunggu saya.” Aina terus mengejar Haikal.
            Haikal mengetap bibir. Laungan Aina tidak diendahkan. Dia geram apabila Aina berpura-pura tak faham dengan soalannya tadi. Aku tahu kau faham. Aku akan siasat siapa kau yang sebenarnya. Kau tunggulah, Aishah.

                                                            ***********************

            Aina menepuk lembut bahu Rina. Tiba-tiba saja Rina mengajak keluar, katanya ada perkara nak diluahkan. Mereka berjanji berjumpa di Restoran Kak Moon yang terletak tidak jauh dari rumah Tengku Fauziah. Lagipun dia sudah minta kebenaran nenek untuk berjumpa dengan Rina di luar.
            “Kenapa dengan Rina hari ini? Ada masalah besar ke?” Aina terus duduk tanpa dipelawa. Aina sempat mengerling di setiap sudut restoran itu. Dia takut jika terserempak dengan orang yang dikenalinya.
            “Rina geram, kak! Stress.” Wajah Rina merah padam. Selendang yang dipakainya dibetulkan.
            “Stress! Siapa yang buat Rina stress ni? Beritahu kak! Tahulah kak nak ajar macam mana!” Aina ketawa kecil.
            “Lelaki yang langgar kereta Rina tempoh hari. Setiap kali memikirkan lelaki itu, sakit hati Rina!”
            “Rina dah jumpa dia ke? Dia masih tak mahu bayar ganti rugi ke?”
            “Tentang ganti rugi, dia nak bayar tetapi Rina tak mahu. Yang menjadi masalahnya sekarang ini ialah dia beritahu ibunya yang Rina ni kekasihnya.”
            “Apa!”
            “Ya, kak! Kalau dia ada di depan Rina sekarang ni, Rina akan panggang dia menjadi satay.” Rina terkejut apabila mendengar cerita Aril petang tadi. Suka hati saja dia sebut nama aku. Dah tak ada nama lain di Malaysia ni ke?
            “Bukan ke kamu berdua baru saja berkenalan, macam mana boleh jadi kekasih pulak? Kak tak faham la.”
            “Katanya, semua ini berlaku disebabkan oleh ibu dia yang memaksa dia berkahwin dengan pilihan ibunya. Kerana tidak mahu mengikut cakap ibunya, dia beritahu yang dia sudah ada kekasih. Namanya Luna.”
            “Luna!”
            “Ya. Nama Rina! Ada banyak-banyak nama di dunia, kenapa dia pilih nama Luna? Tak pasal-pasal Rina terlibat sama dalam hal ini.” Rina mengeluh dengan kuat.
            “Maksud Rina, lelaki itu menipu ibu dia la. Hakikatnya dia tak kenal sesiapa pun yang bernama Luna.”
            ‘Ya, kak! Sehinggalah dia berjumpa dengan Rina hari ini. Dia terkejut apabila mendapat tahu yang nama penuh Rina adalah Rina Luna. Yang lebih merumitkan keadaan ialah wanita pilihan ibunya terserempak kami berdua di MCD. Dia ingat Rina adalah Luna yang disebut oleh lelaki itu. Sempat beri warning pada Rina lagi.”
            “Hish…teruk macam tu. Ini dah kes anaiya. Rina boleh saman dia. Siapa nama lelaki tu?”
            “Aril!”
            “Aril” Aina terkejut. Namanya sama seperti nama abang aku. Jalan ceritanya seperti jalan cerita abang aku tetapi mustahilah. Mustahil abang berani menipu mama. Nak cari nahas!
            “Kenapa? Kak kenal ke?”
            “Taklah. Apa yang Rina nak buat selepas ini?” soal Aina ingin tahu.
            “Buat tak tahu sajalah. Itu masalah dia. Kalau ibu dia datang jumpa Rina, tahulah Rina nak cakap apa nanti.” Rina membuat mimic muka.
            “Baguslah! Aaa…..Kak nak tanya sesuatu?”
            “Tentang apa?”
            “Haikal! Berapa jenis bahasa dia boleh bertutur?”
            “Hmmm…..kalau tak silap Rina, 8 bahasa. English, Spain, Korean, Japan, Mandarin, Thai, Jerman and Arab.”
            “Wow, banyaknya.”
            “Biasalah, kak! Jika terlibat dalam bidang perhotelan ni, kena belajar banyak bahasa. Senang sikit bila berkomunikasi dengan customer dari luar negara.”
            Aina menganggukkan kepalanya. Betul jugak.
            “Aiii….mana pelayan ni? Nak biar kita kebulur ke?” Rina menoleh ke kiri dan kanan mencari pelayan restoran itu.
            Dari jauh ada sepasang mata sedang memerhati mereka berdua dari jauh di dalam kereta BMW Z4. Setiap gerak-geri Aina dan Rina diperhatikan. Dia mengekori Aina sejak dari tadi lagi. Dia ingin tahu ke mana Aina pergi dan siapa keluar bersamanya. Tak sangka pula orang itu adalah sepupunya sendiri. “Apa sebenarnya hubungan mereka berdua? Adakah mereka sudah mengenali satu sama lain sebelum ini?” Haikal mulai sangsi dengan identity Aina.

                        ************************************************

            Rina dan Laila berjalan seiringan di Alamanda. Setiap kedai di Alamanda menjadi tumpuan dua beradik itu. Tanda sale 30%, 50% dan 70% di setiap kedai menyemarakan lagi semangat mereka untuk membeli-belah. Hujung bulan seperti ini adalah masa yang sesuai untuk membeli-belah. Gaji masuk.
            “Kak Long, banyaknya sale. Kalau macam ni setiap bulan, alamatnya alamri baju kita kena beli lagi satu.” Rina ketawa.
            “Eeeee…banyaknya kasut yang cantik-cantik.” Laila tersenyum lebar.
            “Kita pergi kedai tu dulu.”
            “Allright.” Laila setuju.
            “Tak sangka kita dapat berjumpa lagi di sini!” Mimi tersenyum dengan lagaknya seperti seorang model.
            Rina merenung wanita itu. Hmm…aku pernah jumpa dia ke?
            “Excuse me! Kita pernah berjumpa ke?” soal Rina secara tiba-tiba. Matanya masih tidak berganjak dari merenung wanita tinggi lampai itu.  Aaaa….dialah wanita tu.
            “Apa! You dah tak ingat I ke?” Mimi meninggikan suaranya. Dia terkejut dengan pertanyaan wanita itu.
            “No. I rasa you dah tersalah orang. Maaf ye.” Rina tersenyum. Rina memaut lengang Laila. Dia perlu beredar dari situ.
            “Luna, betul ke you dah tak ingat siapa I? Atau you berpura-pura tak ingat.” Sindir Mimi.
            “Luna! Apa sebenarnya yang berlaku? Macam mana dia tahu nama Luna jika kamu berdua tidak kenal antara satu sama lain.” Laila bersuara.
            Rina mengetap bibir. Kak Long ni! Rosak plan aku nak melarikan diri. Rina berpaling. “Ya, I ingat you lagi. Ada apa yang boleh saya bantu?”
            “You pasti tahu siapa nama I kan! Mesti Abang Aril pernah cerita mengenai hal kami.” Mimi berjalan mendekati wanita yang bertudung litup itu. Perempuan macam ni menjadi pilihan Abang Aril. Tak ada class langsung.
            “Nope. He doesn’t say anything about you.” Rina tersenyum sinis. Apa la perempuan ni nak dari aku?
            “What! Impossible.”
            “Yes, it is.”
            “You sengaja nak sakitkan hati I kan!”
            “suka hati you, okey! I malas nak bergaduh dengan you lebih-lebih lagi di tempat awam.”  Kata Rina. Sekarang ini mereka berhenti di tengah jalan orang ramai yang sedang berkunjung di Alamanda. Suara wanita itu menarik perhatian pengunjung di situ. Rina malu
            “I belum habis cakap dengan you lagi.” Mimi menghalang perjalanan Rina.
            “You nak apa lagi? Apa lagi yang you tak puas hati dengan I? Jika you ada masalah dengan Aril, you selesaikan sendiri dengan dia. I tak ada kena-mengena dalam hal ini.” Nada suara Rina separuh berbisik. Matanya melirik ke kiri dan kanan. Laila hanya diam memerhati keadaan.
            “Tak ada kena mengena you kata! Hey, Abang Aril pilih you dari I. You masih kata you tak ada kena-mengena dalalam hal ini.”
            “Siapa Aril pilih, itu hak dia. Dia lelaki! Dia berhak memilih.”
            “Jadi you tak kisah, jika dia memilih I.” kata Mimi secara tiba-tiba. Senyumannya lebar.
            “So you berharap Aril akan memilih you ke? Tapi sayang, Aril sudah membuat pilihan. Pilihan Aril adalah I. Stop dreaming, honey. He’s mine” Giliran Rina pula tersenyum. Dia sengaja menyakiti hati wanita itu. Inilah balasannya jika cari pasal dengan aku. Habis rosak mood aku nak shopping.
            “Akhirnya you tunjuk juga belang you yang sebenarnya. You jangan lupa auntie Mawar hanya sukakan I. Hanya I yang layak menjadi menantu Auntie Mawar”
            “Masalahanya I kahwin dengan Aril bukannya ibu Aril. Jika ibu Aril tak suka I, I tak ada apa-apa masalah sebab Aril sayang dan cintakan I. Itu dah cukup buat I.”
            “You!” jerit Mimi. Jarinya ditunjukkan tepat pada Rina. Sakit hatinya mendengar jawapan Rina.
            Rina menepis tangan Mimi. “Orang yang tak layak bersama Aril adalah you. So start accepts the truth.” Rina tersenyum sinis sebelum melangkah pergi meninggalkan Mimi.
            Rina menarik tangan Laila yang masih memerhati. “Cepat, Kak Long.” Bisik Rina. Langkahnya diatur pantas.
            “Kau berdua bergaduh tentang apa? Lelaki ke? Siapa Aril tu? Luna tak pernah pun cerita pada kak tentang Aril?” soal Laila bertuba-tubi.
            “Nantilah Luna cerita. Sekarang ni, jom beredar dari sini.”
            Mimi menghentak kakinya beberapa kali. Dia mengigit bibirnya. “You belum kenal siapa I lagi, Luna. Ini Rina. Apa yang aku nak, aku mesti dapat!” Mimi tidak peduli dengan kehadiran orang ramai yang sedang memerhati dirinya.
          

Friday, November 11, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 15

BAB 15

            “Hey, kau tak ada pakaian lain ke? Baju kurung yang lusuh ni pun kau masih pakai lagi. Duit yang nenek aku beri , tak cukup ke!” Haikal bersuara. Dia melabuhkan punggungnya pada kerusi malas yang empuk itu. Haikal menggelengkan kepalanya melihat pakaian yang dipakai oleh Aina. Agaknya baju kurung itu sudah berusia 5 tahun. Dah lusuh. Sejak aku melangkah masuk ke hotel, banyak mata-mata sedang memerhati ke arah mereka. Pakaian Aishah menarik perhatian orang terutamanya staff hotel milik nenek. Selipar jepun yang dipakai oleh Aishah juga menyakitkan matanya. Aku malu. Aku tahu Aishah sengaja berpakaian seperti ini sebagai tanda protes.
            Namun tiada apa-apa reaksi dari Aina. Haikal bengang. Aku ni patung ke? “
Aishah” jerit Haikal.
            Aina terkejut. Dia mengurut dadanya beberapa kali. Hish….nak luruh jantung aku dibuatnya. Aina berpaling. Aina cuba tersenyum. Aku mesti bijak handle Haikal. “Wah….cantiknya! Ada air terjun lagi.” Aina berjalan menuju ke sudut air terjun yang terdapat di dalam bilik pejabat Haikal. Interior design bilik itu menarik perhatian Aina. Hatinya tertawan dengan keindah bilik itu. Warna hijau bersesuaian dengan konsep alam semulajadi yang ditonjolkan di dalam bilik ini. “Kalau saya jadi tuan, saya tak akan pulang ke rumah. Saya nak tinggal di sini. Nak kerja 24 jam. Sini lagi seronok dari terperuk di dalam rumah.”
            Haikal menjuih bibirnya. Pujian Aina tidak memberi apa-apa kesan pada Haikal. Tak ikhlas. “Huh, kalau macam tu mulai hari ini kau akan bekerja di dalam bilik ini. Kau suka tinggal di dalam bilik ini kan…..Nak kerja 24 jam kan. Kau jangan susah hati, banyak kerja yang sedang menanti kau sekarang ini.” Haikal bangun. Permainan sudah bermula. Semalam dia tidur lewat semata-mata memikirkan cara untuk mengenakan Aina. Dia tidak akan membiarkan Aina terlepas begitu saja. Semuanya telah diatur.
            Senyuman Aina mati. Aina merenung Haikal. Entah apa yang berada di fikiran Haikal sekarang ini. Yang pasti, mulai hari ini Haikal tidak akan membiarkan hidup aku senang.
            Tiba-tiba pintu diketuk. Seorang wanita berpakaian casual masuk. Dia tersenyum lebar.
            “Ini Umairah. PA aku. Kau tahu tak?”
            Aina menjeling. Perlahan-lahan Aina mengelengkan kepalanya. Memang la aku tahu maksudnya tetapi aku terpaksa berpura-pura tak tahu.
            “itulah belajar setakat PMR saja.” Haikal meninggikan suaranya. Hatinya gembira melihat Aina seperti itu. “PA itu maksudnya Personal Assistant. Pembantu aku. Dah faham kan. Mulai hari ini, kau jadi pembantu Umairah.” Beritahu Haikal.
            Umairah hanya memerhati apa yang berlaku. Dia tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Haikal melayan wanita itu dengan dingin. Kasihan pulak lihat wanita itu.
            “Ini Aishah. Dia akan menjadi pembantu you. Apa saja kerja you boleh suruh dia buat. I tak kisah. Jangan biarkan dia goyang kaki saja. Jika dia tak tahu, you ajar dia.” Haikal memberi arahan pada Umirah.
            “Baik, bos.”
            “Aaa…kau tahu guna computer tak? Aaa…kau tahu tak apa tu computer?” Haikal sengaja meninggikan suaranya. Tujuannya hanya untuk memalukan Aina.
            Aina mengetap bibirnya. Nanti tak pasal-pasal si Haikal ni kena makan selipar dengan aku….Nasib baiklah aku hanya bekerja dengan kau selama sebulan saja.Itulah janji nenek. Selepas sebulan, tugas aku sudah selesai. Semua ini aku lakukan kerana nenek. Jika tidak, tunggulah nasib kau. Ahhh…sekarang ni aku sabar sajalah. “ Tu….” Aina menunding jari ke arah laptop yang berada di atas meja.
            Haikal menoleh. Haikal ketawa dengan kuat. Geli hatinya. “itu laptop bukannya computer.”
            “Sama saja. Adik-beradik.”
            “Tak sama.”
            “Tetapi fungsinya sama kan.” Aina melawan cakap Haikal.
            Kini giliran Haikal mengetap bibir. Berani Aishah melawan cakap aku di hadapan Umirah. Asyik nak menang saja.
            “Umirah,  you bawa dia keluar. Asyik buat I sakit kepala saja. Bawa dia keluar sekarang.” Haikal melepaskan keluhan dengan kuat.
            ‘Dah tahu tapi buat jugak.Nak sangat kita kerja di sini” Aina bersuara lagi.
            ‘Aishah!” Mata Haikal bulat merenung Aina. Menjawab saja kerjanya.
            “Ya….Ya…Saya keluar sekarang ni. Tuan nak berehat kan.” Aina mengangkat tangannya sebagai tanda menyerah kalan. Langkahnya diatur mendekati Umirah yang hanya menjadi pemerhati sejak dari tadi. Aina menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Umirah. “Saya Aishah.”
            Umirah tersenyum. “Saya Umirah. Panggil saja Umi. Mari Umi tunjukkan tempat Aishah.” Umirah bersalaman dengan Aishah
            “Terima kasih.” Aina mengekori Umirah berlalu keluar. Aina tidak menoleh ke belakang. Dia malas bergaduh dengan Haikal. Lebih baik aku keluar dan berbual dengan Umirah. Ada faedah jugak.

                                                ********************

            Kamalia berlari sebaik sahaja melihat kelibat Tahir yang sedang berdiri di sebelah pokok kemboja. Senyuman terukir di bibirnya. Hampir setahun mereka tidak berjumpa. Perasaan rindu terhadap lelaki yang dicintainya itu telah terubat. Selama ini mereka hanya chat di lawan web facebook sahaja. Dia rindukan senyuman lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya.
            ‘Abang Tahir!” Kamalia tersenyum. Senyumannya semakin lebar apabila lelaki itu melambai ke arahnya. Selepas ini mereka tidak akan berpisah lagi. Kamalia sudah membuat keputusan untuk belajar di universiti yang sama dengan Tahir selepas keputusan SPM diumumkan tidak lama lagi. Mereka tidak akan berjauhan lagi. “Dah lama ke abang tunggu Kamalia?”
            “Only 5 minutes.” Tahir tersenyum. Hatinya berdebar-debar. Tujuannya pulang ke Malaysia adalah untuk berterus-terang dengan Kamalia. Walaupun hatinya terasa berat untuk meluahkannya, tetapi dia harus lakukannya juga. Dia tidak lagi boleh bersembunyi lagi. Aril sudah tahu mengenai hal ini.
            Tahir merenung lembut wajah wanita yang pernah bertahta di hatinya tetapi sayang hatinya sudah berubah. Cintanya hanya satu untuk Julia. Dia tidak sampai hati untuk melukai hati Kamalia. Namun, Kamalia mesti mengetahui segala-galanya Jantungnya berdegup kenyang. Dia cuba mengumpulkan kekuatan untuk berterus-terang. Tahir memandang tepat anak mata bundar milik Kamalia.
            “Abang minta maaf. Abang minta maaf kerana tidak menepati janji kita.”
            Dahi Kamalia berkerut. Dia tak faham apa yang berlaku. Kenapa Abang Tahir tiba-tiba minta maaf pada aku?
            “Abang minta maaf, Kamalia.”
            “Apa abang cakap ni? Kamalia tak faham. Kenapa abang tiba-tiba minta maaf pada Kamalia? Abang tak ada buat salah pun kat Kamalia. Kenapa ni abang?” ujarnya dengan lembut.
            Tahir menundukkan kepalanya. Renungan Kamalia membuatkan dirinya tewas. Rasa bersalah. Dia tidak tergamak untuk melukai gadis itu. Tahir memejamkan matanya.
            “Abang! Cuba abang beritahu Kamali, apa sebenarnya yang berlaku?” Kamalia hairan dengan sikap Tahir.
            Tahir mengetap bibirnya. Ahhh..aku tak boleh menjadi lelaki pengecut. Aku mesti berani. Berani buat, berani tanggung. Tahir memandang tepat pada kamalia yang berdiri di hadapannya. Jika aku tangguh lagi, mungkin aku akan kehilangan Julia. Itu takkan berlaku, Tahir sudah bertekad.
            “Tujuan abang nak jumpa Kamalia hari ini ….kerana…kerana abang ingin memutuskan hubungan antara kita berdua. Abang minta maaf, Kamalia.” Dengan pantas Tahir menutur kata-katanya.
            Kamalia tergamam. Matanya tidak berkelip. Matanya masih tidak berganjak dari memandang Tahir. Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Kamalia. Satu tamparan hinggap di lengan kanan Tahir. “Abang ni nakal la. Abang ingat Kamalia akan percaya cakap abang ke. Abang selalu usik Kamalia.” Kamalia ketawa kecil. Dia tahu itu hanya gurauan dari Tahir.
            Tahir terkejut dengan reaksi Kamalia. Tahir mengusap mukanya beberapa kali. Kamalia telah salah faham. “Abang serius Kamalia. Ini bukan perkara main-main. Abang nak minta putus dengan Kamalia.” Wajah Tahir serius.
            Ketawa Kamalia mati.
            “Abang minta maaf kerana memutuskan hubungan kita. Sekali lagi abang minta maaf kerana memungkiri janji yang pernah abang janjikan pada Kamalia. Abang tak salahkan Kamalia jika Kamalia tidak memaafkan abang. Kamalia berhak benci pada abang. Abang yang bersalah.” Ucap Tahir dengan lembut.
            “Abang benar-benar serius ke?” kelopak mata Kamalia mula berair. Hatinya remuk dan hancur. Dia tidak pernah menyangka hubungan mereka akan berakhir seperti ini. Musnah dalam sekelip mata. Impiannya hancur lebur.
            “Ya.”
            “Kamalia ada buat salah pada abang ke? Abang ada terasa hati dengan Kamalia ke? Jika ada, abang beritahu Kamalia. Kamalia akan berubah.” Air matanya mula mengalir membasahi pipi.
            “Kamalia tidak bersalah. Abang yang bersalah.” Tahir memegang lembut bahu Kamalia. Sayu hatinya melihat Kamalia menangis. Aku pernah berjanji tidak akan menyebabkan Kamalia mengalir air mata lagi. Nampaknya aku telah memungkirinya.
            “Tetapi kenapa abang? Kenapa abang tiba-tiba ingin berpisah dengan Kamalia? Kenapa?”
            Tahir menundukkan kepalanya. Berat untuk meluahkannya. Pasti hati Kamalia lebih terluka jika mengetahui kebenarannya. Aku mencintai Julia. Aku tak boleh hidup tanpa Julia. Julia adalah cahaya dalam hidup aku.
            “Abang…..Abang…Abang sudah ada perempuan lain ke?” Walaupun berat untuk menyatakannya, namun digagahi juga. Hatinya kuat menyatakan, Abang Tahir sudah ada orang lain di hatinya.
            Tahir merenung Kamalia. Perlahan-lahan Tahir menganggukkan kepalanya. “Abang minta maaf. Hanya itu yang mampu abang katakan. Jika Kamalia nak pukul atau tampar abang sekarang ini, abang tak kisah. Memang patut pun.”
            Pengakuan Tahir sebentar tadi benar-benar membunuh jiwanya. Cintanya selama 5 tahun hilang begitu saja. Kamalia memejamkan matanya. Lelaki yang dicintai sepenuh jiwa dengan mudah mengkhanati kepercayaan dirinya. Lelaki itu tidak setia padanya. Walaupun dia cuba menahan, air matanya masih deras mengalir.
            “Kamalia.” Dahi Tahir berkerut.
            “Go…Just go away from me.”
            “Abang minta maaf, Kamalia.”
            “Go! Just go away.” Jerit Kamalia. Wajahnya dipaling ke arah lain
            Tahir terkejut. Kamalia tidak pernah menjerit seperti itu. Inilah pertama kali Kamalia bersikap seperti ini. Memang patut pun. Aku telah curang di belakang Kamalia. Tahir menarik nafas panjang. “Abang minta maaf sekali lagi. Abang harap Kamalia akan menjumpai lelaki yang mencintai Kamalia sepenuh hati. Selamat tinggal.” Ucap Tahir sebelum mengatur langkah meninggalkan Kamalia seorang diri di taman itu. Taman yang selama ini menjadi saksi percintaan mereka.
            Kamalia menekup muka dengan kedua-dua belah tangannya. Tangisan semakin kuat. Hatinya sakit dan pedih.
            “Kamalia!” Tiba-tiba ada suara menegur Kamalia.
            Kamalia berpaling. “Abang dah tahu semua ini kan! Abang tahu kenapa Abang Tahir nak berjumpa dengan Kamalia kan! Sebab itu abang nak menemani Kamalia hari ini.” Kamalia menatap wajah Aril. Kini barulah dia faham kenapa Aril bertegas untuk menemani berjumpa Tahir petang ini. “Kenapa abang tak beritahu Kamalia semua ini? Kenapa abang? Kenapa?” Air mata Kamalia deras mengalir. Kenapa Abang juga turut sama berahsia dengan dirinya.
            Aril menundukkan kepalanya. Dia rasa bersalah. Dia tidak sanggup untuk memberitahu kebenarannya. Aril hanya memerhati. Tangisan Kamalia semakin kuat.
            “Kenapa abang? Kenapa Abang Tahir sanggup buat Kamalia seperti ini? Why?” soal Kamalia lagi.
            Aril buntu. Dia tiada jawapan dari pertanyaan Kamalia. Hanya Tahir yang tahu.
            “Ding Dong”
            Aril terkejut apabila mendengar loceng pintu penthouse. Aril mengesat air matanya yang mengalir tanpa disedarinya. Tiba-tiba sahaja dia teringat kembali kenangan lampau. Aril bangun. Loceng pintu berbunyi lagi. Aril mengerling ke jam dinding di ruang tamu. Baru pukul 9.00 malam. Siapa datang ? Pantas Aril menuju ke pintu. Simbol pintu dibuka.
            Aril tergamam melihat lelaki yang berpakaian raincoat kuning yang sedang berdiri di luar pintu gril. Matanya terkebil-kebil merenung lelaki itu.  Hujan ke? Rasanya tidak. Pelik! Siapa? Pelik semacam saja. Wajah lelaki itu ditutupi dengan mask. Dahi Aril berkerut.
            “Tak nak jemput atuk masuk ke? Nak atuk tercegat di sini ke?” Akhirnya Tan Sri Syed Abu Bakar bersuara. Dia hairan apabila Aril hanya memerhati. Takkan la Aril tidak dapat mengecam aku?
            “Atuk! Atuk ke?’ Aril kenal dengan pemilik suara itu. Senyuman terukir di bibirnya. “Kenapa atuk pakai macam ni? Dah macam serial killer.” Aril ketawa terbahak-bahak. Lucu juga atuk ni. Siapa dapat mengenali atuk? Aril membuka pintu gril.
            Tan Sri Syed Abu Bakar menanggalkan mask yang dipakainya sebaik saja melangkah masuk “Ini semua mama Aril punya pasal.” Bebel Tan Sri Syed Abu Bakar. Raincoat ditanggalkan. Dia berpakaian begini kerana ingin melarikan diri dari anaknya. Langkah Tan Sri Syed Abu Bakar diatur menuju ke ruang tamu.
            “Macam mana atuk tahu Aril tinggal di sini?”
            Tan Sri Syed Abu Bakar ketawa. “Dah lupa ke atuk ni siapa? Apa saja asset Aril, semua atuk tahu. Tak payah nak berahsia dengan atuk.” Tan Sri Syed Abu Bakar terus duduk di kerusi jati di ruang tamu itu.
            Aril tersengih. Dah agak.
            “Ah…..Cuba beritahu atuk, kenapa tiba-tiba saja Aril buat ribut di rumah kita hari itu? Siapa Luna tu? Atuk tak pernah dengar pun nama tu. Apa yang Aril rahsiakan dari atuk?” soal Tan Sri Syed Abu Bakar. Selama ini Aril tidak pernah berahsia dengan aku. Apabila nama Luna disebut oleh Aril, dia benar-benar terkejut.
            “Jadi kedatangan atuk berjumpa Aril adalah semata-mata kerana Luna….”
            “Yalah…..Mama Aril tak berhenti-henti soal-siasat atuk. Cakap atuk langsung tidak dipercayanya. Atuk nak tidur pun tak boleh.” Sudah 2 hari, Aril tidak balik. Mawar dah mula bising.
            Aril tersenyum. “Sebenarnya, Aril pun tak tahu siapa Luna tu.”
            “Apa! Atuk tak faham. Cuba Aril jelaskan pada atuk.”
            “Waktu tu Aril bengang sangat dengan mama, Aril main sebut saja nama tu.”
            “Jadi Luna tu, tak wujudlah.”
            “Ya.” Ringkas jawapan Aril.
            Tan Sri Syed Abu Bakar menepuk dahinya. “Nampaknya bukan ribut tapi taufan yang akan melanda rumah .”
            “Releks, atuk. Aril akan cari jalan penyelesaiannya.”
            “Kalau mama Aril tahu perkara sebenarnya, atuk tidak dapat membayangkan apa yang berlaku. Agaknya waktu tu juga dia suruh Aril bernikah dengan mimi.”
            “Hish…atuk ni! Jangan disebut. Kalau masin mulut atuk, susah Aril.”
            Tan Sri Syed Abu Bakar ketawa apabila melihat wajah Aril yang berubah pucat.
            “Atuk ada perkara, Aril nak beritahu atuk.” Aril sudah membuat keputusan. Atuk seorang yang rasonial. Apa-apa pun perkara boleh dibawa berbincang. Dia lebih selesa dengan Tan Sri Syed Abu Bakar.
            Wajah Tan Sri Syed Abu Bakar menjadi serius.
            “Atuk, selama ini kita sudah salah faham pada Tahir. Apa yang berlaku pada Kamalia tiada kena-mengena dengan Tahir.”
            “Maksud, Aril?”
            “Bukan Tahir yang menghantar gambar tu tetapi Julia.”
            “Julia.” Tan Sri Syed Abu Bakar terkejut.
            “Ya. Tahir tak tahu apa-apa pun tentang gambar yang diterima oleh Kamalia. Selama ini kita menyangka pengirimnya adalah Tahir tetapi pengirim sebenarnya ialah Julia.”
            “Apa motif Julia sebenarnya? Dia dah dapat Tahir. Apa yang dia nak dari Kamalia lagi?” Tan Sri Syed Abu Bakar mengeluh. Rumit. Semakin rumit.
            “Aril tak tahu atuk.”
            “Jangan beritahu mama Aril dan Aina tentang hal ini. Anggap saja kita tak tahu apa-apa. Atuk tak mahu perkara ini diungkit lagi. Biarlah roh arwah Kamalia bersemadi dengan aman.”
            “Aril pun fikir macam tu juga, atuk. Masalah Aril sekarang ini adalah Tahir. Dia nak tahu apa yang berlaku pada arwah Kamalia. Aril dah mati akal sekarang ini.” Dia tak mahu keluarga Tahir pecah-belah disebabkan oleh peristiwa lalu.
            “Hmm….tentang Tahir, biar atuk yang uruskan. Aril jangan risau. Perkara yang patut Aril fikir sekarang ini adalah tentang Luna. Apa Aril nak jawab kat mama Aril jika mama Aril nak jumpa Luna?”
            Aril mengeluh dengan kuat. Betul jugak cakap atuk tu….Aril tidak dapat membayangkan jika dia terserempak dengan mamanya.
            Tan Sri Syed Abu Bakar tersenyum.

                                    ***********************************

            Haikal menoleh ke kiri dan kanan. Dia perlu memastikan tiada sesiapa yang akan mendengar perbualannya di pantry.
            Umirah hairan dengan sikap majikannya itu. Mug yang berisi air coffee masih dipegangnya.
            “Macam mana dengan performance Aishah?”
            “Hmmm….setakat ini, ok. No problem. She is a quick learner.”
            “Ya ke? Ada tak perkara pelik yang berlaku?”
            “Maksud, bos?” Dahi Umirah berkerut. Pelik? Pelik macam mana tu….Yang pasti, sepanjang Kak Aishah bekerja di sini, bos selalu memarahi Kak Aishah. Kasihan Kak Aishah.  Sedangkan kesilapan Kak Aishah hanya kecil sahaja. Apa masalah bos dan Kak Aishah sebenarnya.
            “Komputer! Dia tahu guna tak?”
            “Mula-mula tak tahu, selepas diajar dah kira ok untuk beginner.”
            Haikal mengeluh. Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Aishah darinya.
            “Perkara lain pula?”
            Dahi Umirah berkerut.
            “Tak ada apa-apa, bos. Kak Aishah rajin orangnya.”
            Haikal membuat mimic muka apabila Umirah berpihak pada Aina. Bukan itu yang aku nak dengar.
            “Tapi, bos……” Umirah teringat sesuatu. “Betul ke tahap pengajian Kak Aishah hanya PMR sahaja?”
            “Kenapa you cakap macam tu?”
            “Hmm…I yakin suara tu milik Kak Aishah.”
            “Apa dia?” Haikal tidak sabar untuk mengetahuinya.
            “Kelmarin. Semasa I di toilet, I ada dengar suara Kak Aishah . Memang betul itu suara Kak Aishah. Yang peliknya, bos.” Umirah memandang tepat ke arah Haikal. “Waktu Kak Aishah sedang berborak dengan seseorang melalui telefon. 100% speaking. Fasih.”
            “Betul ke?” Haikal merenung Umirah. Hari itu Aishah ada terlepas cakap dalam Bahasa Inggeris. Dia turut sama terkejut. Betul! Ada sesuatu tentang Aishah. Gayanya tidak seperti orang kampung.
            “Ya, bos. Selepas saya keluar, dah tiada sesiapa tetapi saya yakin Kak Aishah orangnya.”
            “Mereka berbual tentang apa?”
            “Psikologi! Patient! Treatment. Hmm….I pun tak faham.Laju sangat Kak Aishah cakap.”
            “I ada perasaan pelik sedikit tentang Aishah ni. Seperti dia ada agenda tertentu. Hmm…tentang hal ini, you jangan beritahu sesiapa. Ok?”
            “Baik, bos. I keluar dulu.”
            Dahi Haikal berlipat empat memikirkan sesuatu. Hmmm….aku mesti tanya ibu, ibu pasti tahu sesuatu. Sesuatu yang aku tak tahu.

                                    *********************************

            Tangan Rina pantas menaip soalan peperiksaan akhir tahun. Dia menyelak beberapa helaian buku latihan untuk dijadikan panduan. Orang ramai mula memenuhi MCD. Maklumlah dah pukul 2 lebih. Waktu itulah makanan di MCD murah bermula pukul 12 lebih untuk lunch meal.
            Rina terkejut apabila kerusi di sebelahnya ditarik. Dia merenung lelaki yang duduk disebelahnya tanpa diundang.
            “Assalammualaikum…..”
            “Waalaikumussalam.” Jawab Rina. Dia menyambung kembali kerjanya. Malas aku nak layan mamat ni. Macam mana boleh jumpa di sini pula? Kecik betul KL ni.
            “Buat apa?” Aril cuba beramah mesra. Dia tak sangka akan terserempak dengan wanita ini. Dah seminggu mereka tidak berjumpa walaupun tinggal di apartment yang sama.
            “Memasak.” Jawab Rina dengan endah tak endah. Hati Rina panas dengan kehadiran lelaki itu. Ganggu aku nak buat kerja! Dah nampak, pura-pura tak nampak pulak.
            Aril ketawa mendengar jawapannya. Lesung pipit di kedua-dua belah pipinya terserlah. “Awak ni kelakar la.”
            “You tak nampak ke? I tengah sibuk ni. I tak ada masa nak berborak dengan you.” Rina memandang Aril. Sakit hati betul. Selepas pulang dari sekolah, dia terus datang ke sini untuk menyiapkan kerjanya.
            “Sorry! Saya hanya perlukan masa awak selama 5 minit saja selepas itu saya tak akan ganggu awak lagi.”
            “Ok! Fine.” Rina menutup laptop Toshiba berwarna putih miliknya.
            “Tentang hari itu, saya tersalah beri kad nama pada awak. Kerana terlalu tergesa-gesa, saya tak sedar saya memberi awak kad nama orang lain. Saya minta maaf. Ini kad nama saya yang sebenarnya. Jika awak takut saya tipu awak lagi, awak boleh call saya sekarang ni untuk memastikannya” Aril meletakkan kad namanya.
            Rina hanya mengerling. Oooo…Syed Aril namanya. Rina memcebik bibir. Ada aku kisah.
            “Saya minta maaf sekali lagi tentang kejadian hari itu. I hope you can forgive me, Cikgu Rina. Tentang kos repair kereta awak, saya akan tanggung. Awak beritahu berapa yang akan bayar hari itu. I’ll pay back.”
            “It’s okay, Encik Syed Aril. Perkara tu dah lama lepas, just forget it.” Kata Rina dengan lembut. Nada suaranya sudah berubah. Orang dah minta maaf, takkanlah aku nak marah lagi.
            “Tetapi ……”
            “Abang Aril!”
            Serentak Rina dan Aril berpaling. Kehadiran wanita berseluar pandek separas peha mengganggu perbualan mereka berdua. Aril mengetap bibirnya. Dia tak senang dengan kehadiran Mimi di situ.
            Rina merenung wanita muda itu. Seksinya. T-shirt tanpa lengan berwarna pink menyerlahkan lagi bentuk badannya. Memanglah cuaca di Malaysia ni panas tetapi janganlah pakai pakaian seperti ini. Menjolokkan mata. Siapa wanita ini? Girlfriend dia ke?
            “Ooo….di sini rupanya Abang Aril menyorok.” Tegur Mimi. Sudah seminggu Abang Aril tidak pulang ke rumah. Di office pun tiada. Kata Yati, Abang Aril bercuti selama sebulan. Pandangannya dialihkan ke arah wanita yang duduk di sebelah Aril. Terbit perasaan cemburu di hatinya. Matanya tepat merenung name tag yang dipakai oleh wanita yang bertudung litup itu. “So, you are Luna, right.” Nada suara Mimi berubah tegas.
            Rina terkejut. Macam mana dia tahu nama aku? Kami pernah berjumpa ke sebelum ini. Rasanya tidak. “Kita pernah jumpa ke?”
            “Tak tetapi Abang Aril ada sebut tentang you.” Wajah Mimi serius. Suasana tegang. Mimi cemburu melihat mereka bersama. Akhirnya aku dah tahu siapa kau.
            “What?” Rina berpaling ke arah Aril. Dia tak faham. Kenapa Aril sebut nama aku pada wanita ini?
            Dahi Aril berkerut. Luna? Kenapa Mimi panggil Rina sebagai Luna? Mata Aril tidak bergerak sebaik sahaja melihat name tag yang dipakai oleh Rina. Matanya bulat. Dia tergamam. Kenapa aku tak perasaan name tag yang dipakai oleh Cikgu Rina? Rupa-rupanya nama dia yang sebenar ialah Rina Luna. Pasti Mimi menyangka Cikgu Rina adalah Luna yang aku pernah sebut di hadapan mama. Aaa….kebetulan pula.
            “Walaupun you berjaya memiliki hati dan cinta, I takkan berputus asa sebab auntie Mawar menyukai I. Perempuan macam you tidak layak menjadi ahli keluarga Datin Sharifah  Mawar. You takkan ada peluang untuk mengahwini Abang Aril. Hanya I yang layak. You kena sedar diri siapa you yang sebenarnya. Orang miskin macam you tak layak berdampingan dengan Abang Aril. You wait and see.” Mimi memberi amaran pada Rina.
            Pandangannya dialihkan ke arah Aril yang masih mendiamkan diri. “Bye, Abang Aril.” Mimi tersenyum. Wajahnya berubah ceria apabila melihat Aril. Mimi berjalan meninggalkan mereka berdua dan menuju ke arah dua orang kawannya.
            “What’s going on here?” Nada suara Rina berubah kasar. Dia merenung lelaki yang berada disebelahnya. Apa sebenarnya yang berlaku? Aku memerlukan penjelasan.
            “Aaaa……Aaaa…….” Aril mula tergagap-gagap. Aaa….Macam mana aku nak jelaskan ini? Aku baru saja nak berbaik dengan dia. Sekarang, dah jadi macam ni pulak. Aril menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rina masih merenung dirinya. Nak tak nak, aku kena beritahu jugak. Aril menarik nafas.