Friday, July 29, 2022

PA Aku Medusa Bab 4 a.k.a PA Aku Ratu Sejuk Beku

 

Bab 4

 

            HIDUNG Aziz mula bergerak. Terbau sesuatu yang sedap yang datangnya dari arah ruang dapur. Aziz yang baru saja bangun dari tidur percepatkan langkahnya menuruni anak tangga. Laju saja kakinya masuk ke situ.

            Wow! Nasi lemak! Memang kegemaran Aziz ni!” Aziz muncul dengan rambut serabut. Nampak sangat baru lepas bangun tidur.

            Mak Eton masak sambal kerang kegemaran hang! Hang kan suka makan nasi lemak dengan sambal kerang kan?” Mak Eton tersengih seraya mengangkat pinggan yang berisi ikan bilis yang sudah siap digoreng.

            Datin Ida yang sedang mengupas kulit telur yang baru selepas direbus hanya mampu geleng kepala tengok anak terunanya itu. Dengan seluar pendek dan singlet putih, Aziz selamba saja masuk ke ruang dapur.

            Good morning, mummy!” tegur Aziz. Ditarik kerusi dan terus duduk di sebelah ibunya.

            Ni dah basuh muka ka belum? Gigi tu confirm tak gosok lagi kan! Eee…. hang ni tak senonoh betui! Mandi la dulu sebelum makan! Orang tengok hang, terus tak ada selera nak makan! !” Datin Ida mula membebel pasal penampilan Aziz.

            Amboi! Amboi! Mummy ni, cakap ikut sedap mulut! Kita kat rumah! Nak melawa buat apa? Ini bukan first time Aziz macam ni! Mak Eton dengan Azhar dah bertahun-tahun tengok Aziz macam ni! Tak kisah pun! Betul tak, Azhar?”

            Azhar yang sedang menyiapkan minuman ketawa kecil.

            Eeee… Hang ni! Masalah sekarang ni ada anak dara dalam rumah ini! Agak-agak la nak pakai macam ni depan Diana nanti! Malu tahu tak?”

            Ada Aziz kisah!” jawab Aziz.

            Datin Ida mengetap bibir. Boleh naik darah setiap kali bercakap dengan Aziz. Air muka Datin Ida berubah apabila Diana masuk ke ruang dapur. Dimaniskan wajahnya.

            Diana dah nak keluar ke?” tanya Datin Ida.

            Ya. Dah janji dengan Puan Sri Zaiton pukul 9 pagi, auntie!” Diana menjawab. Dia berpakaian t-shirt polo dan seluar panjang untuk main golf dengan Puan Sri Zaiton pagi ini.

            Aziz membuat muka menyampah melihat Diana bercakap dengan ibunya.

            Kak Diana! Jus Kak Diana dah siap!” kata Azhar. Dia berjalan dekati Diana dengan bawa gelas air berwarna merah itu. Minuman kegemaran Diana setiap pagi.

            Aziz cepat-cepat bangun dan merampas gelas itu. Diteguk dengan rakus. Sebaik saja telan, mula Aziz terus berubah dengan dahi berkerut.

            Air apa ni? Ini bukan jus tembikai. Rasa tak sedap langsung.” tanya Aziz. Dipandang ke arah Azhar. Meremang tekak dia sekarang ini. Tak tahu macam mana nak gambarkan rasanya. Rasa yang pertama kali dia rasa.

            Jus paprika!” jawab Azhar.

            Apa!” Nada suara Aziz terus tinggi.

            Datin Ida dan Mak Eton terus ketawa terbahak-bahak.

            Yang Abang Aziz ambil buat apa? Jus ni untuk Kak Diana la.” Azhar bersuara.

            Aziz terus berjalan ke sinki dan mengumur mulutnya. Dengan harapan, rasa itu hilang. Memang tak sedap langsung. Mati-mati ingat tadi jus tembikai, kalaulah dia tahu jus paprika, jangan harap la dia nak minum.

            Itu la balasan orang kata, nak sangat ambil minuman orang. Rasakan!” kata Datin Ida seraya masih tak berhenti ketawa. Geli hati dengan perangai anak bujangnya itu. Perangai macam budak-budak.

            Wajah Aziz masam. Dia renung ke arah Diana yang wajahnya masih bersahaja. Tak tunjuk apa-apa reaksi pun. Muka macam tu la buat dia rasa annoying.

            Sat na Kak Diana, Aziz blender lain jus paprika tu!” kata Azhar.

            It’s okey, Azhar! Kak Diana dah nak kena gerak. Esok saja blend lain.” jawab Diana. Dia melihat semula ke arah Datin Ida dan Mak Eton.

            Auntie! Mak Eton! Saya gerak dulu!” beritahu Diana sebelum bergerak keluar dari dapur malah dalam yang sama, sekilas pandang dia melihatAziz.

            Mummy tengok! Muka Diana tu annoying giler!” Aziz mengadu.

            Perangai hang tu lagi annoying! Baik hang naik atas, mandi dulu. Busuk tahu dak? Kalau tak, jangan harap nak breakfast!” Datin Ida memberi arahan.

            Aziz mengetap bibir. Ibu dia nampak sangat lebih-lebihkan Diana. Tak boleh jadi ni! Wajah Aziz benar-benar jelas nampak wajah tak puas hati.

                                                ******************************

            ANAK mata Aziz bergerak ke arah kerusi kosong yang berhadapan dengannya. Selalunya Diana akan duduk di situ. Takkan la tak balik lagi main golf. Dah tengahhari kot.

            Tiba-tiba ada bunyi orang berdehem memecah kesunyian di ruang makan.

            Mata Aziz bertaut dengan mata ibunya.

            Tunggu apa lagi? Baca la doa makan!"

            Aziz terus menadah tangan. Dia membaca doa makan dan kemudian mula menjamu selera dengan ibunya. Sedap betul nasi ayam hasil tangan Mak Eton. Ayam, sambal dan sup memang meletup pong pang pong pang! Rasanya perfect, kena dengan selera dia. Berkali-kali dia tambah nasi, ayam ni dah berketul-ketul dia makan. Pinggan pun dah licin. Sebutir nasi pun tak ada.

            Hang ni gelojoh betul! Tak ada sapa nak rebut makanan hang pun.” Datin Ida bersuara. Sakan betul anak teruna dia makan, macam orang seminggu tak makan pun ada.

            Sedap, mummy! Nasi ayam Mak Eton memang the best.  Mummy patut belajar dengan Mak Eton. Skill memasak mummy dengan Mak Eton, macam langit dengan bumi. Seingat Aziz la, makanan yang mummy masak tak ada satu pun yang sedap.”

            Mulut Datin Ida terus herot. Macam nak cili-cili mulut Aziz sekarang ini. Bab mengata ibu sendiri memang nombor satu. Patut la orang cakap, anak ni bila dah besar panjang, memang tak guna sesen pun.

            Hari Isnin ni hang dah start kerja.” beritahu Datin Ida secara tiba-tiba.

            Apa! Isnin ni?” Wajah Aziz terkejut beruk.

            Ya. Lusa hang dah start kerja kat AB Group.”

            Mummy, Aziz baru balik.  Takkan dah suruh keja kot, bagi la Aziz rest dulu.” Aziz membantah. Dia tak setuju langsung.

            Rest! Hang nak rest berapa lama lagi? Tempoh rest hang dah tamat. Hang jangan lupa, suka atau tak ,hang kena tunaikan janji hang. Mummy dah tunaikan janji mummy nak bagi hang jadi travel blogger selama tiga tahun tapi hang ambil kesempatan kebaikkan mummy ni. Geram betul hati mummy ni bila ingatkan hari mummy tunggu hang balik kat aiport Penang tahun lepas.” Datin Ida mula mengungkit apa yang terjadi tahun lepas. Tak sangka dia kena tipu dengan anak sendiri.

Selepas itu, Aziz hilang tanpa khabar berita. Tak call! Tak mesej! Datin Ida sudah hilang sabar untuk menunggu lagi, Datin Ida arahkan Diana mula mencari Aziz. Tak kisah di mana pelusuk negara di dunia Aziz menyorok, Aziz akan dijejaki sampai jumpa. Satu hari, Diana berjaya mengesan Aziz. Tak sangka pula Aziz berada di Pulan Aman, dekat sangat dah tu! Peluang sebegitu mustahil akan lepaskan. Apa-apa pun alasan Aziz, dia takkan beri muka dan bertolak ansur lagi. Suka atau tak, Aziz tetap kena kerja di AB Group.

            Aziz terdiam. Bab itu memang dia yang bersalah. Mungkir janji!

            Janji tetap janji, Aziz!” tegas Datin Ida. Dia terus menyambung makan tengahhari.

            Mulut Aziz terus muncung. Nampak sangat macam tak ada peluang untuk talian hayat. Dalam hati Aziz mengeluh kecewa.

 

                                    *********************************************

            SUDAH setengah jam, Aziz duduk mengambil angin di tingkat satu balkoni. Mulut Aziz masih muncung seperti itik. Apa yang ibunya cakapkan tadi masih jelas kedengaran di telinga. Dia melihat ke arah cuaca yang kini bertukar mendung walaupun baru pukul 3 petang. Awan hitam mula berarak manakala angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bila-bila masa saja hujan akan turun. Bagus jugak hujan turun, sekurang-kurangnya sejuk hati ini.

            Dah la tu, hodoh bila buat mulut itik macam tu!” Azhar menyapa. Dia terus duduk di kerusi besi di sebelah Aziz.

            Otak aku tengah berserabut. Aku tak faham la kenapa mummy suka sangat paksa aku.” Aziz mengadu. Masih tidak puas hati dengan arahan ibunya.

            Mungkin ada sebab kenapa Mak Cik Ida buat macam tu. Mungkin Mak Cik Ida perlukan Abang Aziz kat ofis.”

            Ya lah tu! Mesti suka tengok aku seksa bekerja kat situ.”

            Azhar terdiam. Sebenarnya dia tahu sebabnya. Kalau dia cerita pun, mustahil Aziz akan percaya. Lebih baik Aziz nampak sendiri apa yang berlaku di syarikat nanti.

            Bunyi pintu pagar utama bergerak menarik perhatian mereka berdua. Kereta Honda HRV berwarna merah masuk dan parkir di garaj kereta. Diana keluar dari perut kereta.

            Itu seorang lagi makhluk buat aku menyampah. Berlagak nak mampus.” Aziz bersuara. Dia memang meluat betul dengan Diana.

            Abang Aziz tak baik cakap macam tu. Abang Aziz tak kenal Kak Diana lagi. Kak Diana baik. Percayalah!”

            Azhar ni tak habis cakap Diana tu baik! Kalau dia baik, dia dah pulangkan balik barang-barang aku tu. Aaa…. Aku nak tahu Diana tu tak ada family ke? Takkan la dok merempat ka sini setiap hari.”

            Hmm.. Tak tahu. Sebabnya, setiap kali hari raya Kak Diana beraya dengan kita semua. Balik kampung tu memang tak pernah langsung. Agaknya Kak Diana ni anak yatim piatu kut. Sebab itu mak cik Ida bawa Kak Diana tinggal kat sini.”

            Aziz terdiam selepas mendengar cerita Azhar. Pandangan Aziz tertarik ke arah Diana yang masuk semula ke dalam kereta selepas menukar pakaian.

            Nak pergi mana pulak tu?” Aziz bersuara apabila kereta Honda HRV itu bergerak keluar dari perkarangan rumah. Baru balik lepas tu keluar lagi? Ingat rumah ni hotel ke? Aziz mengetap bibir.

            Itu mesti Kak Diana pi kelas bahasa Jepun.” jawab Azhar. Dia sudah hafal aktiviti Diana sepanjang hujung minggu.

            Apa!”

            Kak Diana tu boleh cakap 6 bahasa. English! BM! Thai !Mandarin! Korea! Tamil ! Bahasa jepun tu dari start belajar bulan lepas. Esok pulak Kak Diana ada kelas Bahasa Jerman.”

            Buat apa dia belajar semua tu? Nak jadi translator ke?” Dahi Aziz berkerut.

            Ala… Tak salah kan kalau berminat! Tak semestinya nak jadi translator baru belajar semua itu.”

            Azhar ni… Kalau bab backing Diana tu memang nombor satu. Fan dia ka?”

            Lebih kurang macam tu la….” kata Azhar diakhiri dengan ketawa.

            Aziz mendengus kuat   . Nampak sangat satu rumah ini sebelahkan Diana.

 

                                                ****************************

            MUK teh tarik yang sudah suam diangkat dan dibawa ke mulut. Sedapnya. Air teh tarik buatan Pak Atan memang berlemak berkrim. Kalah teh tarik mamak kat nasi kandar tu.

            Skill Pak Atan buat teh tarik masih mantap! The best! Aziz bagi seratus bintang.” puji Aziz melambung-melambung.

            Terima kasih. Apa orang puteh cakap, thank you so much and i love you too!” jawab Pak Atan diakhiri dengan ketawa. Loghat orang utara tetap ada.

            Semua orang yang ada di meja makan dapur ketawa terbahak-bahak lepas mendengarnya.

            Pelik la abang cakap lagutu. Lingkup terus bahasa orang puteh.” Laju saja Mak Eton geleng kepala.

            Mereka berlima makan mi kari bersama-sama petang itu. Hujan lebat membuatkan mereka bertambah berselera. Maklumlah cuaca sejuk seperti ini kalau makan makanan berkuah memang ada kick.

            Rasa macam hujan dah nak berhenti.” Mak Eton bersuara. Dia melihat ke arah pintu dapur yang terbuka. Sudah sejam hujan lebat, sekarang ni hujan mula renyai-renyai.

            Baguslah kalau dah berhenti, kalau hujan sampai ke malam, bermasalah jugak.” balas Datin Ida yang duduk berhadapan dengan Mak Eton.

            Pak Atan dan Azhar hanya pandang antara satu sama lain.

            Kenapa nak bermasalah pulak? Kalau hujan sampai malam, itu dah besar rahmat. Tidur masa hujan kan best! Rasa rileks! Tidur enak dibuai mimpi. Sejuk pulak tu. Confirm tidur sampai ke pagi.” Aziz menyampuk. Dia paling suka kalau hujan malam.

            Hang tu tak tau apa-apa, baik hang diam. Orang tua-tua tengah cakap, boleh pulak dia menyampuk.” bidas Datin Ida. Sempat lagi menjeling.

            Cakap sikit pun nak marah!” Aziz melawan.

            Diana muncul di ruang dapur.

            Suasana terus sunyi sepi.

            Diana baru balik ke?” tanya Datin Ida.

            Diana hanya mengangguk kepala. Dia berjalan ke peti ais dan terus ambil botol air mineral di dalamnya.

            Diana nak makan ka? Mak Eton masak mi kari petang ni.” Giliran Mak Eton bersuara pulak.

            Soalan Mak Eton dijawab dengan hanya gelengan kepala. Dia terus berjalan keluar ruang dapur.

            Wah! Dalam mulut tu ada emas ke? Susah sangat ke nak jawab.” Tinggi terus suara Aziz. Sakit hati tengok apabila melihat perangai Diana tadi. Kecik besar kecik besar tengok! Orang tanya sebab ambil berat. Boleh pulak Diana tu angguk kepala macam tu saja. Dia yang menyaksikan apa yang berlaku pulak yang rasa panas hati.

            Ishh… budak ni! Itu cara Diana interaksi dengan orang. Hang jangan cari pasal dengan Diana. Mummy bagi warning. Diana akan jadi PA hang nanti. Perangai tu jaga sikit!”

            What!” Aziz rasa tak percaya dengan berita yang dia dengar dari mulut ibunya. Hilang terus selera dia nak makan mi kari.

 

 

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...