Monday, July 30, 2018

Trip To Singapore 2018 (Day 2)


Day 2

Next destination … USS (Universal Studios Singapore). Disebabkan tidur awal, pukul 5 pagi kami dah bangun.  Lepas sembahyang subuh, kami terus siap. Tepat pukul 7 pagi, kami dah turun sarapan di kedai bawah. Kedai sama kami tapau nasi goreng semalam. Syukur sangat-sangat sebab kedai ini dekat saja…  Adik makan roti canai. Saya dan mak cik makan karipap . 3 ketul karipap (SGD 2). Rasa pun sedap. Besar pulak tu. Besar dari karipap Malaysia. Adik cakap roti canai pun sedap.  Pukul 7.15, kami dah gerak ke MRT Paya Lebar. 

Kami naik MRT ke Harbour Front. Kebetulan waktu tu orang pergi kerja. Memang ramai orang. Saya dan adik berdiri. Memang padat. Hahaha…. Bayangkanlah hampir sejam kami berdiri. Lebih kurang 13 station, MRT tu stop. Pukul 8.50 pagi kami tiba di Harbour Front/ Vivo City. Nampak kedai roti …. Hmm Tak ingat nama dia …  Ala-ala macam Bread History …Belok kiri dan naik escalator sampai Level 3.

Tiba kat Sentosa Express Station, kami terus beli ticket. Ada mesin ticket. Kos pergi balik hanya SGD 4. Kat sini kalau tak ada duit kecik pun tak apa, nanti balance bagi balik. Kami pun naik train tu, memang ramai orang.  Tak ada tempat duduk, semua kena berdiri. Alaaaa…. Sekejap ja pun. Ada empat station iaitu Sentosa Station, Waterfront Station, Imbiah Station dan Beach Station. Nak pi USS, kena turun kat Waterfront Station.

Nak pi Sentosa Island, ada banyak cara. Pertama naik train Sentosa Express. Yang Kedua, naik  cable car. Harga mahai sikit kalau tak silap … SGD 29. Kalau nak tengok view, boleh la naik cable car. Yang ketiga, nak nak teksi pun boleh … entry masuk kalau tak silap antara SGD 2 hingga SG 7. Siapa yang rajin berjalan … boleh jugak jalan melalui Sentosa Broadwalk. Kena bayar SG 1. So ikut suka la yer…


 Kami terus jalan …. Sekejap saja dah jumpa USS. Tak ramai lagi orang lagi. Kami bergambar kat globe USS.  Line memang clear. Disebabkan kami sampai awai, kami lepak kat area situ. USS buka pukul  10 pagi. Tapi dah ada orang tunggu depan entrance.  Pukul 9.30 pagi, main gate depa buka. Kami pun beratur. Jangan bimbang …. Banyak lane depa buka. Time ni jugak la security guard akan check bag. Nasib la siapa yang terpilih.

Kami beli ticket USS dari agency. Dengan harga SGD 77 without express lane.  Selepas beberapa minit, mula la dengar music …. Ada seorang lelaki keluar dan meraikan kedatangan kami semua. Dia memang berceloteh panjang. Selepas itu keluarlah mascot pussycats dari filem Shrek.  Memang comeiiiiiii…. Semua orang menjerit bila dia keluar.  Pukul 10 pagi tepat-tepat , depa buka. Lepas scan ticket saya terus  ambil pamphlets dan kertas show attraction untuk hari ini. Kertas show attraction ini untuk kita punya info, Nak tahu show kat USS start pukul berapa. Kena alert tau , terlepas nanti rugi. 

Oklah, saya sambung cerita balik. Saya toleh belakang, terkejut tengok mak cik still kat tmpt scan ticket. Rupanya ticket ada problem. Adik pun mesej agent. Nasib baik agent tu cepat email ticket baru. Fuh… nasib baik. Masa kami pun, ada Jurassic Park. Maklumlah … tahun ni kan keluar film Jurassic Park.  Saya dah tengok film dia. Tak best! Rugi duit.

First thing first, kami pergi ke Transformers 4D ride kat Sci Fi City Section. Wajib pi sini dulu.  Takut ramai. Ada jugak orang berlari semata-mata nak naik tu dulu. Kami pun masuk la. Memang ramai. Kami beratur lebih kurang 20 minit,  Ambil cermin mata 4D, lepas tu naik kereta. Memang best la.  Bergoyang sana sini macam kita ada betui-betui ada dalam badan Transformer. Hahaha… Rasa macam lima minit saja ride dia tapi kami puas hati. Kami pun letak balik cermin mata tu dan keluar. Kami keluar  betul-betul dalam Transformers gift shop. Banyak jugak kedai menarik di situ.

Nak ambil gambar rollercoaster sebenarnya ... terlepas la pulak.

Kami naik pulak Acceleratop Cup. Dekat jer … Sebelah dengan  Transformers tadi.  Mak Cik tak nak. So saya dan adik naik. Memang pusing sakan…. Saya gelak saja sebab laju cup tu pusing.  Duration pun 5 minit. Kami turun  dan terus cari Mak Cik. Dia duduk betul-betul bawah rollercoaster Battlestar Galactica .  Kami tengok laju betul rollercoaster tu …. Telan air liur saja. Memang tak berani naik. Dengar orang jerit dari atas pun, kami dah cuwak.  Hahaha….



Kami pun pi ke Ancient Egypt Section.  Dah panas terik time tu. Memang dahaga air. Kat USS ada tempat drinking water, boleh ambil air kat situ.  Kat sini juga ada tempat makan halal … Nasi Briyani SGD 15. Kata orang wajib cuba. Mula-mula ingat nak makan dulu tapi awal lagi. Kami berhenti kat   Revenge of The Mummy Ride … aaa… Yang rollercoaster tu…. Nak naik ke tak nak … Adik memang awai-awai lagi cakap tak mau naik.  Mak Cik pun tak mau naik.  Jadi kami pun tak nak. Kami ni memang penakut naik rollercoasters …. Hahaha…



Lepas itu kami jalan-jalan kat area The Lost World. Tempat dia sejuk sikit sebab ada banyak pokok.  Kat sini ada Canopy Flyer, Water Live show dan Jurassic Park Rapid Adventures … Next kami naik Jurassic Park Rapids Adventure ….  Hahaha… Nak masuk di sini, barang-barang berharga kena simpan dalam locker sebab takut terkena air.  Locker di sini berbayor. Tapi kalau bawa bag kalis air, tak simpan dalam locker pun tak apa ….. Well, macam biasa beratur. Ramai orang. Kalau tak mau basah baju, bawalah baju hujan. Masa beratur, ada mesin jual baju hujan … Ada chop USS lagi. Tapi mahal ….  Kalau nak buat kenangan, belilah … Hahaha …. Kami beratur lebih kurang  35 minit….  Nak dekat turn kami, cepat-cepat kami pakai baju hujan.  Satu boat ada 9 seat. Kami pun naik …. Kami naik dengan family dari Indonesia. Mula-mula smooth saja perjalanan dia …. Lepas itu mulalah … air masuk kiri kanan. Saya pun angkat kaki. Hahaha. Tak mau kasut basah …. Lepas tu boat  masuk satu gua ni … Gelap …. Takut jugak … Kot-kot la …terkeluar T-rex , tak ke naya …. Hahaha… Boat kami tiba-tiba berhenti. Suspens jugak …. Tak ada jalan.  Tiba-tiba boat kami diangkat naik macam lif. Menjerit semua orang. Lepas tu atas kepala kami betul-betul ada T-rex. Hahahah….. Pintu terbuka. Dari situ boat kami jatuh dari paras tinggi, memang menjeritlah kami…… Kat situlah …. Air  terkena kami ….  Nasib baiklah kami pakai baju hujan. Tapi kasihan kat family Indonesia tu, habis basah kuyup.  Macam baru lepas mandi.  Tapi jangan bimbang … kat luar nanti ada tempat untuk keringkan baju.  Berbayor yer…. Ala, cuaca kat sana panas terik … Jalan-jalan terus jer kering.  Jimat duit.


Kami pun patah balik ke Ancient Egypt , perut dah lapar ni. Terkejut kami bila tempat penuh. Nak beli pun sampai beratur panjang ke luar.  Mak Oii…. Ramai betul orang nak makan nasi biryani.  Hahaha… Kami pun lepak sekejap. Bincang nak buat apa…. Kami buat keputusan nak pi beli keychain atau fridge magnet.  Gift shop memang menarik. Barang-barang macam-macam. Semua comel-comel belaka tapiiiii…. Bila tengok harga, letak balik. Heheheh…. Beli jer apa yang patut. Ikut nafsu, memang semua nak beli.  Saya beli USS keychain jer. Bukti yang saya dah sampai di sini. Hahaha…

Lepas tu kami jalan-jalan di Hollywood Walk of Fame … Jumpa Bumblee Transformers, jumpa Minion tapi tak tahu nama dia apa hahaha….. Jumpa Blue raptor … Nak bergambar kena ikut turn yer …. Kami curi-curi ambil gambar. Hahaha…. Sebenarnya ada banyak nak cerita tapi kalau tulis semuanya , jenuh la panjang berjela. Semua kami naik kecuali Revenge of The Mummy rollercoaster, Battlestar Galatica rollercoaster dan sayang betul kami tak sempat tengok Shrek  4-D Adventure 4D show. Orang terlalu ramai waktu tu … Sebab beratur keluar…. Itulah kalau ada duit lebih sikit, beli la Express Lane. Cepat dan tak payah beratur panjang. Tak sampai 5 minit tunggu.


Baby Shark Doo ...Doo... Doo


Kami pun keluar dari USS dan pergi ke S.E.A Aquarium., tutup pukul 7 malam. Entrance masuk  SGD 29 . Dekat saja dengan USS.  Ingatkan USS jer ramai, sini pun ramai. Kami pun masuk dan turun escalator.  Kami jumpa ikan jerung … Hahaha… Macam-macam jenis ikan jerung pun ada. Nak jalan susah sebab terlalu crowded.  Kami pun teruskan . Kami masuk Live Coral Habitat. Memang cantik tempat dia. Nak tangkap gambar boleh tapi offkan dulu flash camera. Dah ada warning sign kat situ but still orang ambil gambar dengan Flash. Sebab itu saya tak banyak gambar di sini.  Lepas tu kami tiba di Ocean Dome. Macam2 jenis ikan ada. Ikan kecik ikan besar, semua ada la.  Diorang cakap dolphin ada tapi saya tak nampak pulak dolphin .  Kami teruskan jalan lepas  tu jumpa Gift Shop. Saya pun belilah fridge magnet.  Tak sampai sejam, kami dah keluar. Hahahah… Pendapat saya kan, hmmm…. Better pi USS lagi. Heheheh…

Kami rehat sekejap dan beli minuman di 7 Eleven sebelum bertolak balik. Kami naik Sentosa Express semula. Ditempat yang sama kita turun tadi. Memang ramai orang. Sumbat masuk jugak. Hahaha…. Semua orang yang dalam train tu semua nampak muka letih.  Suasana senyap sunyi. Saya pun sama. Keluar saja dari train kami terus ke MRT station  Harbourfront.  Sampai saja MRT, kami terus duduk. Bila dah dapat duduk, rasa lega.  Seharian kami berjalan kaki.  Kebetulan time kami balik, diorang balik kerja. Memang penuh. Nasib baik kami duduk. Nak dekat sejam baru kami sampai di Paya Lebar Station.  Kami rehat sebenar kat situ sebelum kami teruskan perjalanan pulang ke hotel.

Tips Penting – Nak jalan mana2, bawa la cookies ka biscuit ka. Jangan jadi macam kami berlapar seharian. Hahaha…

NEXT DAY …. GARDEN BY THE BAY



Tuesday, July 24, 2018

Trip To Singapore 2018 (Day 1)


Day 1

Assalammualaikum … Semua
Hari ini saya nak share pengalaman saya pergi ke Singapore.  Saya dan adik plan dari tahun lepas. Tiket murah time tu …. Tiket pergi balik tak sampai RM 500. Berbaloi kan. Lagipun direct flight dari Penang … Memang senang kami nak pi.

Asalnya kami plan nak pergi berdua tapi tiba-tiba mak cik nak ikut sekali. Kami pun okey saja. Lagi ramai lagi meriah kannn….  Kami pergi sana selama 4 hari 3 malam. Kami pergi awal bulan Julai 2018.
Bye Bye Penang ...

Selepas subuh kami bertolak, kami  tiba di Penang Airport pukul 7.30 pagi. Nasib baik Jambatan Pulau Pinang tak jam. Kami sampai awai jugak. Kami terus check in. Tak ramai orang dkt Gate kami duduk. Kami pun makan roti lapik perut. Pukul 8 lebih, orang dah mula ramai.  Pukul 8.50 pagi, gate pun buka. Macam biasa la cari seat lepas tu duduk. Seat saya tepi tingkap dekat sayap. Hahaha… spoil betul!  Tak nampak apa-apa pun, nampak sayap saja.  Pukul 9 lebih kami dah bertolak. Cuaca cerah hari ini. Alhamdulillah… Seperti biasa pramugara/pramugari akan explain pasal safety. Lepas tu pramugari/pramugari akan edarkan immigration form.  Wajib isi tau. Alamat dan no tel hotel kat Singapore pun kena isi tau. Sedia siap-siap.

Hello, Singapore

Pukul 10 lebih kami tiba di Changi Airport. Sekejap tau flight dia. Tak sempat nak tidur. Hahaha… Keluar dari flight saja, terus saya …WOW…. Cantiknya Changi Airport. Patut la Changi Airport terpilih sebagai Airport yang paling cantik di dunia.  Kami berhenti sekejap , isi air dalam botol. Kat situ banyak tempat drinking water. Free! Kami terus jalan. Kami ikut orang jer. Hahaha… Kami tiba di Immigration kaunter. Releks … Jangan takut. Depa tanya kita jawab saja. Bagi passport dan immigration form kat depa. Dia akan tanya berapa hari kita kat situ? Dengan siapa? Itu ja.  Letak ibu jari tangan kiri dan kanan lepas itu , okey pass! Boleh jalan.

Prepaid Simcard


Kami keluar dari Arrival Hall (Terminal 4). Kami terus cari tempat nak beli prepaid sim card. Kami nampak ada booth money changer lepas tu nampak poster simcard. Kami terus beli dengan  SGD 18 untuk 5 hari. Internet jer. Ada banyak pakej lagi. Depa akan minta passport kita dan tolong setting phone kita. Depa fasih bahasa Melayu so jangan risau.  Saya terus mesej ayah beritahu yang kami dah sampai.  Sejauh mana kita pergi, jangan lupa roger mak bapak yer …. Hehehe…



Okey! Phone dah settle. Kami terus cari shuttle bus ke Terminal 2. Terminal 4 baru saja dibuka tahun lepas so memang tak ada Train ke City.  Train hanya ada dekat Terminal 2.  Keluar saja dari Arrival Hall (Level 1) terus belok kanan. Akan ada sign tulis Bus To T2 & MRT.  Kalau nampak restaurant Ma Mum, dah nak dekat tu. Akan ada ruang menunggu. Bus akan mai setiap 15 minit.  Kami sampai saja bus dah penuh. Kami pun tunggu trip seterusnya.  Free yer  Jangan bayar pulak.  Akan ada skrin tulis bila bas seterusnya akan tiba.  Kami tengok ada orang dah beratur, kami pun beratur jugak. Tak sampai 2 minit, Shuttle Bus sampai. Laju jugak driver bus ni bawak.  Hehehe Menyenget kami , nasib baik tak lama. Lebih kurang 5 minit kami sampai di Terminal 2.



Tiba di Terminal 2, kami terus cari MRT. Tengok signboard jer.  Kami belok sebelah kiri sebab nampak sign MRT.  Kami turun ikut escalator .  Lepas tu kami nampak MRT, akhirnya jumpa jugak.  Kat sini kena beli Tourist Pass. Senang nak naik bas atau MRT nanti. Beli dekat Transitlink Ticket Office. Ofis dia tersorok sikit, kadang-kadang tak perasaan. Turun escalator  lepas tu belok kiri. Saya ambil 3 days punya Tourist Pass. Total termasuk rental deposit SGD 30. Jangan risau. Kita boleh refund balik. Nanti dpt SGD 10 balik. 

Kami terus naik MRT ke Tanah Merah Station.  Kat sini, kami kena transit naik MRT ke Paya Lebar station. Mula-mula itu memang turun naik jugak sebab tak faham lagi depa punya MRT map.  Disebabkan kami sampai awai …. Kami tak boleh check in lagi, kami terus pergi ke Garden By The Bay.  Dari Paya Lebar Station, kami naik MRT ke Marina Bay.  MRT Singapore memang bersih.  Waktu kami naik memang tak ada orang sebab baru pukul 11.15 pagi. Station terdekat dengan Garden By The Bay ialah Bayfront Station.  Sampai saja Bayfront Station, kami turun, Naik escalator  dan kami nampak signboard Garden By The Bay. Ikut jer signboard tu. Dekat jer. Jln lebih kurang lima minit, akan jumpa anak tangga dan lif.  Disebabkan bag kami bawak ni berat, kami pun naik lif.  Keluar saja lif …. Jeng jeng jeng … Garden By The Bay.




Kami terus tengok map yang terpacak kat depan lif. Mak Oiiii…. Panas teriknya.  Kalau tak larat jalan kaki, boleh naik transport/shuttle  yang mereka sediakan. Berbayor yer… SGD 3. Tapi kami buat keputusan nak jalan …. Jalan sikit jer dah nampak OCBC Skyway dan Singapore Flyer.  Kami jalan merentasi Malay Garden dan Chinese Garden. Kami duduk sekejap. Rehat.  Bahu ni rasa nak tercabut. Maklumlah bawa bag seberat 6kg. Rasa packing baju sikit jer.. Hehehe … Ada banyak kerusi kat situ. Lagipun tak ada orang. Sepuluh minit rehat baru sedar yang tempat kaki duduk tu berlatarbelakang kan Marina Bay Sands Hotel. Memang dekat. Nampak jelas.

Cantik kan. Rasa macam kat China pun ada.


Lepak sekejap...


Kami teruskan perjalanan ke Flower Dome.  Tak sampai 5 minit kami pun sampai. Kami cari locker. Bag yang kami galas memang tak boleh bawa masuk. Locker tu dekat saja dengan  ATM.  Mahal jugak.  Per entry  SGD 4. Nak pulak duit SGD 2x2. Duit lain tak mau terima. Adik pun dah masukkan beg dia dalam locker tu. Hanya beg dia saja muat.  Disebabkan saya dan mak cik ada duit besar, kami pun tukar kat gift shop. Bila dah dapat tukar, locker dah full.  Aduiii….. Locker besar hanya ada 8 saja. Saya dan mak cik pun pergi tempat locker lain.  Tempat locker ada dua tempat , Flower Dome dan Golden Garden.  Kat Golden Garden, locker hanya ada empat saja. Of course la full!. Kami pun duduk sekejap nak fikir nak buat macam mana…. Jam dah pukul 12.30 tgh, perut dah lapar. Kami nampak MCD. Kat situ, MCD memang halal.  Tempat duduk MCD memang penuh. Nak order pun smpi beratur kat luar pintu. Kami makan just lapik perut jer…..  Kami makan kat luar  sambil-sambil tengok permandangan kat Golden Garden. Lepas makan kami pi tengok locker, still jugak full.  Adik bawa keluar bag dia. Kasihan kat dia, melayang SGD 4. Kami buat keputusan datang ke Garden By The Bay hari seterusnya. Kami pun jalan ke Bayfront Station.



Kami ambil MRT ke Paya Lebar station sebab hotel kami dekat situ saja. Turun saja Paya Lebar station, kami terus lost. Hahaha… Tercengang-cengang.  GMap pulak buat hal. Asyik hang ja. Kami pun main agak saja sebab hotel  81 Tristar jaraknya 1KM dari Paya Lebar station. Travel sendiri ni memang mencabar sikit.  Kami belok sana sini. Rasa macam lost pun ada. Lebih kurang 15 minit kami ternampak jejantas. Mungkin kalau kami naik jejantas tu kami akan nampak hotel tu, nampak signboard pun jadilah. Naik jejantas saja, terus kami nampak hotel tu. Betul-betul dekat dengan jejantas tu … rasanya lebih kurang 300 meter.  Memang seronok tak terkata. Kami pun cepat-cepat turun jejantas. Bawah hotel tu ada ada kedai makan melayu dan convenience store . Lega rasanya.  Dapat masuk bilik saja terus lega. Kami sembahyang dulu sebelum keluar pergi Merlion Park.

Tergoda tak? Hehehe



Pukul 4.20 petang kami bertolak ke Merlion Park.  Kami ambil MRT ke Tuas Link dan akan turun di Raffles Place Station.  Masa kami tiba, memang time orang balik kerja.  Kami pun keluar dari station tu  dan berjalan sedikit dan nampak Singapore River. GMaps buat hal lagi. Hmmm… kami buat keputusan follow jer orang ramai. Confirm mereka nak pi tgk Merlion Park jugak. Masa jalan tu, nampak la bot-bot lalu lalang. Kami jumpa The Fullerton Hotel dan Cavenagh Bridge. Apa lagi, bergambor ler. Walaupun panas terik, bedal jer!  Kami ada nampak satu tangga ni, kami pun turun ikut tangga ni. Tak sangka kami boleh jumpa Merlion Park. Hahaha…. Main redah saja. Ramai giler orang kat situ. Kalau bergambar, confirm ada muka orang lain. Lantaklah … asalkan ada gambar saya dan patung singa tu. Bukti kita mai Singapore ...Hehehe….



Helix Bridge ...

Kami pun teruskan perjalanan. Kami jalan melalui Esplande Bridge. Sebenarnya  nak cari tempat duduk. Nak rehat sekejap.  Kami pun lepak la dekat Waterfront Promenade sambil hayati pemandangan kat situ. Ramai betul orang beriadah kat situ.  Kami nak pergi Helix bridge sebenarnya tapi  jalan nak ke Helix Bridge ditutup.  Ada event. Sebenarnya kami nak ke Marina Bay Sands … Nak tengok Light and Water show(Spectra). Spectra Show ni memang free. Showtimes dia ikut jadual. Kalau hari Ahad hingga Khamis hanya ada dua kali saja … Pukul 8 mlm dan 9 mlm. Kalau hari Jumaat dan Sabtu, ada tiga kali iaitu pukul 8 mlm, 9 mlm dan 10 mlm. Kalau tak silap, hanya 15 minit saja show dia.  Adik cakap duduk saja kat sini , nampak jugak nanti show tu. Masing-masing dah tak larat nak jalan. Seharian kami berjalan hari ini. Ramai jugak orang kat Waterfront tu. Kat situ memang cantik. Serius pi sana. Sekelip mata bila malam, pemandang kat situ memang cantik. Memang buat orang terpukau. Kami tunggulah sampai pukul 8 malam.




 Jeng Jeng Jeng ….. biasalah apa yang kita rancang tak semestinya menjadi kan. Kat tempat kami duduk tu, memang tak nampak Spectra show. Tak ada rezeki. Hahahah…. Memang lawak betui.  But it’s okey, the bright side kami dapat tgk night view of Singapore. 

Tips betul-betul kalau nak tgk Spectra Show …. Naik MRT , turun dekat Bayfront Station. Akan ada signboard ke Marina Bay Sands(The Shopee). Masuk jer …  Belok sebelah kiri … Akan nampak entrance masuk ke situ.

Dah puas lepak kat situ, kami pun gerak balik. Memang penat sangat-sangat!  Kami tak balik ikut Raffles Place station …. Jauh… So kami pun cari MRT Station yang terdekat, Esplanade Station.  Pukul 9.30 malam, kami tiba di hotel. Sebelum balik hotel, kami singgah kat kedai makan. Tapau jer … Lagipun kedai tu nampak macam nak tutup dah. Order nasi goreng Pattaya (SGD 6), cuba darab dengan 3. Mahaiiiii….. Hahaha… Tapi sedap. Ada sotong besar-besar, udang pun besar-besar. Kami pun tidur awai sebab esok nak ke USS pulak.

Monday, July 23, 2018

Dia Helena Isabella BAB 2


Bab 2

            Helena memulas tombol pintu. Tak berkunci pulak tu. Keluhan kuat dilepaskan. Pintu dibuka luas. Helena menoleh segenap ruang tamu. Kosong! Tak ada orang. “Patutlah bagi salam, tak ada orang jawab. Mana pulak Miza ni? Suka sangat keluar rumah tak kunci pintu. Kalau masuk pencuri, tak ke naya! Ini mesti ada kat rumah Mak Tok Aishah.” Helena cakap sendirian. Dia masak benar dengan perangai teman serumah dia.  Hampir lima bulan mereka menetap di rumah sewa milik suami Mak Tok Aishah.

            Helena berjalan ke bilik dan meletakkan bagasi. Badan rasa melekit. Baik aku mandi dulu lepas tu baru badan rasa cergas. Getah rambut ditanggalkan. Rambut yang diikatkan dileraikan. Tuala dicapai.

            “Weiii….. kau dah balik!”

            Dada diusap beberapa kali. Dia terkejut dengan suara nyaring milik Miza. “Hey, kau ni ! Volume suara kau tu boleh slow tak? Nak luruh jantung aku ni.” Tegur Helena. Dah banyak kali tegur tapi tak dengar langsung. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

            Sorry! Ala…. Dah habit aku. Mana ole-ole dari Singapore kat aku?” Mata Miza sudah meliar mencari hadiah dari Singapore.

            “Tak reti-reti nak sabar. Aku balik tak sampai lima minit, kau dah minta souvenir.” Bebel Helena seraya menyelongkar beg galas.

            Miza sudah menadah tangan. Tak sabar nak tengok hadiah apa yang Helena beli untuknya. Tersenyum lebar bila Helena letakkan sesuatu di tapak tangan. Air muka Miza berubah. “Fridge magnet?”

sekadar hiasan ...

            Made in Singapore. Dah kira sourvenir, okey.”

            “Ini dah berlambak kat fridge tu.” Komplen Miza.

            “Hello! Kau ingat barang-barang kat Singapore tu murah. Berlipat kali ganda duit kita tahu tak. Aku pergi sana kerja. Tak ada masa pun nak round Singapore. Cik Miza oiiii….. belajor bersyukur. Dah kira besar rahmat tau aku beli kat kau.”

            Anyway, thanks. Wei… aku ada berita hangat nak share dengan kau.” Miza dudukd di birai katil.

            “Eeeiii…. Apa yang hangatnya ni? Baru seminggu aku tak ada.” Helena yang pada mulanya nak mandi, terpaksa tangguhkan dulu niatnya. Dia duduk di sebelah Miza.

            “Kau tahu tak, consultant ada staff baru.  Assistant resident engineer baru!  Staff tu handsome giler. Kalau macam nilah, setiap minggu aku sanggup attend meeting consultant. Aku dah tak kisah kalau Mr Lee tanya aku macam-macam. Asalkan A.R.E baru tu ada, aku sanggup redah lautan api demi dia. Esok kalau kau tengok dia, kau mesti agree dengan aku. Handsome…. Memang handsome. “

            “Tak ada kerja lain. Asyik nak cari calon bakal suami kerjanya.”

            Of course la, tahun ni umur kita dah 30 tahun. Dah masuk kategori anak dara tua, tahu tak. Takkan nak membujang sampai ke tua kut. Aku teringin jugak nak ada suami ….. nak ada anak-anak. Semua tu pelengkap hidup, kau tahu tak.”

            “Alah…. Title saja. Yang kau nak takut, kenapa? Takkanlah kau ni desperate sangat . Jodoh tu di tangan Allah Taala. Mungkin jodoh kita lambat sampai. Kita tak tahu kan.”

            “Kalau dok tunggu saja tanpa usaha, mana jodoh nak datang. Cik Helena oiii… umur kita ni makin lama makin naik. Masa tak tunggu kita, kau sedar tak?”

            “Suka hati kaulah ….. Aku no komen. Sekarang ini aku mandi. Malas nak layan kau kalau bab-bab jodoh ni.” Helena terus bangun.

            “Cakap sikit lari. Itu kerja kau. Lepas mandi sembahyang, kau datang rumah Mak Tok Aishah. Menu minum petang hari ini, ubi kayu goreng cecah gula dengan air kopi. Memang meletup kaboom…..”

            Really! Sat na, aku mandi sekejap ja.” Terus saja Helena tukar dialek utara. Dengar saja dah meleleh air liur ni. Masakkan Mak Tok Aishah memang sedap. Semua sedap-sedap belaka lebih-lebih lagi kalau kuih tradisional. Helena bergegas masuk ke dalam bilik air.

            “Weiiii…. Jangan mandi express pulak. Busuk nanti.” Jerit Miza. Dia tertawa sendiri.

                                    *************************************

            Cawan berisi air kopi diteguk perlahan-lahan. Gulp! Memang terbaik punya. Sedap. Tak ada siapa dapat lawan air kopi Mak Tok Aishah. Minum sekali nak minum berkali-kali lagi. “Mak Tok! Cayalah….. Antara semua kopi kat dunia ni, kopi Mak Tok paling sedap. “ puji Helena. Air kopi ini buat matanya segar. “Mak Tok, ada plan nak buat business cafĂ© tak? Kita jadi share partner.” Helena mengenyit mata.

            “Aku ni dah tua. Malas nak buat business nanti kena pikiq banyak.” Mak Tok Aishah tersenyum. Dia senang hati dengan kehadiran Helena dan Miza. Sekurang-kurangnya tak la rasa sunyi. Celoteh Helena dan Miza buat hidupnya terhibur. “Makan cepat ubi kayu tu. Dah sejuk nanti tak sedap.”

            “Tok Wan mana?” tanya Helena. Tercari-cari kelibat Tok Wan Daud.

            “Ada kat masjid.”

            Helena makan perlahan-lahan. Walaupun hanya ubi kayu goreng cicah gula saja tapi sedap. Sekali rasa nak berulang kali. Tiba-tiba bahu Helena dicuit beberapa kali. Dipandang melihat Miza.

Sekadar Hiasan - Ubi goreng

            “Tu… musuh ketat kita dah datang.” Mulut dijuih ke arah jalan besar. Ada seorang wanita berjalan dengan membawa payung merah.

            “Hish… time ni jugak dia nak datang. Petang-petang macam ni tak reti dok rumah ke? Laki dia tak marah ke? Merayap saja kerja dia.” Helena meluahkan rasa tak puas hati. Hilang terus selera makan.

            Mak Tok Aishah tersengih.

            “Assalammualaikum…..” Joyah memberi salam. Dia dekati mereka bertiga yang sedang duduk di beranda.

            “Waalaikumussalam.” Jawab mereka bertiga serentak.

            “Nampaknya langkah kanan hari ini. Memang rezeki.” Tanpa dipelawa Joyah terus duduk di kerusi. “ Waktu ni makan ubi kayu goreng panas-panas memang sedap.”

            “ Joyah dari mana?” tanya Miza.

            Helena buat tak reti. Dia hanya makan saja.

            “Tu aaa… dari kedai Pak Abu. Beli sayur ni aaaa…. Malam ni ingat nak goreng mee. Kalau tak masak, berlapar laki aku nanti. Maklumlah ada laki. Tak macam hampa berdua bujang, makan kat luar saja. Makan kat rumah orang pun tak kisah. Dapur hampa kalau tak berasap, tak ada orang bising.”

            “Eeehhh…. Joyah, jangan pandang kami sebelah mata tau. Dapur kami berasap jugak. Tengok ni. Sandwich tuna ni kami buat.” Miza bersuara. Dia tak boleh biar Joyah tembak tepat kat muka mereka berdua.

            “Alah… setakat makanan orang putih ni buat apa! Ambik roti letak salad letak tuna dalam tin tu lepas tu bubuh sos. Dah siap. Budak darjah satu pun tahu buat.” Joyah menambah lagi.

            Bibir Miza sedikit bergerak. Panas telinga mendengarnya. Rasa geram sehinggakan lidah terkunci.

            Hang ni Joyah, pasal pa hang suka sangat perli depa?” Mak Tok Aishah bersuara. Walaupun tak ditujukan kat dia tapi rasa jugak panas hati bila dengar. Cakap Joyah tu kadang-kadang melampau jugak.

            “Bukan perli, Mak Tok! Nasihat! Hanya nasihat. Kalau tak cakap, belum tentu depa dengaq. Mengajilah sampai oversea pun, kalau tak reti masak buat apa …. “

            Helena buat-buat tak dengar dan menoleh ke arah lain. Itulah kerja dia, Suka sangat jaga tepi kain orang. Kalau datang mesti ada saja nak sakitkan hati orang. Ingat dia tu perfect sangat ke? Aku menyampah betul orang macam ni. Eee… stress aku!

            “Aaa… Helena! Khusyuk makan. Orang sembang boleh buat tak tahu saja.” Tegur Joyah melihat Helena.

            “Mama aku pesan kalau tengah makan tak elok bercakap. Tak baik! Tak ada adab. Nanti orang kata kurang ajar pulak.” Perli Helena.

            Joyah berdehem beberapa kali sebelum sambung semula kunyah ubi kayu. Dia tahu ayat ditujukan padanya.

            “Baru sampai ka? Hang pi Singapura kan! Pi sana takkan tak jumpa lelaki nak buat suami. Lelaki Singapura kan kaya-kaya. Untung hang nanti. Hidup senang. Tak payah kerja, duduk rumah saja. Confirm dia boleh tanggung hang.”

            Helena mengetap bibir. “Joyah, aku pergi sana atas urusan kerja. Tak ada masa nak menggatal. Lagipun dapat laki kaya belum tentu rumahtangga bahagia. Sekarang ini zaman moden, kaum wanita tak perlu lagi bergantung kat suami. Dah boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kalau ada duit dan kerja, itu bonus namanya. Iyalah kalau bergantung sangat dengan laki nanti kita juga rugi. Maklumlah masa depan kita tak tahu, buat laki kahwin lain tinggalkan kita. Aaaa… siapa yang rugi. Kita jugak kan. Time tu baru nak menyesal. Kalau tak kerja… tak ada duit…. Nak makan apa? Nak hidup macam mana? Sendiri mahu ingat ler.” Perli Helena. Aaaaa… ambik kau. Kau yang mulakan dulu kan. Aku ni kalau dah bersuara jangan harap nak tekan brek… Lantaklah kau nak sentap ke kecik hati ke, aku peduli apa. Kau sendiri jolok sarang tebuan kan. Sekarang ni makanlah sengat dia.

            Air muka Joyah berubah keruh. Muka macam nak menangis. Kata-kata Helena tadi memang makan dalam.

            Miza menahan diri dari ketawa. Nak tergelak tengok muka Joyah. Pucat lesi abis. Padan muka. Siapa yang mulakan dulu. Siapa rasa cili dia rasa pedasnya.

            Bunyi hon motor mengejutkan suasana yang sunyi sepi.

            “Joyah…. Kat sini hang rupanya. Kata nak beli sekejap saja.” Kata Fuad. Dia sudah agak isterinya pasti ada di sini. “Boss! Bila balik?” tanya Fuad melihat Helena.

            “Baru sampai petang tadi.” Jawab Helena. Kebetulan pula, Fuad general worker kat tapak projek empangan di tempat dia bekerja. Perangai Fuad dan Joyah jauh berbeza. Macam mana Fuad boleh berkenanan dengan Joyah ni? Mulut Joyah macam puaka. Hmm…. Kalau dah jodoh, nak buat macam mana kan. Nasib badan.
            “Mak Tok, balik dulu!” Joyah terus bangun. Tangan dihulurkan untuk bersalam sebelum pergi dengan wajah masam mencuka. Helena dan Miza memang dia tak salam. Laju jalan menuju ke motor suaminya.

            Sebaik saja motor Fuad berlalu pergi, Helena bersuara. “Sendiri cari pasal, sendiri jugak sentap.”

            “Ayat kau memang power. Aku tabik abis kat kau.” Miza tersengih sehingga menampakkan barisan gigi putih.

            “Mak Tok, betul ke Joyah tu cucu saudara Mak Tok? Macam bukan saja. Iyalah mulut tu tahu nak cari pasal dengan orang saja. Smash orang kerja dia. Di mata dia, kami ni ada saja tak kena. Kenapa dia tak puas hati dengan kami? Rasanya sejak kami tinggal kat sini, kami tak pernah cari pasal dengan dia pun.”

            “Agaknya masa mengandung dia, mak dia makan cili api banyak sangat kut. Tu pasal jadi macam tu.” Miza mencelah.

            “Dah perangai dia macam tu nak buat macam mana. Mungkin Joyah tu jelous kat hampa berdua. Apa Joyah cakap tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Buat tak tahu saja.Aaa… makan ubi kayu tu. Sejuk nanti tak sedap.” Kata Mak Tok Aishah. Perangai Joyah memang satu kampung kenal. Orang –orang kampung pun dah lali dengan perangai Joyah tu. Suka sibuk hal orang. Ada saja cerita, satu kampung dijajanya. Mulut Joyah memang bahaya. “Makanlah. Sandwich ni biaq Mak Tok rasa.” Sekeping sandiwich diambil dan dikunyah perlahan-lahan.

          

           

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...