Sunday, July 4, 2021

PA Aku Medusa Bab 1 - Azimah Lily

Bab  1

Aziz berjalan menyusuri jalan kecil yang berhampiran dengan laut. Kini dia tiba Telaga Emas yang merupakan salah satu destinasi perlancongan di Pulau Aman yang wajib singgah. Tangannya sibuk mengambil gambar di sekitar Telaga Emas . Setelah puas mengambil gambar, strap tali kamera Canon EOS 250 disangkut di leher. Dia membaca sejarah Telaga Emas yang ada di situ. 

Sebagai travel blogger, inilah pertama kali Aziz jejakkan kaki di sini. Segenap pelusuk dunia dia sudah lawati namun tempat menarik di negara sendiri banyak lagi dia tak lawati. Dia buat keputusan untuk melawat Pulau Aman selepas mendengar cerita pak cik yang dia baru kenal semasa minum kopi di warung makan di Teluk Intan. Terdetik hatinya untuk mengenali pulau yang terletak kira-kira 16 batu nautika dari tanah besar Seberang Perai. Pulau Aman dihubungkan dengan jalan laut melalu jeti Batu Musang dengan menaiki bot tambang yang mengambil masa kira-kira 10 minit perjalanan. 

Telefon pintar miliknya berbunyi sekali, wajah Aziz berubah apabila melihat nama yang terpampang di skrin telefon. Cepat-cepat Aziz matikan telefon pintarnya.

Aziz menarik nafas lega. 

Langkah diatur meninggalkan Telaga Emas itu, dia ingin ke Masjid Ar-Rahman pula. Dalam masa yang sama, dia boleh singgah dan menunaikan solat Zohor. 

Jalan konkrit untuk pejalan kaki menjadi penghubung utama di pulau itu. Di sini penduduk hanya berjalan kaki, berbasikal dan menaiki motorsikal. Rata-rata penghuni di Pulau Aman ini peramah dan baik. Aziz tersenyum melihat kanak-kanak di situ yang sedang bermain basikal. Dia mengambil kesempatan mengambil gambar mereka seraya ketawa melihat gelagat mereka.

Kedengaran azan Zohor berkumandang, Aziz bergegas ke Masjid Ar- Rahman. Penduduk kampung di Pulau Aman mula memasuki masjid itu. Aziz begitu peramah menyapa penduduk-penduduk di situ. 

Usai sembahyang Zohor, perut Aziz berbunyi. Dia terus pegang perutnya . Mujurlah ada kedai makan berdekat masjid itu. Maklumlah pagi tadi dia hanya makan roti saja di chalet. Petang semalam, dia tiba lewat di Pulau Aman. Nasib baik tak terlepas bot di jeti Batu Musang, tiba saja di chalet Pulau Aman, dia terus tertidur. Penat punya pasal. Pagi ini baru, dia mulakan aktivitnya melawat tempat-tempat yang menarik di sekitar Pulau Aman ini.

Semasa berjalan menuju ke kedai makan, Aziz dapat rasakan seperti ada orang ikut dia. Bila ditoleh ke belakang, tiada sesiapa pun. Namun gerak hatinya tak pernah salah. Dia singgah di kedai makan itu dan oder mee udang kuah yang famous di Pulau Aman. Sebaik saja dia duduk, ada seorang lelaki berpakaian serba hitam dan spek hitam turut sama duduk berdekatan dengan meja Aziz. Apabila Aziz pandang lelaki itu, lelaki pandang ke arah lain. Aziz mula tak sedap hati.  Wajah mula pucat. Siapa pulak lelaki itu? Seingat dia, dia tak pernah jumpa lelaki itu pun. Lepas makan, Aziz buat keputusan untuk balik ke chalet. Itu tempat paling selamat. 

Selepas saja buat pembayaran, Aziz bergegas pulang ke chalet. Sesekali dia toleh ke belakang tapi lelaki itu tetap ekori dia. Aziz terus buat keputusan untuk berlari ke chalet. Chalet saja tempat yang selamat. 

Masuk saja ke dalam chalet, Aziz segera kunci pintu. Dia mula takut. Nafas mula tercungap-cungap. Dikesat peluh yang mula membasahi dahinya. Dah lama dia tak lari macam tadi. 

“Siapa lelaki tu? Seingat aku, aku tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun. Aku kena call pak cik Mat.” Aziz bercakap seorang diri. Dia teringat nak minta tolong dekat pemilik chalet itu.

Dengan segera, telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar.

Tiba-tiba Aziz ada rasakan seolah-olah ada orang di belakangnya, badannya terus kaku. Dia ingin berpaling ke belakang tetapi ada sesuatu di kepalanya.

“Don’t move or I shot you.”

Bulat terus mata Aziz apabila mendengar suara itu. Badannya menggeletar apabila ada pistol diacukan di kepalanya.

*****************************

Aziz melihat wanita yang berdiri di hadapannya. Tiada langsung secalit senyuman di wajah wanita yang berpakaian serba hitam dengan jaket leather. Wanita itu masih acukan pistol ke arah Aziz. 

Pandangan mata Aziz beralih pula ke arah dua orang lelaki yang turut sama ada di dalam chalet itu. Salah seorang dari lelaki itu orang yang sama ekori dia tadi.

“Aaaa... Rasanya ada sikit salah faham ni, saya bukan orang yang awak cari. Rasanya seumur hidup saya, saya tak pernah buat jahat kat orang. Saya ni orang baik-baik.” Aziz bersuara. Mungkin mereka ni tersalah orang kut? Mungkin pelanduk dua serupa? Tak mustahil kan.

Wanita itu terus mendengus kuat.

“Betul! Saya berani bersumpah keturunan family saya semua orang baik-baik, cik salah orang ni.” Tambah Aziz lagi. 

“Awak Ungku Aziz B. Ungku Adam kan?” tanya wanita itu.

Wajah Aziz berubah. Bulat terus matanya. Memang itu nama penuh dia pun. Kepala diangguk perlahan-lahan.

“Macam mana awak tahu nama saya?”

“Inilah masalah orang berhutang, bila dah dapat, terus lupa semua.”

“Berhutang? Hutang apa? Seumur hidup saya, saya tak pernah berhutang dengan sesiapa pun. Seingat saya, saya tak pernah hutang duit dengan sesiapa pun.” Aziz tetap bertegas. Dia bukan jenis suka pinjam duit orang. 

“Tapi you berhutang dengan bos I!”jawab wanita itu dengan wajah serius. 

“Bos awak? Siapa bos awak? Mana bos awak itu? Saya nak jumpa. Suka-suka hati cakap saya pinjam duit, mana buktinya? Ini mesti scammer kan?” marah Aziz. Dia sudah hilang sabar. Matanya tepat merenung wanita yang rambutnya diikat satu dengan mekapnya seperti bad girl. Nampak tough! 

Tiba-tiba pintu terbuka. Ada seorang wanita masuk ke dalam chalet itu.

Aziz terkejut. Bibirnya terketar-ketar.

“Mummy!” kata Aziz.

Apabila nampak saja kelibat anak tunggalnya, Datin Ida terus baling bag tangan Bonia miliknya pada Aziz. Geram punya pasal. Selepas nak dekat empat tahun, barulah dia dapat jumpa dengan anaknya itu.

Tepat bag tangan ibunya terkena badannya, Aziz terus mengerang kesakitan apabila bag tangan itu terjatuh terkena kaki pula. Berat nak mampus bag tangan ibunya.

“Oooo.... Baru nak ingat mummy, ingatkan dah lupa muka mummy ni. Bertuah punya budak. Dia buat kita ni macam tak wujud.” Marah Datin Ida. Dia terus pukul tubuh Aziz lepaskan rasa marahnya.

“Mummy! Mummy! Sakit la. Sakit!” kata Aziz. 

“Ooo... Tahu sakit, hati mummy ni dah bertahun-tahun sakit sebab hang. Janji nak travel 3 tahun saja tapi dah nak dekat empat tahun. Hang dah mungkir janji dengan mummy, mana janji hang yang dulu tu. Dah campak ke laut ka?” marah Datin Ida. Nafas dia turut naik. Dia terus berhenti dari pukul Aziz. 

“Mummy...... Sebenarnya.....” 

“Mummy tak nak dengar apa-apa pun alasan dari hang. Sampai hati hang tipu mummy, mummy bagi hang peluang tapi ini balasan yang mummy dapat. Hang janji dengan mummy kalau mummy ikut kehendak hang, hang setuju nak ikut kehendak mummy tapi hang mungkir janji. Mummy tunggu hang kat airport tapi hang tak  muncul pun. Awal-awal lagi ada niat nak tipu mummy kan? Mummy ni yang bodoh sebab percaya cakap hang.” Marah Datin Ida. Dia memang kecil hati sangat-sangat dengan perangai Aziz. Mengikut perjanjian mereka berdua, Aziz patut pulang ke Pulau Pinang bulan oktober tahun lepas, selepas itu Aziz tak lagi hubungi dia. Aziz hilang tanpa khabar berita. Tergamak Aziz buat dia begitu, ibu mana yang tak risaukan anak sendiri. Nasib baiklah, Diana tahu travel blog Aziz. Sedikit sebanyak, dia tahu pasal perkembangan Aziz. 

“Aziz minta maaf, mummy. Aziz tak bersedia lagi nak ambil alih company daddy. Mummy sendiri tahu Aziz tak minat langsung bab business ni.  Aziz....” 

“Mummy tak nak dengaq. Apa-apa pun hang kena ikut kehendak mummy. Minat atau tak hang kena tolong mummy kat company.” Tegas Datin Ida. Dia takkan bertolak ansur dengan anaknya lagi.

Wajah Aziz berubah sedih. Kenapa ibunya langsung tak memahami minatnya? Ibunya sering paksa dia ambil alih company walaupun berulangkali dia menyuarakan yang dia ada impian dia sendiri. Susah sangat ke ibunya nak menyokong kehendak dia?

“Diana!” Datin Ida bersuara.

Wanita berpakaian serba hitam itu dekati Datin Ida. 

“Semua yang auntie nak ada bag ni. Dompet! Phone! Passport! Camera! Laptop !Semua ada.” Kata Diana.Ditunjukkan bag hitam yang ada di tangannya.

“Diana simpan baik-baik.” Datin Ida tersenyum puas. Selepas ini Aziz takkan dapat lari dari dia lagi, dia akan perhatikan Aziz 24 jam. Nak jadi apa-apa pun selepas ini, jadilah.

Dahi Aziz berkerut apabila wanita itu memanggil ibunya auntie. Siapa dia? Rasanya dia belum pernah jumpa pun.

“Mummy! Dia ni sapa?” Aziz terus tunding jari ke arah Diana. “Mummy tahu tak, dia acu pistol kat kepala Aziz. Dia nak bunuh Aziz, mummy. Sejak bila mummy kawan dengan gangster ni?” 

Tiada reaksi dari Diana. Dia hanya diamkan diri dan merenung lelaki tinggi lampai dan berkulit sawo matang itu.

“Gangster? Apa hang merepek ni? Diana ni PA mummy. Pistol ni.....” Datin Ida terus ambil pistol dari tangan Diana. “Pistol ni pistol mainan budak-budak. Cuba hang tengok betul-betul.”  Datin Ida terus baling pistol mainan itu pada Aziz.

Pistol mainan itu kini berada di tangan Aziz.  Dia terus belek dengan teliti. Memang betul pistol mainan. Dia terus gigit bawah bibirnya menahan marah, rupa-rupanya dia ditipu. Kalaulah dia tahu, awal-awal dia berjaya loloskan diri. Pandangan Aziz berubah pada Diana. Dalam hatinya kini sedang sumpah seranah perempuan yang berdiri di sebelahnya ibunya.

“Awat? Hang ingat Diana ni takut kat hang bila hang renung dia macam tu? Jangan cari pasal dengan Diana! Silap-silap mata hang tu yang lebam nanti.” Kata Datin Ida diakhiri dengan ketawa.  Anak lelakinya masih belum tahu siapa Diana lagi.

“Mummy!” 

“Cepat kemas barang-barang hang, kita balik rumah.” 

“Macam ni, apa kata mummy bagi Aziz sehari saja round Pulau Aman ni. Bagi Aziz habiskan dulu kerja, takkan nak biar sekerat jalan jer. Sehari jer, please!” pujuk Aziz. Dia buat muka sedih.

“Lepas apa hang dah buat kat mummy, hang berani nak negotiate dengan mummy lagi.” Datin Ida bengang. Dia terus cubit lengan Aziz. 

“Kemas barang cepat!” jerit Datin Ida sekuat hati. Bergema chalet itu dengan suaranya.

“Okey! Okey! Dah bertahun-tahun, suara mummy still power lagi.” Aziz mengalah. Kalau dia degil, suara ibunya boleh dengar satu Pulau Aman. 

Datin Ida mengetap bibir seraya mata bagaikan helang perhatikan Aziz mengemas pakaian. Takkan sesaat dia akan biarkan Aziz terlepas dari pandangan mata.


DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...