Monday, February 10, 2020

Drama Rahsia Hati - RTM ( TV 1)



 Assalammualaikum .... Semua.

          Drama Rahsia Hati akan bermula siaran pada 16 Februari 2020 di saluran TV 1 pada hari Khamis sehingga Ahad pada pukul 7 malam.  Selamat menonton.......


Salam Sayang

Azimah Lily....

Thursday, February 6, 2020

Jujur Hatiku Untukmu Bab 15 ( LAST POST)


Bab 15

Dua minggu kemudian …..

            Fatini berjalan hampiri Fatihah dan Fawz yang sedang sarapan pagi di ruang makan.  Dia baru saja balik dari bilik Baiduri. Ditarik kerusi di meja makan . Punggung dilabuh perlahan.

            “Baiduri tak bangun lagi ke?”

            “Belum.” Fatini menjawab soalan Fawz.

            “Sejak balik sini, Baiduri nampak happy. Iyalah, kat KL asyik terperuk dalam hotel. Tak boleh nak gerak sesuka hati.” Kata Fatihah.

            “Itulah … Along rasa bersalah sangat-sangat. Hampir sebulan, masa Baiduri banyak nak dihabiskan dalam hotel saja.” Fatini mengeluh. Sebenarnya sebelum balik Malaysia, dia sudah rancang nak bawa Baiduri jalan-jalan di KL. Melawat KLCC ke? Menara Kuala Lumpur ke? Sunway Lagoon ke? Tapi semua tu terpaksa terkubur macam tu saja.

            “Apa boleh buat? Abang Alif tu kan tiga suku. Stalker gila! Tak habis-habis nak menyusahkan hidup Along. Bila la Abang Alif tu nak move on? Tiap kali fikir perangai Abang Alif tu, menyakitkan hati betul. Macam mana Along boleh tahan dengan perangai Abang Alif tu bertahun-tahun. Kalaulah Fatin kat tempat Along, dah lama boleh jadi gila.” Marah Fatihah bersungguh-sungguh. Dipandang ke arah kakaknya yang sentiasa nak tenang.

            “Along hanya mampu berdoa, Fatin. Along selalu berdoa yang satu hari nanti Alif akan berubah dan ada wanita yang mampu gantikan tempat Along di hati Alif.”  Kata Fatini. Selesai solat, Fatini sentiasa berdoa untuk Alif. Dia berharap sangat Alif terima kenyataan.

            “Tengok! Lepas apa Abang Alif dah buat , Along still baik lagi dengan Abang Alif tu. Kalaulah Fatihah, dah lama ….Fatihah doa yang Abang Alif cepat ma……”

            “Aaa…. Mulalah tu nak cakap yang bukan-bukan.”Terlebih dahulu Fawz mencelah.  Dia tahu apa yang ingin dicakap oleh kembarnya.

            Fatihah terdiam.

            “Sekarang ni kita tutup topik cakap pasal Abang Alif. Topi sekarang ni pasal Farid dan Dato’ Romzi! Dah dua minggu kita kat sini tapi sampai sekarang kita masa tak jumpa dengan mereka lagi. Tak rasa pelik ke?”

            “Dia dah start drama misteri dia ….” Fatihah geleng kepala. Fawz memang gemarkan drama misteri dan detektif. Sifat ingin tahu Fawz kadang-kadang tu buat orang rimas. Ada saja benda tak kena.

            “Fakta okey! Urusan kerja tu hanya alasan saja. Fawz yakin ada something tak kena ni.”

            “Mereka berdua tu kan kerja …”

            “ Masalahnya bila Along tanya pasal Anas …. Jawab Farid tetap sama. Biar Dato Romzi yang cerita, betul tak Along.”

            Fatini angguk kepala tanda setuju dengan kata-kata Fawz. Dia cuba ingin bercakap sekejap dengan Dato’ Romzi tetapi ada saja alasan yang diberikan oleh Farid dalam telefon. “Along pun rasa something wrong jugak.”

            “One more thing, Fawz dah check harga rumah ni. Mahal tahu tak? Kawasan rumah ni kawasan rumah orang kaya tahu tak? Mustahil bapa Baiduri beli rumah ini dengan hanya kerja sebagai manager hotel. Lagipun kos rumah di Zurich memang mahal. Lepas tu …..Along ada suruh Fawz hidupkan enjin kereta kan garaj kan?”

            “Tiga-tiga kereta dalam tu …. Semuanya kereta mewah! Dalam usia 27 tahun, mampu ke nak beli semua tu. Fawz rasa bapa Baiduri ni anak orang kaya la. Hanya anak orang kaya saja yang mampu nak beli semua ni …..” kata Fawz bersungguh-sungguh. Itu kesimpulan dari perhatian dia dalam masa dua minggu tinggal di sini.

            “Lepas tu lagi …Fawz ada masuk bilik ibu bapa Baiduri.” Anak matanya bertemu dengan anak mata Fatini. Pasti kalau Fatini dapat tahu dia curi masuk bilik ibu bapa Baiduri, pasti kakaknya marah.

            “What!”  Suara Fatini terus meninggi. Dia dah pesan pada Fatihah dan Fawz supaya tak masuk dalam bilik Anas dan Laila.

            “Sorry, Along tapi dengar dulu penjelasan Fawz dulu.”

            “Okey! Along dengar. Cerita lagi.”

            “Fawz masuk bilik mereka sebab nak cari kut-kut ada klu pasal Dato’ Romzi.”

            “Arwah Laila memang tak tahu langsung pasal keluarga Anas. Kalau ada klu dalam bilik tu, dah confirm arwah Laila dah jumpa.”

            “Macam mana nak jumpa kalau Anas bijak sorokkan barang!” Tiba-tiba Fawz tersenyum.

            “You must found something, right?” kata Fatihah.

            Fawz angguk kepala. Dikeluarkan sekeping gambar yang dijumpanya dalam bilik Anas dan Laila. Ditunjuk pada Fatini dan Fatihah. “ Fawz jumpa gambar ni kat ……cuba teka kat mana?”

            “Orang tak ada masa nak main teka teki sekarang ni. Beritahu jer la.”  Fatihah bengang.

            “Tak sabar betul!” Fawz buat mimic muka. “ Jumpa kat dalam mesin printer. Anas sorok gambar ni. Dia tahu pasti isterinya takkan peduli pasal mesin printer , betul tak?”

            “Printer? Ada ruang ke nak selit gambar ni?” Dahi Fatini sedikit bergerak.
            “Ada!” jawab Fawz. Bila dia melintasi mesin printer yang terletak di atas meja komputer, dia rasa ada sesuatu di situ. Dibelek mesin printer itu tetapi sebaik saja buka bahagian ink printer. Dia terkejut melihat sesuatu yang terlekat di tempat penutup ink printer itu.

            “Pandai betul kau cari. Respect! Respect! Kau memang berbakat jadi inspector polis! ” puji Fatihah seraya tepuk tangan.

            Hidung Fawz kembang kempis apabila dipuji seperti itu.

            “Tapi ini gambar  …..” Dahi Fatini sedikit berkerut  Dilihat tarikh yang tertera di dalam gambar itu.

            “Gambar ini diambil pada tahun 1995.”

            Fokus Fatini masih pada gambar dua orang budak lelaki itu.

            “Rasanya budak kecil ni Anas. Muka Baiduri iras macam Anas masa kecil dulu. Budak lelaki ni rasanya umur macam dalam 13 atau 14 tahun.  Abang Anas ke?”

            “Bukan abang dia! Arwah Laila cakap … Anas anak tunggal.”

            “Maybe cousin dia kot.” Fatin menyampuk.

            “Mungkin!”

            “Tapi gambar ni …. Kalau tak salah Along, mereka berdua ambil gambar kat rumah yang Along pergi cari Anas hari tu. Betul tak?”

            Fatihah dan Fatini mengamati gambar itu. “Yalah!” jawab mereka berdua serentak.

            “Jadi Anas memang pernah tinggal di rumah tu.”

            “Masalah sekarang ni, mana Anas ? Takkan dia dah lupa anak bini dia kat sini? Lepas tu kenapa bapa saudara dia tak tahu langsung pasal hal ini? Along tak rasa pelik ke? Kata keluarga tapi tak tahu apa langsung pasal life anak saudara kat sini. Betul tak?”

            Fatihah angguk kepala perlahan-lahan. Dia setuju benar dengan kata-kata kembarnya itu.

            “Maksud Fawz …….”

            “Ada banyak kebarangkalian Along tapi …..hal sebenar kita patut tanya pada Dato’ Romzi. Dia yang tahu semuanya. Apa yang kita perlu buat sekarang ini ….. kita mesti buat sesuatu supaya Dato’ Romzi muncul.”

            “Kau mesti dah ada plan kan?” Fatihah tersenyum penuh makna.

            Fawz membalas dengan senyuman.

            “Fawz nak Along buat apa?” tanya Fatini. Dalam diam, Fatini setuju dengan kata-kata adiknya. Dia memang nak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Anas sehingga Anas lupa pasal Laila dan Baiduri di sini.

                                                ******************************

            Romzi terkejut apabila pintu kereta dibuka secara tiba-tiba.

            “Farid! Terkejut aku.”  Pandangan Romzi tepat pada Farid yang sudah masuk dalam perut kereta.

            “Bos! Sampai bila bos nak jadi stalker ni? Hari-hari ada di sini perhatikan rumah Anas tu. Kakak dan abang bos dah mula tanya. Mereka rasa pelik dengan perangai bos.”

            “Farid! Aku kan cuti sebulan. Nanti kalau mereka call kau lagi, kau pass kat aku. Aku jawab sendiri.”

            Farid mengeluh. “Bos!”

            “Apa lagi?”

            “Dah dua minggu, bos! Kenapa bos tak nak jumpa Cik Fatini terus? Walhal bos dah ada kat depan rumah Anas pun. Hari-hari bos parking kereta kat sini.”

            “Aku nak tahu pasal Fatini tu.”

            “Kan semua info pasal Cik Fatini ada dalam report yang saya bagi kat bos hari tu. Semua lengkap. Cik Fatini tu baik orangnya. Elok saja Cik Fatini jaga Baiduri sampai sekarang.”

            “Ya, aku tahu. Tapi aku nak tengok dengan mata kepala sendiri, perangai Fatini tu macam mana.”

            “Bos! Saya tak nak bebel panjang-panjang. Bos kan dah besar.”

            “Tahu tak per ….”

            “Tapi bos … Cik Fatini mesti nak tahu pasal Anas. Tujuan Cik Fatini balik Zurich pun sebab Anas kan! Sampai bila bos nak buat Cik Fatini tertunggu-tunggu. Bos tak kasihan kat Baiduri ke? mereka patut tahu hal sebenar.”

            Romzi terdiam. Kata-kata Farid tadi buat Romzi berfikir.

            Suasana dalam kereta mewah itu sunyi sepi.
            Tiba-tiba bunyi mesej masuk datangnya dari telefon pintar Farid. Dia segera membacanya. Dahi sedikit berkerut.

            “Bos! Mesej dari Cik Fatini. Dia cakap dia tak dapat nak tunggu bos lagi. Dia kena balik Malaysia lusa ni.”

            “Apa!” Nada suara Romzi terus meninggi. Dia mula resah.

*********************************************************************************

Assalammualaikum semua,

Ada berita baik yang saya ingin kongsikan bersama anda semua.  Jujur Hatiku Untukmu akan diterbitkan tak lama lagi. Terima kasih kerana baca dan singgah di blog saya. Terima kasih banyak-banyak... 

Lots of love from - Azimah Lily

Wednesday, February 5, 2020

Jujur Hatiku Untukmu Bab 14


Bab 14

            Fatini memandang ke luar tingkap kapal terbang. Masih lagi gelap gelita. Dia tak rasa mengantuk langsung. Dipegang wajahnya perlahan-lahan. Masih terasa sakit di rahang. Dia teringat semula apa yang terjadi selepas dia keluar dari tandas. Dia tak sangka akan terserempak dengan Alif. Melihat pemakaian Alif yang lengkap memakai pakaian pilot, pasti Alif bertugas ke mana-mana. Kalaulah perempuan tu tak muncul, entah apa yang akan terjadi padanya. Fatini mengeluh kuat. Hal tadi langsung dia tak cerita pada adik-adiknya. Dia takut masalah bertambah besar lebih-lebih lagi dia masak sangat dengan perangai Fadlan. Pasti masa itu, Fadlan akan belasah Alif jugak.

            Baiduri bergerak secara tiba-tiba.

            Fatini menoleh. Dibetulkan selimut yang meliputi tubuh Baiduri. Lena betul Baiduri tidur. Pandangan beralih pula pada Fatihah dan Fawz yang begitu nyenyek tidur. Dia tersenyum lebar.

            Sekali lagi, Baiduri bergerak dan kemudian mengeliat. Mata masih terpejam rapat.

            Fatini mengusap rambut Baiduri perlahan-lahan. Lagi tiga jam, mereka akan tiba di Zurich. Dilihat wajah Baiduri begitu comel apabila tidur. Fatini mula rasa berat untuk lepaskan Baiduri pergi. Kalau boleh, dia nak jaga Baiduri selama-lamanya.  Apa boleh buat, diri dia memang layak. Anas bapa kandung Baiduri, jadi Anas saja yang layak jaga Baiduri.

Keluhan Fatini lebih kuat dari sebelum ini. Dipejamkan mata. Dia perlu jugak tidur sebelum tiba di Zurich.. Sebaik saja mata dipejam, wajah Alif muncul secara tiba-tiba. Dengan serta merta, kelopak mata dibuka. Dada dipegang. Denyutan jantung begitu laju sekali. Rasa takut terus ada. “ Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini untuk teruskan perjalanan hidup ini.” Doa Fatini dengan nada suara perlahan. Pandangan Fatini kini beralih ke arah tingkap kapal terbang.

                        **************************************

Nurin membaling bantal empat segi ke arah Hilman. “Macam mana you cari orang, hah? Satu job pun tak berjaya. Suruh culik budak perempuan umur 2 tahun, tak berjaya! Duit nak tapi satu kerja pun tak boleh buat.  Sekarang ni, mak dan budak perempuan tu dah hilang entah ke mana? Kerja senang macam tu pun, tak boleh buat! Arghhh…..” marah Nurin.

“Sayang! Jangan marah. I akan cari orang lain, okey! Tapi kenapa you yakin sangat mereka berdua tu isteri dan anak Anas?”

“You dengar kan apa Pak Kob cakap kan! Perempuan tu datang cari Anas. Siap tunjuk gambar lagi. Dua kali perempuan tu datang sini. Instinct I tak pernah salah. Lagipun , budak perempuan tu ada iras Anas masa kecil.” Kata Nurin. Dia mula rasa tak sedap hati.  Dia masih ingat gambar yang ditunjukkan oleh Dato’ Azad. 

“Kalau betullah, Anas dah kahwin …. Kenapa tak ada seorang pun tahu? Dato’ Romzi pun macam tak tahu ajer. Kenapa baru sekarang perempuan tu datang cari Anas?” tanya Hilman.

“Kalau I tahu, I takkan suruh orang siasat hal ini. Bengap betul you ni?” marah Nurin.

            “Sayang…. Jangan la marah. Tak cantik kalau you marah macam ni.” Pujuk Hilman. Dia dekati Nurin dan melabuhkan punggung di sebelah Nurin. Dicapai lembut tangan Nurin dan dicium beberapa kali.

            “Sayang…. I janji I akan cari orang lain. Lebih expert pasal hal ini, okey! I sanggup buat apa saja untuk you, sayang! Lagipun I takkan biarkan mereka berdua rosakkan rancangan you. Sampai lubang cacing , I sanggup cari mereka berdua. So sayang jangan marah lagi.  Tunggu berita baik dari I.”  Hilman kenyit mata ke arah wanita yang 10 tahun lebih tua darinya. Dicium tangan kanan Nurin sekali.

            Wajah Nurin yang ketat tadi bertukar manis. “Baiklah! I tunggu berita baik dari you, Hilman. I nak siap pergi kerja.” Nurin bangun. Diusap wajah Hilman sebelum berlalu pergi tinggalkan Hilman di ruang tamu.

            Semasa mendaki anak tangga, dahi Nurin berkerut. “ Sebelum Romzi tahu pasal mereka berdua ni, aku kena hapuskan mereka berdua dulu. Aku tak nak apa yang aku usahakan selama ini jadi sia-sia. Semua harta Dato’ Azad hanya untuk aku. Tiada siapa boleh rampas semua tu dari aku.” Nurin bertekad.

                                    ********************************

            Pintu rumah dibuka. Terlebih dahulu Baiduri berlari masuk ke dalam rumahnya. Dia menjerit gembira.

            “Amboi…. Seronoknya dia!” Fawz geleng kepala beberapa kali melihat telatah Baiduri. Dia melihat setiap sudut rumah itu. Dahi sedikit berkerut. Besarnya rumah ni. Dua tingkat lagi.

            “Ini rumah sewa ke ? Rumah sendiri?” tanya Fawz.

            “Ini rumah Anas.” Jawab Fatini. Dia membawa masuk bagnya ke dalam rumah.

            “Besar giler! Confirm Anas ni anak orang kaya. Tapi dia kerja apa?”

            “Kalau tak silap Along, manager hotel.” Fatini dekati tingkap dan menarik langsir agar cahaya matahari masuk ke dalam rumah itu.

            “Hotel nama apa?’ tanya Fawz lagi.

            “Hmmm… Tak tahu la.” Dahi Fatini berkerut. Macam mana dia boleh tak tanya pasal nama hotel Anas bekerja pada arwah Laila?  

            “Eee…. Kau ni agak-agaklah! Takkan semua pasal Anas, Along tahu. Tak payah nak berlagak sangat nak jadi detektif.” Fatihah menyampuk. Dia menolong kakaknya buka langsir di ruang tamu.

            “Aku tanya jer la….” Fawz jegil biji matanya pada Fatini.

            “Dah! Jangan bab kecik macam ni nak gaduh pulak. Malu tahu tak! Tu…Tengok ! Baiduri dah tersengih tengok korang berdua.” Fatini tersenyum. Baiduri seolah-olah perhatikan gelagat Fatihah dan Fawz.

            Fawz dan Fatihah serentak pandang ke arah Baiduri.

            “ Pelik betul budak ni! Suka sangat tengok orang!” Fawz cekak pinggang. Diperhatikan ke arah Baiduri yang masih tersenyum seraya memegang teddy bear kesayangannya.

            “Biasalah …. Kanak-kanak baya Baiduri ni sifat ingin tahu dia tersangat tinggi. Dia sudah mula faham. So nak cakap tu guna bahasa yang elok-elok sikit. Aaa… Nanti Baiduri ni ikut pulak.”

            “Lecehlah macam ni!” Fawz mengeluh.

            “ Lecehlah! Lecehlah!” Baiduri ikut cakap Fawz seraya melompat-lompat gembira.

            Fawz menepuk dahinya. Memang betullah Baiduri ikut cakap dia.

            Fatini dan Fatihah ketawa bersama-sama. Rasa lucu dengan telatah Baiduri.

            Mata Fatini terpandang ke arah nota kuning yang terletak di televisyen. Diambil nota kuning itu dan dibacanya.

            Cik Fatini, bos saya dah arahkan orang bersihkan rumah ini dan belikan barang-barang dapur sekali. Semua ada. Kalau ada barang dapur yang Cik Fatini nak pesan, mesej saja saya. Saya akan suruh orang belikan. Oh ya … kami tak dapat nak jumpa Cik Fatini dalam masa terdekat ini. Kami ada kerja di Austria beberapa hari. Selepas urusan kami di sana selesai, saya dan Dato’ Romzi akan segera pulang dan jumpa Cik Fatini. – Farid -

            “Nota apa, Along?” Fatihah dekati kakaknya. Dia turut sama membaca nota itu. “ Dah bersihkan! Senanglah kerja kita.  Tak payah nak kemas lagi. Hmmm… ada makanan kat dapur.” Kata Fatihah. Dia terus berlari laju ke dapur. Lagipun dia memang lapar.

            “Makanan!” Fawz mendengarnya. Dia turut sama bergerak laju ke dapur.

            Fatini ketawa dengan gelagat adik-adiknya.  Lebih lucu lagi apabila Baiduri turut sama ekori Fatihah dan Fawz ke dapur. Tanpa disedari, ketawa Fatini semakin kuat. Sekali lagi, Fatini lihat nota kuning itu. 

                                                **************************

            Farid berdiri melihat Romzi. “ Boss! Cik Fatini dah sampai Zurich. Tapi ….kenapa bos tak nak jumpa dia?”  tanya Farid. Dia hairan dengan perangai bosnya itu. Mula-mula hari tu, tak sabar-sabar nak jumpa Fatini. Sekarang ni,  tak nak jumpa pulak.

            “Belum tiba masanya lagi.” Jawab Romzi. Dipandang ke luar tingkap. Salji mula turun . Butiran-butiran putih itu mula membanjiri kota Zurich.

            “Bila masanya, bos?”

            Romzi menoleh. “Farid!”

            “Sorry, bos!” Farid tahu yang Romzi tak suka apabila keputusannya dipertikaikan. “ Hmmm… Masa bos mandi tadi, Puan Haya call, dia terkejut bila dapat tahu bos cuti sebulan. Dia risau. Dia ingat bos sakit.” Beritahu Farid tentang pesanan kakak tiri Romzi

            “Jadi kau cerita pasal Anas kat Haya?”
           
            “Tak bos. Pasal Anas kan, rahsia! Saya cakap yang bos nak berehat sekejap.”

            “Bagus! Aaa…. Aku nak keluar sekejap.” Romzi mula berjalan dan mencapai kot bajunya. Mafela terus dililit di lehernya.

            Farid terus ekori Romzi.

            Langkah Romzi terhenti. Dia menoleh ke belakang. “ Kau nak ke mana?”

            “Ikut bos la. Bos kan nak keluar.” Jawab Farid dengan wajah terpinga-pinga.

            “Tak payah ikut. Aku nak keluar seorang. Kau patut berehat. Kau pun cuti sebulan macam aku jugak.”

            “Tapi boss, takkan boss nak keluar seorang.”

            “Hish…. Aku dah besar. Dah nak masuk 38 tahun tahun ni… Dah, better kau masuk bilik kau. Berehat. Aku nak keluar sekejap.” Tegas Romzi. Dia terus pulas tombol pintu dan keluar dari biliknya.

            Farid mengeluh dan mencekak pinggang. “Ada-ada saja, bos aku ni!”

                                    ***************************************

            Hood Baiduri dibetulkan. Fatini takut kalau kepala Baiduri terkena salji yang mula turun. Dia bimbang kalau Baiduri demam. Lagipun cuaca di Zurich hari ini 3 darjah celcius. Tangan Fatini masih pegang tangan Baiduri. Kelihatan Baiduri nampak seronok melihat salji turun.

            “Salji! Salji!” jerit Fatihah seraya menadah tangan agar salji jatuh ke situ.

            “Macam budak-budak … Macamlah tak pernah tengok salji.  Hari tu kita pergi Seoul, kan ada salji jugak.”

            Fatihah lihat ke arah Fawz. “ Itu salji Seoul. Ini salji Zurich pulak. Apa la kau ni!”

            Bibir dijuih panjang. “Are we there yet?” tanya Fawz. Dia peluk tubuhnya. Dibetulkan cap yang dipakainya. Angin sejuk buatkan dia rasa nak balik rumah saja.

            “Dah nak dekat.” Jawab Fatini.

            “Kenapa tak nak naik kereta tadi?”

            “Grocery store tu dekat jer. Alaaa…. Sesekali jalan kaki takkan tak boleh kot.”

            “Along! Agak-agaklah nak jalan kaki pun. Sejuk kot. Sekarang ni kan winter. Tengok! Mana ada orang jalan macam kita pun. Semua orang duduk rumah. ” Bebel Fawz. Dia melihat sekeliling mereka. Tak ada sesiapa pun selain mereka berempat.

            “ Kita jalan tak sampai lima minit pun. Kau membebel macamlah kita dah jalan 1 kilometer.” Tegur Fatihah.

            “Sejuk tahu tak?” Fawz jeling pada Fatin.

            “Sudah! Jangan gaduh! Korang berdua nak ke Baiduri join sekali?” Fatini memberi isyarat. Dijuih bibir ke arah Baiduri yang melihat ke mereka berdua.

            Fatihah dan Fawz terus diam.

            Fatini geleng kepala. Mereka teruskan perjalanan mereka. Dia tersenyum melihat bangunan berwarna kuning di hadapan mereka. “ Dah sampai!” kata Fatini.

            Mereka berempat masuk ke grocery store dan mula mencari barang-barang yang ingin dibeli. Fatini keluarkan kertas yang mengandungi senarai barang yang tiada di rumah. Walaupun peti sejuk penuh dengan bahan-bahan nak masak tapi masih ada bahan-bahan yang tiada.

            Sebaik saja tiba di bahagian buah-buahan, Fatini tersenyum melihat buah pear kegemaran Baiduri ada di situ. Arwah Laila pernah cakap yang Baiduri gemar makan buah pear. Dia menoleh melihat Fatihah dan Fawz melayan kerenah Baiduri.

            Setelah selesai membuat pembayaran, mereka berempat keluar dari grocery store itu. Fatini cuba mencari dompetnya tetapi bag yang berisi buah-buahan terhempas jatuh ke lantai. Beberapa biji buah pear bergolek keluar.

            “Along!” Fatihah terkejut melihatnya.

            “My bad!” Fatini segera mengutip buah pear itu kerana bimbang jika mengganggu orang yang lalu lalang di situ. Dimasukkan segera ke dalam bag.

            Fatihah segera membantu kakaknya. Manakala Fawz memegang erat tangan Baiduri.

            Pandangan Fatini tertumpu ke arah buah pear yang terakhir. Tiba-tiba ada tangan terlebih dahulu mengambil buah pear itu. Fatini dekati lelaki itu. Dia cuba tersenyum. “Thank you.” Ucap Fatini. Dia cuba ambil buah pear itu tetapi lelaki yang berambut panjang dan berjambang itu terus gigit buah pear itu. Dikunyah perlahan-lahan. Dia terus kenyit mata pada Fatini sebelum berlalu pergi.

            Tubuh Fatini masih kaku. Dia masih terpinga-pinga dengan apa yang baru saja terjadi tadi.

            “Along! Are you okey?” tanya Fatihah. Dia turut sama lihat apa yang berlaku tadi.

            “I’m fine!” jawab Fatini.

            “Wah…. Sedap betul makan buah orang macam tu saja.” Fatihah mengetap bibir.

            “Homeless kot.” Fawz menyampuk. Iyalah …. Rambut panjang lebih tu berjambang pulak tu. Buah pear yang kotor lepas tu jatuh atas lantai pun, lelaki tu boleh makan macam tu saja.

            “Biarlah! Sebiji saja pun! Anggap sedekah jer. Jom balik! Makin sejuk pulak.” Ajak Fatini.  Dia memberi isyarat agar mereka berjalan dahulu. Sebelum mengorak langkah, Fatini menoleh ke belakang sekali lagi. Kelibat lelaki itu sudah tiada. Kenapa macam pernah nampak saja? Kat mana? Dahi sedikit berkerut. Berfikir!

            “Along! Cepat la!” jerit Fawz. Dia hairan apabila kakaknya masih tercegat di situ.

            “Ya! Ya!” jawab Fatini. Dia segera mengorak langkah laju mengejar mereka bertiga.

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...