Wednesday, December 22, 2010

Satu Dua Tiga 28

BAB 28

            “Oooo…Mak! Gempa bumi.” Alisa melatah.Dia terkejut apabila Alina meletakkan suratkhabar di atas meja dengan kasar.
            Aleya yang sedang membaca majalah juga terkejut dengan tindakan adik bongsu mereka. Terkebil-kebil mata Aleya melihat Alina yang sedang merenung mereka berdua.
            “Jangan Along dan Angah berpura-pura tak tahu apa yang berlaku. Acu tahu apa yang berlaku sekarang ini adalah kerja Along dan Angah.”
            “Apa bendanya yang Acu merepek awal-awal pagi ni? Bagi salam pun tidak, ini tiba-tiba saja sembur macam angsa, kenapa? Dah buang tabiat.” Kata Alisa.
            “Along! Angah!” jerit Alina geram.
            “Dah gila meroyan adik aku ni.” Alisa menggelengkan kepalanya beberapa kali.
Dahi Aleya berkerut bila Alina menjerit pada mereka berdua yang sedang duduk di ruang tamu.
            Alina mengambil suratkhabar itu dan menunjukkan kea rah mereka berdua tajuk utama bahagian hiburan di Harian Metro. “Bekas pelakon terkenal, Datin Kartika adalah isteri kedua?” Alina membaca dengan kuat. Alina mengetap giginya menahan geram.
            “So, what’s the problem?” Aleya bersuara.
            “Ini kerja Along dan Angah kan? Kenapa mesti keruhkan lagi keadaan. Masalah yang sedia ada pun masih belum selesai.” soal Alina dengan penuh yakin.
            “Cik Alina, ada bukti ke? Angah ada beberapa soalan untuk Acu. Pertama, Acu ada nampak kami berdua jumpa wartawan ke? Kedua, apa motif kami sebarkan perkara ini pada pihak media? Ketiga, di wajah kami ada tertulis ke yang semua ini kami yang mulakan? Cuba Acu jawab.” Soal Alisa dengan gaya seorang peguam.
            “ Tak payah tulis-tulis, bau pun dah tahu dah siapa punya kerja. Don’t forget that I’m part of your life’s, sis.” Alina tersengih. Nalurinya kuat mengatakan semua ini adalah kerja kakak kembarnya.
            “Tengok tu, Along! Jahat sangat ke kita berdua ni.” Alisa masih tidak mengaku.
            Aleya masih tenang dan tersenyum.
            “Kalau ibu tahu tentang perkara ini, mesti ibu marah. Nasib baiklah Acu yang baca suratkhabar ni dulu. Along ! Angah! Aduh, kenapa mesti kipas lagi api yang telah menyala?  Acu takut api itu akan menjadi lebih marak.” Alina meluahkan kebimbangannya. Dia takut Datin Kartika akan lebih membenci mereka sekeluarga. Dia takut apabila memikirkan apa tindakan Datin Kartika seterusnya terhadap dirinya sekeluarga.
            “Bagus! Biar api itu bakar dirinya sendiri.” Jawab Aleya.
            “Biar dia rentung. Itu lebih baik.” Alisa mencelah.
            “Jadi Along dan Angah mengaku yang semua ini kerja Along dan Angah.  ” tegas Alina. Memang sah ini semua kerja kakaknya.
            “Bila masa pulak kami mengaku? Tak baik menuduh orang tanpa bukti, berdosa tahu tak?” usik Alisa. Pasti Alina tengah bengang dengan mereka berdua.
            “Habis tu aibkan orang, bukan ke berdosa jugak.” Jawab Alina pula.
            Alisa membuat mimic muka. Bibirnya dimuncungkan. Amboi, sekarang Acu sudah pandai bercakap. Sejak balik ke Malaysia ni, asyik melawan cakap aku dan Along saja. Kalau dulu, hanya diam membisu seribu bahasa.
            Aleya ketawa melihat gelagat mereka berdua. Lucu!
            Serentak pandangan mereka dialihkan pada Aleya yang sedang ketawa.
            “It’s not funny.” Kata Alina hairan dengan kelakuan Aleya yang tiba-tiba ketawa.
            “Sejak Acu menjejakkan kaki di Malaysia, Along sedar perangai Acu sudah banyak berubah. Hmm..mesti ada sesuatu yang telah berlaku di sini kan?”
            “Betul tu, Along! Kebelakangan ni Acu kalau bercakap lebih dari Angah, ini dah melawan tauke nampaknya.”
            “Along rasa pasti ada seseorang yang telah memberi inspirasi pada Acu sehingga Acu berubah seperti ini.” Aleya tersenyum dan mengenyitkan matanya. Dia sengaja ingin mengusik adiknya.
            “Rasanya Angah tahu siapa. Dr Nazri kan!”
            “Kenapa pula tiba-tiba sebut
nama Dr.
Nazri? Perkara ini tiada kena-mengena dengan Dr. Nazri. Acu  tak pernah berubah. Sepertimana yang Angah pernah katakan, kita mesti jujur dan ikhlas dan yang penting ialah kita bercakap dari hati kita.” Ujar Alina. Kenapa pulak tiba-tiba cakap tentang Dr Nazri? Ini dah melencong namanya. “Along ni memang pandai ubah topic lain kan?”
            “Clever girl.” Aleya ketawa. Begitu juga dengan Alisa. Acu dah terkena.
            “Tentang Datin Kartika! Acu nak Along dan Angah tarik balik kenyataan itu. Acu tak nak ibu tahu tentang perkara ini. Kalau ibu baca suratkhabar ini pasti ibu akan rasa bersalah dan anggap semua yang terjadi berpunca dari ibu.”
            “Siapa kata ibu akan baca suratkhabar hari ini?” Alisa tersengih sehingga menampakkan barisan gigi yang teratur.
            “Along! Angah! Acu!”
            Mereka bertiga terkejut bila nama mereka dipanggil. Mata mereka tepat melirik kea rah bilik  ibu mereka.Suara itu datangnya dari arah bilik ibu. Simbol pintu bilik itu dipulas. Alisa segera mengambil suratkhabar di tangan Alina dan pantas meletakkan suratkhabar itu di bawah punggungnya. Alina tergamam dengan tindakkan Alisa. Alisa memberi isyarat supaya Alina tidak berkata apa-apa.
            Munirah keluar dari biliknya dan tersenyum melihat ketiga-tiga anaknya berada di ruang tamu. “Awalnya anak-anak ibu bangun hari ini. Hmm…jom kita makan sarapan sama-sama. Aaa…suratkhabar dah sampai ke belum?” soal Munirah. Setiap pagi sudah menjadi kebiasaannya untuk membaca suratkhabar. Baginya, pengetahuan itu penting.
            Alina melirik matanya pada Alisa. Sekarang ni ibu bertanya pasal suratkhabar, nak jawab apa?
            “Belum sampai lagi, ibu.. Mungkin ada masalah teknikal kot.” Jawab Aleya. Dia mula panic bila ibu bertanya.
            “Hmm..peliknya. Selalunya time macam ni dah sampai. Tak apalah, nanti kalau dah sampai beritahu ibu ye. Jom kita makan.” Ajak Munirah yang tidak mengesyaki apa-apa. Alina menggelengkan kepalanya. Kakak aku ni kuat penipu. Apa nak jadi ?
            Alisa membuat mimic muka pada Alina yang sedang merenung mereka berdua. Pasti Acu tengah bengang sekarang ini. Alisa menoleh ke arah Aleya yang tersenyum. Pasti Along tengah membayangkan bagaimana reaksi Datin Kartika sebaik saja membaca artikel ini. Kan bagus kalau aku dapat tengok. Ini baru fasa pertama.
            “Assalamualaikum.” Tiba-tiba ada orang memberi salam.
            ‘Siapa yang datang pagi-pagi ni?” Alisa hairan.
            “Acu, cuba pergi tengok siapa yang datang tu!” Munirah bersuara.
            “Baik, ibu!” Segera langkahnya diatur menuju ke pintu. Alina tersenyum melihat kelibat lelaki yang sedang menghampirinya. “Abang Is, ibu!”
            “Along! Kenapa la alien tu kerap sangat datang ke rumah ke? Dia ni ada masalah ke? Dia ingat rumah kita ni pusat kebajikan ke? Makan free.” Alisa berpaling ke arah Aleya. Wajahnya berubah. Aleya mula berasa tidak sedap hati.

                                    *********************************

            “Tengku, saya  telah develop hotel Tengku menggunakan perisian 3D Max supaya Tengku dapat melihat bangunan ini dengan lebih jelas. “ jelas Aleya menunjukkan bangunan hotel yang telah siap dibina menggunakan perisian 3D Max. Semalaman dia tidak tidur hanya kerana ingin menyiapkan projek ini. “Untuk bahagian lobby hotel pula, saya ….”
            “Sekarang ini saya sudah faham kenapa awak tergesa-gesa siapkan projek ini. Awak takut rahsia awak akan terbongkar kan! Awak seorang yang pentingkan diri sendiri. Awak tak fikir ke perasaan ayah awak? Dia berhak tahu tentang anaknya.” Iskandar tiba-tiba mencelah.
            Pandangan Aleya dialihkan pada Iskandar yang duduk di sebelahnya. “Tengku, itu hal keluarga saya. Tengku tak perlu masuk campur. Sekarang ini kita tengah bincang tentang projek Tengku so jangan campur-adukkan hal kerja dan peribadi. Shall we?” tegas Aleya. Dia cukup tidak suka apabila ada orang cuba mencampuri urusan peribadinya
            “Awak pengecut! Awak tidak berani berhadapan dengan kenyataan. Awak fikir dengan melarikan diri dari masalah awak akan selesai. No! It’s getting worse.”
            “Kenyataan apa! Kenyataan bahawa kami mempunyai seorang ayah yang tidak bertanggungjawab dan seorang suami yang menganggap isterinya tidak ubah seperti orang gaji. Tengku ingat lelaki itu layak ke menjadi ayah kami. Tidak! Selama 25 tahun, kami membesar tanpa kasih sayang ! Tengku ingat kami perlu ke terima dia dalam kehidupan kami. No way! Dia telah halau ibu jadi kenapa pulak kami perlu terima dia menjadi sebahagian dari kami.”
            “Setiap orang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Mereka berhak diberi peluang kedua. Memaafkan orang lain adalah perbuatan yang mulia malah beban yang tersimpan di hati akan hilang jika kita memaafkan perbuatan mereka.” Nasihat Iskandar. Aleya bukanlah seorang yang pemaaf seperti Auntie Munirah dan Alina. Hatinya keras.
            Aleya menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Bagi Tengku, semua ini adalah perkara mudah. Forgive and forget! Hmm…itu bukan style saya. Saya bukan hipokrit. Apa yang dia pernah lakukan pada ibu? Kami takkan  lupa. Dia sudah ada keluarga sendiri. Datin Kartika adalah wanita pilihan dia. Wanita yang amat disayangi dan dipuja. Wanita yang sempurna di matanya malah setaraf dengannya. Kenapa? Kenapa dia ingin kembali pada ibu? Dia tidak malu ke dengan perbuatan yang telah dia lakukan pada ibu selama ini? Benda yang dia sudah ludah, kenapa dia nak jilat kembali!”
            “Ya! Ya, saya akui perbuatan Uncle Kadir pada Auntie Munirah memang telah melampaui batas tetapi itu dulu. Sekarang Uncle Kadir sudah menyesal di atas perbuatannya dan dia ingin menebus kembali kesilapannya. Berilah peluang untuk Uncle Kadir menjadi ayah dan suami yang bertanggungjawab. Berilah peluang pada ibu awak untuk merasai kasih sayang seorang suami. Takkan awak tak mahu ibu awak bahagia.” Pinta Iskandar.
            Aleya ketawa mendengar kata-kata Iskandar. Maklumlah dia baik dengan lelaki itu pasti dia akan menyebelahi lelaki itu. “Bahagia! Tengku faham ke dengan istilah bahagia tu. Saya rasa playboy seperti Tengku hanya tahu bercakap sahaja. Tengku tahu tak apa yang telah lelaki itu lakukan pada ibu? Sehingga sekarang ibu saya mengalami achluophobia akibat perbuatan yang telah lelaki itu lakukan terhadap ibu.” Aleya sudah mula geram.
            “Achluophobia” Iskandar terkejut.
            “Takut pada kegelapan. Ibu pernah dikurung selama 2 minggu di dalam bilik yang sempit dan gelap. Tidak diberi makan dan minum. Ini kerana menziarahi kubur arwah atuk di Johor tanpa kebenaran lelaki itu. Salah ke ibu menziarahi kubur ayahnya sendiri. Salah ke, hah! Sehingga sekarang ibu takut pada kegelapan, ini disebabkan oleh lelaki itu. Walaupun ibu telah maafkan lelaki itu tetapi saya tahu ibu takkan lupa walau sedetik pun perbuatan lelaki itu padanya. Awak fikir saya akan benarkan ibu merana lagi ke? Tidak! Untuk pengetahuan Tengku, saya akan benarkan ibu saya kahwin dengan sesiapa pun kecuali lelaki itu sebab dia tak layak! Tak layak, Tengku faham tak!” jerit Aleya. Lelaki itu direnungnya.
            Iskandar tergamam.
            “Satu lagi untuk pengetahuan Tengku, saya sudah buat keputusan. Tengku carilah Arkitek lain untuk projek hotel Tengku di Langkawi. Kalau Tengku nak saman saya, go ahead. I don’t care. Saya akan tunggu surat saman dari Tengku.” Aleya terus bangun. Dia sudah malas bertekak dengan lelaki ini. Jika diikutkan hati, dah lama lelaki ini dibelasahnya.
            Tangan kanan Aleya dipegang oleh Iskandar secara tiba-tiba. “Awak fikir saya akan lepaskan awak begitu saja ke, Aleya.” ISkandar merenung Aleya.
            Dengan sekuat tenaga yang ada Aleya menarik tangannya dari genggaman Iskandar, sebaik saja tangan kanannya dilepaskan. Satu tumbukan hinggap di mata Iskandar. Iskandar tersandar di sofa. Matanya sakit akibat tumbukan Aleya.
            “Tengku ingat saya takut pada Tengku ke? Ini Aleya. Saya beri amaran pada Tengku sekali lagi, jangan campur tangan dalam urusan keluarga saya lagi. Faham!” marah Aleya. Dia terus berlalu meninggalkan Iskandar yang masih kaku.
            Alisa menepuk tangannya beberapa kali. Langkahnya diatur kemas mendekati Iskandar. Sejak dari tadi dia memerhati gerak-geri lelaki itu dari jauh. Tindakan Along memang tepat. Dari dulu lagi alien ni kena ajar, asyik sebelahkan lelaki tu saja. “Kasihan! Sakit ke?” ejek Alisa.
            Iskandar merenung tepat pada wanita yang berbaju biru itu. Pasti ini Alisa.
Aduh, sakit betul! Tangan besi ke Si Aleya ni.
            “Lain kali jangan cuba busybody . Ini baru sikit. Sepatutnya Along tumbuk kat pipi awak. Biar bertabur gigi awak tu kan senang. Tak payah bercakap lagi.” Alisa ketawa kuat dan terus meninggalkan Iskandar.
            “Mereka berdua ni memang dah gila! Gila. Ouch! Lebam ke mata aku ni!” Iskandar mengusap tempat yang sakit akibat tumbukan Aleya. Macam mana aku nak jumpa Zura malam ni? Rosak plan aku nak dating dengan Zura.
           
           
           

                                    ***********************************

            Kartika membaling suratkhabar itu ke arah suaminya. Kadir terkejut. Dr. Nazri dan Zahari yang berada di situ turut sama terkejut dengan tindakan Kartika.
            “Abang, tengok apa yang abang dah buat? Tika tahu ini semua mesti kerja abang kan! Abang sanggup jatuhkan air muka Tika semata-mata kerana isteri kesayangan abang tu kan! Abang memang lelaki yang tak kenang budi.” Jerit Kartika. Kehadiran Dr. Nazri dan Zahari tidak dipedulikannya. Dia terkejut apabila membaca artikel mengenainya di suratkhabar hari ini. Sejak dari pagi tadi, telefon bimbitnya asyik berbunyi. Pasti panggilan dari kawannya atau wartawan. Mana aku sorok muka aku ni? Pasti seluruh rakyat Malaysia tahu aku adalah isteri kedua.
            “Hey! Tika, apa halnya ni! Menjerit seperti orang hilang akal. Kau tak malu ke dengan budak-budak ni.” Kadir melihat pada Zahari dan Dr.Nazri yang tergamam.
            “Tika, tak peduli. Abang sanggup beritahu pihak media tentang status Tika sebenarnya kerana perempuan kampung tu. Abang sedar tak siapa yang menemani abang selama 25 tahun ini! Tika, abang! Tika! Sekarang semua orang tahu yang Tika ni isteri kedua abang! Abang memang kejam.” Air matanya tidak berhenti mengalir. Sakit hatinya diperlakukan sebegitu. Aku ada maruah diri jugak.
            Dahi Kadir berkerut. Apa halnya ni? Aku tak faham satu pun apa yang dikatakan oleh Kartika ni.
            “Uncle Kadir! Cuba Uncle tengok ni.” Zahari menunjukkan tajuk di halaman hiburan pada suratkhabar yang dibaling oleh Datin Kartika sebentar tadi. Dr. Nazri terkejut.
            Bulat mata Kadir apabila membaca suratkhabar itu. Pantas Kadir merampas suratkhabar itu dari tangan Zahari.
            “Sekarang ini abang masih tidak mengaku lagi ke?” jerkah Kartika. Air mata yang mengalir dikesatnya dengan kasar.
            “Aku tak tahu menahu tentang perkara ini, Kartika.” Kadir merenung tepat pada Kartika yang sedang merenung dirinya. Bagaimana perkara ini boleh diketahui oleh pihak media.
            “Abang jangan berlakon di hadapan Tika. Kalau bukan abang, siapa? Tika takkan biarkan perkara ini begitu saja. Abang telah malukan Tika. Tika akan pastikan abang dan perempuan kampung tu merana. Abang dengar tak?”
            “Auntie! Jangan menuduh tanpa bukti.” Zahari bersuara. Auntie Kartika terlalu ikutkan hati, aku yakin perkara ini tiada kena mengena dengan Uncle Kadir.
            “Kau diam, Zahari. Ini urusan orang tua, kau jangan menyampuk. Baiklah, kalau abang ingin sangat bersama perempuan kampung, silakan. Tetapi abang perlu ingat, siapa Kartika!” Kartika mengetap bibirnya dan jari telunjuknya dihalakan pada suaminya yang sedang duduk di atas katil. Aku akan cari Munirah dan anaknya sehingga ke lubang cacing. Aku takkan biarkan mereka terlepas. Tahulah macam mana aku nak ajar mereka berdua. Kartika sudah bertekad. Aku akan hancurkan hidup Munirah dan anaknya.  Kartika terus keluar dan pintu bilik itu ditutup dengan kuat.  
            “Masalah besar ni, Uncle Kadir.” Dr. Nazri bersuara. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatalnya. Nampaknya Auntie Kartika sudah isytiharkan perang dengan Uncle Kadir.
            Kadir mengeluh. Dadanya tiba-tiba berasa sakit.
            “Uncle, relaks! Lapangkan fikiran.” Dr. Nazri mula bimbang. Dia takut jika Uncle Kadir diserang sakit jantung lagi. Tekanan tidak elok untuk pesakit jantung.
            “I’m ok!” Kadir cuba tersenyum. Kata-kata Kartika sebentar tadi merungsingkan fikirannya.
            “Assalamualaikum!” ucap Iskandar apabila masuk ke bilik itu. “Kenapa dengan Auntie Kartika? Muka masam macam cuka.” Kata Iskandar. Dia terserempak Auntie Kartika sewaktu dalam perjalanan menuju ke bilik Uncle Kadir. Dia cuba tegur Auntie Kartika tetapi tiada reaksi. Auntie Kartika buat tidak tahu sahaja.
            “Kenapa dengam mata kau, Is? Lebam! Kau bergaduh dengan siapa?” Dr. Nazri terkejut melihat mata kanan Iskandar yang lebam.
            “Kali ini girlfriend siapa pulak yang kau kacau?” Zahari tersengih.Dia kenal sangat dengan sifat playboy teman sepermainannya itu.
            “Long story!” Iskandar terus mendekati Uncle Kadir dan bersalaman dengan Uncle Kadir. “Uncle sihat?”
            “Alhamdulilah! Semakin sihat. Siapa yang tumbuk Is ni? Is tak buat report polis ke?” soal Uncle Kadir.
            “Sikit saja, Uncle. Hmm….apa halnya Auntie Kartika datang jumpa Uncle? Selama ini tak pernah pun dia jenguk Uncle di sini, tiba-tiba pulak dia datang jumpa Uncle ni mesti ada sebab.”
            “Kau baca ni.” Dr. Nazri menghulurkan suratkhabar itu pada Iskandar.
            Iskandar membaca artikal itu. Iskandar tergamam. “Siapa yang sebarkan perkara ini?”
            “Itu kami tak tahu. Yang pasti, Auntie Kartika tuduh Uncle Kadir yang buat semua ini.” Ujar Zahari. Dia rasakan ada sesuatu yang tak kena.
            “Pelik!”
            “Tadi Zahari cakap ada hal ni beritahu Uncle!” tiba-tiba Kadir teringat tujuan Zahari ingin berjumpa pagi ini.
            “Semalam Uncle call Zahari untuk siasat tentang kehidupan Auntie Munirah dan Alina selama 25 tahun mereka tinggal di London kan! Sebenarnya Zahari sudah suruh orang Zahari siasat tentang mereka.” Beritahu Zahari. Hari ini Uncle Kadir perlu tahu tentang Aleya dan Alisa. Uncle Kadir berhak tahu kebenarannya.
            Iskandar terkejut. Pasti Zahari sudah tahu tentang Aleya dan Alisa. “Zahari, kau sudah tahu tentang Aleya dan Alisa ke?” Iskandar mencelah.
            Zahari terkejut dengan pertanyaan Iskandar. “Macam mana kau tahu tentang mereka, Is?”
            “Panjang ceritanya Zahari!”
            “Zahari! Is! Apa yang kau berdua cakap ni?” Dr. Nazri hairan. 
            “Siapa Aleya dan Alisa?” soal Kadir.
            “Anak Uncle!” jawab Iskandar.
            “Apa!” Terbeliak mata Kadir apabila mendengar jawapan Iskandar.
            “Aleya dan Alisa adalah kakak Alina. Mereka kembar tiga.” Jelas Zahari.
            “Kau jangan buat lawak, Zahari! Mustahil.” Dr. Nazri tidak percaya.
            “Kau pernah beritahu aku yang kau berasa pelik dengan sikap Alina yang sering berubah kebelakangan ini kan! Untuk pengetahuan kau, selama ini kau sebenarnya berjumpa dengan Aleya atau Alisa. Mereka kembar seiras.Aku pun tidak dapat bezakan mereka bertiga”  Iskandar mengingatkan kembali persoalan Nazri tentang Alina tempoh hari.
            “Kalau Uncle tak percaya, ini salinan sijil kelahiran mereka bertiga!” Zahari memberi beberapa keeping kertas pada Uncle Kadir yang masih lagi terkejut.
            Tangan Kadir terketar-ketar membaca salinan sijil kelahiran yang diberikan oleh Zahari. “Nur Aleya lahir  pada pukul 3.05 pagi, Nur Alisa lahir pada pukul 3.07 pagi dan Nur Alina lahir pada pukul 3.10pagi.” Air mata Kadir mengalir tanpa disedari. Dia tidak menjangka bahawa dirinya sebenarnya mempunyai 3 orang puteri. Inilah anugerah yang tidak ternilai baginya.
            Iskandar, Zahari dan Dr. Nazri tersenyum melihat reaksi Uncle Kadir.
            “Tapi kenapa Munirah rahsiakan perkara ini? Kenapa Munirah hanya memperkenalkan Alina pada Uncle? Uncle tak faham.”
            “Mungkin Auntie Munirah takut kesihatan Uncle terjejas .Sebenarnya Uncle, Aleya dan Alisa tidak seperti Alina. Mereka lain sikit.” Dahi Iskandar berkerut. Sukar untuk dirinya memberitahu Uncle Kadir bahawa Aleya dan Alisa tidak mengaku Uncle Kadir adalah ayah kandung mereka.
            “Maksud Is?” Kadir hairan.
            “Mereka ada isu.”
            “Isu!” Dr. Nazri terkejut.
            “Maksud Is, mereka bencikan Uncle ke?” Kadir teringat kembali layanan Alina kebelakangan ini terhadapnya, berbeza dengan Alina yang datang melawatnya 4 hari yang lalu. Tindak-tanduk mereka berbeza. Perasaan bersalah mula terbit di hati Kadir. Memang patut pun aku dibenci oleh Aleya dan Alisa. Selama ini aku telah mengabaikan mereka bertiga dan Munirah. Aku telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Semua ini salah aku!
            “Uncle, jangan fikirkan sangat. Uncle belum lagi sihat 100% lagi.” Zahari memegang lembut bahu Uncle Kadir. Dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh Uncle Kadir sekarang.
            “Uncle takkan salahkan Aleya dan Alisa jika mereka berdua membenci Uncle. Mereka berhak untuk membenci Uncle. Uncle bukan ayah dan suami yang baik. Mereka membesar tanpa kehadiran seorang ayah. Jika Uncle tak halau Auntie Munirah pada waktu itu, pasti kami hidup bahagia bersama Aleya, Alisa dan Alina. Uncle tak dapat bayangkan macam mana Munirah membesarkan ketiga-tiga orang anaknya di negara orang. Segala kesusahan semasa membesarkan anak-anaknya ditanggung sendirian.” Kadir mengelengkan kepalanya beberapa kali. Keluhan berat dilepaskan. Munirah seorang yang tabah. Kenapa aku tak menghargai dirinya? Kenapa aku terlalu mementingkan ego aku pada waktu itu?
            “Uncle, perkara sudah berlaku jangan dikenang lagi! Yang penting sekarang ini adalah Uncle perlu pandang ke hadapan dan jangan menoleh lagi. Uncle ada masa lagi untuk meminta maaf dan memperbaiki kesilapan Uncle selama ini. Apa yang perlu Uncle lakukan ialah tunjukkan keikhlasan Uncle terhadap Auntie Munirah, Alina, Aleya dan Alisa. Saya yakin mereka akan memaafkan Uncle.” Dr. Nazri tersenyum.
            Iskandar berdehem beberapa kali. Nazri, kau belum jumpa Aleya dan Alisa lagi. Jika kau sudah berjumpa mereka berdua, aku pasti kau takkan cakap macam tu pada Uncle Kadir. Seorang macam singa dan seorang lagi macam burung murai.
            Dr. Nazri dan Kadir berpaling ke arah Iskandar.
            Iskandar hanya mampu tersenyum. “Eh, Zahari! Macam mana kau boleh tahu pasal Aleya dan Alisa?”
            “Rupa-rupanya adik aku, Tina kawan baik Alisa. Mereka belajar law di university yang sama di London. Kau pula, macam mana tahu tentang mereka?” giliran Zahari pula ingin tahu.
            Iskandar melepaskan keluhannya lagi. “Aleya adalah arkitek import yang aku cakapkan selama ini.”
            ‘Apa!” Kadir terkejut.
            “Nur Aleya Kadir. Hmmm….Barulah Is faham selama ini, kenapa selama ini Aleya enggan menerima tawaran syarikat kita. Is rasa Aleya tiba-tiba bersetuju menerima projek kita disebabkan oleh Auntie Munirah dan Alina  Dia bimbang dengan keselamatan Auntie Munirah dan Alisa sebab itulah dia pulang ke Malaysia.”
            “Jadi Aleya seorang arkitek manakala Alisa pula seorang peguam.” Dr. Nazri tepat melihat ke arah Iskandar yang menganggukkan kepalanya apabila mendengar kata-kata Dr. Nazri.
            “Honestly, Aleya and Alisa are different. Mata aku yang lembam ini!” Iskandar menunjukkan mata kanannya yang lebam. “Aleya yang tumbuk aku.” Terang Iskandar.
            Mereka bertiga terpana apabila mendengar pengakuan Iskandar. Rasanya aku tak perlu jelaskan sebabnya
            “Oleh itu, Uncle perlu kuat dan bersemangat gentar. Perjuangan Uncle kali ini tidak mudah. Aleya dan Alisa seperti tembok besar yang akan menghalang Uncle dari memasuki dunia mereka. Uncle perlu dapatkan kembali kepercayaan mereka terhadap Uncle. Yang penting sekarang ini, Uncle perlu jaga kesihatan. Is janji Is akan tolong Uncle.” Iskandar tersenyum. Dia sudah ada rancangan. Tak sabar rasanya untuk melihat reaksi Aleya dan Alisa.
            Kadir hanya mengganggukan kepalanya sebagai tanda setuju.
            “Kami juga akan tolong, Uncle! Betul tak, Nazri?”
            “Betul, Uncle! Kami akan tolong Uncle dapatkan kembali keluarga Uncle.” Dr. Nazri tersenyum.

Tuesday, December 14, 2010

Satu Dua Tiga 27

BAB 27

            Iskandar tersenyum sebaik saja melangkah masuk ke dapur. Jam baru menunjukkan pukul 6.45 pagi. Awal betul bangun! Pasti Alina. She’s look nice . “Good morning, Lina!” tegur Iskandar terus menarik kerusi di dapur dan duduk. Minuman pagi sudah tersedia.
            Wanita yang sedang asyik memasak bihun goreng menoleh ke arah Iskandar yang tersenyum. Tiada apa-apa reaksi darinya. Wajahnya serius
            Dahi Iskandar berkerut. Aku salah cakap ke atau aku salah orang?
            “Along! Tak tidur ke semalam?” soal Alina apabila kakinya mencecah ke dapur. Selepas selesai sembahyang subuh, dia terus datang ke dapur untuk menolong kakaknya menyediakan sarapan pagi.“Awal Abang Is bangun.” Tegur Alina.
            “Lina!” Iskandar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kalau yang ini Alina, abis tu siapa yang sedang memasak sekarang ni? Pening aku macam ni.
            “Ya, Abang Is! Kenapa?” soal Alina hairan. Iskandar seolah-olah kelihatan kebingungan.
            “Lina, yang tengah memasak tu siapa?” suara Iskandar separuh berbisik.
            “Oooo….Along! Maksud Lina, Aleya!”
            Iskandar tersengih. “Kamu bertiga seiras, jadi Abang Is tak dapat bezakan. Hmm…seorang lagi?”
            “Angah ke? Nama Angah ialah Alisa. Abang Is jangan ambil hati dengan sikap Angah. Hatinya baik cuma mulut dia saja yang berbisa sedikit.” Alina menuangkan teko yang berisi air teh ke dalam cawan yang berada di hadapan Iskandar.
            Iskandar tersenyum
            “Awalnya alien ni bangun.” Alisa melangkah menuju ke almari dapur. Pinggan kosong dikeluarkan.
            “Angah! Tak baik panggil Abang Is macam tu.” Alina menegur kakaknya.
            “Acu, Angah hairan kenapa Acu baik sangat dengan alien ni ? Hakikatnya, kita baru saja kenal alien ni. Acu ni terlalu lurus sangat. Am I right, sis?” Alisa menoleh kea rah Aleya yang sedang memasak. Aleya hanya tersenyum hambar. Tangannya masih ligat memasukkan bahan-bahan untuk menggoreng bihun goreng.
            “Along! Angah! Abang Is bukannya orang lain. Dia saudara kita. Sepupu kita juga. Abang Iskandar anak auntie Maria.”
            Iskandar terkejut. Sepupu? Bila masa mereka bertiga ni sepupu aku? Aku tak tahu apa-apa pun. Selama ini, aku tak ada sepupu pun. Iskandar berasa pelik.
            Alisa meletakkan beberapa pinggan kosong yang diambilnya tadi di atas meja makan dengan kasar. Matanya tepat merenung adiknya. “Alien ni hanya anak tiri Auntie Maria. Dia tiada apa-apa pertalian darah dengan kita. Dia hanya orang luar.”
            “Walaupun Abang Is tiada pertalian darah dengan kita namun Auntie Maria sayangkan Abang Is seperti anaknya sendiri.  Auntie Maria sepupu abah. Abang Is tetap sepupu kita.” Tegas Alina.
            Iskandar tergamam seketika mendengar kata-kata Alina. Ayah mereka sepupu Umi? Setahu aku sepupu Umi hanya Uncle Kadir dan Uncle Kadir tiada anak kecuali ….Mata Iskandar tiba-tiba menjadi bulat. Dia melihat ke arah Alina dan Alisa.
            “Dia tetap tiada kaitan dengan kita.” Alisa meninggikan suaranyaa. Alisa sakit hati bila Alina menyebelahi orang luar.
            Ada!” Alina masih bertegas.
            Mereka bertiga terkejut bila terdengar bunyi sudip dihentak kuat pada kuali. Aleya sedang merenung tajam ke arah mereka bertiga. Awal-awal pagi dah mula bertekak! “Jangan bertengkar di hadapan rezeki.” Aleya mengetap bibirnya. Sakit telinganya mendengar kedua-dua orang adiknya bergaduh disebabkan Iskandar.
            “Mana ada kami bergaduh.” Jawab Alisa dan Alina serentak. Mereka berdua terus menarik kerusi dan duduk. Pandangan mereka dialihkan ke arah lain. Aleya hanya mengeluh.
            Iskandar hanya memerhati. Mereka bertiga ni, buat aku pening kepala. Personaliti mereka benar-benar berbeza. Iskandar melihat ke arah Aleya yang sedang meletakkan bihun goreng yang telah dimasaknya ke dalam pinggan besar. Pandangannya dialihkan pula ke arah Alisa dan Alina. Memang sah, mereka bertiga anak Uncle Kadir. Mata mereka yang berwarna coklat itu telah menunjukkan bahawa mereka adalah anak kandung Uncle Kadir tetapi kenapa Uncle Kadir hanya menyebut tentang  Dr. Alina? Zahari pernah beritahu aku bahawa hanya Dr. Alina anak Uncle Kadir  namun hakikatnya Alina mempunyai kakak kembar.
            “Sekarang ini Lina berkerja di mana?” soal Iskandar secara tiba-tiba.
            “Lina bekerja sebagai doctor di London. Sekarang ni Lina minta cuti selama sebulan.” Jawab Alina.
            “Ooo…Dr. Alina ye!” kata Iskandar. Inilah wanita pujaan Nazri. Dia sudah banyak kali mendengar cerita tentang Dr. Alina dari Nazri. Sekarang ini aku masih tidak faham kenapa hanya Lina saja yang diperkenalkan kepada Uncle Kadir.
            “Makan!” kata Aleya dengan kasar.
            Lamunan Iskandar terganggu bila mendengar suara Aleya.
            “Along cakap elok-elok! Iskandar tetamu kita. Tak elok layan tetamu seperti itu.” Tegur Munirah.
            Aleya hanya mendiamkan diri apabila dirinya ditegur oleh ibunya. Kerusi ditarik dan Aleya terus duduk.
            Iskandar terus bangun. “Mak Cik Munirah, jemput duduk. Kita breakfast sama-sama.” Kata Iskandar menarik kerusi di sebelahnya.
            Munirah tersenyum. “Terima kasih, Is.” Tongkat yang berada ditangannya diletakkan di tepi meja. Budi pekerti anak Maria ni.
            Aleya memerhati gelagat Iskandar. Nampaknya Iskandar dah tahu tentang aku sekeluarga. Semalam aku tak beritahu pun nama ibu pada Iskandar. Semua ini gara-gara Angah dan Acu. Aleya mengalihkan pandangannya pada kedua-dua orang adiknya. Dia merenung mereka berdua. Dia memijak kaki kedua-dua orang adiknya yang duduk di sisinya.
            Mereka berdua serentak menjerit. Mereka menggosok kaki mereka yang dipijak oleh Aleya. Mata mereka tepat melihat Aleya yang masih berlagak tiada apa-apa.
            “Kenapa? Apa yang berlaku?” Munirah terkejut bila mereka berdua menjerit.
            “Tiada apa-apa, ibu.” Jawab Alisa. Dia segera meletakkan bihun goreng ke dalam pinggannya. Dia tahu tindakan Aleya sebentar tadi memberi amaran kepada mereka berdua. Alina terus diam membisa.
            Iskandar melihat telatah Aleya. Personaliti Aleya berbeza dari Alisa dan Alina. Aleya seorang yang pendiam dan serius berbeza dari Alisa dan Alina yang peramah. Aleya lebih gemar mendiamkan diri. Nalurinya begitu kuat untuk mengenali keluarga ini.

                                                *******************************


            “Umi! Umi! Umi, di mana?” jerit Iskandar sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke rumah. Matanya meliar mencari kelibat ibunya.
            “Apa halnya, Is? Bergegar rumah ini disebabkan suara Is.” Maria berjalan keluar dari dapur. Dia membuang apron yang dipakainya sewaktu memasak tadi.
            “Umi, kenapa Umi tidak beritahu Is yang arkitek import tu anak Uncle Kadir? Maksu Is ialah Aleya. Umi tahu tentang Aleya kan selama ini.”
            Maria tergamam mendengar kata-kata Iskandar. “Apa yang Is cakapkan ni, umi tak faham.” Suara Maria bergetar. Dia sudah berjanji pada Aleya. Tiada siapa akan tahu mengenai mereka tetapi bagaimana Iskandar tahu mengenai Aleya.
            “Umi, jangan berpura-pura lagi. Is tahu Umi faham . Is dari rumah kita di Puchong. Is jumpa Auntie Munirah sekeluarga bersama 3 orang anak kembarnya.”
            “Is! Kenapa Is pergi sana? Bukan ke Umi sudah pesan jangan pergi sana?” Maria terkejut mendengarnya.
            “Kenapa Umi? Is tak faham. Lagi satu kenapa Umi rahsiakan dari Uncle Kadir tentang kewujudan Aleya dan Alisa. Uncle Kadir berhak tahu tentang anak-anaknya.” Iskandar geram.
            “Is ingat Umi suka ke buat semua ini! Ini adalah permintaan Auntie Munirah.”
            “Kenapa?”
            “Sebab dia risaukan keselamatan anak-anaknya.”
            “Apa!”
            “Kartika pernah cuba untuk membunuh Alina tetapi pada waktu itu Alisa menyamar sebagai Alina. Mujurlah Alisa dapat mengelak dari dilanggar  kereta. Jika Kartika tahu mengenai Aleya dan Alisa, pasti dia akan merasakan kedudukannya terancam malah dia akan melakukan sesuatu yang lebih drastic dari ini. Umi hanya menolong mereka dan seperkara lagi yang Is perlu tahu, Aleya dan Alisa tidak seperti Alina.”
            “Apa maksud Umi?”
            “They hate him.”
            “Tapi kenapa?” Iskandar masih tidak faham.
            “Segala apa yang telah Abang Kadir pernah lakukan pada ibu mereka, mereka takkan lupa semua itu. Mereka takkan sesekali akan memaafkan perbuatan Abang Kadir terhadap Kak Munirah.”
            “Sebab itu Aleya dan Alisa enggan menunjukkan diri mereka.”
            “Ya. Jika Is telah berjumpa mereka bertiga, pasti Is tahu bagaimana personality mereka bertiga kan.” Maria tersenyum.
            “Ya. Aleya dan Alisa jauh berbeza dari Alina tetapi Umi lambat laun juga perkara ini akan diketahui oleh Uncle Kadir. Walau setebal manapun benci mereka terhadap Uncle Kadir, hubungan mereka tetap tidak akan berubah kerana darah yang mengalir dalam tubuh badan mereka adalah sebahagian dari tubuh Uncle Kadir.”
            “Kata-kata Is ada benarnya.Umi faham perasaan Aleya dan Alisa dan jika Umi di tempat mereka pasti tindakan Umi sama seperti mereka. Mungkin mereka tidak dapat melupakan perbuatan Abang Kadir terhadap Kak Munirah? Tiada anak yang dapat menerima bahawa ibu mereka diperlakukan sebegitu.” Kata Maria dengan lemah.
            “Umi, teruk sangat ke perbuatan Uncle Kadir pada Auntie Munirah?” soal Iskandar.
            Perlahan-lahan Maria menganggukkan kepalanya. Setiap kali mengingati apa yang pernah dialami oleh Kak Munirah, hatinya menjadi sebak.  Kak Munirah tidak sepatutnya menerima layanan sebegitu. Air mata Maria mengalir tanpa dia sedari. “ Kak Munirah pernah dikurung selama 2 minggu tanpa diberi makanan dan minuman hanya disebabkan dia pergi melawat kubur arwah ayah dan ibunya tanpa kebenaran Abang Kadir. Kenapa ? Besar sangat ke kesalahan Kak Munirah ? Salahkah seorang anak melawat kubur ibu bapanya? Apa salah Kak Munirah dilayan seperti itu? Dia manusia juga. Ada hati dan perasaan. Jika Umi tidak datang pada hari itu , entah apa yang terjadi pada Kak Munirah. Abang Kadir memang sudah melampau.” Peristiwa itu masih segar di ingatanya walaupun sudah 25 tahun berlalu. Dia terkejut apabila Mak Jah beritahu yang Kak Munirah telah dikurung oleh Abang Kadir. Mak Jah cuba membuka pintu itu tetapi kunci bilik itu dipegang oleh Abang Kadir. Nasib baiklah, ada Pak Man ketika itu. Sebaik saja pintu dibuka, Kak Munirah terbaring di lantai dalam keadaan lemah. Sanggup Abang Kadir membiarkan Kak Munirah kelaparan? Tak ada hati perut langsung.
            “Jika Umi ceritakan semuanya pada Is, pasti Is akan lebih terkejut tetapi Umi tak mahu mengungkit peristiwa itu lagi. Semua ini dah berlalu. Tentang Aleya dan Alisa, itu hak mereka. Mungkin ini balasan Abang Kadir terhadap Kak Munirah selama ini. Umi harap Is rahsiakan perkara ini demi keselamatan mereka. Umi yakin Kartika sedang mencari mereka sekarang ini.” Maria memegang lembut bahu anak tirinya. Maria cuba tersenyum.
            “Jadi Umi mahu biarkan saja ke?”
            “Ini hal keluarga mereka, Is. Kita tak berhak masuk campur. Umi hormat keputusan Kak Munirah. Umi harap Is pun begitu.” Kata Maria sebelum mengatur langkah meninggalkan Iskandar.

                        ***************************************************

            Alisa menoleh ke kiri dan kanan. Air fresh oren yang dipesannya sebentar tadi sudah habis diminum. Mana pulak Tina? Janji nak jumpa aku pukul 2.30 petang tapi sekarang ni sudah pukul 3.00 petang. Batang hidung pun tak nampak lagi. Alisa melihat pada telefon bimbit yang berada di tangannya. Pagi tadi Tina ada menghantar sms padanya dan ingin beritahunya sesuatu. Penting lagi katanya.
            “Dr. Alina!” Tiba-tiba ada seseorang menegur Alisa. Dia berpaling. Dia terkejut melihat Zahari yang sedang mendekatinya.
            “Zahari! What’re you doing here?” soal Alisa. Aduh, apa pulak lelaki ni buat di sini? Kalau Tina datang, pasti bocor rahsia aku.
            “Jumpa kawan di sini. Lina tengah tunggu siapa?” soal Zahari terus duduk tanpa dipelawa oleh Alisa.
            Alisa mengetap bibirnya. “Jumpa kawan.”
            “Siapa? Mungkin saya kenal dengan kawan Lina ke?” Zahari tersenyum.Dia sengaja ingin menduga Alisa.
            Alisa merenung Zahari. Penyibuk! “Mungkin awak tak kenal dengan dia.”
            “Kalau kawan Lina tu seorang lawyer, mungkin saya kenal. Semua lawyer di Kuala Lumpur ni saya kenal.” Beritahu Zahari.
            Air muka Alisa berubah. Macam mana dia tahu Tina seorang peguam? Alisa mula tidak sedap hati. “How do you know that my friend is a lawyer?” Alisa mula berlagak seperti biasa.
            “Because she is my sister, Alisa.”
            Alisa tergamam. Dia melihat Zahari masih tersenyum padanya. “Jadi awak yang ingin berjumpa dengan saya dan bukannya Tina. Maksudnya Tina telah memperdayakan saya untuk berjumpa dengan awak.” Kata Alisa. Dia tak sangka Tina sanggup bertindak seperti itu. Dia tak tahu pulak yang Zahari adalah abang Tina. Selama ini aku tahu Tina mempunyai seorang abang tetapi aku tak pernah nak ambil tahu nama abang Tina.
            “Sebenarnya Tina tak tahu apa-apa. Saya ambil telefon bimbit Tina tanpa pengetahuan Tina. Saya minta no telefon awak pada Tina tetapi Tina enggan memberikannya sebab itu saya terpaksa gunakan cara ini.” Zahari mengeluarkan telefon bimbit Tina dari poket seluarnya dan diletakkan di atas meja.
            Alisa menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Tak sangka awak begitu licik.”
            “Tapi saya tak selicik awak, Alisa. Awak dan Aleya menyamar sebagai Alina semata-semata kerana tidak mahu Uncle Kadir tahu tentang diri kamu berdua. Why?”
            “Dia tak berhak tahu tentang kami. Dia sudah buang kami dan ibu dari hidupnya jadi dia tiada kaitan dengan kami lagi.”
            “Uncle Kadir adalah ayah kandung kamu semua dan suami yang sah pada Auntie Munirah. Lagipun pada waktu itu Uncle Kadir tidak tahu yang Auntie Munirah sedang mengandung. Jika Uncle Kadir tahu pasti Uncle Kadir tidak akan bertindak seperti itu.” Zahari masih mempertahankan Uncle Kadir.
            “Awak pasti ke? Entah-entah dia suruh ibu gugurkan kandungannya bila dia mendapat tahu ibu tengah mengandung. Awak masih tidak kenal siapa lelaki itu pada 25 tahun yang lalu? Dia layan ibu  macam sampah.” Tegas Alisa. Sakit hatinya bila Zahari membela lelaki itu.
            “Alisa.” Zahari terkejut dengan kata-kata Alisa.
            “Awak tak tahu bagaimana lelaki itu layan ibu  sepanjang 2 tahun ibu  hidup bersama dia. Betapa seksanya kehidupan ibu  pada waktu itu. Seorang anak yatim piatu tetapi maruahnya diperlekehkan oleh seorang lelaki yang merupakan suami dia sendiri. Awak ingat saya boleh lupa semua itu. Tidak! Walaupun ibu dan Alina boleh memaafkan lelaki itu tetapi saya dan Aleya takkan maafkan lelaki itu selama-lamanya, awak faham tak? Jika awak nak beritahu lelaki itu tentang kami, silakan. Saya tak menghalang tetapi kalau awak nak penyakit lelaki itu bertambah teruk, awak beritahulah dia.” Alisa terus bangun. Zahari masih tergamam dengan kata-kata wanita itu.
            “Awak hanya berjumpa dengan saya bukannya dengan kakak saya lagi.  Lagi satu, jangan masuk campur hal orang lain. Nampaknya awak masih belum serik lagi ke dengan peristiwa di KLIA hari tu” Alisa tersenyum. Dia melambai tangannya pada Zahari sebelum mengatur langkahnya satu persatu meninggalkan Zahari. Senyuman Alisa mati apabila dia mengatur beberapa langkah meninggalkan Zahari. Teruklah kalau macam ni! Alisa mula resah.
            “Jadi Alisa orangnya yang kenakan aku di KLIA hari itu.” Zahari menggelengkan kepalanya. Nampaknya Alisa dan Aleya sangat bencikan Uncle Kadir. Apa yang sepatutnya aku lakukan? Perlukan aku beritahu Uncle Kadir perkara yang sebenarnya atau aku perlu rahsiakan perkara ini. Hmm…hakikatnya mereka tetap anak Uncle Kadir. Aku perlu pastikan tahap kesihatan Uncle Kadir beransur pulih sebelum aku beritahu Uncle Kadir tentang Aleya dan Alisa.

                                    *************************************

            “Along! Along! Along!” jerit Alisa. Langkahnya diatur pantas menaiki anak tangga menuju ke bilik kakaknya. Pintu bilik Aleya dibuka dengan kasar. “Along kita ada masalah besar.”
            Aleya terkejut apabila Alisa meluru masuk ke biliknya. “Angah, lain ketuk pintu dulu sebelum masuk. Dah banyak kali Along pesan.”
            “Sorry tetapi perkara ini urgent.”
            “Urgent!” Dahi Alisa berkerut. Apa pulak masalah yang adik aku buat kali ini?
            “Zahari! Peguam tu rupanya abang Tina.” Beritahu Alisa terus duduk di sofa yang ada di bilik Aleya.
            “Abang Tina! Guest what? Now, he knows about us.”
            “Apa!”
            “Dia beritahu Angah yang dia nak beritahu lelaki itu tentang kita. Zahari itu memang penyibuk.” Alisa geram apabila mengingatkan kembali kata-kata lelaki itu.
            Aleya mengeluh. Inilah perkara yang amat dia takutkan. Semakin ramai orang sudah mengetahui tentang mereka, keselamatan ibu dan adik-adiknya semakin terancam.
            “Along, apa kita nak buat sekarang ini?”
            “Angah pulang dulu bersama ibu dan Acu. Setelah urusan Along selesai, Along akan menyusuri dari belakang.”
            “No! Leave you alone here, itu bukan idea yang baik Along. Ibu pasti takkan setuju. Begitu juga dengan Angah dan Acu. Kita akan pulang bersama-sana.” Alisa tidak setuju dengan cadangan kakaknya.
            “Itu saja jalan yang kita ada, Angah.”
            “No! Tentang Zahari, tahulah Angah uruskan dia. Perkara yang penting sekarang ni, selesaikan dulu urusan Along dengan alien tu. Along tak rasa ke alien tu seperti cuba melengah-lengahkan Along.”
            “Along tahu. Tahap kesabaran Along ada batasnya.”
            “Aaa….tentang Datin Kartika, apa rancangan Along?” Alisa tersenyum. Dia tahu kakaknya telah merancang sesuatu.
            Aleya turut sama tersenyum. “Angah ni gelojoh sangat.”
            “Iye la, hari itu Angah cuba nak kenakan Datin Kartika  tapi Along halang. Sekarang ini Angah nak tahu bagaimana Along nak balas balik apa yang dia pernah buat pada ibu.”
            “Kita bocorkan rahsia yang telah lama dia simpan tanpa pengetahuan sesiapa. Rahsia yang akan menjatuhkan maruah dan nama dia”
            “Maksud Along tentang anak-anak ikan yang di simpan selama ini ke? Bagus tu. Biar dia putih mata.” Alisa ketawa. Dia tak dapat bayangkan reaksi Datin Kartika nanti.
            “Bukan itu, Angah.”
            “Habis tu, apa Along?” Alisa hairan.
            “Tentang Datin Kartika yang merupakan isteri kedua. Semua orang ingat Datin Kartika adalah isteri pertama pada lelaki itu tetapi sebenarnya dia pemusnah rumahtangga orang. Dengan cara ini kita dapat menjatuhkan popularitinya sebagai selebreti. Along dapat tahu yang Kelab Wanita VVIP akan melantiknya sebagai presiden kelab itu. Mungkin selepas artikel ini disiarkan, Datin Kartika hanya mampu gigit jari saja. Apa agaknya pandangan orang ramai dan peminatnya bila mengetahui hal ini?”
            “Bagus idea, Along tetapi ibu juga akan turut sama terlibat jika perkara ini didedahkan.”
            “Itu memang benar. Mereka hanya akan tahu yang ibu melarikan diri ke luar negara. Itu saja maklumat yang Along akan beri dan selebihnya tentang diri kita adalah rahsia, Along ada kawan yang akan uruskan tentang hal ini.” Aleya sudah merancang segala-galanya hanya menunggu masa yang sesuai untuk menjalankannya.
            “Baiklah. I agree.”
            “Agree for what?” Alina tiba-tiba menyampuk. Matanya merenung kedua-dua kembarnya yang terkejut dengan kehadirannya. Macam ada sesuatu yang tak kena saja?
            “Acu, lain kali masuk ketuk pintu dulu. Ini tidak main redah saja.” Tegur Alisa.
            Aleya menoleh kea rah Alisa. Eh, Eh! Dia pun sama saja.
            “Pintu bilik ini dah terbuka luas, kenapa pulak Acu nak kena ketuk? Along dan Angah tengah plan sesuatu ke?” Alina mula syak sesuatu.
            “Mana ada? Acu ni suka sangat tuduh orang tanpa bukti. Berdosa tahu tak?” pantas Alisa menjawab.
            “Betul ke?” Alina membuat mimic muka. Alina melihat pada Aleya yang selamba. Mereka berdua ni bukannya boleh dipercaya sangat. Alina melihat mereka berdua dengan pandangan yang curiga.

Wednesday, December 8, 2010

Satu Dua Tiga 26

BAB 26

            Sudah hampir 15 minit, Alina berdiri di luar bilik Aleya. Matanya tepat merenung pintu bilik tersebut. Dia perlukan kekuatan untuk berdepan dengan kakaknya. Dia sedar tadi dia sudah melampaui batas. Dia tuduh kakaknya tanpa usul periksa. Alina menarik nafas panjang. Alina memegang symbol pintu.
            “Kenapa tidak masuk? Takut ke?” usik Alisa yang menegur adiknya secara tiba-tiba.
            Alina terkejut dengan kehadiran Alisa di situ. Alisa menghampiri Alina. Senyuman masih tidak lekang di bibir Alisa.
            “Takut!” Alisa membuat mimic muka. Dia tahu pasti Alina takut untuk bersemuka dengan kakaknya. Itulah padahnya bila bertindak tanpa berfikir.
            “Angah!”
            Alisa terus membuka pintu bilik Aleya tanpa mengetuk pintu itu terlebih dahulu. Alina terkejut dengan tindakan Alisa yang tiba-tiba meluru masuk ke bilik Aleya. Dia masih lagi belum bersedia.
            “Along! Ada orang nak minta ampun dengan Along!” Alisa bersuara sebaik saja melangkah masuk ke bilik Aleya. Dia terus melabuhkan punggungnya di katil Aleya.
            Aleya memusingkan kerusinya dan matanya tepat merenung Alina yang masih tercegat di muka pintu. Pensil yang berada di tangannya diletakkan di atas meja. Wajahnya serius.
            “Aaa….Aaa…..” Perlahan-lahan Alina melangkah masuk, jantungnya berdegup kencang lebih-lebih lagi apabila Aleya merenungnya. “Acu minta maaf, Along!”
            “Itu saja!” Alisa mencelah.
            Alina menoleh ke arah Alisa yang sedang mengusiknya. Penyibuk betul Angah ni!
            “I’m so sorry, Along.  Acu janji tidak akan bertindak seperti itu lagi. Maaf, Along!” ucap Alina bersungguh-sungguh. Dia takut jika kakaknya tidak memaafkan dirinya.
            Aleya mengeluh. Senyuman tiba-tiba terukir di bibirnya. “I’m not angry with you.” Akhirnya Aleya bersuara, dia membetulkan kedudukannya di kerusi itu. “Along tidak pernah menghalang ibu dan Acu berjumpa lelaki itu tetapi keadaan sekarang ini tidak seperti dulu. Acu faham kan maksud Along.”
            “Acu faham Along.”
            “Along dan Angah tidak kisah jika ibu dan Acu berjumpa dengan lelaki itu. Jika ibu dan Acu telah memaafkan lelaki itu, kami hormati keputusan ibu dan Acu. But for us, untuk memaafkan lelaki itu, tidak mungkin ia akan terjadi, ok” Alisa bersuara.
            “Along tak mahu Datin Kartika tahu di mana kita berada sekarang ini. Keselamatan ibu lebih penting. You just call him if you miss him.”
            Alina merenung kedua-dua orang kakaknya. Di luar Along dan Angah kelihatan seperti degil dan keras hati tetapi sebenarnya hati mereka lembut.
            “Tetapi jangan sesekali beritahu lelaki itu tentang kami, faham!” Alisa memberi amaran.
            “Baiklah.” Jawab Alina dengan lemah. Pening kepala aku dengan perangai kembar aku ini.
            “Dah settle kan! I have to go now.” Alisa terus memakai cap berwarna hitam di kepalanya. Dia membetulkan rambutnya.
            “Nak pergi mana?” soal Alina.
            “Jumpa Tina! Bye.” Alisa terus bangun dan melambai tangannya sewaktu meninggalkan mereka berdua.
            Pandangannya dialihkan ke arah Aleya. Dia ingin bertanya sesuatu tetapi Alina takut jika pertanyaannya itu membuat Aleya marah.  
            Aleya sedar Alina sedang memerhati dirinya. “Kalau ada sesuatu yang sedang bermain di fikiran, tanya sajalah.”
            “Dulu, Along pernah kata kalau ibu ingin berkahwin lain, Along tidak akan menghalang kan! Kalau ibu mahu berbaik semula dengan abah, adakah Along akan merestui hubungan mereka?”
            “Apa yang membuatkan Acu yakin yang ibu dan lelaki itu akan berbaik semula?” giliran Aleya bertanya pula.
            “Acu yakin ibu masih lagi mencintai abah! Along pun tahu kan. Gambar yang disimpan di dalam dompet ibu, Along tahu siapa kan!”
            Aleya tersenyum kelat. Mengenai hal itu, dia memang lebih arif dari adiknya. “Jadi Acu mahu Along dan Angah restui hubungan mereka berdua ke? Acu dah lupa ke tentang Datin Kartika. Acu rasa Datin Kartika akan merestui hubungan mereka berdua ke?”
            Dahi Alina berkerut dengan kata-kata Aleya.
            “Perkara ini tidak semudah yang Acu fikirkan. Sekarang ini pun, macam-macam perkara sudah terjadi. Wanita seperti Datin Kartika, hatinya tidak seikhlas dan sesuci seperti ibu. Benda yang pernah menjadi hak miliknya akan tetap menjadi miliknya seumur hidup.”
            Alina mengeluh. Apa yang baru saja dikatakan oleh kakaknya ada benarnya. “Along masih lagi belum menjawab soalan Acu sebentar tadi.”
            “We wait and see, sis.”
            Alina menggaru kepalanya yang tidak gatal beberapa kali. Sekejap OK, selepas itu pulak tak OK. Aku tak faham betul dengan sikap Along ni.

                                    ************************************

            Sejak balik dari berjumpa sahabat lamanya sewaktu sekolah menengah dahulu di KLCC, fikirannya terganggu bila memikirkan wanita yang sedang berbual dengan adiknya, Tina. Selepas dia berjumpa dengan Wahid, dia terserempak adiknya berbual dengan seorang wanita. Dia kenal siapa wanita itu. Dia hairan bagaimana adiknya mengenali wanita itu malah mereka kelihatan seolah-olah telah lama berkenalan. Zahari bangun dari sofa. Dia mesti bertanya pada adiknya tentang hal ini. Matanya tepat melihat ke arah pintu pagar rumahnya. Dia sedang menanti adiknya pulang. Jiwanya memberontak ingin tahu hubungan antara Dr. Alina dan adiknya.
            Zahari berpaling ke arah bunyi deruan enjin kereta BMW 5 Series milik adiknya. Beberapa minit kemudian, Tina masuk dan dia terkejut bila melihat abangnya sedang menanti dirinya. “Abang tak tidur lagi ke?”
            “Belum. Abang ada hal nak cakap dengan Tina.”
            “Hal apa?” Tina terus duduk di sofa yang berhadapan dengan abangnya.
            “Dah lama ke Tina kenal dengan Dr. Alina?”
            “Dr. Alina!” Tina terkejut.
Siapa Dr.
Alina?
            “Dr. Alina! Bukan ke tadi abang nampak Tina berbual dengan Dr. Alina di KLCC?” Zahari hairan.
            Tina berfikir seketika. Tadi aku jumpa Alisa , hmm,…siapa pulak Dr. Alina? Abang aku ni tersalah orang ke? Hmm…Dr Alina? Aaa…mungkin abang ingat Alisa adalah Dr. Alina. Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Tina, matanya tepat merenung abangnya. “Rasanya abang sudah tersalah orang. Sebenarnya tadi adalah Alisa bukannya Dr. Alina.”
            “Alisa!” Zahari terkejut. Mata aku tak rabun lagi. Aku yakin yang tadi tu Dr. Alina. Siapa pulak Alisa ni?
            “Ya. Alisa tu kakak Dr. Alina.”
            “Kakak!” nada suara Zahari tiba-tiba menjadi kuat. Zahari terkejut.
            “Mereka kembar. Kembar seiras.” Beritahu Tina.
            “Kembar….” Zahari tiba-tiba menjadi gagap. Ini bermakna Uncle Johari sebenarnya mempunyai 2 orang anak.
            “Ya. Kembar. Tina kenal Lisa sewaktu Tina study law di Oxford University tetapi macam mana abang kenal Dr. Alina.”
            Zahari masih lagi kaku. Pertanyaan adiknya tidak dijawab. Bermacam-macam perkara sedang bermain di fikirannya.
            “Abang! Macam mana abang kenal dengan Lina?” soal Tina lagi. Dia hairan dengan kelakuan abangnya. Pelik! Macam mana abang kenal dengan Lina?
            “Jadi Alisa dan Dr. Alina kembar seiras.” Soal Zahari lagi untuk mendapat kepastian.
            “Ya. Hmm…Tina terlupa nak beritahu abang sesuatu, sebenarnya mereka berdua ada seorang lagi kembar. Namanya Aleya. Aleya merupakan kakak kembar mereka”
            Ada lagi kembar!”  Bulat anak mata Zahari bila mendengar penjelasan adiknya. Zahari terus bangun. Zahari menampar mukanya beberapa kali. Aku bermimpi ke? Biar betul! Jadi siapa yang aku jumpa sebenarnya? Kenapa auntie Munirah tidak beritahu Uncle Kadir perkara sebenarnya?
            “Abang!” Tina menggaru kepalanya beberapa kali. Apa kena dengan abang aku ni? Dah kena sampuk ke? “Kalau abang tak percaya, Tina ada gambar mereka bertiga sebagai bukti.” Tina mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam beg tangan. Dia ada simpan gambar mereka bertiga di dalam telefon bimbitnya. Tina memberi telefon bimbit itu pada abangnya.
            Dengan pantas Zahari mengambil telefon bimbit Tina, Zahari menjadi kaku sebaik saja melihat gambar itu. Benar-benar seiras.
            Tina tersenyum bila melihat reaksi abangnya.
            “Jadi sekarang ini Alisa yang berada di Malaysia bukan Dr. Alina.” Soal Zahari lagi.
            “Aaa….Sekarang ni mereka bertiga ada di Malaysia bersama Auntie Munirah. Kata Lisa, dia ada hal keluarga yang perlu diselesaikan di sini.”
            “Ketiga-tiga mereka ada di sini! Jadi Tina pernah jumpa Auntie Munirah  ke?”
            “Ya. Setiap hujung minggu, Auntie Munirah akan jemput Tina datang ke rumahnya untuk makan bersama. She’s nice person, I love her. Abang, soalan Tina abang belum jawab lagi! Kenapa dari tadi Tina je yang jawab soalan abang? Ini tidak adil.”
Tina geram.
            “Tina tahu tak Auntie Munirah sebenarnya isteri Uncle Kadir!”
            “Apa!” Tina tergamam. Arwah ibunya pernah bercerita padanya tentang isteri pertama Uncle Kadir.
            “Kamu tak tahu ke tentang hal ini?” Zahari hairan.
            “Tak. Lina tak tahu apa-apa pun mengenai hal ini. Lisa tak pernah cerita apa-apa pun pasal ayahnya dan untuk pengetahuan abang, Lisa sangat bencikan ayahnya. Begitu juga Aleya. Auntie Khaty pernah beritahu Tina pasal hal ini.”
            “Benci! Aaa…Siapa Auntie Khaty?”
            “Kawan baik dan rakan kongsi Auntie Munirah. Mereka buka restoran makanan Melayu di London.”
            “Alisa seorang peguam . Aleya? Sekarang Aleya bekerja sebagai apa?”
            “Dia seorang arkitek. She’s famous. Hasil seni dan rekaannya benar-benar menggagumkan. Ramai orang berebut-rebut untuk mengupah Leya untuk merekabentuk bangunan mereka.”
            “Arkitek.”
            “Ya. Dia ada buka syarikat arkitek di London bersama rakannya. Walaupun mereka bertiga kembar seiras tetapi sikap mereka berbeza sekali. Macam langit dan bumi. Hmmm….Lina seumpama bunga Lily. Lembut dan suci. Lisa seperti bunga ros. Cantik tetapi berduri manakala Leya pula seumpama Rafflesia. Diam-diam berisi dan bahaya. Kalau abang jumpa mereka bertiga serentak, confirm abang pengsan” Tina ketawa. Tiba-tiba telefon bimbit yang berada pada abangnya berbunyi pantas Tina mengambil telefon bimbit. Tina tahu siapa pemanggilnya.
            “My fiancĂ©!” Tina tersenyum dan terus berlalu meninggalkan abangnya.
            “Kita tahu la dia ada buah hati!” Zahari membuat mimic muka. Zahari kembali melabuhkan badannya di sofa. Kembar tiga! Macam tak percaya. Kembar 2, aku boleh terima lagi. Ini kembar tiga. Fuh! Perlu ke aku beritahu perkara ini pada Uncle Kadir? Hmm…Uncle berhak tahu perkara sebab mereka anak kandung Uncle tetapi sebelum itu aku perlu siasat latarbelakang mereka. Tiba-tiba Zahari teringat sesuatu. Jadi siapa yang kenakan aku semasa di KLIA hari itu?

                                                            ***********************

            “Apa!” jerit Kartika selepas mendengar kata-kata Ismail. Penjelasan Ismail tadi benar-benar membuat dirinya marah. Telefon bimbit miliknya digenggam erat. “Apa maksud kau rumah tu kosong? Bukan ke aku suruh kau perhatikan rumah itu baik-baik.”
            “Saya tak tahu bila mereka pindah, Datin. Semalaman saya perhatikan rumah tu dan bila saya tanya jiran mereka, mereka beritahu mereka berpindah semalam melalui pintu belakang.”
            Kartika mengetap bibirnya menahan geram. Rupanya mereka lebih pandai dari aku. Licik! Aku betul-betul pandang rendah pada Munirah dan Alina tetapi aku takkan lepas mereka begitu saja.
            “Aku nak kau cari mereka sampai dapat. Kalau tidak, jangan harap la kau dapat satu sen pun dari aku.”
            “Masalahnya sekarang ni, saya nak cari mereka di mana? Kuala Lumpur bukannya kecil.” Ismail resah. Teruk aku macam ni!
            “Itu aku tak peduli. Yang penting , aku mahu kau cari mereka sampai dapat. Aku tak mahu dengar apa-apa lagi alasan dari kau, faham!”
            “Baik, Datin!” Ismail terpaksa akur dengan arahan Kartika.
            “Satu lagi, aku rasa aku tahu macam mana kau nak cari mereka!” Kartika tiba-tiba teringat sesuatu. “Mereka pasti akan melawat suami aku di hospital. Kau tunggu mereka di sini sehingga mereka muncul selepas itu kau ekori mereka. Aku nak tahu di mana mereka tinggal.”
            “Baiklah.” Kata Ismail terus menamatkan panggilan tersebut.
            Kartika merenung jauh ke luar tingkap aparment miliknya di Bangsar. Lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Kartika mengeluh kuat. Munirah dan anaknya perlu dihapuskan dari muka bumi ini.
            “Sayang! I dah siapkan makan malam. Jom makan.” Ucap Jason dengan manja dan terus memeluk Kartika dari belakang dengan erat.
            Wajah Kartika yang masam terus berubah. Senyuman terukir di bibirnya. Dia memegang tangan Jason yang begitu erat memeluknya. Walaupun umur Jason lebih muda dari anaknya, dia tidak kisah. Asalkan mereka tahu bagaimana untuk menghiburkan hatinya. Dia tahu mereka yang sanggup menjadi anak ikan untuk dirinya hanya memandang kepada duit yang dimilikinya. Dia tidak peduli semua itu dan yang penting hatinya puas.

                                                ****************************

            “Akhirnya, Is balik juga. Penat Umi tunggu Is.” Maria bersuara sebaik saja Iskandar melangkah masuk ke rumah. Jam dinding yang berada di ruang tamu dipandang sekali imbas. Tepat menunjukkan pukul 11 malam. Lewatnya Is balik. Banyak kerja ke di pejabat.
            Ada apa Umi?”
            “Aaa…Umi nak beritahu Is sesuatu mengenai rumah kita di Puchong.”
            “Kenapa?” Iskandar berjalan menghampiri ibunya yang sedang duduk di sofa.
            “Umi suruh orang renovate rumah tu so buat sementara waktu ni Is jangan pergi ke sana ye!” jelas Maria. Dia bimbang jika Iskandar terserempak dengan Munirah dan anak-anaknya.
            “Bukan ke tahun lepas, Umi dah renovate rumah tu. Kali ini Umi renovate bahagian mana?”
            “Aaaa…..semua!” Maria terus menjawab tanpa berfikir. Aduh, aku terlupa la pulak yang aku pernah renovate rumah itu tahun lepas.
            “Semua!” Bulat mata Iskandar mendengarnya. “Semua sekali Umi renovate! Aduh, nampaknya rambut abah tahun ni akan gugur lagi ye.” Iskandar ketawa.
            “Hish…budak ni! Ingat, jangan pergi ke sana!” Maria mengingatkan Iskandar sekali lagi.
            “Yes, madam!”
            “Lagi satu, esok  Is tak boleh bersarapan dengan kami.”
            “Kenapa?” Berkerut dahi Iskandar.
            “Sofea akan datang breakfast esok pagi. Katanya nak breakfast bersama Is awal-awal pagi esok.” Beritahu Maria.
            “Apa!” Air muka Iskandar terus berubah pucat. Aku belum tidur lagi, mimpi ngeri dah muncul.  “Kenapa Umi tak halang dia?”
            “Kalau Umi halang Sofea pun, dia takkan faham apa yang Umi cakapkan.”
            “Ahh…ingatkan balik rumah boleh rileks. Ini tidak, kucar-kacir hidup Is dibuatnya. Umi, malam ini Is tidur di hotel. Kalau abah cari, suruh abah call Is. Umi, Is pergi dulu.” Iskandar terus bersalam dengan Maria  dan melangkah keluar dari rumahnya.
            Maria hanya menggelengkan kepala. “Kasihan anak aku seorang ni!”
           

                                    **************************************

            Iskandar mempakirkan keretanya di halaman rumahnya rumahnya di Puchong. Dia sengaja datang ke sini untuk melihat apa yang diubahsuai oleh ibunya dan kebetulan esok dia ada mesyuarat di Puchong.  Dahinya berkerut melihat rumah itu. Iskandar melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Nasib baiklah, dia ada bawa kunci rumah  di Puchong bersamanya.  “Umi kata rumah ini tengah renovate tetapi tiada ada apa-apa pun. Kenapa bilik itu ada cahaya?  Mereka lupa tutup lampu ke?” Iskandar keluar dari keretanya. Langkahnya di atur menuju ke pintu rumah. Dia membuka pintu rumah itu menggunakan kunci yang berada di tangannya. Iskandar memulas symbol pintu perlahan-lahan. Dia terkejut melihat lampu kecil di dinding  ruang tamu di buka. Iskandar mula berasa pelik. Dia terus menekan suis lampu di ruang tamu. Pintu ditutup perlahan-lahan. Dia melihat di sekelilingnya. Bersih dan teratur  seperti ada orang tinggal di sini sahaja. Iskandar teringat bilik yang bercahaya di tingkat atas. Iskandar melangkah perlahan-lahan menuju ke tangga.  Sebaik saja kakinya melangkah anak tangga pertama, Iskandar merasakan ada sesuatu di belakangnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.
            “What are you doing here?” soal Aleya secara tiba-tiba. Tangannya memegang erat mug yang berisi air Nescafe yang dibancuhnya di dapur sebentar tadi. Semasa dia berada di dapur , dia terdengar bunyi kereta di luar. Dari jauh dia memerhati kelibat lelaki yang masuk ke rumahnya, dia kenal benar dengan lelaki itu. Pemilik rumah ini.
            “Mak! Hantu!” jerit Iskandar terkejut bila ada wanita berambut panjang mengurai di belakangnya. Iskandar jatuh terduduk. Jantungnya berdegup kencang. Iskandar terus memejamkan matanya
            Aleya menggelengkan kepalanya beberapa kali melihat reaksi Iskandar. Penakut rupanya. Muka aku ni macam hantu ke?  “Kalau saya ni hantu dah lama saya cekik awak, Tengku Iskandar.”
            Macam aku pernah dengar saja suara itu. Perlahan-lahan Iskandar membuka matanya. “Aleya!”  Nama itu muncul dari mulut Iskandar. Bagaimana wanita ini berada di sini? Aku tersalah rumah ke. Iskandar melihat di sekelilingnya. Sah, ini rumah aku!
Apa dia buat di sini? Iskandar terus bangun.
            “Along! Apa halnya?” Munirah terus keluar dari biliknya. Dia terjaga dari tidur apabila mendengar jeritan. Dia bergegas keluar untuk mengetahui apa yang berlaku walaupun dia perlu berjalan menggunakan tongkat. Dia terkejut melihat kehadiran seorang lelaki di rumahnya.
            “Nothing! Cuma ada tetamu tak diundang di rumah ini. Ibu, ini Tengku Iskandar. Anak Auntie Maria.” Beritahu Aleya.
            “Anak Maria!” Munirah terkejut. Dia memerhati lelaki yang berkemeja biru itu.
            “Tengku, ini ibu saya.” Aleya memperkenalkan ibunya pada Iskandar.
            Iskandar melihat seorang wanita yang sebaya ibunya  berjalan menghampirinya menggunakan tongkat.
            “Oooo…Iskandar rupanya! Mak cik ingatkan siapa tadi.” Munirah tersenyum
            “Tak ada apa-apa, Angah!” Aleya melihat Alisa yang sedang berdiri di anak tangga. Jeritan Iskandar mungkin menyebabkan seluruh penghuni rumah itu terjaga. Tangan Alisa sedang memegang pasu bunga. Mungkin mereka fikir ada pencuri yang menceroboh masuk rumah ini.
            “Siapa Along?” Soal Alina yang berada di belakang Alisa. Matanya terkebil-kebil melihat lelaki yang bersama kakaknya.
            Iskandar menoleh. Bibirnya terketar-ketar melihat 2 orang wanita yang sedang berdiri di anak tangga yang sedang memerhati dirinya. Matanya dilirikan kembali ke arah Aleya yang berada di sisinya. Penglihatan aku ada masalah ke? Pandangannya dialihkan pula pada wanita tadi. Satu! Dua! Tiga! Tiga Aleya. Iskandar menggosak matanya beberapa kali.
            “Penglihatan Tengku tak ada apa-apa masalah. Mereka berdua adik kembar saya.” Kata Aleya terus duduk di sofa dan minum air yang dibuatnya sebentar tadi.
            “Siapa lelaki ini?” soal Alisa lagi sambil menuruni tangga. Pasa bunga yang berada di tangannya dihalakan ke arah Iskandar. Alina mengekori dari belakang.
            “Anak Auntie Maria! Tengku Iskandar.”
            “Ooo..client Along yang cerewet tu ke!” Alisa membuat mimic muka dan dia terus berjalan ke arah ibunya. Alisa membantu ibunya berjalan ke sofa.
            Iskandar hanya memerhati. Lidahnya kelu untuk bersuara.
            “Abang Is, duduk dulu. Lina pergi buat air.” Alina tersenyum.
            Dahi Iskandar berkerut melihat Alina. Tiba-tiba saja cakap lemah-lembut dengan aku, seram aku dibuatnya. Pandangannya dialihkan pada mereka bertiga yang sedang duduk di sofa.
            “Is, mari duduk di sini.” Jemput Munirah. Dia tahu pasti sekarang ni Iskandar masih terkejut.
            “Ibu tak payah susah-susah jemput Tengku Iskandar ni. Ini rumah dia. Pandai-pandai la dia bawa diri.” Alisa bersuara. Dia menjeling pada Iskandar yang sedang menghampiri mereka.
            “Hish…. Jaga sikit mulut tu. Ingat sikit, kita ni menumpang rumah Iskandar. Iskandar tuan rumah, percakapan tu berlapik sikit.” Tegur Munirah.
            Iskandar hanya tersenyum. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Yang mana satu Aleya ini? Yang bercakap tadi ke ?Aduh, parah aku macam ni. Dia terus duduk berhadapan dengan mereka.
            “Auntie! Sebenarnya Is tak faham apa yang berlaku di sini, macam mana Aleya dan Auntie boleh berada di sini? Maksud Is, ini pertama kali kita berjumpa. Is kenal Aleya pun disebabkan urusan kerja.”
            “Ibu saya kawan Datin Maria.” Jawab Aleya.
            “Ooo..ya ke!” Iskandar melihat Munirah. Semua kawan umi aku kenal tetapi mak cik ni aku belum pernah jumpa lagi.
            “Buat sementara waktu ini, kami menumpang tinggal di rumah Is sebelum kami pulang ke London selepas urusan antara Is dan Aleya selesai.”  Munirah masih lagi tersenyum.
            “Oooo..begitu rupanya! Yang peliknya tadi Umi beritahu Is yang rumah ini buat renovation. Dia tak bagi Is datang ke sini.” Iskandar hairan. Kenapa Umi beritahu rumah ini buat renovation tetapi sebenarnya ada tetamu di sini? Pelik.
            Munirah hanya mampu tersenyum.
            “Kalau Auntie Maria tak benarkan Tengku datang ke sini, kenapa Tengku datang ke sini jugak?” Aleya akhirnya bersuara. Aleya mula risau. Sekarang ini sudah ramai orang tahu tentang kewujudan dia dan adiknya.
            “Along!” Munirah menegur lagi.
            “Kebetulan saya lalu di sini, kemudian saya nampak lampu di bilik atas menyala. Saya hanya nak datang check saja, tak sangka pulak ada tetamu.”
            Alina datang menghampiri mereka dan meletakkan cawan yang berisi air teh yang dibancuhnya di dapur.  “Jemput minum, Abang Is.”
            “Ya. Terima kasih….Cik..” Iskandar ingin mengenali wanita itu. Perangainya berbeza dari Aleya dan seorang lagi.
            “Alina! Abang Is panggil saja Lina.” Alina tersenyum.
            “Baiklah, Lina!”  Iskandar turut sama tersenyum.
            “Tengok tu, Along! Depan kita pun, dia boleh jual minyak.” Alisa membuat mimic muka.
            Senyuman Iskandar tiba-tiba hilang sebaik saja mendengar kata-kata Alisa. Bisa betul mulut perempuan ni!
            “Kenapa Is tak balik rumah ? Dah lewat ni. Sebenarnya tadi Is dari mana?” soal Munirah cuba menenangkan keadaan. Alisa kalau bercakap ikut sedap mulut dia saja.
            “Sebenarnya Is tak boleh balik rumah malam ni.”
            “Kenapa?” Munirah hairan.
            “Tentu lari dari rumah.” Alisa tiba-tiba mencelah.
            Aleya ketawa apabila mendengar kata-kata Alisa.
            “Angah ni suka sangat menyampuk orang bercakap. Biar la Abang Is bercakap dulu.”
            “Is jangan pedulikan mereka berdua ni. Buat tak tahu saja.” Munirah menjeling kea rah anaknya.
            “It’s ok! Mak Cik, boleh tak Is bermalam di sini? Esok awal-awal pagi Is ada mesyuarat di Puchong. Takut tak sempat pulak.”
            “Boleh. Tentu sekali boleh. Ini kan rumah Is. Kami yang sepatutnya minta kebenaran Is sebab kami menumpang di sini.”
            “Terima kasih, Mak Cik.” Iskandar tersenyum.
            “Ibu, Tengku ni lelaki. Tak manis jika dia bermalam di sini. Kita semua kan perempuan.” Ujar Aleya. Dia terkejut bila ibunya membenarkan lelaki ini bermalam di situ.
            “Dia kan saudara kita. Lagipun bukannya Along dan Is berdua-duaan di rumah ini. Ibu, Angah dan Acu pun ada. Sudah, jom masuk tidur! Is nak berehat. Esok dia kena bangun awal. Angah, zip it.” Kata Munirah apabila melihat Alisa cuba berkata sesuatu.
            Alisa membuat mimic muka merajuk. Aku ni asyik kena zip it saja.
            “Aleya.” Kata Iskandar terus memandang ke arah Alisa yang disangkanya adalah Aleya.
            “I’m not Aleya.” Tegas Alisa dan terus bangun. Langkahnya diatur menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
            Alina hanya mampu menggelengkan kepalanya. Alina bangun dan menolong ibunya berjalan masuk ke bilik.
            Iskandar melihat ke arah wanita yang masih duduk di sofa. Aleya sedang merenung dirinya. “Hmm…kenapa awak tak beritahu saya yang ibu awak dan ibu saya sebenarnya kenal antara satu lain?”
            “Penting ke semua itu?” jawab Aleya dengan dingin.
            “Wow! Saya dapat rasakan mood awak yang tidak baik. No good.” Iskandar tersengih. Namun tiada apa-apa reaksi dari Aleya. “ Hmm…perangai awak berlainan dengan adik awak yang bernama Lina. She’s nice.”
            “why? Tengku berminat pada adik saya ke?”
            “Kenapa awak cemburu ke?” Iskandar mengenyitkan matanya pada Aleya.
            “Jangan bermimpi la.” Aleya terus bangun. Dia malas nak melayan kerenah Iskandar.
            “Awak nak pergi ke mana? Kita belum habis bercakap lagi.”
            Aleya buat tidak tahu dan terus menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Kini fikirannya runsing. Aku perlu selesaikan urusan ini dan kami perlu segera pulang ke London. Sekarang semakin ramai orang mengetahui tentang aku dan adik-adik aku tetapi sebelum aku pulang ke London, aku perlu lakukan sesuatu pada Datin Kartika.