Tuesday, December 14, 2010

Satu Dua Tiga 27

BAB 27

            Iskandar tersenyum sebaik saja melangkah masuk ke dapur. Jam baru menunjukkan pukul 6.45 pagi. Awal betul bangun! Pasti Alina. She’s look nice . “Good morning, Lina!” tegur Iskandar terus menarik kerusi di dapur dan duduk. Minuman pagi sudah tersedia.
            Wanita yang sedang asyik memasak bihun goreng menoleh ke arah Iskandar yang tersenyum. Tiada apa-apa reaksi darinya. Wajahnya serius
            Dahi Iskandar berkerut. Aku salah cakap ke atau aku salah orang?
            “Along! Tak tidur ke semalam?” soal Alina apabila kakinya mencecah ke dapur. Selepas selesai sembahyang subuh, dia terus datang ke dapur untuk menolong kakaknya menyediakan sarapan pagi.“Awal Abang Is bangun.” Tegur Alina.
            “Lina!” Iskandar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kalau yang ini Alina, abis tu siapa yang sedang memasak sekarang ni? Pening aku macam ni.
            “Ya, Abang Is! Kenapa?” soal Alina hairan. Iskandar seolah-olah kelihatan kebingungan.
            “Lina, yang tengah memasak tu siapa?” suara Iskandar separuh berbisik.
            “Oooo….Along! Maksud Lina, Aleya!”
            Iskandar tersengih. “Kamu bertiga seiras, jadi Abang Is tak dapat bezakan. Hmm…seorang lagi?”
            “Angah ke? Nama Angah ialah Alisa. Abang Is jangan ambil hati dengan sikap Angah. Hatinya baik cuma mulut dia saja yang berbisa sedikit.” Alina menuangkan teko yang berisi air teh ke dalam cawan yang berada di hadapan Iskandar.
            Iskandar tersenyum
            “Awalnya alien ni bangun.” Alisa melangkah menuju ke almari dapur. Pinggan kosong dikeluarkan.
            “Angah! Tak baik panggil Abang Is macam tu.” Alina menegur kakaknya.
            “Acu, Angah hairan kenapa Acu baik sangat dengan alien ni ? Hakikatnya, kita baru saja kenal alien ni. Acu ni terlalu lurus sangat. Am I right, sis?” Alisa menoleh kea rah Aleya yang sedang memasak. Aleya hanya tersenyum hambar. Tangannya masih ligat memasukkan bahan-bahan untuk menggoreng bihun goreng.
            “Along! Angah! Abang Is bukannya orang lain. Dia saudara kita. Sepupu kita juga. Abang Iskandar anak auntie Maria.”
            Iskandar terkejut. Sepupu? Bila masa mereka bertiga ni sepupu aku? Aku tak tahu apa-apa pun. Selama ini, aku tak ada sepupu pun. Iskandar berasa pelik.
            Alisa meletakkan beberapa pinggan kosong yang diambilnya tadi di atas meja makan dengan kasar. Matanya tepat merenung adiknya. “Alien ni hanya anak tiri Auntie Maria. Dia tiada apa-apa pertalian darah dengan kita. Dia hanya orang luar.”
            “Walaupun Abang Is tiada pertalian darah dengan kita namun Auntie Maria sayangkan Abang Is seperti anaknya sendiri.  Auntie Maria sepupu abah. Abang Is tetap sepupu kita.” Tegas Alina.
            Iskandar tergamam seketika mendengar kata-kata Alina. Ayah mereka sepupu Umi? Setahu aku sepupu Umi hanya Uncle Kadir dan Uncle Kadir tiada anak kecuali ….Mata Iskandar tiba-tiba menjadi bulat. Dia melihat ke arah Alina dan Alisa.
            “Dia tetap tiada kaitan dengan kita.” Alisa meninggikan suaranyaa. Alisa sakit hati bila Alina menyebelahi orang luar.
            Ada!” Alina masih bertegas.
            Mereka bertiga terkejut bila terdengar bunyi sudip dihentak kuat pada kuali. Aleya sedang merenung tajam ke arah mereka bertiga. Awal-awal pagi dah mula bertekak! “Jangan bertengkar di hadapan rezeki.” Aleya mengetap bibirnya. Sakit telinganya mendengar kedua-dua orang adiknya bergaduh disebabkan Iskandar.
            “Mana ada kami bergaduh.” Jawab Alisa dan Alina serentak. Mereka berdua terus menarik kerusi dan duduk. Pandangan mereka dialihkan ke arah lain. Aleya hanya mengeluh.
            Iskandar hanya memerhati. Mereka bertiga ni, buat aku pening kepala. Personaliti mereka benar-benar berbeza. Iskandar melihat ke arah Aleya yang sedang meletakkan bihun goreng yang telah dimasaknya ke dalam pinggan besar. Pandangannya dialihkan pula ke arah Alisa dan Alina. Memang sah, mereka bertiga anak Uncle Kadir. Mata mereka yang berwarna coklat itu telah menunjukkan bahawa mereka adalah anak kandung Uncle Kadir tetapi kenapa Uncle Kadir hanya menyebut tentang  Dr. Alina? Zahari pernah beritahu aku bahawa hanya Dr. Alina anak Uncle Kadir  namun hakikatnya Alina mempunyai kakak kembar.
            “Sekarang ini Lina berkerja di mana?” soal Iskandar secara tiba-tiba.
            “Lina bekerja sebagai doctor di London. Sekarang ni Lina minta cuti selama sebulan.” Jawab Alina.
            “Ooo…Dr. Alina ye!” kata Iskandar. Inilah wanita pujaan Nazri. Dia sudah banyak kali mendengar cerita tentang Dr. Alina dari Nazri. Sekarang ini aku masih tidak faham kenapa hanya Lina saja yang diperkenalkan kepada Uncle Kadir.
            “Makan!” kata Aleya dengan kasar.
            Lamunan Iskandar terganggu bila mendengar suara Aleya.
            “Along cakap elok-elok! Iskandar tetamu kita. Tak elok layan tetamu seperti itu.” Tegur Munirah.
            Aleya hanya mendiamkan diri apabila dirinya ditegur oleh ibunya. Kerusi ditarik dan Aleya terus duduk.
            Iskandar terus bangun. “Mak Cik Munirah, jemput duduk. Kita breakfast sama-sama.” Kata Iskandar menarik kerusi di sebelahnya.
            Munirah tersenyum. “Terima kasih, Is.” Tongkat yang berada ditangannya diletakkan di tepi meja. Budi pekerti anak Maria ni.
            Aleya memerhati gelagat Iskandar. Nampaknya Iskandar dah tahu tentang aku sekeluarga. Semalam aku tak beritahu pun nama ibu pada Iskandar. Semua ini gara-gara Angah dan Acu. Aleya mengalihkan pandangannya pada kedua-dua orang adiknya. Dia merenung mereka berdua. Dia memijak kaki kedua-dua orang adiknya yang duduk di sisinya.
            Mereka berdua serentak menjerit. Mereka menggosok kaki mereka yang dipijak oleh Aleya. Mata mereka tepat melihat Aleya yang masih berlagak tiada apa-apa.
            “Kenapa? Apa yang berlaku?” Munirah terkejut bila mereka berdua menjerit.
            “Tiada apa-apa, ibu.” Jawab Alisa. Dia segera meletakkan bihun goreng ke dalam pinggannya. Dia tahu tindakan Aleya sebentar tadi memberi amaran kepada mereka berdua. Alina terus diam membisa.
            Iskandar melihat telatah Aleya. Personaliti Aleya berbeza dari Alisa dan Alina. Aleya seorang yang pendiam dan serius berbeza dari Alisa dan Alina yang peramah. Aleya lebih gemar mendiamkan diri. Nalurinya begitu kuat untuk mengenali keluarga ini.

                                                *******************************


            “Umi! Umi! Umi, di mana?” jerit Iskandar sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke rumah. Matanya meliar mencari kelibat ibunya.
            “Apa halnya, Is? Bergegar rumah ini disebabkan suara Is.” Maria berjalan keluar dari dapur. Dia membuang apron yang dipakainya sewaktu memasak tadi.
            “Umi, kenapa Umi tidak beritahu Is yang arkitek import tu anak Uncle Kadir? Maksu Is ialah Aleya. Umi tahu tentang Aleya kan selama ini.”
            Maria tergamam mendengar kata-kata Iskandar. “Apa yang Is cakapkan ni, umi tak faham.” Suara Maria bergetar. Dia sudah berjanji pada Aleya. Tiada siapa akan tahu mengenai mereka tetapi bagaimana Iskandar tahu mengenai Aleya.
            “Umi, jangan berpura-pura lagi. Is tahu Umi faham . Is dari rumah kita di Puchong. Is jumpa Auntie Munirah sekeluarga bersama 3 orang anak kembarnya.”
            “Is! Kenapa Is pergi sana? Bukan ke Umi sudah pesan jangan pergi sana?” Maria terkejut mendengarnya.
            “Kenapa Umi? Is tak faham. Lagi satu kenapa Umi rahsiakan dari Uncle Kadir tentang kewujudan Aleya dan Alisa. Uncle Kadir berhak tahu tentang anak-anaknya.” Iskandar geram.
            “Is ingat Umi suka ke buat semua ini! Ini adalah permintaan Auntie Munirah.”
            “Kenapa?”
            “Sebab dia risaukan keselamatan anak-anaknya.”
            “Apa!”
            “Kartika pernah cuba untuk membunuh Alina tetapi pada waktu itu Alisa menyamar sebagai Alina. Mujurlah Alisa dapat mengelak dari dilanggar  kereta. Jika Kartika tahu mengenai Aleya dan Alisa, pasti dia akan merasakan kedudukannya terancam malah dia akan melakukan sesuatu yang lebih drastic dari ini. Umi hanya menolong mereka dan seperkara lagi yang Is perlu tahu, Aleya dan Alisa tidak seperti Alina.”
            “Apa maksud Umi?”
            “They hate him.”
            “Tapi kenapa?” Iskandar masih tidak faham.
            “Segala apa yang telah Abang Kadir pernah lakukan pada ibu mereka, mereka takkan lupa semua itu. Mereka takkan sesekali akan memaafkan perbuatan Abang Kadir terhadap Kak Munirah.”
            “Sebab itu Aleya dan Alisa enggan menunjukkan diri mereka.”
            “Ya. Jika Is telah berjumpa mereka bertiga, pasti Is tahu bagaimana personality mereka bertiga kan.” Maria tersenyum.
            “Ya. Aleya dan Alisa jauh berbeza dari Alina tetapi Umi lambat laun juga perkara ini akan diketahui oleh Uncle Kadir. Walau setebal manapun benci mereka terhadap Uncle Kadir, hubungan mereka tetap tidak akan berubah kerana darah yang mengalir dalam tubuh badan mereka adalah sebahagian dari tubuh Uncle Kadir.”
            “Kata-kata Is ada benarnya.Umi faham perasaan Aleya dan Alisa dan jika Umi di tempat mereka pasti tindakan Umi sama seperti mereka. Mungkin mereka tidak dapat melupakan perbuatan Abang Kadir terhadap Kak Munirah? Tiada anak yang dapat menerima bahawa ibu mereka diperlakukan sebegitu.” Kata Maria dengan lemah.
            “Umi, teruk sangat ke perbuatan Uncle Kadir pada Auntie Munirah?” soal Iskandar.
            Perlahan-lahan Maria menganggukkan kepalanya. Setiap kali mengingati apa yang pernah dialami oleh Kak Munirah, hatinya menjadi sebak.  Kak Munirah tidak sepatutnya menerima layanan sebegitu. Air mata Maria mengalir tanpa dia sedari. “ Kak Munirah pernah dikurung selama 2 minggu tanpa diberi makanan dan minuman hanya disebabkan dia pergi melawat kubur arwah ayah dan ibunya tanpa kebenaran Abang Kadir. Kenapa ? Besar sangat ke kesalahan Kak Munirah ? Salahkah seorang anak melawat kubur ibu bapanya? Apa salah Kak Munirah dilayan seperti itu? Dia manusia juga. Ada hati dan perasaan. Jika Umi tidak datang pada hari itu , entah apa yang terjadi pada Kak Munirah. Abang Kadir memang sudah melampau.” Peristiwa itu masih segar di ingatanya walaupun sudah 25 tahun berlalu. Dia terkejut apabila Mak Jah beritahu yang Kak Munirah telah dikurung oleh Abang Kadir. Mak Jah cuba membuka pintu itu tetapi kunci bilik itu dipegang oleh Abang Kadir. Nasib baiklah, ada Pak Man ketika itu. Sebaik saja pintu dibuka, Kak Munirah terbaring di lantai dalam keadaan lemah. Sanggup Abang Kadir membiarkan Kak Munirah kelaparan? Tak ada hati perut langsung.
            “Jika Umi ceritakan semuanya pada Is, pasti Is akan lebih terkejut tetapi Umi tak mahu mengungkit peristiwa itu lagi. Semua ini dah berlalu. Tentang Aleya dan Alisa, itu hak mereka. Mungkin ini balasan Abang Kadir terhadap Kak Munirah selama ini. Umi harap Is rahsiakan perkara ini demi keselamatan mereka. Umi yakin Kartika sedang mencari mereka sekarang ini.” Maria memegang lembut bahu anak tirinya. Maria cuba tersenyum.
            “Jadi Umi mahu biarkan saja ke?”
            “Ini hal keluarga mereka, Is. Kita tak berhak masuk campur. Umi hormat keputusan Kak Munirah. Umi harap Is pun begitu.” Kata Maria sebelum mengatur langkah meninggalkan Iskandar.

                        ***************************************************

            Alisa menoleh ke kiri dan kanan. Air fresh oren yang dipesannya sebentar tadi sudah habis diminum. Mana pulak Tina? Janji nak jumpa aku pukul 2.30 petang tapi sekarang ni sudah pukul 3.00 petang. Batang hidung pun tak nampak lagi. Alisa melihat pada telefon bimbit yang berada di tangannya. Pagi tadi Tina ada menghantar sms padanya dan ingin beritahunya sesuatu. Penting lagi katanya.
            “Dr. Alina!” Tiba-tiba ada seseorang menegur Alisa. Dia berpaling. Dia terkejut melihat Zahari yang sedang mendekatinya.
            “Zahari! What’re you doing here?” soal Alisa. Aduh, apa pulak lelaki ni buat di sini? Kalau Tina datang, pasti bocor rahsia aku.
            “Jumpa kawan di sini. Lina tengah tunggu siapa?” soal Zahari terus duduk tanpa dipelawa oleh Alisa.
            Alisa mengetap bibirnya. “Jumpa kawan.”
            “Siapa? Mungkin saya kenal dengan kawan Lina ke?” Zahari tersenyum.Dia sengaja ingin menduga Alisa.
            Alisa merenung Zahari. Penyibuk! “Mungkin awak tak kenal dengan dia.”
            “Kalau kawan Lina tu seorang lawyer, mungkin saya kenal. Semua lawyer di Kuala Lumpur ni saya kenal.” Beritahu Zahari.
            Air muka Alisa berubah. Macam mana dia tahu Tina seorang peguam? Alisa mula tidak sedap hati. “How do you know that my friend is a lawyer?” Alisa mula berlagak seperti biasa.
            “Because she is my sister, Alisa.”
            Alisa tergamam. Dia melihat Zahari masih tersenyum padanya. “Jadi awak yang ingin berjumpa dengan saya dan bukannya Tina. Maksudnya Tina telah memperdayakan saya untuk berjumpa dengan awak.” Kata Alisa. Dia tak sangka Tina sanggup bertindak seperti itu. Dia tak tahu pulak yang Zahari adalah abang Tina. Selama ini aku tahu Tina mempunyai seorang abang tetapi aku tak pernah nak ambil tahu nama abang Tina.
            “Sebenarnya Tina tak tahu apa-apa. Saya ambil telefon bimbit Tina tanpa pengetahuan Tina. Saya minta no telefon awak pada Tina tetapi Tina enggan memberikannya sebab itu saya terpaksa gunakan cara ini.” Zahari mengeluarkan telefon bimbit Tina dari poket seluarnya dan diletakkan di atas meja.
            Alisa menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Tak sangka awak begitu licik.”
            “Tapi saya tak selicik awak, Alisa. Awak dan Aleya menyamar sebagai Alina semata-semata kerana tidak mahu Uncle Kadir tahu tentang diri kamu berdua. Why?”
            “Dia tak berhak tahu tentang kami. Dia sudah buang kami dan ibu dari hidupnya jadi dia tiada kaitan dengan kami lagi.”
            “Uncle Kadir adalah ayah kandung kamu semua dan suami yang sah pada Auntie Munirah. Lagipun pada waktu itu Uncle Kadir tidak tahu yang Auntie Munirah sedang mengandung. Jika Uncle Kadir tahu pasti Uncle Kadir tidak akan bertindak seperti itu.” Zahari masih mempertahankan Uncle Kadir.
            “Awak pasti ke? Entah-entah dia suruh ibu gugurkan kandungannya bila dia mendapat tahu ibu tengah mengandung. Awak masih tidak kenal siapa lelaki itu pada 25 tahun yang lalu? Dia layan ibu  macam sampah.” Tegas Alisa. Sakit hatinya bila Zahari membela lelaki itu.
            “Alisa.” Zahari terkejut dengan kata-kata Alisa.
            “Awak tak tahu bagaimana lelaki itu layan ibu  sepanjang 2 tahun ibu  hidup bersama dia. Betapa seksanya kehidupan ibu  pada waktu itu. Seorang anak yatim piatu tetapi maruahnya diperlekehkan oleh seorang lelaki yang merupakan suami dia sendiri. Awak ingat saya boleh lupa semua itu. Tidak! Walaupun ibu dan Alina boleh memaafkan lelaki itu tetapi saya dan Aleya takkan maafkan lelaki itu selama-lamanya, awak faham tak? Jika awak nak beritahu lelaki itu tentang kami, silakan. Saya tak menghalang tetapi kalau awak nak penyakit lelaki itu bertambah teruk, awak beritahulah dia.” Alisa terus bangun. Zahari masih tergamam dengan kata-kata wanita itu.
            “Awak hanya berjumpa dengan saya bukannya dengan kakak saya lagi.  Lagi satu, jangan masuk campur hal orang lain. Nampaknya awak masih belum serik lagi ke dengan peristiwa di KLIA hari tu” Alisa tersenyum. Dia melambai tangannya pada Zahari sebelum mengatur langkahnya satu persatu meninggalkan Zahari. Senyuman Alisa mati apabila dia mengatur beberapa langkah meninggalkan Zahari. Teruklah kalau macam ni! Alisa mula resah.
            “Jadi Alisa orangnya yang kenakan aku di KLIA hari itu.” Zahari menggelengkan kepalanya. Nampaknya Alisa dan Aleya sangat bencikan Uncle Kadir. Apa yang sepatutnya aku lakukan? Perlukan aku beritahu Uncle Kadir perkara yang sebenarnya atau aku perlu rahsiakan perkara ini. Hmm…hakikatnya mereka tetap anak Uncle Kadir. Aku perlu pastikan tahap kesihatan Uncle Kadir beransur pulih sebelum aku beritahu Uncle Kadir tentang Aleya dan Alisa.

                                    *************************************

            “Along! Along! Along!” jerit Alisa. Langkahnya diatur pantas menaiki anak tangga menuju ke bilik kakaknya. Pintu bilik Aleya dibuka dengan kasar. “Along kita ada masalah besar.”
            Aleya terkejut apabila Alisa meluru masuk ke biliknya. “Angah, lain ketuk pintu dulu sebelum masuk. Dah banyak kali Along pesan.”
            “Sorry tetapi perkara ini urgent.”
            “Urgent!” Dahi Alisa berkerut. Apa pulak masalah yang adik aku buat kali ini?
            “Zahari! Peguam tu rupanya abang Tina.” Beritahu Alisa terus duduk di sofa yang ada di bilik Aleya.
            “Abang Tina! Guest what? Now, he knows about us.”
            “Apa!”
            “Dia beritahu Angah yang dia nak beritahu lelaki itu tentang kita. Zahari itu memang penyibuk.” Alisa geram apabila mengingatkan kembali kata-kata lelaki itu.
            Aleya mengeluh. Inilah perkara yang amat dia takutkan. Semakin ramai orang sudah mengetahui tentang mereka, keselamatan ibu dan adik-adiknya semakin terancam.
            “Along, apa kita nak buat sekarang ini?”
            “Angah pulang dulu bersama ibu dan Acu. Setelah urusan Along selesai, Along akan menyusuri dari belakang.”
            “No! Leave you alone here, itu bukan idea yang baik Along. Ibu pasti takkan setuju. Begitu juga dengan Angah dan Acu. Kita akan pulang bersama-sana.” Alisa tidak setuju dengan cadangan kakaknya.
            “Itu saja jalan yang kita ada, Angah.”
            “No! Tentang Zahari, tahulah Angah uruskan dia. Perkara yang penting sekarang ni, selesaikan dulu urusan Along dengan alien tu. Along tak rasa ke alien tu seperti cuba melengah-lengahkan Along.”
            “Along tahu. Tahap kesabaran Along ada batasnya.”
            “Aaa….tentang Datin Kartika, apa rancangan Along?” Alisa tersenyum. Dia tahu kakaknya telah merancang sesuatu.
            Aleya turut sama tersenyum. “Angah ni gelojoh sangat.”
            “Iye la, hari itu Angah cuba nak kenakan Datin Kartika  tapi Along halang. Sekarang ini Angah nak tahu bagaimana Along nak balas balik apa yang dia pernah buat pada ibu.”
            “Kita bocorkan rahsia yang telah lama dia simpan tanpa pengetahuan sesiapa. Rahsia yang akan menjatuhkan maruah dan nama dia”
            “Maksud Along tentang anak-anak ikan yang di simpan selama ini ke? Bagus tu. Biar dia putih mata.” Alisa ketawa. Dia tak dapat bayangkan reaksi Datin Kartika nanti.
            “Bukan itu, Angah.”
            “Habis tu, apa Along?” Alisa hairan.
            “Tentang Datin Kartika yang merupakan isteri kedua. Semua orang ingat Datin Kartika adalah isteri pertama pada lelaki itu tetapi sebenarnya dia pemusnah rumahtangga orang. Dengan cara ini kita dapat menjatuhkan popularitinya sebagai selebreti. Along dapat tahu yang Kelab Wanita VVIP akan melantiknya sebagai presiden kelab itu. Mungkin selepas artikel ini disiarkan, Datin Kartika hanya mampu gigit jari saja. Apa agaknya pandangan orang ramai dan peminatnya bila mengetahui hal ini?”
            “Bagus idea, Along tetapi ibu juga akan turut sama terlibat jika perkara ini didedahkan.”
            “Itu memang benar. Mereka hanya akan tahu yang ibu melarikan diri ke luar negara. Itu saja maklumat yang Along akan beri dan selebihnya tentang diri kita adalah rahsia, Along ada kawan yang akan uruskan tentang hal ini.” Aleya sudah merancang segala-galanya hanya menunggu masa yang sesuai untuk menjalankannya.
            “Baiklah. I agree.”
            “Agree for what?” Alina tiba-tiba menyampuk. Matanya merenung kedua-dua kembarnya yang terkejut dengan kehadirannya. Macam ada sesuatu yang tak kena saja?
            “Acu, lain kali masuk ketuk pintu dulu. Ini tidak main redah saja.” Tegur Alisa.
            Aleya menoleh kea rah Alisa. Eh, Eh! Dia pun sama saja.
            “Pintu bilik ini dah terbuka luas, kenapa pulak Acu nak kena ketuk? Along dan Angah tengah plan sesuatu ke?” Alina mula syak sesuatu.
            “Mana ada? Acu ni suka sangat tuduh orang tanpa bukti. Berdosa tahu tak?” pantas Alisa menjawab.
            “Betul ke?” Alina membuat mimic muka. Alina melihat pada Aleya yang selamba. Mereka berdua ni bukannya boleh dipercaya sangat. Alina melihat mereka berdua dengan pandangan yang curiga.

2 comments:

Hasmunirah said...

Suka sgt citer ni... tahniah buat Lili..
Tak sabar nak tgu n3 akan datang...

keSENGALan teserlah.. said...

whoaaa..
best2..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...