Tuesday, February 7, 2012

Siapa Orang Gajiku? Bab 25

BAB 25

            Haikal masih kaku berdiri. Dia memandang di segenap penjuru bilik Aina. Haikal tidak percaya dengn apa yang diceritakan oleh Sofea. Tak mungkin Aishah mencuri duit nenek! Mungkinkah Sofea telah salah-faham? Tetapi Sofea tetap mengatakan kata-katanya adalah benar. Matanya tidak pernah menipu. Aina keluar dari bilik nenek bersama sampul surat berwarna putih bersamanya.
            “Stop it, Sofea! Apa kata Aishah dan Murni jika mereka lihat kita masuk ke bilik mereka tanpa kebenaraan mereka!”
            “Ini kan rumah you. Kenapa pula you nak takut pada mereka berdua? You bos mereka. You nak buat apa, itu hak you sebagai tuan rumah.” Jawab Sofea sambil tangannya menggeladah almari yang ada di situ. Mana satu alamari Aishah ni?
            “Yes, this is my house! Tetapi ada batasannya, Sofea! Walaupun mereka orang gaji, mereka ada maruah diri.” Tegas Haikal.
            Sofea mendengus. “You suka menyebelahi Aishah kan! Walauapa yang I cakap, you mesti tak percaya. Sekarang ini, I nak dapatkan bukti untuk you tetapi you masih nak salahkan I. Selagi I tak tunjukkan bukti di depan mata you, you takkan percaya.” Sofea mula menyelongkar. Hatinya sakit. Sakit apabila kata-kata tidak dipercayainya. Aku mesti tunjuk pada Haikal. Biar buka sikit mata.
            “Sofea!” Haikal terkejut apabila Sofea menyelongkar alamari. Kata-kata aku tidak diendahkan. Apa nak jadi dengan Sofea ni? Pantas Haikal memegang tangan Sofea agar berhenti dari menyelongkar.
            “Dah jumpa!”
            Haikal terkejut.
            Sofea menggeluarkan sampul surat putih dari timbunan baju kurung di dalam almari. Senyuman lebar terukir di bibir.
            “See, I told you, Haikal.” Sofea menghulurkan sampul surat itu pada Haikal tetapi tiada apa-apa reaksi dari Haikal. Dengar segera Sofea membuka sampul surat itu dan menggeluarkan beberapa keping wang bernilai RM100. Sofea menunjukkan pada Haikal. “Ini buktinya. Sekarang you dah nampak kan! I tak mereka cerita, Haikal. Aishah tu pencuri. Dia ada niat tak baik pada keluarga you. Percayalah cakap I. Sebelum terlambart, I rasa you kena lakukan sesuatu..”
            Mata Haikal bulat. Dia tidak percaya dengan apa yang berlaku. Adakah ini sikap sebenar Aishah? Pencuri? Haikal mengetap bibir. Adakah apa yang berlaku selama ini hanya lakonan semata-mata? Aishah melayan aku dengan baik hanya kerana Aishah ada agenda sendiri. Aku tak sangka aku sudah tersalah menilai orang? Hati Haikal sakit.
            Sofea tersenyum apabila melihat perubahan wajah Haikal yang kecewa. Nampaknya rancangan aku dah berjaya? Jerat semakin mengena. Sedikit demi sedikit Haikal akan membenci Aishah. Selepas ini, Aishah tak akan menjadi penghalang kebahagian aku.
            Perlahan Sofea memaut lengan kanan Haikal dengan gaya manja. “You tahu kan, I sangat sayangkan you. Apa yang I buat sekarang ini hanya untuk menyedarkan you dan bukan niat I untuk melaga-lagakan you dan Aishah! I tak mahu apa-apa terjadi pada you dan keluarga you. I hanya nak tunjukkan pada you, siapa Aishah yang sebenarnya. Itu saja. I love you, Haikal.” Sofea meletakkan kepalanya dibahu Haikal. Senyuman semakin lebar di bibir Sofea. Hatinya gembira.
            Haikal masih kaku. Apa yang bermain di fikirannya sekarang ini hanyalah Aishah? Kenapa Aishah sanggup lakukan begini pada aku? Kenapa? Haikal telah menganggap Aishah seperti kawan baiknya. Haikal berasa selesa setiap kali bersama Aina. Tetapi kenapa mesti ini semua terjadi? Haikal kecewa.

                        ***********************************************

            Dahi Aina berkerut memikirkan sesuatu. Dia terkejut apabila membuka almari baju miliknya. Berselerak. Perkara pertama Aina cari adalah sampul surat yang berisi wang RM50 ribu. Aina mengeluh lega. Nasib baik tak hilang. Jika tak, aku tak tahu macam mana nak menjawab dengan nenek. Aina masih berdiri di tepi jalan berhampiran simpang rumah Tengku Fauziah. Aina melihat jam tangan beberapa kali. Dah lewat ini. Cahaya lampu jalan menerangi Aina. Aina gelisah.
            “I’m so sorry, Aina!” Aril membetulkan topi yang dipakainya.
            “You’re late.”
            “Aina ingat senang nak meloloskan diri dari mama? Atau Aina nak abang bawa mama sekali?’ usik Aril.
            Wajah Aina berubah. Mama! Nak cari nahas?
            “Apa halnya? Tak boleh ke tunggu esok. Sekarang ni dah lewat malam.”
            “Aina nak minta tolong sikit. Aina nak abang simpan barang ni.” Aina memberi sampul surat yang mengandungi duit RM50 ribu. Dia rasa tak selamat menyimpan duit itu selepas apa yang terjadi.
            Dahi Aril berkerut. Dia membuka sampul surat itu. Matanya bulat melihat beberapa keping duit. “How do you get this money, Aina?”
            “Nenek Tengku Fauziah yang bagi untuk Aina bagi pada rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan. Upah Aina.”
            ‘Kenapa Aina tak simpan saja?”
            Aina mengeluh kuat. Kenapa kebelakangan ini dia berasa tak sedap hati? Aina sendiri tak tahu. Sukar untuk dijelaskan. “Aina rasa tak sedap hati kebelakangan ini, abang!” Aina meluahkan isi hatinya.
            Aril mendengus kecil. “Inilah akibatnya jika menipu orang. Hidup tak senang. Bila Aina nak berhenti menjadi orang gaji Haikal?”
            “Lagi beberapa hari nenek balik. Selepas nenek balik, tugas Aina dah selesai. Aina akan balik ke rumah.” Aina tersenyum. Kenapa aku berasa sedih secara tiba-tiba ? Hatinya berasa berat meninggalkan rumah itu.
            “Baguslah.” Aril memegang tangan adiknya. “Bila dah selesai, call abang. Abang ambil Aina balik.” Aril tersenyum.
            Perlahan-lahan Aina menggangukkan kepala.
            Haikal mengetap bibir melihat gelagat mereka berdua. Dari jauh Haikal memerhati bersama Sofea. Mata Haikal masih tidak bergerak.
            “Tengok tu, Aishah beri duit itu pada lelaki tu. Entah-entah lelaki tu boyfriend dia. I tahu. Lelaki tu pasti rakan subahat Aishah.” Sofea bersuara. Nampaknya apa yang berlaku pada malam ini berpihak pada aku. Tak lama lagi Aishah akan berambus dari sini.
            Kata-kata Sofea tidak diendahkan. Haikal merenung. Siapa lelaki itu? Haikal cuba melihat wajah lelaki itu tetapi tidak jelas. Pada waktu malam sebegini, menyukarkan Haikal melihat wajah lelaki itu. Topi yang dipakai lelaki itu melindungi separuh wajah. Haikal mengetap bibir. Dia benar-benar ingin melihat wajah lelaki itu. Siapa lelaki tu sehingga Aishah membenarkan lelaki itu memegang tangannya?
            “You dengar tak apa yang  I cakapkan ni?” Sofea meninggikan suaranya. Dia bengang apabila kata-katanya tidak diendahkan.
            “Boleh tak you diam sekejap?” marah Haikal secara tiba-tiba. Haikal keluar dari kereta Sofea dan berjalan meninggalkan Sofea.
            Sofea menghentak tangan di stereng kereta. Dah jelas Haikal cemburu. Memang benarlah Aishah dah mula bertakha di dalam hati Haikal. Sofea mengetap bibir. Aishah, aku akan pastikan kau merana! Aku akan buat Haikal membenci kau. Kau tunggu dan lihat. Perempuan kampung macam kau tak layak bersaing dengan aku.

                                    **********************************\

            Aina melepaskan keluhan dengan kuat. Aina resah. Dia tak tahu apa yang berlaku sekarang ini. Sejak kebelakangan ini, Haikal seperti ingin melarikan diri dari aku. Senyuman aku dibalas dengan jelingan.Renungan Haikal begitu menggerunkan sehingga Aina takut untuk menegur Haikal. Fikiran Aina buntu. Aku ada buat salah ke? Setahu aku, tak ada pun. Aina merenung kolam renang itu dengan pandangan kosong.
            “Ada masalah besar ke? Termenuang jauh.” Tegur Sofea secara tiba-tiba. Aina berpaling.
            “Cik Sofea!”
            “Kau ambil angin ke?”
            “Tak.”
            “Atau nak curi tulang?” perli Sofea. Dia berjalan mendekati Aina.
            Wajah Aina berubah. Sejak dari hari itu, aku dapat merasakan Sofea ada isu dengan aku. Aku ada buat salah kat dia ke?
            “Siapa kau yang sebenarnya? Tell me!”
            “Apa maksud Cik Sofea? Saya tak faham.”
            “Kau jangan nak berlakon di hadapan aku. Sekarang tiada sesiapa. Kita berdua. Lebih baik kau tunjukkan belang kau! Tunjukkan siapa diri kau yang sebenarnya.” Sofea meninggikan suara. Dia sudah malas nak main tarik tali dengan Aishah.
            “Apa masalah Cik Sofea sebenarnya? Kenapa Cik Sofea asyik tak puas hati dengan saya? Jika saya ada buat salah pada Cik Sofea. Saya minta maaf.” Aina meminta maaf. Aina tak mahu mengeruhkan keadaan.
            “Kau jangan nak buat muka selamba kat aku. Di muka dah jelas terpampang, apa niat kau yang sebenarnya! Aku tak bodoh. Kau ada agenda sendiri kan!” Sofea menunding jari ke Aina.
            Aina menepis jari Sofea. “Cik Sofea! Saya rasa lebih baik CIk Sofea berterus-terang dengan saya! Apa yang Cik Sofea nak dari saya? Cuba Cik Sofea beritahu saya sekarang ini.” Aina tahu Sofea ingin cuba menyampaikan sesuatu padanya.
            “Aku mahu kau jauhkan diri dari Haikal.”
            “Kenapa?”
            “Jangan banyak soal. Buat saja apa yang aku suruh. Kau tu orang gaji. Sedar diri sikit.”
            “Cik Sofea! Seperti Cik Sofea cakap kan tadi, saya ni orang gaji. Tuan Haikal adalah majikan saya. Jadi, saya perlu ikut cakap Tuan Haikal. Apa yang Tuan Haikal suruh saya kena buat nanti ada pula orang kata saya curi tulang.” Balas Aina balik.
            “Kau! Aku tahu kau sukakan Haikal kan! Sebab itu kau tak mahu jauhkan diri dari Haikal kan!”
            ‘Apa yang CIk  Sofea cakapkan ni?” Aina terkejut.
            “Aku tahu kau sukakan Haikal. Dari cara kau memandang Haikal, aku dah tahu. Kau cintakan Haikal.”
            “Cik Sofea! Jangan nak buat cerita.” Aina memberi amaran. Tindakan Sofea semakin melampau.
            “Itu adalah kenyataannya. Jika kau betul tak mencintai Haikal, kau mesti tinggalkan rumah ini.”
            Mata Aina bulat sebaik sahaja mendengar permintaan. “Cik Sofea! Hanya Tengku Fauziah yang boleh menghalau saya. Tanpa arahan Tengku Fauziah tak mungkin saya akan tinggalkan rumah ini.”
            Sofea bengang apabila mendengar jawapan. Dengan pantas, Sofea memegang tangan Aina. Genggamannya erat. “Kau mesti berambus dari sini! Faham tak? Aku tak mahu tengok muka kau lagi. Berambus.”
            Aina menahan kesakitan. Genggaman Sofea menyakitkan tangannya.
            “Sofea! Sofea!” serentak mereka berdua berpaling apabila mendengar suara Haikal.
            Sofea panic. Tiba-tiba dia mendapat idea. “Kak Aishah! Kenapa? Apa salah Sofea? Salahkah Sofea mencintai Haikal.” Sofea sengaja meninggikan suara. Air mata mengalir membasahi pipi.
            Aina terkedu seketika.
            Tiba-tiba Sofea jatuh terduduk di atas lantai. Tangisan Sofea masih kuat.
            Aina kaku dan hanya memerhati. Aina merenung Sofea. Wanita ini benar-benar menakutkan.
            “Sofea! Apa dah jadi ni?” Haikal  berlari mendekati Sofea.
            “Haikal!” tangisan Sofea semakin kuat dari tadi. Dia memaut lengan Haikal untuk bangun. Pandangannya diarahkan pada Aina yang berdiri
            “Kau dah gila ke, Aishah? Kenapa kau tolak Sofea?” jerkah Haikal. Matanya merah menyala merenung Aina. Dia tak sangka Aina sanggup berkasar dengan Sofea.
            Haikal memegang lengan kanan Aina dengan kasar. “Sekali lagi kau berkasar dengan Sofea, aku takkan teragak menghalau kau dari sini.” Haikal memberi amaran pada Aina.
            Aina hanya diam membisu. Itulah tindakan yang terbaik. Jika aku terangkan segala-galanya, pasti keadaan lebih keruh. Dia tahu tujuan Sofea berkelakuan seperti itu. Untuk membuat Haikal lebih membenci aku. Aina hanya memerhati kelakuan mereka berdua. Patutlah nenek tak suka pada Sofea. Inilah sikap Sofea yang sebenarnya. Adakah aku telah melakukan kesilapan apabila menyuruh Haikal menerima Sofea kembali?
            “Dengar sini, walaupun kau orang gaji kesayangan nenek aku, aku takkan membiarkan kau membuli orang sesuka hati kau. Sofea adalah orang yang sangat penting dalam hidup aku. Kau boleh perbodohkan nenek aku tetapi bukan aku.” Haikal meninggikan suara. Haikal berpaling dan memegang bahu Sofea.
            “Are you okey?” nada suara Haikal berubah sebaik sahaja bercakap dengan Sofea.
            “Sikit saja. Jom masuk, sayang.” Sofea tersenyum. Rancangannya berjaya. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam rumah.
            Sebaik sahaja mereka berdua masuk, Aina mendengus kuat. “Masih juga ada wanita macam ini, ingatkan dalam tv sahaja ada. Wah…..pandai betul berlakon.” Aina mencekak pingganggnya. Tetapi kenapa tiba-tiba aku berasa sakit di sini? Aina memegang dadanya. Dahi Aina berkerut.

                                    **************************************

            Zetty menahan Sofea dari membuka pintu kereta. “Apa kau dah buat pada Kak Aishah? Kenapa kau aniaya dia?” soal Zetty. Dia telah nampak segala-galanya.
            Sofea tercengang.
            “ I saw everything Sofea. Kenapa kau tergamak buat begitu pada Kak Aishah? Kau berpura-pura terjatuh dan menyebabkan Haikal salah faham terhadap Kak Aishah. Apa masalah kau sebenarnya, Sofea.” Sofea mengetap bibir. Walaupun dia baru sahaja mengenali Kak Aishah tetapi dia tahu Kak Aishah seorang yang baik.
            “Perempuan itu adalah masalah aku! Dia nak rampai Haikal dari aku.”
            Zetty ketawa kecil. “Dari mana kau dapat idea tu? Tak masuk akal.”
            “Mata aku nampak semuanya, Zetty! Naluri aku kuat mengatakan perempuan tu ada hati pada Haikal.”
            “Jadi kau takut tempat akan diganti dengan Kak Aishah! Nonsense! Kak Aishah tu baik orangnya. Tak macam kau! Suka berprasangka buruk pada orang lain.”
            “Kau baru kenal dia sehari! Sekarang ini kau dah mula berpihak pada dia.”
            “Sebab Kak Aishah seorang yang baik.” Kata Zetty.
            “Dia cuba nak rampas Haikal dari aku, kau masih kat dia baik. Haikal hak aku.” Tegas Sofea. Sejak kebelakangan ini, Zetty sering tidak sependapat dengannya.
            “Hak! Bercakap mengenai hak kan! Kau sedar tak kau tu hak orang lain. Isteri orang. Kau tu masih ada suami tetapi berlagak seperti single. . Tiap-tiap hari datang ke sini, kau tak rasa malu ke?”
            “Zetty!” Sofea bengang.
            “Dari kau buat kerja yang tak berfaedah, baik kau tolong aku di butik. Butik tu butik kau jugak. Asyik nak makan gaji buta saja.” Bebel Zetty sebelum masuk ke dalam perut kereta Mazda 2 miliknya.
            Sofea menghentak kakinya beberapa kali. Sakit hati apabila ditegur oleh Zetty.

                        ******************************************

            Tiba-tiba satu penampar hinggap di pipi kanan Aina. Mak Som dan Murni turut sama terkejut dengan apa yang berlaku. Perlahan-lahan Aina memegang pipinya yang pedih akibat ditampar oleh Tengku Fazira. Apa sebenarnya yang berlaku?
            Haikal hanya melihat.
            “Aku beri kau tempat tinggal dan makan tetapi kau masih berani tikam aku dari belakang. Kau ni manusia jenis apa, hah?” jerkah Tengku Fazira. Matanya merah menyala merenung Aina.
            Mak Som memeluk Aina. “Apa halnya ni, puan! Tak boleh ke kita bincang elok-elok?”
            Matanya berair. Dia tak pernah ditampar sebelum ini. Mama dan atuk pun tak pernah pukul aku. Aina bingung. Kenapa Tengku Fazira tiba-tiba naik kat aku? Aku ada buat salah ke?
            “Ikutkan hati, nak saja aku penampar kau lagi. Orang gaji tak kenang budi. Mana rantai aku? Mana?” jerit Tengku Fazira.
            “Rantai….Rantai…apa yang Puan cakapkan ini?” bergetar suara Aina. Rantai apa yang dimaksudkan oleh Tengku Fazira. Aina mengesat air matanya. Aina memandang ke arah Haikal. Dia ingin tahu.
            “Rantai aku! Kau ingat rantai kau ke? Harga rantai aku tu beratus ribu. Mana rantai aku? Aku nak balik. Kau kembalikan rantai aku.”
            “Saya tak ambil puan! Demi Allah S.W.T, saya tak ambil rantai puan.” Jawab Aina bersungguh-sungguh. Seumur hidup, aku tak pernah mencuri..
            “Kau jangan nak berlakon di depan aku, Aishah! Aku tahu segala-galanya. Yang aku nak sekarang hanya rantai aku! Pulangkan!”  Tengku Fazira memegang lengan Aina dan digoncang dengan kasar.
            “Puan! Bawa mengucap!” Mak Som menolong Aina. Dia menghalang Tengku Fazira dari mencederakan Aina. Murni turut sama menolong. Keadaan menjadi kecoh.
            “Lepas! Biar aku ajar perempuan ni! Berani mencuri sekarang ini.” Tengku Fazira geram apabila Mak Som dan Murni turut masuk campur. Aina terlepas dari genggamannya. Nafas Tengku Fazira turun naik.
            Tangisan Aina semakin kuat. Dia tak pernah dilayan kasar seperti ini. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak.
            “Puan! Puan ada bukti ke menuduh Aishah mencuri. Tak baik menuduh tanpa usuk periksa.”
            “Ini buktinya!” Sofea tiba-tiba berada di situ. Di tangannya ada sebuah beg tangan yang lusuh.
            Mereka berlima menoleh ke arah Sofea.
            Dahi Aina berkerut. Itu beg aku. Kenapa beg aku ada di tangan Sofea? Aina mula tak sedap hati. Air mata yang masih membasahi pipi dikesat.
            Sofea membuka beg tangan Aina. “Ini rantai auntie kan?” Sofea mengeluarkan rantai dari dalam beg tangan Aina.
            “Ya….Ya….Ini rantai auntie.”
            Aina terkedu seketika. Dia sendiri tak faham bagaimana rantai milik Tengku Fazira boleh berada di dalam beg tangan miliknya.
            Mak Som dan Murni saling berpandangan antara satu sama lain.
            Haikal terkejut melihat rantai itu. Pandangannya tepat dialihkan ke arah Aina.
            Bibir Aina bergetar. Dia cuba untuk bersuara tetapi gagal. Suaranya seperti telah hilang.
            Tengku Fazira berpaling. “Ini rantainya. Ini beg kau kan! Sekarang ini apa lagi alasan kau!” jerkah Tengku Fazira. Kemarahannya tidak dapat dibendung lagi.
            “Saya…saya tak tahu bagaimana rantai puan boleh ada dalam beg saya. Betul! Saya tak tahu.” Aina cuba mempertahankan dirinya.
            “Kau jangan nak berlakon! Aku nampak kau keluar dari bilik auntie pagi tadi.” Kata Sofea secara tiba-tiba.
            Aina berpaling ke arah Sofea. “Ya, memang pagi tadi saya ada masuk bilik puan tetapi hanya untuk membersihkan bilik puan.itu sahaja. Saya tak ambil apa-apa pun.”
            “Kalau kau tak ambil apa-apa, bagaimana rantai  auntie boleh hilang? Dan bagaiman pun rantai tu boleh ada di dalam beg kau! Cuba kau beritahu kami sekarang! Rantai ni boleh berjalan ke?” Sofea berkata. Dia merenung Aina tanpa berkelip.
            “Saya tak tahu! Saya yakin ada orang cuba nak aniaya saya.”
            Wajah Sofea berubah apabila mendengar kata-kata Aina. Kini giliran Aina merenung Sofea.
            “Kau jangan nak buat cerita, Aishah! Sekarang ini kau nak salahkan orang lain pula.” Marah Tengku Fazira. Dia sakit hati. Telahan aku memang tepat. Aishah akan membawa masalah ke dalam keluarganya.
            “Sumpah! Saya tak tahu. Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak bersalah! Tuan!” Aina menoleh ke arah Haikal yang sejak dari tadi hanya diam membisu. Haikal langsung tidak membela dirinya. Adakah Haikal percaya dengan apa yang berlaku sekarang ini. Aina cuba mendekati Haikal tetapi Haikal mengundurkan langkahnya. Pandangannya dialih ke arah lain. LAngkah Aina terhenti apabila melihat reaksi Haikal. Kelopak matanya berair. Aina kaku.
            Tengku Fazira mengetap bibir. Segera dia menolak Aina dengan kasar. Aina jatuh terduduk. “Kau jangan cuba nak meraih simpati dari anak aku.” Tengku Fazira tak suka Aina mendekati Haikal.
            Haikal terkejut dengan tindakkan ibunya. Dia tidak menyangka ibunya akan bertindak seperti itu.
            Mak Som dan Murni segera menolong Aina bangun.
            “Puan! Kenapa puan buat Aishah seperti ini? Hal ini belum pasti.Kita mesti siasat dulu. Saya rasa semua ini hanya salah faham! Kita tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Kita tunggu Mak engku balik dulu.” Mak Som bersuara. Dia sudah tidak dapat melihat lagi. Hatinya kuat mengatakan semua ini adalah angkara Sofea. Ya, Sofea!
            Aina hanya menundukkan kepala. Dia bingung. Nasib baik Mak Som dan Murni menyebelahi dirinya. Aina mengesat air matanya dari mengalir. Aku kena kuat. Aku tak bersalah. Berani kerana benar.
            “Kalau nak tunggu Umi balik, habis barang kemas di dalam rumah ini hilang. Kak Som nak saya simpan pencuri dalam rumah ni ke? Tak payah. Lebih baik kita bawa dia ke balik polis. Biar polis saja uruskan.” Tengku Fazira terkejut. Dia geram apabila Mak Som asyik memihak pada Aina.
            Aina terkejut. Polis! Aina mula gelisah. Jika polis terbabit dalam hal ini, makin keruh keadaan. Jika perkara ini sampai ke pengetahuan mama dan atuk, teruk aku dimarahi oleh mama!
            “Polis!” Mak Som terkejut.
            “Memang patut pun kita bawa Aishah ke balai polis lagipun bukti dah ada di depan mata. Saksi pun ada. Biar dia meringkuk dalam penjara.” Sofea mencelah.
            “Ibu! Haikal rasa lebih baik kita jangan buat laporan polis. Masalah lain pula jadinya. Mama mahu ke kawan-kawan mama tahu semua ini nanti nama baik mama juga turut sama jejas. Kita selesaikan hal ini antara kita sahaja.” Akhirnya Haikal bersuara juga.
            Sofea terkejut dengan kata-kata Haikal. Nampak sangat yang Haikal masih berpihak pada Aina. Hati Sofea sakit.
            “Betul juga. Habis apa ibu nak buat, Haikal.” Soal Tengku Fazira. Betul juga kata Haikal. Tak pasal-pasal mereka akan bergosip tentang aku! Tentang aku tak tahu mengawal orang gaji aku sendiri. Hish….tak mahu.
            “Ikut suka ibu.” Haikal terus berjalan meninggalkan mereka. Langkahnya diatur menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Keluhan dilepaskan.Dia sudak tak mahu terbabit dalam hal ini. Kusut fikirannya.
            Tengku Fazira menoleh. “Aku mahu kau kemaskan barang kau sekarang! Kau dipecat. Aku tak mahu lihat muka kau lagi. Berambus! Malam ini juga kau keluar dari rumah aku! Faham!” tegas Tengku Fazira sebelum melangkah menuju ke ruang tamu. Beg tangan Aina dilempar ke arah Aina. Sofea membuat mimic muka. Dia mengekori Tengku Fazira.
            “Kurang ajar betul, Cik Sofea tu!” kata Murni terus mengambil beg tangan Aina.
            “Sabarlah, Aishah! Ini semua dugaan. Mak Som dan Murni tahu Aishah tak bersalah dalam hal ini. Bersabarlah ye!” pujuk Mak Som sambil memegang tangan Aina. Sejuk dan sedikit gementar.
            “Betul, Kak Aishah! Ini semua mesti angkara Cik Sofea. Kami berdua boleh nampak. Kak Aishah jangan takut, Murni dan Mak Som berpihak pada Kak Aishah.” Murni berkata.
            “Terima Kasih, Mak Som! Murni! Terima kasih banyak-banyak! Jasa baik Mak Som dan Murni , tak mungkin saya akan lupa. Saya rasa lebih baik saya kemas barang sekarang ini.”
            “Dah lewat malam, Aishah! Mana Aishah nak pergi malam-malam begini. Hujan pulak tu. Tiga hari lagi, Mak Engku akan balik. Aishah tunggu saja sehingga  Mak Engkau. Tentang puan, lupakan saja! Rumah ini rumah Mak Engkau. Puan tak boleh sesuka hati  dia. Aishah tunggu Mak Engkau balik ye.” Pujuk Mak Som. Kedengaran hujan lebat di luar rumah banglo mewah itu. Mak Som risau.
            Aina mengeluh. “Saya rasa lebih baik saya pergi dari sini. Saya tak mahu menyusahkan sesiapa pun. Saya tak mahu keadaan menjadi lebih terus. Lebih baik saya pergi, Mak Som! Ini untuk kepentingan semua pihak.” Aina cuba tersenyum tetapi kelat.
Langkah terus diatur meninggalkan Mak Som. Jika kehadiran aku hanya untuk disakiti lebih baik aku pergi.
            “Apa kita nak buat sekarang ni, Mak Som?” soal MUrni. Dia gelisah.
            Mak Som mengeluh kuat. Dia bingung. Kenapa keadaan mejadi seperti ini semasa ketiadaan Mak Engku?

15 comments:

aimajemma said...

tibe2 tensyen bce part neh..
jahat si sofea neh.. bg penampo sbijik br tau.. mak si haikal pn satu.. grrrr...

mak engku, cpt la blk.. ksian kak aina..

auni shahira said...

aa...ah....rasa bengang je...gedik btol.sofea nie...mengada2...uhuhu...xsabar nk tunggu n3 sterusnya....baru padan muka t.fazira n sofea nie...huhuh...sedih nya,,,

RabaahJunaidi said...

balik rumah sendiri aina..
call Aril sekarang jgk..
biar terbalik biji mata haikal terkejut kingkong... biar sampai tengku fazira kena sawan bila tahu aina anak mawar....
kalaulah mawar & atuk tahu aina kena buli... hummmm masaklah sofea & tengku fazira....
harap2x mak engku call...

epy elina said...

sdh lak bca n3 ni...
br aina kuar dr umah 2..
n biar identiti aina trbngkar...
br sofea, haikal n mak haikal malu ngn tndkn dorng,...
gram la...

arai said...

ish geram nyer ngan sofea nie,tengku fazira pun same......
bla la tengku fauziah nk blk....dan rahsia aina terbongkar....
biar terkejut tengku fazira ,sofea n haikal...............
x sabar lak nk bc sambungannya.............

itU TaKdIr hIdUpKu said...

akak asal pndek sgat...huhuhu...plezzz...akak cpat smbg..heheh

m said...

TENSION arr!!!! tapi bagus jugak aina keluar dari rumah tu.. jgn pernah dtg lagi kat rumah tu... buat sakit hati je! cpt sambung eh!! :-)

aqilah said...

cilakak tul si sofeak ni!!!!!!!!
heheee,....sorry ye.....over react pulak!!!!!!!
apapun, gempak!!!!!!!!!!!!!!!

Unknown said...

akhirnya keluar entry baru.. dh lama dok tunggu2 citer ni.. :)

dyaNZa said...

akhirnya... lme dh tggu n3 bru.. nie bru ada... jahat tahap cipan si sofea tue... kesian kt aina... mak engku pun sme je... cpt2 la terbongkar kisah aina... biar mak n atuk aina marah kt mak engku & sofea... biaq terkejut diorg... tp x puas la n3 kali ne.. pendeknyer... panjangkan lah lg... next n3... tp jgn la bg kami tggu lame2 erk!!!

missfiqacute said...

best cite ni..ble next n3...hahaha
akak xnak smbng cite satu dua tiga ke???x sbr nak tngu lastnye..emmm

Anis said...

ya allah,serious tak sabar nak tunggu bila sofea and tengku fazira tahu sebenarnya yang aina ni keturunan syarifah..biar terkejut beruk semua orang !

mariam said...

nak sambungan lagi... x sabor ni heheheheh
lepas ni panjang2 sikit yer sbb x puas baca lah

mariam said...

dah x sabar ni ... nak sambungan lagi hehehehehhe
cepat2 yer post

hudamohamed said...

tak tau malu punyea sofea. ade hati nak kenakan orang.. dah mcam biawak hidup dah..

Post a Comment