Monday, April 1, 2019

Dia Helena Isabella Bab 11


Bab 11
            Miza mengesat mata beberapa kali. Dia melihat seseorang sedang masak di dapur. Niatnya nak ke tandas terbantut. Siapa tu? Nina ke? Jam dinding di dapur menunjukkan pukul 5 pagi. Dikesat mata sekali lagi agar matanya terbuka luas. “Emma!”

            Emma menoleh. “I’m sorry! Did I wake you?”  Emma terus berhenti dari membuat kerja. Dia bimbang jika dia dah bangunkan semua penghuni di dalam rumah ini.

            “Taklah… Kenapa tak tidur lagi? Jet lag ke?” tanya Miza.

            Jet lag tu dah perkara biasa. Cuma rasa tak boleh tidur. Macam nak buat something so … Emma buat Spanish Sweet Rolls served with butter for breakfast. Kak Miza mesti tak pernah rasakan! Mama selalu buat. Sometimes breakfast kami makan ini saja. Sedap.  So sepanjang Emma ada di sini, Emma akan masak food dari Spain. Nak harapkan Gaby masak, memang tak lah. Tak habis-habis dengan salad saja.” Emma berceloteh panjang. Dia tunjukkan Spanish Sweet Rolls yang sudah siap dibakar.

            “Tepat sekali. Sekejap yer, excuse me!” Miza bergegas ke tandas. Dia sudah tak tahan lagi. Lima minit kemudian Miza keluar dari tandas dengan wajah ceria. Rasa lega. Dia tarik kerusi dan terus duduk. Mulanya memang dia nak masuk tidur balik tapi rasa mengantuk terus hilang. Hari ini cuti. Boleh jugak dia borak-borak dengan Emma. Korek sikit rahsia Helena. Miza ketawa dalam hati sendiri. “Emma still study lagi ke?”

            “Ya. Barcelona University. Course Law.” Jawab Emma. Dia buka pintu oven dan keluarkan roti yang sudah masak. Diangkat satu persatu dan diletakkan atas pinggan kosong untuk disejukkan.

            “Wah… Bakal lawyer. Seorang engineer! Seorang pilot! Complete semua pakej.”

            “But papa nak salah seorang dari kami jadi teacher macam mama tapi tak kena dengan jiwa kami. To be a teacher, mesti sabar. But … istilah sabar tak ada dalam hidup kami. You know Gaby, right?” Emma ketawa.

            Yeah! Sikit sikit nak marah.” Miza setuju dan dituruti dengan ketawa. “Tapi Helena jarang cerita pasal family dia. Sekali tadi, sepatah dia jawab. Takut jugak nak tanya cakap banyak-banyak. Nanti ada isu sensitive pulak.” Kata Miza. Sepanjang dia kenal Helena, dia hanya tahu serba sedikit pasal Helena. Pasal family ,Helena memang jarang nak bercerita. Yang dia tahu family Helena tinggal di luar negara.

            “Gaby memang macam tu. Malas nak jawab banyak-banyak. Kalau dengan orang tak kenal, jangan haraplah dia nak cakap. Family kami okey saja. Tak adalah isu-isu sensitif. Papa orang Melayu. Mama orang Spain. Masa study kat Spain, Papa jumpa Mama. Kebetulan Mama study di universiti sama dengan Papa. So diorang falling in love but disebabkan perbezaan agama diorang break up. Lepas empat tahun, diorang jumpa semula. Maybe sebab jodoh. Mama peluk Islam and then they get married. Mama berhenti jadi teacher sebab ikut papa balik Malaysia. Lepas tu Mama terus jadi su….su…..” Emma cuba ingat. Dahi berkerut.

            “Surirumahtangga.” Sampuk Miza.

            Yes! Surirumahtangga. Disebabkan kerja papa, kami sering berpindah. Dari satu negara ke satu negara.”

            “Kerja apa?” tanya Miza. Dia tanya Helena tapi Helena selalu cakap kerja pejabat.

            Ambassador.”

            Bulat mata Miza mendengarnya. Dia ni anak diplomat rupanya.

            “Sekarang ni papa di Malaysian Embassy Madrid, Spain. Kami bertiga di sana. Gaby dan Damien di Malaysia. Nak harapkan mereka berdua balik sana memang taklah…So sekarang ni summer holiday di sana sebab tu Emma datang sini. Aaa…. Pasal Kak Nina?”  Sebenarnya Emma ingin tahu apa yang berlaku antara Nina dan Damien. Mesti mereka gaduh besar. Kalau ada Helena ,mesti tak boleh tanya lebih-lebih. Sebab itulah Helena suruh dia tidur sebilik dan Nina tidur sebilik dengan Miza sedangkan rumah sewa ni, ada dua lagi bilik kosong.

            “Kenapa dengan Nina?”

            “Damien buat hal lagi ke? Pasal perempuan?”

            Better Emma tanya Nina sendiri. Kak Miza tak berani nak cakap lebih-lebih.”

            Emma mengeluh. “Damien still dengan perangai playboy dia. Gaby pulak … Sampai sekarang hati keras macam batu .. ”

            “Kak Miza rasa kan Helena ada hati kat mamat sebelah rumah tu.”

            “Betul ke?” Suara Emma terus ceria. Dia terus duduk di kerusi sebelah Miza. “Cerita la.” Emma tak sabar mendengarnya.

            “Macam mana nak start? Hmmm…. Ini gerak hati Kak Miza saja.” Miza menoleh ke belakang. Bimbang jika Helena tiba-tiba terpacak di belakang.  “Mak!” jerit Miza terkejut. Memang betul Helena ada di belakang.

            Emma turut sama terkejut.

            “Kau nak gossip apa dengan adik aku,hah? Kau jangan …. Kau tak kenal adik aku ni macam mana? Tak reti simpan rahsia. Tak sampai seminit sampai terus  ke telinga mama papa aku.” Helena memberi amaran. Sebenarnya tadi dia terjaga dan terus bangun apabila melihat Emma tak ada. Tak sangka Emma dan Miza rancak berbual di dapur. Lepas tu boleh pulak mereka berdua nak gossip pasal dia.

            “Gaby!” Emma merengek.

            “Pasal rumahtangga Damien dan Nina, jangan beritahu mama dan papa. Dengar tak?”

            “Dengar! Tapi ….
.”
            No tapi tapi, okey!Mereka dah besar. Biar mereka selesaikan. Kau, Miza! Zip mulut kau tu. Nanti aku bocor rahsia, baru kau tahu.” Helena beri amaran.

            “Ya! Ya!”

            “Aku nak sambung tidur balik. Kalau aku dengar gossip pasal aku, siap kau Miza.” Kata Helena sebelum berlalu pergi.

            Miza mengeluh. Dia buat isyarat zip mulutnya pada Emma.
                                                            *************************
            Tok Wan Daud menjenguk kepala keluar dari tingkap. Semasa dia dan Faliq keluar nak keluar sembahyang Subuh di masjid, mereka hairan melihat kereta Mini Cooper dipakir di halaman rumah sewa Helena.

            Sapa mai rumah depa? Nampak ada kereta.”

            “Aaa… Adik Helena mai. Baru sampai petang semalam.” Mak Tok Aishah letakkan pinggan besar yang berisi mee goreng di atas meja.

            “Helena ada adik lagi ka? Laa ingatkan yang mai ari tu ja adik dia.” Tok Wan Daud menarik kerusi dan terus duduk.

            “Ada. Tapi yang ni adik perempuan.Depa tiga beradik ja. Cantik orangnya” Puji Mak Tok Aishah.

            “Lagi cantik dari Helena?” tanya Tok Wan Daud.

            “Siapa cantik dari Helena ni?” Faliq mencelah. Dia baru melangkah masuk ke dapur. Kerusi ditarik dan  Faliq duduk di sebelah Tok Wan Daud.

            “Adik Helena, Emma Maria! Cantik! Macam model. Kalau Faliq tak nak kakak, boleh pilih adik. ” usik Mak Tok Aishah.

            “Kasar macam Helena?” tanya Tok Wan Daud

            “Lemah lembut orangnya! Peramah pulak tu tapi gaya dia lebih kepada kebaratan. Nanti jumpa, tahulah.” jawab Mak Tok Aishah.

            “Kalau cantik sangat susah nak jaga. Saya prefer yang sederhana.” Kata Faliq sambil tersenyum. Muncul wajah Helena. Walaupun Helena jarang tersenyum tapi manisnya tetap ada.

            “Assalammualaikum ….”

            “Waalaikumussalam ….”Mereka bertiga menoleh. Miza berdiri di pintu dapur sambil membawa sesuatu.

            “Masuklah! Aiii…. Seorang saja.” jemput Mak Tok Aishah. Dia sedar ada wajah hampa di muka Faliq. Mesti Faliq ingat  Helena datang.

            Miza tersengih dan melangkah masuk.  “Tadi Emma ada buat Spanish Sweet Rolls. Nak bagi Mak Tok dan Tok Wan rasa.” Pinggan berisi beberapa biji Sweet Rolls di atas meja.

            “Sedap ke ni?” tanya Tok Wan Daud.

            “Jamin sedap. Rasalah …. Emma memang pandai masak.“puji Miza.

            “Mana depa? Mai makan sekali. Ramai-ramai baru meriah.” Ajak Mak Tok Aishah.

            “Rezeki jangan ditolak .Tapi saya dan Nina saja. Emma dan Helena tak ada. Lepas subuh tadi pi  KL.”

            “Pasal pa?”

            “Emma. Dia tersalah ambik bag. Dia bawa dua bagasi. Salah satu bagasi tu bukan dia punya. Model dan warna pun sama. Dia tak check terus ambil saja. Masa buka tadi, dia terkejut tengok semuanya pakaian lelaki. Helena pun apa lagi mula la start membebel. Nak tak nak mereka kena pergi KLIA la.” Cerita Miza.

            “Benda dah nak jadi nak buat macam mana.” Kata Tok Wan Daud. “Aaa… Pi panggil Nina cepat. Aku dah lapar ni.”

            “Okey, Tok Wan! Tunggu sat naaa….” Miza terus keluar.Dengar laju, Miza berjalan ke rumahnya sambil memanggil nama Nina.

            “Kenapa diam saja, Faliq? Rindukan buah hati ke?” usik Mak Tok Aishah.

            “Hish… tak adalah.” Faliq tersengih.
                       

           
     

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...