Thursday, August 29, 2013

Satu Dua TIga 2013

BAB 27


            Iskandar tersenyum sebaik saja melangkah masuk ke dapur. Jam baru menunjukkan pukul 6.45 pagi. Awal betul bangun! Pasti Alina. She look nice . “Good morning, Lina!” tegur Iskandar terus menarik kerusi di dapur dan duduk. Minuman pagi sudah tersedia.
            Wanita yang sedang asyik memasak bihun goreng menoleh ke arah Iskandar yang tersenyum. Tiada apa-apa reaksi darinya. Wajahnya serius
            Dahi Iskandar berkerut. Aku salah cakap ke atau aku salah orang?
            “Along! Tak tidur ke semalam?” soal Alina apabila kakinya mencecah ke dapur. Selepas selesai sembahyang subuh, dia terus datang ke dapur untuk menolong kakaknya menyediakan sarapan pagi.“Awal Abang Is bangun.” Tegur Alina.
            “Lina!” Iskandar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kalau yang ini Alina, abis tu siapa yang sedang memasak sekarang ni? Pening aku macam ni.
            “Ya, Abang Is! Kenapa?” soal Alina hairan. Iskandar seolah-olah kelihatan kebingungan.
            “Lina, yang tengah memasak tu siapa?” suara Iskandar separuh berbisik.
            “Oooo….Along! Maksud Lina, Aleya!”
            Iskandar tersengih. “Kamu bertiga seiras, jadi Abang Is tak dapat bezakan. Hmm…seorang lagi?”
            “Angah ke? Nama Angah ialah Alisa. Abang Is jangan ambil hati dengan sikap Angah. Hatinya baik cuma mulut dia saja yang berbisa sedikit.” Alina menuangkan teko yang berisi air teh ke dalam cawan yang berada di hadapan Iskandar.
            Iskandar tersenyum
            “Awalnya alien ni bangun.” Alisa melangkah menuju ke almari dapur. Pinggan kosong dikeluarkan.
            “Angah! Tak baik panggil Abang Is macam tu.” Alina menegur kakaknya.
            “Acu, Angah hairan kenapa Acu baik sangat dengan alien ni ? Hakikatnya, kita baru saja kenal alien ni. Acu ni terlalu lurus sangat. Am I right, sis?” Alisa menoleh kea rah Aleya yang sedang memasak. Aleya hanya tersenyum hambar. Tangannya masih ligat memasukkan bahan-bahan untuk menggoreng bihun goreng.
            “Along! Angah! Abang Is bukannya orang lain. Dia saudara kita. Sepupu kita juga. Abang Iskandar anak auntie Maria.”
            Iskandar terkejut. Sepupu? Bila masa mereka bertiga ni sepupu aku? Aku tak tahu apa-apa pun. Selama ini, aku tak ada sepupu pun. Iskandar berasa pelik.
            Alisa meletakkan beberapa pinggan kosong yang diambilnya tadi di atas meja makan dengan kasar. Matanya tepat merenung adiknya. “Alien ni hanya anak tiri Auntie Maria. Dia tiada apa-apa pertalian darah dengan kita. Dia hanya orang luar.”
            “Walaupun Abang Is tiada pertalian darah dengan kita namun Auntie Maria sayangkan Abang Is seperti anaknya sendiri.  Auntie Maria sepupu abah. Abang Is tetap sepupu kita.” Tegas Alina.
            Iskandar tergamam seketika mendengar kata-kata Alina. Ayah mereka sepupu Umi? Setahu aku sepupu Umi hanya Uncle Kadir dan Uncle Kadir tiada anak kecuali ….Mata Iskandar tiba-tiba menjadi bulat. Dia melihat ke arah Alina dan Alisa.
            “Dia tetap tiada kaitan dengan kita.” Alisa meninggikan suaranyaa. Alisa sakit hati bila Alina menyebelahi orang luar.
            “Ada!” Alina masih bertegas.
            Mereka bertiga terkejut bila terdengar bunyi sudip dihentak kuat pada kuali. Aleya sedang merenung tajam ke arah mereka bertiga. Awal-awal pagi dah mula bertekak! “Jangan bertengkar di hadapan rezeki.” Aleya mengetap bibirnya. Sakit telinganya mendengar kedua-dua orang adiknya bergaduh disebabkan Iskandar.
            “Mana ada kami bergaduh.” Jawab Alisa dan Alina serentak. Mereka berdua terus menarik kerusi dan duduk. Pandangan mereka dialihkan ke arah lain. Aleya hanya mengeluh.
            Iskandar hanya memerhati. Mereka bertiga ni, buat aku pening kepala. Personaliti mereka benar-benar berbeza. Iskandar melihat ke arah Aleya yang sedang meletakkan bihun goreng yang telah dimasaknya ke dalam pinggan besar. Pandangannya dialihkan pula ke arah Alisa dan Alina. Memang sah, mereka bertiga anak Uncle Kadir. Mata mereka yang berwarna coklat itu telah menunjukkan bahawa mereka adalah anak kandung Uncle Kadir tetapi kenapa Uncle Kadir hanya menyebut tentang  Dr. Alina? Zahari pernah beritahu aku bahawa hanya Dr. Alina anak Uncle Kadir  namun hakikatnya Alina mempunyai kakak kembar.
            “Sekarang ini Lina berkerja di mana?” soal Iskandar secara tiba-tiba.
            “Lina bekerja sebagai doctor di London. Sekarang ni Lina tengah bercuti.” Jawab Alina.
            “Ooo…Dr. Alina ye!” kata Iskandar. Inilah wanita pujaan Nazri. Dia sudah banyak kali mendengar cerita tentang Dr. Alina dari Nazri. Sekarang ini aku masih tidak faham kenapa hanya Lina saja yang diperkenalkan kepada Uncle Kadir.
            “Makan!” kata Aleya dengan kasar.
            Lamunan Iskandar terganggu bila mendengar suara Aleya.
            “Along cakap elok-elok! Iskandar tetamu kita. Tak elok layan tetamu seperti itu.” Tegur Munirah.
            Aleya hanya mendiamkan diri apabila dirinya ditegur oleh ibunya. Kerusi ditarik dan Aleya terus duduk.
            Iskandar terus bangun. “Mak Cik Munirah, jemput duduk. Kita breakfast sama-sama.” Kata Iskandar menarik kerusi di sebelahnya.
            Munirah tersenyum. “Terima kasih, Is.” Ada budi pekerti anak Maria ni. Tak sama seperti Along cerita pada aku selama ini.
            Aleya memerhati gelagat Iskandar. Nampaknya Iskandar dah tahu tentang aku sekeluarga. Semalam aku tak beritahu pun nama ibu pada Iskandar. Semua ini gara-gara Angah dan Acu. Aleya mengalihkan pandangannya pada kedua-dua orang adiknya. Dia merenung mereka berdua. Geram.Dia memijak kaki kedua-dua orang adiknya yang duduk di sisinya.
            Mereka berdua serentak menjerit. Mereka menggosok kaki mereka yang dipijak oleh Aleya. Mata mereka tepat melihat Aleya yang masih berlagak tiada apa-apa.
            “Kenapa? Apa yang berlaku?” Munirah terkejut bila mereka berdua menjerit.
            “Tiada apa-apa, ibu.” Jawab Alisa. Dia segera meletakkan bihun goreng ke dalam pinggannya. Dia tahu tindakan Aleya sebentar tadi memberi amaran kepada mereka berdua. Alina terus diam membisa.
            Iskandar melihat telatah Aleya. Personaliti Aleya berbeza dari Alisa dan Alina. Aleya seorang yang pendiam dan serius berbeza dari Alisa dan Alina yang peramah. Aleya lebih gemar mendiamkan diri. Nalurinya begitu kuat untuk mengenali keluarga ini.

                                                *******************************


            “Umi! Umi! Umi, di mana?” jerit Iskandar sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke rumah. Matanya meliar mencari kelibat ibunya.
            “Apa halnya, Is? Bergegar rumah ini disebabkan suara Is.” Maria berjalan keluar dari dapur. Dia membuang apron yang dipakainya sewaktu memasak tadi.
            “Umi, kenapa Umi tidak beritahu Is yang arkitek import tu anak Uncle Kadir? Maksud Is ialah Aleya. Umi tahu tentang Aleya kan selama ini.”
            Maria tergamam mendengar kata-kata Iskandar. “Apa yang Is cakapkan ni, umi tak faham.” Suara Maria bergetar. Dia sudah berjanji pada Aleya. Tiada siapa akan tahu mengenai mereka tetapi bagaimana Iskandar tahu mengenai Aleya.
            “Umi, jangan berpura-pura lagi. Is tahu Umi faham . Is dari rumah kita di Puchong. Is jumpa Auntie Munirah sekeluarga bersama 3 orang anak kembarnya.”
            “Is! Kenapa Is pergi sana? Bukan ke Umi sudah pesan jangan pergi sana?” Maria terkejut mendengarnya.
            “Kenapa Umi? Is tak faham. Lagi satu kenapa Umi rahsiakan dari Uncle Kadir tentang kewujudan Aleya dan Alisa. Uncle Kadir berhak tahu tentang anak-anaknya.” Iskandar geram.
            “Is ingat Umi suka ke buat semua ini! Ini adalah permintaan Auntie Munirah.”
            “Kenapa?”
            “Sebab dia risaukan keselamatan anak-anaknya.”
            “Apa!”
            “Kartika pernah cuba untuk membunuh Alina tetapi pada waktu itu Alisa menyamar sebagai Alina. Mujurlah Alisa dapat mengelak dari dilanggar  kereta. Jika Kartika tahu mengenai Aleya dan Alisa, pasti dia akan merasakan kedudukannya terancam malah dia akan melakukan sesuatu yang lebih drastic dari ini. Umi hanya menolong mereka dan seperkara lagi yang Is perlu tahu, Aleya dan Alisa tidak seperti Alina.”
            “Apa maksud Umi?”
            “They hate him.”
            “Tapi kenapa?” Iskandar masih tidak faham.
            “Segala apa yang telah Abang Kadir pernah lakukan pada ibu mereka, mereka takkan lupa semua itu. Mereka takkan sesekali akan memaafkan perbuatan Abang Kadir terhadap Kak Munirah.”
            “Sebab itu Aleya dan Alisa enggan menunjukkan diri mereka.”
            “Ya. Jika Is telah berjumpa mereka bertiga, pasti Is tahu bagaimana personality mereka bertiga kan.” Maria tersenyum.
            “Ya. Aleya dan Alisa jauh berbeza dari Alina tetapi Umi lambat laun juga perkara ini akan diketahui oleh Uncle Kadir. Walau setebal manapun benci mereka terhadap Uncle Kadir, hubungan mereka tetap tidak akan berubah kerana darah yang mengalir dalam tubuh badan mereka adalah sebahagian dari tubuh Uncle Kadir.”
            “Kata-kata Is ada benarnya.Umi faham perasaan Aleya dan Alisa dan jika Umi di tempat mereka pasti tindakan Umi sama seperti mereka. Mungkin mereka tidak dapat melupakan perbuatan Abang Kadir terhadap Kak Munirah? Tiada anak yang dapat menerima bahawa ibu mereka diperlakukan sebegitu.” Kata Maria dengan lemah.
            “Umi, teruk sangat ke perbuatan Uncle Kadir pada Auntie Munirah?” soal Iskandar.
            Perlahan-lahan Maria menganggukkan kepalanya. Setiap kali mengingati apa yang pernah dialami oleh Kak Munirah, hatinya menjadi sebak.  Kak Munirah tidak sepatutnya menerima layanan sebegitu. Air mata Maria mengalir tanpa dia sedari. “ Kak Munirah pernah dikurung selama 2 minggu tanpa diberi makanan dan minuman hanya disebabkan dia pergi melawat kubur arwah ayah dan ibunya tanpa kebenaran Abang Kadir. Kenapa ? Besar sangat ke kesalahan Kak Munirah ? Salahkah seorang anak melawat kubur ibu bapanya? Apa salah Kak Munirah dilayan seperti itu? Dia manusia juga. Ada hati dan perasaan. Jika Umi tidak datang pada hari itu , entah apa yang terjadi pada Kak Munirah. Abang Kadir memang sudah melampau.” Peristiwa itu masih segar di ingatanya walaupun sudah 27 tahun berlalu. Dia terkejut apabila Mak Jah beritahu yang Kak Munirah telah dikurung oleh Abang Kadir. Mak Jah cuba membuka pintu itu tetapi kunci bilik itu dipegang oleh Abang Kadir. Nasib baiklah, ada Pak Man ketika itu. Sebaik saja pintu dibuka, Kak Munirah terbaring di lantai dalam keadaan lemah. Sanggup Abang Kadir membiarkan Kak Munirah kelaparan? Tak ada hati perut langsung.
            “Jika Umi ceritakan semuanya pada Is, pasti Is akan lebih terkejut tetapi Umi tak mahu mengungkit peristiwa itu lagi. Semua ini dah berlalu. Tentang Aleya dan Alisa, itu hak mereka. Mungkin ini balasan Abang Kadir terhadap Kak Munirah selama ini. Umi harap Is rahsiakan perkara ini demi keselamatan mereka. Umi yakin Kartika sedang mencari mereka sekarang ini.” Maria memegang lembut bahu anak tirinya. Maria cuba tersenyum.
            “Jadi Umi mahu biarkan saja ke?”
            “Ini hal keluarga mereka, Is. Kita tak berhak masuk campur. Umi hormat keputusan Kak Munirah. Umi harap Is pun begitu.” Kata Maria sebelum mengatur langkah meninggalkan Iskandar.

                        ***************************************************

            Alisa menoleh ke kiri dan kanan. Air fresh oren yang dipesannya sebentar tadi sudah habis diminum. Mana pulak Tina? Janji nak jumpa aku pukul 2.30 petang tapi sekarang ni sudah pukul 3.00 petang. Batang hidung pun tak nampak lagi. Alisa melihat pada telefon bimbit yang berada di tangannya. Pagi tadi Tina ada menghantar sms padanya dan ingin beritahunya sesuatu. Penting lagi katanya.
            “Dr. Alina!” Tiba-tiba ada seseorang menegur Alisa. Dia berpaling. Dia terkejut melihat Zahari yang sedang mendekatinya.
            “Zahari! What’re you doing here?” soal Alisa. Aduh, apa pulak lelaki ni buat di sini? Kalau Tina datang, pasti bocor rahsia aku.
            “Jumpa kawan di sini. Lina tengah tunggu siapa?” soal Zahari terus duduk tanpa dipelawa oleh Alisa.
            Alisa mengetap bibirnya. “Jumpa kawan.”
            “Siapa? Mungkin saya kenal dengan kawan Lina ke?” Zahari tersenyum.Dia sengaja ingin menduga Alisa.
            Alisa merenung Zahari. Penyibuk! “Mungkin awak tak kenal dengan dia.”
            “Kalau kawan Lina tu seorang lawyer, mungkin saya kenal. Semua lawyer di Kuala Lumpur ni saya kenal.” Beritahu Zahari.
            Air muka Alisa berubah. Macam mana dia tahu Tina seorang peguam? Alisa mula tidak sedap hati. “How do you know that my friend is a lawyer?” Alisa mula berlagak seperti biasa.
            “Because she is my sister, Alisa.”
            Alisa tergamam. Dia melihat Zahari masih tersenyum padanya. “Jadi awak yang ingin berjumpa dengan saya dan bukannya Tina. Maksudnya Tina telah memperdayakan saya untuk berjumpa dengan awak.” Kata Alisa. Dia tak sangka Tina sanggup bertindak seperti itu. Dia tak tahu pulak yang Zahari adalah abang Tina. Selama ini aku tahu Tina mempunyai seorang abang tetapi aku tak pernah nak ambil tahu nama abang Tina.
            “Sebenarnya Tina tak tahu apa-apa. Saya ambil telefon bimbit Tina tanpa pengetahuan Tina. Saya minta no telefon awak pada Tina tetapi Tina enggan memberikannya sebab itu saya terpaksa gunakan cara ini.” Zahari mengeluarkan telefon bimbit Tina dari poket seluarnya dan diletakkan di atas meja.
            Alisa menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Tak sangka awak begitu licik.”
            “Tapi saya tak selicik awak, Alisa. Awak dan Aleya menyamar sebagai Alina semata-semata kerana tidak mahu Uncle Kadir tahu tentang diri kamu berdua. Why?”
            “Dia tak berhak tahu tentang kami. Dia sudah buang kami dan ibu dari hidupnya jadi dia tiada kaitan dengan kami lagi.”
            “Uncle Kadir adalah ayah kandung kamu semua dan suami yang sah pada Auntie Munirah. Lagipun pada waktu itu Uncle Kadir tidak tahu yang Auntie Munirah sedang mengandung. Jika Uncle Kadir tahu pasti Uncle Kadir tidak akan bertindak seperti itu.” Zahari masih mempertahankan Uncle Kadir.
            “Awak pasti ke? Entah-entah dia suruh ibu gugurkan kandungannya bila dia mendapat tahu ibu tengah mengandung. Awak masih tidak kenal siapa lelaki itu pada 26 tahun yang lalu? Dia layan ibu  macam sampah.” Tegas Alisa. Sakit hatinya bila Zahari membela lelaki itu.
            “Alisa.” Zahari terkejut dengan kata-kata Alisa.
            “Awak tak tahu bagaimana lelaki itu layan ibu  sepanjang 2 tahun ibu  hidup bersama dia. Betapa seksanya kehidupan ibu  pada waktu itu. Seorang anak yatim piatu tetapi maruahnya diperlekehkan oleh seorang lelaki yang merupakan suami dia sendiri. Awak ingat saya boleh lupa semua itu. Tidak! Walaupun ibu dan Alina boleh memaafkan lelaki itu tetapi saya dan Aleya takkan maafkan lelaki itu selama-lamanya, awak faham tak? Jika awak nak beritahu lelaki itu tentang kami, silakan. Saya tak menghalang tetapi kalau awak nak penyakit lelaki itu bertambah teruk, awak beritahulah dia.” Alisa terus bangun. Zahari masih tergamam dengan kata-kata wanita itu.
            “Awak hanya berjumpa dengan saya bukannya dengan kakak saya lagi.  Lagi satu, jangan masuk campur hal orang lain. Nampaknya awak masih belum serik lagi ke dengan peristiwa di KLIA hari tu” Alisa tersenyum. Dia melambai tangannya pada Zahari sebelum mengatur langkahnya satu persatu meninggalkan Zahari. Senyuman Alisa mati apabila dia mengatur beberapa langkah meninggalkan Zahari. Teruklah kalau macam ni! Alisa mula resah.
            “Jadi Alisa orangnya yang kenakan aku di KLIA hari itu.” Zahari menggelengkan kepalanya. Nampaknya Alisa dan Aleya sangat bencikan Uncle Kadir. Apa yang sepatutnya aku lakukan? Perlukan aku beritahu Uncle Kadir perkara yang sebenarnya atau aku perlu rahsiakan perkara ini. Hmm…hakikatnya mereka tetap anak Uncle Kadir. Aku perlu pastikan tahap kesihatan Uncle Kadir beransur pulih sebelum aku beritahu Uncle Kadir tentang Aleya dan Alisa.

                                    *************************************

            “Along! Along! Along!” jerit Alisa. Langkahnya diatur pantas menaiki anak tangga menuju ke bilik kakaknya. Pintu bilik Aleya dibuka dengan kasar. “Along kita ada masalah besar.”
            Aleya terkejut apabila Alisa meluru masuk ke biliknya. “Angah, lain kali ketuk pintu dulu sebelum masuk. Dah banyak kali Along pesan.”
            “Sorry tetapi perkara ini urgent.”
            “Urgent!” Dahi Alisa berkerut. Apa pulak masalah yang adik aku buat kali ini?
            “Zahari! Peguam tu rupanya abang Tina.” Beritahu Alisa terus duduk di sofa yang ada di bilik Aleya.
            “Abang Tina! Guest what? Now, he knows about us.”
            “Apa!”
            “Dia beritahu Angah yang dia nak beritahu lelaki itu tentang kita. Zahari itu memang penyibuk.” Alisa geram apabila mengingatkan kembali kata-kata lelaki itu.
            Aleya mengeluh. Inilah perkara yang amat dia takutkan. Semakin ramai orang sudah mengetahui tentang mereka, keselamatan ibu dan adik-adiknya semakin terancam.
            “Along, apa kita nak buat sekarang ini?”
            “Angah pulang dulu bersama ibu dan Acu. Setelah urusan Along selesai, Along akan menyusuri dari belakang.”
            “No! Leave you alone here, itu bukan idea yang baik Along. Ibu pasti takkan setuju. Begitu juga dengan Angah dan Acu. Kita akan pulang bersama-sana.” Alisa tidak setuju dengan cadangan kakaknya.
            “Itu saja jalan yang kita ada, Angah.”
            “No! Tentang Zahari, tahulah Angah uruskan dia. Perkara yang penting sekarang ni, selesaikan dulu urusan Along dengan alien tu. Along tak rasa ke alien tu seperti cuba melengah-lengahkan Along.”
            “Along tahu. Tahap kesabaran Along ada batasnya.”
            “Aaa….tentang Datin Kartika, apa rancangan Along?” Alisa tersenyum. Dia tahu kakaknya telah merancang sesuatu.
            Aleya turut sama tersenyum. “Angah ni gelojoh sangat.”
            “Iye la, hari itu Angah cuba nak kenakan Datin Kartika  tapi Along halang. Sekarang ini Angah nak tahu bagaimana Along nak balas balik apa yang dia pernah buat pada ibu.”
            “Kita bocorkan rahsia yang telah lama dia simpan tanpa pengetahuan sesiapa. Rahsia yang akan menjatuhkan maruah dan nama dia”
            “Maksud Along tentang anak-anak ikan yang di simpan selama ini ke? Bagus tu. Biar dia putih mata.” Alisa ketawa. Dia tak dapat bayangkan reaksi Datin Kartika nanti.
            “Bukan itu, Angah.”
            “Habis tu, apa Along?” Alisa hairan.
            “Tentang Datin Kartika yang merupakan isteri kedua. Semua orang ingat Datin Kartika adalah isteri pertama pada lelaki itu tetapi sebenarnya dia pemusnah rumahtangga orang. Dengan cara ini kita dapat menjatuhkan popularitinya sebagai selebreti. Along dapat tahu yang Kelab Wanita VVIP akan melantiknya sebagai presiden kelab itu. Mungkin selepas artikel ini disiarkan, Datin Kartika hanya mampu gigit jari saja. Apa agaknya pandangan orang ramai dan peminatnya bila mengetahui hal ini?”
            “Bagus idea, Along tetapi ibu juga akan turut sama terlibat jika perkara ini didedahkan.”
            “Itu memang benar. Mereka hanya akan tahu yang ibu melarikan diri ke luar negara. Itu saja maklumat yang Along akan beri dan selebihnya tentang diri kita adalah rahsia, Along ada kawan yang akan uruskan tentang hal ini.” Aleya sudah merancang segala-galanya hanya menunggu masa yang sesuai untuk menjalankannya.
            “Baiklah. I agree.”
            “Agree for what?” Alina tiba-tiba menyampuk. Matanya merenung kedua-dua kembarnya yang terkejut dengan kehadirannya. Macam ada sesuatu yang tak kena saja?
            “Acu, lain kali masuk ketuk pintu dulu. Ini tidak main redah saja.” Tegur Alisa.
            Aleya menoleh kea rah Alisa. Eh, Eh! Dia pun sama saja.
            “Pintu bilik ini dah terbuka luas, kenapa pulak Acu nak kena ketuk? Along dan Angah tengah plan sesuatu ke?” Alina mula syak sesuatu.
            “Mana ada? Acu ni suka sangat tuduh orang tanpa bukti. Berdosa tahu tak?” pantas Alisa menjawab.
            “Betul ke?” Alina membuat mimic muka. Alina melihat pada Aleya yang selamba. Mereka berdua ni bukannya boleh dipercaya sangat. Alina melihat mereka berdua dengan pandangan yang curiga.


                                    ***************************************

Monday, August 26, 2013

Satu Dua Tiga 2013

BAB 26


            Sudah hampir 15 minit, Alina berdiri di luar bilik Aleya. Matanya tepat merenung pintu bilik tersebut. Dia perlukan kekuatan untuk berdepan dengan kakaknya, ALeya. Dia sedar tadi dia sudah melampaui batas. Dia tuduh kakaknya tanpa usul periksa. Alina menarik nafas panjang. Alina memegang symbol pintu.
            “Kenapa tidak masuk? Takut ke?” usik Alisa yang menegur adiknya secara tiba-tiba. Baru sebentar tadi, Alina meminta maaf padanya. Kini giliran Aleya pula.
            Alina terkejut dengan kehadiran Alisa di situ. Alisa menghampiri Alina. Senyuman masih tidak lekang di bibir Alisa.
            “Takut!” Alisa membuat mimic muka. Dia tahu pasti Alina takut untuk bersemuka dengan Aleya . Itulah padahnya bila bertindak tanpa berfikir.
            “Angah!”
            Alisa terus membuka pintu bilik Aleya tanpa mengetuk pintu itu terlebih dahulu. Alina terkejut dengan tindakan Alisa yang tiba-tiba meluru masuk ke bilik Aleya. Dia masih lagi belum bersedia.
            “Along! Ada orang nak minta ampun dengan Along!” Alisa bersuara sebaik saja melangkah masuk ke bilik Aleya. Dia terus melabuhkan punggungnya di katil Aleya.
            Aleya memusingkan kerusinya dan matanya tepat merenung Alina yang masih tercegat di muka pintu. Pensil yang berada di tangannya diletakkan di atas meja. Wajahnya serius.
            “Aaa….Aaa…..” Perlahan-lahan Alina melangkah masuk, jantungnya berdegup kencang lebih-lebih lagi apabila Aleya merenungnya. “Acu minta maaf, Along!”
            “Itu saja!” Alisa mencelah.
            Alina menoleh ke arah Alisa yang sedang mengusiknya. Penyibuk betul Angah ni!
            “I’m so sorry, Along.  Acu janji tidak akan bertindak seperti itu lagi. Maaf, Along!” ucap Alina bersungguh-sungguh. Dia takut jika kakaknya tidak memaafkan dirinya.
            Aleya mengeluh. Senyuman tiba-tiba terukir di bibirnya. “I’m not angry with you.” Akhirnya Aleya bersuara, dia membetulkan kedudukannya di kerusi itu. “Along tidak pernah menghalang ibu dan Acu berjumpa lelaki itu tetapi keadaan sekarang ini tidak seperti dulu. Acu faham kan maksud Along.”
            “Acu faham Along.”
            “Along dan Angah tidak kisah jika ibu dan Acu berjumpa dengan lelaki itu. Jika ibu dan Acu telah memaafkan lelaki itu, kami hormati keputusan ibu dan Acu. But for us, untuk memaafkan lelaki itu, tidak mungkin ia akan terjadi, ok” Alisa bersuara.
            “Along tak mahu Datin Kartika tahu di mana kita berada sekarang ini. Keselamatan ibu lebih penting. You just call him.”
            Alina merenung kedua-dua orang kakaknya. Di luar Along dan Angah kelihatan seperti degil dan keras hati tetapi sebenarnya hati mereka lembut. Tetapi kenapa mereka berdua enggan menerima abah?
            “Tetapi jangan sesekali beritahu lelaki itu tentang kami, faham!” Alisa memberi amaran.
            “Baiklah.” Jawab Alina dengan lemah. Pening kepala aku dengan perangai kembar aku ini.
            “Dah settle kan! I have to go now.” Alisa terus memakai cap berwarna hitam di kepalanya. Dia membetulkan rambutnya.
            “Nak pergi mana?” soal Alina.
            “Jumpa Tina! Bye.” Alisa terus bangun dan melambai tangannya sewaktu meninggalkan mereka berdua.
            Pandangannya dialihkan ke arah Aleya. Dia ingin bertanya sesuatu tetapi Alina takut jika pertanyaannya itu membuat Aleya marah.  
            Aleya sedar Alina sedang memerhati dirinya. “Kalau ada sesuatu yang sedang bermain di fikiran, tanya sajalah.”
            “Dulu, Along pernah kata kalau ibu ingin berkahwin lain, Along tidak akan menghalang kan! Kalau ibu mahu berbaik semula dengan abah, adakah Along akan merestui hubungan mereka?”
            “Apa yang membuatkan Acu yakin yang ibu dan lelaki itu akan berbaik semula?” giliran Aleya bertanya pula.
            “Acu yakin ibu masih lagi mencintai abah! Along pun tahu kan. Gambar yang disimpan di dalam dompet ibu, Along tahu siapa kan!”
            Aleya tersenyum kelat. Mengenai hal itu, dia memang lebih arif dari adiknya. “Jadi Acu mahu Along dan Angah restui hubungan mereka berdua ke? Acu dah lupa ke tentang Datin Kartika. Acu rasa Datin Kartika akan merestui hubungan mereka berdua ke?”
            Dahi Alina berkerut dengan kata-kata Aleya.
            “Perkara ini tidak semudah yang Acu fikirkan. Sekarang ini pun, macam-macam perkara sudah terjadi. Wanita seperti Datin Kartika, hatinya tidak seikhlas dan sesuci seperti ibu. Benda yang pernah menjadi hak miliknya akan tetap menjadi miliknya seumur hidup.”
            Alina mengeluh. Apa yang baru saja dikatakan oleh kakaknya ada benarnya. “Along masih lagi belum menjawab soalan Acu sebentar tadi.”
            “We wait and see, sis.”
            Alina menggaru kepalanya yang tidak gatal beberapa kali. Sekejap OK, selepas itu pulak tak OK. Aku tak faham betul dengan sikap Along ni.

                                    ************************************

            Sejak balik dari berjumpa sahabat lamanya sewaktu sekolah menengah dahulu di KLCC, fikirannya terganggu bila memikirkan wanita yang sedang berbual dengan adiknya, Tina. Selepas dia berjumpa dengan Wahid, dia terserempak adiknya berbual dengan seorang wanita. Dia kenal siapa wanita itu. Dia hairan bagaimana adiknya mengenali wanita itu malah mereka kelihatan seolah-olah telah lama berkenalan. Zahari bangun dari sofa. Dia mesti bertanya pada adiknya tentang hal ini. Matanya tepat melihat ke arah pintu pagar rumahnya. Dia sedang menanti adiknya pulang. Jiwanya memberontak ingin tahu hubungan antara Dr. Alina dan adiknya.
            Zahari berpaling ke arah bunyi deruan enjin kereta BMW 5 Series milik adiknya. Beberapa minit kemudian, Tina masuk dan dia terkejut bila melihat abangnya sedang menanti dirinya. “Abang tak tidur lagi ke?”
            “Belum. Abang ada hal nak cakap dengan Tina.”
            “Hal apa?” Tina terus duduk di sofa yang berhadapan dengan abangnya.
            “Dah lama ke Tina kenal dengan Dr. Alina?”
            “Dr. Alina!” Tina terkejut. Siapa Dr. Alina?
            “Dr. Alina! Bukan ke tadi abang nampak Tina berbual dengan Dr. Alina di KLCC?” Zahari hairan.
            Tina berfikir seketika. Tadi aku jumpa Alisa , hmm,…siapa pulak Dr. Alina? Abang aku ni tersalah orang ke? Hmm…Dr Alina? Aaa…mungkin abang ingat Alisa adalah Dr. Alina. Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Tina, matanya tepat merenung abangnya. “Rasanya abang sudah tersalah orang. Sebenarnya tadi adalah Alisa bukannya Dr. Alina.”
            “Alisa!” Zahari terkejut. Mata aku tak rabun lagi. Aku yakin yang tadi tu Dr. Alina. Siapa pulak Alisa ni?
            “Ya. Alisa tu kakak Dr. Alina.”
            “Kakak!” nada suara Zahari tiba-tiba menjadi kuat. Zahari terkejut.
            “Mereka kembar. Kembar seiras.” Beritahu Tina.
            “Kembar….” Zahari tiba-tiba menjadi gagap. Ini bermakna Uncle Johari sebenarnya mempunyai 2 orang anak.
            “Ya. Kembar. Tina kenal Lisa sewaktu Tina study law di Oxford University tetapi macam mana abang kenal Dr. Alina.”
            Zahari masih lagi kaku. Pertanyaan adiknya tidak dijawab. Bermacam-macam perkara sedang bermain di fikirannya.
            “Abang! Macam mana abang kenal dengan Lina?” soal Tina lagi. Dia hairan dengan kelakuan abangnya. Pelik! Macam mana abang kenal dengan Lina?
            “Jadi Alisa dan Dr. Alina kembar seiras.” Soal Zahari lagi untuk mendapat kepastian.
            “Ya. Hmm…Tina terlupa nak beritahu abang sesuatu, sebenarnya mereka berdua ada seorang lagi kembar. Namanya Aleya. Aleya merupakan kakak kembar mereka”
            “Ada lagi kembar!”  Bulat anak mata Zahari bila mendengar penjelasan adiknya. Zahari terus bangun. Zahari menampar mukanya beberapa kali. Aku bermimpi ke? Biar betul! Jadi siapa yang aku jumpa sebenarnya? Kenapa auntie Munirah tidak beritahu Uncle Kadir perkara sebenarnya?
            “Abang!” Tina menggaru kepalanya beberapa kali. Apa kena dengan abang aku ni? Dah kena sampuk ke? “Kalau abang tak percaya, Tina ada gambar mereka bertiga sebagai bukti.” Tina mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam beg tangan. Dia ada simpan gambar mereka bertiga di dalam telefon bimbitnya. Tina memberi telefon bimbit itu pada abangnya.
            Dengan pantas Zahari mengambil telefon bimbit Tina, Zahari menjadi kaku sebaik saja melihat gambar itu. Benar-benar seiras.
            Tina tersenyum bila melihat reaksi abangnya.
            “Jadi sekarang ini Alisa yang berada di Malaysia bukan Dr. Alina.” Soal Zahari lagi.
            “Aaa….Sekarang ni mereka bertiga ada di Malaysia bersama Auntie Munirah. Kata Lisa, dia ada hal keluarga yang perlu diselesaikan di sini.”
            “Ketiga-tiga mereka ada di sini! Jadi Tina pernah jumpa Auntie Munirah  ke?”
            “Ya. Setiap hujung minggu, Auntie Munirah akan jemput Tina datang ke rumahnya untuk makan bersama. She’s nice person, I love her. Abang, soalan Tina abang belum jawab lagi! Kenapa dari tadi Tina je yang jawab soalan abang? Ini tidak adil.”
Tina geram.
            “Tina tahu tak Auntie Munirah sebenarnya isteri Uncle Kadir!”
            “Apa!” Tina tergamam. Arwah ibunya pernah bercerita padanya tentang isteri pertama Uncle Kadir.
            “Kamu tak tahu ke tentang hal ini?” Zahari hairan.
            “Tak. Lina tak tahu apa-apa pun mengenai hal ini. Lisa tak pernah cerita apa-apa pun pasal ayahnya dan untuk pengetahuan abang, Lisa sangat bencikan ayahnya. Begitu juga Aleya. Auntie Khaty pernah beritahu Tina pasal hal ini.”
            “Benci! Aaa…Siapa Auntie Khaty?”
            “Kawan baik dan rakan kongsi Auntie Munirah. Mereka buka restoran makanan Melayu di London.”
            “Alisa seorang peguam . Aleya? Sekarang Aleya bekerja sebagai apa?”
            “Dia seorang arkitek. She’s famous. Hasil seni dan rekaannya benar-benar menggagumkan. Ramai orang berebut-rebut untuk mengupah Leya untuk merekabentuk bangunan mereka.”
            “Arkitek.”
            “Ya. Dia ada buka syarikat arkitek di London bersama rakannya. Walaupun mereka bertiga kembar seiras tetapi sikap mereka berbeza sekali. Macam langit dan bumi. Hmmm….Lina seumpama bunga Lily. Lembut dan suci. Lisa seperti bunga ros. Cantik tetapi berduri manakala Leya pula seumpama Rafflesia. Diam-diam berisi dan bahaya. Kalau abang jumpa mereka bertiga serentak, confirm abang pengsan” Tina ketawa. Tiba-tiba telefon bimbit yang berada pada abangnya berbunyi pantas Tina mengambil telefon bimbit. Tina tahu siapa pemanggilnya.
            “My fiancĂ©!” Tina tersenyum dan terus berlalu meninggalkan abangnya.
            “Kita tahu la dia ada buah hati!” Zahari membuat mimic muka. Zahari kembali melabuhkan badannya di sofa. Kembar tiga! Macam tak percaya. Kembar 2, aku boleh terima lagi. Ini kembar tiga. Fuh! Perlu ke aku beritahu perkara ini pada Uncle Kadir? Hmm…Uncle berhak tahu perkara sebab mereka anak kandung Uncle tetapi sebelum itu aku perlu siasat latarbelakang mereka. Tiba-tiba Zahari teringat sesuatu. Jadi siapa yang kenakan aku semasa di KLIA hari itu?

                                                            ***********************

            “Apa!” jerit Kartika selepas mendengar kata-kata Seman. Penjelasan Seman tadi benar-benar membuat dirinya marah. Telefon bimbit miliknya digenggam erat. “Apa maksud kau rumah tu kosong? Bukan ke aku suruh kau perhatikan rumah itu baik-baik.”
            “Saya tak tahu bila mereka pindah, Datin. Semalaman saya perhatikan rumah tu dan bila saya tanya jiran mereka, mereka beritahu mereka berpindah semalam melalui pintu belakang.”
            Kartika mengetap bibirnya menahan geram. Rupanya mereka lebih pandai dari aku. Licik! Aku betul-betul pandang rendah pada Munirah dan Alina tetapi aku takkan lepas mereka begitu saja.
            “Aku nak kau cari mereka sampai dapat. Kalau tidak, jangan harap la kau dapat satu sen pun dari aku.”
            “Masalahnya sekarang ni, saya nak cari mereka di mana? Kuala Lumpur bukannya kecil.” Seman resah. Teruk aku macam ni!
            “Itu aku tak peduli. Yang penting , aku mahu kau cari mereka sampai dapat. Aku tak mahu dengar apa-apa lagi alasan dari kau, faham!”
            “Baik, Datin!” Seman terpaksa akur dengan arahan Kartika.
            “Satu lagi, aku rasa aku tahu macam mana kau nak cari mereka!” Kartika tiba-tiba teringat sesuatu. “Mereka pasti akan melawat suami aku di hospital. Kau tunggu mereka di situ sehingga mereka muncul selepas itu kau ekori mereka. Aku nak tahu di mana mereka tinggal.”
            “Baiklah.” Kata Seman terus menamatkan panggilan tersebut.
            Kartika merenung jauh ke luar tingkap aparment miliknya di Bangsar. Lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Habis rancangan aku.Kartika mengeluh kuat. Munirah dan anaknya perlu dihapuskan dari muka bumi ini.
            “Sayang! I dah siapkan makan malam. Jom makan.” Ucap Jason dengan manja dan terus memeluk Kartika dari belakang dengan erat.
            Wajah Kartika yang masam terus berubah. Senyuman terukir di bibirnya. Dia memegang tangan Jason yang begitu erat memeluknya. Walaupun umur Jason lebih muda dari anaknya, dia tidak kisah. Asalkan mereka tahu bagaimana untuk menghiburkan hatinya. Dia tahu mereka yang sanggup menjadi anak ikan untuk dirinya hanya memandang kepada duit yang dimilikinya. Dia tidak peduli semua itu dan yang penting hatinya puas.

                                                ****************************

            “Akhirnya, Is balik juga. Penat Umi tunggu Is.” Maria bersuara sebaik saja Iskandar melangkah masuk ke rumah. Jam dinding yang berada di ruang tamu dipandang sekali imbas. Tepat menunjukkan pukul 11 malam. Lewatnya Is balik. Banyak kerja ke di pejabat.
            “Ada apa Umi?”
            “Aaa…Umi nak beritahu Is sesuatu mengenai rumah kita di Puchong.”
            “Kenapa?” Iskandar berjalan menghampiri ibunya yang sedang duduk di sofa.
            “Umi suruh orang renovate rumah tu so buat sementara waktu ni Is jangan pergi ke sana ye!” jelas Maria. Dia bimbang jika Iskandar terserempak dengan Munirah dan anak-anaknya.
            “Bukan ke tahun lepas, Umi dah renovate rumah tu. Kali ini Umi renovate bahagian mana?”
            “Aaaa…..semua!” Maria terus menjawab tanpa berfikir. Aduh, aku terlupa la pulak yang aku pernah renovate rumah itu tahun lepas.
            “Semua!” Bulat mata Iskandar mendengarnya. “Semua sekali Umi renovate! Aduh, nampaknya rambut abah tahun ni akan gugur lagi ye.” Iskandar ketawa.
            “Hish…budak ni! Ingat, jangan pergi ke sana!” Maria mengingatkan Iskandar sekali lagi.
            “Yes, madam!”
            “Lagi satu, esok  Is tak boleh bersarapan dengan kami.”
            “Kenapa?” Berkerut dahi Iskandar.
            “Sofea akan datang breakfast esok pagi. Katanya nak breakfast bersama Is awal-awal pagi esok.” Beritahu Maria.
            “Apa!” Air muka Iskandar terus berubah pucat. Aku belum tidur lagi, mimpi ngeri dah muncul.  “Kenapa Umi tak halang dia?”
            “Kalau Umi halang Sofea pun, dia takkan faham apa yang Umi cakapkan.”
            “Ahh…ingatkan balik rumah boleh rileks. Ini tidak, kucar-kacir hidup Is dibuatnya. Umi, malam ini Is tidur di hotel. Kalau abah cari, suruh abah call Is. Umi, Is pergi dulu.” Iskandar terus bersalam dengan Maria  dan melangkah keluar dari rumahnya.
            Maria hanya menggelengkan kepala. “Kasihan anak aku seorang ni!”
           

                                    **************************************

            Iskandar mempakirkan keretanya di halaman rumahnya rumahnya di Puchong. Dia sengaja datang ke sini untuk melihat apa yang diubahsuai oleh ibunya dan kebetulan esok dia ada mesyuarat di Puchong.  Dahinya berkerut melihat rumah itu. Iskandar melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Nasib baiklah, dia ada bawa kunci rumah  di Puchong bersamanya.  “Umi kata rumah ini tengah renovate tetapi tiada ada apa-apa pun. Kenapa bilik itu ada cahaya?  Mereka lupa tutup lampu ke?” Iskandar keluar dari keretanya. Langkahnya di atur menuju ke pintu rumah. Dia membuka pintu rumah itu menggunakan kunci yang berada di tangannya. Iskandar memulas symbol pintu perlahan-lahan. Dia terkejut melihat lampu kecil di dinding  ruang tamu di buka. Iskandar mula berasa pelik. Dia terus menekan suis lampu di ruang tamu. Pintu ditutup perlahan-lahan. Dia melihat di sekelilingnya. Bersih dan teratur  seperti ada orang tinggal di sini sahaja. Iskandar teringat bilik yang bercahaya di tingkat atas. Iskandar melangkah perlahan-lahan menuju ke tangga.  Sebaik saja kakinya melangkah anak tangga pertama, Iskandar merasakan ada sesuatu di belakangnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.
            “What are you doing here?” soal Aleya secara tiba-tiba. Tangannya memegang erat mug yang berisi air Nescafe yang dibancuhnya di dapur sebentar tadi. Semasa dia berada di dapur , dia terdengar bunyi kereta di luar. Dari jauh dia memerhati kelibat lelaki yang masuk ke rumahnya, dia kenal benar dengan lelaki itu. Pemilik rumah ini.
            “Mak! Hantu!” jerit Iskandar terkejut bila ada wanita berambut panjang mengurai di belakangnya. Iskandar jatuh terduduk. Jantungnya berdegup kencang. Iskandar terus memejamkan matanya
            Aleya menggelengkan kepalanya beberapa kali melihat reaksi Iskandar. Penakut rupanya. Muka aku ni macam hantu ke?  “Kalau saya ni hantu dah lama saya cekik awak, Tengku Iskandar.”
            Macam aku pernah dengar saja suara itu. Perlahan-lahan Iskandar membuka matanya. “Aleya!”  Nama itu muncul dari mulut Iskandar. Bagaimana wanita ini berada di sini? Aku tersalah rumah ke. Iskandar melihat di sekelilingnya. Sah, ini rumah aku!
Apa dia buat di sini? Iskandar terus bangun.
            “Along! Apa halnya?” Munirah terus keluar dari biliknya. Dia terjaga dari tidur apabila mendengar jeritan. Dia bergegas keluar untuk mengetahui apa yang berlaku. Dia terkejut melihat kehadiran seorang lelaki di rumahnya.
            “Nothing! Cuma ada tetamu tak diundang di rumah ini. Ibu, ini Tengku Iskandar. Anak Auntie Maria.” Beritahu Aleya.
            “Anak Maria!” Munirah terkejut. Dia memerhati lelaki yang berkemeja biru itu. Inilah pertama kali dia melihat anak tiri Maria.
            “Tengku, ini ibu saya.” Aleya memperkenalkan ibunya pada Iskandar.
            Iskandar melihat seorang wanita yang sebaya ibunya  berjalan menghampirinya
            “Oooo…Iskandar rupanya! Mak cik ingatkan siapa tadi.” Munirah tersenyum
            “Tak ada apa-apa, Angah!” Aleya melihat Alisa yang sedang berdiri di anak tangga. Jeritan Iskandar mungkin menyebabkan seluruh penghuni rumah itu terjaga. Tangan Alisa sedang memegang pasu bunga. Mungkin mereka fikir ada pencuri yang menceroboh masuk rumah ini.
            “Siapa Along?” Soal Alina yang berada di belakang Alisa. Matanya terkebil-kebil melihat lelaki yang bersama kakaknya.
            Iskandar menoleh. Bibirnya terketar-ketar melihat 2 orang wanita yang sedang berdiri di anak tangga yang sedang memerhati dirinya. Matanya dilirikan kembali ke arah Aleya yang berada di sisinya. Penglihatan aku ada masalah ke? Pandangannya dialihkan pula pada wanita tadi. Satu! Dua! Tiga! Tiga Aleya. Iskandar menggosak matanya beberapa kali.
            “Penglihatan Tengku tak ada apa-apa masalah. Mereka berdua adik kembar saya.” Kata Aleya terus duduk di sofa dan minum air yang dibuatnya sebentar tadi.
            “Siapa lelaki ini?” soal Alisa lagi sambil menuruni tangga. Pasa bunga yang berada di tangannya dihalakan ke arah Iskandar. Alina mengekori dari belakang.
            “Anak Auntie Maria! Tengku Iskandar.”
            “Ooo..client Along yang cerewet tu ke!” Alisa membuat mimic muka dan dia terus berjalan ke arah ibunya.
            Iskandar hanya memerhati. Lidahnya kelu untuk bersuara.
            “Abang Is, duduk dulu. Lina pergi buat air.” Alina tersenyum.
            Dahi Iskandar berkerut melihat Alina. Tiba-tiba saja cakap lemah-lembut dengan aku, seram aku dibuatnya. Pandangannya dialihkan pada mereka bertiga yang sedang duduk di sofa.
            “Is, mari duduk di sini.” Jemput Munirah. Dia tahu pasti sekarang ni Iskandar masih terkejut.
            “Ibu tak payah susah-susah jemput Tengku Iskandar ni. Ini rumah dia. Pandai-pandai la dia bawa diri.” Alisa bersuara. Dia menjeling pada Iskandar yang sedang menghampiri mereka.
            “Hish…. Jaga sikit mulut tu. Ingat sikit, kita ni menumpang rumah Iskandar. Iskandar tuan rumah, percakapan tu berlapik sikit.” Tegur Munirah.
            Iskandar hanya tersenyum. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Yang mana satu Aleya ini? Yang bercakap tadi ke ?Aduh, parah aku macam ni. Dia terus duduk berhadapan dengan mereka.
            “Auntie! Sebenarnya Is tak faham apa yang berlaku di sini, macam mana Aleya dan Auntie boleh berada di sini? Maksud Is, ini pertama kali kita berjumpa. Is kenal Aleya pun disebabkan urusan kerja.”
            “Ibu saya kawan Datin Maria.” Jawab Aleya.
            “Ooo..ya ke!” Iskandar melihat Munirah. Semua kawan umi aku kenal tetapi mak cik ni aku belum pernah jumpa lagi.
            “Buat sementara waktu ini, kami menumpang tinggal di rumah Is sebelum kami pulang ke London selepas urusan antara Is dan Aleya selesai.”  Munirah masih lagi tersenyum.
            “Oooo..begitu rupanya! Yang peliknya tadi Umi beritahu Is yang rumah ini buat renovation. Dia tak bagi Is datang ke sini.” Iskandar hairan. Kenapa Umi beritahu rumah ini buat renovation tetapi sebenarnya ada tetamu di sini? Pelik. Adakah Umi cuba merahsiakan kehadiran tetamu di rumah ini dari pengetahuan aku? Tetapi kenapa?
            Munirah hanya mampu tersenyum.
            “Kalau Auntie Maria tak benarkan Tengku datang ke sini, kenapa Tengku datang ke sini jugak?” Aleya akhirnya bersuara. Aleya mula risau. Sekarang ini sudah ramai orang tahu tentang kewujudan dia dan adiknya.
            “Along!” Munirah menegur lagi.
            “Kebetulan saya lalu di sini, kemudian saya nampak lampu di bilik atas menyala. Saya hanya nak datang check saja, tak sangka pulak ada tetamu.”
            Alina datang menghampiri mereka dan meletakkan cawan yang berisi air coffee yang dibancuhnya di dapur.  “Jemput minum, Abang Is.”
            “Ya. Terima kasih….Cik..” Iskandar ingin mengenali wanita itu. Perangainya berbeza dari Aleya dan seorang lagi.
            “Alina! Abang Is panggil saja Lina.” Alina tersenyum.
            “Baiklah, Lina!”  Iskandar turut sama tersenyum.
            “Tengok tu, Along! Depan kita pun, dia boleh jual minyak.” Alisa membuat mimic muka.
            Senyuman Iskandar tiba-tiba hilang sebaik saja mendengar kata-kata Alisa. Bisa betul mulut perempuan ni!
            “Kenapa Is tak balik rumah ? Dah lewat ni. Sebenarnya tadi Is dari mana?” soal Munirah cuba menenangkan keadaan. Alisa kalau bercakap ikut sedap mulut dia saja.
            “Sebenarnya Is tak boleh balik rumah malam ni.”
            “Kenapa?” Munirah hairan.
            “Tentu lari dari rumah.” Alisa tiba-tiba mencelah.
            Aleya tersenyum apabila mendengar kata-kata Alisa.
            “Angah ni suka sangat menyampuk orang bercakap. Biar la Abang Is bercakap dulu.”
            “Is jangan pedulikan mereka berdua ni. Buat tak tahu saja.” Munirah menjeling kea rah anaknya.
            “It’s ok! Mak Cik, boleh tak Is bermalam di sini? Esok awal-awal pagi Is ada mesyuarat di Puchong. Takut tak sempat pulak.”
            “Boleh. Tentu sekali boleh. Ini kan rumah Is. Kami yang sepatutnya minta kebenaran Is sebab kami menumpang di sini.”
            “Terima kasih, Mak Cik.” Iskandar tersenyum.
            “Ibu, Tengku ni lelaki. Tak manis jika dia bermalam di sini. Kita semua kan perempuan.” Ujar Aleya. Dia terkejut bila ibunya membenarkan lelaki ini bermalam di situ.
            “Dia kan saudara kita. Lagipun bukannya Along dan Is berdua-duaan di rumah ini. Ibu, Angah dan Acu pun ada. Sudah, jom masuk tidur! Is nak berehat. Esok dia kena bangun awal. Angah, zip it.” Kata Munirah apabila melihat Alisa cuba berkata sesuatu.
            Alisa membuat mimic muka merajuk. Aku ni asyik kena zip it saja.
            “Aleya.” Kata Iskandar terus memandang ke arah Alisa yang disangkanya adalah Aleya.
            “I’m not Aleya.” Tegas Alisa dan terus bangun. Langkahnya diatur menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
            Alina hanya mampu menggelengkan kepalanya. Alina bangun dan menemani ibunya berjalan masuk ke bilik.
            Iskandar melihat ke arah wanita yang masih duduk di sofa. Aleya sedang merenung dirinya. “Hmm…kenapa awak tak beritahu saya yang ibu awak dan ibu saya sebenarnya kenal antara satu lain?”
            “Penting ke semua itu?” jawab Aleya dengan dingin.
            “Wow! Saya dapat rasakan mood awak yang tidak baik. No good.” Iskandar tersengih. Namun tiada apa-apa reaksi dari Aleya. “ Hmm…perangai awak berlainan dengan adik awak yang bernama Lina. She’s nice.”
            “why? Tengku berminat pada adik saya ke?”
            “Kenapa awak cemburu ke?” Iskandar mengenyitkan matanya pada Aleya.
            “Jangan bermimpi la.” Aleya terus bangun. Dia malas nak melayan kerenah Iskandar.
            “Awak nak pergi ke mana? Kita belum habis bercakap lagi.”
            Aleya buat tidak tahu dan terus menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Kini fikirannya runsing. Aku perlu selesaikan urusan ini dan kami perlu segera pulang ke London. Sekarang semakin ramai orang mengetahui tentang aku dan adik-adik aku tetapi sebelum aku pulang ke London, aku perlu lakukan sesuatu pada Datin Kartika. Aku takkan biarkan dia begitu saja.