Tuesday, April 18, 2023

Cintamu Kuburu- Bab 5

 

Bab 5

 

            TIBANYA di hadapan pintu masuk firma guaman, Umie masih berdiri di situ. Dia menjenguk di sebalik pintu kaca, tiada sesiapa pun kaunter reception. Bag kertas digenggam erat. Mula dia teragak-agak nak masuk ke dalam. Sebenarnya sudah dua hari, dia tak jumpa Emiir. Di bakeri dan di kondominum, dia tetap tak jumpa kelibat pujaan hatinya. Tertanya-tanya sama ada Emiir cuba elakkan diri darinya.

            Kerana itu, Umie buat keputusan untuk ke firma guaman Emiir. Dia bawa minuman dan makanan untuk Emiir dan Aariz sebagai alasan.

            Excuse me! You cari sapa?” Tiba-tiba ada suara menyapa dari belakang.

            Umie terkejut dan berpaling ke belakang. Dia melihat wanita tinggi lampai itu.

            Saya nak hantar makanan dan minuman untuk Encik Emiir dan Encik Aariz.” jawab Umie. Dia menunjukkan bag kertas yang ada di tangan.

            Ooo… Delivery girl rupanya.” kata Rose dengan sinis. Dia melihat wanita bertudung litup yang ada di hadapannya. Dipandang atas bawah.

            Dahi Umie berkerut. Delivery girl? Wah, kurang ajar betul minah ni! Baru saja jumpa, dah mula kurang ajar.

            Encik Emiir dan Encik Aariz busy. Bagi saja kat I, nanti I sendiri bagi kat mereka.” kata Rose. Dia cuba ambil bag kertas itu tapi Umie sempat mengelak.

            No! Saya akan bagi sendiri kat Encik Emiir dan Encik Aariz.” tegas Umie. Jangan harap la dia nak bagi. Entah-entah bag kertas ini tak sampai ke tangan Emiir dan Aariz. Sikit pun dia tak percaya cakap wanita tinggi lampai ini. Lagipun dia tak kenal pun siapa wanita ini, takkan la nak bagi membuta tuli.

            Rose mendengus kuat dan terus mencekak pinggang.

            Cik Umie!” tegur Aariz. Dia berlari anak-anak mendekati Umie yang berdiri di hadapan pintu masuk firma guaman.

            Umie tersenyum melihat kehadiran Aariz. Lega rasanya.

            Apa Cik Umie buat kat sini?” tanya Aariz.

            Encik Aariz kenal ke dengan delivery girl ni?” Terlebih dahulu Rose bersuara.

            Senyuman Umie terus mati. Pandangan Umie berubah ke arah Rose. Dalam hati tertanya-tanya siapa perempuan ini.

            Delivery girl? Apa you merepek ni, Rose! Ini Cik Umie, owner Herma Bakery Cafe. Nampak tak bakeri yang berwarna biru tu, itu la Herma Bakery Cafe!” Dahi Aariz berkerut. Dia turut sama melihat Rose.

            Mana la I tahu, sekali saja pandang, nampak macam delivery girl!” jawab Rose. Mulutnya terus senget.

            Air muka Umie berubah. Argh…. macam nak cili saja mulut wanita ni! Kurang ajar betul! Tak reti hormat orang langsung.

            Rose! Baik you masuk sekarang. Kerja yang I bagi, dah siap ke belum? I nak pagi ini.” arah Aariz.

            Dengan wajah masam, Rose terus masuk.

            Saya  minta maaf bagi pihak Rose. Dia memang macam tu.”

            Dia lawyer kat sini jugak ke?” tanya Umie. Dalam masa sama Umie akui Rose memang cantik orangnya. Tiba-tiba rasa tergugat.

            Tak la. Dia intern. Baru kerja kat sini. Oh ya, kenapa Cik Umie datang sini?”

            Aaaa… Saya datang sebab nak bagi ini. Dah dua hari Encik Aariz dan Encik Emiir tak datang bakeri. Mesti sibuk kan! Sebab itu saya datang hantar.” kata Umie. Dia terus beri bag kertas pada Aariz.

            Apple pie! Brownies! Kaya bun! Iced latte! Iced americano! Semuanya dalam bag ni.” kata Umie.

            Cik Umie, susah-susah la pulak.” Senyuman Aariz meleret. Dia melihat isi kandungan bag kertas itu. Rasa gembira macam nak lompat saja. Kebelakangan ini dia dan Emiir memang sibuk sangat-sangat. Makan minum pun dah tak tentu hala.

            Kalau nak apa-apa, mesej saja saya. Nanti saya suruh Bob atau Mina hantarkan. Aaa… Encik Emiir mana?”

            Emiir pergi jumpa client. Tengahhari nanti baru balik. Aaa…. Berapa semua ni?”

            Kan saya cakap free setahun.”

            Segan la kalau macam tu.” kata Aariz.

            Tak payah nak segan-segan. Ini cara saya nak balas balik budi baik Encik Aariz dan Encik Emiir. Ok la, saya balik dulu. Ada banyak tempahan kek hari ini. Kirim salam saya kat Encik Emiir. Saya gerak dulu. Assalammualaikum…..” kata Umie. Dia terus beredar dari situ. Dalam hati dia mengeluh kerana kecewa tidak dapat berjumpa dengan Emiir. Mulut Umie terus muncung sambil berjalan ke bakeri.

 

                                                ***************************************

            UMIE berdiri melihat penampilan dirinya di cermin. Dahi sedikit berkerut. Baju blaus berwarna hijau muda dengan seluar jeans. Ditambah pulak dengan tudung bawal. Dia tak nampak pun ada masalah dengan penampilan dia hari ini. Chic and casual! Mendidih darah apabila teringat kata-kata Rose.

            Okey aper! Mata dia tu yang ada masalah. Ada hati nak kutuk style orang!” kata Umie. Dia masih rasa tak puas hati. Dia harap sangat tak jumpa Rose selepas ini.

            Umie terus masuk ke dalam tandas dan menukar pakaian. Dia keluar dari tandas dengan pakai uniform chef. Dengan segera dia bergegas turun ke dapur bakeri. Hari ini saja ada 6 tempahan kek yang nak diambil petang nanti. Pasti Ena dan Iza perlukan bantuan dia.

            Tibanya di dapur bakeri, Umie melihat Ena dan Iza begitu sibuk membuat kek. Dia mendekati mereka berdua.

            So kek apa yang tak buat lagi?” tanya Umie.

            Tinggal lagi 3 kek, Kak Umie. Blueberry cheese cake! Tiramisu cake! Last sekali, Black forest cake!” jawab Iza.

            Hmm…. Kalau macam tu, Kak Umie buat Tiramisu cake!” kata Umie. Dia melihat ke arah jam dinding di situ yang menunjukkan pukul 12.30 tengahhari. Langkah diatur ke stor yang mengandungi bahan-bahan untuk membuat kek. Diambil bakul yang disediakan di situ. Keadaan stor itu seperti berada di dalam supermarket.  Dia berjalan menuju ke peti sejuk.

            Kak Umie kat sini rupanya! Kak Umie, ada orang nak jumpa.” Mina muncul di sebalik pintu stor itu.

            Sapa? Lelaki ke perempuan?” tanya Umie.

            Perempuan …” jawab Mina.

            Dahi Umie berkerut. Siapa pulak ni nak jumpa? Dia meletakkan semula bakul dan terus berjalan mengekori Mina.

            Air muka Umie berubah apabila melihat wanita yang berdiri di kaunter. Dia harap sangat tak jumpa lagi alih-alih wanita ni dah terpacak kat sini.

            Hi! Tak sangka you betul-betul owner bakeri ni. Ingatkan you menipu sebab nak impress Encik Aariz dan Encik Emiir. Maklum la sekarang ini ramai sangat kaki penipu sebab itu la I datang check.” Rose bersuara sebaik saja nampak Umie. Dia memegang cawan hot chocolate yang dipesannya tadi.

            Mina, Bob dan Rani yang ada di situ berpandangan antara satu sama lain.

            Lidah Umie kelu untuk berkata-kata.

            Lagipun I nak tahu jugak, sedap sangat ke pastries dengan kek you sampaikan Encik Aariz dan Encik Emiir selalu datang sini. I tengok pastries dengan kek you biasa saja, tak ada pun yang special. Okey la, I kena gerak dulu. Banyak kerja kat ofis I kena siapkan dari I buang masa datang sini.” kata Rose. Dia terus berlalu pergi.

            Kurang ajar betul mulut customer ni! Kalau la Mina tahu, Mina tak panggil Kak Umie. Dah datang sini lepas tu complain macam-macam, muka tak tahu malu betul! Kak Umie, kenal ke dengan customer tu? Tadi dia sebut Encik Aariz dengan Encik Emiir, kawan mereka ke?” Mina bersuara lantang sebaik saja Rose keluar. Panas telinga ni dengar.

            Kak Umie jumpa dia pagi tadi masa hantar makanan kat Encik Aariz dengan Encik Emiir. Dia tu intern kat situ.” jawab Umie.

            Hah, intern saja pun tapi berlagak nak mampus. Kalau sekali lagi dia datang, siap la dia nanti.” kata Mina.

            Mina! Apa-apa pun dia tetap customer, jangan pulak cara gaduh dengan customer. Jangan dilayan sangat perangai Rose tu. Biar saja dia. Dia cakap apa-apa pun, buat tak tahu saja.” nasihat Umie. Dia tak mahu pulak ada isu lain.

            Kak Umie ni baik sangat la sebab itu la dia berani cakap macam tu kat Kak Umie. Apa masalah dia dengan Kak Umie? Kenapa dia macam tak puas hati saja dengan Kak Umie?” tambah Mina lagi.

            Umie terdiam. Soalan Mina ada betulnya? Cara Rose cakap dengan dia macam musuh pun ada. Seingat dia tak ada pun cakap sesuatu yang membuatkan Rose terasa hati. Pagi tadi baru saja pertama kali mereka berdua jumpa. Dia mengeluh perlahan.

                                                            *******************

            SATU persatu bawang merah dipilih dengan teliti. Umie mencari bawang merah yang elok dan kemudian dimasukkan ke dalam bag plastik. Selepas balik kerja, dia singgah di supermarket yang berdekatan dengan rumahnya. Dia nak masak malam ini tetapi bawang merah dah habis.

            Tiba-tiba ada orang terlanggar troli Umie.

            Umie terkejut dan menoleh. Matanya terbeliak luas dan kemudian tersenyum meleret. Matanya kini bersinar-sinar.

            Encik Emiir! Apa Encik Emiir buat kat sini?” tanya Umie. Dia tak sangka takdir menyebelahi dia. Berhari-hari dia tak jumpa Emiir akhirnya dia jumpa jugak hari ini. Seperti selalu Emiir nampak segak bergaya. Terubat jugak rindunya.

            Emiir hanya terdiam perhatikan gerak-geri Umie

            Sorry!” Ucap Emiir kerana salahnya terlanggar troli Umie dan terus menolak troli ke tempat sayur-sayuran. Dia langsung tak jawab soalan Umie.

            Melihat Emiir mula berlalu pergi, Umie terus sudah mengambil bawang merah. Dia terus menolak trolinya dan mengekori Emiir.

            Encik Emiir baru balik kerja ke? Tak sangka kita kebetulan terserempak kat sini! Encik Emiir mesti selalu masak kat rumah. Saya pun suka masak. Nampaknya kita sama-sama suka memasak kat rumah.” Umie tak berhenti-henti cakap walaupun Emiir tak pedulikan dia.

            Emiir sikit pun tak pedulikan kehadiran Umie. Dia cepat-cepat mengambil bahan-bahan yang dia nak masak malam ini.

            Encik Emiir nak masak apa malam ni? Saya ingat nak masak nasi goreng saja. Senang kan! Dah duduk seorang kan, kalau masak banyak-banyak, tak habis lepas tu membazir. Kalau Encik Emiir nak, saya boleh bagi nasi goreng yang saya nak masak nanti. Tak payah la Encik Emiir susah-susah nak masak.” Umie tersenyum. Tiba-tiba saja dia dapat idea bagaimana nak rapatkan lagi hubungan dia dengan Emiir.

            Secara tiba-tiba Emiir terus berhentikan troli dia, pandangan tepat ke arah Umie dengan wajah serius.

            Cik Umie! Terus-terang I cakap yang I rasa tak selesa dengan you. Apa-apa pun niat you nak dekat dengan I, baik you matikan saja hasrat you tu! I harap sangat lepas ini you jangan tegur I  lagi. Anggap saja kita tak pernah kenal sebelum ini.” tegas Emiir. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Umie.

            Mulut Umie sedikit melopong. Dia masih terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Emiir sebentar tadi. Belum apa-apa lagi, Emiir sudah reject dirinya. Terasa bahang di wajahnya.

                                                            ******************

            SUDAH tiga puluh minit, Umie duduk di kerusi besi di balkoni. Bulan penuh yang menerangi langit malam itu direnung. Dibetulkan cardigan yang dipakainya apabila angin malam menyapa dirinya. Terasa sejuk sehingga ke tulang.

            Umie mengeluh kuat.

            Tak sangka semudah tu aku kena reject. Apa yang tak kena dengan aku ni? Apa kurangnya aku ni di mata Emiir? Aku ni serba serbi complete! Ada business sendiri! Ada kerjaya sendiri! Ada rumah sendiri! Pandai memasak! Pandai mengemas rumah! Pandai menjahit. Semuanya aku pandai. Tapi kalau ikutkan rupa, Si Rose tu lawa lagi. Tapi aku ni dalam kategori comel la jugak.” Umie bercakap seorang diri. Dia cuba mengembalikan keyakinan diri dia.

            It’s okey, Umie! Kena reject sekali takkan kau dah nak mengalah. Betul tak?  Selagi Emiir single, aku masa ada peluang. Aku akan buktikan pada Emiir aku betul-betul serius dan ikhlas sukakan dia. Aku usaha buat Emiir jatuh cinta dengan aku. Ini Sharifah Umie Aira la.” Umie bertekad untuk menawan hati Emiir.

           

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...