Wednesday, March 7, 2012

Siapa Orang Gajiku 29

BAB 29

            Sofea terkejut apabila Zetty menghalang perjalanannya.Bila Zetty balik dari kampung? Bukan ke minggu depan baru Zetty balik ke KL? Sofea tersenyum. “Kenapa kau tak beritahu aku yang kau nak balik hari ini? Aku boleh ambil kau di airport.”
            “Kenapa Sofea? Kenapa kau berubah?” Wajah Zetty serius.
            “Kenapa dengan kau ni?” Sofea tak faham.
            “Kenapa kau jadi macam ni? Sebelum ni kau tak macam ni Sofea? Kau dah banyak berubah.”
            ‘Apa kau cakapkan ni, Zetty? Aku tak faham.” Sofea merenung Zetty. Hanya mereka berdua di basement apartment mereka.
            “Kenapa kau aniaya Kak Aishah? Kenapa? Kenapa hati kau begitu busuk, Sofea.” Zetty kecewa dengan sikap sahabatnya itu. Sebelum dia pulang ke kampung, Kak Aishah ada berpesan nak merasa ikan perkasam buatan orang utara. Katanya sedap jadi dia ingin merasa. Sebaik sahaja tiba di KL, Zetty terus pergi ke rumah Haikal. Dia terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Mak Som. Mustahil Kak Aishah mencuri. Walaupun mereka hanya baru berkenalan tetapi dia yakin Kak Aishah bukan seorang pencuri.
            “Aku tak sangka kau lebih mempercayai orang luar dari kawan baik kau sendiri. Kita berkawan sejak sekolah menengah lagi, kau lebih mengenali aku dari perempuan tu.” Marah Sofea. Dia kecewa dengan sikap Zetty. Kenapa semua orang sukakan Aishah? Apa istimewanya perempuan kampung tu.
            “Ya, sebab aku lebih mengenali kau dari sesiapa pun. Aku tahu semua ini rancangan kau. Kau tak kasihan pada Kak Aishah ke? Dia orang miskin. Dia bekerja sebab nak menyara keluarganya di kampung. “
            “Aku peduli apa? Dia yang cari pasal dengan aku dulu. Aku suruh dia tinggalkan rumah itu, dia tak mahu. Dia degil Nak juga bersama Haikal. Sekarang ni, biar dia rasa.” Kata Sofea tanpa rasa bersalah. Dia bangga dengan apa yang telah dilakukannya. Dia tidak langsung berasa bersalah. Yang penting, musuh aku dah tiada.
            “Jadi kau sengaja letak rantai Tengku Fazira di dalam beg tangan Kak Aishah. Dengan alasan itu, kau tahu Tengku Fazira akan menghalau Kak Aishah keluar dari rumah tu.” Nada suara Zetty bergetar. Dia tak sangka Sofea sanggup bertindak seperti itu.
            “Ya. Kerana Haikal, aku sanggup buat apa saja. Dia nak rampas Haikal dari aku.”
            “Itu semua andaian kau sahaja, Sofea. Kau ingat selepas Kak Aishah pergi, tiada sesiapa akan menghalang cinta kau berdua. Kau silap. Kau jangan lupa kau tu masih isteri orang. Isteri Tan Sri Yahya. Kau tinggalkan Haikal seorang diri di hari pernikahan kau berdua semata-mata kerana ingin berkahwin dengan orang tua tu. Don’t forget about that. Sofea.”
            “Kami akan bercerai.” Air muka Sofea berubah apabila nama suaminya disebut. Nama itu begitu sensitive.
            Zetty ketawa secara tiba-tiba. “Divorce! Mustahil. Semua itu mustahil. Tan Sri Yahya tak akan lepaskan kau. Kau dah kikis duit dia, kau ingat dia akan lepaskan kau semudah itu.”
            “Zetty! Kau jaga sikit mulut kau. Kau jangan lupa, aku banyak tolong kau selama ini.”
            “Ya, semua itu aku tak pernah lupa. Kerana budi kau, aku masih tetap bersama kau walaupun keluaga kau dah pulaukan kau. Aku bersama kau tetapi sekarang tidak lagi. Aku dah tak mahu bersubahat dengan kau lagi. Untuk kali terakhir, Sofea. Berterus-terang pada Haikal dan kembali ke sisi suami kau. Itu jalan terbaik.”
            Sofea mengetap bibir. Berani Zetty mengajar aku. “Ini kehidupan aku. Aku berhak buat apa yang aku suka. Kau tak hak nak mengajar aku.” Sofea meninggikan suara. Matanya merah menyala.
            “Baiklah! Jika begitu keputusan kau, persahabatan kita berakhir di sini. Aku dah kemaskan barang-barang aku. Kunci rumah aku dah letak di atas para kasut.  Tentang butik kita, aku dah suruh lawyer aku uruskan. Dia akan berjumpa dengan kau esok. Terima kasih di atas segala-galanya, Sofea. Semoga kau gembira dengan semua ini.” Zetty terus berjalan meninggalkan Sofea menuju ke kereta Persona miliknya.
            Sofea tercengang. Dia terkejut dengan keputusan Zetty itu. Badannya masih kaku. Tidak bergerak. Kereta Persona milik Zetty meluncur laju meninggalkan Sofea.
            “Jadi you tinggalkan I kerana ingin berkahwin dengan Tan Sri Yahya.”
            Sofea tergamam. Matanya bulat. Dia kenal dengan suara itu. Jantung Sofea berdegup kencang. Perlahan-lahan  Sofea memalingkan badannya. “Haikal” nama itu terkeluar dari bibirnya. Wajahnya pucat lesi.
            Haikal merenung wanita yang memakai gaun berwarna merah separas lutut itu. Mata Haikal merah menyala. Dia telah mendengar segala-galanya. Hatinya bagaimanakan dihiris sembilu. Kenyataan yang didengari sebentar tadi di luar jangkannya. Aku tak sangka aku begitu bodoh. Bodoh mempercayai setiapa kata-kata Sofea. Cinta membuat aku buta. Tujuan dia datang ke apartment Sofea adalah untuk memujuk Sofea. Dia sedar sejak beberapa hari ini dia telah mengabaikan Sofea. Dia ingin mengajak Sofea bersamanya untuk candlelight dinner. “ You tipu I? I tak sangka you perempuan mata duitan. I begitu bodoh mempercayai you “ jerkah Haikal.
            “Haikal!....Haikal! Let me explain!” nada suara Sofea bergetar. Air mata deras mengalir. Sofea cuba memegang tangan Haikal
            “Jangan sentuh I !” Haikal mengangkat kedua-dua belah tangannya. “You khanati cinta kita. Cinta yang I pertahankan selama ini. You benar-benar telah mengecewakan hati I, Sofea.”
            “Haikal!”
            “I don’t want to hear anything from you. Kata-kata yang lahir dari bibir you, semuanya tipu. I tak akan membiarkan diri I diperbodohkan oleh you lagi. Kerana you, I dah salah faham pada Aishah. Dia tidak bersalah. Dia adalah mangsa . Mulai sekarang ini, hubungan kita berakhir di sini. I tak mahu lihat muka you lagi. You baliklah ke sisi suami you.” Haikal terus berlalu pergi. Haikal memegang dadanya. Sakit. Aku memang bodoh. Aishah, aku minta maaf. Haikal mengusap mukannya beberapa kali. Tiba-tiba Haikal teringat neneknya. Kenapa nenek tak beritahu aku? Kenapa nenek rahsiakannya? Nenek buat aku seperti orang bodoh. Haikal segera melangkah laju menuju ke kereta BMW 5 series hitam. Jeritan Sofea tidak dipedulikan.
            “Haikal! Haikal!” Nama Haikal dipanggil beberapa kali namun Haika tidak mempedulikannya. Haikal telah masuk ke dalam perut kereta BMW. Kereta BMW itu berlalu laju meninggalkan Sofea. Air matanya mengalir tanpa henti. Kenapa semua ini mesti terjadi pada hari ini juga? Zetty dah tinggalkan aku? Haikal juga sama. Sekarang ini aku dah tiada sesiapa lagi. Apa aku harus aku buat? Sofea bingung.

                        *********************************************
            “Nenek! Nenek! Nenek!” jerit Haikal sebaik sahaja kakinya melangkah masuk. Semasa mempakirkan keretanya, dia nampak kereta Mercedes milik nenek berada di garaj kereta. Nenek dah balik. Haikal perlukan penjelasan. Kenapa nenek tak beritahu bahawa aku semua ini? Kenapa nenek membiarkan aku seperti orang bodoh? Perasaan marah tidak dapat dibendung lagi.
            Haikal mencari Tengku Fauziah di ruang tamu utama. Tiada. Haikal melangkah pula ke ruang makan. Tiada juga. “Nenek! Nenek!” jerit Haikal lagi. Namun tiada sahutan dari neneknya.
            “Apa halnya, Haikal?” Mak Som bergegas menghampiri Haikal. Dia sudah mendengar suara Haikal di dapur.
            “Mana nenek, Mak Som?”
            “Perlahan sedikit suara tu. Mak Engku baru saja balik. Semasa balik Mak Engku tiba-tiba pengsan.” Beritahu Mak Som. Dia terkejut apabila Tengku Fauziah rebah di ruang tamu.
            “Apa!” Wajah Haikal risau.
            “Dr. Amar baru saja balik. Kata Dr. Amar, jantung Mak Engku semakin lemah. Dia perlukan banyak berehat. Dalam usia seperti ini, Mak Engku tidak sepatutnya bekerja lagi. Dr. Amar nasihatkan supaya kita jangan buat Mak Engku stress. Takut kesihatan Mak Engku bertambah teruk.” Terang Mak Som dengan panjang lebar.
            “Tetapi kenapa Dr. Amar tak bawa nenek ke hospital? Kan lebih jika nenek mendapat rawatan di sana?”
            “Mak Engku tak mahu. Dia nak berehat di rumah. Dr. Amar tak mahu memaksa kerana takut Mak Engku lebih stress tetapi Dr. Amar akan datang lagi pada malam ini. Selepas makan ubat, Mak Engku terus tidur. Mak Som rasa buat sementara waktu ini Haikal jangan ganggu Mak Engku. Biar Mak Engku berehat.”
            “Ibu dah tahu?” soal Haikal.
            “Dah. Mak Som dah call. Puan dalam perjalanan pulang.”
            Haikal mendongakkan kepalanya ke tingkat atas. Wajah kerisauan terpancar.
            “Mak Som, Haikal nak tengok nenek sekejap.”
            Mak Som tiba-tiba memegang tangan Haikal. Berdasarkan kepada suara Haikal, ada sesuatu telah berlaku sehingga Haikal pulang dengan keadaan marah.
            “Mak Som, jangan bimbang. Haikal hanya nak tengok nenek saja. Haikal tak akan buat nenek stress. Percayalah.” Ujarnya dengan lembut. Dia faham di sebalik tindakkan Mak Som sebentar tadi.
            Mak Som melepaskan keluhan dengan kuat. Tangan Haikal dilepaskan.
            Haikal melangkah menaiki anak tangga. Satu persatu anak tangga dipijak. Kerana aku, nenek jatuh sakit. Haikal rasa bersalah. Dia kesal dengan tindakannya selama ini. Kerana cintanya pada Sofea, dia telah mengabaikan keluarganya terutamanya nenek. Aku betul-betul bodoh. Longlai langkah itu diatur.

                                    *************************************

            Rumah banglo dua tingkat milik Dato’ Tengku Ghazali dan Datin Tengku Fatin dipenuhi dengan saudara mara dan kenalan rapat. Kehadiran mereka memeriahkan lagi suasana rumah banglo itu. Majlis pertunangan Rina memberi peluang pada sanak-saudara yang tinggal jauh untuk berkumpul dan bertanya khabar. Gelak ketawa memenuhi ruang rumah itu.
            “Tak sangka kita akan bersaudara.”
            “Ya. Mungkin dah jodoh mereka berdua.” Datin Sharifah Mawar tersenyum lebar. Salah satu impiannya telah ditunaikan. Datin Sharifah Mawar yakin Rina adalah pilihannya yang tepat.
            “Mana Aina? “ soal Tengku Fazira. Sejak dari tadi dia mencari kelibat anak bongsu Datin Sharifah Mawar. Dia masih ingat telatah Aina yang nakal itu.Bertocang dua. Selalu mengusik Haikal.
            “Sekarang ini Aina ada di Sabah. Sejak bekerja di syarikat , dia sibuk. Maklumlah baru nak mula. Bermacam-macam perkara nak kena pelajari.”
            “Sebelum ini Aina buat apa?”
            “Dia belajar di Switzerland. Habis saja master, Aina sambung PHD pula.”
            “Wah, Kak Mawar bertuah kerana ada anak seperti Aina. Haikal tu belajar setakat degree saja. Suruh countinue master, tak mahu.”
            “Anak lelaki dan anak perempuan tak sama, Fazira. Mereka lain. Aina tu susah sikit. suka hidup berdikari . Suka buat hal dia sendiri. Yang dia tahu,  buat kerja amal. Bukannya kak tak suka Aina terlibat dengan kerja-kerja amal tetapi ….kadang-kadang tu, Aina lebih pentingkan semua itu dari kak. Itu yang buat kak geram.” Datin Sharifah Mawar mengetap bibir setiap kali memikirkan sikap Aina.
            Tengku Fazira hanya mampu tersenyum. “Oh ya, Hari Jumaat minggu depan!” Tiba-tiba Tengku Fazira teringat sesuatu. “Hotel kami akan mengadakan Majlis Amal untuk orang kurang upaya. Kak boleh bawa Aina bersama. Dalam masa yang sama boleh juga Fazira berkenalan dengan Aina. Pasti sekarang semakin cantik.”
            “Hmm…boleh juga. Kak boleh kenalkan Aina pada kawan-kawan kak. “ Ujur Datin Sharifah Mawar. Dah tiba masanya Aina bergaul dengan orang yang setaraf dengannya. Senyuman terukir di bibirnya. Kali ini Aina mesti dengar cakap aku.

                        ********************************************

            Haikal hanya memerhati ibunya dan Datin Sharifah Mawar yang begitu rancak berbual . Dia terkejut apabila mendapat tahu Rina akan bertunang dengan Aril. Rina tak pernah bercerita apa-apa pun. Tup..Tup …dah bertunang. Pelik.
            Mata Haikal dilirikkan di segenap rumah bonglo mewah milik bapa saudaranya.  Setiap ruang di rumah banglo itu dipenuhi dengan sanak-saudara. Haikal menyandarkan diri di balkoni. Kenyang. Dia baru selesai makan nasi beriani. Sedap. Kalau nenek ada bersama, pasti nenek gembira kerana dapat bertemu dengan sanak-saudara tetapi keadaan tidak dapat mengizinkan untuk nenek ada bersama. Dr. Amar menasihati agar nenek berehat di rumah sepenuhnya.
            Pada mulanya, Pak Ngah ingin menunda majlis ini ke hari lain tetapi nenek menghalang. Benda baik tak elok ditangguhkan. Lebih diteruskan saja. Itulah kata-kata nenek.
            Haikal mengeluh dengan kuat. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Haikal mejuih bibir apabila nama Sofea tertera di skirn telefon bimbitnya. Apa dia nak lagi? Tak puas ke? Kau dah hancurkan hidup aku. Apa kau nak lagi dari aku. Hakal terus mematikan telefon bimbitnya. Haikal malas melayan kerenah Sofea. Sudah seminggu lebih, Haikal tidak menjawab panggilan Sofea. Dia sengaja tidak menjawabnya. Panggilan Sofea tidak dipedulikan. Hatinya terluka. Terluka kerana dikhanati.
            Tiba-tiba Haikal teringat Aina Aishah, perasaan bersalah bersarang di hatinya. Dia telah berjumpa dengan Puan Jamilah, Pengetua Rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan untuk bertanya mengenai Dr. Aina Aishah. Haikal ingin tahu no telefon Dr. Aina Aishah namun gagal. Puan Jamilah beritahu yang dia tiada no telefon Dr. Aina Aishah. Mustahil. Berdasar dari cara percakapan Puan Jamilah, Haikal tahu Puan Jamilah ingin melindungi Dr. Aina Aishah dengan berpura-pura tidak tahu no telefon Dr. Aina Aishah. Tujuannya untuk berjumpa Dr. Aina Aishah adalah untuk meminta maaf di atas apa yang berlaku sebelum ini.
            Senyuman terukir di bibir Haikal setiap kali memikirkan kenangannya bersama Dr. Aina Aishah. Dia gembira setiap kali berbual dengan Dr. Aina Aishah. Jiwanya tenang.
            Lamunan Haikal terhenti apabila mendengar suara kanak-kanak menangis. Pandangannya tepat kea rah kanak-kanak lelaki yang sedang menangis. Manakala kanak-kanak perempuan yang berada di sebelahnya ketawa dengan kuat.Kanak-kanak lelaki itu menangis dengan lebih kuat sambil tangannya memegang tocong dua yang diikat pada rambutnya. Dahi Haikal tiba-tiba berkerut. Dia teringat adik Aril, Mamee Monster.
            Mana dia? Tak nampak pun? Hari ini kan majlis pertunangan abang dia? Kenapa dia tak datang? Haikal melihat kea rah Datin Sharifah Mawar yang begitu rancak berbual dengan ibunya. Hish….kenapa mesti aku nak busybody? Dia nak datang ke, tak nak datang ke? Itu hal dia. Dia tak datang lagi bagus. Aman sikit dunia aku.

                                    *****************************

            Rina merenung cincin emas yang berada di jari manisnya. Cincin itu digerakkan ke kiri dan kanan. Sekarang, dirinya sah menjadi tunang Syed Aril. Kini Rina bersendirian di biliknya. Rina duduk di birai katil. Suasana ruih rendah di luar tidak menarik minatnya. Sepatutnya aku gembira tetapi tidak. Rina mengeluh dengan kuat. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.
            Telefon bimbit Noki N8 miliknya berbunyi. Rina menoleh. Nama Kak Aina tertera. Pantas Rina menjawab panggilan itu.
            “Assalammualaikum.” Aina terlebih dahulu memberi salam.
            “Waalaikumussalam.” Jawab Rina dengan lemah.
            Sebaik sahaja mendengar suara Rina, Aina sudah tahu maksudnya. Aina tahu Rina tidak gembira dengan pertunangan ini. Aina serba salah. “Kak minta maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis pertunangan  Rina. “
            “That’s okay!”
            “RIna! Kak tahu pertunangan ini terjadi tanpa kerelaan Rina. Mesti Rina tidak gembira dengan semua ini kan.” Aina menyandarkan dirinya pada sofa yang terletak di tengah lobby hotel.
            Rina hanya diam membisu.
            “ Boleh tak…..Boleh tak Rina memberi peluang pada Abang Aril? Maksud kak ….” Aina teragak-agak untuk meneruskan perbicaraannya. Dia bimbang. “Buka pintu hati Rina untuk mengenali Abang Aril. Kak tahu Rina mesti membenci Abang Aril di atas apa yang berlaku tetapi …please give him one chance. Untuk Rina mengenali hati budi Abang Aril. Rina tidak rugi apa-apa pun. Dengan cara ini, Rina dapat mengenali Abang Aril dengan lebih dekat.”
            Rina terkejut dengan permintaan Aina. Dia tergamam seketika. Lidahnya kelu untuk berkata.
            “Kak tahu kak tidak sepatutnya membuat permintaan ini tetapi kak tak paksa. Keputusan Rina yang tentukan. Kak hormati apa saja keputusan Rina. Just try to know him. That’s all I ask.”
            Rina masih berdiam diri.
            “Apa saja keputusan Rina, kak akan hormati. Hubungan kita tidak akan berubah. Just think about it, Rina. I have to go now. “ kata Rina sebaik sahaja melihat PA yang dilantik oleh ibunya melangkah keluar dari lif. RIna menamatkan perbualan mereka.
            Rina mengeluh. Fikirannya kosong. Dia memerhati telefon bimbitnya. Tiba-tiba pintu bilik diketuk.  RIna menoleh.
            Pintu terbuka. “Assalammualaikum.” Aril memberi salam sambil tersenyum lebar.Pandangannya tepat kea rah Rina yang memakai baju kurung moden berwarna merah jambu. Cantik! Namun sayang tiada secalit senyuman di bibir Rina.
            “Waalaikumussalam.” Jawab Rina sambil memandang ke arah lain. Baru saja sebut, dah datang.
            “Boleh abang masuk?” tanya Aril.
            Namun tiada jawapan dari Rina.
            Aril berdehem beberapa kali.
            “Sampai hati sayang buat abang macam ni! Sayang tak kasihan pada abang ke?”
            “Don’t call me, sayang! Meremang bulu roma I mendengarnya.”
            ‘Habis tu, nak panggil honey ke? Sedap jugak  Darling! Ya, Darling lebih sedap.” Aril membuat mimic muka.
            Rina berpaling. “You memang tak reti bahasa kan!” Matanya bulat merenung Aril. Macam mana aku nak beri peluang pada dia? Setiap kali dia bersuara, dah buat hati aku panas.
            “Ok! Abang tak nak bergaduh dengan sayang hari ini. Tangan abang dah lenguh pegang dulang ni. Mak beritahu sejak pagi lagi sayang belum menjamah apa-apa pun. Ini abang bawakan ayam goreng rempah. Mak kata ini favorite sayang. Jom kita makan bersama. Abang pun belum makan lagi. Perut ni dah lama berkeroncong. Jom kita makan ye.” Ajak Aril bersungguh-sungguh.
            Bau ayam goreng rempah yang menusuk masuk ke hidungnya menyebabkan perutnya berbunyi.
            “Aaa…itu perut dah beri signal. “ Aril tersengih apabila mendengarnya.
            Rina memegang perut. Aaa….kenapa time macam ni perut aku berbunyi. Malu aku!
            “Sayang! Boleh abang masuk?” soal Aril sekali lagi.
            “Masuklah….kalau muka tak malu.”
            “Memang muka tak malu pun.” Aril melangkah masuk. Dia terus meletakkan dulang itu di atas lantas. Aril duduk bersila.
            Rina tercengang.
            “Apa lagi! Jom la kita makan. Sayang nak abang angkat sayang ke sini ke? Abang lagi suka.” Aril tiba-tiba bangun.
            Dengan pantas Rina bangun dan mendekati Aril. Dia terus duduk. Wajahnya masam apabila diusik seperti itu.
            Aril ketawa kecil lantas Aril duduk semua. Tahu takut! Aril mencedok nasi untuk Rina.
            Rina memerhati setiap gerak-geri Aril.Tiba-tiba Rina teringat permintaan Aina sebentar tadi.  Perlukah aku memberi peluang pada lelaki ini? Mengenali hati budinya?

            **********************************************************

            “Haikal! Ibu nak tanya sesuatu. Haikal bergaduh dengan Sofea ke? Dah beberapa hari Sofea tak datang ke rumah.”
            “Sofea ada call ibu ke?” soal Haikal. Setiap kali nama Sofea disebut, hatinya mula panas.
            “Tak ada pun dia call ibu! Kenapa ni Haikal? Selama ini ibu tengok kamu berdua selalu bersama! Sekarang, lain macam ibu tengok. Bergaduh itu adalah lumrah kehidupan. Hidup kita takkan lengkap jika tidak bergaduh. Bertolak ansurlah sikit. Kamu berdua kan dah nak kahwin.” Nasihat Tengku Fazira. Beg tangan jenama Guess diletakkan di atas meja kecil di ruang tamu.
            “Kahwin!” Haikal tiba-tiba ketawa.
            Dahi Tengku Fazira berkerut. Apa kena dengan anak aku ni? Lucu sangat ke soalan aku tadi.
            “Kahwin dengan siapa?”
            “Siapa lagi! Kan Haikal nak kahwin dengan Sofea!” Matanya tepat merenung Haikal. Dah kena amenesia ke anak aku ni? Takkanlah nama girlfriend sendiri pun tak ingat.
            “Ibu nak Haikal tanggung dosa ke? Kahwin dengan isteri orang.”
            “Apa maksud Haikal?” Tengku Fauziah terkejut.
            “Untuk pengetahuan ibu, selama ini Sofea berbohong pada kita. Kononnya dia sakit selama ini. Sebenarnya, Sofea tinggalkan Haikal kerana ingin berkahwin dengan Tan Sri Yahya. Mereka dah pun berkahwin.”
            “Apa!”
            “Tak sangka dia dah perbodohkan kita selama ini. Ibu tahu kan Haikal paling benci dengan orang yang suka menipul.”
            “Betul ke, Haikal!” Tengku Fazira tidak percaya.
            “Haikal tak reka cerita ibu. Haikal dengar semuanya dengan jelas. Setiap perbualan Sofea dan Zetty, Haikal dengar segala-galanya.” Haikal meninggikan suaranya.
            “Ibu nak tahu tak, kenapa Sofea ingin kembali ke sisi Haikal? Sebab Tan Sri Yahya tidak menunaikan janjinya untuk menceraikan isteri pertamanya Puan Sri Suraya. Sebab itu dia balik ke Malaysia.Haikal ni hanya backplan dia sahaja.” Haikal menunding jari kea rah dirinya. Dia telah berjumpa Zetty. Zetty telah menjelaskan segala-galanya.
            “ Berani Sofea buat kita seperti ini!” Tengku Fazira mengetap bibir.Aku diperbodohkan dengan senang. Kalau Sofea ada di depan aku sekarang ini, dah lama dia kena penampar aku.
            “Oh ya, ibu! Tentang rantai emas ibu tu, Aishah tak curi. Sebenarnya itu adalah rancangan Sofea. Dia ambil rantai ibu dan dia sengaja letak di dalam beg tangan Aishah supaya kita sangka Aishah yang curi rantai ibu. Aishah tak bersalah dalam hal ini, ibu. Aishah dianiaya oleh Sofea.” Jelas Haikal. Dah tiba masanya ibu tahu hal sebenar.
            “Apa!”
            “Kita dah buat salah pada Aishah, ibu! Kebelakangan ini, Haikal cuba mencari di mana Aishah berada tetap gagal. Nenek pun tak mahu beritahu apa-apa. Bila Haikal dah jumpa Aishah, kita sama-sama minta maaff pada Aishah ye!” Haikal memegang tangannya dengan erat.
            Perlahan-lahan Tengku Fazira menganggukkan kepalanya. Dia malu pada dirinya sendiri. Dia tak tahu bagaimana dia berdepan dengan Aishah selepas ini.

14 comments:

Unknown said...

Ari2 dtg jguk... Nsb baik ad dh n3 nya.... Sbg cpt ok... Kalo di bukukn lg sy suka...

nur iman arman said...

smbung lagi....x sabar rasenye nk tggu haikal jupe aina

Rozie said...

weehooo....entry yg best....saya sukeeee....

nur nadiah said...

cpt2 la smbg... xsbr nk bce... agk2 pe yg akn b'laku kalo Tengku Fazira tau Aina anak kpd Datin Sharifah Mawar...

nur nadiah said...

nti kalo wt buku jgn lpe bgtau ye....

mariam said...

nak lagi n3 baru x sabar nak tgk haikal bertemu ngan aisyah...bile nak dinovelkan x sabor rasanyer..mmg best

jgn lambat2 tau masuk en3 baru ..... x sabar2 ni

NuRuL AdhiLLa (Eunhaediela) said...

ble aina nk muncul diri sbgai ank datin shafirah mawar??? X sabar nk tgk reaksi tengku fazira,haikal n sofea...

Makanan Kesihatan said...

bila aina nk kluar ni...x sbr nk tgk aina berjmpe ngn haikal..

k.mimi said...

tak sabar nak tunggu cite selanjutnye.

aqilah said...

best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
followwwwwwwwwwwwww

dyaNZa said...

ala aina x klr la bhgn nie... ish..ish.. tp pe2 pun best... next n3... x sabaq mnunggu rasenyer... ;p

arai said...

rahsia sofea terbongkar gak akhirnya.....
x sabar nk tgk reaksi tengku fazira ngan haikal bile jumpa aina.....
x sabar nak tunggu sambungannya....
citer nie x dibukukan ker??????

Ayu dzulkarnain said...

Hambikk kau sofea.. Kan dah kantoi terang2.. Harap rina dpt buka pintu hati kat aril..lgpon Aril tu mcm romantik jer.. Ai suke!!!! Haikal tolong jatuh cinta dgn aina ^_____^v

kak ida said...

pergh..bila rahsia telah terbongkar ..oleh sofea sendiri..maka rasa bersalah pada aina semakin membukit buat Haikal..kan..
Aril dan Rina..telah selamat disatukan ..mengharap agar Rina memberi peluang pada Aril..sesungguhnya Aril adalah seorg lelaki yg budiman dan amat rugi sekali kalau Rina melepaskannya..walau Rina tidak suka sikap gila gila Aril..kan..
Adakah Haikal akan bertemu ngan Aishah ngan watak yg disandangnya sebagai pewaris empayar milik keluarganya..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...