Friday, April 22, 2011

Satu Dua Tiga 37

BAB 37

            “Kesihatan Uncle sekarang ini semakin baik.” Dr. Nazri tersenyum selepas memeriksa tekanan darah Uncle Kadir.
            “Alhamdulilah. Ini semua jasa Nazri! Uncle ikut semua nasihat yang diberikan oleh Zahari.” Kadir membetulkan lengan baju kemejanya. Dalam tempoh 2 bulan ini, tahap kesihatannya semakin baik. Dia ingin sembuh dengan cepat. Dia perlu mencari Munirah dan anak-anaknya yang hilang entah ke mana.
            “Nazri yakin satu hari nanti Uncle akan berjumpa dengan Auntie Munirah. Ini semua hanya bergantung pada takdir.”
            “Uncle tahu!” Kadir cuba tersenyum.
            “Assalammualaikum!” Iskandar tiba-tiba muncul di muka pintu rumah Uncle Kadir. Zahari berada di belakangnya. Mereka berjalan menuju ke ruang tamu.
            “Waalaikumussalam!” jawab Kadir dan Dr. Nazri serentak.
            “Macam mana dengan keadaan Uncle hari ini?” soal Iskandar.
            “Getting better!” jawab Kadir.
            “Zahari, kenapa dengan kaki kau tu?” soal Dr. Nazri melihat cara Zahari berjalan.
            Zahari mengeluh sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sofa empuk di ruang tamu. Iskandar hanya tersengih. “Ini kerja anak Uncle Kadir, Alisa.”
            “Alisa!” Kadir terkejut apabila nama anaknya disebut.
            “Alisa! Aku tak faham!” kata Dr. Nazri tercengang.
            “Ya,Alisa! Siapa lagi. Aku rasa mereka sekeluarga dah balik ke Malaysia. Kebetulan aku terserempak Tina dan Alisa di restoran. Rupanya selama ini Tina berhubung dengan Alisa. Geramnya. Aku tanya di mana dia tinggal, tup…tup! Ini jawapannya.” Zahari menarik seluar di kaki kananya untuk menunjukkan kesan lebam di kakinya.
            Iskandar ketawa. Dr. Nazri hanya mampu menggelengkan kepalanya. Setiap kali Zahari berjumpa Alisa pasti mereka berdua akan bergaduh. Macam anjing dan kucing.
            “Yang buat aku lebih geram lagi bila Tina tak mahu beritahu aku di mana mereka tinggal sekarang ni. Aku tahu Tina tahu di mana mereka berada sekarang ni! Dia dah lupa ke aku ni abang dia.” Kata Zahari. Dia mengetap bibirnya menahan geram. Puas aku bertanya, Tina tidak mahu beritahu.
            “Kau jangan risau, Zahari! Jika benar mereka berempat ada di KL, kita akan jumpa mereka tak lama lagi.” Iskandar tersenyum. Perkara itu dia sudah uruskan sekarang ni.
            “Uncle, jangan bimbang. Tak lama lagi Uncle akan berjumpa dengan Auntie Munirah, Alina, Aleya dan Alisa.” Dr. Nazri melihat kea rah Uncle Kadir.
            “Kau ke atau Uncle Kadir yang tak sabar jumpa mereka? Macam la kami ni tak tahu apa yang sedang bermain di fikiran kau sekarang ni!” Usik Zahari. Dia mengenyitkan matanya pada Dr. Nazri! Isi hati kau tu aku dah lama tahu. Zahari tersengih.
            Kadir turut sama tersenyum. Hatinya lega selepas mendapat tahu isteri dan anak-anaknya berada di Malaysia. Akhirnya aku dapat bertemu dengan mereka. Kali ini aku akan berusaha agar mereka dapat menerima aku menjadi sebahagian dari keluarganya. Setiap hari selepas menunaikan solat, dia sering berdoa agar hati mereka terbuka untuk menerima dirinya. Keluarganya akan lengkap selepas ini.
            Iskandar turut sama tersenyum melihat reaksi Uncle Kadir. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Uncle Kadir sekarang ini. Dia harap kali ini semuanya akan berjalan dengan lancar.

                        *****************************************

            Alisa melabuhkan punggungnya di sofa. Dia melihat kearah Alina yang berada di sebelahnya yang begitu khusyuk menonton drama Lestary Asmara. Setiap hari Selasa pukul 9.00 malam merupakan masa tontonan untuk Alina. Dia sudah angau dengan drama tu. Alisa membuat mimic muka. “Along pergi mana?” soal Alisa. Semasa dia berada di dalam bilik, dia terdengar bunyi enjin kereta.
            “Along keluar dengan ibu!”
            “Ke mana?” soal Alisa.
            “Rumah abah!”
            “Apa!” Suara Alisa tiba-tiba meninggi! Kenapa aku tak tahu pun pasal hal ini? “Kenapa? Kenapa?” soal Alisa lagi.
            “Kenapa? Angah, cuba Angah fikir sampai bila kita nak melarikan diri? Sehingga bila? 5 tahun! 10 tahun! Kita tak buat apa-apa kesalahan pun tetapi kenapa mesti kita yang harus melarikan diri! Kenapa?” soal Alina. Dia juga sudah rimas dengan semua ini. Nak pergi ke mana-mana pun, ada limit!
            Alisa tercengang dengan pertanyaan Alina.
            “Dengan melarikan diri macam ni, perkara ini tetap juga tak selesai. Lebih cepat perkara ini selesai, ia akan menyenangkan kedua-dua belah pihak.” Kata Alina.
            “Acu ingat perkara ini akan selesai dalam sekelip mata saja ke?”
            “Tak! Acu tahu semua ini mengambil masa yang lama tetapi kita mesti berani menghadapinya. Walaubagaimana besar risikonya, kita tetap juga perlu tempuhinya. Along dan ibu juga turut sama berfikir seperti itu. Dah tiba masanya kita keluar dari sini! Semua ini!” tegas Alina.
            “Acu rasa Dato’ Kadir akan menceraikan ibu begitu saja ke?” Alisa merenung adiknya. Dia masih tidak berpuas hati.
            “Tak! Sama ada Dato’ Kadir akan menceraikan ibu atau tidak. Itu semua terletak di tangan abah. Dia yang berhak melafazkan cerai. Acu, tak kisah semua ni! Yang penting bagi Acu sekarang ini ialah perkara ini semua mesti berakhir. Finish! The end!”
            Alisa melepaskan keluhan dengan kuat. “Honestly, Acu! Angah juga bosan dengan semua ini.”
            Alina tersenyum. Dia memegang lembut tangan Alisa. “ Acu tahu!”
            “Angah harap perkara ini dapat diselesaikan.” Alisa hanya mampu tersenyum kelat.

                        ***********************************************

            Kadir yang sedang membaca majalah terkejut melihat Iskandar masuk ke rumahnya bersama sebuah beg di tangannya. Kadir menutup majalah itu dan bangun. “Apa halnya, Is?” Dahi Kadir berkerut. Budak Is ni lari dari rumah ke? Besar betul begnya
            “Uncle, untuk sementara waktu ni boleh tak kalau Is tinggal di rumah uncle? Ada hal kat rumah.” Kata Iskandar meminta kebenaran Uncle Kadir.
            “Sofea ganggu Is lagi ke?”
            “Hmm…” Iskandar hanya menggangukkan kepalanya.Dia sudah malas melayan kerenah Sofea yang setiap hari datang ke rumah dan pejabat.
            “Perangai Sofea tu seperti ibunya! Degil! Keras kepala. Jika kata itu, itulah! Jangan harap nak berubah.”
            Pak Man berjalan mengatur langkah mendekati tuannya. Pak Man adalah suami Mak Munah. Dia sudah lama berkhidmat dengan keluarga Tuan Kadir. “Tuan, ada orang nak jumpa Tuan!”
            “Siapa, Man?” soal Kadir hairan.
            “Munirah!” Tiba-tiba ada suara mencelah. Munirah melihat kea rah Kadir yang terkejut dengan kehadirannya secara tiba-tiba.
            “Munirah!” Sedikit demi sedikit senyuman terukir di bibirnya. Hatinya gembira melihat wanita yang berdiri jauh darinya. Sekian lama dia merindui wanita ini dan akhirnya wanita ini muncul juga. Pandangannya dialihkan pada wanita yang berdiri di sisi Munirah. Siapa? Aleya? Alisa? Alina? Aku masih lagi tidak dapat membezakan mereka bertiga. Wanita itu masih merenung.
            Mata Iskandar masih merenung wanita yang bertudung litup berwarna biru muda itu. Siapa? Mungkinkah Aleya, Alisa atau Alina? Dia melihat wanita itu menjeling ke arahnya dan pandangan dialihkan ke arah lain apabila sedar dirinya diperhatikan. Senyuman perlahan-lahan terukir di bibirnya. Sah, ini Aleya! Jika Alina, dia pasti akan senyum pada aku. Jika Alisa, dia pasti akan panggil aku Alien! Jika Aleya, dia suka menjeling malah dia jarang bercakap.
            “Along! Iskandar! Boleh tak tinggalkan kami bersendirian?”pinta Munirah.
            Aleya hanya menggangukkan kepalanya dan berlalu keluar dari situ.
            “Baiklah, auntie!” Iskandar tersenyum. Langkahnya diatur kemas mengekori Aleya.

                                                ******************************

            Aleya melihat sekelilingnya. Dia terpegun dengan landskap taman bali di situ. Susunan pokok renek dan pokok bunga di taman itu menarik perhatian Aleya. Dia terpegun dengan keindahan taman itu.Nice! Senyuman terukir di bibirnya.  
            “Kenapa awak tak nak dengar perbualan mereka berdua?” soal Iskandar.
            Sebaik saja mendengar suara Iskandar, senyuman Aleya terus hilang. Dia berpaling. “ Itu masalah mereka berdua!”
            “Mustahil awak tak ingin tahu !”
            “Kalau Tengku nak tahu, silakan! Tengku boleh curi dengar perbualan mereka! Saya tak kisah. ” Aleya terus duduk di bangku kayu jati di taman itu.  Kau ingat aku ni macam kau ke? Suka curi dengar perbualan orang lain. Penyibuk!
            “Awak ni! Tetap jugak tak berubah. Saya ingatkan selepas penampilan awak yang terbaru ni, setiap kata-kata awak kurang bisanya. Hmm…nampaknya saya silap.” Iskandar tersengih. Cantik juga bila Aleya bertudung. Sejuk saja mata memandang.
            “Tengku tersinggung ke dengan kata-kata saya sebentar tadi. Saya rasa setiap perkataan yang keluar dari mulut saya adalah tulus dan ikhlas. Saya tak ada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.”
            Iskandar menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia melihat wajah Aleya. Tiba-tiba dia mendapat idea, senyuman di bibirnya semakin lebar.
            “Assalamualaikum!”
            Serentak mereka berdua menoleh kea rah wanita yang sedang menghampiri mereka. “Akhirnya, Mak Munah dapat juga berjumpa dengan Lina!”
            Aleya terus bangun. Dia merenung wanita itu. Siapa wanita ini? Dia panggil aku Lina. Pasti dia ingat aku Lina! Aleya terus menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan wanita itu.
            “Mak Munah! Ini bukan Alina tetapi Aleya!” beritahu Iskandar.
            Mak Munah merenung wanita yang berada di hadapannya. DIa memandang dari atas ke bawah. Dahinya berkerut. Mata aku yang bermasalah ke atau mana Is yang ada masalah. Macam la aku dah lupa wajah Lina! “Is nak kenakan Mak Munah ke?”
            “Hish…Mak Munah ni! Is bercakap benar! Ini Aleya, kakak kembar Dr. Alina.”
            “Ya, Mak Munah! Saya Aleya, kakak Alina.” Aleya tersenyum.
            “Apa!” Mak Munah terkejut. Dia tidak percaya. Matanya terkebil-lebil melihat Aleya. “Jadi yang letak cili padi dalam minuman Sofea dan Suhaila adalah…….”
            “Itu bukan Leya tetapi Lisa. “ kata Aleya.
            “Lisa!” kata Mak Munah. Siapa pula Lisa?
            “Lisa adalah kembar Aleya dan Alina. Sebenarnya, mereka bertiga adalak kembar tiga seiras.”
            “Kembar tiga!” Bulat mata Mak Munah apabila mendengarnya. Patutlah hari itu semasa berpindah di rumah banglo ni, tuan suruh aku kemas 3 bilik di tingkat atas malah bilik itu dihias dengan cantik. Rupa-rupanya bilik itu untuk ketiga-tiga anaknya.
            “Kalau Mak Munah nak tahu, muka Sofea yang lembam hari itu disebabkan ditumbuk oleh Aleya.” Iskandar tersenyum. Mak Munah pernah bertanya pasal hal itu padanya.
            “Leya yang tumbuk!” Mak Munah menggelengkan kepalanya beberapa kali. Jika berdasarkan dari apa yang diceritakan oleh Is, Aleya dan Alisa berbeza dari Alina.
            Aleya melihat ke arah Iskandar. Lelaki ni sengaja  nak malukan aku ke? Apa kata Mak Munah nanti? Aleya mengetap bibirnya. Sabar, Aleya! Sabar. Jika ikutkan hati, mahu saja aku tumbuk muka lelaki ni. Kenapa mesti lelaki ini berada di sini malam ini?

                                    **************************************

            “Kenapa awak ceraikan Kartika?” Itu adalah soalan pertama yang diajukan oleh Munirah selepas Aleya dan Iskandar beredar dari situ.
            “Abang dah agak pasti itu adalah soalan pertama yang akan ditanya oleh Munirah. Sepatutnya sejak dari dulu lagi, abang bercerai dengan Kartika. Tindakan abang pada kali ini adalah tepat.”
            “Awak ingat bab bercerai ni, perkara mainan ke?”
            “Abang bercerai dengan Kartika kerana kami sudah tidak sehaluan. Kami tidak mencintai antara satu sama lain.”
            “Jika begitu, ceraikan Munirah sekarang!” tegas Munirah. Dia sudah malas untuk menunggu lagi.
            “Tidak! Itu takkan berlaku.”
            “Kenapa? Kenapa?” nada suara Munirah bergetar menahan geram. Lelaki itu direnungnya.
            “I love you!”
            “You don’t  love me! I know that a long time ago. All this is nonsense.”
            “Macam  mana Munirah tahu yang abang mencintai Munirah dengan sepenuh hati abang jika Munirah tidak memberi peluang pada abang untuk membuktikannya semua itu.” Tegas Kadir.
            “You don’t  have to proof anything! Please, jangan biarkan perkara ini berlarutan lagi. Kenapa awak mesti rumitkan lagi keadaan? Kenapa? Awak tak puas lagi ke sakitkan hati Munirah lagi?” Munirah merenung
            “Itu bukan niat abang! Apa yang abang inginkan ialah sebuah keluarga. Keluarga di mana adanya Munirah, Aleya, Alisa dan Alina. Abang mahu keluarga kita lengkap dan penuh kasih sayang.”
            “Keluarga! Itu semua sudah terlambat, Dato’ Kadir. Kenapa awak tidak boleh menerima kenyataan? Kenapa? Awak suka ke melihat saya terseksa begini? Ini ke yang awak mahu. ” Air mata Munirah mengalir. Dia tidak dapat menahan emosinya lagi.
            Kadir terkejut melihat air mata yang mengalir keluar dari mata Munirah. Dia menghampiri Munirah dan terus memegang tangan wanita itu. Hatinya sakit melihat Munirah menangis.
            “Don’t touch me!” Munirah menepis tangan Kadir dari memegang tanganya. Langkahnya diundur beberapa langkah.
            “Munirah! Abang tak bermaksud untuk menyakiti hati Munirah. Munirah salah faham dengan abang. Apa yang abang lakukan ini adalah untuk mempertahankan keluarga kita. Abang tak mahu keluarga kita berpecah-belah. Abang mahu kita bersatu menjadi sebuah keluarga.” Pujuk Kadir dengan lembut. Dia masih menyimpan harapan agar satu hari nanti hati Munirah akan menjadi lembut dan menerima dirinya.
            “Keluarga!” nada suara Munirah seumpama menyindir.
            “Munirah boleh minta apa saja dari abang kecuali penceraian.”
            “Jika awak fikira Munirah akan kembali ke sisi awak sebagai isteri awak, awak silap! Itu tak akan berlaku. Munirah takkan kembali ke sisi awak lagi. Faham tak? Awak fikir Munirah sudah melupakan apa yang telah awak lakukan pada Munirah selama ini. Munirah takkan lupa. Semua itu masih berada di sini lagi.” Munirah menunjukkan kea rah kepalanya. Mustahil aku akan kembali pada penjara yang pernah aku diami dahulu.
            “Percayalah, Munirah! Abang berjanji abang takkan sakiti hati Munirah lagi.” Rayu Kadir. Dia sedar untuk membuktikan semua itu, Munirah perlu memberi peluang padanya.
            “But you already did it! Awak dah sakiti hati Munirah berulang-kali.” Munirah meninggikan suaranya.
            Kadir tergamam. Inilah pertama kali dia melihat Munirah marah seperti ini. Aku tak sangka perbuatan aku selama ni memberi luka yang mendalam pada Munirah.
            Munirah memejamkan matanya beberapa saat. Apa kena dengan aku ni? Munirah menarik nafas. Aku perlu tenang. “I’m so sorry! Munirah datang ke sini untuk berunding dengan awak secara baik dan rasional. Hal kita perlu diselesaikan dengan segera.”nada suara Munirah kembali seperti biasa. Dia mengesat air matanya.
            “Mustahil untuk abang ceraikan Munirah. Itu takkan terjadi.” Tegas Kadir. Dia sudah nekad.
            “Mustahil juga untuk Munirah kembali di sisi awak. Mustahil. Nampaknya Munirah gagal untuk menyakinkan awak. Hmm….kita akan berbincang lagi tentang hal ini.”
            “Abang akan lakukan apa sahaja agar Munirah kembali ke sisi abang.” Kadir merenung wanita yang sedang berdiri di hadapannya.
            “Dan Munirah juga akan menggunakan apa juga cara agar kita takkan kembali bersama.” Munirah mula melangkah meninggalkan Kadir. Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ni!
            “Abang harap Munirah jangan salahkan abang jika abang bertindak dengan lebih agresif dari ini.”
            Langkah Munirah terhenti. Agresif! Dia berpaling ke belakang. Dahinya berkerut. Dia melihat wajah Kadir seketika. Apa maksudnya? “Ikut suka hati awaklah.” Balas Munirah berlalu pergi meninggalkan Kadir yang terpinga-pinga dengan kata Munirah.
            Majalah yang berada di tangannya dibaling. Kadir menggenggam erat tangannya. Aku takkan mengaku kalah. Aku akan dapatkan kembali apa yang sepatutnya menjadi milik aku.

                                                *************************

            Iskandar menghampiri Aleya sebaik sahaja Mak Munah berlalu pergi meninggalkan mereka. “Saya rasa awak ada terlupa sesuatu!”
            “Lupa!” dahi Aleya berkerut. Perkara apa yang aku terlupa ni?
            “Awak dah lupa ke awak sudah terhutang budi pada saya.” Beritahu Iskandar sambil tersenyum. Di sebalik senyuman itu tersembunyi sesuatu.
            “Saya tahu! Hutang budi dibawa sampai mati kan! Saya sudah ucapkan terima kasih pada Tengku hari itu. Tak cukup lagi ke?”
            Iskandar ketawa kecil. “Nilai perkataan terima kasih itu tidak sama seperti nilai nyawa awak, Aleya!”
            “So what do you want from me?” soal Aleya. Mesti dia nak sesuatu dari aku! Nak tolong orang tak pernah ikhlas. Apa jenis manusia?
            “Simple! Honestly, pada pertama kali saya jumpa awak, naluri saya mengatakan awak ni special. Ada sesuatu pada diri awak yang buat saya tertarik pada awak. Awak tahu kan saya ni jenis yang berterus terang!”
            “Dan juga seorang yang tak ikhlas menolong orang.” Aleya mencelah.
            Iskandar memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluarnya. “I like you!”
            “And….” Aleya masih menanti apa yang cuba dinyatakan oleh lelaki itu.
            “Saya nak berkahwin dengan awak.” Jelas Iskandar. Matanya tepat melihat kea rah Aleya. Tiada reaksi apa-apa dari Aleya. Dia kelihatan tenang saja. Dia tak dengar ke aku cakap tadi?
            “Why?” hanya perkataan itu yang terkeluar dari bibir Aleya. Apa muslihat lelaki ni, hah? Kau ingat aku ni percaya cakap kau bulat-bulat ke?
            “Kan saya sudah beritahu awak tadi! I like you!”
            Aleya terus bangun. “Tengku nak kahwin dengan saya kerana Tengku sukakan saya! Ini perkara yang luar biasa. Lelaki playboy seperti Tengku ni nak berkahwin. Mustahil.”
            “Awak ingat saya buat lawak ke?” Iskandar merenung Aleya. Dia geram apabila Aleya memperlekehkan dirinya.
            “Tengku sukakan saya! No way.” Aleya tersenyum sinis. “Sukar untuk saya percaya. Hmmm…..Dalam banyak-banyak wanita yang pernah menjadi girlfriend Tengku selama ini, kenapa tengku tak pilih saja mereka. Itu pilihan yang terbaik sebab mereka tahu segala-galanya tentang Tengku. Mereka lebih memahami Tengku dari saya.”
            “Jadi awak tolak lamaran saya ke, Aleya?” Wajah Iskandar berubah merah.
            “Lamaran! Begini ke cara Tengku melamar seorang wanita untuk menjadi pasangan hidup Tengku? Tak romantic langsung.”
            “Apa yang tak kena dengan saya ni, Aleya?Saya ada segala-galanya. Jika awak bertanya pada semua wanita di Malaysia, saya adalah lelaki idaman mereka. Lelaki idaman yang mereka ingin kahwini.”
            “Itu mereka! Saya tak tergolong dalam kelompak wanita yang Tengku cakapkan tadi. Saya ada pendirian sendiri. Tengku dan saya berbeza. Sangat berbeza. Hmmm…saya dapat merasakan ada agenda di sebalik semua ni! Betul kan Tengku?”
            Iskandar terkejut. Apa maksud Aleya? Dia tahu ke aku nak mengahwininya disebabkan oleh Sofea.
            “Tengku ingin mengahwini saya disebabkan oleh Sofea kan! Tengku nak melarikan diri Sofea kan! Tengku hanya ingin menpergunakan saya! Tengku tak ikhlas untuk mengahwini saya! Tengku lakukan semua ini semata-mata hanya kerana kepentingan diri Tengku. Perkahwinan adalah bukan suatu permainan, Tengku! Maaf, nampaknya saya tak dapat memenuhi hasrat Tengku! Tengku cari sajalah orang lain. Jika Tengku nak cakap saya seorang yang tak tahu mengenang budi, itu terserah pada Tengku. Yang penting saya sudah ucapkan terima kasih dengan tulus dan ikhlas pada Tengku. Itu saja.” Aleya tersenyum. Dia sudah menduga semua itu.
            Iskandar tercengang. Matanya tidak berkelip melihat wanita yang bertudung itu. Macam mana dia tahu, hah? Dia boleh baca rentak fikiran aku ke? Ahli nujum ke? Seram aku dibuatnya
            ‘Along! Jom balik!” kata Munirah sebaik sahaja menghampiri Aleya. Dia menoleh ke arah Iskandar. “Is, auntie balik dulu ye!”
            “Ya, auntie!: Iskandar tersenyum.
            Aleya terus mengekori ibunya tanpa banyak soal.
            Iskandar mengeluh. “Rosak plan aku! Macam mana dia tahu, hah! Fuh, kusut otak aku ni!” Iskandar menggaru kepalanya beberapa kali.
           

Sunday, April 3, 2011

Satu Dua Tiga 36

BAB 36

            Kadir meluru masuk ke rumahnya. Matanya meliar mencari kelibat Kartika. Apa yang berlaku pagi tadi, dia amat yakin itu adalah angkara Kartika. Perasaan marah tidak dapat dibendung lagi. Selama ini dia diamkan sahaja apa yang Kartika lakukan. Jika sesuatu terjadi pada Aleya dan Alisa tadi, dia tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku. Kartika perlu diajar.
            “Uncle, sabar! Bawa mengucap! Jangan diikutkan sangat perasaan tu! Mungkin itu hanya kebetulan saja.” Kata Iskandar mengekori Kadir. Sebaik saja Auntie Munirah dan anak-anaknya masuk ke balai berlepas, Uncle Kadir terus bergegas berlalu dari situ.
            “Is, Uncle tak dapat bersabar lagi jika ini berkaitan dengan nyawa anak-anak Uncle! Jika Is tidak selamatkan Aleya tadi, Uncle tidak dapat memikirkan apa yang akan terjadi pada Aleya.” Langkahnya diatur menaiki anak tangga. Pasti Kartika berada di dalam bilik. Sejak dari tadi dia cuba untuk menghubungi Kartika tetapi tidak dijawab.
            “Abang Is!” Sofea terkejut melihat kedatangan Iskandar di rumahnya. Senyuman lebar di bibirnya. Pasti Abang Is nak jumpa aku! Nak ajak keluar ke? Sofea sudah berangan-angan. Kakinya berhenti menuruni tangga.
            “Sofea, mama kau mana?” soal Kadir.
            “Mama! Kat swimming pool.” Jawab Sofea. Matanya masih tetap merenung Iskandar. Handsome Abang Is hari ini. Sofea merenung Iskandar dengan menggoda.
            Dahi Iskandar berkerut. Apa kena dengan si Sofea ni? Iskandar mula rasa tidak selesa.Tiba-tiba saja meremang bulu roma aku ni! Iskandar terus mengekori Uncle Kadir yang berjalan pantas menuju ke swimming pool.
            “Abang Is! Nak pergi mana tu?” soal Sofea terus mengekori Iskandar.
            Langkah Kadir diatur pantas menghampiri Kartika yang sedang berbual dengan seseorang melalui telefon. Kehadiran Kadir tidak disedarinya. “Bodoh! Kerja senang macam tu pun kau tak boleh nak buat. Jangan harap kau dapat satu sen dari aku.” Kartika terus mematikan panggilan itu. Dia memusingkan badannya dan terkejut apabila Kadir berdiri di belakangnya. “Abang!”
            “Kau berbual dengan siapa tadi?” tanya Kadir. Matanya masih tidak lepas merenung wanita yang pernah dicintainya.
            “Aaa…kawan! Puan Sri Melor! Aaa….bila abang balik?” Kartika tidak berani bertentang mata dengan suaminya. Adakah tadi dia dengar perbualan aku dengan Azlan? Kartika mula risau dan gementar. Dia sedar kehadiran Iskandar bersama suaminya.
            “Sejak bila kau ambil berat pasal diri aku? Selama ni aku balik ke tak balik ke, ada kau kisah!”
            “Kenapa dengan abang ni? Selalu sahaja cari kesalahan Tika!”
            “Kau berani tanya aku kenapa?” Mata Kadir sudah merah menahan geram. Masih berpura-pura lagi. “Kau ingat aku tunggul kayu ke? Aku belum bodoh lagi, kau tahu tak! Selama ini apa yang kau, aku buat tak tahu saja. Aku pejamkan mata saja. Aku biarkan kau buat apa saja yang kau mahu.”
            Kartika tercengang mendengar kata-kata Kadir. Apa maksudnya? Matanya tidak berkelip memandang Kadir.
            “Aku tahu dengan siapa kau habiskan duit yang selama ini aku beri pada kau. Aku kenal setiap anak ikan yang kau pelihara selama ni. Nama dan tempat tinggal mereka pun aku tahu! Setiap orang kau jumpa, bila kau jumpa malah di mana kau jumpa pun aku tahu termaksudlah lelaki yang kau upah untuk melanggar anak-anak aku pagi tadi. Kau ingat aku tak tahu semua itu ke, Kartika!” jerkah Kadir.
            Hampir tersentap jantung Kartika mendengarnya. Bibirnya terketar-ketar. “Abang jangan nak tuduh Tika yang bukan-bukan! Di mata abang, Tika ni jahat kan sehingga abang sanggup menuduh perkara yang Tika tidak buat.” Bohong Kartika.
            “Kau masih nak berbohong pada aku lagi! Kau ingat aku percaya ke? Kau nak buktikan! Baiklah! Aku akan suruh orang aku bawa lelaki itu datang sini. Aku nak dengar apa yang dia akan cakap nanti!”
            Sofea menghampiri mereka dan hairan dengan apa yang berlaku. Kenapa papa marah mama? Dia mendekati Iskandar. “Apa yang berlaku?” soal Sofea sambil tangannya memegang lengan Iskandar yang sasa itu.
            Iskandar berpaling. Dia malas nak melayan kerenah Sofea. Dia terus menarik tangannya dan melangkah beberapa tapak agar jauh dari Sofea.
            “Kalau kau nak aku panggil polis pun boleh! Biar mereka jadi saksi”
            Kartika menggenggam erat tangannya. “Ya! Memang Tika upah orang untuk langgar anak-anak kesayangan abang! Abang dah dengar kan! Dah puas hati?” Kartika mengaku. Dia sudah tak tahan lagi. Sekarang ni nak jadi apa pun jadilah. “Kalau ikutkan hati, Tika mahu perempuan tu dan anak-anaknya mati!”
            “Kau!” Kadir mengangkat tangannya dan ingin menampar Kartika namun sempat dihalang oleh Iskandar.
            “Tak berbaloi kalau Uncle tampar auntie sekarang ni!”
            Sofea terus mendekat ibunya. “Papa, kenapa dengan papa ni? Papa dah lupa ke siapa yang selama ini menjaga papa selama 25 tahun? Mama! Mama yang berada di sisi papa. Papa dah tak ingat semua itu ke? Sejak kehadiran perempuan tu dan anak-anaknya, papa sudah lupa pada mama dan kami. Papa dah lupa ke pengorbanan ibu selama ini.”
            “Ya, memang benar selama 25 tahun ni mama kau berada di sisi aku tetapi pernah ke dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri! Pernah ke? Aku dibiarkan keseorangan dan terkapai-kapai seorang diri. Makan dan minum aku, ada mama kau peduli. Tak sama sekali. Aku lapar ke ada dia peduli! Sewaktu aku terlantar di hospital, ada kau dan mama kau jaga aku? Tak! Pengorbanan! Pergorbanan apa yang dia pernah buat untuk aku! Zero! Tak ada apa-apa pun. Yang kau dan mama kau tahu adalah menghabiskan duit aku. Shopping, melancong sana sini dan plastic surgery. Hampir keseluruhan badan plastic. Itu yang kau katakan pergorbanan. Selain itu, berhibur dengan lelaki muda! Perasaan diri tu muda sehingga tak ingat yang mana halal dan haram. Ini ke yang perlu dijadikan sebagai contoh isteri yang baik.”
            “Abang jangan nak menghina Tika!” jerit Kartika. Nafasnya turun naik.
            “Aku tak hina kau tetapi itu kenyataannya. Hakikatnya! Siapa kau yang sebenarnya! Aku dah banyak kali beri amaran pada kau supaya jangan ganggu Munirah dan anak-anak aku tetapi kau tetap buat jugak. “
            “Oo….sekarang ni  kesalahan Tika, abang nampak. Kesalahan abang sendiri abang tak nampak! Bukan ke dulu abang pernah cakap pada Tika yang abang sangat membenci perempuan yang bernama Munirah? Abang dah lupa ke semua tu?” jerit Kartika. Berdesing telinganya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Kadir.
            “Ya! Dulu memang aku benci Munirah tetapi sebenarnya pada waktu tu juga aku telah jatuh cinta padanya tanpa aku sedari. I love her. Tetapi disebabkan keegoan aku, kebodohan aku, aku berkahwin dengan kau. Sekarang ni aku sudah buat keputusan! Keputusan yang sepatutnya aku buat sejak dulu lagi.” Tegas Kadir. Ya, demi Munirah dan anak-anak aku! “Kartika Bt. Abdul Halim, aku ceraikan kau dengan talak satu.”
            “Uncle!” Iskandar terkejut apabila Uncle Kadir melafazkan cerai pada Auntie Kartika.
            Kartika tergamam. Wajahnya pucat lesi.Tiba-tiba sahaja badannya menjadi kaku malah juga bibirnya. Aku tersalah dengar ke? Matanya tidak berkelip melihat lelaki yang telah menjadi suaminya selama 25 tahun. Tak mungkin.
            “Papa! Kenapa papa buat mama macam ni?” marah Sofea.
            “Keputusan aku muktamad! Aku dah beri amaran tetapi kau degil. Sekarang ni jangan nak salahkan aku! Peluang yang aku pernah beri selama 25 tahun ini kau tak pernah nak hargai. Sekarang kau dah bebas, Kartika! Kau boleh buat apa yang kau suka. Kau boleh keluar dengan anak-anak ikan kau tanpa bimbang tentang status kau sebagai isteri aku. Rumah ini aku beri pada kau. Tentang pampasan kau, aku akan suruh lawyer aku hubungi kau. Antara kita sudah tiada apa-apa lagi. Kau boleh hidup dengan cara kau.” Kata Kadir mula mengatur langkah meninggalkan Kartika dan Sofea. Apa yang dia lakukan sekarang ini adalah tindakan yang tepat.
            “Abang fikir dengan menceraikan Tika, abang akan bahagia bersama perempuan tu.” Air mata Kartika mengalir deras membasahi pipinya. Aku dah hilang segala-galanya. Aku dah kalah.
            Langkah Kadir terhenti. “Aku bahagia ke tak? Itu bukan urusan kau lagi.” Kata Kadir kembali menyambung langkahnya meninggalkan rumah itu. Iskandar melihat beberapa saat ke arah Auntie Kartika yang sedang menangis teresak-esak di sisi Sofea. Keluhan dilepaskan perlahan-lahan. Jika Auntie Kartika bertolak ansur dalam hal ini, perkara ini tidak akan terjadi. Iskandar mengatur langkah mengekori jejak Uncle Kadir. Tangisan Kartika semakin kuat kedengaraan.

                                    **************************************

            Dahi Tina berkerut melihat ramai orang yang sedang makan di Restoran Sri Bayu. Jam tangan Gucci di tangan kanannya dikerling sekali imbas. Patut la ramai orang, sekarang ni time orang lunch. Setiap orang yang berada di dalam restoran diperhatinya seorang demi seorang mencari kelibat Alisa. Dia terkejut apabila menerima panggilan telefon dari Alisa setelah lebih 2 bulan Alisa dan keluarganya pulang ke London.Alisa ingin berjumpanya di sini. Senyuman terukir di bibirnya sebaik sahaja ada orang melambai ke arahnya. Patut la aku tak dapat cam Lisa, dia dah ubah penampilan rupanya. Tina mengatur langkah menghampiri Alisa.
            “Patut la dari tadi aku cari kau tak jumpa, rupanya kau dah ubah imej.” Tegur Tina terus menarik bangku dan duduk.
            “Keluarga aku baru balik dari umrah so lepas balik tu aku buat keputusan untuk bertudung macam kau!” Alisa tersengih sambil membetulkan tudung hijau yang dipakainya.
            “Auntie Munirah dan kembar kau dah ada di Malaysia ke?”  Tina terkejut.
            “Ya! Dah seminggu kami di sini!”
            “Bukan dulu kau kata kau tak nak pulang ke sini lagi?”
            “Ya! Sebenarnya itu hanya decoy saja.” Alisa tersengih.
            “Sebenarnya aku dan keluarga aku sudah buat keputusan untuk tinggal di Malaysia. Dah 25 tahun kami merantau di negera orang dan kami rasa dah sampai masanya kami tinggal di tanahair kami sendiri. Oh ya, aku belum lagi ucapkan tahniah kat kau. Tahniah….sekarang ni kau dah bergelar isteri aku. Aku minta maaf sebab tak datang pada hari perkahwinan kau, Tina. Kau dah tak boleh la bermain dengan aku lagi!” Alisa memegang tangan Tina. Dia tersenyum.
            “Main!”
            “Maksud aku, jadi gila-gila macam aku.” Alisa ketawa.
            Tina turut sama ketawa. “Finally, kau mengaku jugak yang kau tu sebenarnya gila.”
            “Oh….ini hadiah untuk kau dan suami.” Alisa mengambil sesuatu dari beg tangannya. Beg tangannya yang besar itu diselongkarnya. Itu la suka sangat beli beg tangan besar. Semua barang aku letak dalam ni. Mana hadiah Tina ni? Tina mengeluarkan satu persatu barangnya. Akhirnya, dah dapat. Dia memberi pada Tina. “Kecil bukan sebarang kecil ye! Kecil-kecil berisi.”
            “Thanks!” Tina menyambut pemberian Alisa padanya.
            “Sebenarnya aku ada hal nak minta kau tolong.”
            “Hal apa?”
            “Aku nak buka syarikat guaman di JB, so kau ada tak kenalan kau di sana?”
            “JB? Kenapa kau tak buat saja di sini?” soal Tina.
            “Kau tahu kan sebabnya, Tina. Aku ada di KL pun sekejap saja. Selepas segala urusan selesai, kami akan balik ke JB.”
            “Hmm…aku rasa ada perkara yang sepatutnya kau tahu! Tentang Uncle Kadir.” Tina teragak-agak untuk bercakap mengenai Uncle Kadir. Dia tahu nama itu begitu sensitive pada Alisa tetapi Alisa perlu tahu.
            “Kau ni Tina suka spoils mood aku la. Kau kan tahu aku tak suka dengar nama tu lagi.”
            “Tetapi aku rasa kau perlu tahu perkara ni!”
            “Perkara apa?”
            “Kau tahu tak Uncle Kadir dan Auntie Kartika dah bercerai!”
            “Bercerai!” Terbeliak biji mata Alisa mendengarnya.
            “Selepas kau dan keluarga kau pergi, Uncle Kadir mengamuk lepas tu dia terus ceraikan Auntie Kartika. Puncanya aku tak tahu.”
            “Bercerai!” nada suara Alisa bergetar. Dia terus mencapai cermin mata hitam yang berada di atas meja dan memakainya. Dia mula resah. Dia melihat ke kiri dan kanan.Jika mereka sudah bercerai, bermakna peluang lelaki itu berbaik semula dengan ibu adalah tinggi. Adakah ini adalah sebab kenapa setiap kali Peguam Amran ingin berjumpa Dato’ Kadir bermacam-macam alasan diberikan. Sakit la! Meeting la! Outstation la. Dia cuba untuk menangguhkan perkara ini.
            Tina hairan melihat gelagat Alisa yang secara tiba-tiba memakai cermin mata hitam. “Apa kena dengan kau ni, Lisa?”
            “Abang kau ada cerita apa-apa tak?”
            “Sekarang ni abang aku dah pandai berahsia dengan aku! Jangan harap la dia nak cerita apa-apa. Dia tahu aku berpihak pada kau. Oh ya, hari itu aku ada terdengar perbualan abang aku dengan Abang Is. Hmm….aku dengar mereka sedang cari Auntie Munirah. Itu saja yang aku dengar. Selebihnya aku tak dapat dengar dengan jelas.”
            “Eee…serabut kepala aku macam ni! Ingatkan selepas kami pergi, keadaan pasti reda tetapi ribut pulak yang terjadi. Dia ingat selepas bercerai dengan Datin Kartika, ibu aku akan kembali ke sisinya. Huh, dia silap. Aku dan Along akan menentang habis-habisan”
            “Gaya kau bercakap ni macam nak pergi berperang.” Tina ketawa.
            “Kau pasti ke mereka dah bercerai?” soal Alisa lagi. Dia perlu kepastian.
            “Ya! 100% aku pasti. Seluruh rakyat Malaysia tahu Uncle Kadir dan Auntie Kartika dah bercerai.”
            “Eee…kenapa boleh jadi macam ni?”
            “Dah mereka berdua tiada jodoh, setakat itu saja jodoh mereka berdua. Itulah takdir namanya.” Kata Tina. Anak matanya membesar sebaik sahaja melihat lelaki yang sedang melambai tangan ke arahnya. Abang! Apa abang buat di sini? Mampus aku macam ni. “Lisa, aku rasa kau kena beredar sekarang ni. Abang aku on the way ke sini sekarang ni.”
            Alisa menoleh dan terkejut melihat Zahari mula melangkah masuk ke restoran itu. Macam mana dia boleh ada di sini? Kecil betul KL ni! Alisa pantas mencapai beg tangannya dan bangun. “Aku call kau nanti, Tina!”
            “Ok! Cepat!” kata Tina risau jika Alisa dapat ditangkap oleh abangnya.
            Alisa segera bergegas keluar melalui pintu belakang restoran itu.
            “Siapa tu?” tanya Zahari hairan melihat gelagat wanita itu sebaik sahaja menghampiri Tina yang sedang duduk. Siapa tu?
            “Kawan Tina! Hmm…apa abang buat kat sini?” soal Tina. Dia ingin mengubah topic perbualan mereka.
            “Hmm….Hal kerja.”
            “Aaa….Tina, pergi dulu! Ada hal.” Tina segera beredar dari situ. Dia bimbang jika dia berada di situ lebih lama bermacam-macam soalan yang diajukan oleh abangnya.
            Zahari menggaru kepalanya yang tidak gatal beberapa kali. “Pelik betul, perangai Tina hari ni. Macam ada rahsia saja!” Dia terus duduk di meja yang telah diduduki oleh Tina sebentar tadi. Dia hairan melihat dompet yang berada di atas kerusi di sebelahnya. Zahari mengambil dompet itu dan menoleh ke kiri dan kanan. “Siapa yang tertinggal dompet ni?”  keluh Zahari lantas dia membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemilik. Dia tecengang sebaik sahaja melihat kad pengenalan pemilik itu. Senyuman terukuir di bibirnya.

                                    ************************************

            Alisa melangkah laju menuju ke restoran itu. Hish..macam mana aku boleh tertinggal dompet. Cuai betul! Matanya melirik ke kiri kanan. Dia bimbang jika terserempak dengan Zahari. Mungkin Zahari dah beredar dari sini. Hampir sejam aku tunggu di tandas. Malang betul nasib aku hari ini!Macam mana aku boleh cuai? Alisa mendekati kaunter restoran itu. “Maaf! Cik, tadi saya ada tertinggal dompat di sini? Ada tak sesiapa yang jumpa dompet saya.”
            Belum sempat pekerja wanita itu menjawab persoalannya. “Are you looking for this, Miss Alisa?” Satu suara mencelah perbualan mereka berdua. Alisa memejamkan matanya beberapa saat. Dia kenal siapa pemilik suara itu. Hari ini adalah hari yang malang buat aku. Alisa berpaling. Dia melihat Zahari mengatur langkah menghampirinya sambil tangan kanannya memegang dompet milik Alisa. Alisa terus menanggalkan cermin mata hitamnya.
            “What do you want?”
            “Penampilan awak sekarang buat saya terkejut. Fuh, berubah 100%. Dah boleh tercalon sebagai bakal menantu pilihan” Zahari merenung Alisa dari atas ke bawah. Senyuman masih terukir di bibirnya.
            “Kenapa? Kau nak kahwin dengan aku ke?” soal Alisa secara tiba-tiba. Matanya masih melihat dompet yang berada di tangan Zahari. Aku perlu ambil dompet aku dengan segera.
            “Boleh jugak! Esok aku hantar orang meminang kau.”
            “Crazy guy!”  Alisa cuba untuk merampas dompet dari tangan Zahari tetapi Zahari bertindak pantas darinya. “Give me back my purse!”
            “No! Awak tinggal di mana sekarang ni?” soal Zahari sambil menunjukkan dompet Alisa yang dipegangnya.
            “Itu bukan masalah kau, Zahari!” Alisa mengetap bibirnya menahan geram.
            “Really!”
            “Yeah! So awak tak nak beri balik dompet aku  ye!”
            “Selepas awak jawab soalan saya, I give this back to you. Don’t worry, I keep my promise.”
            “Ok! This is my answer!” Alisa terus menendang kaki kanan Zahari.
            Zahari terus memegang kakinya yang sakit akibat ditendang oleh Alisa. “Kau dah gila ke?” marah Zahari. Aduh, sakit! Wajah Zahari merah keran cuba menahan kesakitan akibat tendangan Alisa. Orang yang berada di situ terkejut dengan apa yang berlaku. Setiap mata yang berada di situ melihat ke arah mereka berdua.
            “I don’t care!”  Alisa mengambil dompetnya dari Zahari dengan kasar. “Jangan cari kami lagi jika awak masih berrdegil lagi. Aku akan patahkan kedua-dua kaki awak tu, faham!” Alisa membuat mimic muka dan segera mengatur langkah dengan laju. Aku mesti segera tinggalkan tempat ini.Dia bimbang jika Zahari akan mengekorinya.
            “Alisa!” Zahari cuba mengatur langkah setapak tetapi kaki kanan Zahari rasa sakit. Dahi Zahari berkerut. Sakitnya! Dah patah ke tulang kaki aku ni?
            “Encik, taka pa-apa ke?” soal pekerja restoran itu. Dia hanya melihat apa yang berlaku.
            “I’m fine!” jawab Zahari. Alisa sudah hilang entah ke mana. Tak apa! KL ni kecil saja. Kami akan jumpa kau juga. Jaga-jaga!

                                    *******************************

            Alina melihat gulai ketam yang terhidang di atas meja. Hampir meleleh air liurnya melihat gulai ketam yang telah dimasak oleh Aleya.
            Aleya meletakkan jag air sirap yang dibancuhnya sebentar tadi di atas meja. Dia melihat Alina yang masih berdiri dan melihat ke arah mangkuk yang berisi gulai ketam itu tanpa berkelip mata walau sesaat pun. Aleya hanya menggelengkan kepalanya. “Acu, pergi panggil ibu! Makanan dah siap.”
            “Ok!” Alina tersenyum. Dia terkejut apabila Alisa muncul secara tiba-tiba di dapur. Wajahnya cemas seolah-olah sesuatu telah berlaku.
            “Kita ada masalah besar!”
            “Ah…Angah ni setiap kali balik mesti bawa masalah besar. Kali ini dengan siapa Angah bergaduh?”
            “Hish…Acu ingat Angah ni suka bergaduh dengan orang ke?” Alisa meninggikan suaranya. Dia geram Alina tiba-tiba mencelah. Ada perkara yang dia perlu beritahu.  “Angah tak ada masa nak bermain dengan Acu! Along!” pandangannya dialihkan pada Aleya. “Tadi semasa Angah jumpa Tina, Angah terserempak dengan Zahari. Sekarang ni dia dah tahu kita semua berada di Malaysia.” Beritahu Alisa.
            “Malaysia ni bukannya besar sangat, lambat-laun mereka akan tahu di mana kita berada sekarang ni.” Alina mencelah.
            “Ya tetapi itu bukan masalahnya. Masalahnya ialah Dayo’ Kadir dan Datik Kartika sudah bercerai.
            “bercerai!” kata Aleya dan Alina serentak. Mereka berpandangan antara satu sama lain.
            “Mereka sudah bercerai!” sampuk Munirah. Dia terkejut. Dia tidak pernah minta kesudahannya seperti ini.
            “Ya! Kata Tina, sudah 2 bulan mereka bercerai. Kata Tina lagi, sekarang ni mereka sedang mencari kita. Ibu, kita mesti pergi dari sini.” Alisa resah.
            “Kita takkan pergi ke mana-mana, Angah! Kita tetap akan tinggal di sini.”
Kata Aleya.
            “Along!” Alisa terkejut dengan keputusan Aleya.
            “Ya! Betul kata Along tu, ibu sudah bosan dengan semua ini. Mereka bercerai atau tidak. Itu bukan masalah kita. Itu hal mereka. Kita adalah orang luar. Kita tiada apa-apa kaitan dengan mereka.”
            “But he still your husband.” Kata Alisa cuba untuk mengingatkan ibunya.
            “Ya, sekarang memang ibu masih isteri dia tetapi ibu tetap akan bercerai dengan Dato’ Kadir.”
            “Mustahil dia akan lepaskan ibu! Dia sudah ceraikan Datin Kartika. Ibu tak nampak ke apa yang dia nak dari kita jika dia menjumpai kita semua.” Alisa masih bertegas.
            “Jika dia berjumpa dengan kita pun, keputusan ibu takkan berubah. Angah, jangan risau. Perkara yang Angah takutkan itu, tak mungkin akan berlaku.” Tegas Munirah. Dia sudah bosan dengan semua ini. Sampai bila mereka harus bersembunyi? Tak boleh ke mereka hidup normal seperti orang lain?
            “Along percaya pada ibu. Tentang Dato’ Kadir, Angah tak perlu risau.”
            “Along!” Alisa masih tidak berpuas hati.
            “Angah! Jika Along boleh percaya ibu, kenapa Angah tak boleh? Sudahlah, Angah! Jom makan! Tadi Along masak gulai ketam, lauk kegemaran Angah.” Alina tersengih dan memaut lengan Alisa.
            “Gulai ketam!”
            “Ya. Pagi tadi Along pergi market. Dia beli 2 kilo ketam.” Beritahu Alina. Dia sengaja mengalihkan perhatian Alisa.
            “2 kilo!” Alisa tersengih. Buat seketika dia lupa apa yang berlaku. Dengan pantas dia menuju ke meja makan dan duduk. Matanya tidak berkelip merenung gulai ketam itu. Dia suka makan ketam begitu juga dengan Along dan Acu.
            “Ibu! Jom makan! Jangan difikirkan sangat tentang perkara tadi. Apa yang akan berlaku selepas ini, kita akan menghadapinya bersama-sama.” Kata Aleya sambil tersenyum. “Jom!” kata Aleya mengiringi ibunya. Dia tahu disebalik kata-kata ibu sebentar tadi masih tercalit perasaan bimbang dalam hati ibu.