Thursday, September 3, 2020

Calon Menantu Cikgu Hawa - Bab 8

Bab 8

 

            Talia melihat penampilan dirinya di cermin. Mekap sudah selesai. Hampir sejam jugak dia makep. Menyusahkan betul. Macam-macam step ada, mujurlah dia boleh makep sendiri selepas hampir dua minggu belajar dengan Mona. Iyalah sebelum ni, dia tak ambil kisah langsung pasal makep. Gara-gara nak tipu keluarga Cikgu Hawa , terpaksalah dia belajar semua ni.

 

            Telefon pintarnya berbunyi.

 

            “Assalammualaikum, Mona.” Talia tersenyum. Awal betul Mona telefon  hari ini. Agaknya photo shoot Mona kat Bali dah selesai kot. Rasanya mesti Mona kat airport.

 

            “Waalaikumussalam…. Wei, macam mana semalam? Plan kau menjadi tak?”

 

            Talia ketawa. “ Kau ni tak sabar betul? Kau kat aiport ke? Photo shoot dah habis ke?”

 

            “Dah…. Aku tengah tunggu flight ni. Wei, cerita la apa jadi malam tadi?”

 

            “Seperti yang dijangka, mereka memang tengah tunggu aku.” Kata Talia dan kemudian mengeluh. “ Rasalah bersalah pun tapi terpaksalah aku mulakan lakonan aku ni. Masa aku keluar kereta saja, mereka terkejut tengok aku. Iyalah style retro 70an yang korang pilih ni terlebih menyerlah, aku keluar saja tukar baju kat R & R saja, semua orang tengok aku. Malu weiiii…..” cerita Talia.

 

            Mona ketawa. “ Tapi style tu bagi impak besar kan? First impression tu penting, betul tak?”

 

            “ Cikgu Hawa nampak aku saja, mata dia terus terbuka luas.  Muka terus bertukar jadi singa bila aku cakap aku lambat sebab berborak dengan BFF yang tak wujud pun. Sikit saja Cikgu Hawa nak sound aku tapi Cikgu Din sempat masuk campur. Kalau tak, memang teruk aku kena sound malam tadi. Aku rasa tak sampai tiga hari aku akan kena kick out dari sini. Harap-harap skrip yang Meera buat tu menjadi…..” kata Talia. Dia ikut saja skrip yang Meera tulis khas untuk dirinya. Cara-cara nak menjadi calon menantu kurang ajar, itu tajuk skrip Meera. Sepatutnya Meera jadi penulis skrip bukannya pelakon. Meera ada skill nak jadi penulis

 

            “Baguslah macam tu. Cepat-cepat kau blah dari situ sebelum Amir tu datang.  Hari ni hari pertama kau kat sana? Dah ada test ke?”

 

            “ Tak tahu la tapi ada perjumpaan pukul 8 pagi ni. Rasanya sesi perkenalan kut . Nak kenal dengan calon-calon yang lain. Sekarang ni aku tinggal kat rumah sewa milik Cikgu Din. Rumah sewa ni dekat dengan rumah Cikgu Hawa. Tak sampai seminit pun berjalan….Oklah, Mona! Aku nak kena pakai rambut palsu Afro lagi, kuku palsu warna merah pun aku nak kena jugak. Banyak betul benda nak kena buat ni….” Kata Talia.

 

            “Stop complain, Talia. Sekarang ni kau nak kahwin ke tak nak?”

 

            “Tak nak….” Jawa Talia dengan lemah.

 

            “So kau kena buat apa yang yang kami suruh. Oklah, malam nanti aku call kau balik…. Bye! Semoga berjaya….” Ucap Mona sebelum tamatkan perbualan mereka.

 

            Talia terus tundukkan kepalanya dan kemudian mengeluh dengan kuat.

 

                                                *****************************

            Cikgu Hawa menggengam erat tanganya. Dilihat sekali ke arah jam dinding di ruang tamu. Sudah 15 minit, mereka menunggu Talia.  Tiba-tiba Cikgu Hawa bangun.

 

            “Kak Long, biar Aini pergi tengok Talia. Mungkin dia terlewat bangun kut? Semalam kan dia sampai lewat dari KL.” Puan Aini sempat menahan Cikgu Hawa dari bertindak terburu-buru.

 

            Sakinah dan Marfuzah yang ada di situ hanya diamkan diri.

 

            “ Hi ! Hello !” Tiba-tiba saja terdengar suara, Talia muncul di muka pintu rumah Cikgu Hawa. Talia terus masuk dan tersengih.

 

            Sakinah dan Marfuzah terkejut melihat penampilan Talia.

 

            “Hi ! Hello !” Nada suara Cikgu Hawa terus tinggi. Dah lewat datang lepas tu boleh Hi Hello dengan orang pulak. Budak bernama Talia ni hari pertama saja dah buat darah ni mendidih. “ Orang kalau masuk rumah orang, kena bagi salam dulu. Mak ayah kamu tak ajar ke?”

 

            “Opsss…. Terlupa nak bagi salam. Mak ayah ajar bagi salam tapi Talia  yang selalu lupa. My bad! Lepas ni Talia janji tak buat lagi…. Hmmm… Kalau macam tu Talia start balik yer….” Kata Talia tersengih. Dia terus keluar semula dari rumah Cikgu Hawa. Kemudian Talia masuk semula ke dalam rumah Cikgu Hawa. “ Assalammualaikum, semua…..” Talia tersenyum. Dia melihat ke arah semua orang yang ada di situ.

 

            Puan Aini geleng kepalanya tanpa disedari.

 

            Tanpa disedari, Cikgu Hawa urut kepalanya. Tiba-tiba saja rasa pening.

 

            “Tak jawab salam berdosa…..” tambah Talia apabila tiada siapa jawab salam darinya.

 

            “Waalaikumussalam….” Jawab Sakinah dan Marfuzah serentak.

 

            Puan Aini turut sama menjawab salam dengan suara perlahan-lahan.

 

            “Cepat duduk!” arah Cikgu Hawa. Kepalanya sudah pening dengan kerenah Talia.

 

            Dengan segera Talia terus duduk di sofa sebelah Sakinah. “Hi ! I’m Talia.” Talia perkenalkan dirinya. Dia melambai tangan dekat Sakinah dan Marfuzah.

 

            Cikgu Hawa mengetap. “ Dah datang lewat lepas sibuk nak perkenalkan diri pulak. Macam manalah mak berkenaan sangat dengan budak ni?” kata Cikgu Hawa dengan nada perlahan. Renungan tepat masih pada Talia yang nampak sibuk perkenalkan dirinya tanpa hiraukan langsung kehadiran Cikgu Hawa dan Puan Aini.

 

            Puan Aini terus pegang tangan kanan kakanya.  “Sabar, Along! Mengucap banyak-banyak. Apa kata Kak Long duduk dulu?” nasihat Puan Aini. Hampir saja kakaknya nak meletup tadi.

 

            Atas nasihat adiknya, Cikgu Hawa duduk semula dan menarik nafas perlahan-lahan. Dia cuba kawal perasaan marahnya. Renungan tajam masih pada Talia.

 

            “Talia!” panggil Puan Aini.

 

            Talia menoleh.

 

            “Mak Cik Hawa nak cakap sesuatu.” Beritahu Puan Aini.

 

            “Okey, Auntie Aini.” Jawab Talia. Dia terus pandang Cikgu Hawa. “ Ok, Auntie Hawa! Cakaplah…. ” Talia betulkan kedudukkannya di kerusi.

 

            Cikgu Hawa pejam matanya beberapa saat dan buat semula kelopak matanya. Perangai Talia benar-benar menguji dirinya.

 

            “ Semua sudah berkumpul di sini  jadi kita akan mulakan first program hari ini. Masing-masing dah tahu kenapa kita berkumpul di sini kan! Sekarang ini kita mulakan sesi perkenalkan diri. Kita mulakan dari Sakinah.” Cikgu Hawa tersenyum. Dia memandang gadis bertudung litup berwarna pink. Sakinah adalah pilihannya. Gadis yang berasal dari Ipoh ni sudah dua tahun mengajar di sekolah yang sama dengannya.

 

            Sakinah berdiri dan tersenyum. “ Assalammualaikum, semua! Nama saya Siti Sakinah Bt Seman. Berumur 26 tahun. Anak kedua dari 3 adik beradik. Berasal dari Ipoh. Saya seorang cikgu. Hobi saya ialah membaca buku dan memasak. Saya calon pilihan Mak Cik Hawa.”

 

            Cikgu Hawa tersenyum lebar. Ternyata pilihannya tak pernah silap. Tengok cari Sakinah bercakap lemah lembut dan sopan santun. Inilah ciri-ciri yang perlu ada untuk bakal isteri Amir.

 

            “Kak Sakinah, nice meeting you….” Talia bersuara seraya tepuk tangan selepas Sakinah selesai perkenalkan diri.

 

            Senyuman Cikgu Hawa terus mati melihat telatah Talia. “ Nexttttt……”

 

            Selepas Sakinah duduk, Marfuzah pula bangun. “ Assalammualaikum….. Nama saya Nurul Marfuzah Bt Musa. Berumur 27 tahun. Anak sulung dari 5 adik beradik. Berasal dari Pulau Pinang. Saya bekerja sebagai cikgu tadika. Hmmm… hobi saya ialah memasak dan bercucuk tanam.  Saya calon pilihan Puan Zainab, ibu mentua Mak Cik Hawa.”

 

            “ Kak Marfuzah, nice meeting you too….” Talia bersorak seraya bertepuk tangan.

 

            Marfuzah tersenyum ke arah Talia dan terus duduk.

 

            Wajah Cikgu Hawa begitu serius pandang Talia.

 

            “Okey! Turn Talia pula….” Puan Aini bersuara.

 

            Talia terus bangun. Dia betulkan wide leg jumpsuit berwarna neon yang dipakainya. “ Hi …. And Assalammualaikum, everyone. My name is Talia Lana Bt Wahid. Berumur 25 tahun. Maknanya Talia paling muda dalam rumah ni…” Talia ketawa kecil. “ Talia anak bongsu dari 2 adik beradik dan of course Talia seorang yang manja. Everyone in the family adores me. Berasal dari KL, ibu negara Malaysia. Hmmm…. Talia tak bekerja. Kiranya penganggur terhormat ke rumah. Buat masa ni Talia tak bercadang nak bekerja lagi. Lagipun mak ayah still bekerja, mereka mampu sara Talia lagi. Pasal wang ringgit tu, tak payah risau. Right now this is my golden time to be happy and enjoy. Hmm… Hobi pulak, shopping. Talia suka shopping. Hari-hari Talia pergi shopping. Kat sini ada shopping mall tak? Sekarang ni kan hujung tahun, mesti ada banyak year end sale? Banyak tak shopping mall kat Sungai Petani? ” tanya Talia dan pandang ke arah Cikgu Hawa dan Puan Aini. Terkebil-kebil matanya pandang mereka berdua. Tiba-tiba Talia teringat sesuatu. “ Oh ya, Talia calon pilihan Datin Maimun, ibu Auntie Hawa.” Talia terus tersengih.

 

            Suasana sunyi sepi.

 

            Cikgu Hawa mengecilkan anak matanya. Memang darahnya tengah mendidih sekarang ini.

 

            Manakala dahi Puan Aini berkerut.

 

            Cikgu Din yang berdiri tidak jauh dari situ menggaru kepalanya beberapa kali. “ Kalau macam nilah, nampak gayanya tak sampai seminggu anak Wahid ada kat sini.” Cikgu Wahid masih masih perhatian suasana di rumah tamu rumahnya.

 

                       

                                    *********************************************

 

            Puan Aini berdiri di sebelah kakaknya. Selepas saja makan tengahhari , program kedua akan dilaksanakan. Mereka berlima ada di ruang dapur terbuka di luar rumah.

 

            “Seterusnya mak cik nak tahu skill memasak kamu semua tahap mana, syaratnya kamu boleh masak apa saja. Semua bahan dah tersedia. Masak saja apa kamu nak masak. Satu lauk saja dalam masa sejam.” Terang Cikgu Hawa.

 

            “So tak kisah lauk apa pun?” Talia bertanya.

 

            “Ya. Apa saja….”  Jawab Cikgu Hawa sambil lewa. Pandangan mata ke arah lain. Dia malas nak layan kerenah anak Wahid.

 

            “ Talia dah fikir ke nak masak apa?” tanya Puan Aini. Dia tersenyum melihat anak gadis yang berambut afro itu.

 

            “Dah ada idea tapi tak tahu nak pilih nak masak aper…. Sebab mak ada cakap, kunci untuk menjadi sihat adalah dengan menjaga perut  so apa yang kita nak makan itu benda penting sebenarnya. Pemakanan perlu dijaga dan amalkan pemakanan yang sihat. Untuk kekalkan tubuh badan yang sihat, kita sebenarnya hanya perlukan protein, lemak, karbohidrat, sayur, vitamin dan mineral yang seimbang. So dengan masak sendiri makanan kita adalah cara yang baik untuk kita tahu berapa kalori makanan yang kita makan lepas tu pulak kita boleh meneliti dengan lebih baik apa yang kita makan. Berkhasiat ke tak? Sebab itu pentingnya kita makan makanan yang sihat.” Kata Talia dengan panjang lebar.

 

            Tanpa disedari Cikgu Hawa angguk kepala perlahan-lahan. Cakap Talia tadi ada point jugak.

 

            Puan Aini tersenyum. “ Oklah, kalau macam tu boleh start sekarang. Lepas sejam kami akan datang semula.” Kata Puan Aini. “ Jom, Kak Long!”

 

            Cikgu Hawa mengekori adiknya. Dia menoleh ke belakang. Kelihatan Talia melihat bahan-bahan masakan yang tersedia di atas meja.

 

            “Kak Long!” panggil Puan Aini.

 

            “Ya! Ya!” Cikgu Hawa sambung semula langkahnya dan kemudian memasuki pintu dapur.

 

                                    ******************************

 

            Selepas sejam, Puan Aini dan Cikgu Hawa muncul. Mereka lihat Sakinah, Mahfuzah dan Talia sudah bersedia dengan lauk yang sudah siap dimasak. Mereka bertiga berdiri di hadapan lauk masing-masing yang ditutup dengan tudung.

 

            “ Bagus. Semuanya dah siap tersedia.” Puji Cikgu Hawa. Dia hampiri meja empat segi.

 

            “Ok… Kalau macam tu, kita mula dulu dengan Sakinah.” Kata Puan Aini. Tak sabarnya nak rasa masakkan mereka bertiga.

 

            Sakinah tersenyum. Dia buka tudung saji. “ Tom Yam Campur.” Beritahu Sakinah.

 

            Cikgu Hawa tersenyum. “ Bau tom yam ni saja dah harum semerbak. Macam tahu-tahu saja tom yam campur kegemaran Amir.” Belum rasa lagi, Cikgu Hawa sudah memuji.

 

            Puan Aini terlebih dulu rasa tom yam campur itu. “ Sedap! Pekat dan pedas !”

 

            Cikgu Hawa turut sama merasa. “ Memang sedap! Ada rasa manis yang datangnya dari seafood. Amir pasti suka.” Puji Cikgu Hawa lagi. Dia gembira dengan skill memasak Sakinah.

 

            Senyuman terukir di bibir Sakinah.

 

            “Okey! Seterusnya, Mahfuzah…” kata Puan Aini. Dia dan kakaknya bergerak dekati Mahfuzah pula.

 

            “ Saya masak ayam masak merah ala kenduri orang utara.” Mahfuzah perkenalkan masakkannya. Tudung saji dibuka.

 

            “ Wah…. Tengok saja dah tahu mesti sedap.” Kata Puan Aini. Masakkan ayam masak merah nampak begitu menarik lagi. “ Ini pun salah satu makanan kegemaran Amir. Ini kalau makan dengan nasi tomato, confirm sedap…..”

 

            Cikgu Hawa ambil sedikit isi ayam dan kuahnya.  Disuap ke mulut. “ Hmm… Memang sedap. Ada rasa pedas.” Cikgu Hawan angguk kepalanya perlahan-lahan.

 

            “Ayam pula lembut. Memang sedap.” Puji Puan Aini.

 

            “Terima kasih.” Ucap Mahfuzah.

 

            Puan Aini dan Cikgu Hawa beralih ke arah Talia.

 

            “Jeng Jeng Jeng!” kata Talia seraya buka tudung saji.

 

            Cikgu Hawa dan Puan Aini terkejut. Mereka berdua masih tak percaya dengan apa yang ada di hadapan mereka sekarang ini.

 

            “Telur rebus!” kata Puan Aini.

 

            “Dalam masa sejam ini, kamu masak telur rebus saja.” Suara Cikgu Hawa terus tinggi.

 

            Sakinah menutup mulutnya dari ketawa.

 

            “ Ya. Telur rebus. Tergolong dalam makanan kan. Hanya 77 kalori. Sangat kaya dengan sumber nutrisi. Miliki vitamin D, Zinc dan kalsium yang dapat bantu menyihatkan badan. Lagipun cepat nak masak, terus rebus saja. Tak rugi masa. Jangan pandang telur rebus ni sebelah mata! Telur rebus ni ada khasiat jugak. Menjaga kesihatan mata, kuku jadi sihat dan kuat, baik untuk tulang, tingkatkan kesihatan otak lepas tu pulak boleh turunkan berat badan.” Terang Talia dengan wajah serius.

 

            “Habis tu kalau kamu kahwin dengan Amir, hari-harilah kamu bagi Amir makan telur rebus?” tanya Cikgu Hawa. Nafasnya turun naik.

 

            “Auntie ni, takkanlah Talia nak bagi Amir makan telur rebus hari-hari. Tapi kalau boleh dalam seminggu, mungkin tiga atau empat kali kut makan telur rebus.” Jawab Talia dengan menampakkan barisan gigi putih dan teratur.

 

            Jawapan Talia terus buat Cikgu Hawa mencekak pinggang. Wajahnya kini merah menyala. Rasa marah membuak-buak.

 


DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...