Wednesday, August 4, 2021

PA Aku Medusa - Bab 2

Bab 2


Tibanya di jeti Batu Musang, ketibaan mereka disambut oleh seorang lelaki. Lelaki itu tersenyum melihat mereka semua.

“Akhirnya dapat jugak tangkap Abang Aziz.” Kata lelaki itu. Dia pandang Aziz.

Dahi Aziz berkerut. Siapa lelaki ni? Dah la dia tengah bad mood sekarang ini. Dia merenung lelaki itu. Macam pernah nampak tapi kat mana? 

“Abang Aziz, tak kenai saya lagi ka? Saya Azhar.” Azhar perkenalkan dirinya.

Dengar saja nama Azhar, wajah Aziz berubah.

“Abang Aziz hang ni mana ingat sesiapa dah, kalau mak dia sendiri, dia boleh lupa, ini kan pula nak ingat hang....” sindir Datin Ida.

“Mummy ni tak habis-habis nak sindir Aziz. Dari Pulau Aman lagi, mummy tak henti-henti pot pet pot pet. Aziz ingat la. Azhar kan, anak Pak Atan dan Mak Eton. Betul tak?”  Aziz tersenyum lihat Azhar. Dia masih ingat lagi Pak Atan dan Mak Eton yang sudah lama bekerja dengan keluarganya.

Laju saja Azhar angguk kepala.

“Last kita jumpa masa Azhar sekolah menengah kan? Pak Atan dan Mak Eton sihat?”

“Mak ayah sihat.” Jawab Azhar. Dia gembira bila Aziz masih ingat dia lagi. Masa kecil dulu, Aziz selalu teman dia bermain. Walaupun Aziz anak majikan mak ayah dia tetapi family Dato’ Adam jenis tak sombong.

“Auntie! Saya balik ofis dulu, ada meeting pukul 11 pagi nanti.” Diana bersuara.

“Yalah. Drive elok-elok. Pasal Aziz ni jangan risau, Din dengan Pian ada. Aziz tak dapat nak lari mana-mana.” Kata Datin Ida.

“Saya gerak dulu.” Diana sempat lihat ke arah Aziz sebelum bergerak ke kereta Honda HRV berwarna merah miliknya

“Sombong betui PA mummy tu! Tengok Aziz macam nak cari gaduh.” Aziz mengadu. 

“Yalah, sebab nak cari hang punya pasai, Diana tu terpaksa kerja lebih masa.” Jawab Datin Ida.

“Orang tak suruh cari pun...” kata Aziz dengan nada perlahan supaya Datin Ida tak dengar.

“Hang cakap apa, Aziz?” tanya Datin Ida. Dia rasa macam Aziz cakap sesuatu.

“Nothing, mummy! Bunyi angin tadi. Jom balik, nanti lewat pulak.” Cepat-cepat Aziz masuk ke dalam kereta. Tak sanggup lagi dengar sambungan ibunya berleter.

“ Ini baru anak seorang, kalau ada anak ramai, tak tahu la apa nak jadi.” Kata Datin Ida seraya mengetap bibir. 

Azhar tersengih apabila dengar cakap Datin Ida. Selepas ini rumah Datin Ida tak sunyi lagi.

*********************

Diana melangkah keluar dari bilik meeting selepas sejam mereka bermesyurat. Perjalanan dia dihalang oleh Adriana.

Renungan Diana tepat melihat Adriana yang memakai sut merah. Apa pulak anak Datin Anisa nak lagi? Sengaja cari pasal jer kerjanya.

“Auntie Ida mana? Kenapa Auntie Ida tak datang meeting? Sebelum ni, Auntie Ida tak pernah miss meeting.” Soal siasat Adriana.

“Rasanya I dah cakap pasal hal ini kat bilik meeting. You tak dengar ke? Aaa... Mesti you tidur masa meeting tadi. Yalah, ini bukan first time you tidur kan.” Jawab Diana dengan wajah serius.

“Apa you cakap?” nada suara Adriana terus tinggi.

“Itulah bila malam asyik menari kat club jer! Nak berseronok pun, kenalah ingat jugak antara hari berkerja dengan hari minggu.” Tambah Diana lagi.

Wajah Adriana berubah merah. Baru saja nak bersuara, namanya dipanggil.

“Tu mama you dah panggil, I gerak dulu. Banyak kerja nak kena settle.” Kata Diana. Dia teruskan langkahnya. Dia malas nak layan perangai anak tunggal Datin Anisa.

Adriana genggam erat kedua-dua tangannya. 

“Adriana!” panggil Datin Anisa dengan suara sedikit tegas. Dia tak mahu anaknya bergaduh dengan Diana di tempat kerja.

Dengan wajah masam, Adriana berjalan hampiri Datin Anisa.

“Kamu ni dah kenapa? Kenapa suka sangat cari pasal dengan Diana tu? Dah banyak kali mama pesan kan, jangan gaduh kat ofis. Apa kata orang nanti!” tegur Datin Anisa. Anaknya itu memang degil. Berulang kali nasihat tetapi Adriana buat jugak.

“Mama! Diana tu yang cari pasal dulu, ada ke dia cakap Adriana tidur masa meeting tadi! Mana Adriana tak bengang.”

“Tapi hakikatnya Adriana tidur kan...” kata Datin Anisa. Dia nampak tadi semasa mesyuarat. Kalau Adriana duduk di sebelah dia tadi , dah lama dia dah cubit Adriana. Geram jugak tadi lihat Adriana yang duduk bertentangan dengannya begitu nyenyek tidur. 

“Bukan tidur la, terlelap la.” Jawab Adriana seraya tersengih.

Datin Anisa geleng kepala dan mengeluh kuat. Dia sudah tak tahu nak cakap apa lagi dengan Adriana. 

“Jom ikut mama. Kita kena bincang pasal perbukaan showroom kita kat Kuantan.” Kata Datin Anisa.

*******************************

Aziz keluar dari perut kereta. Dia tersenyum melihat Pak Atan dan Mak Eton sedang menanti kepulangan dia di anjung kereta.

“Pak Atan! Mak Eton!” Wajah Aziz ceria melihat Pak Atan dan Mak Eton. Bagi Aziz, mereka berdua dah seperti ibu bapanya. Tangan dihulurkan bersalaman dengan mereka berdua.

“Hang sihat?” tanya Pak Atan. 

“Awat kurus ni? Hang tak makan ka? Kat luaq negara tu, tak ada makanan sedap-sedap ka? Aduh, sedih hati Mak Eton tengok hang kurus macam ni.” Kata Mak Eton dengan wajah berkerut. Dia lihat keadaan Aziz yang nampak kurus dari sebelum ini.

“Aziz sihat, Pak Atan. Ala... Mak Eton, kat luaq negara sana , tak ada satu pun makanan yang dapat tandingi masakan Mak Eton. Aziz rindu dengan masakan Mak Eton.”

“Ya ka? Tak pa, hari ini Mak Eton masak semua lauk kegemaran hang, Mak Eton masak. Lepas ni nak makan apa, hang habaq. Mak Eton masak kat hang.” Tambah Mak Eton. 

“Hang suka makan ikan perkasam kat pasar pagi dekat rumah kan? Esok Pak Atan pi beli.” Kata Pak Atan. 

Aziz tersenyum lebar dan angguk kepala.

“Hampa berdua ni kan, laki bini sama saja, manjakan Aziz ni sangat, sebab tu perangai Aziz ni melampau.” Datin Anisa bersuara. Sejak tadi, dia hanya diamkan diri memerhati. Sejak kecil lagi Aziz memang rapat dengan Pak Atan dan Mak Eton. Dia dan suaminya begitu sibuk bekerja uruskan syarikat. Aziz banyak habiskan masa dengan Pak Atan dan Mak Eton.

“Pak Atan! Mak Eton! Tengok mummy tu kuat cemburu. Tak kasi kita peluang nak berborak langsung.”

“Ala.. Kak Ida, kami pun nak lepaskan rindu kat Aziz jugak. Nak dekat 4 tahun kami tak jumpa.” Pak Atan tersengih.

“ Suka hati hampa lah, akak lapar ni. Makanan tengahhari dah siap ka?” tanya Datin Ida.

“Dah siap terhidang pun,  saya masak sambal petai udang kegemaran Kak Ida.” 

“Petai padi ka?” tanya Datin Ida dengan suara ceria.

“Dah tentu petai padi. Kak Ida kan suka makan petai padi. Pagi tadi saya suruh Abang Atan beli kat market. Fresh lagi.” Jawab Mak Eton. Dia bersama Datin Ida masuk ke dalam rumah banglo mewah dua tingkat.

“Tahu-tahu jer Mak Eton nak alihkan perhatian mummy. Skill Mak Eton semakin mantap.” Kata Aziz diakhiri dengan ketawa. Setiap kali ibunya marah, Pak Atan dan Mak Eton yang selalu sebelahkan dia. 

Pak Atan turut sama ketawa.

“Ayah! Abang Aziz! Jom masuk, dah lapar ni.” Kata Azhar seraya gosok perutnya berulang kali.

“Jom! Jom!” kata Aziz. Mereka bertiga masuk ke dalam rumah.

***********************

Selesai saja mandi, Aziz keluar dari bilik air. Dia terkejut apabila ibunya sedang duduk di katil menanti dia keluar.

“Mummy ada hal sikit nak cakap ni!” 

“Cakap apa lagi, mummy! Pasal company lagi ke? Mummy tak penat ke? Dari pagi sampai petang, tak habis-habis cakap benda yang sama.” Aziz mengeluh. Tuala yang ada di tangannya disidai di tempat penyangkut tuala.

“Sapa lagi nak ambil alih company tu kalau bukan hang. Hang la satu-satunya anak kami. Hang tak kasihan kat mummy ke? Sejak arwah daddy hang tak ada, mummy seorang bekerja keras majukan company kita. Arwah tok wan hang yang mula-mula bangunkan company ni. Dari kedai emas kecil-kecilan hinggalah company kita jadi salah satu syarikat barang kemas ternama di Malaysia ni. Hang seorang saja harapan kami, siapa lagi yang nak ambil alih company ni kalau bukan hang. Takkan hang nak biaq Anisa anak beranak tu take over company ke? Mereka anak beranak tu memang nak sangat company kita.” Wajah Datin Ida sudah merah menyala.

“Mummy,  Auntie Anisa tu sepupu daddy! Family kita jugak kan. Kenapa mummy anti sangat dengan Auntie Anisa tu?”  

“Eeeee..... Hang ni kan, memang tak tahu apa-apa langsung! Itulah tak nak ambil tahu langsung pasal hal company.” Marah Datin Ida. Kepala dia dah berasap gara-gara bercakap dengan anaknya. Dia ada sebab kenapa dia tak suka kehadiran Anisa anak beranak dalam syarikatnya. 

“ Memang Aziz tak tahu apa-apa sebabnya Aziz tak nak ambil tahu. Syarikat tu sesuai untuk orang perempuan. Aziz mana tahu pasal barang kemas ni? Pasal berlian? Pasal emas? Pasal permata? Eee... Memang Aziz tak tahu pun. Awal-awal lagi Aziz dah cakap yang Aziz nak buka syarikat pelancongan sendiri. Itu yang Aziz minat. Susah sangat ke mummy nak faham?” Nada suara Aziz sudah berubah. Dia tak suka dirinya dipaksa buat sesuatu yang dia tak suka.

“Eeee... Hang ni kan.....” Darah Datin Ida sudah mendidih. Kedua-dua tangan digunakan untuk kipas wajahnya yang terasa bahang ketika ini.

Tiba-tiba pintu bilik Aziz diketuk.

“Auntie! Saya ada hal nak bincang dengan Auntie. Saya tunggu Auntie kat bilik study.” Terdengar suara Diana di sebalik pintu bilik Aziz yang tertutup.

“Baiklah.” Jawab Datin Ida. Dia terus bangun.Dia sempat lagi cubit lengan Aziz.

“Sakit la mummy....” Aziz mengadu. Digosok bekas cubit ibunya tadi. Tangan tu suka sangat sengat orang.

“Nasib baik Diana datang, kalau tak hang dah kena dengan mummy.” Kata Datin Ida sebelum keluar dari bilik.

Aziz menarik nafas lega selepas ibunya keluar. Cepat-cepat dia kunci pintu. Dia sandarkan diri di sebalik pintu bilik. Dia garu kepala yang tak gatal beberapa kali apabila fikiran nasib diri dia selepas ini.


DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...