Sunday, May 20, 2012

Satu Dua Tiga 42


 BAB 42

            Dahi Aleya berkerut sebaik sahaja dirinya melangkah masuk ke bilik itu. Matanya melihat di segenap sudut bilik Pengarah Urusan yang kini menjadi miliknya. Aleya melepaskan keluhan dengan kuat. Disebabkan tindakan aku yang bodoh tu, aku terpaksa hadapi semua ini. Kenapa aku boleh terima cabaran tu? Sepatutnya aku tahu ada udang di sebalik batu. Berserabut otak aku sekarang ini..Ahhh…..Aleya berjalan dan  duduk di kerusi empuk yang disediakan khas untuk dirinya. Dia masih tidak dapat melupakan apa yang berlaku.
            Aleya mendongakkan kepalanya. Fikiranya kosong. Puas semalaman dia mendengar leteran Alisa. Dia tahu Alisa marah padanya. Tak pasal-pasal Alisa juga turut terlibat. Aleya melepaskan keluhannya sekali lagi. “Aku berkerja sebagai pengarah urusan! Dia tak tahu ke aku ni arkitek. Bidang perniagaan bukannya jurusan aku. Kalau dia nak aku bankrupt syarikat ni, boleh saja! No hal.” Aleya tiba-tiba tersenyum. Idea yang bagus.
            “Saya tak sangka awak seorang yang licik.” Tiba-tiba ada suara menegur dirinya.
            Mata Aleya tepat merenung lelaki yang berkemeja biru laut itu. Lelaki itu tersenyum melihat dirinya. Tiba-tiba Aleya berasa panas. “What are you doing here?” Aleya meninggikan suaranya.
            “Hmm…awak tak fikir ke tindakan awak itu akan menyebabkan 1500 orang pekerja syarikat ini akan kehilangan pekerjaan! Mereka hilang mata pencarian disebabkan tindakan awk itu. Awak tak rasa ke tindakan awak itu kejam?” Iskandar menutup pintu. Pertanyaan aleya tidak dijawabnya.
            Aleya terdiam. Dia terkejut dengan kata-kata Iskandar.
            “tetapi saya rasa awak bukan orang sebegitu kan!” Iskandar bersuara lagi.
            “Itu hal saya. Tengku, orang luar! Jangan masuk campur dalam urusan saya. Understand.” Marah Aleya.
            Iskandar ketawa kecil. “Orang luar! Awak dah lupa ke? Saya ni salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat ini. Saya berhak ambil tahu semua ini termasuklah diri awak.” Iskandar menghadiahkan sekuntum senyuman pada Aleya. Dia suka melihat Aleya marah. Comel.
            “OK! Jika begitu, Tengku boleh beritahu semua ahli lembaga pengarah tentang plan saya untuk menjatuhkan syarikat ini. Tengku beritahu saya mereka, saya tak takut.” Kata Aleya. Bagus! Jika dia beritahu mereka, aku pasti dipecat.
            Iskandar menggelengkan kepalanya beberapa kali. “awak fikir saya tak tahu ke helah awak, aleya. Saya takkan beritahu mereka sebab saya percaya awak tak berniat untuk buat semua itu. Walauapa yang terjadi, saya tetap akan berada di pihak awak.”
            “Itu hak Tengku nak percaya atau tidak! Jika Tengku tak ada apa-apa urusan lagi, lebih baik Tengku keluar dari sini.”
            “Awak berani halau saya?”
            “Ya. Jika tidak saya akan panggil security! Lebih baik  Tengku keluar sekarang.” Tegas Aleya. Dia malas melayan kerenah lelaki itu.
            Iskandar terus melabuhkan punggungnya di sofa yang berbentuk huruf L. Kata-kata Aleya tidak dipedulikanya.
            ‘Tengku Iskandar!” jerit Aleya dengan menyebut nama lelaki itu. Dia tidak dapat menahan dirinya lagi. Kelakuan Iskandar menguji kesabarannya.
            “Ya, sayang!: sahut Iskandar dengan senyuman.
            “Bergaduh lagi ke? Dari luar lagi abah dapat dengar suara kamu berdua bertengkar!” tegur Kadir yang tiba-tiba melangkah masuk ke bilik itu. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya.
            “Biasa la, Uncle! Gaduh-gaduh manja!” Iskandar ketawa kecil.
            Aleya mengalihkan pandangannya ke arah lain. Sakir! Sakit hati aku dibuatnya. Gaduh manja! Jangan harap la. Ikut hati mahu saja aku beri kau makan penumbuk aku ni. Sekarang ni hidup aku kucar kacir.
            “Along! Abah tahu Along marah pada abah sekarang ni tetapi abah tahu Along boleh memikul tanggungjawab ini. You’re my daughter. Along boleh kendalikan syarikat ini dengan sebaiknya.” Ucap Iskandar. Dia sedar tindakan itu telah menyebabkan Aleya membenci dirinya. Di antara Aleya, Alisa dan Alina, Aleya adalah pilihan yang terbaik untuk menjadi penggantinya suatu hari nanti.
            Aleya masih memandang ke arah lain. Dia malas nak mendengarnya. Aku ni arkitek bukannya business woman. Ahhh….bertambah berat masalah di kepala aku ni.
            “Aleya! Awak dengar tak?” Iskandar bersuara. Geram pulak melihat layanan Aleya pada Uncle Iskandar. Buat muka sepuluh sen saja. Kena ditegur ni…
            Aleya berpaling. “Tengku jangan nak cari pasal dengan saya. Dah lama saya sabar dengan kerenah Tengku. Ikut hati mahu saja, saya …..”
            “Saya apa?” Iskandar mengenyitkan mata kanannya.
            “Sudah! Mulai sekarang, Iskandar akan membantu Along . Jika kamu ada apa-apa masalah, Along boleh tanya Iskandar sebab sebelum ini Iskandar pernah memegang jawatan ini. Dia lebih arif tentang segala urusan di sini. Iskandar juga setuju untuk menolong Along untuk memahami tentang selok-belok perniagaan.” Jelas Kadir.
            “Apa!” Aleya meninggikan suaranya. Ini sudah melampau. Dia akan membantu aku! “Aleya tidak setuju. I don’t want him.” Tegas Aleya. Wajahnya serius. Nak jadi apa selepas ni, jadilah.
            “Kenapa ? Awak takut jika bersama saya, awak akan jatuh cinta pada saya.” Usik Iskandar.
            “Perasaan! Lelaki seperti awak takkan dapat membuka pintu hati saya.”
            “Ya ke? Hmm…belum cuba, belum tahu kan! Saya yakin satu hari nanti awak takkan hidup tanpa kehadiran saya.”
            “Tengku Iskandar!” Aleya bangun dan menghentak tangannya di atas meja. Matanya merah menyala menahan marah.
            ‘Enough! Pening kepala abah dibuatnya dengan perangai kamu berdua. Is, Uncle beri kuasa pada Is untuk mengajar Aleya.Is ajarlah Aleya apa yang patut. Kamu bincanglah dengan Aleya baik-baik.” Kata Kadir. Dia sudah malas nak masuk campur.
            “Tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi.” Aleya terus mencapai beg tangan Bonia miliknya. Langkahnya di atur menuju ke pintu. Dia ingin keluar dari sini. Pintu bilik ditutup dengan kuat.
            “Ehh…suka hati dia saja. Sekarang time office, mana dia nak pergi?”
            “Biarlah, Is! Biar Aleya keluar ambil angin. Uncle tahu dia perlukan masa untuk menyesuaikan diri untuk semua ini.”  Ujarnya dengan nada perlahan. Aku yakin Aleya adalah pilihan yang tepat. Dia akan menggantikan tempat aku satu hari nanti.

                                                **************************

            Alisa terkejut apabila ada tangan yang menghalang pintu lif itu ditutup. Pintu lif itu kembali terbuka. Alisa mengecilkan matanya apabila melihat lelaki yang baru saja memasuki lif itu. Alisa berganjak ke tepi. Dia memandang ke arah lain. Dia malas nak bergaduh lagi. Dia sudah tiada suara untuk bercakap lagi. Puas semalaman dia berleter pada Aleya.
            “Aii….selalunya bila berjumpa, dia akan bersuara dulu. Macam tak percaya saja ! Oh ya, awak dah dapat ke hadiah dari saya? Awak suka tak pokok bongsai tu?” Zahari bersuara apabila pintu lif itu ditutup.
            Alisa merapatkan dirinya pada dinding lif itu. Dia malas untuk menjawab pertanyaan Zahari.
            Zahari berasa pelik dengan perangai Alisa. Tiada tindakbalas langsung. Dah kena sampuk ke Alisa ni? Jarang dia membisu seperti ni. Selalunya dia akan menjawab. “Awak datang bulan ke?” soal Zahari secara tiba-tiba.
            “Kau diam boleh tak?” Alisa akhirnya bersuara tetapi suaranya serak-serak basah.
            Zahari ketawa. “Patutlah diam saja. Rupanya suara dah jadi rocker.”
            “Kau nak apa dari aku lagi, hah? Kenapa kau suka sangat mengacau aku? Dah jadi hobi ke?”
            “Mungkin!” jawab Zahari. “Aku dengar Tan Sri Murad, klien awak.”
            Alisa menjeling tajam.
            “Kuala Lumpur ni kecil saja.”
            “Suka hati aku la.”
            “Aku hanya nak ingatkan kau sesuatu. Berhati-hati dengan Tan Sri Murad. Dia tu buaya darat.” Zaharia memberi amaran. Semua orang kenal dengan perangai Tan Sri Murad yang kaki perempuan tu. Nampak wanita cantik, mulalah naik miang. Ada saja kes mengenai Tan Sri Murad setiap bulan. Kes itu pasti berkenan dengan wanita.
            “It’s my problem.”
            “Suka hati awaklah. Jangan kata aku tak beri warning, ok?” Zahari tersengih.
            Pintu lif terbuka. Zahari terus keluar.
            Alisa mengetap bibir. Nasib baiklah aku sakit tekak hari ini jika tak berapi telinga kau dengar kata-kata aku ni. Eh, apa dia buat kat sini? Office dia bukan di sini. Hish….mesti nak buat spot-check ni. Hish……Muka Alisa masam mencuka.

                        ***************************************************

            Alisa menarik lengan Aleya supaya menyembunyikan dirinya di sebalik deretan pokok bunga ros berwarna merah. “Along! Jangan berdiri nanti mereka nampak kita.” Ujarnya.
            Aleya menarik nafas panjang dan hanya mengikut rentak adiknya.
            “Angah! Kenapa Angah tak percaya pada abah? Abah tak akan apa-apakan ibu. Abah sayangkan ibu.”
            “Cinta hanya di mulut saja, hati dia? Acu tahu ke?”
            “ Itulah Angah suka sangat prasangka buruk pada abah! Berdosa!” tegur Alina.
            Alisa membuat mimic muka. “Kalau begitu, baliklah! Acu kan percayakan lelaki itu. Baliklah! Jangan nak join kami di sini.” Alisa meradang.
            “Tak mahu! Acu nak juga tahu apa abah prepare untuk ibu pada malam ini. Mesti romantic kan.” Senyuman Alina lebar. Dia sudah mula berimiginasi.
            Dahi Aleya sedikit berkerut. Mereka berdua ni asyik bertekak saja. Pandangannya masih pada pasangan yang sedang berjalan di dalam gelap itu. Kenapa lelaki itu bawa ibu ke sini? Bukan ke kawasan itu kawasan terbiar? Tempat ini terletak 500 meter dari belakang rumah. Inilah pertama kali aku datang ke sini.
            “Romantik apanya? Tengok! Gelap-gelita! Nak romantic dalam gelap ke?” Alisa meninggikan suaranya. Geram apabila Alina masih berpihak pada lelaki itu.
            “Diam sedikit boleh tak? Kalau nak bertengkar, balik rumah.” Kini giliran Aleya meninggikan suaranya. Dia menjegil mata pada adiknya.
            Mereka berdua terdiam. Mereka tidak berani bersuara apabila ditegur oleh kakak mereka.
            Mulut mereka bertiga melopong sebaik sahaja cahaya lampu menerangi kawasan itu. Mata mereka tidak berkelip-kelip. Kecantikkan dan keunikkan lanskap taman itu membuat mereka bertiga tergamam.
                                    ***************************************
            Munirah membuka mata apabila kain yan menutupi matanya dibuka. Perlahan-lahan Munirah membuat mata. Munirah tergamam. Dia melihat di sekelilinnya. Lampu kelip-kelip pelbagai jenis warna dan bentuk menerangi taman itu. Pandangan Munirah dialih pada lelaki yan masih berdiri di hadapannya. Munirah tidak faham dengan semua ini. Apakah tujuannya?
            “Do you like it?” Senyuman lebar terukir di wajah Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Apa maksud semua ini?” Wajah Munirah serius. Semakin hari sikap lelaki ini memeningkan kepala aku? Apa dia nak dari aku?
            “A gift. Birthday gift. From me to you.”
            Munirah mengetap bibir.
            “Abang tahu. Munirah sangat sukakan bunga orkid. Taman bunga orkid ini untuk Munirah. Apa saja Munirah nak buat, itu hak Munirah. Di sini ada 45 spesis bunga orkid yang hidup di Asia Tenggara. Abang order khas untuk Munirah.”  Dato’ Syed Mohd Kadir menunjuk di sekelilingnya. Dia begitu berharap Munirah gembira menerima hadiahnya.
            Munirah masih diam membisu dan mendengar kata-kata dari Dato’ Syed Mohd Kadir. Sekarang ini aku dah faham kenapa Acu bersungguh memujuk aku ke spa dan membeli sepasang baju kurun sutera dan menyuruh aku memakai baju kurun ini pada malam ini juga. Rupa-rupanya Acu sudah tahu rencana lelaki ini. Dia melihat ada sebuah meja kecil dan dua buah kerusi di tengah-tengah taman itu. Di atas mejanya terdapat sebiji kek. Adakah dia ingin menyambut hari jadi aku? Macam mana dia tahu? Hmm…mesti kerja Alina lagi.
            “Munirah tak pinta pun semua ini.”
            “Ya, abang tahu. Seperti yang telah abang beritahu tadi, ini adalah hadiah birthday  untuk Munirah.”
            Munirah ingin bersuara tetapi terkejut denan tindakkan Dato’ Syed Abu Bakar menghulurkan sejambak bunga orkid padanya.
            “Acu beritahu yang Munirah paling suka dengan bunga orkid papilionanthe.Bunga orkid melambangkan kasih sayang, cinta dan kekuatan. Seperti Munirah kan
            Bulat mata Munirah melihat bunga itu. Senyuman terukir di bibirnya. Tanpa melengahkan masa,  Munirah mengambil jambangan bunga itu. Matanya masih tidak lekang merenung bunga itu.
            Apabila melihat reaksi Munirah, senyuman Dato’ Syed Mohd Kadir semakin lebar. Yes, plan aku berjaya. Sedikit hati Munirah terusik. Kata Acu, bunga orkid papilionanhe adalah bunga yang sangat disukai oleh Munirah. Jika Munirah sedang marah, bunga orkid ini dapat meredakan kemarahan Munirah. Jika aku tahu ini caranya, setiap minit aku akan beri jambangan bunga orkid ini pada Munirah.
            “Macam mana awak tahu …..”
            “Secret.”
            “Ini mesti kerja Alina kan.” Munirah sudah dapat meneka. Tetapi ada sesuatu yang menjadi tanda tanya, Along dan Angah tahu ke tentang plan ini? Munirah menoleh ke sekelilingnya. Mencari kelibat anak-anaknya. Dia dapat merasakan mereka ada di situ.
            “Along dan Angah tahu. Mereka memberi kebenaran pada abang.”
            Munirah menarik nafas panjang. Sekarang ini dirinya bingung. Ada kalanya hatinya gembira berada di sisi lelaki yang dicintainya selama ini tetapi ada kalanya jua hatinya juga takut dan bimbang. Munirah sendiri tidak faham kehendak dirinya. Jambangan bunga orkid itu direnungnya.
            Munirah terkejut apabila tangannya dipegang oleh Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Let’s end this ….”
            Bulat anak mata Munirah mendengar kata-kata yang lahir dari bibir lelaki itu. Kelopak matanya mula berair. Maksudnya……
            “and start over again.” Dato’ Syed Mohd Kadir tersenyum. Genggamannya semakin erat. Walauapa yang terjadi aku tak akan berputus asa, aku akan berusaha memenangi hati wanita yang dicintainya.
            “Abang tahu hati Munirah masih terluka di atas apa yang telah abang lakukan pada Munirah. Abang menyesal. Jika abang dapat memutarkan masa kembali semula, abang takkan mensia-siakan hidup Munirah. Kita akan bahagia tetapi apa yang telah berlaku tak mungkin dapat diputar lagi. Yang ada hanya sekarang. Abang takkan memaksa Munirah untuk menerima abang sekarang. Abang sangat mencintai Munirah. Abang hanya mahu untuk bersama Munirah dan anak-anak abang sahaja. Itu impian abang. Masa yang ada sekarang ini, abang mahu luangkan bersama Munirah, Aleya, Alisa dan Alina” Dato’ Syed Mohd Kadir merenung wanita yang berdiri di hadapannya.
            Hati Munirah tersentuh dengan kata-kata itu. Dia terus memeluk suaminya.
            Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut dengan tindakan Munirah. Tangisan Munirah semakin kuat. Perlahan-lahan Dato’ Syed Mohd Kadir mengusap bahu Munirah. Adakah Munirah telah menerima aku semula? Pelukan mereka semakin erat.

                                    ***********************************

            Senyuman lebar terukir di wajah Alina. Pasti ibu dah menerima abah. Alina membuat andaian di sebalik apa yang berlaku tadi. Akhirnya, keikhlasan abah membuka pintu hati ibu. “So sweet”
            Tiba-tiba satu tamparan mengena belakang Alina.
            “sakit la!” Alina meninggikan suara. Dia menggosak belakan badannya yang sakit itu.
            “Acu memang suka kan!” Alisa mengetap bibir. Alisa terkejut apabila ibu memeluk lelaki itu.
            “memang pun Acu suka. Apa yang Acu mahu hanya kebahagian ibu dan abah. Bukan seperti Along dan Angah, hanya mahu melihat ibu dan abah berpisah.” Alina membuat mimic muka. Yes, aku dah menang.
            “Maksud Acu, kami berdua ni jahat la.”
            “Ya.”
            “What!” Alisa meninggikan suaranya. Tiba-tiba dia berasa panas. Kata-kata Alina hampir membuat gegendang telinganya pecah. Alisa terus bangun.
            “memang betul kan! Along dan Angah tak mahu lihat abah dan ibu bersama.” Giliran Alina pula bangun. Suaranya tinggi.
            “Acu dah lupa ke? Siapa yang membuat ibu menderita? Siapa?” Alisa mencekak pinggang.
            “Itu dulu.”
            Alisa ketawa secara tiba-tiba. “ Acu yakin ke? Perangai dia sudah berubah. Acu dapat lihat isi hatinya ke?”
            “Kenapa Along dan Angah masih tidak dapat menerima abah? Siapa kita untuk menilai apa yang berlaku? Kenapa Along dan Angah masih  berdegil? Sebagai anak, kita mesti mendoakan yang terbaik untuk abah dan ibu.”
            Aleya yang masih duduk hanya mendengar pertengkaran mereka berdua. Sesekali dahinya berkerut. Tiba-tiba Aleya berdiri dan mendekati mereka berdua. Dia sudah tak tahan lagi
            Alisa dan Alina terkejut dengan kehadiran Aleya. Jelingan tajam Aleya membuat mereka berdua terdiam. “Kalau nak bergaduh, cari tempat lain! Bergaduh macam kanak-kanak.” Kata Aleya sebelum meninggalkan mereka berdua.
            Mulut mereka melopong. Tiba-tiba mereka teringat sesuatu, perlahan-lahan menoleh. Badan mereka berdua kaku apabila melihat ibu bapa mereka sedang melihat ke arah mereka. Mungkin pertengkaran sebentar tadi menarik perhatian ibu dan abah.
            Alina hanya mampu tersenyum.
            Alisa mengetap bibir dan berjalan mengekori Aleya. Perasaan marahnya masih  belum hilang lagi.
            

Saturday, May 12, 2012

Siapa Orang Gajiku 33


BAB 33

            Langkah Tengku Fazira diatur perlahan-lahan mendekati ibunya yang sedang makan di ruang makan rumah adiknya. Tengku Fazira terkejut apabila menerima panggilan dari adiknya. Kata Fatin, Umi nak jumpa aku. Kenapa? Bukan ke Umi tak mahu jumpa aku kecuali aku minta maaf pada Aina. Dahi Tengku Fazira sedikit berkerut.
            “Assalammualaikum, Umi!”
            “Waalaikumussalam!” jawab Tengku Fauziah.
Tengku Fazira menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibunya. “Aaa….Dah sampai pun! Umi ingat Fazira dah tak mahu jenguk Umi lagi.” Nada
suara Tengku Fauziah seperti merajuk.
            “Umi yang tak mahu jumpa Fazira kan!” balas Tengku Fazira. Geram. Aku pula yang disalahkan.
            Satu tamparan hinggap di belakang Tengku Fazira.
            Tengku Fazira terkejut dan berpaling.
            Datin Tengku Fatin membuat mimic muka. Tangannya memegang beberapa biji pinggan kosong yang diambilnya dari dapur. Ada ke patut Kak Long cakap begitu pada Umi? Tak pasal-pasal Umi berkecil hati lagi dengan Kak Long.
            “Sakit.” Tengku Fazira menggosok badannya beberapa kali. Pedih.
            Tengku Fauziah nampak apa yang berlaku tetapi dia buat tidak nampak saja. Memang patut pun. Baru saja aku maafkan, tup tup …buat perangai lagi. Tak tahu nak jaga hati aku. Berlainan dengan Fatin.
            “Duduklah! Makan breakfast bersama kami.” Datin Tengku Fatin menjemput kakaknya makan bersama.
            “Kak Long dah kenyang.” Jawab Tengku Fazira dengan nada merajuk.
            “Dah tua pun masih merajuk lagi. Tak ada class.”
            “Hish….Dah jangan nak bergaduh di depan rezeki ni. Fazira duduk. Jangan nak buat perangai di sini. Ni, Fatin masak bihun goreng Singapore. Khas untuk Fazira. Makan.” Tegas Tengku Fauziah sambil tangannya membuka penutup mangkuk bujur yang berisi bihun goreng Singapore.
            Tengku Fazira menelan air liurnya. Bihun goreng Singapore adalah makanan kegemarannya.
            “Makanlah. Nanti meleleh pula air liur tu.” Usik Datin Tengku Fatin.
            Tengku Fazira membuat mimic muka. Kerusi ditarik dan duduk.
            “Oh ya, Umi dah kemas barang-barang Umi. Selepas makan, Umi nak balik ke rumah Umi.”
            “Kenapa tiba-tiba Umi nak balik pula?” soal Tengku Fazira hairan.
            “Aiii….Takkanlah Umi tak boleh balik ke rumah Umi sendiri.”
            “Itu bukan maksud Fazira! Bukan ke Umi tak mahu pulang ke rumah selagi Fazira tidak minta maaf pada Aina?”
            “Bukan ke Fazira dah minta maaf pada Aina? Aina yang beritahu Umi. Fazira dah lupa ke?”
            Mulut Tengku Fazira sedikit melopong. Bila pula aku minta maaf pada Aina? Mungkinkah Aina berbohong pada Umi kerana aku? Terbit perasaan kesal di hatinya. Aku mesti berjumpa Aina. Tengku Fazira tekad.

                                    ************************************

            Aina masih menanti. Aina memandang wanita yang duduk di hadapannya sekarang ini. Dia terkejut apabila menerima panggilan dari Tengku Fazira. Tiba-tiba sahaja ingin berjumpa aku di sini.
            “Auntie! Aina minta maaf, auntie! Kerana selama ini Aina menipu auntie sekeluarga mengenai identity Aina. I’m so sorry.”
            Tiba-tiba Tengku Fazira memegang tangan Aina.
            Aina terkejut. Genggaman Tengku Fazira begitu kuat.
            “Auntie pun minta maaf, Aina. Auntie dah banyak buat salah pada Aina sepanjang Aina tinggal bersama Auntie. Auntie minta maaf, Aina” nada suara Tengku Fazira sebak.
            “Alah ….Auntie, semua itu hanya salah faham! Aina dah lama maafkan Auntie! Lagipun dalam hal ini, Aina juga bersalah.” Aina tersenyum. Bagi Aina , apa yang berlaku ada hikmahnya.
            “Auntie juga nak minta maaf di atas kejadian hari itu. Aina tak bersalah. Semua itu rancangan Sofea. Auntie pun bodoh, percaya cakap Sofea tanpa menyiasat dahulu.” Tengku Fazira berasa malu setiap kali mengenangkan kejadian malam itu.
            “Auntie, perkara yang lepas jangan dikenang lagi. Hmm….Auntie dah berbaik semula dengan nenek ke?”
            “Dah. Selepas auntie bawa Umi pulang ke rumah, auntie terus datang ke sini untuk berjumpa Aina. ….Hmm….kenapa Aina berbohong pada Umi? Jika Umi tahu, mesti Umi akan memarahi Aina.” Tengku Fazira merenung Aina. Patutlah pertama kali bertemu, aku rasa seperti aku pernah berjumpa Aina sebelum ini.
            “Rina ceritakan segala-galanya pada Aina. Aina rasa bersalah. Kerana Aina hubungan auntie dan nenek rengang.” Aina mengeluh dengan kuat.
            “Aina tak bersalah. Perkara ini berlaku disebabkan keegoaan auntie sendiri. Aina tiada apa-apa kaitan pun. Tak payah kita fikir hal ini lagi. Auntie dah lapar. Kita order makan dahulu.”
            Aina hanya menganggukkan kepala. Aku memang lapar pun. Selepas meeting, aku terus ke sini. Aku nak makan apa? Spagetti ke? Pizza ke? Aina memandang di sekelilinganya. Nasib baik tak ramai orang di Pizza Hut.
            “Aina nak makan apa?” soal Tengku Fazira.
            “Apa-apa pun boleh. Asalkan makanan.”
            Mereka berdua berbalas senyuman.

                                    **************************************

            Sudah beberapa kali Rina mengerling ke arah jam dinding yang tergantung di Restoran Bayu. Dah pukul 8.45 malam! Mana dia ni? Janji dengan aku pukul 8.00 malam. Ini dah kes mungkir janji ni. Rina melepaskan keluhan dengan kuat. Perut aku pun dah berkeroncong. Kalau tak jadi datang, beritahulah. Jangan buat aku tertunggu seperti ini.
            “Luna.”
            Rina terkejut dan berpaling. “Abang Haikal!” Rina terkejut dengan kehadiran Haikal di situ.
            Senyuman terukir di bibir Haikal melihat kehadiran sepupunya. Apa Luna buat di sini seorang diri atau Luna sedang menunggu seseorang. Mungkinkah tunangnya, Abang Aril?
            “Apa Luna buat di sini?”
            “Ooo….Abang Aril janji nak jumpa Luna di sini.” Jawab Rina sambil tersenyum.
            “Dating dengan tunang ye.” Usik Haikal.
            Rina tersipu malu mendengar usikan Haikal.
            “Abang Haikal pula? Jumpa siapa di sini?” soal Rina.
            “Abang jumpa kawan lama abang semasa di MCKK dulu.”
            “Ooo…….” Matanya tiba-tiba terhenti pada kelibat tubuh yang keluar dari perut kereta. Kebetulan meja yang Rina duduk berdekatan dengan tempat parkir kereta. Walaupun keadaan di tempat letak kereta itu gelap, Rina kenal susuk tubuh sasa milik Aril. “Dah sampai!” Perkataan itu keluar dari bibirnya tanpa Rina sedari. Wajahnya kembali ceria melihat kedatangan Aril.
            Haikal berpaling. Matanya dikecilkan sedikit melihat seseorang sedang berjalan menuju ke pintu masuk restoran itu. Bulat mata Haikal melihat Aril. Susuk tubuh Aril sama seperti lelaki yang bersama Aina pada malam itu. Kebetulan juga Aril memakai topi yang sama seperti malam itu.
            “Sorry sayang, abang terlambat.” Aril tersengih sebaik sahaja menghampiri Rina. Aril hairan dengan kehadiran Haikal bersama Rina.
            Rina membuat mimic muka merajuk.
            “Pada malam itu, abanglah orangnya. Aina berjumpa dan memberi wang RM50 ribu tu pada abang kan!” Haikal menunding jari pada Aril .Senyuman terukir di bibir Haikal. Maksudnya Abang Aril adalah lelaki itu pada malam itu. Haikal ketawa secara tiba-tiba
            Dahi Rina berkerut. Apa kena dengan Abang Haikal ni? Dah kena sampuk ke? Tiba-tiba ketawa seorang diri.
            “What’s wrong with you, Haikal?” Dahi Aril turut sama berkerut. Dia sendiri tidak faham apa yang berlaku.
            “Di simpang jalan rumah Haikal! Abang pernah jumpa Aina di simpang jalan rumah Haikal kan! Malam itu Aina beri wang RM50 ribu pada abang kan.”
            “Ya” ringkas jawapan Aril.
            Senyuman Haikal semakin meleret.
            “Kebetulan Haikal sebut tentang hal ini ……” Giliran Aril pula tersenyum. Satu tumbukan hinggap di pipi Haikal.
            Haikal memegang pipinya yang pedih. Haikal kaku dengan tindakan Aril sebentar tadi. Kenapa tiba-tiba abang Aril menumbuk aku? Aku ada tersalah cakap ke? Matanya terkebil-kebil merenung Aril.
            “Abang! Kenapa abang tumbuk Abang Haikal?” marah Rina. Rina segera menghampiri sepupunya. Berdarah. Rina mengambil tisu di atas meja dan diberikan pada Haikal. Orang ramai yang berada di restoran itu memandang ke arah mereka bertiga. Ada yang berbisik-bisik antara satu sama lain. Rina malu.
            “Ini hadiah untuk Haikal selepas apa yang Haikal lakukan pada Aina. Nasib baiklah malam itu, tiada apa-apa berlaku pada Aina. Jika sesuatu berlaku pada Aina, mungkin lebih teruk dari ini Haikal kena.”
            “Haikal minta maaf, Abang Aril. Haikal benar-benar minta maaf.” Perasaan bersalah terbit di hatinya
            “Abang maafkan. Dah settle kan! Jom kita makan bersama.” Wajah Aril yang serius tadi kembali ceria. Aril duduk di kerusi. “Waiter!” panggil Aril sambil melambai tangannya pada pelayan restoran itu.
            Haikal berpaling kepada Rina. Haikal berasa pelik. Abang dah tak marah pada aku lagi ke?
            Rina mengetap bibir. Dia geram dengan sikal Aril. Selepas apa yang berlaku tadi, dia buat seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
            “Kenapa tercegat lagi? Duduklah.”
            Rina menggengam erat tangannya. Satu cubitan kena tepat pada lengang Aril sebelum Rin duduk di sebelahnya.
            “Aduh, ketam ni berbisa juga.” Aril menggosak lengannya beberapa kali. Aril tersengih.

            Haikal hanya memerhati gelagat mereka berdua. Haikal memegang pipinya. Rasanya esok pagi mesti lebam. Memang patut pun aku kena. Aina! Tiba-tiba Haikal teringat pada Aina. Senyuman terukir di bibir Haikal. Aku mesti jumpa Aina esok.

                        ******************************************

            Aina menekan brek secara tiba-tiba apabila ada sebuah kereta menghalang perjalanannya. Aina mengetap bibir. Kenapa dengan pemandu kereta ini? Hilang akal ke? Ini kan jalan orang! Kenapa tiba-tiba dia halang kereta aku ni? Aina membunyikan hon beberapa kali. Namun masih tiada apa-apa berlaku.
            Sekali lagi Aina membunyikan hon. Masih tiada apa-apa. Aina membuka seatbelt. Pintu kereta dibuka. Langkahnya di atur mendekati kereta Mercedes Benz berwarna hitam.
            Langkahnya terhenti apabila pemandu itu keluar dari perut kereta mewah itu.
            ‘Abang Is!” aina terkejut.
            “Aina nak pergi mana ni?” soal Iskandar sambil tersenyum. Hatinya berbunga riang sebaik sahaja melihat kekasih hatinya.
            Aina menelan air liur. Kelat. Aina cuba menyembunyikan ketakutannya. Aku tak boleh tunjukkan yang aku takut padanya. Aku mesti berlagak seperti biasa,
            “Aina ada meeting di Bangsar sekarang ini. Lagipun Aina dah lewat. Lain kali kita berbual lagi ye. Abang Is, tolong alihkan kereta sekarang ini. Aina dah terlewat.” Aina tersenyum. Langkahnya diatur meninggalkan Iskandar. Jantungnya berdengup kencang. Aku mesti masuk ke dalam kereta.
            Aina terkejut apabila tangannya ditarik.
            “Kenapa Aina? Kenapa Aina layan abang seperti ini? Setiap kali abang berjumpa Aina, ada saja alasan yang Aina berikan untuk mengelakkan diri dari abang.” Iskandar memegang tangan Aina erat.
            “Sakit! Abang Is, please! Lepaskan Aina.” Aina merayu. Matanya meliar melihat di sekelilingnya. Jalan itu sunyi. Tiada sebuah kereta pun yang lalu.Kenapalah aku pilih

jalan ini? Nak shortcut konon! Sekarang ni! Lihatlah akibatnya. Aku nak minta tolong pada siapa? Tiada sesiapa pun. Aina gelisah dan takut. Takut diapa-apakan oleh Iskandar.
            “Abang tak akan lepaskan, Aina! Aina mesti ikut abang. Kita pergi makan dan berbincang.” Pegangannya masih erat. Iskandar cuba menarik Aina mendekati keretanya.
            “Tak boleh! Aina ada meeting. Selepas meeting, Aina jumpa abang ye!” pujuk Aina. Itu hanya helahnya.
            “Aina ingat abang bodoh! Jika abang lepas Aina kali ini, mustahil Aina akan jumpa abang. Aina pasti akan beritahu Aril kan!” marah Iskandar. Wajah merah. Renungannya menakutkan.
            Air mata Aina mula mengalir. Tangannya menggeletar. Aina takut. Aina memejamkan matanya. Ya, Allah! Bantulah hambaMu ini.
            Aina membuka matanya apabila mendengar bunyi hon. Sebuah kereta BMW berwarna putih berhenti di belakang kereta Mazda 2 milik Aina. Seorang lelaki keluar dari perut kereta itu.
            Haikal! Aina gembira melihat kehadiran Haikal. Mimpi ngerinya akan beakhir.
            Iskandar menarik Aina rapat padanya apabila melihat lelaki itu menghampiri mereka berdua. “Tiada apa-apa! Ini hal kami suami isteri.” Kata Iskandar.
            Dahi Haikal berkerut. Suami isteri. Pandangannya dialihkan pada Aina.
            Aina menggelengkan kepalanya beberapa kali. Air matanya deras mengalir.
            “Suami isteri! Eh, bro! Keluarga Aina adalah kenalan rapat keluarga aku. Bila pula kau ni menjadi suami Aina?” Haikal merenung lelaki itu.
            Aina cuba menarik tangannya namun gagal. Tenaga Iskandar begitu kuat.
            “Marliana, tunang aku! Kami akan berkahwin tak lama lagi. Kau jangan nak masuk campur.”
            Aina terkejut dan berpaling pada Iskandar. Marliana! Abang Is ingat aku Marliana ke?
            “Marliana! Kau ni ada masalah mental ke? Ini Aina bukan Marliana.”
            “Hey, kau jangan nak kata aku gila. Aku tak gila. Kau sama seperti Aril. Aku sihat la.” Jerkah Iskandar. Tiba-tiba Iskandar melepaskan tangan Aina.
            Aina mengambil kesempatan itu untuk melarikan dari. Aina berlari pada Haikal. Aina berdiri di belakang Haikal.
            “Aina! Aina okey ke?” tanya Haikal. Wajah Aina pucat lesi.
            Aina hanya mengganggukkan kepalanya. Tiada perkataan keluar dari bibir Aina.
            “Marliana!” Iskandar geram melihat Aina mendekati lelaki itu. Iskandar cuba untuk menghampiri mereka berdua.
            Haikal segera mengeluarkan telefon bimbitnya. “Kalau kau dekat lagi aku akan call polis.” Ugut Haikal.
            Langkah Iskandar terhenti sebaik sahaja mendengar kata-kata Haikal. Pandangannya dialihkan pada sebuah kereta yang berhenti di belakang kereta BMW itu. Iskandar resah. Matanya meliar ke kiri dan kanan. ISkandar bergegas ke keretanya dan masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan. Kereta Mercedes Benz itu bergerak laju meninggalkan mereka berdua.
            Haikal menoleh. Aina masih mendiamkan diri. Pasti Aina terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Siapa lelaki itu sebenarnya? Kenapa dia panggil Aina sebagai Marliana?

                                    ************************************

            Haikal masih menanti penjelasan dari Aina. Namun Aina hanya mendiamkan diri. Aina seperti sedang termenung memikirkan sesuatu. Pasti Aina masih terkejut lagi.
            “Aina!” panggil Haikal.
            Aina terkejut apabila namnya dipanggil.
            “Are you okey?” Haikal mula risau melihat keadaan Aina. Wajahnya masih pucat lesi.
            “I’m fine!” Aina cuba tersenyum. Namun ketakutan sebentar tadi masih menghantui dirinya. Mata Aina meliar melihat sekeliling kedai makan itu. Aina takut jika Iskandar turut sama berada di situ.
            Haikal mengeluh. “Dia dah tiada. Aina jangan bimbang. Jika Aina takut dia datang lagi, jom kita buat report polis. Saya temakan awak.”
            “Jangan!”
            “Kenapa? Kenapa Aina tak mahu buat report polis? “
            “Sebenarnya Abang Is bukan macam itu ……” Aina menarik nafas panjang. Aina tak mahu melibatkan polis dalam hal ini.
            “Abang Is! Jadi Aina kenal lelaki itu!”
            “Ya! Abang Is kawan baik abang. Abang Is baik orangnya. Dia ada penyakit …..”
            “Mental” Haikal tiba-tiba mencelah.
            Aina hanya mampu menganggukkan kepalanya.
            “Tetapi kenapa dia panggil Aina sebagai Marliana?” soal Haikal ingin tahu.
            “Sebenarnya Marliana adalah tunang Abang Is. Mereka hampir saja berkahwin sehinggalah mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Marliana terkorban dalam kemalangan itu. Hanya Abang Is yang terselamat. Abang Is tidak dapat menerima kenyataan yang arwah Marliana sudah tiada. …..Kebetulan wajah Aina seiras arwah Marliana. Itu yang membuat Abang Is bertindak agresif seperti tadi.”
            “Bukan ke Aina pakar psikologi? Tak boleh ke Aina merawat dia?”
            “Memang la tetapi setiap kali Aina berhadapan dengan Abang Is, tiba-tiba badan Aina kaku. Lidah Aina keluar. Otak Aina blank. Aina tak boleh fikir apa-apa.” Aina meluahkan perasaannya.
            Haikal tiba-tiba ketawa.
            Aina merenung Haikal. Aku buat lawak ke?
            “Kalau berkaitan masalah orang lain, pandai pula Aina selesaikan. Sekarang ini dah terkena batang hidung sendiri,  terus gelabah.” Ketawa Haikal semakin kuat.
            Aina mengetap bibir. Bibirnya sedikit bergetar. Amboi….Amboi, seronoknya ketawakan aku.
            Ketawa Haikal terhenti apabila sedar jelingan yang dihadiahkan padanya. Haikal berdehem beberapa kali. “Sebenarnya saya ada hal nak jumpa Aina.”
            Aina terkejut. Kenapa pula dia nak jumpa aku? Aina hairan. Aina masih menanti.
            “Saya sebenarnya nak minta maaf pada Aina di atas apa yang berlaku selama ini termasuklah layanan saya pada Aina. Saya sedar saya dah banyak buat salah pada Aina. Saya minta maaf.” Ucap Haikal dengan ikhlas. Dia merenung wajah bujur sirih milik Aina.
            “Alah …semua itu dah lepas. Setiap orang pasti akan buat kesalahan, nobody perfect. Maaf awak diterima.” Aina tersengih sehingga menampakan barisan giginya yang putih dan teratur.
            “Satu lagi, saya nak berterima kasih pada Aina sebab membantu ibu berbaik semula dengan nenek.”
            “You’re welcome! Aaaa….ada apa awak nak cakap lagi ke?”
            “Tak ada apa-apa.!”
            “Bagus! Saya dah lapar ini. Boleh saya order sekarang ini?” soal Aina secara tiba-tiba. Dia memegang perutnya. Lapar. “adik! Menu!” panggil  Aina.
            Haikal hanya menggelengkan kepala. Perangai masih tidak berubah. Walau apa-apa pun, Haikal gembira kerana hubungan mereka telah pulih kembali.

                        ******************************************

            “What! Iskandar kacau Aina!” Datin Sharifah Mawar bangun secara tiba-tiba apabila mendengar cerita Aril. “Kita tak boleh biarkan perkara ini. Kita mesti buat sesuatu. Abah, jom kita pergi balai polis. Mawar nak buat report tentang Iskandar.”
            “Hish….Mawar! Bertenang! Jangan ikutkan hati. Perkara ini boleh dibawa berbincang lagi. Mungkin selepas kita slow talk dengan Iskandar, dia akan faham.” Nasihat Tan Sri Syed Abu Bakar. Dia kurang senang dengan sikap anaknya yang suka terburu-buru membuat keputusan sendiri
            “Slow talk!” Datin Sharifah Mawar ketawa kecil .Geli hati mendengar kata-kata ayahnya. “Orang gila macam Iskandar tu takkan dengar cakap kita lagi. Otak dia dah tak waras lagi.”
            “Mama! Tak baik mama cakap begitu pada Is.” Aril kurang senang dengan kata-kata yang telah dilemparkan oleh ibunya mengenai Iskandar. Walauapa terjadi, Iskandar adalah kawan baiknya.
            “Itu kenyataannya.” Datin Sharifah Mawar masih mempertahankan kata-katanya.

            “Dulu sebelum tahu Iskandar sakit, Mawar bersungguh-sungguh nak jadikan Iskandar suami Aina. Sekarang ini cepat pula Mawar berubah fikiran.” Tan Sri Syed Abu Bakar menegur sikap anak tunggalnya itu.
            “Abah! Otak Mawar ni masih waras lagi. Takkanlah Mawar mahu orang yang ada penyakit sakit jiwa seperti Iskandar menjadi menantu Mawar. Simpang malaikat 44.” Dati Sharifah Mawar membuat mimic muka.
            “Mama!”
            “Mawar”
            Serentak Tan Sri Syed Abu Bakar dan Aril meninggikan suara.
            “Malas Mawar nak duduk di sini lagi. Menyakitkan hati. Asyik kena marah saja.” Datin Sharifah Mawar menarik muncung sebelum berlalu pergi meninggalkan ayah dan anaknya yang masih berada di ruang tamu.
            “Apa masalah mama Aril yang sebenarnya? Kenapa dia boleh cakap seperti itu.?Atuk tak pernah ajar mama Aril macam tu.” Tan Sri Syed Abu Bakar kecewa. Sepatutnya Mawar bersimpati di atas nasib yang menimpa Iskandar bukannya memperlekehkan keadaan Iskandar sekarang ini.
            “Biarkanlah, atuk! Perangai mama memang macam tu. Fikirkan diri sendiri sahaja.”
            “Atuk rasa atuk kena perhatikan gerak-geri mama Aril. Atuk bimbang jika mama Aril lakukan sesuatu di luar jangkaan kita. Sikapnya tidak boleh diramal.” Dahi Tan Sri Syed Abu Bakar sedikit berkerut.
            Aril menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.

                                    *********************************

            Aril memberi air krim vanilla pada Rina. Mereka baru sahaja selesai melihat wayang bersama di TGV.
            “Thanks” Rina menyambut pemberian Aril.
            “You’re welcome, sayang!” Aril tersenyum lebar.
            Rina membuat mimic muka.  Sayang! Sayang! Nama aku bukan sayang.  Ais krim pemberian Aril dimakan perlahan-lahan.
            “Kak Aina, macam mana sekarang ini? Masih terkejut lagi ke?”
            “A little bit!”
            “Nasib baiklah ada Abang Haikal, jika tidak …..entah apa yang akan berlaku pada Kak Aina.” Rina bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku pada Aina.
            “Haikal dan Aina dah berbaik semula ke?” soal Aril secara tiba-tiba.
            ‘Rasanya mereka berdua dah berbaik semula.”
            ‘Baguslah!”
            “Awak ….saya rasa Abang Haikal dan Kak Aina suka antara satu sama lain tetapi mereka berdua malu untuk mengakui perasaan mereka sendiri.” Tiba –tiba mata Rina bulat memandang Aril yang duduk di tepinya.
            Aril tersengih. “ Maksud sayang, apa yang berlaku pada Haikal dan Aina sama seperti sayang ke? Dalam diam sayang pun mencintai abang kan!”
            Air muka Rina berubah merah. “Awak jangan nak perasaan la! Tolonglah.”
            ‘Tengok tu! Malu nak mengaku. Jika sayang sayangkan abang, abang pun sayangkan sayang juga.  Tell me!” Aril meletakkan jari telunjuknya pada pipi Rina tetapi sempat dielak oleh Rina. Senyuman terukir di bibir Aril  Dia suka mengusik Rina.
            “ Saya tak sayangkan awak. Awak faham tak? Saya bertunang dengan awak pun disebabkan keluarga saya. Awak ingat saya benar-benar sayangkan awak ke? Oh, please!”  Rina mendengus.
            “Really! Sehingga sekarang pun, tiada secubit perasaan sayang terhadap abang ke?” Air muka Aril berubah begitu juga nada suaranya seperti hampa.
            “Ya!” tegas Rina. Rina memandang ke arah lain. Rina tidak berani bertentang mata dengan Aril .Rina takut Aril dapat membaca isi hatinya yang sebenar.