Tuesday, July 24, 2018

Trip To Singapore 2018 (Day 1)


Day 1

Assalammualaikum … Semua
Hari ini saya nak share pengalaman saya pergi ke Singapore.  Saya dan adik plan dari tahun lepas. Tiket murah time tu …. Tiket pergi balik tak sampai RM 500. Berbaloi kan. Lagipun direct flight dari Penang … Memang senang kami nak pi.

Asalnya kami plan nak pergi berdua tapi tiba-tiba mak cik nak ikut sekali. Kami pun okey saja. Lagi ramai lagi meriah kannn….  Kami pergi sana selama 4 hari 3 malam. Kami pergi awal bulan Julai 2018.
Bye Bye Penang ...

Selepas subuh kami bertolak, kami  tiba di Penang Airport pukul 7.30 pagi. Nasib baik Jambatan Pulau Pinang tak jam. Kami sampai awai jugak. Kami terus check in. Tak ramai orang dkt Gate kami duduk. Kami pun makan roti lapik perut. Pukul 8 lebih, orang dah mula ramai.  Pukul 8.50 pagi, gate pun buka. Macam biasa la cari seat lepas tu duduk. Seat saya tepi tingkap dekat sayap. Hahaha… spoil betul!  Tak nampak apa-apa pun, nampak sayap saja.  Pukul 9 lebih kami dah bertolak. Cuaca cerah hari ini. Alhamdulillah… Seperti biasa pramugara/pramugari akan explain pasal safety. Lepas tu pramugari/pramugari akan edarkan immigration form.  Wajib isi tau. Alamat dan no tel hotel kat Singapore pun kena isi tau. Sedia siap-siap.

Hello, Singapore

Pukul 10 lebih kami tiba di Changi Airport. Sekejap tau flight dia. Tak sempat nak tidur. Hahaha… Keluar dari flight saja, terus saya …WOW…. Cantiknya Changi Airport. Patut la Changi Airport terpilih sebagai Airport yang paling cantik di dunia.  Kami berhenti sekejap , isi air dalam botol. Kat situ banyak tempat drinking water. Free! Kami terus jalan. Kami ikut orang jer. Hahaha… Kami tiba di Immigration kaunter. Releks … Jangan takut. Depa tanya kita jawab saja. Bagi passport dan immigration form kat depa. Dia akan tanya berapa hari kita kat situ? Dengan siapa? Itu ja.  Letak ibu jari tangan kiri dan kanan lepas itu , okey pass! Boleh jalan.

Prepaid Simcard


Kami keluar dari Arrival Hall (Terminal 4). Kami terus cari tempat nak beli prepaid sim card. Kami nampak ada booth money changer lepas tu nampak poster simcard. Kami terus beli dengan  SGD 18 untuk 5 hari. Internet jer. Ada banyak pakej lagi. Depa akan minta passport kita dan tolong setting phone kita. Depa fasih bahasa Melayu so jangan risau.  Saya terus mesej ayah beritahu yang kami dah sampai.  Sejauh mana kita pergi, jangan lupa roger mak bapak yer …. Hehehe…



Okey! Phone dah settle. Kami terus cari shuttle bus ke Terminal 2. Terminal 4 baru saja dibuka tahun lepas so memang tak ada Train ke City.  Train hanya ada dekat Terminal 2.  Keluar saja dari Arrival Hall (Level 1) terus belok kanan. Akan ada sign tulis Bus To T2 & MRT.  Kalau nampak restaurant Ma Mum, dah nak dekat tu. Akan ada ruang menunggu. Bus akan mai setiap 15 minit.  Kami sampai saja bus dah penuh. Kami pun tunggu trip seterusnya.  Free yer  Jangan bayar pulak.  Akan ada skrin tulis bila bas seterusnya akan tiba.  Kami tengok ada orang dah beratur, kami pun beratur jugak. Tak sampai 2 minit, Shuttle Bus sampai. Laju jugak driver bus ni bawak.  Hehehe Menyenget kami , nasib baik tak lama. Lebih kurang 5 minit kami sampai di Terminal 2.



Tiba di Terminal 2, kami terus cari MRT. Tengok signboard jer.  Kami belok sebelah kiri sebab nampak sign MRT.  Kami turun ikut escalator .  Lepas tu kami nampak MRT, akhirnya jumpa jugak.  Kat sini kena beli Tourist Pass. Senang nak naik bas atau MRT nanti. Beli dekat Transitlink Ticket Office. Ofis dia tersorok sikit, kadang-kadang tak perasaan. Turun escalator  lepas tu belok kiri. Saya ambil 3 days punya Tourist Pass. Total termasuk rental deposit SGD 30. Jangan risau. Kita boleh refund balik. Nanti dpt SGD 10 balik. 

Kami terus naik MRT ke Tanah Merah Station.  Kat sini, kami kena transit naik MRT ke Paya Lebar station. Mula-mula itu memang turun naik jugak sebab tak faham lagi depa punya MRT map.  Disebabkan kami sampai awai …. Kami tak boleh check in lagi, kami terus pergi ke Garden By The Bay.  Dari Paya Lebar Station, kami naik MRT ke Marina Bay.  MRT Singapore memang bersih.  Waktu kami naik memang tak ada orang sebab baru pukul 11.15 pagi. Station terdekat dengan Garden By The Bay ialah Bayfront Station.  Sampai saja Bayfront Station, kami turun, Naik escalator  dan kami nampak signboard Garden By The Bay. Ikut jer signboard tu. Dekat jer. Jln lebih kurang lima minit, akan jumpa anak tangga dan lif.  Disebabkan bag kami bawak ni berat, kami pun naik lif.  Keluar saja lif …. Jeng jeng jeng … Garden By The Bay.




Kami terus tengok map yang terpacak kat depan lif. Mak Oiiii…. Panas teriknya.  Kalau tak larat jalan kaki, boleh naik transport/shuttle  yang mereka sediakan. Berbayor yer… SGD 3. Tapi kami buat keputusan nak jalan …. Jalan sikit jer dah nampak OCBC Skyway dan Singapore Flyer.  Kami jalan merentasi Malay Garden dan Chinese Garden. Kami duduk sekejap. Rehat.  Bahu ni rasa nak tercabut. Maklumlah bawa bag seberat 6kg. Rasa packing baju sikit jer.. Hehehe … Ada banyak kerusi kat situ. Lagipun tak ada orang. Sepuluh minit rehat baru sedar yang tempat kaki duduk tu berlatarbelakang kan Marina Bay Sands Hotel. Memang dekat. Nampak jelas.

Cantik kan. Rasa macam kat China pun ada.


Lepak sekejap...


Kami teruskan perjalanan ke Flower Dome.  Tak sampai 5 minit kami pun sampai. Kami cari locker. Bag yang kami galas memang tak boleh bawa masuk. Locker tu dekat saja dengan  ATM.  Mahal jugak.  Per entry  SGD 4. Nak pulak duit SGD 2x2. Duit lain tak mau terima. Adik pun dah masukkan beg dia dalam locker tu. Hanya beg dia saja muat.  Disebabkan saya dan mak cik ada duit besar, kami pun tukar kat gift shop. Bila dah dapat tukar, locker dah full.  Aduiii….. Locker besar hanya ada 8 saja. Saya dan mak cik pun pergi tempat locker lain.  Tempat locker ada dua tempat , Flower Dome dan Golden Garden.  Kat Golden Garden, locker hanya ada empat saja. Of course la full!. Kami pun duduk sekejap nak fikir nak buat macam mana…. Jam dah pukul 12.30 tgh, perut dah lapar. Kami nampak MCD. Kat situ, MCD memang halal.  Tempat duduk MCD memang penuh. Nak order pun smpi beratur kat luar pintu. Kami makan just lapik perut jer…..  Kami makan kat luar  sambil-sambil tengok permandangan kat Golden Garden. Lepas makan kami pi tengok locker, still jugak full.  Adik bawa keluar bag dia. Kasihan kat dia, melayang SGD 4. Kami buat keputusan datang ke Garden By The Bay hari seterusnya. Kami pun jalan ke Bayfront Station.



Kami ambil MRT ke Paya Lebar station sebab hotel kami dekat situ saja. Turun saja Paya Lebar station, kami terus lost. Hahaha… Tercengang-cengang.  GMap pulak buat hal. Asyik hang ja. Kami pun main agak saja sebab hotel  81 Tristar jaraknya 1KM dari Paya Lebar station. Travel sendiri ni memang mencabar sikit.  Kami belok sana sini. Rasa macam lost pun ada. Lebih kurang 15 minit kami ternampak jejantas. Mungkin kalau kami naik jejantas tu kami akan nampak hotel tu, nampak signboard pun jadilah. Naik jejantas saja, terus kami nampak hotel tu. Betul-betul dekat dengan jejantas tu … rasanya lebih kurang 300 meter.  Memang seronok tak terkata. Kami pun cepat-cepat turun jejantas. Bawah hotel tu ada ada kedai makan melayu dan convenience store . Lega rasanya.  Dapat masuk bilik saja terus lega. Kami sembahyang dulu sebelum keluar pergi Merlion Park.

Tergoda tak? Hehehe



Pukul 4.20 petang kami bertolak ke Merlion Park.  Kami ambil MRT ke Tuas Link dan akan turun di Raffles Place Station.  Masa kami tiba, memang time orang balik kerja.  Kami pun keluar dari station tu  dan berjalan sedikit dan nampak Singapore River. GMaps buat hal lagi. Hmmm… kami buat keputusan follow jer orang ramai. Confirm mereka nak pi tgk Merlion Park jugak. Masa jalan tu, nampak la bot-bot lalu lalang. Kami jumpa The Fullerton Hotel dan Cavenagh Bridge. Apa lagi, bergambor ler. Walaupun panas terik, bedal jer!  Kami ada nampak satu tangga ni, kami pun turun ikut tangga ni. Tak sangka kami boleh jumpa Merlion Park. Hahaha…. Main redah saja. Ramai giler orang kat situ. Kalau bergambar, confirm ada muka orang lain. Lantaklah … asalkan ada gambar saya dan patung singa tu. Bukti kita mai Singapore ...Hehehe….



Helix Bridge ...

Kami pun teruskan perjalanan. Kami jalan melalui Esplande Bridge. Sebenarnya  nak cari tempat duduk. Nak rehat sekejap.  Kami pun lepak la dekat Waterfront Promenade sambil hayati pemandangan kat situ. Ramai betul orang beriadah kat situ.  Kami nak pergi Helix bridge sebenarnya tapi  jalan nak ke Helix Bridge ditutup.  Ada event. Sebenarnya kami nak ke Marina Bay Sands … Nak tengok Light and Water show(Spectra). Spectra Show ni memang free. Showtimes dia ikut jadual. Kalau hari Ahad hingga Khamis hanya ada dua kali saja … Pukul 8 mlm dan 9 mlm. Kalau hari Jumaat dan Sabtu, ada tiga kali iaitu pukul 8 mlm, 9 mlm dan 10 mlm. Kalau tak silap, hanya 15 minit saja show dia.  Adik cakap duduk saja kat sini , nampak jugak nanti show tu. Masing-masing dah tak larat nak jalan. Seharian kami berjalan hari ini. Ramai jugak orang kat Waterfront tu. Kat situ memang cantik. Serius pi sana. Sekelip mata bila malam, pemandang kat situ memang cantik. Memang buat orang terpukau. Kami tunggulah sampai pukul 8 malam.




 Jeng Jeng Jeng ….. biasalah apa yang kita rancang tak semestinya menjadi kan. Kat tempat kami duduk tu, memang tak nampak Spectra show. Tak ada rezeki. Hahahah…. Memang lawak betui.  But it’s okey, the bright side kami dapat tgk night view of Singapore. 

Tips betul-betul kalau nak tgk Spectra Show …. Naik MRT , turun dekat Bayfront Station. Akan ada signboard ke Marina Bay Sands(The Shopee). Masuk jer …  Belok sebelah kiri … Akan nampak entrance masuk ke situ.

Dah puas lepak kat situ, kami pun gerak balik. Memang penat sangat-sangat!  Kami tak balik ikut Raffles Place station …. Jauh… So kami pun cari MRT Station yang terdekat, Esplanade Station.  Pukul 9.30 malam, kami tiba di hotel. Sebelum balik hotel, kami singgah kat kedai makan. Tapau jer … Lagipun kedai tu nampak macam nak tutup dah. Order nasi goreng Pattaya (SGD 6), cuba darab dengan 3. Mahaiiiii….. Hahaha… Tapi sedap. Ada sotong besar-besar, udang pun besar-besar. Kami pun tidur awai sebab esok nak ke USS pulak.

2 comments:

BATRISYA HUMAIRAH said...

ok next day please .... hihii
diya..

JESS said...

Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price!

Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel 》FB.COM/LOVETRAVEL86

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...