Bab 2
Helena memulas tombol pintu. Tak
berkunci pulak tu. Keluhan kuat dilepaskan. Pintu dibuka luas. Helena menoleh
segenap ruang tamu. Kosong! Tak ada orang. “Patutlah bagi salam, tak ada orang
jawab. Mana pulak Miza ni? Suka sangat keluar rumah tak kunci pintu. Kalau
masuk pencuri, tak ke naya! Ini mesti
ada kat rumah Mak Tok Aishah.” Helena cakap sendirian. Dia masak benar dengan
perangai teman serumah dia. Hampir lima
bulan mereka menetap di rumah sewa milik suami Mak Tok Aishah.
Helena berjalan ke bilik dan
meletakkan bagasi. Badan rasa melekit. Baik aku mandi dulu lepas tu baru badan
rasa cergas. Getah rambut ditanggalkan. Rambut yang diikatkan dileraikan. Tuala
dicapai.
“Weiii….. kau dah balik!”
Dada diusap beberapa kali. Dia
terkejut dengan suara nyaring milik Miza. “Hey, kau ni ! Volume suara kau tu boleh slow
tak? Nak luruh jantung aku ni.” Tegur Helena. Dah banyak kali tegur tapi tak
dengar langsung. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
“Sorry!
Ala…. Dah habit aku. Mana ole-ole dari Singapore kat aku?” Mata Miza sudah
meliar mencari hadiah dari Singapore.
“Tak reti-reti nak sabar. Aku balik
tak sampai lima minit, kau dah minta souvenir.”
Bebel Helena seraya menyelongkar beg galas.
Miza sudah menadah tangan. Tak sabar
nak tengok hadiah apa yang Helena beli untuknya. Tersenyum lebar bila Helena
letakkan sesuatu di tapak tangan. Air muka Miza berubah. “Fridge magnet?”
![]() |
sekadar hiasan ... |
“Made
in Singapore. Dah kira sourvenir,
okey.”
“Ini dah berlambak kat fridge tu.”
Komplen Miza.
“Hello! Kau ingat barang-barang kat
Singapore tu murah. Berlipat kali ganda duit kita tahu tak. Aku pergi sana
kerja. Tak ada masa pun nak round
Singapore. Cik Miza oiiii….. belajor bersyukur. Dah kira besar rahmat tau
aku beli kat kau.”
“Anyway,
thanks. Wei… aku ada berita hangat nak share
dengan kau.” Miza dudukd di birai katil.
“Eeeiii…. Apa yang hangatnya ni?
Baru seminggu aku tak ada.” Helena yang pada mulanya nak mandi, terpaksa
tangguhkan dulu niatnya. Dia duduk di sebelah Miza.
“Kau tahu tak, consultant ada staff baru. Assistant resident engineer baru! Staff tu handsome
giler. Kalau macam nilah, setiap minggu aku sanggup attend meeting consultant. Aku dah tak kisah kalau Mr Lee tanya aku
macam-macam. Asalkan A.R.E baru tu ada, aku sanggup redah lautan api demi dia.
Esok kalau kau tengok dia, kau mesti agree
dengan aku. Handsome…. Memang handsome. “
“Tak ada kerja lain. Asyik nak cari
calon bakal suami kerjanya.”
“Of
course la, tahun ni umur kita dah 30 tahun. Dah masuk kategori anak dara
tua, tahu tak. Takkan nak membujang sampai ke tua kut. Aku teringin jugak nak
ada suami ….. nak ada anak-anak. Semua tu pelengkap hidup, kau tahu tak.”
“Alah…. Title saja. Yang kau nak takut, kenapa? Takkanlah kau ni desperate sangat . Jodoh tu di tangan
Allah Taala. Mungkin jodoh kita lambat sampai. Kita tak tahu kan.”
“Kalau dok tunggu saja tanpa usaha,
mana jodoh nak datang. Cik Helena oiii… umur kita ni makin lama makin naik.
Masa tak tunggu kita, kau sedar tak?”
“Suka hati kaulah ….. Aku no komen. Sekarang ini aku mandi. Malas
nak layan kau kalau bab-bab jodoh ni.” Helena terus bangun.
“Cakap sikit lari. Itu kerja kau.
Lepas mandi sembahyang, kau datang rumah Mak Tok Aishah. Menu minum petang hari
ini, ubi kayu goreng cecah gula dengan air kopi. Memang meletup kaboom…..”
“Really!
Sat na, aku mandi sekejap ja.” Terus saja Helena tukar dialek utara. Dengar
saja dah meleleh air liur ni. Masakkan Mak Tok Aishah memang sedap. Semua
sedap-sedap belaka lebih-lebih lagi kalau kuih tradisional. Helena bergegas masuk
ke dalam bilik air.
“Weiiii…. Jangan mandi express
pulak. Busuk nanti.” Jerit Miza. Dia tertawa sendiri.
*************************************
Cawan berisi air kopi diteguk
perlahan-lahan. Gulp! Memang terbaik
punya. Sedap. Tak ada siapa dapat lawan air kopi Mak Tok Aishah. Minum sekali
nak minum berkali-kali lagi. “Mak Tok! Cayalah….. Antara semua kopi kat dunia
ni, kopi Mak Tok paling sedap. “ puji Helena. Air kopi ini buat matanya segar.
“Mak Tok, ada plan nak buat business
café tak? Kita jadi share partner.” Helena mengenyit mata.
“Aku ni dah tua. Malas nak buat business nanti kena pikiq banyak.” Mak Tok Aishah tersenyum. Dia senang hati dengan
kehadiran Helena dan Miza. Sekurang-kurangnya tak la rasa sunyi. Celoteh Helena
dan Miza buat hidupnya terhibur. “Makan cepat ubi kayu tu. Dah sejuk nanti tak
sedap.”
“Tok Wan mana?” tanya Helena.
Tercari-cari kelibat Tok Wan Daud.
“Ada kat masjid.”
Helena makan perlahan-lahan.
Walaupun hanya ubi kayu goreng cicah gula saja tapi sedap. Sekali rasa nak
berulang kali. Tiba-tiba bahu Helena dicuit beberapa kali. Dipandang melihat
Miza.
Sekadar Hiasan - Ubi goreng |
“Tu… musuh ketat kita dah datang.”
Mulut dijuih ke arah jalan besar. Ada seorang wanita berjalan dengan membawa
payung merah.
“Hish… time ni jugak dia nak datang.
Petang-petang macam ni tak reti dok rumah ke? Laki dia tak marah ke? Merayap
saja kerja dia.” Helena meluahkan rasa tak puas hati. Hilang terus selera
makan.
Mak Tok Aishah tersengih.
“Assalammualaikum…..” Joyah memberi
salam. Dia dekati mereka bertiga yang sedang duduk di beranda.
“Waalaikumussalam.” Jawab mereka
bertiga serentak.
“Nampaknya langkah kanan hari ini.
Memang rezeki.” Tanpa dipelawa Joyah terus duduk di kerusi. “ Waktu ni makan
ubi kayu goreng panas-panas memang sedap.”
“ Joyah dari mana?” tanya Miza.
Helena buat tak reti. Dia hanya
makan saja.
“Tu aaa… dari kedai Pak Abu. Beli
sayur ni aaaa…. Malam ni ingat nak goreng mee. Kalau tak masak, berlapar laki
aku nanti. Maklumlah ada laki. Tak macam hampa
berdua bujang, makan kat luar saja. Makan kat rumah orang pun tak kisah. Dapur hampa kalau tak berasap, tak ada orang
bising.”
“Eeehhh…. Joyah, jangan pandang kami
sebelah mata tau. Dapur kami berasap jugak. Tengok ni. Sandwich tuna ni kami buat.” Miza bersuara. Dia tak boleh biar
Joyah tembak tepat kat muka mereka berdua.
“Alah… setakat makanan orang putih
ni buat apa! Ambik roti letak salad letak tuna dalam tin tu lepas tu bubuh sos.
Dah siap. Budak darjah satu pun tahu buat.” Joyah menambah lagi.
Bibir Miza sedikit bergerak. Panas
telinga mendengarnya. Rasa geram sehinggakan lidah terkunci.
“Hang
ni Joyah, pasal pa hang suka sangat
perli depa?” Mak Tok Aishah bersuara.
Walaupun tak ditujukan kat dia tapi rasa jugak panas hati bila dengar. Cakap
Joyah tu kadang-kadang melampau jugak.
“Bukan perli, Mak Tok! Nasihat!
Hanya nasihat. Kalau tak cakap, belum tentu depa
dengaq. Mengajilah sampai oversea
pun, kalau tak reti masak buat apa …. “
Helena buat-buat tak dengar dan
menoleh ke arah lain. Itulah kerja dia, Suka sangat jaga tepi kain orang. Kalau
datang mesti ada saja nak sakitkan hati orang. Ingat dia tu perfect sangat ke? Aku menyampah betul
orang macam ni. Eee… stress aku!
“Aaa… Helena! Khusyuk makan. Orang
sembang boleh buat tak tahu saja.” Tegur Joyah melihat Helena.
“Mama aku pesan kalau tengah makan
tak elok bercakap. Tak baik! Tak ada adab. Nanti orang kata kurang ajar pulak.”
Perli Helena.
Joyah berdehem beberapa kali sebelum
sambung semula kunyah ubi kayu. Dia tahu ayat ditujukan padanya.
“Baru sampai ka? Hang pi Singapura
kan! Pi sana takkan tak jumpa lelaki
nak buat suami. Lelaki Singapura kan kaya-kaya. Untung hang nanti. Hidup senang. Tak payah kerja, duduk rumah saja. Confirm dia boleh tanggung hang.”
Helena mengetap bibir. “Joyah, aku
pergi sana atas urusan kerja. Tak ada masa nak menggatal. Lagipun dapat laki
kaya belum tentu rumahtangga bahagia. Sekarang ini zaman moden, kaum wanita tak
perlu lagi bergantung kat suami. Dah boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kalau
ada duit dan kerja, itu bonus namanya. Iyalah kalau bergantung sangat dengan
laki nanti kita juga rugi. Maklumlah masa depan kita tak tahu, buat laki kahwin
lain tinggalkan kita. Aaaa… siapa yang rugi. Kita jugak kan. Time tu baru nak menyesal. Kalau tak
kerja… tak ada duit…. Nak makan apa? Nak hidup macam mana? Sendiri mahu ingat
ler.” Perli Helena. Aaaaa… ambik kau. Kau yang mulakan dulu kan. Aku ni kalau
dah bersuara jangan harap nak tekan brek… Lantaklah kau nak sentap ke kecik
hati ke, aku peduli apa. Kau sendiri jolok sarang tebuan kan. Sekarang ni
makanlah sengat dia.
Air muka Joyah berubah keruh. Muka
macam nak menangis. Kata-kata Helena tadi memang makan dalam.
Miza menahan diri dari ketawa. Nak
tergelak tengok muka Joyah. Pucat lesi abis. Padan muka. Siapa yang mulakan dulu.
Siapa rasa cili dia rasa pedasnya.
Bunyi hon motor mengejutkan suasana
yang sunyi sepi.
“Joyah…. Kat sini hang rupanya. Kata nak beli sekejap
saja.” Kata Fuad. Dia sudah agak isterinya pasti ada di sini. “Boss! Bila
balik?” tanya Fuad melihat Helena.
“Baru sampai petang tadi.” Jawab
Helena. Kebetulan pula, Fuad general
worker kat tapak projek empangan di tempat dia bekerja. Perangai Fuad dan
Joyah jauh berbeza. Macam mana Fuad boleh berkenanan dengan Joyah ni? Mulut
Joyah macam puaka. Hmm…. Kalau dah jodoh, nak buat macam mana kan. Nasib badan.
“Mak Tok, balik dulu!” Joyah terus
bangun. Tangan dihulurkan untuk bersalam sebelum pergi dengan wajah masam
mencuka. Helena dan Miza memang dia tak salam. Laju jalan menuju ke motor
suaminya.
Sebaik saja motor Fuad berlalu
pergi, Helena bersuara. “Sendiri cari pasal, sendiri jugak sentap.”
“Ayat kau memang power. Aku tabik abis kat kau.” Miza
tersengih sehingga menampakkan barisan gigi putih.
“Mak Tok, betul ke Joyah tu cucu
saudara Mak Tok? Macam bukan saja. Iyalah mulut tu tahu nak cari pasal dengan
orang saja. Smash orang kerja dia. Di
mata dia, kami ni ada saja tak kena. Kenapa dia tak puas hati dengan kami?
Rasanya sejak kami tinggal kat sini, kami tak pernah cari pasal dengan dia
pun.”
“Agaknya masa mengandung dia, mak
dia makan cili api banyak sangat kut. Tu pasal jadi macam tu.” Miza mencelah.
“Dah perangai dia macam tu nak buat
macam mana. Mungkin Joyah tu jelous
kat hampa berdua. Apa Joyah cakap tu
masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Buat tak tahu saja.Aaa… makan ubi kayu
tu. Sejuk nanti tak sedap.” Kata Mak Tok Aishah. Perangai Joyah memang satu
kampung kenal. Orang –orang kampung pun dah lali dengan perangai Joyah tu. Suka
sibuk hal orang. Ada saja cerita, satu kampung dijajanya. Mulut Joyah memang
bahaya. “Makanlah. Sandwich ni biaq Mak Tok rasa.” Sekeping sandiwich diambil dan dikunyah
perlahan-lahan.
No comments:
Post a Comment