Tuesday, October 26, 2010

Satu Dua Tiga 19

Bab 19

            Alisa membuka pintu rumahnya bila mendengar loceng rumah berbunyi. Dia terkejut melihat lelaki yang berpakaian kot serba hitam yang berdiri di luar pintu pagar rumahnya. Macam mana lelaki ni boleh tahu rumah aku? Alisa terus keluar dan mendekati Zahari yang tersenyum melihat dirinya. “Kau nak apa?”
            “Berbincang!”
            “Tentang apa?”
            “Dato’ Kadir!” jawab Zahari.
            “I don’t want to talk about him anymore. Do you understand? Now, go away!” marah Alisa. Jika Zahari dapat mencari rumahnya pasti Datin Kartika juga boleh. Perasaan bimbang mula menular di hati Alisa.
            “Lina, dia ayah kamu! Selaku anak, tak boleh ke kamu bertolak-ansur dengan dia. Lagipun dia sekarang sedang sakit. Kamu tak kasihan ke kat ayah kamu, Alina?” nasihat Zahari.
            “Isteri dan anak-anak dia ada. Mereka boleh jaga.”
            “Tapi kamu tahu kan perangai Datin Kartika dan anak-anaknya.Layanan mereka terhadap ayah kamu macam mana?”
            “Itu hal dia. Pilihan dia. Dulu kan dia tergila-gila sangat kat pelakon tu tetapi kenapa kini bila dah susah, nak cari ibu! Dulu masa dia halau ibu keluar, ada dia fikir tentang ibu pada waktu tu. Anak yatim piatu! Dihalau sehelai sepinggang. Tak ada belas kasihan secubit pun pada ibu. Sekarang, kenapa pulak kami perlu fikirkan tentang dia?”
            Zahari terkejut dengan kata-kata Alina. Nampaknya wanita ini benar-benar membenci ayah kandungnya sendiri. Kebenciannya jelas boleh dilihat di matanya.
            “Ibu hampir terbunuh disebabkan oleh sikap Dato’ Kadir yang begitu mementingkan diri. Fikir perut sendiri saja. Kalau kau nak tahu, kemalangan ibu hari itu adalah kemalangan yang telah dirancang. Ada orang sengaja merosakkan brek kereta ibu. Pasti awak tahu siapa kan?”
            “Mungkin itu adalah telahan awak saja.” Kata Zahari. Apa yang diberitahu Alina sebentar tadi di luar jangkaan. Takkanlah Auntie Kartika sanggup buat begitu? Membunuh ni bukan perkara main-main.
            “Telahan apa,hah! Masa ibu terlantar di hospital, dia dan anak-anak dia datang. Dia mengaku yang dia upah orang rosakkan brek kereta ibu. Tujuan dia untuk membunuh ibu. Nasib baiklah, nyawa ibu masih panjang. Allah S.W.T masih sayangkan ibu. Lina nak buat laporan polis tetapi ibu halang. Dia kata tak nak panjangkan cerita.”
            Zahari mengetap bibirnya menahan geram. Auntie Kartika sudah melampau kali ini.
            “Selepas kejadian semalam, Lina dah tekad. Lina akan bawa ibu pulang. Di sini bukan tempat yang selamat untuk ibu. Jika Datin Kartika berniat nak bunuh Lina kelmarin pasti dia akan mencuba lagi. Orang macam tu tak pernah kenal erti putus asa. Kelmarin, kalau Lina tak sempat mengelak pasti Lina dah jadi arwah sekarang ni. Lina takkan benarkan Datin Kartika mencederakan ibu lagi.”
            “Lina!”
            Alisa terkejut bila mendengar suaranya. Perlahan-lahan Alisa menoleh ke belakang. Dia terkejut melihat ibunya yang berdiri di belakangnya. Alisa kaku. Bila ibu berdiri di belakang aku? Adakah ibu mendengar perbualan kami tadi? “Ibu”
            “Alina! Luka di tangan dan badan Lina semalam bukannya disebabkan Lina terjatuh kan?  Kartika….Kartika…cuba bunuh kamu kan?” Bibir Munirah terketar-ketar. Dia pelik bila Alina pulang dari pasar dengan baju yang kotor dan luka di tangan dan di badanya. Katanya terjatuh dalam longkang.  Apa yang didengarnya sebentar tadi amat membimbangkan? Dia bimbang akan keselamatan anaknya. Kartika sudah melampau kali ni. Dia tak kisah jika sesuatu terjadi padanya tetapi jika melibatkan anaknya, dia takkan biarkan.
            Alisa hanya mendiamkan diri. Dia tidak berniat untuk berbohong pada ibunya. Alisa tak mahu ibunya bimbang.
            “Lina, booking tiket untuk esok! Kita akan balik ke London. Zahari ,kamu beritahu Dato’ Kadir yang penceraikan tetap akan diteruskan. Selepas apa yang terjadi, auntie rasa untuk kebaikkan semua orang, biarlah auntie dan Alina pergi.” Kata Munirah sebelum melangkah perlahan-lahan menggunakan tongkatnya menuju masuk ke dalam rumah.
            Alisa tercengang bila mendengar kata-kata ibunya. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dengan sekelip mata saja, ibu bersetuju untuk pulang. Bagus! Senang macam ni. Aku tak perlu pujuk ibu lagi. Alisa menoleh ke arah Zahari. “Sorry, I have to go. Hope we don’t see each other again. Bye! Bye” Alisa mengenyitkan matanya sambil tersenyum. Alisa terus melangkah masuk ke rumahnya dan membiarkan Zahari berdiri di luar pagar rumahnya.
            Zahari melepaskan keluhannya dengan kuat. Macam mana ni? Jika Uncle Kadir tahu pasal perkara ini, pasti kesihatannya akan lebih terjejas. Dahi Zahari berkerut.

                        ************************************************

            “Baiklah, Tengku! Saya akan siapkan rekabentuk bangunan hotel ini dalam 2 hari. Saya akan reka bangunan berdasarkan dengan criteria-criteria yang Tengku inginkan. Selepas dua hari, saya akan menghubungi Tengku.” Kata Aleya sambil tangannya ligat menyusun kertas yang berselerak di atas meja.
            Iskandar memerhati gelagat wanita itu. Ada sesuatu tentang wanita ini yang dia ingin tahu. Dia seolah-olah takut akan sesuatu. “Dua hari! Cepatnya awak boleh siap ke? Saya tak nak hotel 5 bintang ini tak berkualiti kerana rekaannya siap dalam masa yang singkat. Saya tak kisah kalau awak memerlukan masa untuk menyiapkannya. Sebulan ke? Setahun ke? Saya tak kisah.”
            Aleya merenung lelaki yang sedang duduk di hadapannya. Lelaki ini memang menguji kesabaran aku. Otak dia ada masalah ke? Kalau aku siapkan awal, proses pembinanan akan dimulakan dengan segera. Projek ini takkan tertangguh lagi. Masalah selesai. “Kalau saya hasilkan rekaan yang tidak berkualiti, kenapa Tengku beriya-iya ingin mengupah saya?” soal Aleya.
            “Sebab saya peminat awak. Bangunan yang awak reka sangat unik. I’ll like it.”
            “Thank you!” jawab Aleya endah tak endah. Dia malas melayan lelaki ini. Selepas ini dia akan check out hotel. Penerbangan ke KL pukul 12.00 tengah hari.
            “Selepas ini, apa kata saya bawa awak jalan-jalan di Langkawi! Saya yakin awak belum lagi melawat tempat bersejarah di sini.”
            “Terima kasih sajalah, hari ini saya akan pergi KL.”
            “Saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan awak ni, Cik Aleya! Awak seperti tergesa-gesa seolah-olah awak hendak melarikan diri dari sesuatu. Awak ada masalah ke?” soal Iskandar ingin tahu.
            Belum sempat Aleya menjawab, telefon bimbitnya berbunyi. “Excuse me!” Aleya terus bangun bila melihat nama adiknya tertera di skrin telefon bimbitnya. Dia berjalan keluar dari Coffee House itu. Dia tak mahu perbualan mereka didengar oleh Iskandar.
            Setelah melihat Aleya pergi, mata Iskandar tepat melihat k arah sebuah buku yang berada di dalam beg Aleya. Tanpa berfikir panjang, Iskandar terus mengambilnya. Helaian demi helaian dibukanya. Lukisan bangunan di dalam buku itu menarik perhatinya. “Impressive! Creative! Aku tak pernah silap pilih dia.” Tangannya terhenti apabila melihat lukisan potret 4 orang wanita. Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an dan 3 orang wanita lagi adalah Aleya. Wajah mereka sama! Terkebil-kebil mata Iskandar merenung potret itu. “Wanita ni mesti ibunya sebab wajahnya ada iras Aleya tapi dua orang wanita ni siapa? Tak mungkin adik dia. Seiras pulak tu. Hmm…mungkin….” Iskandar tiba-tiba tersenyum.”daya imaginasi Aleya ni memang tinggi. Mungkin dia inginkan kembar sebab itu dia lukis wanita yang berwajah seiras dengannya. Pelik betul la akitek ni.” Iskandar terus meletakkan kembali buku Aleya di tempat asalnya. Pandangan Iskandar kaku bila melihat wanita yang sedang berdiri di luar Coffee House.  Sepantas kilat, Iskandar terus menyorak di bawah meja.
            “Aduh! Macam mana dia tahu aku ada di sini? Menyusahkan hidup aku kalau macam ni selalu. Aku mesti pergi dari sini.” Iskandar gelabah. Kenapa saja aku pergi Sofea mesti ikut? Fikirannya ligat berfikir. Dia tersenyum bila melihat seorang pelayan wanita yang sedang mengambil order di meja yang berada di sebelahnya.
            “Piss…Piss….” Panggil Iskandar.
            Pelayan itu terkejut bila melihat Iskandar yang berada di bawah meja. Dia terus mendekati Iskandar. “Encik, ada apa-apa yang boleh saya tolong?”
            “Aaa…Pintu belakang kat mana ye!” Iskandar tersenyum. Malu pun ada. Dia sedar pelanggan yang berada di situ melihat ke arahnya tetapi disebabkan oleh Sofea, dia sudah tak kisah. Iskandar sempat meninggalkan nota pada Aleya sebelum keluar melalui pintu belakang.

                                    *****************************************

            “Assalamualaikum!” kata Aleya sebaik saja menjawab panggilan adiknya.
            “Waalaikumussalam!” jawab Alisa. Dia meletakkan beg yang berisi pakaiannya di atas katil. Semua pakaian sudah siap dikemas.
            “Ibu dan Angah, apa kabar?”
            “Kami sihat, Along! Hmm…sebenarnya tujuan Angah telefon Along sebab nak beritahu esok kami akan bertolak balik ke London. Ibu suruh Along balik sekali.”
            “What! Why? I mean, why suddenly ibu decide to go back to London? What’s about the divorce?” Aleya terkejut besar. Pelik! Selama ini, sudah bermacam-macam cara mereka buat untuk pujuk ibu pulang ke London. Keputusan yang tiba-tiba drastic ini mengejutkan dirinya.
            “It’s a long story, sis! I’ll tell you later. So how’s your work?”
            “I’m glad you call! Tadi sikit saja lagi, Along nak penumbuk mamat tu. Aduh, banyak sangat soalannya, mendidih darah Along mendengar soalannya. Nasib baik la, dia anak Auntie Maria jika tidak dah lama rasa penumbuk Along ni. Penyibuk!” Aleya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Bersama Tengku Iskandar benar-benar menguji kesabaraannya.
            Alisa ketawa kecil dengan kata-kata kakaknya. Siapa tak kenal dengan sikap panas baran Aleya? Marah saja terus penumbuk jadi penyelesaiannya.
            “Hari ini Along akan balik. Flight Along pukul 12 tengahhari ini.”
            “Baiklah nanti Angah beritahu ibu!”
            “Kirim salam kat ibu ye! Take care, sis!” Aleya tersenyum sebelum menamatkan panggilan Alisa. Hubungan dia dengan adik-adiknya memang rapat. Dah lama dia rindu untuk berjumpa dengan keluarganya. Aleya terkejut bila ada orang menolaknya dari belakang.
            “Apa kau buat di sini, hah?” soal Sofea dengan kasar. Dia merenung Aleya. Panas hatinya bila Aleya turut sama berada di Langkawi.
            “Excuse me!” Air muka Aleya berubah. Main tolak-tolak pulak. Siapa perempuan celup ni? Aleya merenung wanita itu dari atas ke bawah. Skirt jeans pandek sendet dipakainya atas dari lutut dan baju bertali halus berwarna pink.
            “Hey! Alina, kau tak dengar ke soalan aku tadi? Jawab! Apa kau buat di sini?” marah Sofea.
            Alina! Dahi Aleya berubah! Melihat dari gaya wanita ni seperti …. Aleya tiba-tiba tersenyum. Pasti anak-anak Datin Kartika! Lihat dari gaya pun sudah tahu. “Suka hati aku la. Yang kau sibuk sangat, kenapa? Ada aku jaga tepi kain kau?”
            Sofea terkejut bila mendengar kata-kata Alina. Kasar dan biadap.
            “Hey, kau ni tak ada adab sopan ke? Kau sedar tak dengan siapa kau sedang bercakap ni?”
            Aleya tersengih. Ada hati pulak cakap pasal adab sopan dengan orang, diri sendiri pun 2 x 5 saja. “Kau tu kakak tiri aku saja! Kau tak pernah cakap elok-elok dengan aku, kenapa mesti aku bercakap sopan dengan kau?”balas Aleya.
            “Eee….geramnya. Kau ni memang perempuan hipokrit! Iskandar mana?” jerit Sofea.
            Mata Aleya terkebil-kebil melihat Sofea menjerit. Patut la Angah beritahu mereka ni spesis burung gagak! Suara nyaring betul. Iskandar! Aleya terus menoleh ke arah meja yang berdekatan dengan cermin. Dah hilang! Tadi ada kat situ. Dahi Aleya berkerut.
            “Mana Iskandar?” soal Sofea lagi.
            “Mana aku tahu!”
            “Baik kau berterus-terang dengan aku, kau datang sini sebab Abang Is ada kat sini kan? Kau nak rampas Abang Is dari aku kan.Kau tak dapat nak rampas Dr. Nazri dari adik aku jadi kau nak rampas Abang Is pulak dari aku.” Tuduh Sofea. Dia yakin tujuan Alina berada situ kerana Abang Iskandar.
            Aleya menggelengkan kepalanya. Perempuan ni memang dah gila. Obsses! “Kau ni normal ke tak?”
            Tiba-tiba satu penampar hinggap di pipi Aleya, Sofea tersenyum puas. Aleya memegang pipinya yang sakit akibat ditampar oleh Sofea. Aleya mengetap bibirnya menahan geram.
            “Perempuan macam kau patut ditampar. Perampas!”
            Pang! Pang! Dua tamparan hinggap di pipi kanan Sofea terkejut. Sakit! Pedih. Air matanya mengalir selepas ditampar. Dia merenung Aleya yang sedang berdiri di hadapannya. Sofea mengangkat tangannya untuk menampar Aleya lagi. Dia takkan biarkan tetapi sempat dipegang oleh Aleya. Dua lagi tamparan hinggap di pipi kiri Sofea. Sofea jatuh terduduk. Dia tergamam.
            “Sekali lagi kau berani tampar aku, aku akan tampar kau 5 kali ganda. Faham tak?” Aleya memberi amaran dan terus masuk ke dalam Coffee House itu. Dia langsung tidak mempedulikan Sofea yang masih terduduk di kaki lima itu. Tangisan Sofea semakin kuat. Dia memegang kedua-dua belah pipinya yang masih sakit. Alina, nanti aku beritahu mama! Siap la kau nanti!

5 comments:

aqilah said...

hahahahaa...............padan muka kau, sofea!!!! kalau is tengok, mesti gelak pecah perut punya...............

rosse - violet said...

syoknyer sy baca...scene mmg hebat....teruskn...

hani said...

wow makin seronok, baru baca this story sekaligus smpai bab 19...best & lucu, smbg cepat2 ye

aqilah said...

bila nak sambung ni?????? hari2 akak check tau!!!!!

hana_aniz said...

antara aleya, alisa, n alina. perangai alisa sebijik mcm dania-rahsia hati. hahahaha

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...