Saturday, October 13, 2018

Foto Cinta Bab 8


BAB 8

Bazli menarik selimut menutupi kepala apabila dengar pintu bilik diketuk bertubi-tubi. Dia malas nak bangun. Baru saja nak lelap mata. Badannya masih terasa sakit setiap kali bergerak. Ini disebabkan Jasmin semalam. Dihumbannya aku macam aku ni teddy bear. Nasib baik tak patah pinggang aku.

Kali ini dia terdengar namanya dia panggil. “ Aduh … apa pulak kali ni?”  Dengan perlahan-lahan Bazli bangun dan berjalan menuju ke pintu. Sempat lagi melihat jam dinding di bilik. Baru pukul 7.30 pagi. Pintu bilik dibuka.

“Bazli. Ada orang cari Tan Sri. Kak Suri dah bagitau yang Tan Sri tak ada tapi dia bertegas nak tunggu Tan Sri” Beritahu Suri.

“Ikwan mana?” tanya Bazli. Semalam dia tak balik rumah dan bermalam di sini. Dah pukul 2 pagi, memang dah tak larat nak drivel. Lagipun badan ni masih sakit, gara-gara disebabkan Jasmin! Nasib baik Ikwan ada, kalau tak mesti teruk aku kena belasah.

“Lepas subuh dah keluar. Dia kata ada hal kat balai.” Beritahu Suri.

“Hmm… Tak apalah. Lima minit lagi, saya turun. Kak Suri buat air dulu kat dia. Saya nak kena mandi dulu.” Kata Bazli.

“Baiklah!” Suri terus berlalu pergi.

Sepuluh minit kemudian Bazli turun anak tangga dan berjalan menuju ke ruang tamu. Bazli memegang sebelah mata yang lebam dengan berhati-hati. Sakit!  Apalah nasib aku? Bazli sempat lagi mengeluh. Mujurlah dia minta cuti dua hari.

Langkah Bazli terhenti sebaik saja melihat tetamu yang sedang duduk di sofa. Bazli tak percaya dengan kehadiran wanita itu. OMG! Apa dia buat kat sini? Bazli mula gelabah.

“Where is she?” Nana terus bangun dan berjalan pantas dekat dengan Bazli. Wajah Nana serius.  Sebaik saja tiba di KLIA, dia cuba hubungi Jasmin tapi tak diangkat. Selalunya Jasmin jawab call dia. Dia mula risau. Entah-entah Bazli dah tangkap Jasmin.  Apa-apa pun dia mesti cari Jasmin sampai dapat! Tiba-tiba dia teringat Tan Sri Isa. Nasib baik dia ada kawan wartawan, akhirnya dia dapat alamat rumah Tan Sri Isa.

“Aaa… Tak faham. Siapa?” Bazli cuba berlakon. Alamak datang seorang lagi! Memang nasib aku tak baik kebelakangan ni. Dia ni pun spesis macam Jasmin jugak.

“Tak payah nak berlakon dengan I. You tahu siapa I cari kan!” Nada suara ditinggikan. Renungan tajam tepat ke arah Bazli. Sempat lagi nak berlakon, ikutkan hati aku dah lama aku lipat mamat ni masuk dalam almari. “Mana JJ? I tahu JJ dah tiba di Malaysia plus waktu I cakap phone dengan JJ …. Dia dah ada depan rumah dia di Gombak. Dan….. dia cakap ini perangkap you  sebelum dia letak phone. Baik you cakap di mana JJ sekarang ni, kalau tak I call polis. You mesti tak nak hal ni semua orang tahu kan.” Ugut Nana.

Bazli tersenyum sinis secara tiba-tiba. “ Nak report polis! Silakan! I tak kisah. Lagipun polis nak percaya you ke? You hanya kawan baik dia  kalau nak bandingkan dengan Tan Sri Isa. You tak ada bukti yang Jasmin ada sini. So better you balik, maybe dua tiga hari nanti Jasmin call you.”

Kata-kata Bazli buat darahnya mendidih. Dia ingat apa aku ni budak-budak tadika! Nak percaya  cakap dia. “Nope! I takkan berganjak dari sini selagi I tak jumpa JJ. Oh ya …cakap pasal bukti, tu mata you yang lembam tu buktinya. For your info, setiap kali tumbuk orang  … JJ akan tumbuk dekat dengan mata. Macam mata you sekarang ni. So mana JJ sekarang ni?” Giliran Nana tersengih.

“Miss Nana! You ni tak faham bahasa ke? I cakap tak tahu so tak tahu la. Baik you balik sebelum I call polis.”

“Reportlah! I tak takut.” Nana  memulakan langkah untuk mencari Jasmin. Aku yakin Jasmin mesti ada dalam rumah ni. Aku akan cari Jasmin sampai dapat walaupun aku terpaksa geledah  rumah yang sebesar istana ni.  Selagi tak jumpa Jasmin, aku takkan balik. “JJ! JJ! JJ!” jerit Nana sekuat hati.

Bazli cuba menghalang tapi dia jatuh terduduk bila Nana tendang kaki kirinya. “ Aduh! Aduh! Sakitnya.” Bazli mengerang kesakitan. Wajah berubah merah menahan sakit.

Nana membuka bilik satu persatu mencari Jasmin sambil menjerit nama Jasmin. Tapi tiada sesiapa. Dia dah tak kisah kalau ditangkap kerana menceroboh. Naluri kuat mengatakan yang Jasmin ada di sini. Sebaik saja tiba di bilik terakhir, pintu itu berkunci. “ JJ! JJ!” Nana menjerit. Telinga didekati di muka pintu. Dia terdengar suara Jasmin dari dalam dalam.  Simbol pintu dipulas dengan kasar. Digoncang beberapa kali. Nana melihat keadaan sekeliling mencari sesuatu. Dia perlu pecahkan tombol pintu tu.

“You nak buat apa, hah?” jerkah Bazli. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati Nana. Masih rasa sakit dikakinya.  Mereka berdua ni memang patut pun jadi bestfriend… kasar lepas tu suka belasah orang.

“I dengar suara JJ kat dalam tu. Baik you buka pintu ni sebelum I pecahkan pintu ni.”

“Pecahlah kalau you berani. I report polis dan biar you rasa bermalam di lokap.”

“You …. “ Jari telunjuk tepat ke arah Bazli. Nafas Nana turun naik menahan rasa marahnya.

“Apa halnya, Bazli?” Tiba-tiba Ikwan berada di belakang Bazli. Dari jauh lagi dah dengar suara Bazli dan perempuan ni. Tapi siapa perempuan ni? Kebetulan dia tertinggal handphone di dalam bilik sebab itu dia terpaksa balik ambil takut-takut ada call dari informer dia.

“Aaa… Eloklah kau dah balik. Kau tangkap perempuan ni terus bawa balik balai. Dia dah menceroboh.” Bazli menghela nafas lega lihat Ikwan.

“Hey! I tak takut la. I jugak boleh report yang you culik JJ.”

Ikwan menoleh dan melihat wanita yang rambutnya separas bahu.  “Bazli, tu siapa?” tanya Ikwan ingin tahu.

“Miss Nana. Bestfriend Jasmin.” Jawab Bazli acuh tak acuh.

“So … kau bagilah dia masuk. Memang dah terang-terang Jasmin ada dalam bilik tu. Tu aaaa… Kau dengar suara Jasmin tengah menjerit tu. Kau bukalah  bagi Missa Nana masuk. “ kata Ikwan. Dari luar mereka dapat dengar suara JJ menjerit.

“Tapi ….”

“Tak ada tapi-tapi lagi, Bazli. Tok ayah dah naik flight pagi tadi. Sekejap lagi Tok ayah sampai.” Ujur Ikwan. Pagi tadi dia ada terima call dari Tok ayah. Katanya flight dia pukul tujuh pagi dari Jakarta.

Bazli serba salah jadinya. Dia dekati Ikwan. “Lepas aku buka pintu, confirm Jasmin belasah aku.” Bisik Bazli di telinga Ikwan. Tak pasal-pasal nanti sebelah biji mata aku lebam pulak.

“Aaa… baguslah. Kau sendiri yang mulakan semua ni kan. Kau yang culik dia memang patut kau kena. Bukalah pintu tu. Tak payah kau tambah masalah yang dah ada ni. Lagipun Jasmin tak boleh lari mana-mana pun, passort Jasmin ada kat kau kan! Aku nak kena balik semula ke balai. Bazli, make sure kau buka pintu tu.” Tegas Ikwan sebelum berlalu pergi.

Keluhan berat dilepaskan. Bazli memandang Nana yang tersengih mengejek dirinya. Kunci dikeluarkan dari poket seluar. Pintu bilik dibuka.

Nana terus meluru masuk ke dalam bilik. Tanpa membuang masa Bazli tutup semula pintu dan dikunci semula. Badan disandar di muka pintu dan menarik nafas lega. “Nak jumpa sangat kan! Jumpa la.”

                                    ***********************
Langkah Nana terhenti bila pintu ditutup semula. Dia dengar pintu dikunci semula dari luar.  Eee… tak guna betul mamat ni. Patutnya aku heret dia masuk sekali. Biar Jasmin belasah dia. Menyesal pulak tak heret tadi.

“Nana!” Jasmin tersenyum melihat Nana. Dia cuba bangun tapi duduk semula disebabkan kedua-dua tangannya diikat.

“JJ!” Bergegas Nana dekati Jasmin. Dia terkejut bila Jasmin diikat di birai katil. “Siapa ikat you ni? Tak ada hati perut langsung.” Nana terus mengeluarkan pisau swiss army dalam begnya. Ikatan kain itu terputus.

“I’m glad you here!” Jasmin terus memeluk sahabat baiknya. Selepas beberapa saat pelukan terlerai. “Tapi macam mana kau tahu aku kat sini?” tanya Jasmin hairan.

“Well you know me! Aku ada kawan kat Utusan Malaysia. So siapa tak kenal datuk kau kan! Tapi macam mana kau boleh kena ikat macam ni. Selalunya bab belasah orang, kau memang champion.”

“Perli aku nampak! Fuh….. kalau tak disebabkan mamat yang datang entah dari mana tu, dah lama aku blah dari sini. Sakitnya hati aku.” Setiap kali memikirkan kejadian semalam, mesti mendidih hatinya sekarang ni. Siapa lelaki tu? Eee.. seumur hidup aku tak pernah aku dimalukan seperti ini. Kalau aku jumpa kau, siaplah kau nanti.

“Siapa mamat tu? Aku nak sangat tahu siapa dia lelaki yang mampu kalahkan kau!” soal Nana sambil tersengih.

“Jangan nak kenal sangat. Kau datang sini, kau mesti ada plan macam mana nak keluar dari sini kan?”

            Nana menggaru kepala beberapa kali sebelum menjawab soalan Jasmin “Tak ada.” Jawab Nana selamba.

            “Apa!”

            “Aku seorang nak lawan datuk kau! Memang kerja gila. Tak pasal-pasal aku masuk dalam lokap. Lagipun datuk kau dah on the way balik sini. Sekejap lagi sampai. Dah terlambat kau nak lari.” Nana membetulkan posisi duduknya agar lebih selesa.

            “Aaaa… Shhh…”

            “Be careful with your word, young lady!” Nana memberi amaran agar Jasmin tidak mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya.

            “So macam mana ni? Aku tak nak jumpa dia. I hate him. Dia bukan datuk aku.”

            “Suka atau tak kau tetap akan jumpa dia. Kau dengar dulu apa datuk kau nak cakap. Maybe datuk kau nak minta maaf?”

            Jasmin terus bangun dan ketawa kuat. “ Tan Sri Isa nak minta maaf? Kau tak kenal dia macam mana! Dia takkan mengaku kesalahan dia walaupun memang jelas terbukti memang kesalahan dia. Ego dia lebih tinggi dari Gunung Everest, kau tahu tak!” Wajah Jasmin serius.

            “Eee… Kau ni! Belum apa-apa dah prasangka buruk.”

            Tiba-tiba Jasmin menghulurkan tangan kepada Nana.

            Berkerut dahi Nana melihat Jasmin. “Apa!”

            “Aku lapar. Dari semalam aku tak makan! Dalam beg, kau mesti ada snacks kan.” Jasmin memegang perutnya yang tiba-tiba berbunyi. Dia tahu ke mana-mana Nana pergi, Nana pasti akan bawa snacks di dalam begnya.

            “Kau tak makan lagi!” Separuh tinggi nada suara Nana.

            “Iyalah! Orang rumah ni semuanya kejam! Macam tuan dia jugak. Culik aku lepas tu tak bagi aku makan. Nana, cepatlah.” Gesa Jasmin

            “Yelah! Mujurlah aku ada beli roti di airport tadi.” Zip beg dibuka. Botol air mineral dikeluarkan dan kemudian beberapa bungkus roti dan biskut diletakkan di atas katil.

            Jasmin terus duduk. Bungkusan roti dibuka dengar kasar. Dengan pantas, roti dimasukkan ke dalam mulut dan dikunyah dengan gelojohnya. Kalau dengan Nana, aku tak payah risau pasal makanan. Confirm Nana akan sediakan semua tu.

            “Makan tu perlahan-lahan. Nanti tercekik baru tahu.” Nasihat Nana seraya kepala digeleng beberapa kali melihat cara Jasmin makan.

                                    *************************************

            Sebaik saja dengar pintu bilik dibuka, Nana dan Jasmin menoleh serentak.  Jasmin terus bangun tapi sempat ditahan oleh Nana. Nana tak mahu Jasmin bertindak terburu-buru.

            Zakaria dan Bazli masuk bersama-sama. Dibiarkan Zakaria berjalan dahulu darinya.

            “Jasmin! Nana! Uncle minta maaf bagi pihak anak Uncle. Uncle tak sangka ini plan Bazli.” Zakaria menjeling ke arah Bazli yang berdiri di sebelahnya. Dia terkejut dapat tahu yang Bazli culik Jasmin ke sini. Kalau dia tahu, awal-awal lagi dia dah halang Bazli.

            “Ayah! Kalau Bazli tak buat macam tu, mustahil dia setuju nak datang sini.” Bazli cuba bela dirinya sendiri. Disebabkan hal ini, hampir nak menanah telinga aku dengar leteran ayah.

            “Dah salah tu mengaku sajalah. Hey, kalau nak kurung orang pun. Janganlah sampai tak bagi orang makan. You nak JJ mati kelaparan ke? Dari semalam JJ tak makan, tahu tak?” Nana bersuara.

            Sekali lagi Zakaria menoleh. “Bazli! Kamu tak bagi Jasmin makan ke?” Bulat anak mata Zakaria. Dia mengetap bibir. Zakaria melirik anak mata di jam dinding. Dah pukul 11.30 pagi. “Pagi tadi, kamu bagi tak Jasmin breakfast?” tanya Zakaria.

            Bazli terdiam. Alamak! Terlupa la! Dia tak berani pandang wajah ayahnya.

            “Budak ni! Aaa… Tunggu apa lagi? Suruh Suri masakkan breakfast kat Jasmin. Nana sekali! Benda macam tu pun nak kena orang suruh.”

            “It’s okey! Dah tak terasa nak makan. Rasa loya kalau makan makanan rumah ni.” Jasmin sengaja membuat mimic muka nak termuntah.

“Tu … Tu… Ayah dengar kan! Kalau Bazli bawa pun, bukan dia nak makan.”  Bazli mencelah.

“Hish …  Budak ni!” Zakaria memberi amaran supaya Bazli jangan masuk campur.

“Uncle! Tan Sri Isa dah sampai ke?”tanya Nana.

“Dah! Dia nak jumpa Jasmin di bilik bacaan sekarang ni.” Beritahu Zakaria. Kedatangan dia ke sini untuk menjemput Jasmin berjumpa dengan Tan Sri Isa.

Tiba-tiba Jasmin mendengus kuat. “ Kenapa pulak nak jumpa dia kat sana? Sepatutnya dia datang sini, dia yang nak sangat jumpa kan! So suruh dia datang sini. ” tegas Jasmin.

“ Kenapa you biadap sangat, Jasmin? Dia tu yang you maksudkan datuk you! Darah daging you!” Bazli mencelah. Berasap telinga aku dengar!

“What! Datuk I? Siapa? Kalau betul dia datuk I, dia takkan buang I macam tu. Hampir dua puluh tahun, I hidup seorang diri but now …. You cakap dia tu datuk I, dia layak ke?”  Wajah Jasmin bertukar merah.

Bazli terkedu.

Zakaria menoleh dan menghembus nafas perlahan-lahan. Bazli ni memang nak cari masalah. Yang pergi cuit orang tengah marah tu buat apa, kan dah bertambah membara api dia. “Kalau macam tu, Uncle akan beritahu Tan Sri Isa.” Zakaria terus menarik tangan Bazli agar keluar bersamanya. Kalau duduk lama lagi, lain jadinya nanti. Boleh gaduh besar.

            **************************************************

Jasmin menggenggam erat kedua-dua tangannya. Dia cuba tenangkan perasaannya yang sedang bergelora sekarang. Perasaan marah dan takut kuat bergelora dalam hati sekarang ni. Jantungnya berdegup kencang. Dah bertahun- tahun, aku tak bersemuka dengan dia! Aku tak pernah berharap akan bersemuka dengan dia lagi. Dah lama aku padam dia dalam hidup aku. Dia bukan sesiapa pun so … kau kena tunjukkan yang kau bukan seperti dulu lagi. Budak kecil yang selalu menangis setiap kali dihina dan dicaci. Sekarang ni kau dah besar, kau jangan biarkan dirikau dihina lagi. Jasmin cuba memberi kata-kata semangat untuk dirinya sendiri.

“ Are you okey, JJ? Dari tadi kau asyik diam saja.” Soal Nana melihat Jasmin yang hanya mendiamkan diri sejak dari tadi.

“Okey!”  jawab Jasmin dengan nada tegas.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Nana terus bangun. Dia lihat Jasmin masih duduk selamba di atas katil.

Tan Sri Isa berjalan masuk bersama-sama dengan Zakaria dan Bazli. Bazli terus ambil kerusi yang ada di dalam bilik itu untuk Tan Sri Isa duduk.

Nana melihat Tan Sri Isa dari atas hingga ke bawah. Dia tergamam. Nasib baik tak ternganga mulut ni. Memang aura billionaire. Penampilan dia pun dah menunjukkan dia bukan orang sebarangan. Dari atas hingga ke bawah, tubuh dihiasi barangan berjenama. Pandangan Nana beralih kepada Jasmin. Tanpa disedari kepala digeleng beberapa kali. Dipandangnya Jasmin dari atas ke bawah. Memang ketara sangat! T-shirt putih! Kemeja petak! Seluar jeans terkoyak! Memang itu pakaian harian dia hari-hari. Tak ada style langsung. Kalau macam ni, memang tak ada siapa pun percaya Jasmin ni cucu orang kaya. Dah selekeh, comot pulak tu. Dahi sedikit berlipat melihat gelagat Jasmin dan Tan Sri Isa. Masing-masing diamkan diri dan memandang satu sama lain.  Dah macam masuk pertandingan pandang memandang pulak. Masing-masing tak nak mengaku kalah.

Zakaria berdehem beberapa kali. Dia turut sama rasa kekok dengan suasana tegang sekarang ni.

“So I’m here! Cepatlah cakap. Jangan buang masa I yang dah terbuang sekarang ni.”  Jasmin memulakan bicara. Wajah serius tanpa senyuman. Dia cuba kawal rasa gemuruhnya lebih-lebih lagi bila mereka berdua bertentang mata.

Tan Sri Isa masih mendiamkan diri dan memerhati.

“ Kalau setakat nak diam macam ni, baik tak payah jumpa. Bazir masa orang lain saja. Oh ya, Tan Sri tak takut ke nanti I bawa sial dalam rumah ni! Iyalah .. I ni kan pembawa sial. Takut pulak kalau ada orang dalam rumah ni meninggal. Lengkup pulak business Tan Sri nanti.” Jasmin sengaja mengungkit kisah lama hidupnya. Peluang yang ada aku akan guna untuk sakitkan hati dia. Sepertimana dia sakitkan hati aku selama ini, aku sakitkan hati dia lima kali ganda. Biar dia rasa. Tapi reaksi Tan Sri Isa yang bersahaja membuatkan Jasmin pula yang rasa sakit hati.

Jasmin terus bangun. Dia tak nak buang masa lagi. “So kalau tak ada apa-apa nak cakap, I nak balik.  Jom, Nana!” Tangan Nana terus dipegang.

Tan Sri Isa bangun jugak. “Rasanya hari ini bukan masa sesuai nak bincang. Kita bincang lain kali. “ kata Tan Sri Isa sebelum menoleh ke arah Bazli. “Bazli, pastikan dia tak pergi mana-mana. Kamu pegang passport dia baik-baik.” Pesan Tan Sri Isa sebelum berlalu pergi. Bazli tersenyum sinis kepada Jasmin sebelum ekori Tan Sri Isa.

Jasmin tergamam. Lidah kelu untuk berkata-kata. Passport aku? Tiba-tiba dia teringat beg galas yang dibawanya semalam. Semua benda-benda penting ada kat situ. Tanpa passport, macam mana aku nak balik Auckland. Dia memandang Nana beberapa saat sebelum mula melangkah untuk mengejar Tan Sri Isa.

Zakaria menghalang. “Jasmin! Jangan terburu-buru. Bersabar!”

“Bersabar apa lagi, Uncle! Dah jelas! Dah terang dia hanya nak kenakan saya saja. Apa dia nak lagi, Uncle? Kenapa tiba-tiba dia nak jumpa saya? Kalau setakat nak sakitkan hati, baik tak payah.” 

“Sebenarnya Uncle pun tak tahu, Jasmin. Bila ditanya, tak dijawab. Uncle sendiri tak tahu. Beginilah, Jasmin dan Nana berehat dulu. Uncle akan suruh Suri masakkan sesuatu. Pasal datuk Jasmin, biar uncle uruskan.” Pujuk Zakaria. Dia cuba tenangkan keadaan. Dua-dua orang ada angin. Jasmin pun dah banyak berubah. Orangnya dulu yang lemah lembut kini bertukar jadi kasar. Dia sendiri tak faham apa yang Uncle Isa mahukan sebenarnya. Dah ada depan mata tapi buat-buat tak nampak pulak. Boleh jadi ribut rumah ni.

Jasmin hanya diamkan diri. Dia tendang kerusi yang diduduk Tan Sri Isa  sebentar tadi untuk lepaskan kemarahannya. “Arghhhhh…..”

“Uncle! Baik Uncle keluar sekarang. Angin JJ tak berapa baik tu. “ Nana dekati Zakaria dan memberi amaran.

Zakaria mengangguk kepala sebelum keluar dengan wajah gelisah. Perangai mereka berdua ni sama saja. Degil! Ego! Kerasa hati! Langkah dipercepatkan kerana hari ini dia dan Tan Sri Isa ada mesyuarat di Putrajaya.

1 comment:

Nur_apriya said...

Thank you 😍😍😍

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...