Friday, November 2, 2018

Dia Helena Isabella Bab 6


BAB 6


                Helena mula mencekak pinggang. Rambut diikat menjadi satu. Kepala digeleng beberapa kali. Hampir lima minit dia terpacak di luar rumah. “Miza oiiii…. Kau buat apa lagi kat dalam tu? Takkan make up kut. Cepatlah sikit.” Helena meninggikan suara.

            “Sekejap! “ jerit Miza bergegas keluar dari bilik. “Site office dekat saja, sepuluh minit pun tak sampai. Releks la.” Bebel Miza seraya menyarungkan jaket jeans. Helena memang jenis on time. Kalau masuk pukul 8, sebelum pukul mesti dah ada dalam office. Dia terserempak dengan Nina yang baru keluar dari dapur. “Tengahhari nanti kalau lapar, masak ja. Dalam fridge dah ada macam-macam. Kami selalu tak balik. Kalau ada apa-apa hal, call kami. Okey.” Beritahu Miza seraya berjalan seiringan bersama Nina.

            “Baiklah! Petang nanti, Nina masak mee udang, balik awal yer.” Nina tersenyum.

            “Mee udang! Cantik! Memang teringin nak makan mee udang pun. Lepas kami keluar, kunci pintu tau. Kalau ada orang tak kenal datang, jangan buka pintu. Sekarang ini banyak sangat jenayah. “ pesan Miza sambil memakai kasut.

            “Miza! Nina tu dah besar. Bini orang dah pun. Dia tahulah jaga diri dia. Kau jangan nak jadi mak nenek pulak.”

            “Suka hati akulah…. Nina, tutup pintu sekarang. Kami pergi dulu.” Miza beri isyarat supaya Nina tutup pintu.

            Pintu rumah ditutup rapat termasuklah pintu pagar besi.

            “Mak oiii… patut la lama, make up kau tebal giler. Kau tak fikir ke? Membazir. Iyalah…. Pukul 12,  kau ada blasting kan! Tengahhari pulak tu! Cair make up kau nanti.”

            “Argh…. Kalau cair, aku make up balik.”

            “Suka betul menjawab kan. Jomlah dah lambat.” Ajak Helena. Mereka berjalan menuju ke kereta Toyota Hilux.

            Langkah Helena dan Miza terhenti secara tiba-tiba. Ada sebuah kereta Mazda meluncur masuk di perkarangan rumah sewa mereka. Kereta Mazda itu dipakir di sebelah kereta Helena.  Seorang lelaki keluar dari perut kereta mewah itu dan berjalan dekati mereka berdua.

            “Nina mana?” Cermin mata hitam ditanggalkan. Pandangan tertumpu kepada kakaknya.

            Miza memandang ke arah Helena. Siapa lelaki ni? Handsomenya….Ada iras-iras Helena, mungkin ke ini adik Helena tu? Suami Nina.

             “Wah… cantik betul perangai kau sekarang ni. Datang rumah orang lepas tu tak bagi salam. Kau ni orang islam ke?”

            “Argh…. Aku datang sebab Nina. Gaby , Nina mana? Aku tahu dia ada di sini.” Mata Damien melihat rumah sewa Helena. Dia yakin Nina ada di sini. Ke mana lagi Nina akan pergi selain kakak aku. Nina anak yatim piatu. Dia rapat dengan Helena. Dia terkejut apabila baca surat yang ditanggalkan oleh Nina. Huru hara hidupnya sekarang . Ini semua gara-gara Izza. Kalau tak kerana Izza, Nina takkan tinggalkan aku.

            “Mana aku tahu! Dia isteri kau! Kau patut lebih tahu. Kali ini kau buat apa, hah?” Helena sengaja berpura-pura tak tahu. Dia patut ajar adiknya cukup-cukup. Ajar bagaiman nak hargai orang lain.

            Damien terdiam. Dia pada mulanya tadi berani tiba-tiba rasa takut pulak.

            “Kali ini perempuan mana pulak kau buat skandal, hah!” tanya Helena dengan wajah bengis. Didekati Damien perlahan-lahan.

            Miza masih kaku berdiri di situ.  Rasa panas sekarang ini. Helena memang garang giler.

            “Mana ada. Salah faham saja.” Jawab Damien dengan suara terketar-ketar. Kalaulah dia tahu, memang teruk aku kena belasah nanti.

            “Kalau betul salah faham, kau takkan cari Nina sampai sini. Cuba kau cakap kat aku apa kau dah buat kat Nina!”

            “Salah faham …. Salah fahamlah….. Aku tahu Nina ada di sini. Panggil Nina keluar cepat.” Damien mengelak dari menjawab soalan Damien. Pandangan beralih  ke rumah sewa Helena. Naluri dia dapat rasakan yang Nina ada di sini.

            “Kau jangan nak ubah topik. Jawab dulu soalan aku.”

            “Boleh tak kalau kau tak masuk campur dalam rumahtangga aku? Sebab kaulah, rumahtangga aku sentiasa bermasalah.”

            “Kau cakap apa?” jerkah Helena. Wajah bertukar merah.

            Damien terkejut. Begitu juga Miza.

            “Cuba kau ulang sekali lagi apa kau cakap tadi. Aku nak dengar.”

            Lidah Damien terus menjadi kelu. Bibit digigit rapat. Jantung terus berdengup laju. Kakak aku dah tukar jadi singa. Mulut aku ni pun satu, cakap main lepas saja. Mampus aku kali ini.

            Mulut Miza mula berbentuk huruf o. Mampuslah adik Helena kali ini. Helena dah naik hantu.

            “Hey! Kau sedar tak apa kau cakap tadi, hah! Kau tu yang bermasalah. Perempuan keliling pinggang. Tak puas dengan seorang, kau cari orang lain kat luar sana. Ada isteri baik pun tak cukup lagi. Siapa nak tahan kau dapat suami macam kau. Kau yang buat masalah lepas tu kau salahkan aku pulak. Cuba kau cakap kat aku, siapa yang bersalah sekarang ini. Aku ke kau!” jerkah Helena sekali lagi. Mata adiknya dipandang tanpa berkelip.

            “Apa halnya ni? Ada apa yang kami boleh bantu.” Tiba-tiba ada suara menyampuk.

            Tok Wan Daud dan Faliq ada di situ. Dari dalam rumah mereka dengar suara orang sedang bergaduh. Begitu rancak bergaduh. Kelihatan Helena sedang bergaduh dengan seseorang.

            Faliq memerhati lelaki itu. Macam pernah nampak saja. Ya… aku dah ingat. Ini lelaki yang Helena simbah dengan air hari tu. Dah kantoi dengan perempuan lain, berani datang sini pulak. Berani betul lelaki ini. Patutnya dah lama tinggalkan lelaki jenis tak setia macam ni.

            “Eh.. orang tua! Kau jangan masuk campur. Ini urusan keluarga.”  Damien meninggikan suara. Dia lepaskan kemarahan dia kat orang lain. Dia tak suka orang asyik masuk campur urusan dia.

            Mata Helena membulat besar. “Damien Iskandar  B. Zain Ariffin.” Nama penuh Damien disebut satu persatu. Tak semena-mena telinga kanan Damien menjadi mangsa. Ditariknya sekuat hati.

            “Aaaa…. Gaby! Sakit……” Damien cuba lepaskan diri namun gagal. Memang sakit macam nak tercabut telinga dibuatnya.

            Miza menutup mulut yang ternganga dengan kedua-dua tangannya. Nak tergelak pun ada. Dah besar panjang tapi kena tarik telinga lagi.

            “Minta maaf kat Tok Wan cepat. Oooo… mentang-mentanglah kau pilot, kau ingat kau tu besar sangat. Dah tak reti hormat orang ke?” Helena memberi arahan. Dia sudah anggap Tok Wan Daud seperti datuknya sendiri.

            Tok Wan Daud dan Faliq juga tercengang.

            “Minta maaf cepat! Kalau tak, aku tarik telinga kau yang satu lagi.”

            “Yaaaa…. Saya minta maaf.” Dengan pantas Damien meminta maaf. “Dah minta maafkan, lepaslah!”

            Telinga Damien dilepaskan dengan kasar.

            “Baik kau balik sebelum aku patahkan kaki tangan kau.” Helena menyuruh Damien pulang. Dia tak mahu Damien buat masalah di sini.

            “Arghhh…..” jerit Damien tanda tak puas hati. Dia terus masuk ke dalam perut kereta. Sebaik saja enjin kereta dihidupkan, Damien hon kereta beberapa kali sebelum bergerak pergi.

            “Hish… budak ni!” Helena mengetap bibir.

            “Kau ni, Helena! Sudah-sudahlah. Dah pergi pun.” Miza cuba tenangkan Helena yang tengah marah sekarang ini.

            Helena memandang Tok Wan Daud. Dia rasa malu pulak tadi. “Saya minta maaf, Tok Wan. Hal ini takkan terjadi lagi.”

            “Nak bergaduh pun, pilihan tempat dulu. Ini tak, pilih tempat terbuka luas macam ni. Semua orang nampak! Semua orang boleh dengar. Dalam perhubungan ini, memanglah ada pasang surut. Sedangkan lidah lagi tergigit, betul tak Tok Wan.”

            “Apa yang kau merepek ni,hah?” Dahi Helena berkerut. Dia kurang faham maksud Faliq tadi.

            Miza ketawa beberapa saat. “Itu bukan boyfriend Helena. Itu adik dia la…..”

            “Ooooo….. Aku ingatkan boyfriend Helena tadi. Terkejut juga aku tadi bila Helena tarik telinga tadi.”

            “Adik!” Faliq terkejut besar. Rasa macam tak percaya.

            “Ya! Adik kandung.” Helena sahkan kata-kata Miza tadi.

            “Tak sangka adik pulak.” Faliq ketawa jugak. Dia cuba sembunyi rasa malunya.

                        ************************************************

            Faliq berdiri di tingkap biliknya. Dia melihat ke luar. Suasana kampung begitu mendamaikan. Udaranya bersih, pemandang sawah padi yang menghijau. Pertama kali dia merasai suasana seperti ini.  Dirinya rasa tenang. Yang pasti, kalau teringin nak minum air kelapa, petik saja kat belakang rumah. Sedap memang sedap!

            Tiba-tiba Faliq tersenyum sendirian. Teringat peristiwa pagi tadi. Faliq ketawa. “Wah… mati-mati aku ingat mamat hari tu boyfriend dia, rupa-rupanya adik dia. Patutlah dia naik angin hari tu. Mujurlah dia tak tarik rambut perempuan tu. Wah… ganas jugak dia dengan adik dia. Eee.. takutnya. “

            Telefon bimbit berbunyi dan dicapainya. “Assalammualaikum, mummy!” Suara Faliq begitu ceria menjawabnya.

            “Waalaikumussalam… Anak mummy sihat?” jawab May.

            “Sihat alhamdullilah… Mummy Daddy sihat?”

            Of course sihat. Macam mana kat sana? Faliq okey ke? Mereka tak syak apa-apa ke?” tanya May. Dia sebenarnya risau fikirkan Faliq. Seorang diri di sana.

            ‘Tak, mummy! They are nice to me especially Mak Tok Aishah.”

            I’m glad to hear that. Be nice to them, okey! Alamak…. Daddy dah balik.” May menoleh apabila terdengar bunyi kereta suaminya pulang. “Kirim salam kat mereka yer. Pasal daddy tu, pandai-pandailah mummy uruskan. Bye. Assalammualaikum….”

            “Waalaikumussalam.” Talian dimatikan. Hilang jugak rasa rindu kat mummy. Maklumlah anak tunggal. Dah tua-tua macam ni pun manja lagi. Anak mak! Faliq tersenyum seorang diri.

            “Faliq!”

            “Ya” Dengan serta merta Faliq menjawab dan keluar dari biliknya. Suara macam dari dapur. Faliq melangkah ke dapur.

            “Jom, kita minum petang. Depa sebelah bagi cucur badak. Makan panas-panas sedap ni.” Ajak Tok Wan Daud.

            “Orang sebelah rumah ke? Memang buat ke ?Macam tak percaya saja. Tahu ke masak?” Faliq terkejut. Rasa sangsi. Iyalah selalunya orang berkerjaya ni jarang sekali ke dapur.

            Tok Wan Daud ketawa beberapa saat. “Depa berdua tu memang tak tahu masak. Yang masak ni adik ipar Helena, aaaa… apa nama dia….. aaaa Nina. Dia yang buat.”

            “Oooo….”

            Depa dua tu tahu buat sandwich dengan salad saja. Tak kena dengan tekak aku ni.” Tok Wan Daud ketawa sekali lagi.

            Faliq turut sama ketawa.

2 comments:

Diana Ismail said...

Alaaaa.. Pendek plak rasa.. Please update sis, xsabar nak baca

Azimah Lily said...

Diana Ismail.... Nanti saya upade yer ... :)

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...