Sunday, November 18, 2018

Foto Cinta Bab 9


BAB 9

            Nana memerhati gelagat Jasmin yang menyelongkar peti sejuk di dapur. Jarum jam pandek tepat menunjukkan satu pagi. Perutnya kini dah mula berkeroncong ini semua gara-gara Jasmin yang tak mahu join makan malam dengan Tan Sri Isa.  “Kau cari apa?”

            “Bahan-bahan nak masak la. Kau nak makan apa?” tanya Jasmin masih mencari daun sawi dalam peti sejuk. Masak Maggie goreng pun sedap jugak. Dia tengah lapar sekarang ni.

            “Nak buat apa? Ni aaa…. Lauk pun ada lagi. Kak Suri dah pesan kan tadi, dia simpan lauk kat kita.” Nana mengangkat tudung saji. “Tengok ni! Ada banyak lauk. Sayur campur! Siakap masam manis! Telur bungkus! Ayam masak kicap pun ada. Ini pun belum tentu kita habis makan.” Hampir nak meleleh air liur melihatnya. Makin laju perut berbunyi.

            “Aku tak makan lauk yang sama dengan dia.”

            “Kau jangan nak mengada-ada, JJ! Kau pernah cakap kat aku jangan bazir makanan kan. Membazir tu amalan syaitan. Lagipun kau pernah kata, aku patut bersyukur nak dibandingkan dengan orang kat Africa yang kekurangan makanan. Jangan tahu cakap saja. Simpan balik barang-barang tu. Makan saja apa yang ada. Kau patut bersyukur sebab ada orang ingat kat kita. Sanggup simpan lauk ni lagi. ” bebel Nana. Dia terus bangun dan membawa dua pinggan kosong menuju ke rice cooker.

            Keluhan dilepaskan dengan kuat. Jasmin akur dengan kata-kata Nana. Memang ada betulnya jugak. Tak elok membazir Bahan-bahan yang dibawa keluar tadi disimpan semula. Dengan langkah berat, meja makan didekati.

            “Duduk!” Nana meletakkan pinggan yang berisi nasi di hadapan Jasmin. “Makan!” kata Nana lagi.

            Doa makan dibaca. Mereka berdua menjamah dengan penuh berselera. Lauk habis dimakan dan hanya tinggal pinggan kosong saja.

            “Alhamdulilah …. Kenyangnya. Memang sedap la. Dah lama tak makan masakkan macam ni.” Perut digosok beberapa kali. Dah buncit sedikit. Dah lama tak makanan Malaysia! Terubat jugak rindu.

            “Memang sedap tapi Mak Bedah masak lagi sedap.” Tiba-tiba saja Jasmin teringat wanita yang umur hampir sebaya dengan ibunya. Orangnya lemah lembut dan baik malah Mak Bedah pandai masak.

            “Siapa Mak Bedah?” tanya Nana. Pertama kali aku dengar nama ni. Siapa ?

            “Orang baik dalam rumah ni selain arwah Tok Ma. Rasanya Mak Bedah dah tak kerja kat sini. Kalau tak, Mak Bedah mesti dah jumpa aku.” Ada nada sedih di hujungnya.  Aku rindukan Mak Bedah. Selepas Tok Ma, Ibu, Ayah dan Uncle  Jeff tak ada, hanya Mak Bedah yang ambil berat pasal aku. Maklumlah aku ni sebatang kara. Ada datuk tapi pandang aku macam musuk ketat dia. “Jom kemas! Nanti masuk tidur. Mata aku dah mengantuk ni.” Jasmin bangun dan mengangkat semua pinggan kosong ke sinki. Pili air dibuka. Jasmin mula membasuh.

            Nana memerhati telatah Jasmin. Dia sendiri tak tahu macam mana nak tolong Jasmin. Nana tahu Jasmin pasti tertekan sekarang ni.

                                    ******************************
            Nana menoleh ke arah Jasmin. Kepala diangguk beberapa kali. “Memang sedap!”  Nana menoleh ke arah Suri pula. Ibu jari diangkat. “Kak Suri! Memang tip top! Sedap giler. Tak pernah saya rasa bihun goreng sesedap ni.” Dalam 3 minit saja, bihun goreng di dalam pinggan dimakannya. Iyalah. Perut berkeroncong dari tadi. Pukul 9 pagi baru turun makan. Orang panggil makan tapi jual mahal. Kononnya tak nak duduk semeja dengan  Tan Sri Isa. Mengada-gada betul ni. Terpaksalah telan air liur saja. “Nak tambah boleh?” Nana tersengih seraya pingga kosong dihulurkan.

            “Eee… Kau ni gelojoh betul.” Jasmin mencelah.  Bihun goreng dikunyah perlahan-lahan.

            “Banyak lagi bihun goreng ni. Tambahlah.  Ini pulut sri muka Kak Suri buat. Rasalah.” Suri tersenyum. Dia melihat cucu tunggal Tan Sri Isa. Orangnya rendah diri dan baik .Tak sangka rupa-rupanya Tan Sri Isa ada cucu. Pekerja-pekerja kat sini pun terkejut dengan kewujudan Jasmin. Bila Bazli bawa balik Jasmin hari tu, memang kecoh rumah ni. Tiba-tiba saja muncul pewaris sebenar DB Group. Kalau satu Malaysia tahu, mesti kecoh punya. Kenapa Tan Sri tak pernah kenalkan cucunya selama ni? Pelik! Memang pelik!

            “Kak Suri! Aaaa….. Kak Suri tahu tak masak gulai lemak batang keladi?” tanya Nana dengan mempamerkan wajah comel. Tekak ni dah memang teringin nak rasa.

            “Kak Suri! Abaikan! Jangan ikut sangat selera tekak si Nana ni! Kalau boleh semua benda dia nak suruh Kak Suri masak.” Jasmin mencelah.  Dia membuat mimik muka. Tak habis nak melahap! Badan naik mulalah bising! Tak larat aku nak dengar. Bila dia diet, susahkan aku sekali. Makan depan dia pun tak boleh, tak pasal-pasal aku kena makan kat luar.

            “JJ! Bila lagi kita nak rasa masakkan macam ni? Kat Auckland, mana ada!” Nana mempertahankan dirinya. Hakikatnya dah ada senarai makanan yang dia teringin nak makan. Gulai Nangka! Tom yam! Gulai Daging! Nasi kerabu! Argh … memang banyaklah.

            Suri hanya tersenyum memerhati gelagat mereka berdua. Riuh rendah rumah ni dengan suara mereka. Selalunya rumah ni sunyi sepi.

            “Kau ni kan kalau bab makan tak nak control. Kalau badan kau naik, jangan salahkan aku. Naik sampai 60 kg. Baru padan muka kau. Aaa… Jangan kau libatkan aku dalam jadual diet kau nanti !” Awal-awal lagi Jasmin memberi amaran.

            Mulut Nana sudah muncung ke depan tanda merajuk dengan kata-kata Jasmin.

            “Tu .. Tu … Mulalah nak merajuk! Makanlah. Makanlah banyak-banyak.”  ujur Jasmin. Pandangan Jasmin beralih ke arah Suri. “Kak Suri dah lama kerja kat sini?” tanya Jasmin.

            “Dah lima tahun.” Jawab Suri.

            Jasmin berdiam beberapa saat. Sebenarnya dia masih teragak-agak untuk bertanya soalan tentang Mak Bedah. Patut ke aku tanya? Kak Suri kenal ke dengan Mak Bedah?  Tapi Kak Suri baru kerja lima tahun, mungkin Kak Suri tak sempat kenal Mak Bedah. Hmmm…. Kenal atau tak. Tanya jerlah. Sebaik saja Jasmin ingin bertanya, terlebih dulu Nana bersuara.

            “Itu mangkuk tingkat kan! Wah …. Ada lagi ke orang pakai mangkuk tingkat sekarang ni?” tanya Nana. Dia lihat mangkuk tingkat tu sama dengan mangkuk tingkat arwah datuknya. Setiap kali pergi kebun, datuk mesti bawa mangkuk tingkat ni.

            “Mangkuk tingkat tu Ikwan punya. Selalunya dia bawa bekal pergi kerja.” Beritahu Suri. Ikwan memang suka bawa makanan dari rumah. Dia kata makanan kat luar tak sedap langsung. Mahal pulak tu.

            Dahi Jasmin berkerut. Ikwan! Siapa pulak Ikwan ni?

            “Siapa Ikwan tu, Kak Suri?” Terlebih dahulu Nana bertanya bagi pihak Jasmin.

            “Ikwan tu … cucu angkat Tan Sri.” Jawab Suri.

            “Cucu angkat!” Suara Nana tinggi dan anak matanya tepat melihat reaksi Jasmin.  Confirm hati Jasmin tengah dilanda ribut taufan sekarang ni.

            Tiba-tiba Jasmin tersenyum sinis. Dia cuba kawal air mukanya tanpa tunjukkan sebarang emosi. Hanya dia tahu . hatinya sedang bergelora sekarang ni. Cucu angkat! Wah hebat betul! Aku ni cucu kandung dia sendiri pun tak dipedulikan, ada hati ambil cucu angkat.  Tangan kanan digenggam erat. Dirinya benar-benar tercabar.

            “Good morning, ladies!” ucap Ikwan sebaik saja melangkah masuk. Dia terus duduk di hadapan Jasmin sambil tersengih dan kemudian mata dikenyit dekat Jasmin.

            Jasmin terkejut besar. Kehadiran Ikwan menyebabkan suasana sunyi sepi. Apa mamat weirdo ni buat kat sini? Jangan- jangan …… takkanlah dia cucu angkat tu.

            Nana bergerak sedikit agar dekat dengan Jasmin. “Dialah yang tolong aku masa Bazli tak bagi aku masuk jumpa kau!” bisik Nana. Dia perasaan wajah Jasmin kelihatan tegang.

            “Inilah Ikwan.” Suri memperkenalkan Ikwan kepada Nana dan Jasmin.

            “So you cucu angkat Tan Sri?” sinis saja suara Jasmin.
           
            “Yup! The one and only! Tapi you satu-satunya cucu kandung Tok ayah! Pewaris DB Group!”

            “No!  I tak nak semua tu. I tak nak apa-apa pun. Kalau you nak, you ambillah.”

            “Sorry! I tak perlukan semua tu. I hanya nak you seorang saja.” Semakin lebar senyuman Ikwan.

            Jasmin tergamam seketika dan kemudian diperhatikan keadaan sekeliling. Suri dan dua orang pembantu rumah memandang ke arahnya begitu juga Nana.

            “So macam mana? Apa keputusan you? You nak jadi girlfriend I ke atau you nak jadi wife I?”  Mata dikenyit sekali lagi.

            Tiba-tiba Jasmin bangun. Mata merah menyala menahan marah. “ Malas I nak layan orang gila macam you.”  Jasmin menoleh ke arah Nana dan terus memegang tangan Nana. Ditarik Nana agar mengikutnya keluar dari dapur itu. Nana yang masih terpinga-pinga hanya mengikut saja. Makanan ditinggalkan begitu saja.

            “Kamu ni Ikwan … suka sangat usik orang.” Suri mengeleng kepala.

            “Bukan usik, Kak Suri. Memang Ikwan nakkan Jasmin. So macam mana Kak Suri, setuju tak dengan pilihan Ikwan?”

            “Kamu ni biar betul, Ikwan.” Suri terkejut. Ingatkan Ikwan main-main saja.

            “Betullah, Kak Suri! Aaa…. Tok ayah dah pergi kerja ke?”

            “Belum lagi. Ada kat bilik bacaan.” Jawab Suri. Mangkuk tingkat dihulurkan pada Ikwan. “ Nasi kerabu! Daging bakar!”

            “Fuh!Memang meletup! Mesti menjilat jari. Ikwan gerak dulu. Nak jumpa tok ayah sekejap.” Ikwan melangkah keluar sambil menghidu bau dari mangkuk tingkat itu. Baunya saja dah buat perut aku berkeroncong! Langkah diatur menuju ke bilik bacaan di tingkat satu.

                                                ********************
            Jasmin menoleh mendengar Nana ketawa. “Kau dah kenapa? Dah buang tabiat ke?” tanya Jasmin sambil mencekak pinggang. Dia turut sama duduk di kerusi santai yang terletak di tepi kolam renang.

            “Wah! First time, aku jumpa lelaki daring macam tu kat kau! Tiba-tiba ajak kau kahwin.” Nana gelak kecil setiap kali ingatkan peristiwa di dapur tadi.

            “Orang gila saja buat macam tu. Eee… Kalau dia tak tangkap aku hari tu, aku takkan terkurung kat sini. Patutnya tadi aku tumbuk mulut dia, biar gigi jatuh berterabur. Baru padan muka.” Kata Jasmin sambil menunjukkan aksi karate yang dipelajarinya menggunakan tangan. Rasa menyesal pulak! Cakap main sedap mulut saja.  “Semua salah dia.” Semakin mendidih darah Jasmin mengenangkan kejadian malam itu.

            “Kalau kau dapat keluar pun, kau nak pergi mana? Passport kau ada kat diorang. Sekarang ni macam mana? Aku suruh kau jumpa datuk kau, kau tak nak!”

            “Eh … Kenapa aku nak jumpa dia pulak? Sepatutnya dia datang sendiri jumpa aku. Nak cari aku sangat!”

            “Aaa… Ini masalah kau! Ego tak bertempat. Apa salahnya kau jumpa dia dulu? Cepat kau jumpa, cepat kau keluar dari sini! Kau tanya sendiri apa dia nak dari kau! Kan senang! Kalau boleh, kau bincang baik-baik dengan datuk kau tu.  Kau fikirlah apa kau nak buat selepas ni.” Tiba-tiba Nana bangun.

            “Kau nak pergi mana?” soal Jasmin hairan.

            “Aku nak ke dapur. Sayang tau tinggal makanan macam tu saja. Tak baik membazir. Kau duduk sini diam-diam. Aku datang sini balik nanti bawa makanan.”  Kata Nana sebelum melangkah laju tinggalkan Jasmin.

            “Hish… Bab makan memang laju.”  Jasmin mengeluh mengenangkan gelagat Nana. Kalau dekat Auckland boleh pulak control nafsu makan, bila balik Malaysia semua benda nak dilahapnya. Jasmin turut sama bangun. “Hmm… Betul jugak cakap Nana. Beberapa hari tinggal kat sini, nak jadi gila dibuatnya. Perlu ke aku jumpa dia dulu? Aduh .. exhibition pun dah nak dekat. ” Bibir disengetkan ke sebelah kanan. Jasmin berfikir apa yang perlu dia buat seterusnya. Tiba-tiba saja ikatan rambut Jasmin yang diikat dengan scarf ditarik ke belakang, hampir saja Jasmin jatuh ke belakang namun sempat dia imbang semula badannya.

            “You! Siapa? Apa you buat kat sini?” marah Wilma. Dia terkejut melihat wanita yang berdiri di tepi kolam renang. Api cemburu membuatkan Wilma bertindak menyerang wanita itu. “You … You! You girlfriend baru Ikwan  kan!” Wilma masih tak lepaskan rambut Jasmin.  Dia tak percaya Ikwan dah ada teman wanita lain. ingatkan Ikwan hanya main-main saja.

            “Lepaslah! Wei … I cakap lepaslah.” Jerit Jasmin. Siapa perempuan gila ni? Kenapa pun  tidak ? Tiba-tiba cakap aku ni girlfriend Ikwan, eee… tolonglah.

            “I takkan lepaskan you. I akan ajar you cukup-cukup. He’s mine forever. Tiada siapa boleh rampas Ikwan dari I.”

            Bibir digigit rapat. Memang nak kena perempuan ni! Kau berani tarik rambut aku! Tanpa membuang masa, tangan kanan Jasmin memegang tangan Wilma yang menarik rambutnya. Jasmin memusingkan badan dan menyebabkan tangan Wilma berpusing ke belakang. Sebaik saja posisi Wilma menghadap kolam renang, Jasmin terus tendang punggung Wilma sehingga terjatuh ke dalam kolam renang.   “You dengar sini baik-baik! I tak kenal you pun. Kalau you masih nak cari pasal lagi dengan I, silakan! Biar I tarik rambut you hingga rambut you botak. Lagipun I tengah marah, sekurang-kurangnya bila belasah you .. kurang sikit marah I. Marilah! Keluar dari situ cepat. Kita lawan.”

            “You!” jerit Wilma yang sudah berada di dalam kolam renang. Habis basah kuyup dibuatnya.  Wilma mula berenang ke tebing.

            “JJ! Apa kau buat ni?” Nana menarik tangan Jasmin. Kebetulan dia dan Suri keluar sambil membawa makanan. Dia terkejut lihat Jasmin tendang punggung wanita yang berbaju merah itu.

            “Aku tak buat apa-apa pun. Perempuan ni yang mulakan dulu. Entah dari mana dia datang, tiba-tiba naik gila . Dia terus tarik rambut aku. Sakit tahu tak!” Jari telunjuk ditunjukkan ke arah Wilma yang mula berenang ke tebing kolam renang. “Ni tengok rambut aku!” Rambut Jasmin berserabut akibat ditarik Wilma.

            “Eee.. kau ni emotional sangat! Jom masuk!” Tangan Jasmin digenggam erat. Ditarikannya Jasmin agar mengikutinya masuk ke dalam rumah. Kalau dibiarkan boleh jadi perang nanti! Nana lihat Suri sedang bantu Wilma keluar dari kolam renang.

            “Eee… Aku belum habis dengan perempuan ni. Dia tarik rambut aku so kena tarik rambut dia balik. Baru adil!” Jasmin takkan lupa apa yang berlaku tadi. Dia cuba dekati Wilma tapi ditarik Nana.

            “JJ!  Masuk! Kalau kau tak masuk, sekarang jugak aku balik Auckland.” Ugut Nana. Dia terus berjalan masuk ke dalam rumah.

            “Nana! Don’t leave me here! Please!” rayu Jasmin seraya ekori Nana masuk ke dalam rumah. Jasmin gelisah. Takkanlah nak tinggalkan aku seorang kat sini. Dia terus tinggalkan Wilma begitu saja.

            “Cik Wilma tak apa-apa?” tanya Suri sebaik saja Wilma keluar dari kolam renan. Pakaian Wilma basah kuyup. “Sekejap saya ambilkan tuala.”

            “Tak payah!” jerkah Wilma. Wajah merah padam. Dia sendiri terkejut bila wanita itu menolaknya ke kolam renang. Dia terasa maruah dirinya tercabar. Belum ada orang berani buat aku macam ni! Aku takkan lepaskan dia begitu saja.“Siapa perempuan tu?” tanya Wilma dengan kasar.

            “Cik Jasmin!” jawab Suri. Dia masak benar dengan perangai Wilma yang suka cari pasal dengan orang. Semua orang yang kerja kat sini, semua pernah dimarahinya malah ada jugak yang dipecat. Tiada siapa berani tegur perangai Wilma. Sebab itu naik lemak, mujurlah Ikwan tak jadi kahwin dengan Wilma. Kalau tak, memang kami semua berhenti. Kami memang tak tahan layan kerenah Wilma yang mengada-gada tu.

            “Siapa Jasmin?” tanya Wilma lagi.

            “Cucu Tan Sri. Jasmin Junaidah! Anak Tuan Musa dan Puan Halimaton. Pewaris DB Group.”

            “Apa! Dia dah balik?” Suara Wilma terus bertukar nyaring. Mulut melopong luas.


6 comments:

Nur_apriya said...

Thank u sist finally 😍😍😘😘

hamidah said...

nak tanya buku jual sendiri ke atau ada jual kat kedai2 saya ada 2 aja cerita kembar tiga dgn cerita org gaji. mcm mana nak dapatkan buku yg lain.

Azimah Lily said...

Apriya Nr .... Welcome too..

Azimah Lily said...

Hamidah....terima kasih sebab beli dan baca novel saya. Setakat ni hanya novel Biar Betul Nama Dia Bougainvillea saja yag ada stok dengan saya. Kalau nak beli, boleh message saya di FB. :)

hamidah said...

FB guna nama Azimahlily ke

Azimah Lily said...

Hamidah .... FB saya Azimah Lily

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...